Senin, 31 Maret 2008

KISAH CINTA PART 3

"Zack!!! Zack!!! Dah siap ke?"

Am memanggil Zack. Tiada jawapan. Am bergegas ke bilik Zack dengan segera.

Am ternampak Zack sedang duduk di atas katilnya. Sambil memegang kad jemputan perkahwinan.

"Zack, kau ok ke?"

Zack tak menjawap. Dia hanya mendiamkan diri.

"Zack, kad kahwin siapa tu?", Am bertanya lagi. Walaupun dia sudah dapat meneka dari siapa kad itu datang.

"Mia.... Mia nak kahwin 2 bulan lagi...," Zack menjawab dengan lemah.

Am terdiam. Dia tak mampu untuk memberi kata-kata semangat lagi kepada Zack. Di tahu bagaimana perasaan Zack sekarang. Hati Zack remuk-rendam sekarang.

"Kau nak keluar tak?" tanya Am cuba mengubah topik perbualan.

"Tak pe lah... Kau keluarlah dengan Man. Aku tak de mood," jawab Zack dengan nada suara tersekat-sekat.

Am diam sahaja. Dia bingkas keluar dari bilik Zack dan menutup pintu bilik Zack rapat-rapat.

"Mana Zack? Dia dah siap ke belum?" tanya Man.

"Nampaknya kita keluar berdua je hari ni..."

Sabtu, 29 Maret 2008

SEDIKIT CERITA TENTANG RUPA BARU BLOG INI

Aku ada membuat sedikit perubahan kepada layout dan banner blog aku ini sempena ulang tahun pertama blog aku.

BANNER

Photobucket

Aku rasa, ini banner blog aku yang pertama menampilkan makhluk hidup. Aku sebenarnya kurang pasti samada perempuan itu betul-betul manusia ataupun grafik 3D, tapi rasanya manusia betul.

Kalau kamu perhatikan betul-betul, pada dada perempuan tersebut ada parut yang agak panjang. Pada pendapat aku, mungkin perempuan itu sudah tidak mempunyai hati kerana ia telah di robek keluar (suka-suka aku je kan?)

Tagline bagi blog ini juga telah berubah. Dulu, aku guna lirik pembukaan lagu Avenged Sevenfold, Bat Country...

"He who makes a beast out of himself, gets rid of the pain of being a man"

Setelah setahun lebih menggunakan tagline tersebut, kali ini aku ubah tagline menggunakan lirik lagu Love Hurts dari kumpulan Incubus..

"Love Hurts...
But sometimes it's a good hurt,
And It feels like I'm alive...."

Kenapa aku ubah tagline tersebut? Saje je aku ubah. Ini bukan bererti aku akan mengubah cara penulisan aku lebih kepada percintaan (walaupun 2 entri yang lepas ni banyak aku bercerita tentang kisah cinta..)

Bagi aku, dalam banyak-banyak banner yang aku gunakan, aku paling suka pada banner yang baru ini. Agak bersifat peribadi... Hehehe...

LAYOUT / BACKGROUND

Background yang aku pilih kali ini lebih bersifat simple. Saja aku pilih yang simple sebab aku mahu simplicity untuk layout kali ini.

Pada asalnya, aku nak mengubah layout aku kali ini untuk menggunakan warna putih. Tapi aku membatalkan niat itu sebab aku gagal menjumpai banner warna putih yang sesuai dengan background warna putih. Lagipun aku suka banner yang sekarang ni.

So, itulah serba sedikit tentang layout baru. Aku akan sambung balik kisah cinta bahagian 3 pada entri akan datang. Chow!!!

Jumat, 28 Maret 2008

KISAH CINTA PART 2

Zack pulang ke rumah setelah berjumpa dengan Mia. Perjumpaan yang di jangka menjadi perjumpaan kali terakhir buat mereka berdua.

Dalam perjalanan, Zack ternampak pasangan-pasangan remaja yang sedang jalan bersama-sama. Membuatkan Zack teringat semasa dia dan Mia sedang asyik masyuk bercinta.

Tak sangka kisah percintaan nya dengan Mia selama lima tahun itu akan berakhir begitu sahaja. Bsegitu mudah ia berakhir. Itulah ayat yang sering terpacul di benak fikiran Zack.

Zack akhirnya sampai ke rumah. Dia terus duduk terjelepuk di katilnya. Dia rasa tidak keruan ketika ini.

"Kenapa kau ni?" soal kawan serumahnya, Am.

Zack tidak menjawab. Wajahnya kelihatan sugul.

"Mesti kes kau dengan Mia ni kan?" Am cuba menduga.

Zack mengangguk lemah.

"Aku tau apa yang kau rasa. Kau ingat tak dulu, masa aku putus dengan Rina. Samalah kes macam kau ni."

Zack terus mendiam.

Am merenung ke arah Zack. Am pun duduk di sebelah Zack.

"Dah tersurat yang kau memang tak berjodoh dengan Mia..."

"Tapi aku sayang dia..," Zack tiba-tiba bersuara.

"Aku tau kau sayangkan dia. Tapi kalau dah bukan jodoh kau dengan dia, kau terpaksa terima. Kita merancang, tuhan yang menentukan. Mungkin satu hari nanti, kau akan berjumpa dengan perempuan yang lagi baik dari Mia. Siapa tahu kan?"

Zack terdiam mendengar kata-kata Am. Sedikit terkejut juga kerana selama ini, Am tidak pernah melemparkan kata-kata begitu serius seperti ini. Am seorang periang, sering membuat lawak. Am bagaikan peserta raja lawak di rumah tetapi hari ini, Zack telah ternampak sisi lain diri Am yang jarang di tunjukkan.

"Tak guna kau mengelamun macm ni lama-lama. Kau rileks dulu 2-3 hari ni. Kalau perlu, pergi la bercuti ke. Aku tau benda yang melibatkan hati dan perasaan ni bukan senang nak di ubat. Aku pun dah pernah 3 kali putus cinta. Salah satu sebab aku putus ni pun sama macam kau putus. Aku tau apa yang kau rasa."

Zack terdiam lagi.

"Dah la. Pergi mandi. Busuk dah bau badan kau ni. Dah macam bau stoking si Man tu ha..,'' sambung Am lagi, cuba nak berlawak walaupun tak berapa nak menjadi.

"Oi, tu ape libatkan stoking aku pulak ni?" jerit Man yang terdengar Am sedang mengutuknya itu.

Zack tersenyum pahit melihat 2 kawannya mula bergaduh mesra. Memang itulah sifat kawan serumahnya itu.

Betul juga kata Am. Dah bukan jodoh, nak buat macam mana lagi kan?

Tetapi, sejauh mana dia akan berfikiran positif seperti itu?

Kamis, 27 Maret 2008

KISAH CINTA

"Kita terpaksa putuskan hubungan kita ni," Kata Zack dengan nada suara sedikit tersangkut-sangkut.

"Kenapa, bang? Abang tak sayang kat Mia lagi ke?" Soal Mia dengan mata yang sudah mula berkaca.

"Bukan abang tak sayang... Tapi Mia pun tahu kan? Kalau perkahwinan kita tak mendapat restu orang tua pun, kehidupan kita nanti tak kan mendapat keberkatan. lagipun, kita kan anak-anak. Kita tak boleh menderhaka ke atas ibubapa kita," jawab Zack dengan nada separuh tegas. Namun kesedihan jelas kelihatan di riak muka lelaki berusia pertengahan 20-an itu.

"Abang nak lepaskan Mia macam tu je ke?"

"Mia... Dah lebih 5 tahun Mia kenal abang kan? Mia pun tahu macam mana abang sayangkan Mia kan? Tapi sekarang ni, memang dah tertulis yang memang tiada jodoh antara kita. Lagipun, ayah dan ibu Mia dah dapat carikan pasangan hidup untuk Mia. Lagipun, lelaki yang mak ayah Mia carikan tu lebih kaya, hebat dari abang ni. Tak baik lawan cakap mak ayah."

Mia terdiam sebentar. Anak gadis itu tidak mampu lagi untuk menyeka air mata dari terus bergenang di kelopak matanya. Akhirnya, air jernih pun mengalir keluar dari mata Mia.

Zack berasa sayu. Jiwanya kacau. Dia cepat-cepat mengeluarkan sapu tangan lalu mengesat air mata yang mula tumpah dengan lajunya itu. Dia faham apa perasaan Mia sekarang tapi perasaannya juga bergolak ketika ini.

"Bang...," Mia bersuara semula. "Tak de cara lain lagi ke bang? Mia tak nak harta kekayaan. Mia nak hidup dengan abang..."

"Mia... Tak kan abang nak bawak Mia kawin lari pulak. Itu lagi dosa"

Mia terdiam semula. Dia mula teresak-esak.

"Mia, mungkin Mia belum pernah mengalami situasi macam ni. Tapi abang dah banyak kali melalui peristiwa perit macam ni. Ye lah, orang tak kaya macam abang ni, siapa yang pandang, kan?"


Suasana hening semula. Mia merebahkan kepalanya ke bahu Zack. Zack hanya terdiam sahaja. Tidak sangka dia mampu mengharungi situasi ini dengan begitu tenang.

"Abang janji dengan Mia yang abang akan ingat Mia sampai bila-bila, ye?"

"Abang janji. Gadis istimewa macam Mia tak kan abang boleh padam dalam memori abang..."

"Abang, Mia sayangkan abang sampai bila-bila."

"Abang pun sayangkan Mia sampai bila-bila."

Begitulah berakhirnya satu lagi kisah percintaan Zack. Balada hati dua insan yang saling menyayangi akhirnya tamat di sini....

Selasa, 25 Maret 2008

HAPPY BIRTHDAY......

Siot betul la. Laptop aku buat hal lagi. Tiba-tiba jadi lembab nak mampus. Nampaknya aku perlu format semula laptop aku. Tension!!!! Nasib baik ada laptop roomate kesayangan aku, jadi aku masih boleh berblog....

---------------------------------------

(Tajuk entri kali ini tiada kena mengena dengan tajuk lagu kumpulan The Click 5, band kegemaran roomate aku)

Sedar tak sedar, hari ini 25 Mac 2008 rupanya. Dengan ini, genaplah setahun aku berblog di Warmness On The Soul. Lama juga tu. Dan aku juga tak sangka aku mampu bertahan begitu lama lebih-lebih lagi dalam bidang penulisan kerana aku sebenarnya bukan lah berminat sangat dalam bidang ini.

Apa yang aku dah tulis dalam tempoh setahun ni? Jom usha balik...

Entri pertama aku

Finally...

Entri lebih kepada pengenalan je. Entah apa yang aku taip tu entah.

Bulan Paling produktif

Julai 2007

Entah kenapa, bulan tersebut aku sangat produktif. Ada 31 entri dalam bulan tersebut. Kira macam satu hari mesti ada satu entri. Tapi aku rasa pada bulan tersebutlah semangat untuk aku berblog tiba-tiba meluap-luap dan kesungguhan aku terserlah.. Hehehe....

Bulan Paling Pemalas

Mac 2007

Bulan pertama aku berblog. Aku mula berblog pun 25 haribulan, jadi dapat post 5 entri tu kira dah ok la kan?

Entri yang ke-50

Ini Post Yang Ke - 50

Entri yang ke 50.... Masa ni dah rasa teruja sikit... Hahaha..

Entri Yang Ke-100

Ini Entri Yang Ke-100

Entri ini aku banyak tulis pasal perubahan blog aku sepanjang 100 kali aku post entri ke blog ini, dari segi layout dan banner. Bila aku nak tukar layout baru ye?

Entri Paling Banyak Menerima Komen

Tidak Kesampaian

Entri paling jiwang pernah aku hasilkan (rasanya). Tapi kalau kamu pembaca blog aku dari awal, kamu patut setuju juga dengan statement aku tu.

Entri yang paling sukar di tulis. Malah tajuk awal entri ini ialah Terlalu Lambat Untuk Disesalkan sebelum aku tukar kepada Tidak Kesampaian setelah 5 minit selepas aku post entri tersebut.

Kisah bagaimana awek yang aku tidak sempat nak tackle seorang awek yang kerja di kedai buku. Ada yang suka dan suruh aku terus menulis entri jiwang sedemikian dan ada juga yang mengutuk sebakul.

Tapi aku suka entri ini. Penuh sentimental value....

Entri Paling Banyak Menerima Komen (Tempat Ke-2)

Menongkah Arus Itu Kerja Gila

Tajuk entri tiada kena mengena dengan isi entri.....

Entri Yang Tidak Berkomen

Eeerrr... Banyak Sangat. Malas nak list kan....

Entri Bersiri Paling Popular

Semua Entri berkaitan kereta housemate aku, Lula, yang accident, masuk bengkel, sampai la keluar bengkel.

Baca entri yang ini, ini, ini, ini, ini, dan ini

Entri Paling Banyak Gambar

Siri Sorotan 2007: Sukan Malaysia Sepanjang 2007

Memang banyak gambar...

Entri Paling Pendek

D'Oh!!!

It's all about The Simpson..... Jadi tak perlu tulis panjang-panjang kan?

Itu sahaja yang sempat aku list kan. Melalui pemerhatian aku sendiri, aku rasa (rasa la) penulisan aku dah banyak berubah sejak dari mula aku menulis sampai la ke hari ini. Antara penulisan aku semakin baik atau semakin teruk, itu kamu sebagai pembaca yang menilai.

Aku berterima kasih kepada para pembaca yang komen blog aku, pembaca yang tak komen blog aku, pengomen yang main komen tanpa baca entri aku, pembaca yang komen di Friendster dan Myspace, dan semualah yang sanggup membaca blog aku yang mengarut ini.

Di harap aku akan terus berkarya di blog ini. Terima kasih atas sokongan anda. Harap aku akan terus berblog sampai aku jemu.

Rabu, 19 Maret 2008

BALIK KAMPUNG!!!!!!! HATI GIRANG!!!!!!!!

Aku nak balik kampung kejap lagi. Gembira!!!!!

Kampung aku bukan di Batu Pahat. Walaupun aku dan family aku menetap di situ, tapi kampung aku sebenarnya di Selayang, Selangor. Kamu pernah dengar nama Kampung Nakhoda? Itulah kampung aku.

Biasanya kalau aku balik ke Selayang dari Batu Pahat, aku menaiki bas Batu Pahat - KL. Aku akan berhenti di puduraya.

Kalau aku balik beraya yang paling best. Biasanya bas tu kosong. Ye lah, siapa pulak la yang nak pergi ke KL masa-masa raya.

Pernah sekali aku ke KL dari Batu Pahat, dalam bas tu cuma ada driver bas, ayah aku, mak aku dan aku. Ada la 2-3 kali jadi macam tu. Sampai driver tu cakap family aku dah tempah bas satu bas nak balik raya.Kalau lebih sikit pun, ada la 3-4 orang lain yang naik sekali ke KL, biasanya cina atau india.

Ok, aku nak bersiap. Jumpa di lain masa.

Senin, 17 Maret 2008

TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA...TAPI BAHASA MELAYU MUNGKIN HILANG. JADI, KITA PUN AKAN HILANG KE?

"Tak kan melayu hilang di dunia..."

Itulah kata-kata Hang Tuah suatu masa dahulu. Dia tak cakap tidak kampuchea hilang di dunia atau tidak Timor Leste hilang di dunia.

Aku sendiri tidak tahu siapa yang jadi saksi yang Hang Tuah cakap macam tu, tapi itulah yang selalu di war-war kan kepada kita bangsa melayu.

Semasa aku menghadiri modul LDK di UiTM pada Sabtu dan Ahad yang lepas, facilitator aku pada masa itu, Ustaz Syazali, bercerita sedikit tentang bahasa melayu yang beliau anggap sudah sampai ke tahap hampir mati.

Menurut beliau, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang sekarang sedang sibuk berhempas pulas mahu memartabatkan bahasa melayu sebenarnya dalam masa yang sama telah membunuh bahasa melayu itu sendiri.

DBP yang sibuk menyuruh orang melayu berbahasa melayu kini sibuk menjahanamkan bahasa tersebut dengan mengambil perkataan bahasa inggeris dan di translate ke bahasa melayu dan mendapat tempat di dalam kamus DBP edisi baru. Antara perkataan yang aku rasa asal dari bahasa inggeris adalah seperti:

Family = Famili
Release = Rilis
Information = Informasi
Revolution = Revolusi
Nation = Nasi... Eh...Ni bukan..

Itu lah serba sedikit bahasa yang diterjemah dan di jadikan bahasa melayu. Menurut pendapat beliau lagi, DBP sepatutnya membuat kempen menggunakan atau mengembalikan kembali bahasa asli yang semakin di lupai generasi muda.

Kemudian Ustaz itu menyoal kepada kelas, "Siapa tau maksud khutub khanah?"

Aku tau maksud perkataan tersebut ialah perpustakaan, tapi aku tidak sangka pula yang boleh dikatakan semua yang lain tidak tahu perkataan tersebut.

Kemudian dia berkata kembali, "Ok. Kamu pernah dengarkan orang biasa panggil inspektor polis, inspektor kesihatan.... Kamu tahu tak dalam bahasa melayu tulen, apa nama inspektor?"

Dan satu kelas berfikir tapi gagal mendapatkan jawapan.

"Merinyu (aku tak tahu la betul ke tak ejaan ni). Pernah dengar tak?"

Baru aku teringat. Aku pernah tengok di Majalah 3 di mana di Stesen Keretapi Gemas, pejabat di stesen tersebut tertulis 'Merinyu' di pintu inspektor stesen keretapi tersebut.

Kemudian dia menyebut beberapa perkataan lain yang aku pernah terbaca dalam satu buku yang menulis tentang istilah asli bahasa melayu. Dan kebanyakan perkataan tersebut memang kita pernah dengar cuma tidak tahu apa maksudnya.

"Sepatutnya, selepas mengambil bahasa inggeris menjadi bahasa melayu, DBP sepatutnya memperkenalkan kembali bahasa melayu lama tu. Kalau tidak, lama-lama dalam kamus kita tu penuh dengan bahasa inggeris saje," kata Ustaz Syazali dalam loghat utara.

"Hidup sesuatu bangsa itu kerana bahasanya. Kalau bahasa itu mati, matilah bangsa tu. Tengok bangsa Mesopotamia. Dulu diorang antara bangsa terhebat kat muka bumi ni. Sekarang diorang pun dah lenyap. Bahasa Mesopotamia pun dah tak wujud sekarang ni."

Bila aku fikir-fikirkan balik, betul juga. Jadi, adakah bangsa kita akan hilang di dunia?

Minggu, 16 Maret 2008

INI CERITA AKU...

Ya. Kali ini, entri lebih kepada cerita mengenai aku. Tiada cerita politik untuk entri ini.
-----------------------------------------------------

Walaupun aku memblogging seperti biasa sepanjang minggu lepas dan mampu menaip dengan panjang lebar, tapi sebenarnya aku sangat busy sepanjang minggu.

Dengan aku terpaksa meniaga setiap malam di kolej-kolej di UiTM Segamat, aku dan rakan sekelas aku juga sibuk dalam persiapan untuk menganjurkan seminar pemasaran yang berlangsung pagi tadi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aku juga terpaksa menghadiri LDK pada semalam dan hari ini. Memang letih.

Semalam, aku dan rakan-rakan lain sibuk mengemaskan dewan untuk persiapan seminar. Tiba-tiba aku mendapat satu SMS yang aku tidak gemari bunyinya....

"Hye mierul. How r u? awk kata nk contect sye blik...tp tak de pun..tak pe lah, myb awk bz..sy phm. ok 2 je sy nk ckp. take care"

Bunyi SMS ini sepatutnya boleh menggirangkan hati seorang lelaki single seperti aku. Tetapi sebenarnya menakutkan.

Biar aku ceritakan sikit tentang wanita ini. Dia seorang gadis yang aku kenali hasil daripada chatting mirc satu masa dahulu. Kita gelarkan dia N.

Dia berasal dari negeri di Kepulauan Borneo. Dia berasal dari family golongan berada, kaya, rich, dan sewaktu dengannya lah. Aku amat kerap berchatting dengan dia sehingga menjadi agak akrab.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan aku. Dia sanggup naik flight ke semenanjung untuk berjumpa dengan aku. Ini juga telah membuatkan aku teruja untuk berjumpa dengan dia.

Akhirnya, di Summit Batu Pahat, aku berjumpa dengan dia. Pada mula kami berjumpa, semuanya berjalan lancar. Sehinggalah aku hendak ke toilet, aku menyuruh dia memegang hand phone aku sebentar.

Bila aku keluar dari toilet, aku ternampak dia sedang membelek-belek hand phone aku. Bila aku mendekati dia, terus bertubi-tubi soalan di hujankan kepada aku. Dia membaca SMS di dalam inbox dan melihat semua nama dalam phone book aku.

"Noni ni siapa? Iqa ni siapa pulak? Linda ni siapa?"

Banyak pula soalan nya. Dia kata jika aku nak berkawan dengan dia, aku tidak boleh berkawan dengan perempuan lain, walaupun sepupu aku sendiri. What the fuck...????

Sejak pertemuan hari itu, aku malas nak berchatting dengan dia. Baru nak kenal-kenal, dia sudah nak kongkong aku pula. Aku sudah mula kurang berchatting dan berSMS lagi dengan dia. Dan aku berhenti berhubung dengan dia secara keseluruhan semenjak 2004.

Tetapi, aku tidak sangka pula dia mahu berhubung kembali dengan aku kembali. Sejak mula tahun ini, dia sering kali berSMS dengan aku kembali. Walaupun aku amat jarang-jarang hendak membalas kembali SMS dia, tapi dia tetap tidak berputus-asa untuk menghubungi aku dan berharap agar aku membalas kembali SMS dia.

Jadi, bagaimanakah caranya aku mahu bercakap dengan dia dengan cara yang baik tanpa menyebabkan dia terasa atau sedih? Ada nasihat tak kawan-kawan?

Kamis, 13 Maret 2008

AKU LANGGAR JANJI AKU... MAAFKAN LAH AKU...

Aku tahu aku berjanji pada entri yang lepas bahawa entri tersebut merupakan entri terakhir mengenai politik. Tapi aku tak dapat menahan rasa untuk menaip entri ini (sebenarnya lebih kepada copy and paste) dan ia ada kena-mengena dengan politik.

Ini merupakan petisyen yang menyuruh Pak Lah untuk meletak jawatan. Aku jumpa petisyen ini di website MYKMU NET, di mana web ini adalah web yang menyokong UMNO (pro-UMNO) sebelum ini. Petisyen ini juga ada menyatakan sebab-sebab kenapa Pak Lah perlu letak jawatan.

Petisyen ini juga boleh dijumpai di beberapa website lain yang menyokong UMNO, BN dan kerajaan sebelum ini.

Mereka meminta kepada ahli UMNO atau BN yang mahu Pak Lah meletak jawatan supaya mengisi nama dan nombor keahlian UMNO atau BN dan hantar patisyen ini.

Untuk pengetahuan umum, Petisyen ini terbuka kepada Ahli UMNO sahaja kerana ia bagi menguatkan hujah menurut lunas perlembagaan dan peraturan parti. Mungkin satu lagi petisyen yang sama dapat dibuat untuk orang ramai.

Lebih menarik lagi, petisyen KMU ini mendapat liputan di Fox News dan juga di Associated Press.

Berikut adalah petisyen yang ada di web tersebut:

DRAFT PETISYEN

Keputusan Pilihan raya umum 2008 menyaksikan Barisan Nasional menerima kekalahan teruk. Tidak pernah dalam sejarah BN menerima kekalahan begitu besar iaitu hilang lima buah negeri dan hilang majoriti 2/3 di Parlimen.

Kekalahan ini sungguhpun mempunyai 1001 sebab, namun sebab-sebab utama jelas menjurus kepada kelemahan kepimpinan dan dasar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Seperti kata Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, “Sekiranya kemenangan besar 2004 diuar-uarkan sebagai kemenangan Abdullah, maka Abdullah juga harus bertanggungjawab dalam kekalahan ini.”

Menurut kaji selidik laman web penyokong UMNO www.mykmu.net, antara punca utama kekalahan Barisan Nasional akibat secara langsung daripada Abdullah. 10 sebab utama ialah:

1. Kegagalan melaksanakan ekonomi secara makro bagi kesejahteraan masyarakat. Tiada hala tuju jelas ekonomi negara kecuali slogan dan Dalam tempoh empat tahun kepimpinan Abdullah telah berlaku:

a. Kenaikan harga petrol yang terlalu tinggi
b. Kenaikan tol yang sangat drastik
c. Kenaikan kadar faedah asas (BLR)
d. kenaikan kos sara hidup - elektrik, cukai pintu dan air
e. Kenaikan harga barang

2. Dasar Luar yang mengelirukan dan pro-Singapura seperti:

a. Mengakui Tambak Johor sebagai hak bersama Malaysia-Singapura tanpa kira sempadan, tanpa mendapat keputusan Mahkamah Antarabangsa.
b. Membatalkan pembinaan jambatan bengkok kerana ugutan Singapura
c. Masih gagal menyelesaikan isu harga air mentah ke Singapura
d. Gagal memimpin OIC

3. Promosi Islam Hadhari yang keterlaluan:

a. Membimbangkan masyarakat bukan Islam
b. Tidak diterima oleh sebahagian besar orang Islam di Malaysia kerana dianggap mengelirukan dan memberi imej tidak baik kepada Islam sebelum munculnya istilah Hadhari ini di Malaysia.

4. Pentadbiran negara yang tunggang langgang:

a. Tindakan menghantar Menteri ke negara China bagi memohon maaf atas isu ketuk ketampi bogel dalam lokap tanpa menyiasat terlebih dahulu identiti wanita terbabit.

b. membenarkan "media bashing" terhadap pasukan polis, cuba mewujudkan badan pemantau polis (IPCMC) tetapi menarik balik. Moral pasukan polis amat lemah sehingga menyebabkan Polis sudah kurang berkesan dan kadar jenayah kian bertambah tanpa penyelesaian.

c. Keputusan berubah-ubah dalam kes Jambatan Bengkok, Landasan Keretapi Berkembar, Jambatan Pulau Pinang Kedua menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit

d. Kenyataan-kenyataan biadap dan tidak bertanggungjawab Abdullah seperti “I dont Know, i’m not involved” dalam kes ECM Libra dan memanggil pengkritik beliau sebagai Iblis.

e. Banyak menubuhkan suruhanjaya tanpa mengambil langkah sewajarnya menyebabkan suruhanjaya sendiri sudah menjadi lawak jenaka.

f. Pertelingkahan dan pertikaian antara Menteri sudah menjadi lumrah sehingga kabinet menjadi bahan jenaka masyarakat umum.

5. Pentadbiran yang kurang ajar dan biadap terhadap Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyebabkan ramai penyokong UMNO dan rakyat Malaysia berketurunan cina tidak berpuas hati dan melalukan undi protes

6. Isu korupsi dan kronisme yang melampau dalam kes ECM Libra, Scomi dan Myteam menyebabkan hilang kepercayaan.

7. Memecah-belahkan UMNO

a. Membenarkan mereka yang dipersoal kesetiaan terhadap UMNO dan negara menguasai media yang UMNO mempunyai kepentingan telah menimbulkan keadaan tidak senang dalam UMNO.

b. Menggugurkan Ketua Bahagian dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya lalu memberi isyarat jelas Abdullah tidak menghormati hak demokrasi parti.

c. Keputusan yang berbeza dalam isu politik wang antara Ahmad Zaki Zahid (Pembantu Khas Perdana Menteri) dengan Zaid Ibrahim yang menang tanpa bertanding mencerminkan penyalahgunaan Majlis Disiplin UMNO. Ahmad Zaki hanya diberi amaran kerana terbabit politik wang dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya. Manakala Zaid Ibrahim digantung atas dakwaan politik wang sungguhpun tidak terbabit dalam sebarang pertandingan. Zaid menang tanpa bertanding Ketua UMNO Kota Bharu

d. Tidak mengendahkan persepsi umum bahawa Khairy Jamaluddin begitu berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Malahan tindakan membenarkan Khairy menggunakan pengaruhnya dalam pertandingan Naib Ketua Pemuda UMNO menyebabkan beliau diejek (boo) selepas diumumkan menang tanpa bertanding. Keadaan ini dikukuhkan lagi dengan pemilihan Khairy sebagai calon Parlimen Rembau

e. Tidak mengambil sebarang tindakan ke atas penyokong-penyokongnya seperti Datuk Kamarulzaman (TV3) dan Datuk Kalimullah (NSTP) menggunakan media mereka untuk menghentam pemimpin UMNO yang dilihat boleh memberi cabaran kepada Khairy Jamaluddin

f. Hanya menurunkan peruntukan dan projek kepada kontraktor kelas F setelah menghadapi kritikan keras Tun Dr. Mahathir dan khuatir akan berlaku kritikan keras dalam perhimpunan agung UMNO. Rasuah terangan-terangan dengan mengumumkan peruntukan RM 3 juta setiap bahagian sehingga menjejaskan imej UMNO

g. Kempen keterlaluan untuk mengalahkan Tun Dr. Mahathir dalam pemilihan perwakilan UMNO Kubang Pasu 2006 menyebabkan ramai ahli UMNO “berjauh hati.”

h. Membiarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang tidak dipilih secara demokrasi dalam UMNO memporak- perandakan UMNO Perlis menjelang pilihan raya umum 2008

8. Gagal mengawal isu Hindraf sehingga menjadi begitu besar dan MIC hilang sokongan orang India

9. Tidak mempunyai strategi yang jelas apabila menerima kekalahan dalam pilihan raya umum 2008. Kata-kata seperti itu “pilihan rakyat”, “rakyat sudah buat keputusan, kita terima” bukanlah cerminan pemimpin yang mampu bangun memimpin BN untuk menang semula

10. Akhir sekali, wajah kepimpinan Abdullah sudah ditolak oleh kaum Cina dan India serta tidak lagi disenangi oleh sebahagian besar orang Melayu dan UMNO. Isu ini bukan isu perebutan kepimpinan atau pertukaran pemimpin, tetapi ia merupakan isu dasar dan polisi Abdullah yang ditolak rakyat

Justeru UMNO dan Barisan Nasional memerlukan kepimpinan baru bagi memberi nafas baru menjelang pilihan raya akan datang. Lebih penting, negara Malaysia memerlukan polis dan dasar baru yang lebih segar dan berwibawa bagi menjamin kemakmuran kepada rakyat

Sehubungan itu, kami sebagai ahli-ahli UMNO dibawah dengan ini memohon agar:

1. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan secara sukarela sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO

ATAU

2. Sekiranya, Datuk Seri Abdullah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO berpendapat Presiden parti masih mendapat sokongan ahli UMNO, maka sewajarnya, satu Perhimpunan Agung Khas UMNO dipanggil dan satu undi sulit mengenai kedudukan Presiden UMNO diadakan

Sekian, terima kasih

Note:
Atas permintaan dan cadangan ramai berikut ialah draf petisyen yang akan diedarkan kepada Ahli UMNO secara online dan bercetak.
-------------------------------------------------------
Itu lah lebih kurang petisyen tersebut yang di tulis oleh web menyokong kerajaan atau pro-kerajaan. Bukan aku sendiri yang tulis, bukan orang yang pro-pembangkang yang tulis.

Pak Lah. Sedarlah.... YOUR TIME IS UP!!!!!

Dan... Aku tak janji ini entri terakhir tentang politik.....Huhu....

Kredit petisyen: http://mykmu.net/index.php

Selasa, 11 Maret 2008

ENTRI TERAKHIR TENTANG POLITIK DAN PILIHANRAYA KE-12

Aku dah malas juga mahu tulis pasal politik ni. Tapi, untuk kali terakhir (harapnya) aku akan menulis juga. Untuk menjelaskan beberapa perkara berkaitan diri aku, politik dan sewktu dengannya.

Entri kali ini ada sifat perkauman. Kepada bangsa bukan melayu yang membaca blog aku (kalau ada) yang berasa marah dengan entri ini. Maafkan aku...

1. MELAYU DAN POLITIK

(a) Ketuanan Melayu

Ramai penyokong kerajaan merungut dan marah kepada orang yang menyokong pembangkang, kononnya jika pembangkan menang, Malaysia akan jatuh di tangan kaum cina atau india.

Pertama sekali biar aku katakan di sini, orang bukan melayu tidak boleh memerintah Malaysia. Kenapa? Pernahkan kamu dengar tentang "Ketuanan Melayu?" Jika tidak, mungkin kamu tidak menumpukan perhatian atau tidur semasa kamu belajar sejarah tingkatan 4 atau 5. Aku tidaklah minat sejarah tapi aku tak tahu kenapa perkataan dan subjek mengenai "Ketuanan Melayu" masih kekal dalam kepala aku.

Ketuanan Melayu ialah ialah fahaman perkauman bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Malaysia ataupun Tanah Melayu. Orang Cina Malaysia dan orang India Malaysia dianggap terhutang budi kepada orang Melayu kerana menerima kewarganegaraan dan sebagai balasan, orang Melayu mempunyai hak istimewa mengikuti Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia.

Jadi macam mana pun, pucuk pimpinan kita mestilah kaum melayu kerana jawatan Perdana Menteri hanya akan di approve oleh Duli Yang Maha Mulia Agong Malaysia yang memerintah dan mereka mahukan kaum melayu.

Begitu juga dengan Menteri Besar di mana jawatan tersebut akan di aprove oleh sultan atau raja yang memerintah di negeri berkenaan. Sebab tu Sultan Perak mahu MB Perak dari kalangan Melayu.

Cuma berbeza dengan negeri seperti Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah yang tidak bersultan, mereka akan di perintah oleh Ketua Menteri. Ramai penyokong kerajaan bising bila DAP memerintah Pulau Pinang kerana Lim Guan Eng menjadi menteri besar sedangkan sebelum ini Tan Sri Koh Tsu Koon yang memerintah merupakan dati Parti Gerakan (parti cina).

Tahukah kamu bahawa tanah di Pulau Pinang sekarang cuma tinggal 17% sahaja milik orang melayu dan yang lain milik kaum cina? Kenapa perkara ini terjadi dan tidak di halang oleh BN sejak dari awal. Ini cerita lain dan malas aku mahu kupas kerana aku sendiri malas nak timbulkan sentimen perkauman yang agak kuat dalam entri ini. Itu kamu cari sendiri di internet, banyak bahan kamu boleh jumpa mengenainya.

(Bacaan lanjut untuk "Ketuanan Melayu", sila baca ini dan juga ini.)

Bagi pendapat aku, "Ketuanan Melayu" boleh hilang di Malaysia kerana perkara di bawah ini....

(b) Perpecahan kaum melayu dalam politik

Ramai orang melayu berpecah belah kerana menyokong parti politik yang berlainan. Sanggup bergaduh, berpecah saudara dan kawan hanya kerana fahaman politik yang berlainan. Sedangkan bangsa cina da india tidak pernah jadi seperti ini.

Adakah kamu lihat majlis sidang akhbar di mana Lim Guan Eng di lantik menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang dan menjemput Koh Tsu Koon di sidang akhbar tersebut. Mereka bersalam-salaman dan masih mesra bersama. Begitu juga dengan para pengundi mereka.

Adakah orang melayu begitu? Kita tidak payah tengok Menteri Besar sekarang. Semasa Khir Toyo di lantik menjadi Menteri Besar Selangor, adakah dia menjemput menteri besar lama? Bagaimana pula dengan Ghani Othman ketika menjadi MB Johor yang baru? Ya, tiada.

Pernahkah kita lihat dan dengar Lim Kit Siang kutuk Ong Ka Ting atau Koh Tsu Koon dalam ceramah atau kempen mereka? Pernahkah kita dengar Ong Ka Ting atau Koh Tsu Koon kutuk Lim Kit Siang dalam kempen mereka?

Yang kita selalu lihat dan dengar ialah Anwar Ibrahim kutuk Pak Lah dan Najib dan Pak Lah dan Najib kutuk Anwar Ibrahim balik.

Jadi jangan risau pasal kaum lain dari pembangkang, cuba risaukan sendiri kepincangan yang terjadi dalam barisan kerajaan dan baiki hubungan pergaulan dengan pembangkang juga menitik beratkan hal perpaduan melayu dalam politik dahulu sebelum menuding jari ke arah orang lain atas kekalahan pihak kerajaan.

2. AKU SOKONG TUN MAHATHIR

"Kenapa kau tak suka kerajaan?"

"Sebab Pak Lah dan Khairy."

"Tapi dia ketua kita."

"Memang betul. Tapi dia bukan ketua yang bagus. Aku takut, kalau kita terus sokong dia, jadi macam peribahasa melayu... Sokong membawa rebah."

"So, kau tak sokong kerajaan lagi?"

"Kalau Pak Lah letak jawatan, aku mungkin sokong BN balik."

Ya, ini perkara yang benar. Semasa Anwar Ibrahim di pecat dan berlaku pelbagai spekulasi terhadap kerajaan, aku masih sokong BN. Aku respect Mahathir, ketika itu gelaran yang paling popular bagi beliau ialah Dr M.

Beliau berkaliber, memerintah negara kita dan membawa pembangunan dan kemajuan pada negara. Beliau bijak mengatur strategi dan tahap ekonomi negara mencapai ke kemuncak ketika pemerintahan Tun Mahathir.

Tetapi, tidak Pak Lah. Tahap ekonomi negera tidak mendapat keuntungan seperti dahulu. Saham di Bursa Malaysia mula jatuh di bawah pemerintahan Pak Lah. Terlampau mengikut kata Khairy yang terlalu mentah tentang politik. Baru melibatkan diri sekejap dalam UMNO tapi sudah boleh bertanding dalam pilihanraya.

Pak Lah seorang yang ego dan tidak mahu mendengar kata orang lain. Penasihat ekonomi yang Mahathir tinggalkan tidak di gunakan, projek Mahathir yang di tinggalkan untuk Pak Lah untuk diteruskan di abaikan oleh beliau dengan alasan "Itu Mahathir punya, bukan aku punya."

Kegagalan beliau membuatkan kepincangan ekonomi negara, harga barangan harian semakin meningkat dan harga petrol terus naik dengan alasan "memang harga minyak kena naik dan harga minyak Malaysia masih murah dari negara lain" memang tak relevan.

Siapa kata akar umbi seluruh negara tidak mahu Pak Lah letak jawatan, buatlah bancian kalau tak percaya.. Mesti majoriti yang mahu beliau menyerahkan tampuk kepada Datuk Najib. Janganlah dipandang ringan diatas apa yang berlaku kerana jangan terperanjat jikalau pihak kerajaan akan kehilangan lagi banyak kerusi kepada pembangkang pada PRU13.

"Saya rasa, dia patut menimbangkan keputusan untuk meletak jawatan beliau. Seorang ketua harus di salahkan dalam kekalahan pasukannya."

Lebih kurang macam tu lah komen Mahathir kepada Pak Lah, sehari selepas keputusan pilihanraya di umumkan di Buletin Utama TV3. Mungkin boleh masuk dalam kategori quote of the year. Dan aku sokong. Sudah sampai masa untuk kerajaan sekarang di terajui oleh muka baru pula. Masa untuk berubah jika BN masih mahu memerintah di Malaysia.

3. KEADAAN NEGARA SEKARANG DARI PANDANGAN MATA AKU

a) Mungkin menjadi lebih positif dengan kehadiran ramai pembangkang. Jadi kerajaan tak boleh nak naikan harga barang sesuka hati dan lain-lain. Lagi pun, pernahkah kamu dengar ayat ini:

"Kerajaan yang baik memerlukan pembangkang yang kuat"

Jadi fikirkanlah...

b) Berasa sedikit risau kerana takut juga jika pembangkang kurang pengalaman dalam memerintah. Takut juga jadi rusuhan antara kaum atau rusushan antara penyokong fanatik kedua-dua penyokong kerajaan dan pembangkang.

4. APA YANG PERLU DILAKUKAN SEKARANG?


a) Pak Lah - Letak jawatan

b) Datuk Najib - Tolong lakukan sesuatu selepas mengambil alih jawatan. Betulkan kesilapan Pak Lah dan jangan ulangi kesilapan Pak Lah. Lebihkan kepada kebajikan rakyat, bukan lagi pembangunan kerana bagi aku pembangunan di Malaysia sudah cukup sesuai dengan kedudukan ekonomi negara kita. Buat apa jika kita ada 3 KLCC tetapi hidup rakyat menderita dengan harga barang yang naik setiap bulan. Teruskan perjuangan arwah ayahanda anda, Tun Razak yang banyak membela rakyat.

c) Tun Mahathir - Teruskan kritikan. Tun masih relevan dan pandangan Tun masih boleh dipercayai dan diguna pakai.

d) Pembangakang - Jagalah negeri yang kamu menang dan sila jaga kepercayaan yang di berikan oleh rakyat kepada kamu dan tak mustahil bagi pihak kerajaan untuk merampas kembali negeri-negeri tersebut seperti apa yang di lakukan semasa merampas kembali terengganu pada tahun 2004.

Minggu, 09 Maret 2008

PILIHANRAYA UMUM KE-12: PERUBAHAN GELOMBANG POLITIK MALAYSIA

MARILAH KITA PERGI MENGUNDI. TUNAIKANLAH KEWAJIPAN PADA NEGARA



Hari ini, 8 Mac 2008, untuk pertama kali dalam hidup aku akan keluar pergi mengundi. Pertama kali aku akan menunaikan kewajipan pada negara.



Aku pergi ke tempat membuang undi lebih kurang pukul 1 tengahari. Aku membuang undi di Sekolah Menengah Dato Bentara Luar, saluran 5.



Kertas untuk mengundi Ahli Dewan Undangan Negeri berwarna coklat dan kertan untuk mengundi Ahli Parlimen berwarna oren telah aku pangkah di tempat mengundi. Malam ini, masa untuk melihat keputusan pilihanraya yang pertama kali aku libatkan diri untuk membuang undi.



…AND THE WINNER IS…



Mengejutkan!!! Itu yang aku dapat katakan tentang keputusan pilihanraya kali ini. Kejutan pertama yang aku terima ialah kekalahan Samy Vellu. Banyak sungguh keputusan yang di luar dugaan, termasuk kemenangan BN dengan majority yang jauh lebih sedikit berbanding pilihanraya sebelum ini.



Tak sangka pula, dalam pilihanraya pertama bagi aku, keputusan yang aku terima betul-betul di luar dugaan semua rakyat Malaysia.



THE PEOPLE HAS SPOKEN....



Di sini di senaraikan keputusan pilihanraya yang mengejutkan dan juga menjadi tumpuan.



P46 BATU KAWAN

Prof. Dr. P Ramasamy (DAP) berjaya mengalahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon (BN). Tan Sri Koh Tsu Koon yang dahulunya bertanding untuk Ahli Dewan Undangan Negeri gagal dalam percubaan beliau untuk menjadi menteri kabinet.



P44 PERMATANG PAUH

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR) berjaya mengalahkan Datuk Pirdaus Ismail (BN). Calon BN tersebut membuat percubaan kali kedua tetapi masih gagal malah jumlah majoriti kali ini lebih besar dari dahulu



P51 BUKIT GELUGOR

Karpal Singh a/l Ram Singh (DAP) berjaya mengekalkan kerusi P51 menentang Datuk Koay Kar Huah (BN)



P41 KEPALA BATAS

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (BN) berjaya mengekalkan kerusi Kepala Batas menentang Subri Mohd. Arshad (Pas)



P62 SUNGAI SIPUT

Aku rasa antara kepurusan yang paling mengejutkan dalam pilihanraya kali ini. Kekalahan kepada Datuk Seri S. Samy Vellu (BN) kepada Dr. Michael Jeyakumar Devaraj (PKR) merupakan antara keputusan yang mengejutkan pertama yang aku dengar di Astro Awani.



P64 IPOH TIMOR

Presiden DAP, Lim Kit Siang (DAP) berjaya mengekalkan kerusi Ipoh Timur mengalahkan Liew Mun Hon (BN) dengan jumlah majoriti yang lebih besar berbandaing pilihanraya yang lepas.



P66 BATU GAJAH

Untuk penggal ketiga berturut-turut, Fong Po Kuan (DAP) mengekalkan kerusi Batu Gajah mengalahkan Cheah Yoke Can (BN)



P3 ARAU

Datuk Ismail Kassim (BN) mengalahkan Datuk Dr. Harun Din (Pas) dengan majoriti 300 undi



P157 PENGERANG

Datuk Azalina Othman Said (BN) untuk kali kedua berturut-turut menang tanpa bertanding. Tapi aku suka Datuk Azalina. Sejak dia memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan, prestasi sukan Malaysia banyak meningkat dan berjaya menyelesaikan kepincangan dalam persatuan sukan



P94 HULU SELANGOR

Datuk G. Palanivel (BN) kalah kepada Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR). Tak salah aku, Palanivel ni ada pangkat tinggi juga kan dalam MIC... Huhu...



P108 SHAH ALAM

Khalid Abd. Samad (Pas) mengalahkan Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin (BN). Dah terang-terang ramai orang BN tak suka Aziz Shamsuddin tu, letak dia jugak. Kan dah kalah.



P98 GOMBAK

Mohamed Azmin Ali (PKR) telah berjaya mengalahkan Said Anuar Said Ahmad (BN). Yang lebih hebat lagi, Mohamed Azmin Ali berjaya memenangi Kerusi Dewan Undangan Negeri N19 Bukit Antarabangsa mengalahkan Haslinda Mohd. Zerain (BN)



P25 BACHOK

Berbeza pula dengan Datuk Dr. Awang Adek Husain (BN) yang juga bertanding dalam kerusi parlimen dan DUN N21 Perupok tetapi kalah di kedua-dua tempat. Impian beliau untuk menjadi Menteri Besar Kelantan berakhir.



N48 KOTA ALAM SHAH

M. Manoharan (DAP) berjaya mengalahkan Ching Su Chen (BN) walaupun beliau masih di tahan di ISA. Cuba bayangkan kalau dia bebas.....



P119 TITIWANGSA

Juga boleh dikatakan kejutan apabila apabila Dr. Lo'Lo' Mohamad Ghazali (Pas) berjaya mengalahkan Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir (BN). Cayalah Dr Lo' Lo'.



P121 LEMBAH PANTAI

Antara keputusan yang aku tunggu-tunggu. Nurul Izzah Anwar (PKR) berjaya mengalahkan penyandang kerusi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (BN) dan N. Periasamy (Bebas). Era Anwar Ibrahim bakal bermula kembali?



TRIVIUM....MAKSUD AKU, TRIVIA



1. Buat pertama kali dalam sejarah Pilihanraya Malaysia, BN gagal mendapat kemenangan mjoriti 2/3.



2. Dalam pilihanraya kali ini, presiden, naib presiden dan timbalan MIC kalah. Juga termasuk dalam senarai tewas ialah presiden Gerakan dan PPP.



3. Kawasan di sekitar Kuala Lumpur (P116 Wangsa Maju, P119 Titiwangsa, P121 Lembah Pantai, P123 Cheras, P124 Bandar Tun Razak) telah dirampas oleh pihak pembangkang.



4. Johor bukan lagi kubu kuat BN setelah 6 kawasan DUN dan satu kerusi parlimen di rampas pembangkang.



Bagi aku, keputusan pilihanraya kali ini merupakan mesej yang di hantar oleh rakyat yang tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan kerajaan sekarang. Kebanyakkan rakyat yang bosan dengan harga kenaikan minyak, barang keperluan, isu subsidi, duit rakyat kena telan, menantu kesayangan PM yang di agung-agungkan dan lain-lain lagi.



Rakyat juga menunjukkan pada kerajaan yang kuasa berada di tangan mereka dan mereka mampu mengubah kerajaan dalam sekelip mata. Rakyat juga menunjukan yang mereka sekarang lebih cenderung dan berfikiran lebih terbuka.



Ini menjadi amaran kepada kerajaan. Jangan bertindak sesuka hati. Kalau mahu undi rakyat kembali, jadilah seperti pembangkang yang menumpukan kebajikan rakyat.



Ada banyak sebab mengapa keputusan pilihanraya kali ini menjadi begitu di luar dugaan. Tapi aku ceritakan lain kali bersama-sama komen Tun Mahathir tentang pilihanraya kali ini dan komen kepada Pak Lah yang aku tengok di berita TV3 tadi.

Kamis, 06 Maret 2008

SEPANJANG MINGGU INI....

Entri kali ini ialah antara perbualan atau apa-apa peristiwa berlaku sepanjang minggu ini...


HALAL ISSUE AND VICTORIA'S SECRET

Classmate aku sedang membentangkan pembentangan beliau mengenai isu logo halal. Kemudian dia menyentuh tentang sesetengah produk di Malaysia yang tidak mempunyai logo halal.

Lalu, pensyarah aku menyoal kepada kelas, "produk apa yang tak de logo halal dekat pasaran sekarang ni?"

Beberapa orang classmate aku menjawab soalan tersebut.

"Pringles", jawab salah seorang classmate aku itu.

Kemudian, dengan lincah, kawan aku yang duduk di sebelah aku (kita gelarkan dia K), laju menjawab...

"Victoria's Secret!!!"

Selepas menjawab, dia terus memandang aku yang tengah memandang dia kerana tak sabar-sabar nak gelakkan dia.

"Eh, silap lak. Victoria Station, bukan Victoria's Secret..." , kata K setelah tersedar kesilapan dirinya.

Maka ketawalah kami tak ingat dunia....


HALAL ISSUE DAN BABI YANG HALAL

Aku berbual dengan roomate aku, Cendol, pasal presentation kawan aku tentang isu halal pagi tu...

Aku: Kau tau tak, kat Singapore ada jual daging babi. Tapi ada logo halal.

Cend: Biasa la, Singapore. Tapi aku ada baca dulu yang kandungan makanan kat Malaysia ni pun di khuatiri jugak. Walaupun ada logo halal, tapi sebenarnya ada kandungan daging babi jugak.

Aku: Tu tak mustahil la...

Cend: Aku baca, ada sikit kandungan babi dalam makanan kat Malaysia tiap-tiap hari. So macam makan daging babi sikit tiap-tiap hari la.. So, bila kita dah cecah umur 20 tahun, kita macam dah makan seekor babi...

Aku pun terfikir sikit lah... Patut la moral budak-budak sekarang (termasuk aku dan kamu semua juga) tak macam orang dulu-dulu. Makin lama makin teruk. Adakah di sebabkan oleh kesan daging babi yang terkandung dalam makanan harian kita? Renung-renungkan lah...


POLITIK, POLITIK, POLITIK DAN PILIHANRAYA UMUM

Aku ber-Yahoo!! Messanger dengan kawan aku, X.

X: Sekarang dah blog pasal politik yek?

Aku: Saje je test. Sekali-sekala teringin jugak.

X: Susah lah pembangkang nak menang.

Aku: Aku tau. Lagi-lagi bila penggunaan dakwat masa mengundi tu di batalkan. Dah nampak sikit agenda tersembunyi tu.

X: Ha. Betul la tu. Tapi beb, kau kena ingat. Kerajaan kita yang merdekakan kita.

Aku: Itu PM dulu. Sekarang kita kena tengok PM yang tengah perintah. This is not history lesson, my fren...

X: Napa kau tak suka kerajaan?

Aku: Aku bukan tak suka kerajaan. Masa Mahathir perintah, aku tak de masalah pun. Aku respect gak kat Mahathir sebab dia banyak membangunkan negara. Tapi beza dengan PM sekarang ni. Dia tak pandai memerintah. Korup sangat.

X: Oh...

Aku: Ni bukan pasal parti. Ni pasal pemimpinnya. The party is no longer moving in the right direction. It being led by crappy leaders (aku pinjam ayat ni dari Trankuliti Tronoh. Thanks for the phrase, beb)

X: Betul jugak kata kau... It's all about the leader... Jangan lupa jugak menantu dia tu....


KAHWIN, KAHWIN, KAHWIN!!!!

Bermain SMS dengan seorang lagi kawan aku. Seorang lelaki berumur 25 tahun, sudah berpunya dan sedang sibuk di gasak oleh teman wanita dan keluarga teman wanitanya untuk cepat-cepat kahwin.

Z: Oit, awek aku dengan family dia dah suruh aku kawin ni? Macam mane eh? Aku malas nak kawin cepat-cepat ni. Apa alasan yang best sikit aku nak bagi supaya dapat tangguh?

Aku: Kau cakap la kau ni gay.

Z: Hotak kau. Tu boleh terus mintak putus tu.

Aku: Nape kau tak nak kawin sekarang?

Z: Duit belum cukup, bro.

Aku: Kau cakap dekat bapak awek kau macam ni, "Pak cik nak tengok saya bagi anak cucu pak cik dengan pasir dengan rumput ke?"

Z: Banyak la kau. Tapi macam best je.

Aku: Kau buat la macam dalam nada bergurau. Kira macam bergurau makan dalam la.

Z: Ok jugak tu. Aku try la...

Sehingga kini, aku sendiri tak pasti samada dia cuba atau pun tak ayat yang aku bagi tu. Semoga jodoh kau berpanjangan, wahai sahabat...

* Kalau kamu bosan-bosan, apa kata kalau kamu tonton video di sini.....

Selasa, 04 Maret 2008

PILIHLAH AKU JADI AHLI PARLIMEN MU!!!!

Banyak orang bercerita tentang pilihanraya. Banyak blog bercerita pasal pilihanraya. Pensyarah aku pun bercerita pasal pilihanraya. Aku pun mahu mencelah sedikit.


P097 - Parlimen Selayang

Pertamanya, terima kasih kepada Presiden Parti Umdi Rosak (Pundak!!), saudara Pazuzu yang menerima pencalonan saya untuk bertanding di kawasan P097 Selayang. Jangan risau, aku memang di lahirkan di Selayang (Kampung Nakhoda) dan mengenali penduduk di sekitar Selayang. Jadi tidak akan timbul penyataan "Bukan anak negeri" di sini ya.

Jadi, tanpa membuang masa, biarlah aku membentangkan sedikit manifesto, janji manis dan akur janji saya kepada rakyat jika anda memilih saya menjadi wakil rakyat anda di Parlimen P097 Selayang.

1. Saya pasti tidak akan tidur semasa apa-apa persidangan yang saya hadiri. Saya janji.... ZZZZZZ....

2. Kedatangan orang Mongolia ke Malaysia akan di pantau kerana takut-takut ada di kalangan mereka akan mati berkecai kerana di bom.

3. Jangan risau, menantu saya tidak akan bertanding pada pilihanraya kali ini kerana saya masih belum berkahwin.

4. Kalau saya buat masjid yang di namakan Masjid Kristal, ia boleh digunakan untuk sembahyang. Bukan untuk perhiasan sahaja.

5. Saya akan berikan pendidikan yang benar-benar percuma tanpa cas tersembunyi. Diulangi, pendidikan yang benar-benar percuma tanpa cas tersembunyi seperti yuran tandas, yuran tuala wanita dan lain-lain.

6. Tol akan di kurangkan. Mungkin mansuh kot.

7. Tidak akan ada masalah barang kekurangan pada setiap awal tahun seperti 2008 tak cukup minyak masak, 2007 tak cukup gula, 2006 tak cukup tepung dan sebagainya.

8. Menurunkan harga bahan bakar seperti petrol yang tak reti nak turun-turun sejak 3-4 tahun ni. Memanjang naik je.

9. Menghapus kira semua pinjaman tertunggak PTPTN (sebab aku pun banyak jugak hutang kat PTPTN ni...hehehehe..)

10. Dan yang penting sekali, Memansuhkan beberapa peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mengongkong hak dan kebebasan mahasiswa dan tenaga akademik. Malu jika kita bandingkan student Malaysia dengan student di negara lain. Student Malaysia menjadi tunggul kayu di Malaysia.

Itu saja buat masa ini. Jika ada manifesto dan janji manis yang baru, akan saya coret kan lagi di sini. Sekian, majulah Pundak untuk negara.

Minggu, 02 Maret 2008

TOLONG JANGAN SEBUT ITU!!!!

Dalam diam, masih ada sedikit perasaan sedih dan kecewa yang terpalit di hati akibat peristiwa yang berlaku pada malam jumaat yang lepas (rujuk entri sebelum ini).

Jika di rumah sewa ku di Segamat ini, kawan-kawanku yang masuk air dalam kepala sering membuat lawak jadi aku tidaklah terfikir-fikir tentang peristiwa tersebut.

Tetapi, berbeza di Batu Pahat. Mak dan ayah ku tidaklah pandai membuat lawak seperti roomate ku itu. Jadi, aku banyak berbual dengan mereka. Bukan setakat dengan mereka sahaja, sesiapa yang datang ke rumah atau warung ayahku akan aku ajak bebual.

Tetapi dalam berbual tu, ada beberapa perkataan yang datang bersama soalan yang aku tidak beberapa gemar hendak dengar. Perkataan seperti awek, girlfriend, makwe, couple, tunang, kahwin, kerja, belajar dan duit. Sekarang kita pecahkan ikut kategori:

1. Awek, girlfriend, makwe, couple tunang dan kahwin

Perkataan ini menunjukkan komitmen atau jalinan hubungan kasih sayang yang aku tiada buat masa sekarang. Dalam 6 perkataan tu, kita boleh kategorikan kepada 2 bahagian juga:

a) Awek, girlfriend, makwe dan couple

Ayat ini biasa datang dalam bentuk soalan macam ni:

- Siapa awek kau sekarang?
- Kau couple dengan awek mana sekarang?
- Siapa girlfriend kau sekarang?
- Siapa makwe kau? (biasa disoal oleh orang berusia 40 tahun ke atas. Perkataan makwe macam dah tak relevan untuk generasi sekarang)

Aku tidak berapa gemar mendengar perkataan tersebut kerana aku tidak ada makwe... Eh, awek buat masa sekarang. Setelah setahun lebih single, jadi perkataan ini sedikit sebanyak mengganggu aku juga.

b) Tunang dan kahwin

Ayat ini biasa datang dalam bentuk soalan macam ni:

- Kau bila nak berkahwin?
- Kau dah tunang ke? Ramai kawan-kawan sebaya kau ni dah bertunang.

Entah kenapa, sejak-dua menjak ni ramai pula orang nak bercerita dan menanya soalan berkaitan tunang dan kahwin pada aku. Status aku sebagai seorang single bukan jadi penyebab kenapa aku tidak menyukai soalan tersebut, cuma aku rasa aku masih muda untuk memikirkan hal tersebut.

Aku masih belum puas merasai hidup bujang. Lagipun aku masih belajar. Rileks la beb!!!!

2. Belajar dan kerja

Ayat ini biasa datang dalam bentuk soalan macam ni:

- Kau belajar lagi ke? Bila kau nak habis belajar ni?
- Kau dah kerja ke? Oh, belajar lagi...

Memang agak tertekan juga bila memikirkan yang aku sudah berumur 24 tahun pada Julai ini tetapi aku masih belum tamat pengajian dan belum berkerja lagi. Sungguh tertekan bila mendengar perkataan tersebut.

3. Duit

Ayat ini biasa datang dalam bentuk soalan macam ni:

- Mana aku nak cari duit ni?
- Kau ada duit tak?
- Tahun ini aku nak kumpul duit banyak-banyak. Kau tau cara cepat nak kumpul duit?

Soalan berkaitan duit ini sering terkeluar dari mulut dua orang housemate aku. Walaupun aku bukanlah orang yang terdesak sangat mahu cari duit, tapi bila dah selalu sangat dengar perkataan tu, membuatkan aku berasa risau. Entahlah...

Jadi aku harap aku akan kebal dari perkataan-perkataan tersebut. Aku tak mahu ada tekanan lagi.