Aku terima SMS semasa khamis malam.
"Mirul, kita balik esok pukul 8 pagi la. Atok aku meninggal la."
Malam tadi, aku teringat kembali tentang SMS itu. Membuatkan aku terkenangan kisah hidup aku bersama arwah atuk dan nenek.
Aku rasa, aku amat jarang (atau mungkin kurang atau tidak pernah langsung) mendapat kasih sayang dari seorang yang bergelar atuk dan nenek.
Di sebelah ayah aku, nenek telah meninggal dunia ketika ayah aku berumur 18 tahun lagi. Ini bermakna ayah aku belum berkahwin lagi ketika arwah nenek meninggal dunia. Aku hanya melihat gambar arwah nenek aku sahaja.
Atuk sebelah ayahku pula meninggal ketika umurku belum pun mencecah setahun.
Ramai pak cik dan mak cik aku yang berkata bahawa muka aku memang serupa dengan muka arwah atuk ku. Lagipun, semasa aku lahir sehingga hayat terakhir arwah atuk aku, aku merupakan cucu kesayangannya dan dia sering mendukung aku dan menjaga aku semasa ayah dan ibu ku pergi berniaga.
Ada seorang mak cik aku yang suka melihat aku. Katanya, bila dia melihat muka aku, kerinduan mak cik aku ni kepada arwah ayahnya terubat sedikit.
Arwah atuk aku sebelah ibu aku pula meninggal ketika aku berumur 4-5 tahun. Mungkin 4 untuk lebih tepat. Meninggal ketika sedang minum di warong. Aku kurang rapat dengan arwah atuk aku kerana aku tinggal di Johor dan arwah tinggal di Selangor. Lagipun, aku kecil lagi ketika itu.
Arwah nenek sebelah ibu aku meninggal ketika aku darjah 6. Beberapa minggu sebelum aku mengambil peperiksaan UPSR. Ketika dia sakit, dia menyuruh aku belajar bersunguh-sunguh dan dapat kan 4A dalam UPSR 9masa ni masih 4A lagi, belum jadi 5A macam sekarang). Arwah meninggal pada tanggal 9 jun 1996 (9/6/96).
Jadi kepada kamu yang masih ada atuk dan nenek tu, kasihilah mereka selagi hayat mereka masih ada. Setiap manusia akan pergi jua satu hari nanti, jadi kasihi mereka dan jangan sesali apabila mereka telah tiada lagi.
_________________________
Nanti. Belum habis lagi.
Aku ada bercerita tentang hal atuk dan nenek ini kepada ayahku. Ayahku menjawab ringkas...
"Kalau Aam nak rasa dapat atuk dengan nenek, bagi abah kawin dengan pompuan muda yang ada mak bapak lagi. Mesti dapat atuk dengan nenek."
Ha...Ye la tu, abah. Dapat pulak kan?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar