Aku baru kembali dari cuti semester selama seminggu. Sebagai seorang pelajar, cuti seminggu memang tidak pernah cukup rasanya.
Walaupun cuti itu amat pendek, tetapi masih meninggalkan beberapa perkara yang agak menarik (pada diri aku) dan mungkin boleh mengimbau kenangan lama aku.
Tanpa aku sangka-sangkakan, aku telah bertembung mata dengan ex-girlfriend aku yang pertama sewaktu cuti itu. Kita gelarkan dia Mir (bukan nama sebenar) ya? Pertemuan berlaku di satu-satunya kedai runcit melayu di taman aku.
Sejak putus, aku hanya pernah jumpa dan bercakap 3 kali sahaja dengan dia. Semuanya berlaku di UiTM Segamat. Tak sangka pula dia juga menyambung pelajaran nya di situ.
Mir: Lama tak jumpa. Apa khabar?
Aku: Ok-ok je.
(Seterusnya adalah perbualan tidak penting jadi aku terus ke bahagian penting sahaja)
Mir: So, awek macam mana sekarang?
Aku: Awek yang mane?
Mir: Lepas kita putus, awak ada couple dengan budak KL kan?
Aku: Oh! Tu dah putus lama dah. Kekal 7-8 bulan je. That was a mistake.
Mir: Ape yang mistake nye?
Aku: That girl and that relationship.
Mir: Hehe.. Nape cakap orang putih pulak ni.
Sebenarnya aku agak gugup ketika berbual dengan dia pada masa itu. Tu yang sampai terkeluar bahasa inggeris aku yang broken habis tu. Sungguh memalukan...
Mir: Lepas tu bukan awak ada couple dengan satu lagi ke masa belajar dekat...
Aku: Dah putus masa malam raya 2006 dan masih single sampai sekarang...
Mir: Tak cari baru?
Aku: Busy la...
Mir: Awak ada blog kan? Terjumpa friendster awak. Pastu terjumpa blog awak sekali.
Aku: Owh. Ye ke?
Mir: Tak de cerita pasal kite ke dalam blog awak tu?
Aku: Hehe... Belum lagi setakat ni. Nanti la. Kalau rajin nak korek cerita lama...
Mir: Oh ye. Maybe saya tunang akhir tahun ni. Nanti kenduri datanglah.
Aku: Insyaallah kalau tak de benda.
Mir: Ok bye.
Perbualan tamat begitu sahaja. Aku tahu dia sudah ada teman baru ketika menuntut di UiTM dulu melalui adik lelakinya. Ya, aku masih akrab dengan adiknya walaupun aku sudah putus ikatan dengan dia.
Nampaknya, dia bakal bertunang tidak lama lagi. Aku masih keseorangan.
Aku pulang ke rumah. Cuba mencari memori manis aku bersamanya sewaktu dahulu. Banyak juga yang aku ingat tetapi tiada satu pun yang aku anggap cukup manis untuk dijadikan "memori manis".
Berbeza dengan hubungan yang aku dengan ex-awek aku yang aku anggap sebagai "mistake" itu, walaupun sedikit, tetapi banyak juga yang mampu membuat aku tersenyum. (kita gelarkan awek nombor dua aku ini sebagai mistake mulai sini).
Jadi, adakah aku salah menilai perhubungan aku selama ini? Atau aku sudah berjaya melupakan Mir tetapi masih mengingati mistake?
Kadang-kadang aku ada juga teringat kepada mistake. Tetapi kami sudah sepakat untuk putus kerana menganggap hubungan kami adalah hubungan yang gagal dan tidak akan berjaya. Atau sebenarnya kami yang salah menilai ketika itu?
Aku masih ada nombor telefon mistake. Perlukah aku menghubungi dia dan memulakannya semula?
Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah?
Argh!!! Nanti-nantilah aku cari awek lain. Benda yang lepas usah di kenang. Tak gitu?
P/S: Dalam entri yang lepas, saudara FairuzMokti ada meninggalkan soalan di bahagian komen aku, "kenapa kau berblog..??" Jawapannya, sila baca enti ini. Sekian.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar