Kamis, 14 Februari 2008

BULLET FOR MY VALENTINE : MY BLOODY VALENTINE

Walaupun tajuk entri ini ada perkataan valentine, ini tidak bermakna aku ingin bercerita tentang sambutan Hari Valentine atau bercerita tentang pengalaman valentine aku.

Seingat akulah, aku tidak pernah menyambut hari kekasih ini. Walaupun pada masa itu aku ada teman wanita, tapi aku memang tidak sambut. Aku rasa tak payah lah aku hendak bercerita kenapa aku tak sambut benda alah ini kerana pada umumnya semua orang pun tahu tentang hari tersebut.

Tapi, ada juga benda yang ada perkataan valentine yang aku suka

1.Bullet for My Valentine

Bullet for My Valentine adalah sebuah band yang memainkan lagu bergenre metalcore/heavy metal dari USA. Album pertama band ini, The Poison, merupakan antara album yang aku minati. Mereka baru sahaja mengeluarkan album kedua mereka yang bertajuk Scream Aim Fire.

2. My Bloody Valentine

Ini merupakan tajuk lagu Good Charlotte dalam album kedua mereka, sebelum mereka merapek pada album-album seterusnya.

Nampaknya entri ini agak melalut sekarang, jadi biar aku hentikan kekalutan ini sebelum ia akan berlarutan semakin teruk.

Sebenarnya, sejak memasuki tahun 2008 ini, aku agak kekurangan idea untuk menulis. Mutu penulisan aku juga bagai sudah hilang (tak delah bermutu sangat pun penulisan aku sebelum ini) tapi rasanya macam dah merosot dari dulu.

Aku bagaikan sukar untuk menulis entri panjang lebar seperti tahun lepas. Jika kamu ada terbaca 3-4 entri aku tahun lepas tentang kisah silam aku yang jiwang dan panjang lebar dengan ayat puitis (macam sial je aku rasa masa tulis entri ini), pasti kamu ternampak perbezaan nya.

Ah!!! Biarlah! Aku rasa nanti gaya penulisan aku akan jadi seperti dulu kembali.

Oleh kerana tajuk entri ada perkataan "Bloody" di mana ia datang dari kata akar "blood", jadi aku ingin bercerita sedikit tentang darah.

Sejak kebelakangan ini, bila aku membuang kahak atau hingus, kahak dan hingus itu akan keluar bersama darah. Kadang-kadang akan keluar darah sahaja.

Keadaan ini agak merisaukan aku. Jadi aku bertanya pada mak aku. Mak aku cuma berkata suhu badan aku panas dan menjadi penyebab hidung aku berdarah. Di tambah pula dengan aku yang sering tidur lewat dan masa tidur yang tak tentu arah telah menyumbang lagi punca darah yang keluar dari hidung aku itu.

Bila aku cerita pada roomate aku, dia kata aku ada penyakit serius dan kalau aku pergi, dia nak MP4 aku. Yang sorang lagi nak laptop aku.

Celaka punya member, doakan aku mati pulak. Lepas tu ada hati pulak tu nak ambil barang-barang aku. Dapat pulak!!!!!!

Jadi aku andaikan yang badan aku panas menjadi punca kahak dan hingus aku berdarah. jadi aku ingin tanya sedikit soalan kepada kamu.

"Bagaimana mahu menurunkan tahap suhu badan aku yang panas ini?"

"Ada tak makanan atau minuman yang boleh menurunkan suhu badan aku ini?" (Tolong jangan bagi jawapan air badak kerana aku sudah banyak kali minum air badak tu dan suhu badan aku tak berubah pun)

Rasanya entri ini agak panjang juga ya. Ya. Berjaya juga aku buat entri yang agak panjang untuk tahun 2008 ini. Nanti aku akan buat entri yang lebih panjang lagi.

Tolong beri jawapan pada persoalan aku itu ya. Aku berhenti di sini kerana aku rasa aku sudah teruk sangat merepek dalam entri kali ini.....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar