Sebenarnya, aku agak mati akal untuk menulis entri ini. Berbeza dengan acara temasya sukan sebelum ini, aku menjadi penonton setia setiap hari. Tapi tidak untuk Sukan SEA 2011.
Dulu, aku masih belajar atau sedang menganggur. Jadi, 24 jam aku boleh menghadap TV dan update dengan perubahan pingat dan semua keputusan. Boleh dikatakan kebanyakan pingat emas yang Malaysia menang aku dapat lihat secara langsung.
Tapi tidak untuk Sukan SEA 2011.
Aku sudah mula bekerja. Aku tidak lagi dapat melangut di depan TV 24 jam. Aku hanya mampu menonton highlight pada setiap malam. Hanya sukan bola sepak yang aku dapat tengok secara seiaran langsung.
Jadi, inilah Sorotan Sukan SEA 2011 secara ala kadar.
Malaysia berjaya mengutip 59 pingat emas, 50 pingat perak dan 81 pingat gangsa. Jauh tertinggal dengan juara keseluruhan yang juga tuan rumah, Indonesia yang mengutip 182 pingat emas, 151 pingat perak dan 143 pingat gangsa. Ah, biasalah! kalau jadi tuan rumah, mesti jadi juara punyalah!
Bagaimanapun, ia satu pencapai yang baik kerana Majlis Sukan Negara (MSN) hanya mengsasarkan 40 pingat emas sahaja. Atlet Malaysia berjaya mengutip jauh melebihi sasaran.
Itupun, ada beberapa atlet yang tidak mencapai pingat emas seperti yang telah disasarkan oleh MSN, atlet dari sukan Taekwando terutamanya.
Mujur ada beberapa atlet yang tidak disasarkan untuk mendapat pingat emas berjaya membuat kejutan. Fatihah Mustafa antara yang menjadi antara atlet cemerlang dalam sukan basikal.
Atlet terjun menunjukkan kehebatan mereka. Rata-rata atlet terjun Malaysia sudah bertaraf antarabangsa. Tiada masalah untuk Yeoh Ken Nee, Bryan Nickson, Leong Mun Yee, Pandalela Rinong, Cheong Jun Hoong, Ng Yan Yee, dan Traisy Vivien untuk membolot 7 dari 8 pingat emas untuk acara terjun.
Begitu juga dengan acara renang berirama. Perenang Malaysia berjaya membolot semua 5 pingat emas yang dipertandingkan untuk sukan ini. Katrina Ann Abdul Hadi dan Png Hui Chuen terlibat dalam kesemua 5 pingat emas tersebut, sekaligus mereka berdua dinobat sebagai atlet terbaik kejohanan untuk Sukan SEA 2011 ini.
Badminton tidak menunjukkan prestasi yang baik. Tapi perlu diingat, Malaysia hanya menghantar atlet pelapis untuk kejohanan kali ini. Tiada kelibat Datuk Lee Chong wei dalam Sukan SEA 2011 kali ini.
Bola sepak? Perlukan aku bercerita tentang kehebatan pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya mengekalkan pingat emas? Rasanya tak perlu kerana semua orang pun sudah sedia maklum. Lagipun, aku sudah tulis entri khas untuk kejayaan mereka dalam entri yang lepas.
Dalam keringan meraikan atlet yang berjaya, masih ada juga sekumpulan atlet yang berjaya menggondol pingat emas, tetapi tidak menerima layanan yang baik. Mereka ialah kuartet 4x400 meter.
Kuartet yang dianggotai oleh Subramaniam Kannathasan, Paneerselvam Yuvaaraj, Schzuan Rosely dan Muhamad Yunus Lasaleh tidak menerima layanan yang sepatutnya.
Pada mulanya, mereka tidak dihantar ke Indonesia. Mereka kemudiannya dihantar pada minit akhir. Dan tidak sangka kuartet ini berjaya mencipta kejutan merangkul emas. Tapi malangnya, kuartet ini tidak dapat naik ke podium untuk menerima pingat emas yang mereka menangi kerana mereka telah dijadualkan pulang sebaik sahaja memenangi pertandingan tersebut.
Nampaknya, budaya persatuan tidak melayan atlet dengan sepatutnya terjadi lagi. Ini bukan kali pertama. Dulu, aku ada berpeluang berbual (ada secara face to face, ada secara chatting sahaja) dengan beberapa atlet Malaysia (kini bekas atlet). Mereka yang datang daru sukan yang berlainan, banyak merungut dengan layanan yang emreka terima dari orang atasan persatuan sukan tersebut.
OK. Ini sahaja ulasan aku kali ini. Semoga atlet Malaysia mampu mengulangi kejayaan ini pada Sukan SEA 2013 di Myanmar pula.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar