Rabu, 07 September 2011

Benda Yang Sering Dilakukan Bersama Ketika Couple & Penilaiannya

Bila manusia jatuh cinta, mereka ingin melakukan aktiviti yang melibatkan penglibatan kedua-dua pihak. Ya lah, melakukan hubungan seks pun perlu melibatkan kedua-dua pihak jugakan? Kalau melibatkan sebelah pihak sahaja, itu namanya onani.

Google sendiri kalau kamu tak tahu maksud onani.

OK. Jauh aku dah pergi ni.

Melakukan aktiviti bersama kadangkala boleh menambahkan keutuhan perhubungan, dan kadangkala tidak baik untuk kesihatan hubungan tersebut.

Jadi, mari kita lihat antara aktiviti yang selalu dibuat bersama oleh pasangan-pasangan bercinta.


Pakai Couple T-Shirt

Rasanya kamu tahukan apa itu Couple T-Shirt? Ada 2 jenis Couple T-Shirt. Yang pertama, t-shirt yang mempunyai design yang sama. Yang kedua, t-shirt yang mempunyai corak yang bercantum antara 2 t-shirt. Kalau kamu pakai dan jalan sama-sama, nampaklah corak yang bercantum itu.

Penilaian:
Perkara yang agak simple tetapi mempunyai unsur romantik di situ. Pasangan digalakan membuat perkara ini tetapi janganlah tiap kali kamu date, kamu nak kena pakai Couple T-Shirt pula. Nanti kamu dipandang seroang oleh masyarakat pula.


Kerap Keluar Makan Bersama-sama

Walaupun kamu belajar di kelas yang berlainan, walaupun kamu bekerja di tempat yang lain, kamu tetap makan sarapan, makan tengahari dan minum petang bersama.

Makan bersama boleh menambahkan keakraban hubungan sesama pasangan. Tapi sebenarnya, ada sebab lain kenapa aktiviti ini dilakukan.

Antara sebabnya ialah untuk mengawal nafsu makan pasangan masing-masing. Si wanita perut si lelaki sudah seperti bentuk lelaki yang sudah 10 tahun berkahwin dan si lelaki risau dengan si wanita yang pada mulanya boleh memakai baju adiknya, kini mampu memakai baju ayahnya.

Penilaian:
Seperti apa yang aku pernah katakan, makan bersama boleh menambahkan keakraban hubungan sesama pasangan. Tetapi aktiviti ini perlulah ada give and take. Janganlah suruh si lelaki sahaja yang terpaksa bayar setiap kali makan. Botak teman lelaki kamu tu. Lagipun, nanti makin lambatlah kamu nak berkahwin sebab duit si lelaki tak cukup-cukup


Memilih Lagu Couple

Lagu couple adalah lagu cinta yang dipilih untuk setiap pasangan. Ada beberapa kreteria yang menyebabkan  sesebuah lagu dipilih menjadi lagu couple (1) Lagu tersebut merupakan lagu kegemaran kedua-dua mereka (2) Lagu tersebut mempunyai pengaruh kepada hubungan mereka (3) lagu tersebut mengingatkan mereka kepada suatu memori indah dalam hubungan mereka, contoh: Lagu tersebut berkumandang semasa first date (4) lagu tersebut tengah popular semasa mereka bercouple.

Sebagai contoh, kawan aku Cendol dan aweknya (kini isterinya) memilih lagu Stand Inside Your Love nyanyian Smashing Pumpkin. Eh? Ke lagu Whatsername nyanyian Green day? Aku lupalah pulak yang mana satu.

Penilaian:
Memilih lagu couple memang satu perkara yang simple, tapi romantik. Tapi ada juga keburukannya. Kalau hubungan tidak berterusan, putus di tengah jalan, maka secara automatik lagu tersebut akan menghantui diri sepanjang hidup.

Kalau putus secara baik, mungkin tiada effect sangat. Tapi kalau kena putus secara tak baik (Kena kikis dengan awek lepas tu terus blah, balak mengandungkan kamu lepas tu hilang entah ke mana) pasti sakit jiwa kalau mendengar balik lagu couple tersebut.

Dan kalau pasangan tersebut meninggal dunia, setiap kali terdengar lagu couple tersebut, pasti meleleh air mata.

Dan kalau boleh, sorokkanlah tajuk lagu couple tersebut dari kawan-kawan anda. Kelak bakal mengundang padah.

Sebagai contoh, kawan aku yang tinggal di rumah sewa semasa aku belajar di Politeknik Merlimau dahulu. Sibuk menyanyikan lagu couple tiap-tiap hari. Buka mp3 lagu tersebut kuat-kuat sampai semua housemate dah rasa annoying mendengar lagu tersebut.

Sebaik sahaja putus, kawan-kawan (termasuk aku) terus menganjing kaw-kaw punya. Kami semua menyanyikan lagu tersebut kuat-kuat. Tapi jangan risau, kami buat benda tu pun selepas dia sudah dapat awek yang baru. Jadi dia tak terasa hati pun.


Tidak Merahsiakan Password Kamu

Ini juga perkara lazim. Kononnya cinta punya pasal, segala password boleh dikongsi bersama. Dari password Friendster, Myspace, Facebook, Twitter, Foursquare, kad ATM duit PTPTN dan lain-lain lagi, semuanya dikongsikan.

Kalau mak ayah tanya password kad ATM, kemain lagi kamu mengamuk tak ank bagi. Kononnya "saya dah besar la mak, abah. Saya boleh jaga duit saya". Tapi kalau makwe mintak "ambiklah password ni. Kalau nak ambik duit sekali pun, saya tak kisah."

Penilaian:
Aku pernah menulis sebuah cerpen dalam entri yang terdahulu tentang fenomena berkongsi password ini. Kamu boleh refresh ingatan kamu dengan membaca entri tersebut di sini.


Tukar Sim Card

Perkara ini agak popular dilakukan semasa zaman aku study dahulu. Tapi aku tak pasti samada method ini masih dilakukan oleh adik-adik indie & hipster zaman sekarang. Kawan-kawan aku ramai betul yang terjebak dalam permainan penukaran sim card ini. Aku? Tidak sama sekali.

Penukaran sim card dilakukan untuk memastikan pasangan masing-masing tidak curang sesama sendiri. Pasangan masing-masing dapatlah tahu siapa yang ada dalam senarai phone bokk pasangan mereka dan tahu siapa yang kerap menelefon pasangan mereka setiap hari.

Penilaian:
Bagi aku, ini merupakan satu perkara tidak bijak. macam apa yang terjadi pada kawan-kawan aku. Bila emak bapak masing-masing call, mereka mesti pelik kenapa anak mereka berubah jantina.

Kes yang terjadi pada kawan aku, dia tukar sim card dengan aweknya. Bila emak dia call, terkejut beruk emak dia mendengar suara perempuan yang menjawab telefon. Emaknya fikir yang bukan-bukan, kononnya anaknya sudah bawa perempuan balik ke rumah sewanya. terus haru biru dibuatnya.

Tukar sim card bukanlah cara yang baik. Selain bakal menerima makian dari mak bapak sendiri dan mak bapak kekasih kamu, kamu juga bakal menerima makian tambahan dari kawan-kawan yang galak mahu mengajak kamu bermain futsal dan kawan-kawan yang ajak buat slumber party/sleepover.

Lagipun, kepercayaan adalah kunci perhubungan. Kalau kamu tukar sim card kerana tidak percayakan pasangan kamu, baik tak payah bercinta.

==========

Cukup sampai di sini dahulu. Aku sudah malas nak taip panjang-panjang. Sebenarnya ada banyak lagi benda aku mahu tulis tapi perasaan malas berjaya merajai hati aku. Lain kalilah aku sambung lagi.

Aktiviti bersama boleh mengeratkan perhubungan, dan juga boleh menjahanamkan perhubungan. Pastikan kamu memilih aktiviti yang betul untuk memastikan hubungan kamu berterusan sehingga ke jinjang pelamin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar