Rabu, 08 Juni 2011

Top 20 Lagu Tema Wrestler WWE Yang Aku Gemari Part 1

Muzik dan WWE memang tidak dipisahkan. Bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan aur dengan tebing. Bagaikan anjing dan bayang-bayang. Eh?

Sejak dari dulu lagi, muzik memainkan peranan penting dalam WWE. Salah satu fungsi muzik ialah menjadi lagu tema bagi setiap wrestler yang bertanding.

Muzik tema biasanya akan dimainkan ketika seseorang wrestler itu keluar untuk bertanding. Muzik tema setiap wrestler itu biasanya membayangkan diri dan personaliti setiap wrestler tersebut. Tanpa muzik tema, maka hambarlah persembahan WWE malam itu.

Tanpa banyak celoteh, mari aku tunjukkan Top 20 lagu tema wrestler WWE yang aku gemari. Bagi bukan peminat gusti, anda boleh dengar setiap lagu-lagu tema yang ak usenaraikan. Manalah tahu jadi kegemaran kamu pula nanti.


20. Vince McMahon - No Chance in Hell (Peter Bursuker)


Kita mulakan dengan muzik tema dari pemilik WWE, Vince McMahon, dinyanyikan oleh Peter Bursuker. McMahon sudah menggunakan muzik ini sebagai lagu tema ini dari tahun 1998 lagi, ketika dia mula bermusuh dengan wrestler kegemaran ramai ketika itu, Stone Cold Steve Austin.

Lagu ini boleh dikatakan lagu tema yang paling lama bertahan dalam WWE. Selama 13 tahun. Kebiasaannya, setiap wrestler akan mendapat lagu baru dalam tempoh tertentu.

Walaupun Vince McMahon bukannya seorang wrestler, tetapi lagu tema beliau adalah lebih baik dari beberapa lagu tema wrestler yang lain.


19. Zack Ryder - Radio (Watt White)


Memang tak dinafikan, Zack Ryder bukanlah wrestler yang terkenal. Zack Ryder hanya akan muncul dalam side show WWE yang tidak terkenal. Tapi entah kenapa, lagu tema ini melekat dalam kepala aku.

Mungkin kerana channel Youtube beliau yang begitu kelakar, itu yang menyebabkan aku meminati lagu ini. Lagu ini dinyanyikan oleh Watt White. Zack Ryder sudah menggunakan lagu ini semenjak Mei 2009 lagi.

Dengan populariti beliau di Youtube, aku yakain WWE akan memberikan beliau peluang untuk lebih menonjol tidak lama lagi. Woo woo woo. You know it!


18. X-Factor - "What 'Chu Lookin' At?" (Uncle Kracker)


Ramai yang tak suka lagu ini. Malah, ia pernah diundi sebagai antara top 30 lagu tema terburuk di WWE. Tapi bagi aku, lagu ini agak cool.

Lagu ini dinyanyikan oleh Uncle Kracker. Kamu kenal siapa itu Uncle Kracker? Uncle Kracker ialah artis yang pernah terkenal dengan lagu one hit wonder-nya, Follow Me. Lagu ini agak catchy semasa permulaan.

Lagu ini digunakan oleh stable (kumpulan) yang bernama dianggitai oleh X-Pac, Justin Credible dan A-Train, satu stable yang aku rasa ada potensi untuk naik tapi telah dijahanamkan oleh storyline dan kecederaan X-Pac.


17. Lita - Lovefurypassionenergy (Boy Hits Car)



Lagu ini sebenarnya adalah remix dari lagu tema Lita sebelum ini, It Just Feels right. Boy Hits Car telah mengubah struktur muzik menjadi lebih rancak dan menambahkan lirik dalam lagu tersebut.

Lita adalah divas yang boleh bergusti. Lita bagaikan seorang perwira. Lagu tema yang digunakan oleh Lita berlainan dengan lagu tema divas yang lain. Divas yang lain (kecuali Beth Phoenix) menggunakan lagu bergenre dance, penuh dengan beats dan muzik yang agak "girly".

Tapi Lita menggunakan muzik bergenre rock, memisahkan beliau dengan divas yang lain. Lagu tema Lita adalah satu-satunya lagu tema divas yang ada di dalam senarai ini.


16. John Cena - Basic Thuganomic


Dalam semua lagu Hip-Hop yang pernah menjadi lagu tema dalam WWE, lagu ini adalah lagu Hip-Hop terbaik.

Lagu ini dinyayikan oleh John Cena sendiri. Lagu ini digunakan oleh John Cena semenjak tahun 2003 sehingga 2005. Cena mula menggunakan lagu tema ini selepas dia membawa gimik rapper berkulit putih ala-ala Vanilla Ice.

Lagu tema John Cena yang baru agak membosankan. Aku harap John Cena menggunakan kembali lagu ini. Lagipun, John Cena ketika menggunakan lagu tema ini lebih cool, lebih rapper (selalu rapping jika dibandingkan dengan sekarang), lebih banyak menonjolkan skill dan juga lebih "manusia" dan bukan "superman".


15. Chris Jericho - Break The wall Down (Adam Morenoff)



Semenjak Chris Jericho membuat debutnya di WWE pada tahun 1999, Jericho tidak pernah lekang dengan lagu tema ini. Dari tahun ke tahun, lagu ini hanya diubah secara minor sahaja kerana muzik ini memang sesuai dengan diri Jericho.

Sebelum lagu tema ini bermula, akan muncul jam yang menunjukkan countdown sebelum kemunculan Jericho. dari gimik Y2J sehinggalah gimik terbaru beliau sebagai penyelamat (save us).

Dan kemunculan Jerichi selepas lebih setahun menghilang sedang dinantikan oleh peminat WWE. Dan jika muncul jam countdown di titantron, peminat pasti sudah tahu itu adalah Chris Jericho.


14. Alberto Del Rio - Realeza 



Entah dari mana, tiba-tiba muncul seorang wrestler bernama Albero Del Rio di Smackdown pada bulan Jun tahun lepas. Del Rio muncul dengan kereta mewah setiap kali apabila ingin masuk ke gelanggang.

Oh ya. Semua kereta tersebut adalah kereta miliknya sendiri (kecuali kereta yang dihancurkan oleh wrestler lain selepas perlawanan).

Bagi aku, muzik ini sangat sesuai dengan pewatakan Del Rio sebagai seorang yang datang dari golongan aristokrat Mexico. Muziknya yang penuh dengan muzik tradisi Mexico ini memang tepat untuk mewakili beliau sebagai seorang yang bangga dengan akar umbinya.

Ditambah dengan personal ring announcer-nya sendiri, Ricardo Rodriguez, telah menambahkan lagi rencah dalam lagu tema ini.

Oh, ya. Lagu tema Del Rio ini sekarang menjadi ringtone SMS aku.


13. Batista - I Walk Alone (Saliva)



Lagu ini digunakan oleh Batista dari tahun 2005 (ketika beliau keluar meninggalkan stable Evolution) sehinggalah tahun 2010 (apabila beliau berhenti dari WWE).

Lagu ini merupakan nyanyian band american rock, Saliva. Lagu ini memang sesuai dengan attitude Batista dan gelaran beliau, The Animal.

Saliva ada menyanyikan beberapa lagu tema untuk wrestler lain tetapi semuanya gagal bertahan untuk menjadi lagu tema tetap kecuali lagu ini.


12. The Undertaker - Ain't No grave (Johnny Cash)



Ini merupakan lagu terbaru yang digunakan oleh The Undertaker. Undertaker menggunakan lagu ini sempena kepulangannya kembali ke WWE pada 21 Februari yang lepas untuk perlawanan menentang Triple H di Wrestlemania 27.

Sebaik mendengar lagu ini, aku rasa sangat lega. Sekuarng-kurangnya Undertaker sudah membuang lagu grave yard-nya yang sudah dipakai dari dulu lagi dan aku sudah mula bosan dengan lagu tersebut.

Ini bukan kali pertama Undertaker menggunakan lagu popular sebagai lagu temanya. Undertaker pernah menggunakan lagu Kid Rock, American Bad Ass, ketika kali pertama muncul dengan gimik penunggang motor Harley Davidson sebelum menukar menggunakan lagu Rollin' nyanyian Limp Bizkit.

Berkemungkinan besar, Undertaker hanya akan kembali pada Wrestlemania tahun hadapan kerana kecederaannya yang semakin serius. Mungkin juga perlawanan di Wrestlermania bakal menjadi perlawanan terakhir beliau untuk melengkapkan rekod tanpa kalah beliau di Wrestlemania kepada 20-0.


11. Randy Orton - Burn In My Light (Mercy Drive)



Semasa membuat debutnya di WWE pada tahun 2002, Randy Orton telah diberikan gelaran "legend in the making". Mungkin gelaran tersebut memang tepat buat beliau.

Setelah menempuh beberapa storyline dan beberapa perlawanan hebat selepas debutnya, beliau mengalami patah tangan. Sebaik sembuh, Orton menyertai stable bernama Evolution yang dianggotai oleh Triple H, Ric Flair, Batista dan juga Orton.

Orton merupakan ahli Evolution pertama yang keluar dari stable tersebut selepas memenangi World Heavyweight Championship. Sebaik sahaja keluar, Orton menggunakan lagu ini sebagai lagu tema.

Ditambah dengan pyro yang bercahaya emas dan mendapat gelaran The Legend Killer (kerana berjaya menewaskan beberapa lagenda WWE) lagu ini memang sesuai dengan Orton yang mendapat jolokan generasi emas.

==========

Ok. Sampai sini sahaja entri ini. Aku akan tunjukkan senarai top 10 dalam entri akan datang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar