Oleh disebabkan aku penat dan malas nak update panjang lebar, aku tinggalkan satu persoalan pada kamu semua.
==========
Situasi 1
Selepas aku sembuh 100% dari 'kecederaan' sunat, ada suara-suara yang mengacau aku pada masa itu:
"Wah! Dah elok sunat kan? Lepas ni bolehlah kahwin."
Situasi 2
Beberapa bulan sebelum aku habis belajar di UiTM untuk program ijazah, ada orang berkata pada aku:
"Wah! Kau dah nak habis study. Lepas ni kau dah kerja, boleh la kau kahwin."
Situasi 3
Sewaktu ditempat kerja, ada seorang pak cik di pejabat tu tanya aku:
"Kau umur berapa tahun dah, Mirul?"
"27." Jawab aku tenang.
"Wah. Umur dah wajib kahwin tu."
Situasi 4
Perbualan 2 pemuda yang aku dengar tak lama dulu
"Kau umur dah 33 dah, bila kau nak kahwin?" Tanya pemuda 1.
"Nantilah. Aku tak puas enjoy single life ni."
==========
Persoalannya, sebenarnya bila masa yang sesuai untuk seseorang berkahwin?
Bila sudah elok dari sunat?
Bila sudah dapat kerja?
Bila umur sudah menginjak naik?
Bila sudah puas enjoy?
Bila duit sudah cukup?
Bila sudah bosan asyik timbak dinding dalam bilik air tiap-tiap malam?
Bila duit sudah cukup?
Bila sudah terjumpa "The One" atau mister perfect/dream girl?
Bila semua kawan-kawan dah kahwin dan kau sorang saja yang masih membujang?
Bila emak sudah tolong carikan jodoh untuk berkahwin?
Bila kakak semua dah kahwin sebab tak nak langkah bendul?
Bila setiap kali kau nampak awek hot, hati kau bergelora tak tentu arah?
Bila mak cik-mak cik kau mula bertanya, "Sepupu kau tu dah kahwin, kau bila lagi?"
Bila ayah dan mak kamu mula berkata, "Abah & mak ni teringin juga nak rasa ada cucu."?
Sila pilih salah satu jawapan atau bagi jawapan sendiri kalau jawapan di atas tiada yang berkenan di hati. Sila bagitahu kenapa anda pilih jawapan itu dan kalau boleh masa mahu jawab soalan di atas, sila related kan dengan hidup anda sekarang.
Selamat memberi jawapan kepada aku.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar