Jumat, 10 Juni 2011

Top 20 Lagu Tema Wrestler WWE Yang Aku Gemari Part 2

Ini merupakan entri sambungan dari entri yang lepas. Kalau belum baca entri tersebut, boleh baca entri tersebut di sini.

==========

Honorable Mention

Sebelum aku menyambung senarai Top 10, aku ingin menyenaraikan beberapa lagu tema yang hampir masuk dalam senarai Top 20 ini.

Kane - Slow Chemical (Finger Eleven)

Pada asalnya, aku ingin meletakkan lagu ini. Lagu ini adalah pengubahsuaian dari lagu tema Kane yang biasa kita dengari, cuma ditambahkan lirik oleh band Finger Eleven.

Pada asalnya, aku ingin meletakkan lagu tersebut di dalam senarai, tetapi entah kenapa aku mengeluarkan pada saat akhir. Tapi mujur aku tak letak dalam senarai kerana aku gagal menjumpai lagu tersebut dalam Youtube.


Undertaker - You're Gonna Pay



Lagu ini digunakan oleh Undertaker sebagai lagu tema ketika membawa gimik mat rempit Harley Dividson selepas menggunakan lagu American Bad Ass (Kid Rock) dan Rollin' (Limp Bizkit).

Undertaker menggunakan lagu tema ini selepas berubah dari watak face (watak baik) ke watak heel (watak jahat) pada sekitar tahun 2002-2003.


Jack Swagger - Get On Your Knees (Age Against The Machine)



Satu-satunya lagu tema Jack Swagger semenjak masuk ke WWE pada tahun 2008. Lagu ini dinyanyikan oleh band Age Against The Machine, band tribute untuk Rage Against The Machine.

Lagu yang agak baik tapi rasa macam kurang sesuai dalam list aku. Jack Swagger adalah "Kurt Angle celup" yang cuba dicipta oleh WWE. Mempunyai skill yang agak baik but do to the poor booking, he stuck in stupid storyline seperti storyline perbalahan antara Michael Cole dan Jerry Lawler.


Beth Phoenix - Glamazon



Satu-satunya lagu tema Beth Phoenix dalam WWE semenjak menyertai pada tahun 2006. Lagu yang sesuai dengan gimik beliau sebagai 'perempuan kuat'.

Tapi tak cukup kuat untuk masuk senarai Top 20.


Sheamus - Written In My face



lagu yang agak rancak dan sesuai dengan tuan punya badan. Sheamus membuat debut di ECW dengan lagu ini, dan masih menggunakan lagu ini sehingga sekarang.

==========

Ok. Kita teruskan dengan senarai Top 10 sekarang.

10. Nexus - We Are One (12 Stones)


Setelah stable (kumpulan) The Legacy (yang dianggotai oleh Randy Orton, Ted DeBiase Jr. dan Cody Rhodes) berkubur, WWE sudah kehilangan faction yang mampu memporak perandakan WWE. Sehinggalah kemunculan Nexus.

Nexus (versi asal) dianggotai oleh Wade Barret (ketua), Justin Gabriel, Heath Slater, Darren Young, Daniel Bryan, Michael Tarver dan Skip Sheffield. Debut mereka di Raw dengan memecahkan dan meruntuhkan gelanggang WWE memang satu permulaan yang baik.

Nexus menggunakan lagu We Are One nyanyian 12 Stones, lirik lagu ini memang tepat sekali menggambarkan Nexus ketika itu. Kumpulan yang bersatu padu dan ingin menunjukkan kebolehan mereka dihadapan semua penonton.

Lagu ini cukup memberikan aura kepada Nexus. Setiap kali mereka keluar dengan lagu ini, rasa gerun dan benci kepada kumpulan ini timbul.

Tapi Nexus akhirnya menjadi stable yang hidup segan mati tak mahu selepas Wade Barret ditendang keluar dari Nexus, disusuli dengan pengunduran Justin Gabriel dan Heath Slater yang menubuhkan The Corre di Smackdown.

CM Punk menjadi ketua baru Nexus dan gagal membawa kredibiliti Nexus kembali memuncak seperti zaman pemerintahan Wade Barret. Lebih kecewa apabila Nexus kini menggunakan lagu tema CM Punk, The Fire Burns. 

Walaupun aku gemar lagu tema CM Punk (dan akan muncul dalam senarai ini sebentar lagi), aku lebih prefer Nexus muncul dengan lagu We Are One yang lebih bertepatan dengan tema stable ini.


9. The Rock - Electrifying


"If you smell.......!!!! What The Rock, is cookin'." Bila berkumandang suara The Rock (yang biasanya diletakkan pada setiap pemulaan lagu temanya) semua peminat pasti akan bersorak.

Lagu tema terbaru The Rock bertajuk Electrifying hasil Jim Johnston, producer yang sudah berkerja untuk WWE semenjak tahun 1985 lagi. The Rock mula menggunakan lagu tema ini semenjak kepulangannya kembali ke WWE setelah 7 tahun menyepi di Raw pada 14 Februari tahun ini.

Electrifying adalah remix dari lagu-lagu tema The Rock yang lama, iaitu Do You Smell It, If You Smell.. dan ...Is Cookin'. Klik pada tajuk lagu untuk mendengar lagu tema lama.

Tak banyak beza antara lagu tema baru dengan lagu tema baru The Rock. Bezanya hanyalah cara The Rock menyebut frasa awal pada setiap lagu, dan retak lagu tersebut yang semakin lama semakin rancak apabila menjadi versi baru. Dan setiap versi bagaikan melengkapkan kekurangan lagu tema versi yang lama.

Lagu ini memang tepat untuk menggambarkan personaliti The Rock, ditambah lagi dengan suara The Rock dalam lagu ini. lagu ini memang cukup electrify. Penonton akan terasa hype setelah mendengar lagu ini dan terus bersorak. Lagu ini bagaikan menyuruh penonton bersorak tanpa sedar.

Electrifying song for electrifying man in sports entertainment.. No!  Electrifying song for electrifying man in entertainment industry.

If You smell......... What The Rock, is cookin'!


8. Stone Cold - I Won't Do What You Tell Me


Satu lagi hasil kerja Jim Johnston. Stone Cold mula menggunakan lagu ini pada tahun 2000.

Seperti The Rock, lagu tema Stone Cold juga adalah remix dari lagu tema beliau yang lama, iaitu Hell Frozen Over dan Glass Shatters.

Jika The Rock meletakkan catch phrase-nya pada permulaan lagu temanya, Stone Cold pula popular dengan bunyi kaca pecahnya. Setiap kali bunyi kaca pecah berkumandang, penonton sudah sedia maklum Stone Cold akan membuat penampilannya.

Lagu tema yang bersifat keras ini sesuai dengan Stone Cold yang sering naik ke gelanggang dengan beer, kata-kata carutan yang kasar dan juga gelarannya sebagai master of the middle finger.

Give Me a Hell Yeah!!!!


7. Triple H - My Time (DX Band)


Tidak dapat dinafikan yang Triple H adalah heel terbaik yang ada semasa Attitude Era. Triple H menggunakan lagu ini ketika dia menjadi heel terbesar ketika itu. Dan lagu ini memang sesuai dengan attitude jahat dan kejamnya ketika itu.

Lagu ini digunakan oleh Triple H pada tahun 1999 sehingga 200, sebelum Triple H kemudian menggunakan lagu tema baru yang dinyanyikan oleh Motorhead, yang akan muncul dalam senarai ini nanti.

Lagu ini dinyanyikan oleh DX Band, yang juga menyanyikan lagu tema untuk semua ahli DX seperti X-Pac, dan juga lagu tema DX.

Bunyi lagu ini yang mempunyai unsur millennium baru, sesuai dengan Triple H yang menjadi johan WWE ketika WWE melangkah ke abad baru ketika itu (Triple H menjadi johan baru WWE pada 3 Januari 2000 mengalahkan Big Show).

Lagu tema yang hebat tetapi diatasi oleh lagu tema baru Triple H yang lebih hebat.


6. Chris Benoit - Whatever (Our Lady Peace)



Puas aku cari video entrance Chris Benoit di Youtube, tapi aku tak jumpa. Yang aku jumpa hanyalah versi live yang dinyanyikan oleh band asal yang menyanyikan lagu tema ini, Our Lady Peace.

Our Lady Peace adalah band yang berasal dari Canada, yang pernah mengecap sekelumit populariti di MTV melalui lagu Somewhere Out There dan Innocent, menyaikan lagu tema untuk seorang wrestler yang berasal dari Canada, Chris Benoit.

Benoit menggunakan lagu ini dari tahun 2002 sehingga 2007. Lagu ini adalah remix dari lagu tema beliau yang pertama, Shooter, yang digunakan sekitar tahun 2000 hingga 2002. Our Lady Peace mengubah sedikit muzik dan menambahkan lirik untuk lagu tema yang baru ini.

"Kenapa kau tak dapat cari lagu tema Benoit yang baru, Mirul?"

Kerana aku gagal menjumpai lagu tersebut di Youtube. Sesudah kejadian murder-suicide Benoit (membunuh isteri dan anaknya lalu membunuh diri atas pengaruh overdose pill), WWE telah membuang segala rekod Chris Benoit dari website rasmi mereka.

Malahan, semua skill yang lazim digunakan oleh Benoit di atas gelanggang juga telah diaharam untuk digunakan oleh wrestler lain. Bukan setakat di alam realiti sahaja, segala skill Benoit juga ditarik keluar dari video games WWE.

Lagu tema ini juga menerima nasib yang sama. Semua video lagu tema ini (kecuali dinyanyikan secara langsung oleh Our Lady Peace) telah ditarik dan dibanned oleh Youtube atas arahan WWE.

Apapun penamat riwayat Chris Benoit, aku tetap hormati beliau sebagai seorang wrestler yang bagus. Dan, tidak melampau untuk aku katakan yang Benoit adalah wrester technical terbaik yang pernah aku lihat.

Dan lagu ini memang sesuai dengan Benoit. R.I.P. Benoit! The rabid wolverine.


5. Triple H - The Game (Motohhead)



Lagu tema paling popular yang Triple H pernah gunakan. lagu tema ini dinyayikan oleh band kegemaran Triple H, Motorhead.

Lagu ini digunakan selepas Triple H memulakan angle baru selepas mengahwini anak Vince McMahon, Stephanie McMahon dan memulakan faction McMahon-Helmsley pada sekitar tahun 2000.

Lagu ini menjadi favorite ramai, juga menjadi kegemaran Triple H. Walaupun WWE telah membuat beberapa lagu tema baru untuk Triple H, dia tetap mahu menggunakan lagu The Game sebagai lagu temanya. Mentang-mentanglah kau menantu boss, boleh demand lah.

Riff gitar pada pertengahan lagu tersebut menambahkan lagi perasa pada lagu ini. memang satu lagu yang epic!

Time to play The Game!


4. Christian - Just Close Your Eyes (Waterproof Blonde & Story of The Year)


Bermula tahun 2003, Christian mula menggunakan lagu ini sebagai lagu tema barunya apabila beliau mula membawa gimik sebagai Captain Charisma. Lagu ini dinyanyikan oleh band yang bernama Waterproof Blonde. 

Kemudian, Christian meninggalkan WWE pada akhir tahun 2005 untuk menyertai seteru WWE, TNA. Namun begitu, Christian membuat u-turn untuk kembali ke pangkuan WWE pada tahun 2009.

Sebaik pulang ke pangkuan WWE, Christian menggunakan kembali lagu ini sebagai lagu temanya. Tetapi oleh kerana Waterproof Blonde sudah berpecah, WWE mengambil keputusan untuk memberikan band Story of The Year untuk menyanyikan semula lagu ini.


Kenapa kau meletakkan kedua-dua lagu di sini? Kerana aku tak dapat nak menentukan mana satu yang lebih baik. Bagi aku, kedua-dua versi dari kedua-dua band memang terbaik. Masing-masing membawa lagu ini dengan baik. Jadi, ada baiknya aku letak kedua-dua versi di sini.

Untuk mendengar lagu penuh ini dalam versi Waterproof Blonde, sila klik di sini.

Ketika bernaung di bawah TNA, Christian juga diberikan lagu tema yang menarik. Mungkin beliau ditakdirkan untuk mendapat lagu tema yang baik, tapi bukan mendapat karier yang baik di WWE selepas terpaksa dilucutkan kejuaraan World Heavyweight Championship selepas memenangi talipingan tersebut selama 2 hari sahaja.


3. Edge - Metallingus (Alter Bridge)


Metalingus adalah lagu tema ketiga yang Edge gunakan selepas beliau berpecah dari rakan tag team-nya, Christian. Sebelum itu, Edge menggunakan lagu On the Edge dan lagu nyanyian Rob Zombie, Never Gonna Stop, yang juga menjadi lagu team untuk filem Rollerball.

Tapi aku rasa lagu nyanyian Rob Zombie terlalu 'ringan' untuk personaliti Edge. Edge adalah wrestler yang membawa gimik seorang opportunist yang licik dan sering berubah perwatakan dari seorang heel ke watak face dalam sekelip mata dan paling kerap berbanding wrestler lain.

Lagu ini dinyanyikan oleh band yang terhasil selepas pepecahan band Creed, iaitu Alter Bridge. Edge menggunakan lagu ini dari tahun 2004 sehinggalah beliau bersara pada 11 April yang lalu selepas mengalami kecederaan yang mungkin boleh menyebabkan beliau lumpuh.

Ayat "You think you know me" yang disebutkan pada awal lagu tema ini diambil dari lirik lagu tema Edge yang pertama, You Think You Know Me, yang digunakan semasa beliau membuat debutnya pada tahun 1998.

Semasa memberikan kata-kata akhir sebelum bersara semasa rancangan Smackdown edisi 15 April 2011, Edge menyatakan yang dia sangat sukakan lagu tema ini dan menjadi favorite beliau sepanjang karier wrestling-nya.

Walaupun terpaksa bersara awal. Edge sudah memenangi 7 kali World Heavyweight Championship, 4 kali WWE Championship, 5 kali Intercontinental Championship, 12 Kali World Tag Team Championship, 2 kali WWE tag team Championship. 2 kali Money In the Bank, 2001 King of the Ring dan pemenang Royal Rumble 2010.

Lebih menarik lagi apabila perlawanan terakhir beliau ialah kemenangan ke atas Alberto Del Rio di perlawanan untuk merebut talipinggang World Heavyweight Championship. Tak ramai wrestler yang memenangi perlawanan terakhir mereka sebelum bersara. Legenda seperti Mick Foley dan Shawn Michael juga tewas dalam perlawanan terakhir mereka.

Dan yang lebih penting, Edge mempunyai  antara lagu tema terbaik di WWE.

You think you know me.....


2. CM Punk - This Fire Burns (Killswitch Engage)



Tak lengkap list ini kalau tak disertakan dengan lagu tema CM Punk yang awesome ini.

This Fire Burns adalah satu-satunya lagu tema yang digunakan oleh CM Punk semenjak menjejakkan kaki ke WWE pada tahun 2006. Semenjak menjadi ketua kepada Nexus, CM Punk kadangkala keluar dengan lagu tema Nexus,  We Are The One.

Lagu tema ini dinyayikan oleh Metalcore, Killswitch Engage. Pada asalnya, lagu ini diberikan kepada Randy Orton sebagai lagu tema barunya. Randy Orton hanya menggunakan lagu ini untuk satu persembahan sahaja sebelum beralih kepada lagu lain. Lagu ini kemudiannya diberikan kepada CM Punk yang baru menyertai WWE ketika itu.

Memegang prinsip sebagai seorang Straight Edge (I don't drink, I don't smoke, I don't do drugs... I am Straight Edge), CM Punk adalah antara wrestler generasi PG Era yang terbaik.

Dia mempunyai karisma, boleh melakonkan watak face dan heel dengan baik, mampu menjayakan promo dengan baik dan bijak berkata-kata dengan microphone.

Kontrak CM Punk bakal tamat September ini dan CM Punk belum lagi mahu menandatangani kontrak baru kerana diberikan jalan cerita yang kurang baik dari pasukan penulis kreatif WWE.

Aku harap CM Punk tidak keluar dari WWE kerana sudah pasti lagu ini tidak akan berkumandang lagi di WWE selepas pemergian beliau.


And the winner is..... (drum roll)


1. Randy Orton - Voices (Rev Theory)



Lagu tema Randy Orton telah terpilih sebagai pemenang carta yang aku bikin sendiri ini.

Lagu tema Randy Orton, Voices, nyanyian band metal/hard-rock Rev Theory. orton mula menggunakan lagu ini selepas dia menggugurkan gimik Legend Killer untuk membawa gimik The Viper.

Selepas keluar dari stable Evolution (yang dianggotai bersama Triple H, Ric Flair dan Batista), Randy Orton membawa gimik Legend Killer/golden generation of wrestling.

Orton menggunakan lagu tema Burn In My Light (berada di tangga ke-11 dalam carta ini). Lagu ini sesuai dengan gimik Orton ketika itu dilengkapi dengan bunga api yang merenjiskan api bewarna keemasan.

Untuk membawa gimik yang lebih berhati kering dan bersikap dingin, Orton memerlukan lagu tema yang baru. WWE memberikan lagu Burn This Light nyanyian Killswitch Engage kepada beliau.

Orton tidak menyukai lagu tersebut kerana 'kurang kena' dengan gimik The Viper dan hanya menggunakan lagu tersebut untuk satu persembahan sahaja.

Orton kemudian mengambil lagu Voices sebagai lagu tema baru beliau. Lagu ini lebih kena dengan gimik Orton yang berhati kering, berperasaan dingin dan seperti seorang psycho yang seolah-olah dikuasai oleh satu suara di dalam kepalanya.

Walaupun lagu ini tidak mempunyai pace yang rancak seperti lagu This Fire Burns, lagu ini tetap mampu mendebarkan hati penonton apabila mendengar lagu ini berkumandang.

Kamu boleh baca lirik penuh lagu ini di sini dan pasti anda faham kenapa aku katakan lagu ini sangat sesuai dengan Randy Orton.


I hear voices in my head
They council me
They understand
They talk to me

==========

Sampai di sini sahaja senarai lagu tema WWE kegemaran aku. Mungkin ada yang tidak setuju dengan senarai aku ini. Kita manusia yang punya citarasa berbeza, jadi kamu juga mungkin ada senarai kamu yang tersendiri.

Akhir kata, smeoga WWE terus bertahan dan kembali wrestling ke Attitude Era kembali.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar