Apa yang ditunjukkan di dalam video di atas adalah proses bagaimana sesebuah percintaan berputik, dan apa yang terjadi apabila hubungan tersebut gagal dipertahankan
Stage 1: Meeting
Meeting adalah peringkat pertama sesebuah perhubungan. Untuk pertama kalinya, si teruna dan dara bertemu. Pertemuan tersebut menimbulkan perasaan cinta pandang pertama. Pertemuan kali pertama biasanya tidak melibatkan perbualan yang terlalu menyentuh peribadi.
Pertemuan kali pertama ini biasanya menjadi modal untuk seri teruna (atau mungkin juga dara) merancang untuk membuat pertemuan kali kedua. Samada pertemuan kali kedua itu dirancang (meminta nombor telefon dan terus merancangan untuk menonton wayang bersama) ataupun stalking ke mana si dara selalu pergi dan buat-buat terjumpa beliau di sana (dalam video ini, si teruna pura-pura terjumpa di taman untuk berjogging dan berkata dia selalu berjogging walaupun sebenarnya si teruna sudah lama tidak teruna berjogging).
Stage 2: The Chase
The Chase adalah peringkat dimana si teruna dan dara masing-masing cuba mengenal hati budi dan tingkah laku pasangan masing-masing. bagi aku, ini adalah peringkat paling menyeronokan dalam proses perhubungan.
Setiap hari, kita akan mengetahui informasi terbaru tentang si dia. Hari ini kita tahu tentang makanan kegemarannya. Esok kita tahu muzik kegemarannya. Lusa kita akan tahu buku kegemarannya. Tulat kita akan tahu tentang makanan kegemarannya. Setiap hari, pasti ada perkara baru yang kita akan ketahui tentang dia dan akan mengujakan hati kita.
Stage 3: Honeymoon
Honeymoon adalah peringkat dimana si teruna dan si dara sudah bersepakat untuk bergelar sebagai pasangan kekasih. Pada peringkat ini, dunia adalah milik mereka berdua. Tiada siapa yang mampu menghalang mereka berdua. Semua yang dilakukan bersama menjadi saat paling indah dalam diri masing-masing.
Masing-masing sanggup berkorban untuk pasangan masing-masing. Walaupun si teruna baru pulang dari kerja dalam kepenatan, tetapi panggilan telefon dari si dara yang mengajak si teruna keluar membeli-belah tidak akan ditolak. Begitu juga dengan si dara. Bagi pasangan kekasih, apa sahaja sanggup di buat asalkan mereka dapat meluangkan masa bersama.
Stage 4: Comfortable
Comfortable adalah peringkat di mana pasangan masing-masing mula menunjukkan "wajah" mereka yang sebenar. Si dara yang selama ini bersopan santun kini boleh menunjukkan sikap kegila-gilaannya semula. Si teruna yang selama ini sopan di hadaopan si dara kini boleh kentut di depan si dara tanpa rasa bersalah.
Tetapi berada di peringkat ini menunjukkan hubungan sudah berada di peringkat yang matang. Pasangan tidak perlu lagi berpura-pura dan boleh berterus terang antara satu sama lain. Peringkat ini boleh menjadi penentu samada hubungan akan bertahan atau terus longar dan akhirnya putus.
Jika pasangan dapat bertahan, mereka akan berada di peringkat ini untuk beberapa tahun sebelum si teruna bersedia dan akhirnya pop the question, "Will you marry me?"
Jika si dara bersedia, mereka akan kembali ke peringkat Honeymoon dan berlanjutan sehinggalah mereka berdua mendirikan rumah tangga.
Dan jika pasangan gagal bertahan di dalam peringkat ini, mereka akan terus terjerumus ke peringkat ke-5.
Stage 5: Tolerance
Tolerance adalah peringkat dimana pasangan mula "bertolak-ansur". Dan dalam konteks ini, tolak-ansur yang dimaksudkan bukanlah sesuatu yang baik.
Tolak ansur di sini bermaksud sesuatu yang baik. Peringkat ini merupakan peringkat dimana pasangan mula tidak ambil kisah tentangan pasangan masing-masing. Insan yang dulu amat penting kini hanyalah sama dengan insan lain di dunia. Tiada lagi layanan istimewa terhadap pasangan masing-masing.
Stage 6: Downhill
Downhill ialah peringkat dimana kemesraan hubungan antara pasangan mula pudar. Tiada lagi gelak ketawa. Tiada lagi kata-kata romantis. Setiap perbuatan akan mencetuskan pergaduhan. Rasa sayang sudah mulai pudar. Tiada apa lagi yang boleh dituturkan apabila bertemu.
Dan ini akan menyebabkan perhubungan tersebut akhirnya terus ke peringkat yang ke-7 dan terakhir iaitu...
Stage 7: Breaking Up
Segala-galanya tamat disini. Tiada lagi "saya dan awak". Tiada lagi "you and I". Semuanya tamat. Perhubungan yang dibina sekian lama terhenti di sini. Tak sangka akan bertemu noktah.
Ketika hubungan antara pasangan sedang mekar, pasangan kita merupakan orang terpenting dalam hidup. Semua tentang dia kita tahu. Kita bukan setakat tahu apa makanan kegemaran, muzik kegemaran.. Tapi kita juga mengetahui bahasa badannya.
Kita tahu bila pasangan kita sedang lapar, kita tahu bagaimana gerak badan pasangan kita bila sedang marah, kita tahu bagaimana gerak badan pasangan kita ketika bosan dan lain-lain.
Perkara ini pernah terjadi pada aku. Dulu, aku pernah menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan yang merupakan penyokong kuat Manchester United (aku penyokong Liverpool). Dia berkata, tidak kira apa yang terjadi, dia tetap akan menyokong MU walaupun apa yang terjadi dan tidak akan menyokong pasukan lain kalau dipaksa. Aku tak kisah tentang itu dan aku tidak memaksa beliau menyokong Liverpool.
Setahun selepas aku berpisah dengan dia, aku kebetulan bertembung dengan si dia. Dia kini memakai jersi Chelsea. Katanya, teman lelakinya memaksa beliau menyokong Chelsea dan dia akur.
Pelik juga aku. Dimana hilangnya semangat tidak akan berpaling tadah itu?
Dan juga dulu dia akan menjawab telefon menggunakan telinga kiri kerana dia berkata dia kurang selesa menggunakan telinga kanan. Tapi kini, dengan selamba dia menggunakan telinga kanan dan berkata dia kurang selesa menjawab dengan telinga kiri.
Dalam sekelip mata, aku bagaikan tidak mengenali siapa dirinya yang sebenar. Dia yang dulu pernah berakata pada aku yang dia tidak selesa memakai dress dan lebih senang mengenakan T-Shirt dan jeans, kini sedang mengenakan dress dihadapan aku.
Dalam sekelip mata, perempuan yang pernah menjalinkan hubungan dengan aku selama 2 tahun ini telah menjadi seorang perempuan yang aku tidak kenali.
Mungkin ada benar apa yang dipaparkan di dalam video di atas. Selepas putus, dia yang selama ini menjadi peneman hidup kita akan menjadi orang yang kita tidak kenali lagi. Agak sukar untuk kita berkawan selepas perhubungan tersebut putus. Bukan sukar, mungkin mustahil.
Mungkin ada sesetengah orang yang akan memulakan "buku baru" selepas putusnya sesuatu hubungan. Mereka akan mengubah gaya hidup mereka. Mungkin inilah yang menyebabkan bekas pasangan mula tidak mengenalinya lagi.
Dan kini, orang yang selalu kita hubungi setiap hari, orang yang selalu kita mimpi-mimpikan setiap hari, orang yang sering bertanya khabar kita setiap hari, sudah hilang dalam hidup kita. dalam sekelip mata, dia menjadi stranger dalam hidup kita.
Sebab itulah kita perlu "move on" apabila suatu perhubungan itu putus. Tak perlulah kita menunggu si stranger itu kembali berkenalan dengan kita. Dia kini seorang stranger, orang yang tidak kita kenali dalam hidup kita.
Tak perlulah kita berkenalan sebanyak 2 kali dengan stranger yang sama. Move on. Pergilah cari stranger yang lain.
Abadikanlah kenangan indah ketika kamu bersama sebagai sebuah memori yang tak mungkin kembali lagi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar