Jumat, 06 Mei 2011

Fanatiknya Dunia Ku

Dekat Malaysia sekarang, politik adalah satu benda yang selalu diperkatakan tak kiralah di kedai kopi, dekat McDonald, dalam disko mahupun dalam kelambu bersama isteri.

Kadang-kadang bila berbual pasal politik, mesti melibatkan emosi meluap-luap, lagi-lagi bila berdebat dengan orang yang mempunyai ideologi politik yang bertentangan.

Ada yang boleh kawal emosi tersebut. Ada yang tidak boleh. Sampai mahu bergaduh pun ada. Main hentak-hentak meja. Main hentak-hentak kaki. Cakap pun dah menengking. Nada suara tinggi. Sudah macam orang nak bertekak tentang perkara hidup dan mati pula.

Beberapa hari yang lepas, aku dan beberapa kawan bermain hashtags di Twitter. Sesiapa yang tak tahu apa itu Twitter Hashtags, boleh baca penerangan ringkas di sini. Senang cerita, main hashtags ini lebih kepada sarcasm & troll. Hashtags is Twitter inside joke.

Bagi aku dan semua kaki Twitter atau lebih mesra dengan gelaran Tahi Twitter, Twitter adalah tempat "main-main". Tempat bersembang dengan kawan di alam cyber, bergurau, berbual kosong, tempat untuk ber-sarcasm, berbual lawak bodoh dan tempat dimana kita boleh berbual secara tidak serius. Twitter ialah tempat untuk kita troll.

Yes! Nobody serious in Twitter. Even Dato Najib Razak also joking in Twitter. Kalau mahu serius, sila berhenti main Twitter. Sila pergi mesyuarat agung sekolah, surau, perpustakaan dan pejabat daerah jika mahu serius.

Tajuk hashtags kali ini ialah #KolejUMNO dan #KolejPKR. Hashtags kali ini bersifat sarcasm. Tapi memang kalau dah namanya hashtags, mestilah berbentuk sarcasm. Tidak ada yang serius. Nama pun "main hashtags", memang sah-sah lah main-main dan tidak serius.

Hashtags kali ini menggambarkan subjek atau apa-apa yang berkaitan jika Kolej UMNO dan Kolej PKR. Contoh:

#KolejUMNO - Semua pelajar puteri wajib TUDUNG NAMPAK JAMBOL .
#KolejUMNO - Sarjana Muda dalam Sains Politik Wang
#KolejPKR - Ijazah "main belakang". LOL!
#KolejPKR - Setiap kelas akan diadakan dimahkamah untuk menghormtai canselor yang selalu naik turun mahkamah

Kami semua main hashtags ini pada petang tersebut. Kami main dengan hati yang riang bagaikan musim panas di Amerika Syarikat. Eh?

Yang sokong UMNO pun selamba meng-sarcasm-kan UMNO dan yang menyokong PKR juga selamba meng-sarcasm-kan PKR. Dah nama pun main-main kan? Lagipun, Twitter memang tempat untuk orang yang tidak serius.

Tapi tiba-tiba, ada lah beberapa orang yang tak puas hati dengan aku sebab aku main hashtags tersebut. Yang menyokong UMNO marah dengan hashtags #KolejUMNO, yang penyokong PKR pula marah dengan hashtags #KolejPKR.

Ada yang menyelar aku orang Melayu tak kenang budi, pengkhianat bangsa, masih buta dan dikaburi dengan muslihat UMNO dan bermacam lagi.napa kam

I facepalm on this....

Macam aku cakap tadi, Twitter bukanlah tempat untuk berserius dan hashtags ialah tempat untuk tahi twitter ber-sarcasm dan troll (asalkan jangan melangkau batasan tertentu).

Semua orang main Twitter sebab mahu melepaskan segala bebanan. Twitter berbeza dengan Facebook. Di Twitter, tiada forum, tiada fan pages, tiada album, tiada poke, tiada Mafia Wars... Hanya boleh berbual sesama sendiri.

Nampak tak? Kalau di Facebook, kau boleh berdiskusi benda-benda serius melalui fan pages. Di Twitter, semuanya benda tak serius. Twitter adalah untuk orang yang mempunyai sense of humor yang tinggi. Hashtags hanya boleh dimainkan oleh mereka yang tahan dengan troll dan sarcasm. Hashtags is Twitter inside joke.

Dan satu lagi, kenapa kamu nak fanatik sangat? Kenapa taksub sangat? Relaks-relaks lah, bro! Benda ini menyebab aku terfikir, kenapa kita fanatik atau taksub sangat dengan ahli politik kita.

Aku rasa, perkara paling mudah untuk mencetuskan pergaduhan, perbalahan dan percakaran ialah apabila benda itu berkaitan dengan politik.

Kenapa kau nak fanatik sangat? Relaks lah. Kalau kamu tu beragama Islam, kamu patut tahu apa hukum taksub. Aku malas mahu tulis di sini. Aku bukan ustaz. Nanti ada yang menegur, "Kau bukan ustaz, tak boleh cerita hal agama."

Kadang-kadang aku rasa bersyukur juga sebab aku tak fanatik sangat dalam berpolitik. Aku tengok yang fanatik sangat ini, payah sangat gaya hidup mereka.

Yang menyokong BN, tak baca Harakah. Kadang-kadang mahu baca tapi takut pula kawan yang menyokong BN nampak pula. Sama seperti penyokong PR, Utusan adalah taboo bagi mereka.

Kamu gelak? Aku pernah nampak depan mata aku benda macam ini terjadi. Sebab itu aku kata aku lega aku tak fanatik sangat.

Kadang-kadang, melihat percakaran dua penyokong fanataik (fanatik sahaja. Yang tak fanatik, ok) boleh menjadi bahan hiburan bergenre komedi buat aku. Ada yang sampai berdiri sambil membulat-bulatkan mata. Sampai ada yang nak hempas-hempas barang. Terpekik-terlolong.

Itu belum tengok ahli politik itu sendiri yang bercakaran. Aku berani kata berita pukul 8 malam RTM dan TV3 lebih lawak dari Maharaja Lawak.

Ok. Aku penat. Malas mahu taip panjang-panjang. Jadi, moral of the story:

1. Twitter bukan tempat untuk orang yang serius. Tak suka dengan tweet aku? Sila unfollow aku. Aku malas nak block kamu. Jadi, sila unfollow aku ya?

2. Tak payah fanatik sangat. Cukup hanya dengan membuat pantauan secara diam-diam dan tunjukkan semasa pilihan raya nanti.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar