Minggu, 28 November 2010

Sepintas lalu Sukan Asia ke-16 Guangzhou 2010

Ramalan 9 pingat emas Malaysia menjadi kenyataan. Namun, atlet yang dijangkakan mengutip pingat emas gagal mencapai sasaran, sebaliknya atlet yang tidak diletakkan harapan yang menggalas tugas tersebut.

Emas Pertama: Chai Fong Ying



Chai Fong Ying membuat kejutan setelah meraih pingat emas pertama buat kontijen Malaysia dalam acara Taijiquan dan Taijijian dengan mengumpul 19.36 mata.


Emas Ke-2: Mohd. Azizulhasni Awang



Mohd. Azizulhasni Awang menyumbangkan pingat emas ke-2 buat Malaysia dalam acara kegemarannya, keirin, sekali gus menamatkan penantian 40 tahun pingat emas acara basikal di Sukan Asia, dengan rakan senegara, Josiah Ng melengkapkan keputusan 1-2 buat negara di Velodrom Guangzhou pada hari terakhir acara berbasikal trek.


Emas ke-3: Adrian Ng & Alex Liew



Adrian Ang dan Alex Liew pula menyumbang pingat emas ke-3 negara dalam acara bowling berpasangan. Kedua-duanya mendapat jumlah jatuhan pin paling banyak iaitu 2711, 20 mata lebih banyak daripada pencabar terdekat, pasukan Jepun.


Emas ke-4: Nicol David



Datuk Nicol Ann David mengutip emas pertamanya dalam Sukan Asia ini, dan juga emas ke-4 buat kontijen Malaysia dalam acara squash perseorangan wanita.


Emas ke-5: Mohd Azlan Iskandar



Mohd Azlan Iskandar menyumbangkan pingat emas ke-5 buat kontijen Malaysia dalam acara squash  perseorangan lelaki.

Emas ke-6: Alex Liew



Alex Liew berjaya memenangi pingat emas keduanya dalam Sukan Asia kali ini, juga pingat emas ke-6 buat kontijen negara dalam acara all-event.

Emas ke-7: Ku Jin Keat



Emas ke-7 negara disumbangkan oleh Ku Jin Keat dalam acara Individu Kata, yang selama ini didonimasi oleh atlet Jepun 

Emas ke-8: R. Puvaneswaran


R. Puvaneswaran menyumbangkan pingat emas ke-8 selepas mengungguli acara Kumite bawah 55 kilogram lelaki. Ini merupakan penyertaan terakhir atlet berumur 36 tahun ini, yang akan bersara selepas berakhirnya Sukan Asia.

Emas Ke-9: Pasukan squash wanita Malaysia - Nicol David, Low Wee Wern, Delia Arnold dan Sharon Wee



Pingat emas terakhir negara disumbangkan oleh Pasukan Squash Wanita negara, yang menepati ramalan.

Ada beberapa sukan yang diletakkan sandaran untuk mendapatkan pingat emas tetapi gagal menepati ramalan seperti pasukan bowling wanita dan pasukan badminton.


Datuk Lee Chong Wei gagal mendapatkan pingat emas. Tapi perlu diingat, lawan beliau ialah Lin Dan dan perlawanan kali ini diadakan di China, tempat sendiri buat Lin Dan. Pencapaian Datuk Lee Chong Wei harus dipuji.


Pasukan bola tampar pantai wanita gabungan Beh Shun Ting dan Luk Tek Hua diletakkan sebagai pilihan ke-8 dalam pertandingan dan tidak diletakkan harapan untuk mendapatkan pingat.

Namun, gandingan mereka berdua telah mengejutkan beberapa pasukan yang mempunyai ranking yang lebih baik dari mereka dan mereka layak ke pusingan separuh akhir. Walaupun gagal mendapatkan sebarang pingat, penilaian mereka harus dipuji.





Pasukan terjun negara tidak mengecewakan. Walaupun hanya mampu memungut pingat perak dan gangsa, tapi persembahan mereka yang konsisten harus dipuji. Malaysia tewas ditangan penerjun China, yang semestinya kuasa besar dalam sukan terjun.


Dan yang paling mengejutkan, pasukan hoki negara berjaya membawa pulang pingat  perak selepas tewas 2-0 ditangan pasukan Pakistan.

Pasukan hoki tidak diletakkan harapan namun berjaya melakukan kejutan dengan menewaskan pasukan India 4-3 di peringkat separuh akhir. Pasukan hoki melayakkan diri  ke pusingan akhir buat kali pertama. Pencapaian pasukan hoki sepatutnya dijadikan contoh kepada pasukan bola sepak yang sekali lagi.... Malas aku nak cerita.

Kesimpulannya, kontijen Malaysia berjaya mencapai sasaran dan kejayaan mereka sepatutnya dipuji. Tahniah buat semua pemenang pingat emas, perak dan gangsa. Juga semua atlet lain yang beraksi buat negara. Anda semua memang hero negara!

Jumpa lagi di Icheon tahun 2014!!!!

Gadis pemberi pingat yang menarik perhatian

Tidak ada komentar:

Posting Komentar