Senin, 22 November 2010

ABC, Cendol dan 2 Alam

Buat sesiapa yang baru baca blog ini, ABC dan Cendol yang aku maksudkan bukanlah minuman yang dihasilkan dengan mencampurkan ais dengan beberapa manisan lain, tapi sebenarnya ialah nama nickname kawan-kawan aku. Mereka adalah antara ahli 32 Jementah.

ABC dan Cendol

Kisah di bawah diceritakan oleh Cendol pada aku. Tapi dialog diubahsuai sikit oleh aku.

Situasi: Sebelum 2 Alam ditayangkan

"Aku ingat nak tengok la cerita 2 Alam ni kat wayang," kata ABC.

"Eh? Kenapa pulak kau nak tengok cerita tu?" Tanya Cendol.

"Aku nak tengok cerita tu. Bila habis je, aku nak jerit/cakap kuat-kuat macam ni: Oi! Tak sedap pun cerita ni? Kata boleh dapat 20 juta. Cerita macam sial! Menghabiskan duit je buat cerita macam ni."

Situasi: Bila 2 Alam mula ditayangkan

"Weh, kau dah tengok 2 Alam ke belum? Kata nak tengok sangat hari tu," tanya Cendol.

"Malas la. Baik aku baca Bible dari tengok cerita tu." Jawab ABC dengan tenang.


2 Alam dan Dr Rozmey

Aku rasa, 2 Alam adalah antara filem kontroversi yang pernah diterbitkan di Malaysia. Kontroversi bukan kerana jalan ceritanya, tapi kerana penerbitnya yang membuat promosi dan mengembar-gemburkan kononnya cerita 2 Alam ialah filem paling hebat tahap dewa yang mampu melangit.

Pada mulanya, DR Rozmey membuat penyataan yang kononnya cerita 2 Alam adalah lain dari yang lain, penonton yang menontonnya akan menggigil ketakutan dan mampu mengaut kutipan sebanyak RM 20 juta. Tinggi betul sasaran DR Rozmey ni. Setahu aku, kutipan filem Malaysia yang paling tinggi cuma sekitar RM 7 Juta sahaja. RM 20 boleh dikatakan target yang agak tinggi.

Filem 2 Alam sepatutnya ditayangkan pada pertengahan tahun. Entah apa yang jadi, tiba-tiba tayangan 2 Alam terpaksa ditangguhkan. DR Rozmey kata, Finas sengaja tangguhkan tayangan 2 Alam. Finas kata Dr Rozmey tak faham Skim Wajib Tayang.

Akhirnya, 2 Alam telah mendapat tarikh untuk ditayangkan iaitu 18 November 2010. Kali ini, Dr Rozmey berkata yang jumlah kutipan 2 Alam mampu mencecah RM 40 juta pula.

kemudian, ditambah pula dengan promosi filem 2 Alam yang lain dari yang lain tapi agak annoying. Contohnya seperti video tarikh tayangan 2 Alam yang ala-ala tarikh pengumumam Hari Raya.



Kemudian, boleh dikatakan hampir setiap hari, iklan 2 Alam terpapmpang megah di dalam akhbar Kosmo selama 60 hari berturut-turut (kalau tak salah aku). Nasib baik aku tak beli Kosmo.

Dan yang paling buat aku tergelak, ialah poster filem 2 Alam yang baru. Poster lama dikatakan meniru salah satu filem seram di Hollywood. Poster terbaru pula:


Ok. Aku tahu kau producer filem 2 Alam. Tapi, apa relevannya kau letak muka kau sebesar-besarnya pada poster? David Teoh dan Datuk Yusof Haslam pun producer juga, pernahkah mereka meletakkan muka mereka pada poster filem terbitan mereka? (kecuali kalau filem tersebut melibatkan lakonan mereka berdua)

Oleh kerana suka sangat mengeluarkan fakta yang konon-kononnya filem 2 Alam best sangat sampai boleh buat orang menggigil bila menontonnya dan target RM 40 juta yang boleh dikatakan tidak masuk akal dan cara promosi yang membuatkan bangsa 1Malaysia rasa meluat, maka ramai orang awam mula membenci beliau.

Everybody hate his guts. Maka muncullah beberapa fan page di Facebook untuk mereka melepaskan rasa menyampah mereka pada Dr Rozmey. Antara fan page yang popular ialah Kami tak suka Dr. Rozmey yang angkuh dan Kami Tidak Menonton Filem 2 Alam utk Menyumbang 20 Juta Kepada dr Rozmey.

Bagi aku, apa yang Dr Rozmey buat untuk mempromosikan filem dia adalah cara psikologi. Mungkin dengan berkata, "Filem saya best sampai kamu menggigil bila tengok" atau "filem saya best dan saya yakin boleh dapat RM 40 juta," ia mampu menarik perhatian para penonton untuk pergi ke wayang.

Tapi teknik psikologi juga boleh mengundang rasa tidak senang pada orang lain. Teknik psikologi ini juga boleh menyebabkan orang mengandaikan kita sombong dan angkuh. Sebab itulah fan page Dr Rozmey angkuh wujud di Facebook.

Rasanya peminat bola sepak pasti mengenali Jose Mourinho. Mourinho ialah antara pengurus bola sepak terkenal dan terbaik. Dia juga sering dilabel sebagai pengurus yang sombong kerana menggunakan teknik psikologi tersebut. Tapi hati Mourinho keras. Beliau tak peduli apa kata orang lain, janji pasukannya menang.

Mungkin ini juga sifat yang dimiliki oleh Dr Rozmey. Bagi aku, Dr. Rozmey adalah seorang yang berani kerana mencuba suatu pendekatan yang baru. Tapi kadang-kadang kelihatan terlampau berani. Kalau ya pun nak buat pendekatan promosi secara psikologi, tak perlulah letak muka sendiri pada poster filem.

Ada beberapa wartawan sudah pun membuat review filem 2 Alam ini. Kata mereka, filem ini biasa sahaja, tak ubah seperti sebuah drama televisyen. Malah ada wartawan yang berkata, ada drama TV yang jauh lebih baik dari 2 Alam.

Nasihat buat Dr. Rozmey, tak payahlah buat teknik psikologi yang melampau-lampau macam ni lagi. Tak perlu letak muka kamu di poster. Tak perlu buat tarikh pengumuman seperti sambutan Hari Raya.

Dan yang paling penting, jangan buat filem seram. Secara terus terang aku katakan, filem seram Malaysia langsung tak seram dan biasanya filem bergenre ini ialah antara filem tahap sampah di Malaysia (lagi-lagi kalau diarahkan oleh Ahmad Idham). Jalan cerita klise, effect langsung tak menyeramkan. Seriously, aku tak kan tengok filem Malaysia bergenre seram di panggung wayang sebab aku dah tahu mesti membosankan.

Jadi, kalau Dr Rozmey teringin hendak buat filem lagi, buatlah filem bergenre lain pula. Cari pengarah dan penulis skrip yang baik dan pilih pelakon yang lebih baik. lakonan Aaron Aziz memang boleh tahan tapi rasanya ramai lagi pelakon lain yang layak boleh dijadikan hero.

Sebelum kamu menekan 'X' dihujung kanan skrin PC/Laptop/iPad kamu, apa kata kamu layan dulu video di bawah. Anggaplah Hitler sebagai Dr Rozmey.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar