Sudah agak lama aku gagal mengupdate blog aku secara serius (serius habis). Aku sibuk dari minggu lepas, sehinggalah minggu ini.
Esok, Hari Raya Aidiladha akan disambut oleh semua umat Islam. Aku baru saja lepas selesai masak Rendang Ayam. Tiap-tiap tahun, Raya Aidiladha atau Raya Haji memang aku sambut di rumah saja. Saudara-mara dari KL pun akan datang beraya di sini.
Bercakap tentang Raya Haji, aku selalu fikir beberapa benda yang kurang penting tentang Raya Haji ni.
Yang pertama, kenapa jarang sekali (ke memang tak de) aku tengok iklan Hari Raya Haji keluar di TV atau radio. Kalau Raya Aidilfitri, semua syarikat berebut-rebut nak keluarkan iklan raya dekat TV. Selepas Petronas memulakan trend iklan sedih yang mempunyai makna mendalam (kebanyakannya arahan Arwah Yasmin Ahmad), syarikat lain tak mahu ketinggalan. Sekarang, semua iklan raya ada ciri-ciri sedih dan mesej "Ingat emak-bapak di kampung".
Tapi Raya Haji, macam langsung tiada satu pun iklan dekat TV yang ada berkaitan dengan Raya Haji. Macam dianak tirikan pula. Tapi mungkin agak susah kalau nak buat iklan Raya Haji. Antara elemen Raya Haji di Malaysia ialah lembu atau kerbau yang sedia untuk dikorbankan.
Kalau nak buat iklan Raya Haji, mesti kena masukkan lembu atau kerbau dalam iklan tersebut. Bukan senang nak menyuruh lembu dan kerbau berlakon. Cuba bayangkan macam mana pengarah nak mengarah lembu dan kerbau tersebut.
"Encik Kerbau, saya belum kata action lagi. Jangan la bergerak dulu sebelum saya kata action."
"Encik Lembu, ni lakonan babak sembelih je. Bukan nak sembelih betul-betul. Yang Encik Lembu sondol camera man tu sampai koma 3 hari kenapa?"
Tak hairanlah kenapa lembu dan kerbau tak pernah menang Anugerah Pelakon Terbaik.
Satu lagi yang aku perkara tak penting yang selalu aku fikirkan tentang Raya Haji ialah lagu Raya Haji. Kalau Raya Aidilfitri, berlambak lagu yang ada. Dari lagu evergreen zaman dahulu, lagu baru sehinggalah artis sekrang yang rip-off nyanyikan balik lagu raya lama yang kononnya diberikan nafas baru tapi bunyi macam lagu yang boleh buat kita putus nafas bila kita dengar.
Kenapa lagu Raya Haji tak ada orang yang hendak buat? Raya Haji bukan kecik anak punya perayaan. Penuh dengan pengertian tu. Cuba bayangkan kalau ada lagu Raya Haji:
Selamat Aidil Adha
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Kita sembelih itu lembu sampai mati
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan ditempat sembelih tahun ini
Lembu kerbau semuanya habis mati
Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak Pak Imam, daging lembu sepotong
Kalau tidak memag habis kaki pak iman saya potong
Ok. cukup bull shit aku tulis untuk hari ini. Siapa kata pemikiran kita yang mengarut tak boleh ditulis dalam blog? Hahahaha!
Itu perkara tak penting yang selalu aku fikirkan: Raya Haji. Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua Umat Islam di Malaysia.
Itu perkara tak penting yang selalu aku fikirkan: Raya Haji. Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua Umat Islam di Malaysia.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar