Kamis, 27 Agustus 2009

CROSS BLOGGING: BULAN PUASA, AKU ASYIK TERINGAT KAT JEMENTAH

Entri ini ditulis hasil inspirasi dari entri ini.

Setiap kali Ramadhan tiba, otak aku akan menggali kenangan lama aku ketika menjalankan ibadah puasa ini bersama kawan-kawan aku di Merlimau (ketika belajar di Poleteknik), Jementah (UiTM Segamat) dan Taman Sri Pelangi (juga UiTM Segamat).

Kali ini aku ingin fokuskan kepada kawan-kawanku yang berada di Jementah, iaitu Legenda Jementah 32.

"Bazar sedih, antara sumber utama untuk juadah berbuka puasa di Jementah yang merangkumi lima buah gerai saja, tapi berdaya saing tinggi; mula berniaga pukul 12.30 tengahari di bulan puasa; hinggalah gelagat kawan-kawan rumah yang ponteng puasa, Bell bungkus untuk berbuka dah siap curah kuah kat atas nasi, beli air ikat tepi, juga mamak-mamak yang peramah melayan Bell membeli makanan tengahari (dari jauh dah jerit, "Mana Pitam? Sorang saja ka?"). Juga makanan asasi Nai waktu berbuka; murtabak (tak tahulah kalau tahun ni pun masih murtabak all the way), dan Lula yang bangun-bangun tidur pukul dua petang terus bakar rokok."

Itulah sedikit petikan dari entri Cendol (ataupun keseluruhan entri sebenarnya). Dalam entri kali ini, aku mahu fokuskan cerita mengenai Mohd Asrul atau nama manjanya, Bell.

Bell, seorang manusia yang paling ceria dalam semua Lagenda 32 Jementah. Selalu membuat lawak yang boleh memecahkan perut kami semua, tidak kira lawak tahap biasa ataupun lawak tahap pengotor atau sepruh lucah.... Ataupun memang lucah. Setiap ahli 32 Jementah pernah melihat "burung"nya kerana dia begitu gemar menayangkannya... Walaupun tidak besar dan tidak panjang mana pun.

Pernah sekali, Bell diam satu hari suntuk. Sehingga mengundang rasa takut dan risau seluruh warga 32 Jementah. Sekarang mari kita kembali ke topik asal sebelum aku tulis seluruh entri ini mengenai Bell semata-mata.

Lokasi: Kedai Mamak 24 Jam di Bandar Segamat (aku lupa nama kedai ni walaupun selalu gila lepak kat sini masa duduk Taman Sri Pelangi).

Masa: Pukul 12 Tengahari (hari puasa ni)

Watak Utama: Aku, Bell, mamak kedai makan

Watak yang di sebut namanya tapi tidak membuat penampilan: Bakti (bukan nama sebenar)

Props: Kereta Bell, Nasi Bungkus

Hari Isnin, aku dan Bell ada kelas pada pukul 8 pagi hingga 12 tengahari. Seperti biasa, aku akan menumpang dia memandangkan waktu kelasa kami yang sama.

Sejurus naik ke dalam kereta, Bell terus bertanya pada aku.

"Nai, kau ada kelas petang ni?"

"Tak. Kenapa?"

"Jom. Aku nak ajak kau teman aku pergi satu tempat."

Aku pun angguk tak banyak cerita. Bell memandu kereta ke arah Bandar Segamat. Pada mulanya, aku ingat Bell mahu aku menemankan dia pergi membeli barang. Rupanya.....

Kami sampai di sebuah kedai mamak 24 jam. Aku dapat membaca niat Bell sekarang. Nak beli maknanlah ni. Sah Bell tak puasa hari ni.

"Kat kedai ni la aku dengan Bakti selalu beli makanan kalau tak puasa."

Oh. Bakti pun sama jugak rupanya.

Kereta di parking jauh sedikit dari kedai mamak tersebut. Bell sempat mengutuk seorang budak yang keluar dari kedai tersebut dengan hanya membeli air kotak sahaja.

"Baik tak payah kalau setakat ponteng puasa minum air kotak aje. Kau tengok aku ni."

Bell keluar dari kereta lalu masuk ke dalam kedai mamak tersebut. Tak lama kemudian, Bell keluar dari kedai tersebut dengan seorang pelayan kedai mamak tersebut. Pelayan tu siap tanya nama kawan Bell tu.

"Bakti mana? Bakti mana?"

Bell dengan selamba keluar dari kedai tu sambil memegang nasi bungkus yang ditapaunya itu. Sambil berbual, Bell menunjukkan jari ke arah aku.

"Tu. Ada sorang lagi saya bawak. Kau ajak dia keluar beli nasi."

Oh. Hasut mamak tu suruh aku beli nasi bungkus ya?

Aku pun terus keluarkan handphone aku dan merekodkan perbuatan Bell dengan handphone aku.

Mula-mula, Bell nampak selamba sahaja. Bila dia nampak aku tengah rakam dia dengan handphone dia terus malu-malu kucing.

Aku terus merekod dia sampai dia jalan dan meletakkan nasi di seat belakang.

"Sial la, nai. Dah la tak payah rekod."

Itulah kata-kata rayuan Bell supaya aku tidak merekodkan perbuatan durjananya itu.

Sampai rumah, video tersebut pun menjadi bahan tontonan kawan-kawan. Tak kan nak tengok sorang je kan?

Moral of the story:

1. Puasa jangan tak puasa.

2. Patikan anda tidak membawa kawan anda yang berpuasa semasa membeli makanan. Lagi-lagi kalau kawan tu ada handphone berkamera.

3. Jangan sampai mamak tu kenal nama kamu. (Bakti mana? Bakti mana?)

Aku dah update Tears Don't Fall

Tidak ada komentar:

Posting Komentar