Rabu, 09 September 2009

AMARAN: FACEBOOK BOLEH MENGKHAYALKAN


Itu adalah pandangan aku sahaja. Bukan pandangan orang lain.

"Aku tengok, kau ni jarang online Facebook. Rumah kau ada internet kan?"

"Setakat buat Facebook, lepas tu dah tak log in lagi, baik tak payah!"

"Apa benda la kau main Myspace lagi. Orang sekarang dah main Facebook la. Myspace tu dah ol' skool."

Itulah ayat-ayat yang aku dapat dari kawan-kawan aku. Menunggu aku online Facebook tetapi tidak pernah nak online.

Sebenarnya aku memang amat sangat online Facebook aku. Sudah agak lama aku membuat akaun Facebook. Kalau tak salah, macam tahun 2007. 

Aku masuk Facebook, aku buat akaun. 3 bulan lepas tu, masuk Facebook lagi dan update status dan profile. 3 bulan lepas itu, masuk Facebook, upload gambar pula.

Aku memang jarang amat masuk Facebook. Sampaikan friend request dari Diya pun, aku lambat mahu approve. Sampai Diya sendiri meninggalkan komen di Facebook aku, "Hai.. Naik jenuh nak tunggu amie approve Friend Request".

Tapi itu dulu. Ya, itu dulu Cik Diya. Selepas aku dihamburkan dengan tiga jenis ayat di atas, aku kini menjadi Facebook Addict. Ya, aku kini menjadi seorang penagih.

Aku mulakan aktiviti di Facebook dengan menjawab kuiz yang pelik-pelik yang bersepah di dalam Facebook. Dari kuiz Bahasa Inggeris hingga kuiz Bahasa Melayu, semua aku jawab.

Kadang-kadang kuiz itu memang tak masuk akal. Contohnya, "Siapakah Bakal Mak Mertua Anda?". Setelah menjawab beberapa soalah dan menekan butang enter, jawapan yang aku perolehi ialah, "Mak mertua anda adalah seorang pembunuh upahan."

Kuiz di Facebook memang tak masuk akal. Tetapi seronok. Aahh... Hiburan memang mengkhayalkan. Tapi aku memang suka jika diri aku dikhayalkan. Tapi tidak bermaksud aku layan ganja, dadah, gam atau pil.

Selain itu, aktiviti 'tag gambar' adalah aktiviti yang amat digemari oleh aku dan kawan-kawan aku yang lain yang tinggal bersama di Taman Sri Pelangi di Segamat dahulu. Malahan, kawan-kawan di 32 Jementah turut menjadi mangsa.

Gambar yang digunakan untuk membuat aktiviti tag biasanya memang dari jenis gambar-gambar lawak atau tidak senonoh. Untuk keterangan lebih lanjut, sila ke Facebook aku. Malas nak terangkan.

Oleh sebab sibuk melayan Facebook, aku telah terlupa untuk mengupdate blog aku. Bukan 1 blog, tetapi kesemua 4 blog aku tidak update lagi.

Dan untuk menambahkan aku semakin ketagih Facebook, aku sudah 2 kali ponteng Solat Terawikh kerana Facebook. Dan 4 kali lagi sebab aku malas akibat terlampau banyak makan ketika berbuka. Hahahaha...

Jadi, nasihat aku kepada sesiapa yang baru mahu menjinakkan diri dalam dunia Facebook, berhati-hati sebelum nanti menjadi seperti aku.

Tetapi ada juga perkara yang aku perlu berterima kasih kepada Facebook. Melalui Facebook, aku dapat tahu yang Si Bangsat Bell telah bertunang. Ya. Bell si bangsat yang tidak berpuasa yang aku ceritakan pada entri yang lepas tu dah bertunang. Dan dia tidak memberitahu seorang pun ahli 32 Jementah tentang peristiwa ini.

Bell tidak mengupload gambar pertunangan beliau. Tetapi tunangnya yang mengupload gambar tersebut dan telah tag Bell dalam photo tersebut.

Cilakak punya Bell. Kau tunggulah nanti. Masa majlis perkahwinan kau nanti, kami semua ahli 32 Jementah akan membuat onar di majlis tersebut. Ya, kami semua.... 

Update terbaru Tears Don't Fall.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar