Kamis, 27 Agustus 2009

CROSS BLOGGING: BULAN PUASA, AKU ASYIK TERINGAT KAT JEMENTAH

Entri ini ditulis hasil inspirasi dari entri ini.

Setiap kali Ramadhan tiba, otak aku akan menggali kenangan lama aku ketika menjalankan ibadah puasa ini bersama kawan-kawan aku di Merlimau (ketika belajar di Poleteknik), Jementah (UiTM Segamat) dan Taman Sri Pelangi (juga UiTM Segamat).

Kali ini aku ingin fokuskan kepada kawan-kawanku yang berada di Jementah, iaitu Legenda Jementah 32.

"Bazar sedih, antara sumber utama untuk juadah berbuka puasa di Jementah yang merangkumi lima buah gerai saja, tapi berdaya saing tinggi; mula berniaga pukul 12.30 tengahari di bulan puasa; hinggalah gelagat kawan-kawan rumah yang ponteng puasa, Bell bungkus untuk berbuka dah siap curah kuah kat atas nasi, beli air ikat tepi, juga mamak-mamak yang peramah melayan Bell membeli makanan tengahari (dari jauh dah jerit, "Mana Pitam? Sorang saja ka?"). Juga makanan asasi Nai waktu berbuka; murtabak (tak tahulah kalau tahun ni pun masih murtabak all the way), dan Lula yang bangun-bangun tidur pukul dua petang terus bakar rokok."

Itulah sedikit petikan dari entri Cendol (ataupun keseluruhan entri sebenarnya). Dalam entri kali ini, aku mahu fokuskan cerita mengenai Mohd Asrul atau nama manjanya, Bell.

Bell, seorang manusia yang paling ceria dalam semua Lagenda 32 Jementah. Selalu membuat lawak yang boleh memecahkan perut kami semua, tidak kira lawak tahap biasa ataupun lawak tahap pengotor atau sepruh lucah.... Ataupun memang lucah. Setiap ahli 32 Jementah pernah melihat "burung"nya kerana dia begitu gemar menayangkannya... Walaupun tidak besar dan tidak panjang mana pun.

Pernah sekali, Bell diam satu hari suntuk. Sehingga mengundang rasa takut dan risau seluruh warga 32 Jementah. Sekarang mari kita kembali ke topik asal sebelum aku tulis seluruh entri ini mengenai Bell semata-mata.

Lokasi: Kedai Mamak 24 Jam di Bandar Segamat (aku lupa nama kedai ni walaupun selalu gila lepak kat sini masa duduk Taman Sri Pelangi).

Masa: Pukul 12 Tengahari (hari puasa ni)

Watak Utama: Aku, Bell, mamak kedai makan

Watak yang di sebut namanya tapi tidak membuat penampilan: Bakti (bukan nama sebenar)

Props: Kereta Bell, Nasi Bungkus

Hari Isnin, aku dan Bell ada kelas pada pukul 8 pagi hingga 12 tengahari. Seperti biasa, aku akan menumpang dia memandangkan waktu kelasa kami yang sama.

Sejurus naik ke dalam kereta, Bell terus bertanya pada aku.

"Nai, kau ada kelas petang ni?"

"Tak. Kenapa?"

"Jom. Aku nak ajak kau teman aku pergi satu tempat."

Aku pun angguk tak banyak cerita. Bell memandu kereta ke arah Bandar Segamat. Pada mulanya, aku ingat Bell mahu aku menemankan dia pergi membeli barang. Rupanya.....

Kami sampai di sebuah kedai mamak 24 jam. Aku dapat membaca niat Bell sekarang. Nak beli maknanlah ni. Sah Bell tak puasa hari ni.

"Kat kedai ni la aku dengan Bakti selalu beli makanan kalau tak puasa."

Oh. Bakti pun sama jugak rupanya.

Kereta di parking jauh sedikit dari kedai mamak tersebut. Bell sempat mengutuk seorang budak yang keluar dari kedai tersebut dengan hanya membeli air kotak sahaja.

"Baik tak payah kalau setakat ponteng puasa minum air kotak aje. Kau tengok aku ni."

Bell keluar dari kereta lalu masuk ke dalam kedai mamak tersebut. Tak lama kemudian, Bell keluar dari kedai tersebut dengan seorang pelayan kedai mamak tersebut. Pelayan tu siap tanya nama kawan Bell tu.

"Bakti mana? Bakti mana?"

Bell dengan selamba keluar dari kedai tu sambil memegang nasi bungkus yang ditapaunya itu. Sambil berbual, Bell menunjukkan jari ke arah aku.

"Tu. Ada sorang lagi saya bawak. Kau ajak dia keluar beli nasi."

Oh. Hasut mamak tu suruh aku beli nasi bungkus ya?

Aku pun terus keluarkan handphone aku dan merekodkan perbuatan Bell dengan handphone aku.

Mula-mula, Bell nampak selamba sahaja. Bila dia nampak aku tengah rakam dia dengan handphone dia terus malu-malu kucing.

Aku terus merekod dia sampai dia jalan dan meletakkan nasi di seat belakang.

"Sial la, nai. Dah la tak payah rekod."

Itulah kata-kata rayuan Bell supaya aku tidak merekodkan perbuatan durjananya itu.

Sampai rumah, video tersebut pun menjadi bahan tontonan kawan-kawan. Tak kan nak tengok sorang je kan?

Moral of the story:

1. Puasa jangan tak puasa.

2. Patikan anda tidak membawa kawan anda yang berpuasa semasa membeli makanan. Lagi-lagi kalau kawan tu ada handphone berkamera.

3. Jangan sampai mamak tu kenal nama kamu. (Bakti mana? Bakti mana?)

Aku dah update Tears Don't Fall

Minggu, 23 Agustus 2009

RAMADHAN DAN MERDEKA

Selamat menyambut bulan Ramadhan untuk  semua pembaca blog Warmness On The Soul dan Tears Don’t Fall. Semoga anda semua mendapat rahmat di bulan yang mulia ini.

RAMADHAN

Bulan yang ditunggu ramai oleh ramai umat Islam tetapi bulan yang amat dirisaukan oleh penghisap rokok yang tegar.

Tapi serius, aku memang pelik dengan orang yang tak puasa hanya sebab nak hisap rokok dan minum air sejuk sahaja. Bak kata kawan aku, “kalau tak nak puasa, baik makan habis-habisan. Sia-sia je puasa kalau takat hisap rokok dan minum air kosong.

Sebab tu aku tengok kalau dia tak puasa, dia mesti makan besar-besaran. Makan Nasi Ayam/ Nasi Tomato dengan Air Katira. Aku pun pelik juga mana dia dapat makanan tu sedangkan masa tu baru pukul 12:30 tengahari. Rupanya bazaar ramadhan di Merlimau mula beroperasi pada pukul 11 pagi. Macam menggalak orang tak puasalah pulak….

Macam-macam peristiwa bulan puasa. Ada sedikit kisah yang pernah aku ceritakan pada entri ini, entri ini dan entri ini.

Tapi bulan puasa tahun ini memang betul-betul memberikan aku dan keluarga aku banyak dugaan. Tapi kami sekeluarga redha kerana kami menganggap ia adalah dugaan dari yang Maha Esa untuk menguji kami sekeluarga.

Aku berharap keluarga aku dapat menempuhi bulan Ramadhan ini dengan tabah dan penuh kesabaran.


SAMBUTAN KEMERDEKAAN YANG KE-52

Seriously, aku agak terkejut jugalah apabila mengetahui yang pihak kerajaan tetap akan mengadakan Sambutan Menyambut Kemerdekaan yang Ke-52 dalam bulan Ramadhan ini.
Ya. Mungkin antara kamu akan berkata, “Nabi Muhaammad S.A.W. boleh berperang dalam bulan puasa, kenapa kita tak boleh berkawad?”

Itu perang namanya. Jihad. Kalau terbunuh dalam peperangan itu, terus Mati Syahid dan masuk Syurga. Perang untuk menegakkan agama yang dicintai dari ditindas oleh orang yang sentiasa cuba menjatuhkan agama Islam. Berbeza dengan perarakan kemerdekaan kita yang meraikan kejayaan Negara kita merdeka 52 tahun yang lepas.

Tapi… Bila ada perarakan untuk meraikan hari kemerdekaan di bulan Ramadhan… Aku rasa macam tak sesuai. Bagi mereka yang menjadi tetamu kehormat yang akan menerima tabik hormat di ats pentas, memanglah relax, tapi bagaimana pula orang yang perlu berkawad. Kalau mereka tidak berkawad pun, aku rasa masih rasa sambutan macam ini tidak sesuai diadakan di bulan Ramadhan.

Yang lebih pelik, pihak kerajaan ada mengeluarkan peringatan supaya kita rakyat Malaysia, tidak digalakkan berkumpul ditempat tumpuan orang ramai. Malah, ada syarikat swasta telah di tegur oleh pihak kerajaan kerana masih membuat festival untuk orang ramai berhibur. Jadi, apa bezanya pula dengan sambutan kemerdekaan ni?
Entah lah.. Malas cakap banyak… Nanti masuk ISA pulak. Ya lah.. Kita ni selalu salah, mereka sahaja yang betul…

==================================

Walaupun kita tidak pernah bersua muka, tapi aku ingin meminta maaf pada pembaca blog aku jika ada entri aku yang membuatkan kamu berasa marah dan kurang selesa pada aku.

Jika secara tiba-tiba aku dah lama tak update blog ini, aku berharap kamu semua dapat mendoakan keselamatan aku. Aku akan kembali secepat yang mungkin…(jika aku menghilang)

Aku dah update Tears Don’ Fall.

Minggu, 16 Agustus 2009

KAHWIN???? LAMA LAGI... TAPI....

Maaf kerana lama tak update. Aku tengah busy gila. Rumah aku sedang di renovate. Maaf sekali lagi....

=====================

"Kahwin??? Lama lagi..."

Itulah jawapan rasmi yang selalu terpacul dari mulut aku bila ada yang mengutarakan persoalan kahwin dan jodoh pada aku.

Lagipun, aku masih menganggur. Gila apa nak kahwin. Mahu bagi apa pada anak dara orang? Kalau dapat isteri yang jenis makan pasir dan batu, tak pe juga...

Lagipun aku masih single. Aku ada keluar dengan beberapa orang perempuan tetapi sebagai kawan sahaja. Aku ada bercouple dengan seorang perempuan yang 6 tahun lagi muda dari aku beberapa bulan yang lepas tetapi kini dia hanyalah kawan biasa sahaja.

Ok. Sebenarnya secara serius, aku tidak pernah terfikir langsung tentang kahwin....

Ok. Aku tipu. Aku memang ada memikirkan tentang kahwin.... Tetapi memang bukan sekaranglah.

Aku memang tidak pernah merancang untuk berkahwin pada waktu tertentu.

"Saya kalau boleh, lepas SPM je saya nak kahwin!!"

"Saya rasa nak kahwin umur 28 tahun la."

"Saya kalau boleh nak kahwin sebelum umur mencecah 30. Jangan lebih 30 la..."

"Saya nak kahwin umur 25 tahun... Dah separuh abad.."

Itu jawapan orang. Tapi aku tidak pernah meletakkan target untuk berumah tangga. Kalau jodoh aku sampai, aku kahwinlah.

Kalau aku bertemu jodoh pada usia 32 tahun, maka umur 32 tahunlah aku berkahwin.

Jika 6 bulan lagi aku bertemu dengan perempuan yang serasi dengan aku dan aku terus melamarnya pada temu janji pertama, maka aku berkahwinlah tahun depan.

Tetapi aku memang kalau boleh mahu kahwin lambat sedikit. Kalau boleh, biarlah lepas dari 28 tahun.

Begitulah aku bila bercerita tentang perkahwinan.

Tetapi, perbualan aku dan emakku dalam tempoh sebulan ini telah membuatkan aku sedikit risau.....

"Entah sempat ke tidak Mama tengok menantu satu lagi ya? Umur pun dah 55..."

"Agak-agak sempat tak Mama tengok menantu satu lagi sebelum Mama tutup mata..."

Itulah antara ayat dari emak aku yang menyentap aku bila aku mendengarnya. Bagaikan ayat tersebut bergema dalam kepala aku. Sampai sekarang ini. Ya. Ayat tu masih bergema ketika aku menaip ayat yang kamu baca ini.

Itu baru 2 ayat. Mari kita lihat ayat-yat lain pulak.

Mama: Umur Aam(aku) berapa sekarang?

Aku: 25 tahun.

Mama: Abang kahwin masa umur 26 tahun kan?

Adoi... Mak aku cuba memanupulasikan umur abang aku ketika berkahwin pula.

Ok. Ayat ni pula...

Situasi: Ketika menonton TV. Sebuah drama yang dibintangi oleh Arash Muhhammad

Mama: Arash Muhhamad la...

Aku: Ha... Kenapa?

Mama: Arash ni kahwin masa umur dia 38 tahun. Jangan la Aam kahwin lambat macam dia.

Betul-betul memeningkan kepala. Kalau mahu di kategorikan sebagai gurauan, kenapa pula jenis gurauan lebih kurang sama sahaja. Gurau pasal kahwin memang tak kelakar... Langsung tak kelakar.

Nampaknya, aku perlu mencari kerja dengan cepat.

Oh, ya. Aku kena cari teman wanita dengan segera juga.

Mati aku!!!! Aaaarrrrggghhhh....!!!!!!!!!!!

Aku dah update Tears Don't Fall

Muzik Parody: The Shirtless

Sabtu, 08 Agustus 2009

BLAST FROM THE PAST - 80'S MUSIC PART 1

80% dalam diri aku meminati muzik yan g keras. Rock, metal, hardcore, trash, metalcore, punk.... Itulah jenis muzik pilihan aku. 20% lagi dalam diri aku pula meminati jenis muzik yang berlainan.

Salah satu jenis muzik yang aku minati dalam kategori 20% itu ialah lagu-lagu era 80-an. Lagu inggeris ya, bukan lagu melayu (era 80-an lagu Melayu banyak rock kapak. Ada certain band sahaja yang aku suka era-era rock kapak tu).

Pada era akhir 70-an dan 80-an, lagu dan muzik di Amerika dan Britain ada satu kelainan sehinggakan banyak juga band-band pada masa sekarang (termasuk band metal) suka cover lagu pada era-era tersebut.

Pada era tersebut, muzik yang bergenre Synthpop, New Wave, Pop Rock, Dance Pop, Electronica, Electropop dan lain-lain lagi, amat popular dan menjadi kegilaan sehingga sekarang.

Berikut ialah salah satu band dan lagu yang aku minati. 




Take On Me Lyric

Talking away
I don't know what I'm to say
I'll say it anyway
today's another day to find you
Shying away
I'll be coming for you love O.K.

Take on me
Take me on
I'll be gone
in a day or two

So needless to say I'm odds and ends
But that's me, stumbling away
Slowly learning that life is O.K.
Say after me
It's no better to be safe than sorry.

Take on me
Take me on
I'll be gone
in a day or two.

The things that you say
Is it live or just to play
My worries away
You're all the things I've got to remember
You shying away
I'll be coming for you anyway

Take on me
Take me on
I'll be gone
in a day or two 

=============

Lagu tersebut bertajuk Take On Me nyanyian A-Ha. lagu ini dipetik dari album mereka yang pertama Hunting High and Low.

Single ini di releasekan pada 1984 tapi kurang berjaya. Kemudian ia telah di remix kan semula pada tahun 1985 menjadi versi yang kamu lihat pada video ini. Bagi aku, video klip ini masih antara video klip yang terhebat. Malah, video klip ini juga telah menjadi inspirasi kepada dunia perfileman untuk mengetengahkan filem animasi sehingga ke tahap sekarang.

Band ini masih belum berpecah lagi, masih aktif berkarya sehingga kini.

Lagu ini memang catchy sekali. Dengan irama ringkas dan bunyi keyboard yang membuatkan lagu ini mempunyai sedikit unsur electronica membuatkan aku suka pada lagu ini.

Di tambah pula dengan video klip yang agak menarik. Video klip yang menggunakan konsep kartun dan animasi. Kisah romantik fantasi yang di tonjolkan agak baik. Si perempuan yang mengidamkan untuk mendapatkan lelaki impian seperti di dalam komik tersebut. 

Akhirnya si perempuan masuk ke dalam komik dan terlibat dalam pengembaraan bersama lelaki. Dan akhirnya lelaki tersebut keluar dari komik tersebut dan menjadi hero sebenar kepada perempuan tersebut.

Memang hebat. Tdak sangka kan video ini dibuat pada tahun 1984/85 tetapi begitu baik hasilnya berbanding sesetengah video klip artis tempatan ataupun video klip artis hip-hop luar negara yang banyak memperagakan perempuan seksi separuh bogel yang berbikini untuk menjadi daya untuk menarik penonton untuk melihatnya. 

Ok. Jumpa di entri yang lain dengan band yang lain, lagu yang lain serta muzik 80-an yang lain.

Rabu, 05 Agustus 2009

TIDAK! TIDAK! TIDAK!!!!!! KENAPA KAU PERGI REAL MADRID?????


Suara dari mulut aku:

Xabi Alonso, seorang midfield yang berpengalaman dan hebat dalam membuat hantaran bola samada hantaran dekat atau jauh kini telah berpindah ke Real Madrid. Semasa artikel ini di tulis, Xabi Alonso sedang menjalankan pemeriksaan kesihatan untuk berpindah ke Real Madrid… 

Atau mungkin sudah selesai dan sudah pun berpindah ke sana….

Pakar sepakan percuma ini telah menghantar surat rasmi untuk meminta pihak Liverpool FC membenarkan dirinya berpindah ke Real Madrid dengan alasan untuk mencari arah yang baru.
Lepas ini mesti ramai penyokong wanita yang menyokong Liverpool kerana Xabi Alonso akan beralih arah ke Real Madrid, memandangkan Kaka dan Ronaldo sudah pun ke sana.

Terima Kasih atas jasamu Alonso. Aku akan merindui 2 gol jarak jauh semasa perlawanan menentang Newcastle ataupun ketika menetang pasukan….. Entah apa entah, aku tak ingat….

Aku akan merindui jersi merah yang tertera no 14 beserta nama Alonso selepas ini.


Suara dari hati aku:

Bangsat punya Real Madrid. Dah puas kau kacau Man Utd dengan AC Milan, kau kacau team favorite aku pulak ya?

Pergilah beli pemain lain. Apa sibuk kau nak beli Alonso? Apa guna Rafeal Van Der Vat dan wisely Sneidjer yang kau beli tu?

Yang kau pun satu Alonso. Apa bangsat sangat kau ni. Kalau kau pergi Barcelona ke, Inter Milan ke, Bayern Munich ke, Felda United ke……. Aku terimalah jugak. Tapi kenapa kau pilih Real Madrid? Kenapa Alonso? Kenapa? Kenapa kau buat kawan aku, ABC, yang merupakan penyokong tegar Real Madrid ketawakan aku? Kenapa? Kenapa????????

Kau lupa ke yang kebanyakan pemain bintang yang berhijrah ke Real Madrid akhirnya menjadi pemain sampah. Contohnya Michael Owen. Meninggalkan Liverpool untuk ke Real Madrid dan akhirnya menjadi sampah sejati. Kau nak jati sampah jugak ke?

Sedihnya aku……… Habis la harapan Liverpool tahun depan. Gelap masa depan Liverpool…. Adoi….

Aku harap Real Madrid kalah tahun ni. Biar jatuh bankrupt. Biar bankrupt sampai tinggal seluar dalam…. Hahahah……..!!!!!!!

Ehem….. Sekian. Terima kasih. 

P/S: Siapalah yang akan menyarung jersi nombor 14 lepas pemergian Xabi Alonso agaknya?

Aku dah update episod baru Tears Don't Fall

Minggu, 02 Agustus 2009

CARIAN DI ENJIN CARIAN YANG AKHIRNYA BOLEH SAMPAI KE BLOG INI PART 2 (EDISI SUKAN DAN ATLET MALAYSIA)

Aku minta maaf kepada pembaca blog ni sebab lama sangat tak update blog ni. Laptop ada problem. Kalau nak bukak Microsoft Words pun, kena tunggu 5 minit baru boleh terbuka. Inikan pulak nak bukan internet. Maafkan aku ya?

=======================

Bertemu lagi dalam segmen yang aku ciplak dari blog Aku Tak Peduli, Carian Di Enjin Carian Yang Akhirnya Boleh Sampai Ke Blog Ini. 

Dalam entri kali ini, aku akan menunjukkan beberapa carian yang akhirnya berakhir ke blog aku. Tapi kali ini berbeza sedikit. Kali ini aku mahu memfokuskan carian yang mempunyai kaitan dengan sukan, samada  secara umum atau yang memfokuskan kepada Atlet Malaysia. 

Aku akan membantu kemusykilan orang ramai yang mencari dan akhirnya sampai ke blog aku, tapi masih tidak mendapat jawapan. Hari ini hari bertuah kamu wahai si pencari kerana aku akan sedaya upaya membantu kamu. Jom usha!!!!!


FORMASI BOLA SEPAK

Sesiapa yang tidak tahu apa maksud formasi bola sepak, formasi bermaksud taktik untuk meletakkan kedudukan pemain di atas padang. Memilih formasi yang betul adalah tugas yang sukar buat jurulatih kerana jika tersalah formasi, memang masak lah pasukan tersebut akan di belasah oleh pihak lawan.

Kalau mahu bercerita tentang formasi ni, memang banyak. Perlawanan bola sepak pertama secara rasmi di dalam dunia ini ialah perlawanan England lawan Scotland (rujuk sini). Semasa perlawanan tersebut, England menggunakan formasi 1-1-8 atau 1-2-7 dan Scotland menggunakan formasi 2-2-6.

Formasi bola sepak yang paling berjaya sekali digunakan pada era tahun 1880 hingga awal 1900’an ialah formasi Piramid atau dikenali sebagai 2-3-5, di gunakan di United Kingdom.

Formasi lain yang popular ialah 4-2-4, formasi yang digunakan oleh pasukan Brazil ketika memenangi Piala Dunia pada tahun 1958 dan 1970, yang dibarisi oleh pemain legenda, Pele.

Formasi yang paling popular di gunakan sekarang ialah 4-4-2, di cipta oleh jurulatih Itali (aku lupa nama dia). Selain itu, formasi 4-3-3 dan 4-5-1 juga popular di gunakan buat masa sekarang.

Untuk keterangan lanjut, rujuk laman ini.

Kepada yang tidak meminati bola sepak, maaflah kalau tidak berapa faham tajuk perbualan ini. Tapi jangan ingat nombor yang aku tulis tu nombor ekor pula ya?



SUSUNAN PEMAIN BOLA SEPAK 9 SEBELAH

Aku pernah dengar perlawana Bola Sepak 7 sebelah, tapi tidak pernah pula aku tidak pernah pula aku dengar 9 sebelah.

Ini kalau kumpulkan Rafael Benitez, Alex Ferguson dan Arsene Wenger pun, belum tentu boleh susun formasi 9 sebelah ni.



BOLA SEPAK PERGADUHAN PENYOKONG

Aku tidak pasti apa yang di cari oleh si pencari ini. Mungkinkah si pencari mahu pencari tentang pergaduhan yang berlaku semasa perlawan Liga Super antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Kota Bharu pada beberapa bulan yang lepas?

Mungkin ramai yang masih mencari video yang menunjukkan Penjaga Gol Kelantan, Halim Napi, menerajang suami kesayangan Rita Rudaini, Adil Zafuan. Aku pun ada cari juga. Tapi tidak jumpa. Gambar memang ada, video susah nak cari.

Sila ke halaman ini untuk rujukan.



CERITA PASAL SUKAN DALAM BAHASA MELAYU

Aku tidak berapa faham dengan maksud "cerita" tu. Apa maksud anda dengan "cerita"? Cerita komik? Cerita cerpen? Drama? Filem?

Kalau komik, rasanya memang tiada. Tapi komik Jepun yang di terjemahkan dalam Bahasa Melayu, memang banyak.

Kalau kamu mahu mencari filem Malaysia yang bertemakankan sukan, memang tidak banyak. Setakat yang aku tahu pun ialah Filem Gila Bola, lakonan Dr Fazley dan Linda Onn. tapi cerita ni memang sampah la....



PERKEMBANGAN GIMNAS NEGARA NURUL FATIHA

Nurul Fatiha Bte Abd Hamid ialah gimnas kegemaran aku... Hehehe...



Nurul Fatiha ialah bekas gimnas negara yang mengambil bahagian dalam acara gimnastik artistik. Beliau sudah bersara.

Sesudah bersara dari bidang gimnastik pada tahun 2007, Nurul Fatiha melanjutkan pelajarannya di UPM dalam bidang Komunikasi Massa. Samada dia sudah menamatkan pengajian atau tidak, aku pun tidak tahu. Sudah agak lama aku tidak berchatting dengan beliau.

Soalan cepu emas: Cuba teka dengan siapa Nurul Fatiha bergambar? Dengan Adil Zafuan atau dengan Zaquan Adha?


Kerja di RTM

Untuk info lebih lanjut mengenai Nurul Fatiha, lawat ke laman ini.

Kalau hendak berhubung dengan beliau, boleh berhubung melalui laman Myspace dan Facebooknya.



SIAPA LIM WEN CHEAH @ CHRYSTAL LIM



Kalau tak salah aku, Chrystal Lim ialah bekas Gimnas Malaysia juga. Bahagian gimrama. Aku tak tahu pulak chinese name dia ialah Lim Wen Cheah

Dia dah bersara dari lapangan gimnsatik 2 tahun yang lepas. Aku ada tulis pasal Chrystal Lim ni di entri ini.

Rasanya dia ada Friendster. Agak aktif juga. Selalu upload gambar baru. Cuba try cari sendiri.



YOU TUBE DURATUN NASIHIN



Seriously.... Kenapa nak cari video di You Tube di Google. Pergi saja ke web site You Tube dan taip Duratun Nasihin dan tekan butang 'search'. Senang bukan?



KEMBAR YANG KAHWIN DENGAN RITA RUDAINI

Anda boleh dapat jawapan anda di entri ini.

Juga pada laman ini.



PHOTO SEKSI LEONG MUN YEE

Leong Mun Yee adalah penerjun negara. Masih aktif hingga kini dan merupakan antara penerjun terbaik yang Malaysia ada. Menyertai acara individu atau berpasangan bersama Pandalela Rinong. Mereka berdua baru memenangi pingat gangsa di temasya sukan di Rom pada minggu lepas.

Gambar seksi memang aku tak de. Tapi untuk menghampakan si pencari....


Gambar di tepi kolam renang

Pose baik. Cun juga amoi ni kan?



LEONG MUN YEE FRIENDSTER

Aku tak pasti ada atau tidak. Aku try cari, tapi tak de lah... Maaf, aku tidak dapat membantu kali ni...



GAMBAR MEMBERAHIKAN NICOL DAVID

Si pencari gambar ini memang bercita-cita besar. Aku rasa si pencari ini memang tidak betul pemikirannya. 

Mungkin ramai atlet dari Amerika yang suka tangkap gambar memberahikan dan letak di internet (cari sendirilah ya?). Tapi ini Malaysia, atlet Malaysia bergambar semua dalam penuh dengan kesopanan.

Seriously. Memang tak delah. Kalau betul-betul Datuk Nicol Ann David ada tangkap pun, tak kan la dia mahu sebarkan pada internet kan?

Apa-apa pun, syabas pada Datuk Nicol David kerana berjaya mempertahankan Kejuraan Terbuka Malaysia 5 tahun berturut-turut. Anda memang atlet yang tiada tandingan.

Sekian dan terima kasih kerana membaca entri ketika aku malas mahu berfikir.

Aku dah update Tears Don't Fall yang baru.

Music Parody: The Shirtless