Tarikh 14 Februari 2011 jatuh pada hari Isnin minggu depan. Sama ada yang menyambut ataupun tidak menyambutnya, semua orang tahu yang 14 Februari setiap tahun seluruh dunia menyambut Hari Valentine ataupun dalam bahasa kebangsaan yang lebih tepat, Hari Kekasih.
Apa yang seronoknya Hari Valentine ini? Aku pun tak tahu. Aku tak pernah menyambut Hari Valentine. I don't do Valentine.
Setiap tahun mesti keluar artikel di akhbar atau mana-mana web site yang berorentasikan Islam tentang hukum menyambut Hari Valentine dan cerita disebalik Hari Valentine. Tapi banyak versi tentang cerita di sebalik Hari Valentine. Tapi yang penting, ia melibatkan seorang insan yang bernama Saint Valentine (St. Valentine).
Ada versi yang mengisahkan St.Valentine merupakan seorang pendeta yang menentang pemerintahan Raja Claudius II dan dihukum mati pada 14 Februari 270 Masihi. Ada yang kata St. Valentine sebenarnya seorang matchmaker. Meletakkan nama lelaki dan perempuan di dalam kotak dan dicabut undi untuk menentukan pasangan masing-masing.
Ada versi yang mengatakan yang St. Valentine sebenarnya pejuang agama Kristian yang menggulingkan Islam pada pemerintahan Permaisuri Issabella. Sambutan Hari Valentine adalah menyambut kekalahan empayar Islam tersebut.
Ada juga versi menceritakan tentang yang St. Valentine adalah salah seorang dari adik-beradik yang dikenali sebagai Saint Fructus. Adik-beradik Saint Fructus ialah Valentine dan Engratia yang mewarisi harta peninggalan keluarga mereka dan mendermakan kepada orang yang miskin. Tetapi pengorbanan adik-beradik ini disambut pada 25 Oktober setiap tahun sebagai Saint Fructus Feast Day. Sudah tentu bukan Hari Valentine 14 Februari yang disambut pada zaman sekarang.
Sebenarnya, tiada cerita tepat mengenai asal-usul Hari Valentine. Tidak pasti peristiwa sejarah mana yang menjadi asal perayaan Hari Valentine disambut. Malah, tidak dapat dipastikan siapa St. Valentine sebenar. Seorang paderi dari Rome? Seorang pahlawan? Seorang dewa cinta? Seorang preist dari benua Afrika?
Dalam lipatan sejarah, ada 7 versi kisah menceritakan siapa St. Valentine yang sebenar dan ada 11 Hari Valentine yang disambut pada tarikh yang berlainan dalam setiap tahun dan mempunyai 11 cerita asal-usul kesemua Hari Valentine tersebut. Kamu boleh Google ataupun cari dekat wikipedia tentang semua kisah-kisah tersebut. Aku malas nak cerita panjang lebar.
Tidak dapat dipastikan kisah mana yang betul. Tiada teori sahih atau teori sejarah yang boleh menyokong semua kisah menyebabkan identiti St Valentine dan sebab Hari Valentine disambut menjadi kabur. Sama seperti kisah Hang Tuah yang kita juga agak sangsi dengan kewujudan si Tuah dan 5 bersaudaranya dan sering dipersoalkan.
Tap sebenarnya, Hari Valentine moden (Hari Valentine zaman sekarang ini yang disambut 14 Februari setiap tahun) sebenarnya diasakan hanya semata-mata kerana perniagaan. It's all about the money!!!
Sambutan Hari Valentine moden pula bermula pada abad ke-19, bermula pada era 1840'an. Orang yang bertanggungjawab memulakan Hari Valentine moden ialah Esther Howland.
Esther Howland merupakan seorang graduan yang bekerja untuk ayahnya. Ayah Esther memiliki kedai menjual buku dan alat tulis yang besar di Worcester, Massachusetts, Amerika. Ayah Esther mempunyai rakan niaga dari England. Rakan niaga ayahnya yang memulakan tradisi menyambut Hari Valentine moden di England, tetapi hanya disambut secara kecil-kecilan disebuah bandar kecil di England. Ia bukannya perayaan berskala besar yang disambut oleh semua rakyat di England.
Dari idea rakan niaga ayahnya, Esther bercadang untuk membawa perayaan Hari Valentine ke Amerika. Esther pun mengimport segala bahan untuk membuat kad ucapan dari rakan niaga ayahnya. Dia kemudian mereka bentuk Kad Valentine.
Dengan bantuan abangnya sebagai salesman, Kad Hari Valentine beliau berjaya dijual dengan meluas dan akhirnya berjaya mewujudkan Hari Valentine di Amerika hasil usaha Esther. Perayaan ini akhirnya tersebar diseluruh dunia sehingaa hari ini yang disambut pada 14 Februari setiap tahun.
Kemudian, manusia sendiri yang meng-improvise-kan Hari Valentine dengan menambahkan jambangan bunga, coklat, candle light dinner dan lain-lain sebagai elemen dalam Hari Valentine.
Jadi, apa yang kita faham dari cerita Esther Howland di atas? Ya. Hari Valentine adalah hari rekaan Esther Howland semata-mata untuk mengaut keuntungan dari umat manusia. Untuk memastikan beliau mendapat untung, dia membawa sambutan Hari Valentine yang disambut secara kecil-kecilan di England dan mengkomersilkan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan.
"Habis tu. boleh la kita sambut Hari Valentine moden ni sebab dia tak de kena mengena dengan agama kan, Mirul?"
Yang itu aku tak berani nak jawab. I'm no ulama. Tapi adalah lebih baik kita tidak menyambut Hari Valentine kerana..
"Kerana apa, Mirul?"
Babi. Jangan menyampuk! Bagi aku taip sampai habis dululah!
"Ok, ok. Sorry. Teruskan menaip."
Ok. Terima kasih. Tapi adalah lebih baik kita tidak menyambut Hari Valentine kerana beberapa sebab.
Dari cerita di atas, sudah terang lagi bersuluh yang Hari Valentine hanyalah hari ciptaan Esther untuk mengaut keuntungan semata-mata. Sudah ternyata Hari Valentine tiada kaitan dengan hari meraikan kasih sayang, hari kekasih atau hari gedik-gedik main cinta. Jadi, kenapa perlu kita sambut hari tersebut?
Hari Valentine adalah satu sambutan yang tipu. Kenapa kamu perlu menyambutnya kalau sudah tahu benda tersebut adalah tipu. Adakah kamu mahu jadi manusia yang tertipu sepanjang hayat kamu?
Sudahlah kita hidup dekat Malaysia asyik ditipu oleh ahli-ahli Politik yang sering menabur janji manis tapi jarang sangat menunaikannya. Sekarang kamu mahu pula hidup dalam satu lagi penipuan? Masih belum puas kena kencing kuning pekat dengan Esther Howland lagi ke?
Selain itu, kamu mesti perasaan yang apa-apa barang atau hadiah yang boleh dikaitkan dengan Hari Valentine akan melambung harganya menjelang Hari Valentine.
Harga kad ucapan akan melambung sekali ganda sedangkan selama ini haram kau pernah kisah tentang kad ucapan. Harga bunga juga akan naik double ataupun triple. Kononnya "Ini bunga baru ambik dari Cameron Highland maa.."
Harga coklat Cadbury yang murah sebelum ini tiba-tiba sudah jadi mahal. Cadbury hanya perlu menukar pembungkusan yang kononnya Valentine Package dan menaikkan harga coklat tersebut 3 kali ganda dari biasa.
Harga untuk candle light dinner di hotel juga meningkat dari hari biasa. Harga double dari harga biasa. Sampaikan kena tempah sebulan awal. Berebut-rebut orang menempah tempat untuk candle light dinner pada Hari Valentine sedangkan kita boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih murah sehari selepas Hari Valentine.
Kemudian, syarikat barang kemas dan berlian juga mengambil kesempatan. Kononya mengeluarkan cincin, rantai, gelang dan anting-anting khas untuk Hari Valentine. Maka kopaklah poket para-para lelaki dan perempuan juga yang tersenyum riang.
Hari Valentine adalah hari dimana syarikat-syarikat besar atau lebih sedap kita panggil syarikat-syarikat kapitalis mengaut keuntungan besar dari rakyat marhaen. Syarikat kapitalis semakin kaya dan kita rakyat marhaen semakin kekeringan poket.
Aku bukanlah seorang yang idealist sangat dan memegang ideologi anti kapitalis. But hey, why pay more when you can get less the day after Valentine's Day, right?
Dari kamu membazir bayar barangan tersebut dengan harga yang mahal, baik kamu beli pada hari lain. Baik simpan duit buat kahwin. Sekarang belanja kahwin bukan murah-murah. Sebelum kahwin, ada pre-wedding shoot. Baju masa bersanding sekurang-kurangnya kena ada 2-3 pasang. Dan akan datang, tak mustahil muncul pula video perkahwinan ala-ala artis seperti apa yang dibuat oleh Elyana dan anak perempuan NAZA Motor tu.
Dan yang terakhir, apa seronoknya menyambut Hari Valentine secara beramai-ramai? Apa yang menariknya pergi candel light dinner beramai-ramai?
"Johan, malam ni aku ada candle light dinner dengan awek aku. Aku nak bagi coklat dengan cincin ni."
"Ala.. Kau ingat kau sorang je ke? Aku pun ada date dengan awek aku jugak. Candle light dinner jugak. Ni cincin yang aku nak bagi awek aku."
See? Semua orang bakal buat benda yang sama pada Hari Valentine. Kalau semua orang buat benda yang sama, baik kamu sambut anniversary kamu saja. Hari anniversary lebih privacy dari Hari Valentine. It's all just about both of you.
Hanya kamu berdua yang pergi candle light dinner. Hanya kamu berdua yang menikmati detik romantik. Hanya kamu yang terima jambangan bunga dari teman lelaki kamu. Baru kawan-kawan yang lain jealous melihat kamu dapat jambangan bunga dan mereka tidak.
Detik romantik patut hanya dikongsi oleh kamu berdua. Bukannya dengan semua orang. Apa yang romantik dan unik kalau semua orang pun sambut benda yang sama kan?
Jadi, berhenti menyambut Hari Valentine. Selain dari ditipu oleh Esther Howland dan syarikat kapitalis, kamu juga telah membazir wang dan dipaksa membayar sesuatu dengan harga yang lebih mahal sedangkan kamu boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah sehari kemudian.
Hari Valentine bukannya romantik mana pun sebenarnya. Ia hanya satu hari dimana syarikat menjalankan perniagaan mereka dan kita sebagai rakyat marhaen telah ditipu bulat-bulat.
Say no to Valentine's Day dan kamu akan berjaya menyelamatkan poket. Sambut sahaja hari jadi atau hari anniversary dengan pasangan kamu. Hari tersebut lebih romantik sebenarnya.
Kita tak perlukan satu hari khas untuk menjadi romantik. Romantik dan kasih sayang terbit dari hati, bukan kerana kewujudan sesuatu hari yang dipanggil Hari Valentine.
Kredit gambar: Oh Bulan!

Tidak ada komentar:
Posting Komentar