Rabu, 23 Juni 2010

Kenapa aku suka acara temasya sukan


Akhirnya acara temasya Sukan Malaysia (Sukma) XIII Melaka 2010 melabuhkan tirai pada hari Sabtu yang lepas.

Oleh kerana kesibukan Piala Dunia Afrika Selatan 2010, Sukma telah dianaktirikan oleh rakyat Malaysia. Tapi tidak boleh juga mahu disalahkan rakyat Malaysia kerana pencabar Sukma ialah Piala Dunia 2010 yang hanya berlangsung 4 tahun sekali dan mempunyai status yang lebih besar dari Sukma.

"Hek eleh... Kau tengok Sukma ke, Mirul?"

Ya. Aku ada menonton Sukma. Memang betul, FIFA World Cup sedang berjalan sekarang tapi Piala Dunia kan disiarkan pada waktu malam, siang aku akan menonton Sukma.

Aku suka menonton rancangan temasya sukan. Dari sekecil-kecil Sukma, sehinggalah temasya sukan yang lebih besar seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Sukan Olimpik Musim Sejuk pun kadang-kadang aku tonton. Kadang-kadang, aku layan juga acara track and field seperti IAAF Golden League dan yang sejenis dengannya.

Kenapa aku minat menonton temasya sukan? Adakah ianya sehebat Piala Dunia?

Pengaruh dari ayah aku

Antara sebab awal aku meminati acara temasya sukan ini ialah dari pengaruh ayah aku. Ayah aku merupakan seorang sportsman. Semasa bekerja sebagai tentera sekitar tahun 70'an dan 80'an, ayah aku telah mewakili tentera dalam pelbagai jenis sukan.

Bola sepak, hoki, acara balapan, bola tampar dan banyak lagi... Semua ayah aku pernah main dan mewakili tentera.

Selepas bersara dari tentera (dan bersukan) ayah aku suka menonton acara temasya sukan ni. Mungkin mengingatkan beliau semasa hari mudanya.

Oleh kerana masa zaman dulu rumah aku hanya mempunyai sebuah TV sahaja, kalau ayah aku sedang menonton TV yang lain-lain pun terpaksalah hadap sama. Disinilah timbul minat aku untuk menonton temasya sukan.

Sekarang, kalau ayah aku tiada di rumah, aku sendiri akan menonton rancangan tersebut bersendirian.

Kepelbagaian sukan

Antara sebab utama kenapa aku gemar menonton temasya sukan ialah kepelbagaian sukan yang terdapat di dalam temasya tersebut.

Sebutkan sahaja apa sukan yang mahu kamu tonton. Bola sepak? Rugbi? Tennis? Badminton? Renang? Gimnastik? Bowling padang? Memanah? Acara balapan? Bola tampar? Semuanya ada.

Kepelbagaian sukan akan membuatkan aku rasa kurang bosan dan aku tidak perlu tukar channel lain untuk menonton sukan dari belainan jenis.

Tapi kalau acara equestrian yang disiarkan, memang aku tukar la.

Liputan sepanjang hari

Kalau kamu pernah menonton laporan temasya sukan ini, kamu mesti perasan yang laporan ini akan bermula seawal pagi. Biasanya liputan akan berlansung di TV1 dan TV2.

Laporan akan bermula dari seawall pukul 10 pagi (kadang-kadang pukul 9 pagi) dan berterusan sehingga pukul 1 tengahari. Laporan akan bersambung semula pada pukul 2 petang dan akan tamat sekitar pukul 5 atau 6 petang. Rumusan laporan sepanjang hari akan disiarkan jam 12 tengah malam.

Itu kalau di RTM. Jika di Astro, biasanya akan disediakan 6 saluran khas sempena temasya sukan tersebut (biasanya Cuma Olimpik sahaja), sama seperti apa yang Astro lakukan untuk Piala Dunia sekarang. Jadi, siaran langsung 24 jam tanpa henti.

Melihat manusia memecahkan rekod dan mancatat sejarah

Acara temasya sukan biasanya akan menuntut para atlet untuk berkerja keras untuk mencapai kemenangan. Biasanya, kita akan melihat sesetangah atlet berusaha keras sehingga berjaya memecahkan rekod dunia dan mencatatkan sejarah sebagai antara atlet terbaik dunia.

 Usain Bolt, manusia terpantas dunia

Usain Bolt, pelari 100 meter Jamaica, berjaya menjadi manusia terpantas dan memenangi 3 pingat emas di Sukan Olimpik Beijing 2008. Usain merupakan pemegang rekod bagi acara larian 100 meter dengan 9.58 saat. Juga pemegang rekod 200 meter dengan 19.19 saat dan dalam acara 4 x 100 meter bersama 3 orang atlet lain dengan 37.10 saat.

 Ada siapa berani lawan rekod aku?

Yelena Isinbayeva, atlet lompat bergalah Russia, menjadi wanita pertama dan satu-satunya wanita yang berjaya melepasi ketinggian 5 meter. Yelena telah memenangi pingat emas di Sukan Olimpik 2004 dan 2008. Yelena kini merupakan pemegang rekod bagi acara lompat bergalah wanita dengan ketinggian 5.05 meter.

 Banyaknya, bagi seketul la, Encik Michael

Michael Phelps merupakan perenang Amerika Syarikat yang sudah memenangi 14 pingat emas dalam 2 edisi Sukan Olimpik (2004 dan 2008). Michael Phelps juga merupakan pemenang pigat emas terbanyak dalam satu temasya Sukan Olimpik dengan 8 pingat emas (Beijing 2008) dengan memecahkan rekod dari Mark Spitz (7 pingat emas di Munich 1972).
Perfect 10 girl

Nadia Comaneci ialah gimnas Romania yang berjaya menjadi satu-satunya gimnas yang berjaya memungut markah perfect 10. Nadia berjaya mengutip 5 pingat emas di Sukan Olimpik.

And of course.... The hot athlete

Sudah semestinya bukan? Tanpa perlu aku menerangkan dengan panjang lebar.


Nastia Liukin, gimnas Amerika.



Guo Jinjing, Penerjun China.



Kiira Korpi, peluncur ais dari Finland (sekarang kamu tahukan kenapa aku tonton Olimpik Musim Sejuk)

Atlet Malaysia pun apa kurangnya.

 Nurul Fatiha Abd Hamid, gimnas Malaysia


Sekarang Nurul Fatiha sudah menjadi pengacara RTM

Leong Mun Yee, penerjun negara



Dan Banyak lagi. Kalau aku nak senaraikan semua atlet perempuan dalam dan luar negara yang hot, memang sampai esok belum tentu habis.

Yang terbaru aku nampak di Sukma 2010, Farah Ann Abd Hadi.


Jadi itulah sebab kenapa aku suka menonton temasya sukan. Tapi secara seriusnya, dari kamu asyik menonton rancangan nyanyian realiti, baik kamu tonton temasya sukan dan berikan sokongan kepada atlet Malaysia. Sekurang-kurangnya mereka berjuang demi nama negara, bukan macam artis yang rata-rata perangai jahanam tapi berlagak nak jadi ikon. Lepas tu, semua artis dapat pangkat dato.' Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya macam mana Dato' M. Daud Kilau tu boleh dapat pangakta dato?'Atlet Malaysia berapa kerat saja yang dapat pangkat Dato?

Jadi, cintailah Farah Ann Abd Hadi. Eh... Maksud aku, cintailah atlet Malaysia.

I rest my case.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar