Senin, 07 Juni 2010

Dulu lain. Sekarang lain: Kenapa kadang-kadang aku rasa zaman dulu lebih seronok

Bila aku imbau kenangan aku sewaktu zaman persekolahan dengan zaman sekarang, memang sangat-sangatlah jauh berbeza. Beza pada dekad dulu dengan dekad sekarang memang banyak berbeza. Pada tahun 1990-an, siapa sangka banyak gadget cangih-cangih bakal tercipta dan menjadi satu trend popular zaman sekarang.

Tapi kemajuan serba sedikit telah menarik keseronokkan yang pernah aku rasai pada zaman dulu dan menyebabkan budak-budak zaman sekarang menjadi sangat membosankan kalau dibandingkan dengan budak zaman dulu.

Televisyen, Laptop dan TV series

"Weh, season baru Heroes nak keluar dah kat Star World. Start hari Jumaat ni."

"Aiseh.. Buat apa kau nak tengok kat TV. Download sudah!"

Inilah jawapan yang lazim kita dengar sekarang. Kebanyakan pengguna internet lebih suka download TV Series yang berasal dari Amerika berbanding menontonnya di televisyen.

Dulu, kebanyakan TV Series akan ditonton di televisyen. Aku ingat lagi zaman dulu aku selalu menonton cerita X-Files, Roswell, Ally McBeal, Buffy The Vampire Slayer, 7th Heaven, Dawson's Creek dan banyak lagi cerita menarik di televisyen.

Setiap kali tiba hari rancangan tersebut ditayangkan, rasa tak sabar timbul dalam hati. Bangun pagi-pagi, kepala dah mula terfikir "Malam ni Roswell. Tak sabar aku nak tunggu apa jadi dekat Max sama Liz malam ni." Rasa keterujaan menunggu malam menjelang memang menarik. Rasa keterujaan itu akan bertambah bila babak terakhir cerita tersebut tergantung semasa babak mencemaskan, dan kemudian timbul tulisan "To Be Continued". Agak kecewa bila cerita tamat semasa babak klimaks tapi perasaan teruja untuk menunggu episod minggu hadapan adalah satu perasaan yang menarik.

Masa zaman dulu, aku ada satu kelebihan iaitu sebagai orang yang tinggal di Johor, aku mempunyai kelebihan untuk mendapat saluran televisyen dari Singapura dan Indonesia. Kalau saluran Singapore, TV5 menjadi pilihan dan kalau saluran Indonesia, aku pilih RCTI.

Satu kelebihan saluran luar negara ini ialah biasanya cerita TV Series di atas biasanya lebih advance dari tayangan di Malaysia. Biasanya mereka 6-7 episod mendahului TV Malaysia. Tapi ada juga TV Series yang lebih advance di saluran TV di Malaysia. Dan yang lebih menarik, censorship kedua-dua saluran adalah lebih minima jika dibandingkan TV Malaysia. Itu sebabnya aku lebih memilih untuk menonton cerita Hercules: The Legendary Journeys dan Xena: Warrior Princess di saluran RCTI.

By the way, Xena is one hell of hotness pada masa dahulu. Lucy Lawless menjadi pujaan hati sebelum aku kenal banyak lagi pelakon-pelakon yang hebat, cantik, hot, foxy dan sexy beberapa tahun kemudian.

Satu lagi kelebihan TV5 dan RCTI ialah kedua-dua saluran ada menyiarkan TV series yang tidak disiarkan di Malaysia. Dengan kata lain, hiburan tambahan!

Tapi itu dulu. Sekarang, kebanyakan peminat TV series kini lebih gemar men-download daripada menunggu di TV. Torrent, Rapidshare, USAupload, Megaupload... Pilih sahaja cara yang mana kamu gemar. Bila kamu tahu rancangan kegemaran kamu sudah mula ditayangkan di Amerika, kamu sudah boleh cari episod baru 2 jam selepas ia ditayangkan di Amerika.

Ada yang tunggu sampai rancangan tersebut habis satu season, kemudian baru download. Boleh tengok 23 episod back-to-back sampai muntah tanpa gangguan iklan.

Memang betul, kamu boleh tonton lebih awal berbanding tayangan di Televisyen. Tetapi seperti yang aku nyatakan di atas, sekurang-kurangnya elemen surprise dan tertunggu-tunggu ada di dalam diri kita.

Aku pun sebelum ni macam tu juga, suka men-download segala TV series dan tengok dalam laptop. Lama-kelamaan, aku mula rasa bosan kerana aku mula perasan yang hidup aku boleh dikatakan 24 jam mengadap laptop. Main Facebook, update dan baca blog, baca Wikipedia.. Dan sekarang aku menjadikan laptop sebagai TV.

Aku mula sedar yang hidup aku mula menjadi bosan bila aku asyik terperuk dalam bilik menghadap laptop bagaikan manusia yang tiada kawan di luar sana. Aku mula berhenti men-download TV series dan mula menonton rancangan ini di TV sahaja. Sekurang-kurangnya, aku lebih banyak meluangkan masa menonton TV bersama mak bapak aku sekarang dari asyik terperap dalam bilik dan mengahadap laptop sahaja. Malahan, aku kini lebih suka online di ruang TV.

Sekarang, aku hanya men-download filem sahaja kerana kadang-kadang aku tak sempat nak ke panggung ataupun aku tak puas hati bila aku menonton filem action yang di klasifikasikan 18SG tapi banyak babak yang dipotong.

Seriously? Bukan ke sudah diletak 18SG pada filem tersebut jadi kenapa nak potong semua babak ganas tersebut? Baik letak klasifikasi U sahaja kalau semua babak action dan ganas sudah di potong.

Kalau aku download TV series pun, aku hanya akan download selepas cerita tersebut tamat ditayangkan di TV dan untuk simpanan kalau-kalau aku nak tengok balik cerita tersebut 5-6 tahun akan datang

Bagi aku, duduk di depan TV bersama keluarga macam masa dulu adalah lebih baik dari kau download semua TV series dan tengok dalam bilik kau bersendirian macam sekarang ini. Melainkan TV series yang kau suka tak ditayangkan di TV Malaysia atau Astro.

P/S: Dulu aku ingat di sekolah aku dulu ada kempen untuk kurangkan menonton TV yang dinamakan 'Less Idiot Box, More Reading'. Sekarang, mungkin mereka perlu ubah kempen tersebut supaya kurangkan "menonton" laptop atau komputer.


Idiot box was so 90's.

Radio, Lagu dan Mix-tape

Sepanjang aku masih belajar di sekolah menengah, radio merupakan teman aku di dalam bilik. Antara aku gunakan radio untuk mendengar radio, dengar kaset atau CD ataupun membuat mix-tape. Boleh dikatakan radio aku akan terbuka selepas aku balik sekolah sampailah aku tidur.

Walaupun aku merupakan pengemar muzik Underground dan muzik yang non-radio friendly (hard core, metal etc.) Tetapi tak bermakna aku tidak mendengar lagu-lagu dari radio mainstream, tapi dulu lah. Lagipun, masa tahun 90-an, lagu-lagu dari band rock masih dimainkan di Hitz FM. Sekarang? Kebanyakannya lagu yang dimainkan di Hitz.FM ialah lagu Hip-Hop dan R&B. Dan juga so-called-rock-band seperti Boys Like Girls.

Dulu radio menjadi teman utama dalam bilik. Mendengar celoteh DJ dulu yang tak mengarut atau meleweh macam DJ zaman sekarang (baca: Raja Azura), adalah satu kemestian. MP3 player belum menjadi satu kegilaan di Malaysia, jadi men-download mp3 bukanlah satu aktiviti popular pada masa dulu.

Saat paling menarik ialah semasa kita menantikan lagu yang ditunggu-tunggu. Bila lagu yang ditunggu di dendangkan di corong radio, memang happy rasanya. Saat paling menarik ialah masa menunggu lagu kegemaran untuk di rekod dalam mix-tape. Macam aku katakan di atas, penggunaan MP3 palayer belum meluas dulu, jadi mix-tape adalah medium utama untuk mengumpul dan mendengar semua lagu kegemaran.

Mix-tape.. Medium yang kian dilupai

Penantian satu penyeksaan. Itulah perasaan masa menunggu waktu lagu kegemaran tak keluar-keluar dalam radio. Bila lagu yang ditunggu keluar di radio, cepat-cepat tekan butang record dan play serentak. Itupun kena tunggu for the right moment. Kena pastikan jangan ada suara DJ ataupun bunyi jingle radio di record sekali.

Dalam proses merakam lagu dengan mix tape, radio yang mempunyai dua cassette slot amatlah diperlukan. Kenapa? Kerana ini akan memudahkan proses dubbing dari mix-tape kawan-kawan pula.

Double cassette slot radio

Macam aku katakan, proses merekod perlu teliti untuk memastikan tiada suara DJ atau jingle direkodkan sekali. Memang kecewa kalau lagu yang direkod dicemari suara DJ yang sibuk bercakap walaupun intro lagu sudah pun dimainkan. Kacau betul. Oleh kerana sikap kesabaran nak menunggu lagu tersebut keluar di radio sudah lenyap, cara terbaik ialah bertanya kepada kawan-kawan kalau-kalau mereka berjaya merekod lagu tersebut suci tanpa dinodai suara DJ atau jingle.

Masukkan kaset kepunya kawan pada satu slot kaset dan masukkan kaset kepunyaan kita pada slot satu lagi. Dan akhirnya, kita berjaya merekod lagu yang perfect tanpa gangguan suara DJ.

Memang seronok. Rasa menunggu dan kita akan hargai lagu yang kita rekod dalam mix-tape tu. Tapi itu dulu. Sekarang?

Budak-budak sekarang tak payah bersusah payah menunggu depan radio. Apa yang mereka perlukan ialah nama penyanyi dan tajuk lagu. Seacrh pada internet, tak lama lepas tu dah boleh download dari internet.

Kalau nak dengar full album, boleh download gunakan Rapidshare atau Torrent. Kalau sekadar nak satu lagu, boleh gunakan Ares, Limewire atau pun 4Shared.com, dan kebanyakan budak-budak tak sedar yang ketiga-tiga platform tersebut dipenuhi dengan Melware dan Ad-Aware.

Selain dari download, banyak medium yang boleh membantu untuk budak-budak zaman sekarang untuk mendengar lagu kegemaran mereka. Bukan setakat radio, MTV, Channel V, Hitz.TV dan Youtube boleh menjadi pengganti tetap kepada radio.

Oleh disebabkan budak-budak zaman sekarang senang untuk mendapatkan atau mendengar lagu-lagu tersebut, mereka jarang menghargai lagu tersebut. 5-6 bulan, lagu tersebut akan dilupai. Itulah sebab jika aku dengar lagu zaman 70-an, 80-an dan 90-an, aku akan terasa teruja berbanding zaman millennium ini. Bukan sebab lagu zaman dulu bersifat evergreen atau lebih baik dari lagu zaman sekarang, cuma lagu pada zaman dulu lebih sukar untuk didapatkan.

Tetapi secara serius, lagu Hip-Hop dan R&B zaman sekarang memang mengarut jika dibandingkan dengan lagu Hip-Hop dan R&B tahun 90-an. Lagu Rock? Dari dulu sehingga kini memang terbaik.... Kecuali Rock kangkang nyanyian band-band "hidup segan. mati tak mahu" pada era 90-an.

P/S: Setiap kali aku buka almari aku dan ternampak segala mix-tape dan kaset yang aku beli sekitar tahun 1990-an dan awal 2000, aku hanya tersenyum. Insyaallah, aku tak buang semuanya tu. Banyak kenangan yang boleh aku imbau melalui kaset-kaset tersebut.

Itulah beberapa sebab kenapa aku rasa zaman dulu lebih menarik dari zaman sekarang. Teknologi memang banyak membantu kita tetapi dalam masa yang sama serba-sedikit menghilangkan keseronokan yang kita dapat rasa pada zaman dulu.

Sebenarnya banyak lagi benda yang boleh dikupas mengenai tajuk ini, terutama sekali Facebook dan laman sosial maya yang lain. Tapi aku akan kupas pada hari lain.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar