Sebenarnya entri kali ini adalah menjawab tag dari Cik Diya yang suka crayon (agaknya lah).
Kali terakhir aku menjawab tag ialah pada entri ini. Aku teramatlah jarang-jarang di tag, dengan kata lain, aku tidak cukup popular untuk di tag.
Aku tak berapa pasti apa tajuk tag kali ini. Mungkin 'Sejarah blog' tajuknya.
1. Apakah nama blog anda dan kenapa anda memilih nama itu?
Warmness On The Soul. Tajuk blog ini diambil dari salah satu lagu band Avenged Sevenfold. Sebenarnya, aku sendiri kurang minat dengan lagu tersebut tapi tak tahu kenapa aku boleh pilih untuk dijadikan tajuk blog aku.
Nak kata aku membuat pilihan kerana pengaruh alkohol, aku belum pernah minum arak lagi, jadi alasan memilih tajuk tersebut di bawah pengaruh alkohol memang tak masuk akal.
Lagu tersebut merupakan satu lagu yang amat mellow, berbeza dengan norma biasa Avenged Sevenfold yang memainkan lagu genre metal dan hardcore.
Mungkin minda di bawah sedar aku yang membuatkan aku memilih tajuk ini. Tapi sekurang-kurangnya bagus juga aku pilih tajuk lagu ini menjadi nama blog aku. Kalau aku pilih tajuk lagu "Cari Jodoh", "Benci Bilang Cinta", "Gila Judi", "Ayahku Kahwin Lagi".... Mesti lagi celaka bunyinya kan?
2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
Link pun kau tanya aku ke? Siapalah yang buat soalan tag ni. Tengok pada bahagian address bar tu. Aku gunakan 'aremierulez' sebagai URL kerana ia merupakan nickname yang aku gunakan dalam alam chatting.
Aku gunakan nama tersebut ketika sedang ber-chatting dengan seorang minah dari Australia yang susah nak pronounce nama aku. Jadi aku eja supaya minah tu boleh sebut dengan betul (Amirul = Are + mie + rule). Huruf Z aku tambah pada hujung kerana pengaruh cerita Dragon Ball Z.
Cilaka! Masa muda-muda aku memang cepat terpengaruh. Nasib sekarang aku dah tua. Kalau tak, mesti aku dah terpengaruh dengan budaya Shuffle.
3. Apakah method penulisan dalam blog anda?
Bergantung dengan tajuk yang terlintas dalam fikiran aku. Kadang-kadang, entri aku bersifat kelakar (atau cuba menjadi kelakar tapi tak jadi) dan merapu. Dan kadang-kadang boleh jadi entri yang sangat serius. Terpulang macam mana otak aku berfungsi hari itu.
4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Belum terasa lagi tapi kalau ada orang upah RM 1 billion, aku delete.
5. Pernah tak ahli keluarga anda membaca blog anda dan apa kata mereka?
Kalau mak dan ayah, memang tak pernahlah. Abang aku sekali-sekala baca. Sepupu aku mungkin ada yang baca. Tapi secara majoritu, family aku memang jarang baca blog aku. Lagipun, aku tak galakkan sepupu aku baca blog aku memandangkan aku merupakan sepupu yang mempunyai pemikiran yang paling jahanam. Sepupu aku yang lain-lain baik-baik belaka.
Kepada sepupuku di luar sana yang sedang membaca, read on your own risk.
6. Apakah perasaan anda apabila orang lain mengatakan bahawa anda punya blog ini buruk sedangkan masih ada yang mengatakan blog anda cantik?
Kalau ada orang yang kata blog aku cantik, nampak sangat dia tengah perli blog aku. Gila ke ape! Background hitam, layout plain.. Kalau ada orang kata blog aku cantik, memang nampak sangat nak suck up aku.
Tapi header aku, memang cantik. Sangat cantik, sweet, hot, foxy dan sexy.
7. Bilakah anda mula mempunyai blog?
25 Mac 2007. Ini entri pertama aku dalam blog ini. Bila baca balik entri pertama, rasa macam nak tergelak pun ada juga. Gila bodoh entri aku tu.
8. Siapakah orang pertama yang mengetahui anda mempunyai blog?
Ahli-ahli keluarga 32 Jementah.
9. Apa perasaan anda apabila orang mengatakan tentang blog anda di sekolah/universiti/tempat kerja?
Tiada perasan kerana tidak pernah terjadi.
Semasa kewujudan blog aku, kebanyakkan classmate aku di UiTM Segamat tidak menyedari kewujudan blog aku. Rasanya, selepas aku menamatkan pengajian dan mula aktif di Facebook, baru kebanyakan mereka tahu tentang blog aku. Betul tak, Hannah Yunos?
10. 10 orang untuk di-tag
Aku malas nak tag orang. Tapi oleh disebabkan Hannah Yunos ni malas sangat nak update blog, memang mendapatlah kau. Kau di tag Hannah! Hahaha....
Kadang-kadang, aku suka jawab tag ni kerana dalam masa kurang 30 minit, sudah siap satu entri tanpa aku perlu berhempas pulas untuk berfikir.
Memandangkan aku sekarang sibuk dengan World Cup dan dalam usaha untuk meng-update blog cerpen bersiri aku, menjawab tag memang satu option terbaik.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar