Kamis, 28 Agustus 2008

DI KALA BULAN BERWARNA BIRU

AMARAN: TAJUK ENTRI TIADA KENA MENGENA DENGAN ISI ENTRI. HARAP MAKLUM.

Apa yang aku nak tulis untuk entri ini mungkin satu tajuk lapuk. Tapi aku nak tulis juga.

Minggu lepas merupakan cuti semester 1 minggu pada pelajar-pelajar UiTM dan universiti dan IPTA yang sewaktu dengannya. Ramai yang bertanya pada aku, adakah aku terlibat dengan demonstrasi jalanan yang di buat oleh pelajar UiTM untuk membantah kemasukan 10% pelajar bukan bumiputera ke UiTM?

Aku tengok berita dan akhbar tempatan, pelajar-pelajar UiTM berbaju hitam dan membuat demonstrasi jalanan. Aku tidak tahu keadaan demonstrasi yang di buat di UiTM aku ni, UiTM Segamat sebab demonstrasi ini di buat pada hari Jumaat.

Aku tiada kelas pada hari Jumaat. Jadi, agak bermimpi lah aku mahu ke UiTM jika aku tiada kelas. Bukan aku sahaja, tapi semua housemate aku tidak ada kelas pada hari Jumaat. Jadi, kami satu rumah tidak terlibat dengan demonstrasi tersebut.

Menurut pelajar yang hadir pada demonstrasi di UiTM Segamat itu, ramai pelajar perempuan yang terlibat dalam demonstrasi tersebut. Aku sendiri tak tahu. Jika ada pembaca blog aku yang hadir pada demonstrasi itu, sila beri maklumat kepada aku pada bahagian komen ya?

Berbalik kepada soalan yang di lontarkan kepada aku, adakah aku terlibat dengan demonstrasi jalanan yang di buat oleh pelajar UiTM untuk membantah kemasukan 10% pelajar bukan bumiputera ke UiTM?

Jawapan aku: Tak!!!

Kenapa aku tidak terlibat? Sebab aku ada beberapa kesangsian sedikit untuk terlibat dalam demonstrasi ini.

Pertama, demonstrasi ini dibuat untuk menghalang dan membantah kemasukan 10% pelajar bukan bumiputera ke UiTM. Bagi aku, kemasukkan mereka akan menambahkan sifat persaingan sihat pada bangsa melayu.

Aku mempunyai banyak pengalaman dalam belajar bercampur dengan pelajar bukan bumiputera, dan tidak bercampur dengan mereka.

Sewaktu aku belajar di sekolah menengah di Sekolah Tinggi Batu Pahat, aku telah di masukkan ke dalam kelas yang di beri nama Rancangan Khas (RK). Kelas RK adalah kelas di mana hanya pelajar melayu sahaja yang mempunyai keputusan cemerlang dalam UPSR yang di benarkan memasuki RK (aku sekelas dengan Azman/Athena ketika ini).Sepanjang 3 tahun (tingkatan 1,2 dan 3), kami belajar di dalam kelas yang tidak bercampur dengan bangsa cina dan india.

Apabila masuk tingkatan 4, kami mula bercampur kelas dengan bangsa cina. Apa yang terjadi kepada kami dari kelas RK? Kami gagal bersaing bersama mereka. Pelajar melayu yang memang belajar sekelas dengan bangsa Cina dan India dari tingkatan 1 hingga 3 tidak mempunyai masalah untuk bersaing. Melalui keputusan PMR pun, kebanyakan pelajar RK gagal mendapatkan keputusan cemerlang manakala pelajar bukan RK berjaya dengan cemerlang dan ramai yang menyambung pelajaran ke asrama penuh dan MRSM.

Kelas aku, 4 Sains 1 dan kemudian 5 Sains 1, mempunyai 42 pelajar. 12 Melayu, 28 Cina dan 2 India. Dalam 12 Melayu, 8 antaranya adalah pelajar RK (yang mana masuk ke kelas ini atas dasar kuota) dan 4 lagi pelajar Melayu bukan RK.

Sepanjang tingkatan 4 dan 5, pelajar-pelajar RK (termasuk aku) gagal bersaing dan sering menduduki 8 tangga paling bawah dalam senarai pelajar. Manakala 4 Pelajar Melayu bukan RK dapat bersaing dengan baik dan mampu tersenarai dalam golongan 10 pelajar terbaik.

Di sini sahaja, aku sendiri dapat menilai bagaimana sifat daya saing pelajar Melayu yang tidak bercampur dengan bangsa asing.

Kemudian, aku menyambung pelajaran aku di Politeknik Merlimau. Politeknik menjalankan dasar bercampur dengan bangsa Cina dan India.

Di dalam kelas aku, cuma ada seorang sahaja amoi dari 24 orang pelajar kelas aku (kelas aku ni 21 perempuan, 3 lelaki. Henat kan?). Tapi amoi ni pandai. Jadi kami sentiasa belajar and push ourself supaya amoi ini tidak menjadi best student dalam kelas kami. Biarlah pelajar Melayu dari kelas kami yang naik ke pentas sebagai pelajar terbaik. Secara terus terang, aku juga amat rajin di Politeknik. Kalau tiada kuiz dan test, aku tetap akan study.

Dan ia menjadi kenyataan, biasanya amoi ini mendapat tempat ke-3 dalam kelas. Kawan aku, seorang lelaki, berjaya mendapat anugerah pelajar cemerlang setiap semester. (Siew Lih, kalau kau terbaca blog aku ni, jangan marah ya? Ini persaingan sihat kan? Tak salah kan?)

Apabila aku masuk ke UiTM, 100% bumiputera rockers.... Eerr... 100% pelajar bumiputera. Semuanya melayu. Bila ramai sangat Melayu berkumpul, rasa malas timbul. Aku juga menjadi seorang pemalas di sini.

Menurut kawan aku, apabila dia baru mahu mula belajar, kawan-kawan akan datang dan berkata, "Apa barang belajar, bukan ada test pun esok". Lalu kawan-kawannya menarik kawan kawan aku dan mengajak kawan aku ni main game lah, tengok tv, main kad dan sebagainya. Bukan kawan aku sorang sahaja. Aku yakin kamu juga pernah mengalami situasi yang sama.

Jadi, disini aku dapat ulas yang pelajar Melayu di UiTM kurang daya saing. Lagipun, bukankah UiTM ada membuka peluang pelajar dari Brunei dan negara lain untuk masuk ke UiTM? Jadi, kenapa tidak 10% kepada bukan bumiputera.

Sebab kedua aku tidak menyertai demonstrasi ialah apabila aku teringat tentang apa yang ustazah aku ajar di sekolah agama dulu. Menurut ustazah aku, "kita kena berlaku adil pada semua orang tidak mengira apa jua agama mereka."

Jadi aku mula terfikir, adilkah demonstrasi ini. Menghalang bangsa Cina dan India dari menuntut ilmu. Aku cuba cari Piagam Madinah.

Kamu patut tahu apa itu Piagam Madinah kan? Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia Islam. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal. 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam, manakala 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam.

Piagam Madinah juga menjadi guideline buat negara-negara Islam dalam membentuk perlembagaan negara mereka. Baca Lebih lanjut tentang Piagam Madinah di sini. Terima kasih kepada Encik penanya yang publish Piagam Madinah di blognya dan menjadi bahan rujukan aku.

Ini prinsip Piagam Madinah:
  • Al- Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.
  • Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
  • Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
  • Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
  • Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
  • Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.
  • Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan
  • Kebebasan beragama
  • Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
  • Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.
Yang aku warnakan dengan warna merah itu, ada kena mengena dengan negara Islam yang berbilang agama (bukan bangsa, agama ya? Islam tidak membezakan bangsa, hanya agama).

Dengan kata lain, kita seperti menyekat hak bangsa agama lain sedangkan Piagam Madinah yang di gubal oleh Nabi Muhammad S.A.W. menyuruh kita saling membantu sesama warganegara dan bertanggungjawab dan bersifat adil kepada semua rakyat tanpa mengira agama.

Mungkin bangsa Melayu yang memerintah Malaysia tapi ekonomi negara kita di pegang oleh bangsa bukan bumiputera. Jadi, bukankah baik jika kita bertolak ansur sedikit. Kita saling memerlukan sesama bangsa kan?

Sebab ketiga aku tidak menyertai demonstrasi ialah demonstrasi ini secara tidak langsung menghalang mereka dari menuntut ilmu.

Setahu aku, ilmu di turunkan oleh Allah S.W.T. kepada semua hambanya dan kita mestilah berkongsi ilmu tanpa mengira agama. Bukankah Islam tidak menggalakkan sifat kedekut ilmu, bukan? Ilmu adalah milik Allah dan bukan milik orang melayu. Kita tiada hak untuk menghalang mereka menuntut ilmu.

Sebab keempat, demonstrasi ini hanya akan menimbulkan perasaan perkauman yang kuat dalam Malaysia. Dalam Islam sendiri tidak menggalakkan perkauman. Ingat, Islam tidak pernah membezakan manusia melalui bangsanya.

Oleh di sebabkan kita tinggal di negara berbilang bangsa, eloklah jangan menimbulkan sentimen perkauman.

Takut juga aku pada Malaysia ni. Nama negara Islam, tapi tidak pernah ikut perundangan Islam. Mahkamah Syariah sangat lemah. Pegangan negara lari sedikit demi sedikit dari Piagam Madinah dan sifat perkauman berleluasa sedangkan Islam tidak menggalakkan perkauman.....

--------------------------------------

Itulah sedikit sebnyak pandangan 5 sen aku. Mungkin ada yang tidak bersetuju dan berkata fakta aku salah sama sekali. Tidak mengapa. Kita semua memang mempunyai pandangan berbeza.

Jika apa yang aku taip kali ini mungkin salah di mata kamu, maafkan lah aku. Aku manusia yang tidak lari dari kesempurnaan.

Kalau ada pandangan, sila komen.

--------------------------------------------

Berjaya juga aku publish entri ini (setelah 3-4 hari terperuk sebagai draft) sebelum aku pulang ke Batu Pahat untuk cuti panjang aku. Aku cuti sampai hari Rabu. Huhu...

Aku tak update lagi kisah cerpen aku. Tak sempat. Naik cuti aku update lah ye?

Rabu, 27 Agustus 2008

HUJAN BATU DI TEMPAT SENDIRI, HUJAN EMAS DI TEMPAT ORANG. UNTUNG LAGI TEMPAT SENDIRI. KENAPA UNTUNG PULAK?

HUJAN BATU DI TEMPAT SENDIRI.
HUJAN EMAS DI TEMPAT ORANG.
UNTUNG LAGI TEMPAT SENDIRI.

Ok. Aku rasa, kamu semua mesti pernah dengar peribahasa di atas kan? Atau mungkin perkataan "tempat" tu boleh di ganti dengan "negeri", "negara" dan apa-apa perkataan lain. Tapi maksudnya masih sama.

Bila aku fikirkan balik, peribahasa ini teramatlah salahnya. Kenapa? Mari kita bincangkan bersama.

Sebenarnya, aku pernah berdebat dengan orang lain tentang perkara ini. Dimana orang ini menyokong peribahasa ini.

Pada mulanya, aku berkata yang aku mahu berkerja di Kuala Lumpur kerana peluang kerja yang agak baik berbanding tempat aku. Bukannya di Batu Pahat tiada peluang kerja langsung, cuma di Kuala Lumpur lebih banyak.

Aku berkata demikian kerana melihat abang aku yang menganggur hampir setahun di Batu Pahat dan bila ke Kuala Lumpur, sebulan sahaja sudah dapat kerja. Begitu juga dengan 2 kawan aku yang lain.

Kemudian, ada oarang bertanya kepada aku, kalau dapat peluang kerja di UK, nak pergi tak?

Mestilah aku kata nak. Dan kemudian ada seorang pak cik berumur 40-an bersuara. Dia pun baca la peribahasa kat atas tu kuat-kuat dan berkata aku ni amak melayu yang dah tak ingat asal-usul dan lupa diri. Lupa daratan, tak ingat bangsa lah...

HOTAK KAU LA PAK CIK. Nak kena orang tua ni. Sedap-sedap kau nak kutuk aku.

Lalu aku mula berkata kepada pak cik itu.

"Ok la, pak cik. Cuba pak cik bayangkan yang pak cik duduk dekat kawasan yang tak de coverage hand phone. Lepas tu pak cik bukak kedai hand phone kat situ. Tapi pak cik bukak jugak kedai hand phone kat situ dan kedai pak cik tak laku."

"Lepas tu, pak cik dapat tau yang ada kedai kosong dekat Summit BP dan kalau pak cik meniaga kat situ, pak cik boleh jual 3 bijik hand phone sehari. So, adakah pak cik akan pergi ke "hujan emas kat tempat orang"? Atau pak cik sanggup menanggung "hujan batu di tempat sendiri", sampai kedai pak cik bungkus?"


Pak cik tu tak setuju. Dia cakap rezeki tu ada di mana-mana.

"Pak cik.. Rezeki tu memang la ada dekat mana-mana tapi tak semua rezeki berada pada tempat yang sama. Kalau kita tak berusaha mencari rezeki, rezeki tak kan datang pada kita."

Pak cik tu meneruskan protes. Dia tak percaya tentang teori aku. Mungkin sebab pak cik ni tidak pernah masuk ke universiti dan ambil subjek-subjek business dan marketing, tu yang dia tak berapa nak faham kot contoh yang aku bagi.

Ok. Bagi contoh baik sikit. Oleh di sebabkan majoriti melayu menganut islam(majoriti ya? Bukan semua. Sebab dah ada melayu yang bukan islam. Ingat kes Lina Joy?), aku bagi contoh berkaitan islam pula.

"Pak cik ingat lagi kan Kisah Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W. di lahirkan di Mekah. Nabi Muhammad S.A.W. mendapat wahyu pertamanya pada usia 40 tahun. Nabi Muhammad S.A.W. cuba menyebarkan ajaran Islam di Mekah tapi mendapat tentangan daripada masyarakat arab jahiliyah."

"Pada masa yang sama, ada sekumpulan orang Yathrib (bertukar nama menjadi Madinah selepas peristiwa hijrah) yang datang ke Mekah secara sembunyi dan menganut islam. Kemudian, orang-orang dari Yathrib mengundang Baginda untuk berpindah ke Yathrib untuk menyebarkan agama Islam."

"Nabi Muhammad S.A.W. melihat peluang untuk menyebarkan islam di Yathrib lebih baik berbanding di Mekah. Lalu, Baginda dan pengikut-pengikutnya berhijrah ke Yathrib. Maka terjadinya peristiwa Hijrah."

Tak berapa nak percaya dengan fakta aku ini? Rujuk di sini untuk sejarah Nabi Muhammad S.A.W. dan sejarah Hijrah.

"Pak cik nampak tak, Nabi Muhammad S.A.W. nampak "hujan batu kat tempat sendiri". Susah nak kembangkan islam dekat Mekah, tempat sendiri Baginda. Tapi Nabi Muhammad S.A.W. nampak "hujan emas di tempat orang", peluang kembangkan Islam di Madinah."

Pak cik tu terdiam.

"Dalam islam, kita di galakkan berhijrah kalau ia boleh mendatangkan kebaikan dan keuntungan pada kita. Sedangkan fahaman orang melayu pulak, jangan berhijrah ke tempat lain walaupun nampak kebaikan kat tempat orang. Macam dah bertentangan dengan islam ni."

Pak cik tu diam lagi.

"Tu la... Orang melayu sibuk kutip batu kat tempat sendiri... Bangsa lain pulak sibuk kutip emas kat tempat orang. Patut la melayu ni tak maju-maju dan makin mundur."

Pak cik tu terus beredar.

Jadi pada kamu di luar sana, sedarlah. Pegangan kita adalah kepercayaan kepada agama. Bukan kepercayaan, fahaman, kesusteraan, peribahasa bangsa kita. Lagipun aku sudah banyak kali dengar yang ada kepercayaan melayu yang bertentangan agama islam. Aku tidak berapa pasti tapi aku cuba buat beberapa kajian tentang itu.

Akhir kata, pastikan betul-betul kepercayaan melayu yang kamu pegang tu betul atau bertentangan dengan agama kita.

Tak setuju dengan apa aku tulis. Kita ada pandangan masing-masing. Dan.... Ini blog aku, sukati aku la nak tulis apa.

Ok. Renung-renungkan la apa yang aku tulis. Dan jika kamu ada idea atau pandangan bernas, mari kita berkongsi bersama.

Aku dah update episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall.

Minggu, 24 Agustus 2008

YANG MENJADI TUMPUAN AKU PADA OLIMPIK BEIJING 2008 KALI INI BAHAGIAN KE-2

Masih ingat entri aku tentang atlet perempuan yang menjadi tumpuan aku untuk Sukan Olimpik Beijing 2008 sebelum ini?

Ya. Pada entri yang lepas, aku bercerita tentang Hope Solo. Kali ini, ada satu lagi atlet yang menjadi tumpuan kali ini. Gimnas Amerika yang berasal dari Rusia, Nastia Liukin.

Mula-mula, aku tidak memberikan tumpuan sangat pada dia. Tetapi setelah beberapa persembahan mantapnya pada acara berpasukan, aku mula tumpukan pada dia. Dan yang paling hebat sekali, apabila Liukin berjaya mendapat pingat emas dalam acara individual all-around.

Hebat kan minah ni? Cuba tengok pada gambar di bawah. Yang pakai baju kuning tu. Cun juga. Siapa cakap atlet wanita tak lawa? Tidak menjaga kecantikan? Mana ada kan, Liukin? Hehehe....

Nastia Liukin telah mengiatkan aku pada Nurul Fatiha Abd Hamid. Semoga berjaya dalam bidang penyiaran Nurul fatiha.

Layan gambar-gambar ni dulu...










Kepada pembaca wanita, mesti sedikit bosan baca entri yang berkenaan Sukan Olimpik ni kan? (kerana isi entri bukan terarah pada sukan sangat pun). Ha!! Pembaca lelaki suka la tu!!

Kepada pembaca lelaki lagi sekali, jangan layan gambar-gambar di atas pada bulan Ramadhan yang mendatang. Di khuatiri hilang pula pahala puasa itu.

Aku dah update episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall.

Kamis, 14 Agustus 2008

PERUBAHAN KETARA PADA BLOG INI

Selamat kembali kepada pada blog yang tidak berfaedah ini, Warmness On the Soul.

Bagi kamu yang baru pertama kali sampai ke blog aku ini, tahniah aku ucapkan kepada kamu kerana berjaya juga menjumpai blog yang tidak berapa sihat ini.

Kepada kamu yang sudah biasa datang ke blog ini, pasti kamu perasan perbezaan yang paling ketara di blog ini.

Kamu tidak nampak? Itu hanya ada 4 maksud sahaja jika kamu tidak sedar akan perubahan yang berlaku pada blog aku ini:

1. Tahap rabun kamu sudah sampai pada tahap teruk betul.

2. Kamu mungkin sudah buta sebenarnya.

3. Otak kamu sudah agak lembab dalam memproses input yang masuk ke otak kamu.

4. kamu dah tak lama dah... 3 Jumaat je lagi.

Ok. Mungkin kamu agak terkejut dengan perubahan blog aku ini atau mungkin ada yang buat tak kisah dan tidak memperdulikan langsung perubahan blog aku ini. Tapi aku tetap mahu bercerita kepada kamu.

1. Blog header / kepala blog

Blog header ialah bahagian di mana tajuk blog ini tertulis berserta dengan gambar. Kebiasaannya, aku akan meletakkan gambar kartun sebagai header aku. Tetapi kali ini, buat pertama kalinya, aku meletakkan gambar manusia untuk header aku.

Model yang aku gunakan pada header tersebut ialah Leah Dizon. Sila google sendiri untuk melihat gambar beliau. Hanya pembaca lelaki yang di galakkan untuk meng"google" gambar Leah Dizon. Tapi kalau pembaca perempuan mahu juga, aku tidak mampu halang.

Kenapa aku meletakkan gambar Leah Dizon di bahagian header? Jawapannya mudah. Kerana aku suka melihat mukanya yang comel itu.... Tidak lupa juga pose seksi dari beliau (",)

Puas aku fikir dan pilih gambar-gambar futuristik dan gambar kartun yang aku mahu gunakan di dalam blog aku ini. Jadi, aku membuat perubahan untuk meletakkan Leah Dizon sahaja.

Secara tidak langsung, aku kini mengangkat Leah Dizon sebagai model rasmi blog ini. Tapi, aku harap tiada pembaca yang memberitahu Leah Dizon tentang perkara ini sebab aku agak takut juga kalau-kalau dia bakal meminta royalti dari aku pula.

2. Quote pada blog header

Jika kamu lihat betul-betul pada blog header itu, ada sebaris ayat tertera di situ. Tak nampak? Aku rasa kamu patut tahu apa maksudnya kan?

Ayat tersebut di ambil dari lagu Dear God nyanyian Avenged Sevenfold. Lagu ini agak slow atau mellow jika di bandingkan dengan genre metalcore yang dibawakan oleh Avenged Sevenfold. Ah, janji lagu ni sedap, sudah...

Kalau kamu tidak pernah dengar lagu ini, pergi dekat widget Youtube yang ada di sebelah gambar model rasmi blog ini, di bahagian kanan atas, taip Dear God dan tengok videonya.

3. Background / latar belakang

Jika kamu masih ingat, sejak blog aku ini wujud, latar belakang untuk blog aku adalah lebih berwarna hitam. Ya. Ia bertemakan kegelapan. Tapi kini, ia berwarna putih.

Kenapa aku ubah tema warna blog ini. Tiada maksud tersirat. Cuma, aku mahukan perubahan dan wajah baru untuk blog aku. Walaupun pada dasarnya, aku tidak meminati sangat gambar latar itu, tetapi aku tetap gunaknnya juga.

Ok. Itu sahaja yang aku mahu ceritakan di sini. Di harap kamu semua suka akan perubahan blog aku ini. Kalau kamu tidak suka, ADA AKU PEDULI?

Aku dah update episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall. Enjoy beb.

Senin, 11 Agustus 2008

YANG MENJADI TUMPUAN AKU PADA OLIMPIK BEIJING 2008 KALI INI

Ok. Umumnya, semua orang tahu yang Sukan Olimpik Di Beijing sedang rancak berlangsung di Beijing. Jika kamu tidak tahu, aku boleh bagi kamu borang.

satu borang untuk kamu berpindah ke Planet Marikh dan satu lagi borang untuk berhenti jadi manusia.

Ok. Setakat entri ini di tulis, China dengan gagahnya sedang mendahului pungutan pingat dengan 9 pingat emas. tapi, sukan olimpik masih lama lagi. Macam-macam boleh terjadi.

Tumpuan kini lebih kepada Micheal Phelsps yang telah pun memenangi pingat emas dan sudah berjaya memecahkan rekod dunia. Malah, highlight kepadanya akan lebih kerana cita-citanya yang mahu mendapatkan 8 pingat emas dalam kejohanan olimpik kali ini.

Selain memberikan tumpuan kepada atlet yang sememangnya handal dan terkenal, tidak ketinggalan juga kepada atlet Malaysia, aku juga memberikan tumpuan kepada atlet yang kurang ternama, tetapi boleh tahan hebatnya (dan juga cantik... Ini khusus kepada atlet perempuanlah ya?)

Kali ini, tumpuan aku kepada Penjaga Gol pasukan Bola Sepak Wanita Amerika Syarikat, Hope Solo.

Biodata

Nama : Hope Amelia Solo
D.O.B : 30 Julai 1981
Asal : Richland, Washington, USA
Tinggi: 1.75 meter








Bukanlah aku berminat dengan dia kerana dia agak cantik, tetapi ketangkasan Hope Solo ini yang membuatkan aku agak memberikan tumpuan kepadanya. Kalau mahu di kira cantik, cantik dan comel lagi gimnas-ginmas dari Romania ataupun seorang pemain bola keranjang wanita Sepanyol yang aku tidak tahu namanya itu.

Ketangkasan Solo semasa perlawan menetang Norway dan Jepun tempoh hari membuatkan aku agak kagum dengan dia. Bukanlah aku mahu mengecilkan bakat pemain tempatan, tetapi aku rasa yang penjaga gol kebangsaan Malaysia (Skuad Lelaki) pun tidak setangkas minah ni.

Aku dengar cerita, Dollah Salleh mahu cari penjaga gol baru. Bolehlah ambil Hope Solo jadi penjaga gol Selangor. Lupa pulak, tahun depan dah tak boleh ambil pemain import. Makin jahanam Liga Malaysia ni.

Aku dah update episod baru untuk Tears Don't Fall

Kamis, 07 Agustus 2008

PERKARA PALING BODOH YANG PERNAH DI BUAT DALAM HIDUP

Sudah agak lama aku tidak menaip entri baru di dalam blog ini. Malah, ini merupakan entri pertama dalam bulan ogos ni.

Bukan aku tak nak malas nak menulis, tapi aku amat sibuk dengan beberapa perkara yang menimpa aku sejak kebelakangan ini.

Ok. Lupakan itu semua. Kita start dengan entri baru aku.

Entri ini agak pendek juga. Untuk membincangkan tentang satu perkara yang simple jek.

Semasa aku mahu pulang ke Segamat dari Batu Pahat, aku terdengar perbualan 2 orang sahabat yang dudk di depan aku di dalam bas ekspress.

Mereka berbual dengan perlahan tapi tak tahu la kenapa, tajam pulak telinga aku hari tu.

Kepada adik-adik sekalian, jangan suka curi dengar perbualan orang ye? Tapi sekali sekala tak pe tau?

Tajuk perbualan mereka ialah. "Perkara paling bodoh yang pernah di buat dalam hidup"

Pemuda 1: Aku rasa perkara paling bodoh aku pernah buat ialah aku tipu mak bapak aku yang result PMR aku dapat 8A.

Pemuda 2: Ye ke?

Pemuda 1: Ha'ah. Seminggu lepas tu. Kantoi lak result aku tu. Mampus aku kena libas dengan bapak aku.

Pendapat aku: Ok. Perbuatan pemuda ini memang sangat-sangat bodoh.

Jadi aku pun mula berfikir sendirian, apa perkara paling bodoh pernah aku buat di dalam dunia ni. Fikir punya fikir, sekali aku tertidur la pulak.

Akhirnya, sebelum aku tidur malam semalam aku teringat satu perjanjian syaitan yang aku buat dengan sepupu aku.

Aku bertaruh dengan dia yang aku mesti dapat awek sebelum tahun 2008 berakhir. Perjanjian itu di buat pada bulan Jun. Sekarang sudah bulan Ogos. Masa kini amat terhad.

Kini aku terfikir, ini memang benda bodoh. Kalau dalam drama atau filem (khusus nya filem Korea yang selalu memfokuskan tema cinta di dalam filem), mesti si Hero akan dapat juga girlfriend pada saat-saat akhir.

Tapi aku? Aku bukan hero filem Korea. Adakah aku berjaya mendapatkan girlfriend di saat-saat akhir nanti?

Apa kata kalau kamu semua berkongsi perbuatan kurang bijak anda bersama-sama. Dan cuba klasifikasikan perjanjian aku dengan sepupu aku ini. Adakah pada tahap bodoh biasa-biasa atau bodoh amat?

Akhir kata, siapa-siapa yang sudi jadi awek kontrak dengan aku. Start awal tahun depan, kita declare putus. Macam kahwin kontrak pula. Teringat cerita Full House

Oh ya. Hari ini 8 Ogos 2008 (080808), bermulanya Sukan Olimpik Beijing. Berikan sokongan penuh kepada Atlet negara. Mari kita tengok siapa dapat bawa balik RM 1 juta.

Aku dah update episod baru di Tears Don't Fall