Rabu, 16 Juli 2008

TENTANG AKU

Sebenarnya, tiada apa yang aku nak coretkan di entri kali ini. Cuma aku ingin menulis sesuatu tentang diri ku.

Bukanlah aku mahu bercerita tentang diri aku secara mendalam. Cuma aku mahu coretkan apa yang aku lakukan di alam siber.

1. HANTAR GAMBAR DI DIGITALFHOTOJERITANJIWA

Web ini biasanya menyiarkan gambar yang di hantar oleh pembaca situs ini berdasarkan tema yang di berikan. Jika tema tentang fauna, jadi kenalah hantar gambar fauna. Jika tema mengenai Hari Raya, kenalah hantar yang bertemakan hari raya.

Tema kali ini ialah wajah. Kena hantar yang menunjukkan wajah dan gambar mestilah dalam warna hitam dan putih.

Aku pun mencari gambar dalam simpanan aku. Maka aku terjumpalah aku dengan gambar anak saudara aku ketika menyambut ulang tahun ke-2 nya pada bulan Mac yang lepas.

Setelah aku belek-belek dan aku edit lebih kurang, hasilnya...

Inilah gambarnya. Kemudian, aku pun hantar ke situs tersebut. Selepas 3 hari, akhirnya gambar aku tersiar juga. Tak percaya? Usha kat sini.

2. AKU HANTAR CERPEN AKU KE BLOG KUMPULAN CERPEN

Cendol memberitahu aku yang ada satu blog yang menyiarkan kisah cerpen dan cerpen bersiri. Aku pun try usha dan try hantar cerpen aku yang aku biasa tulis dalam blog aku sendiri di Tears Don't Fall.

Setakat ni, belum ada sangat orang yang komen. Maybe baru lagi kot. Nanti ramai la yang komen kot.

Sekian entri kali ini. terima kasih kerana sanggup membaca entri yang agak sampah ni. kenapa entri ni macma sampah? SEBAB AKU TENGAH TAK DE IDEA!!!!!!!!! Hehehehe.......

Tidak ada komentar:

Posting Komentar