Seperti yang aku tulis di entri yang lepas, aku kini tidak lagi duduk di rumah sewa lama aku, iaitu di 32 Jementah. Jementah boleh di kategorikan kawasan kampung di Segamat.
Kini aku tinggal di Taman Seri Pelangi, berdekatan dengan bandar Segamat.
Semenjak aku tinggal di sini, aku kerap bertukar warong dan gerai semasa makan malam. Tidak semasa di 32 Jementah, pilihan yang ada untuk makan malam ialah warong depan rumah dan juga warong Awe.
Di sini, setiap malam aku dan ABC akan makan di warong yang berlainan setiap malam.
"Duduk bandar ni minda terbuka sikit," kata ABC sambil gelak-gelak. Mungkin cuma kami yang tidak mahu merayap untuk mencari makan malam dahulu kerana sebenarnya banyak juga warong di sekitar Jementah, cuma malas mahu ke sana.
Ok. Kini aku ingin bercerita sikit tentang pengalaman aku di rumah baru. Semasa aku sedang mengemas, benda partama yang aku nampak di dalam bilik ialah buku ini:
Buku tafsir mimpi. Maaf. Ensiklopedia Tafsir Mimpi. Aku tidak pasti kepunyaan siapa. Mungkin kepunyaan Yan. Sedikit perbualan aku dengan housemate ku:
Aku: Buku apa ni, Yan?
Sufian (Yan): Ha!! Ni buku tafsir mimpi.
Aku: Boleh tafsir mimpi la ni?
Yan: Mesti la boleh.
Aku: Kalau aku mimpi "main" dengan pompuan, dia boleh tafsir tak?
Yan: Tak boleh la. Ni dia tafsir mimpi yang elok-elok je.
Aku: Oh... Ye ke?
Yan: Tapi aku dengar cite, kalau kau mimpi "main" dengan pompuan, itu maksudnya jodoh kau jauh dengan pompuan tu.
Aku: Jauh?
Yan: Kira tak de jodoh la dengan pompuan tu.
Aku: Ooohh...
Nasib baik aku belum pernah mimpi "main" dengan Raja Farah, Fazura, Leah Dizon, Maria Sharapova dan lain-lain lagi..... Kira ada jodoh la aku dengan perempuan-perempuan ni.... Hehehehe........
Pesanan dari aku: Mimpi itu cuma mainan tidur.
Pesanan dari mak aku: Nak tidur jangan lupa basuh kaki dan baca Bismillah 21 kali.
Aku dah update episod baru untuk cerpen kat Tears Don't Fall.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar