Rabu, 02 Juli 2008

AKU KEMBALI DAN MENGHILANG LAGI

Assalammualaikum dan hello buat semua. Sudah agak lama aku tidak mengupdate blog ini dan mungkin ada yang fikir aku sudah berhenti memblog.

TIDAK!!!! Aku masih cintakan dunia blogging ini.

Di waktu cuti ini aku agak sibuk. Dicampur dengan ketiadaan talian internet menyebabkan aku agak sukar mahu mengupdate blog sekarang ni.

Ok. First of all, ramalan aku bahawa Spain bakal johan EURO tepat sekali. Walaupun Torres gagal menyinar, tapi gol kemenangan beliau semasa final cukup untuk menaikkan status bintangnya. Go Torres.

Nasib baik pasukan Portugay... Err... Portugal tak menang. Tak delah aku sakit mata tengok reaksi muka berlebihan Gay Portugal iaitu Christiano Ronaldo tu.

Bercerita tentang EURO, aku mahu mengkisahkan sebuah kisah renungan kepada kamu semua.

Tidak lama dulu, dunia di kejutkan dengan filem pendek bertajuk Fitna yang terang terang menghina agama islam sebagai agama pengganas. Filem pendek itu adalah hasil idea Geert Wilders, Ahli Parlimen Belanda.

Masa tu, kecoh la rakyat Malaysia memboikot semua produk yang datang dari Belanda. Boikot Belanda siap pakai baju tertera "ANTI BELANDA", "SAY NO TO HOLLAND" dan banyak lagi lah. Buat demonstrasi jalanan, jumpa kedutaan Belanda di Malaysia dan banyak lagi.

Bagus semangat yang di tunjukkan oleh rakyat Malaysia ni. Tapi....

Semasa EURO 2008 rancak berlangsung, banyak juga rakyat Malaysia yang menyokong Holland. Mana semangat yang mereka tunjukkan sebelum ini? Mana Anti Belanda? Mana Boikot Belanda?

Betul kata-kata Dr. M, Melayu mudah lupa. Melayu memang alpa. Tapi bagi aku, melayu bukan mudah lupa, cuma hilang ingatan kot? Entah la.....

Pengajarannya, jangan suka-suka nak boikot orang kalau pendirian tak kuat dan akhirnya menyokong orang tu pulak. What a waste....

Ok, pemberitahuan kepada kamu semua. Mulai sekarang, aku telah kehilangan talian internet. Dari itu, aku akan jarang mengepos entri ke blog ini. Tetapi aku mungkin tidak meninggalkan komen di blog kamu. Tapi tidak bererti aku tidak melawat blog kamu.

Maklumlah, talian internet di Siber Kafe memang lembab, jadi untuk meninggalkan komen agak sukar. Tapi kalau boleh, aku akan komen juga blog kamu. Harap terus menyokong aku di sini. Gambate!!!!

Aku dah update episod baru Kisah Cinta di Tears Dont Fall.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar