Semalam pagi, aku ada exam. Paper Strategic Marketing Management. Paper yang agak susah juga. Tapi rasanya aku boleh lulus sebab carry mark yang agak cemerlang.
Waktu petang semalam akan aku penuhi dengan aktiviti tidur dengan senang hatinya. Tapi niat tersebut terbatal kerana mata aku sangat degil dan memaksa aku bermain Championship Manager.
Aku baring di atas katil dan lap top berada di tepi aku. Katil aku tu agak kecik, jadi aku terpaksa bersempit sedikit.
Sekitar pukul 5:30 petang, mata aku mula rasa berat. Tiba-tiba kawan aku telefon. Kawan lama.
Aku dengan girangnya menjawab panggilan tersebut. Aku membuka cermin mata ku dan terus baring. Berbual sambil baring lah konon nya...
Woi, bangun. Lama gila kau tidur ni.
Terdengar suara Pujam mengejutkan aku. What??? Apsal dah gelap ni? Aku tengok jam di hand phone aku. Pukul 9:30 malam???
Mak aih. Aku boleh tertidur lak masa bergayut. Betul-betul di luar dugaan. Apatah lagi aku tak ingat sepatah haram topik perbualan aku dengan kawan aku tu.
Yang lebih best, lap top yang ada kat tepi aku ni, nasib baik tak jatuh ke bawah.
Just my luck...
Pagi tadi, kawan aku tu SMS aku:
Kalau nak tidur, tak payah la angkat phone kalau aku call... Siot betul lu ni...
HAHA... Sorry. Tak sengaja...
Aku dah update episod baru Kisah Cinta kat Tears Don't Fall.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar