Senin, 12 Mei 2008

INAI DI JARI

Kalau kamu semua ingat (atau baca), dulu aku ada menulis entri tentang kawan sekelas aku semasa di Politeknik Merlimau dulu yang bertunang, Kalau tak baca, baca yang ini dan yang ini.

Pada hari Ahad yang lepas, 11 Mei 2008, kawan aku yang seorang ni, Mohd Alhafiz bin Abdullah telah selamat bersanding di satu majlis yang agak meriah juga.

Saudara Hafiz ni bernikah pada hari Jumaat (10 Mei 2008), bersanding di rumah perempuan pada hari Sabtu dan bersanding di rumah pihak lelaki pada hari Ahad. Rumah dekat-dekat, senang la kan.

Apa yang menariknya ialah, aku berjaya berjumpa balik dengan member satu rumah sewa dulu yang dah lama gila tak jumpa. Bukan setakat member satu rumah je, ada jugak member-member satu batch yang datang ke majlis tersebut.

Ok. Korang usha sikit gambar kat bawah ni. Gambar low kualiti. Maklumlah, ambik pakai handphone je.

Ape bende la yang si hafiz ni cakap kat pengapit dia tu.

Muka pengantin yang cuak. Hahaha...
Makan beradab kampung stail. Makan atas lantai je beb. Baru stail.

Terima kasih kepada Alhafiz dan keluarga yang melayan kami dengan baik semasa dari majlis pertunangan hingga la ke majlis perkahwinan. Semoga Hafiz dan Yani berkekalan jodohnya hingga hujung nyawa.

Kepada kawan-kawan yang hadir, Yua, Pejal, Jimmy, Hebat, Jufri, Zul, seronok beb jumpa korang. Walaupun kejap tapi riuh majlis tu, terutamanya Hebat yang riuh gila.

Semoga berjumpa dalam majlis reunion yang terdekat.

Aku baru update Tears Don't Fall.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar