Kamis, 22 Mei 2008

BERBUAL TENTANG CINTA SEWAKTU CUTI PART 1

Aku lihat, di Summit Batu Pahat, amoi-amoi berskirt pendek telah kembali berkeliaran di sini. Semenjak kewujudan Batu Pahat Mall, kesemua mereka berpindah untuk hang out di BP Mall.

Tapi sekarang mereka sudah kembali ke Summit. Tidak semua kembali ke Summit, tapi separuh dari mereka. Sekarang mereka telah berpecah dan tidak bertumpu pada suatu tempat sahaja.

Ok, ini bukan tajuk perbualan yang ingin aku cerita disini. Aku tahu, tidak baik memandang amoi berskirt pendek. Lagi-lagi pada bulan puasa.

Ok. Cut the crap. Semasa berjalan di Summit, aku berjumpa dengan kawan lama ku. Kita panggil dia John (bukan nama sebenar), maka aku berbual dengan beliau.

John pernah ber-couple dengan seorang awek bernama Temah (of course, bukan nama sebenar juga). 2 tahun lepas, perhubungan John dan Temah putus. Dan kemudian, aku tidak lagi berjumpa dengan John. Yang aku tahu, John masih lagi sedaya upaya cuba memenangi hati Temah walaupun Temah sudah mempunyai balak lain.

Jadi dengan pantas aku bertanya kepada John kisah cubaan merampas hati Temah kembali itu berjaya atau tidak.

Aku: Kau dengan Temah macam mana?

John: Oh. Aku dah couple balik dengan Temah 2 bulan lepas.

Aku: Fulawei... Hebat lu mat. Dapat jugak kau Temah tu ye?

John: Tapi...

Aku: Tapi apa?

John: Lepas bersusah payah aku tackle dia, bila dah dapat ni, aku mula rasa tawar hati pulak dekat dia.

Aku: Maksud kau?

John: Bila dah dapat dia, aku rasa bosan pulak. Tiba-tiba aku rasa tak nak couple dengan dia. Macam mana ni...?

Aku tak jawab soalan tu. Biarkan ia tergantung kerana aku sendiri tidak pasti dengan jawapan untuk soalan ini.

Cinta memang memeningkan kepala.....

Aku dah update Tears Don't Fall.

-----------------------------------------------------------

Sudah sampai masanya aku hendak pergi bercuti.

Semasa kamu semua membaca entri ini, mungkin aku sedang menaiki bas menuju ke kampung ku di Kuala Lumpur (kalau kamu baca entri ni masa pukul 3:30 petang ke atas hari jumaat la). Hari sabtu aku akan ke Terengganu. Family holiday trip.

Kepada rakan-rakan serumah. Maaf. Aku tidak dapat sertai kamu untuk membuat come back pergi ke gig semula. Lain kali ya?

Oh ya. Aku update lambat sikit ya? Harap bersabar

Tidak ada komentar:

Posting Komentar