Selasa, 27 Mei 2008

BERBUAL TENTANG CINTA SEWAKTU CUTI PART 2

Seorang teman aku menelefon aku. Dia sudah kebosanan kerana cuti semester. Kalau masa belajar, selalu terfikir bila mahu cuti. Bila sudah cuti, selalu terfikir bila semester baru akan bermula.

Kami berbual dengan panjang lebar. Tentang kisah lama semasa belajar di Politeknik Merlimau, sehinggalah soalan ini terkeluar dari mulutnya.

Kawan aku (KA): Aku dengar kau dah clash dengan Fara Fauzana (Kamu patut boleh fikir yang ini bukan nama sebenarkan?)

Aku (A): Ha'ah... Dah lama dah aku clash.

KA: Oohh... Habis, sape awek kau yang baru sekarang?

A: Aku single je sekarang ni.

KA: Kenapa?

A: Aku rasa aku nak rilex kan diri aku dari cinta. Tu yang malas nak couple-couple nih...

KA: Ke kau frust sangat ni?

A: Tak lah. Cuma aku malas nak berkomitmen je.

Aku saja jawab begitu. Kenapa? Aku malas nak melayan soalan jenis ini. Nanti melarat-larat panjang lebar pulak berbual tentang hal ini. Nanti kawan aku ni mesti nak bagi aku khidmat nasihat secara percuma. Jadi dengan jawapan yang aku beri, aku berharap dia akan berhenti bertanya tentang hal tersebut.

KA: Betul ke kau ni?

A: Betul. Kenapa?

KA: Aku baru nak kenalkan kau dengan cousin aku, Leha tu (Ya. Masih bukan nama sebenar). Dia baru clash dengan balak dia tu. Tapi kalau kau dah cakap macam tu, tak pe lah.

Ya. Aku kenal siapa Leha tu dan dia memang cantik dan hot. Dan aku amat menyesali jawapan aku itu....

Moral of the story: Sebelum menjawab sesuatu soalan, fikir masak-masak kepada jawapan yang kamu hendak beri. Terlajak perahu boleh di undur. Terlajak roller coaster, maut semuanya.

Aku dah update Tears Don't Fall.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar