Kamis, 26 Juli 2007

KAWAN AKU ACCIDENT

Kawan aku yang terkenal dengan nama nickname nye Lula kemalangan tengahari tadi berdekatan Batu Anam, Segamat. Kawan aku tu memandu kereta Perodua Kelisa bersama awek tercinta nya, Naz. Mereka dalam perjalanan hendak ke rumah Lula di Port Dickson. Syukur kepada allah, mereka tidak mengalami kecederaan serius. Lula tak injured langsung, sementara Naz pulak cuma bengkak lutut je. Sikit je.

Kereta yang terlibat ialah Honda City yang di pandu oleh seorang amoi yang aku tak tahu namanya sebab aku tak sempat nak interview dia. Dia dalam keadaan trauma, menggeletar dia, beb. Mesti lepas ni dia pun seram je nak bawal kereta.

Kejadian tersebut berlaku pada lebih kurang jam 1:50 tengahari. Alhamdulillah semua selamat. Semasa aku menaip post ni, Lula sudah pun selamat sampai ke rumahnya di Port Dickson, sebab mak Lula datang sini dan mengambil dia pulang ke rumah.

Ni bukan kereta Lula, ni kereta amoi tu. terhumban ke longkang
Keadaan kereta Kelisa Lula dari pandangan sisi. Agak parah jugak la
Ni dari pandangan depan
Face to face
kereta amoi tu dari pandangan sisi
Lula (pakai cap), tengah bercerita pada kawan-kawan tentang kejadian tersebut

Tidak ada komentar:

Posting Komentar