Hari ini hujan lagi di Segamat. Dari pagi sampai la petang ni. Tapi hujan tu rahmat, so tak boleh complaint la kan. Tapi tu bukan main point di sini. Hari ini hari isnin. Hari di mana UiTM Segamat menggelarkan sebagai Hari Korporat dimana pelajar lelaki perlu memakai baju kemeja siap dengan bertali leher manakala perempuan perlu memakai baju kurung.
Hari isnin juga merupakan hari paling sibuk dalam jadual belajar aku. Kelas aku bermula seawal pukul 8 - 10 pagi dengan subjek Hubungan Etnik, pukul 10 - 12 tengahari Managerial Economic, pukul 4-6 petang Sales Management dan 8 - 10 malam Global Retailing. Banyak sungguh kelas aku.
Tapi apa terjadi hari ni???
Bila aku sampai kelas pagi tadi (agak lewat aku sampai, dalam pukul 8:15 pagi), aku tengok classmate aku tengah lepak-lepak luar kelas. Bila aku tanya, mereka jawab Ustaz Nawawi tak datang. Kawan aku, Kulon, ajak lepak dan makan kat bilik dia di SR. Dari mulut Kulon jugak aku dapat berita yang kelas malam aku hari ni iaitu Global Retailing batal. Tak de kelas Global Retailing untuk minggu ini. YYYYAAAHHHHOOOO!!!!
Aku pergi kelas Managerial Economic pada pukul 10 pagi. Kelas ada hari ni setelah Encik Hassan tak menunjukkan batang hidung selasa lepas. Kami semua di sambut dengan kuiz yang agak sukar. Bukan agak la, memang sukar pun. Sorang pun tak dapat jawab soalan yang kedua tu. Balik pukul 12 tengahari.
Bila sampai ke rumah aku terus tidur. Sedapnya tidur. Maklumlah, hari hujan. Sejuk je. Pukul 3:30 petang, aku gagahkan diri untuk bangun dan ke kelas sebab memikirkan aku dah pun ponteng kelas dia sekali. Setiba nya aku kat UiTM classmate aku dah nak balik dah. Ciss!!! Kelas batal. Kenapa la Encik Isa tak bagitahu awal-awal. kalau tak mesti aku belum bangun lagi. Aku rasa Encik Isa ni belum pernah buat kelas hari Isnin. Batal je memanjang.
So, akhirnya hari aku yang paling sibuk menjadi hari paling rileks. Kan bagus hari-hari macam ni....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar