Yup... Hari ni 25 julai dan ini bermakna genaplah 23 tahun aku bernafas kat bumi ciptaan Allah S.W.T. ini. Tak sangka aku dah 23 tahun.
Ramai jugak orang yang wish kat aku melalui SMS, ada yang call aku, ada yang wish aku kat blog polimers, ada yang wish kat friendster dan ada jugak yang wish aku dekat myspace. Terima kasih banyak-banyak. Dan ada jugak orang yang aku tak sangka-sangka wish dekat aku. Aku ingat dia dah tak nak bercakap dan berkawan dengan aku lagi. Tak sangka dia wish jugak. Thank you... You know who you are. Saya menghargai wish tersebut.
Aku harap apa yang aku impikan akan menjadi kenyataan tahun ini.
Amin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar