Hari ini 1 Ogos. Semua rakyat Malaysia tahu bulan Ogos ialah bulan kemerdekaan di Malaysia. Kamu tak tahu? Tukar warganegara kamu jadi warganegara Zimbabwe dan duduk sana.
Ok. Sekarang aku belum ada mood nak cerita pasal kemerdekaan. Tapi mungkin aku akan sedikit bersikap patriotik dan akan menyingkap sejarah kemerdekaan Malaysia. Mungkin aku akan lebih banyak bercerita tentang sejarah Malaysia dalam post akan datang.
Ape? korang tak suka. AH!!! Blog aku, suka aku la ape aku nak tulis.
Semalam, pukul 12:02 pagi, aku dapat SMS bertulis lebih kurang macam ni:
Happy Friendship Day. Whatever happen, will be friend forever.
SMS lain pun berbunyi lebih kurang macam tu jugaklah. Semua pasal friendship day. Sampai sekarang ni, aku dah dapat belasan SMS pasal Friendship Day ni.
Betul ke hari ni Friendship Day? Aku pernah dengar tapi tak tahu bila. Aku pun cari la dekat internet. Aku dapat info yang Friendship Day ni merupakan hari Ahad pertama dalam bulan Ogos. Tapi ada sesetengah negara ambil 1 Ogos sebagai Friendship Day. Malaysia sambut ke bende alah ni? Entah la... Kalau sambut, kena guna nama Hari Persahabatan. Maklumlah, Kempen Cintai Bahasa Malaysia.....
Tak kira lah bila, terima kasih kepada kawan-kawan yang wish aku. Semoga persahabatan kita berkekalan... Amin....
Info tentang Friendship Day, Klik Sini...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar