Tampilkan postingan dengan label From My Mind. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label From My Mind. Tampilkan semua postingan

Jumat, 23 Desember 2011

Bercuti

Semasa zaman aku bersekolah atau melanjutkan pelaran di Politeknik dan UiTM, pergi bercuti adalah perkara yang dinanti-nantikan.

Tapi bila sudah masuk zaman pekerjaan, pergi bercuti adalah saat yang lebih mengujakan, seperti ingin menyambut Hari Raya Aidilfitri pula.

Jadi, aku ingin bercuti. Lebih bermakna bila cuti kali ini akan mengumpulkan kesemua ahli keluarga aku.

Jadi, tiada update entri dalam beberapa hari ini. Aku betul-betul mahu bercuti.


Jumat, 16 Desember 2011

Aku, Tauke Handphone & Amoi Cun

Dekat tempat kerja aku, ada satu kedai hand phone. Bukan kedai, tapi sebenarnya booth hand phone.

Tauke punya booth hand phone tu merupakan seorang lelaki berbangsa Cina berumur dalam lingkungan 30'an. Tapi dia ada seorang pekerja, seorang amoi yang cun.

Amoi ni memang cun. Amoi ni tak seksi pun. Amoi ni tak perlu seksi untuk mendapatkan perhatian orang. Muka dia sudah cukup buat lelaki rasa tak tentu arah.

Tak macam amoi yang ada dekat booth hand phone dekat sebelah. Seksi betul. Tapi muka pecah habis. Mungkin dia berpakaian seksi untuk cover muka dia. Mungkin.

Ok. Berbalik kepada amoi yang cun itu.

Maka, selalulah aku lalu lalang dekat booth tersebut. Tapi memang kerja aku memang selalu kena lalu lalang dekat situ. Jadi tak lah nampak obvious sangat aku usha amoi tersebut.

Selain itu, aku juga selalu beli top-up dekat booth hand phone amoi itu. Dapatlah aku berbual-bual ringan dengan amoi tersebut. Aku memang tak ambil port sangat pasal tauke dia.

Rabu lepas, aku terserempak dengan tauke booth hand phone tersebut. Dia tengah naik wheelchair, atau bahasa Awie dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah, Wilca.

"Apa hal tauke? Tiba-tiba sudah naik wheelchair?" Tanya aku.

"Haiya. Gua accident la."

"Bila lu accident, tauke?"

"Sudah lama mmaa.... Sudah 3 bulan gua accident. 2 bulan gua tak boleh bangun. Ini baru sebulan gua gerak guna wheelchair. Tak kan lu tak perasaan gua naik ini wheelchair? Sudah sebulan gua naik benda ini."

Tauke... Tauke...

Aku selalu lalu-lalang dekat booth ni sebab nak usha pekerja kau tu. Bukan nak ambik tahu hal kau.

Tauke.. Tauke... 

Senin, 12 Desember 2011

Tanggapan Negatif Manusia

Manusia tidak pernah lagi dari berpandangan negatif kepada sesuatu atau seseorang. Bila nampak orang dress-up pelik sikit, confirm akan beranggapan benda yang pelik.

Tak payah tengok benda pelik, kadang-kadang kalau nampak benda yang biasa pun boleh bertanggapan yang pelik.

Semasa di universiti/kolej/politeknik dan mana-mana IPTA/S, kalau selalu sangat nampak dua orang yang  pergi kemana-mana mesti nak berkepit berdua, mesti akan keluar tanggapan yang bukan-bukan tentang pasangan tersebut. Lagi-lagi kalau pasangan tersebut nampak tidak sepadan.

Berikut adalah beberapa tanggapan negatif yang selalu didengar apabila ternampak pasangan-pasangan yang selalu kelihatan bersama:

(Aku menulis bukan setakat pasangan antara lelaki dan perempuan sahaja. Tapi juga aku variasikan sedikit)


1. Lelaki handsome bersama perempuan hodoh

Tanggapan negatif manusia:

"Mesti perempuan tu kaya. Kalau tak, tak kan lah lelaki handsome macam dia tu nak dengan perempuan hodoh tu."

"Mesti perempuan tu dah bomohkan lelaki tu. Tak pun dah kena nasi kangkang. Tak kan lah lelaki tu buta nak perempuan yang hodoh macam tu."


2. Perempuan cantik bersama lelaki hodoh

Tanggapan negatif manusia:

"Lelaki tu confirm lah kaya. Kalau tidak tak kan lah minah yang cun tu boleh nak tergedik dengan dia."

"Poket kembung, perempuan mesti nak berkepit punya lah."


"Perempuan murah. Dasar pandang lelaki berduit aje."


3. Lelaki hodoh bersama lelaki hodoh

Tanggapan negatif manusia:

"Dua-dua jenis tak de awek ni. Forever alone."


4. Perempuan hodoh bersama perempuan hodoh

Tanggapan negatif manusia:

"Lesbian diorang ni. Nak cari balak, tak dapat. Dapat sesama jenis pun jadi lah. Hah, tengok tu! Diorang jalan pegang tangan tu! Hah! Kan betul aku kata dia lesbian."


5. Lelaki hodoh bersama lelaki handsome

Tanggapan negatif manusia:

"Lelaki hodoh tu nak tumpang glamour lelaki tu la. Ya la. Lelaki tu handsome, popular kat kolej. Dapat la kenal dengan perempuan-perempuan hot kalau kawan dengan lelaki handsome ni."


6. Perempuan hodoh bersama perempuan cantik

Tanggapan negatif manusia:

"Kesian perempuan hodoh tu. Mesti dia jadi balaci si perempuan cantik tu. Perempuan cantik tu mesti cari perempuan hodoh nak jadikan balaci dia. Dasar bitch!"


7. Perempuan cantik bersama perempuan cantik

Tanggapan negatif manusia:

"Mesti diorang ni jenis bitch. Dua-dua perasan cantik. Asyik jalan berdua je. Mana diorang nak jalan dengan perempuan yang tak cantik. Benci nyew!!"

Ataupun satu tanggapan yang sedikit berlainan seperti:

"Sebenarnya diorang bermusuhan tu. Perempuan cantik mana boleh berkawan berdua. Diorang mesti nak berebut dapat title perempuan paling hot kat kolej. Kenapa diorang selalu jalan berdua walaupun musuh? Well, pernah dengar pepatah omputih tak yang berbunyi 'Keep your friends close, keep your enemies closer'? Hah, itu lah sebab mereka asyik berdua je.


8. Lelaki handsome bersama lelaki handsome

Tanggapan negatif manusia:

"Confirm gay ni! Confirm gay! Muka dua-dua dah la jambu. Rambut pun dua-dua style Korea."

====================

Moral of the story:

Jangan selalu sangat beranggapan negatif  tanpa soal siasat. Tak semestinya yang muka cantik kena berpasangan dengan muka cantik sahaja.

Dan untuk mengelakkan dari tanggapan negatif orang sekitar, jalanlah sorang-sorang. Confirm orang tak kata apa.

Tapi nanti kena chop kera sumbang ataupun kena pulau oleh masyarakat sekeliling pulak nanti.

Ah! Lantaklah orang nak kata apa. Janji kita rasa bahagia. Ye tak?

Jumat, 09 Desember 2011

Jangan Kacau Pemain Bola Sepak Malaysia

Semenjak Malaysia memenangi Piala AFF tahun lepas, ramai yang mula memberikan perhatian kepada skuad bola sepak Malaysia.

Dulu, berapa kerat sangat yang ambil port dengan liga bola sepak negara kita. Sampai aku pernah tulis entri ini pada tahun 2010, semasa ini Malaysia belum lagi memenangi Piala AFF 2010 dan rakyat Malaysia belum lagi ambil port pasal liga Malaysia dan mengaku diri mereka ultras lagi.

Tapi sekarang berbeza. Semua rakyat Malaysia sudah kenal semua pemain Malaysia. Seakan menjadi satu dosa apabila ada rakyat Malaysia yang tidak mengenali pemain bola sepak Malaysia.

Kemenangan Piala AFF pada tahun 2010 ditambah pula kejayaan mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011 di Jakarta menambahkan lagi minat rakyat terhadap skuad Harimau Malaya ini, sehingga mereka muncul di di rancangan talk show Stadium Angkasa di TV1 dan  Majalah 3 di TV3.

Dalam sekelip mata, pemain Harimau Malaya menjadi tumpuan peminat, dan tidak terelak dari lensa wartawan. Bukan setakat wartawan sukan, tapi juga wartawan hiburan.

Pemain Malaysia sudah menjadi selebrit, sudah jadi artis. Dahulu mereka muncul hanya dalam bahagian belakang akhbar, iaitu bahagian sukan. Kini mereka sudah muncul dalam bahagian B-Pop dan Pancaindera. Mereka juga sudah muncul dalam majalah hiburan seperti Mangga dan URTV. Mungkin menunggu masa untuk muncul di Melodi pula.

Khairul Fahmi Che Mat, atau terkenal dengan nama gelaran Apex, yang menjadi tumpuan selepas kejayaan Malaysia di Piala AFF.


Khairul Fahmi Che Mat

Kemenangan beliau membuatkan hubungan cinta Apex dan kekasihnya ketika itu, Elia, menjadi tumpuan ramai. Blog Elia, Jejari Runcing, mendapat trafik yang tinggi. Elia banyak menceritakan kisah cinta mereka di dalam blog beliau.




Mereka akhirnya bertunang. Tetapi disangkakan panas sehingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Pertunangan mereka putus selepas media masa menyiarkan gambar Apex jalan berpegangan tangan dengan Dahlia Tek.




Kes putus tunang + kecurangan Apex menjadi berita hangat di akhbar. Terutamanya Metro yang meletakkan berita ini di muka depan akhbar untuk beberapa hari berturut-turut.

Pendedahan berita ini di akhbar sedikit sebanyak menjadikan satu tekanan buat Apex. Blog hiburan juga sudah memuatkan entri tentang berita ini.

Keadaan semakin bertambah buruk buat Apex apabila gambar beliau dan Shida Harmi pula tersebar di blog hiburan, dan seterusnya keluar di akhbar pula apabila wartawan akhbar mencilok gambar dan berita tersebut kemudian claim mereka dapat berita tersebut dari 'sumber yang boleh dipercayai.'


Amboi.. Cleavage dia...
Ini bukan soal siapa salah dan siapa yang betul. Ini bukan kisah nak tahu Apex yang betul atau Apex yang curang. Persoalannya, kenapa kisah peribadi mereka menjadi bahan perbualan di akhbar? Yang paling pelik, kenapa dimasukkan berita tersebut dalam bahagian hiburan?

Apex adalah pemain bola sepak. Bukannya artis. Kalau artis sekalipun, aku tak rasa menjual kisah peribadi orang di akhbar adalah perbuatan yang betul. Cuba kalau kisah peribadi kita keluar di akhbar. pasti kita juga tidak sukakan?

Tekanan dari media menyebabkan Apex kita sedang berkira-kira untuk mengambil keputusan untuk bersara dari pasukan kebangsaan. Dan kalau dia bersara, aku yakin akhbar akan menyalahkan dia pula kerana bersara awal.

Dan kini, ada satu nama baru sudah menjadi bualan ramai dan media, Nazmi Faiz Mansor.


Kegilaan gadis bawah umur yang
terbaru. Bakal membuat saham K-Pop
jatuh

Semenjak persembahan cemerlang beliau ketika beraksi di Sukan SEA 2011 dan gol cantik menentang Bahrain, nama Nazmi menjadi bualan ramai.

Ramailah gadis-gadis bawah umur mula meletakkan gambar Nazmi di profile picture mereka di Facebook. Ramai yang buat entri pasal Nazmi. ramai adik-adik yang masih bersekolah mula memasang angan-angan mahu menjadi girlfriend Nazmi, kerana Nazmi pun baru 17 tahun.

Hasil kegilaan ini, peminat mula mencari segala hal peribadi Nazmi di internet. Hasilnya, terdedahlah identiti girlfriend Nazmi, Nadia Ismael.

Nadia Ismael, bakal menjadi musuh kepada budak-budak lain
yang berangan nak jadi awek Nazmi Faiz

Bila sudah popular, pastilah akhbar dan blog hiburan tak kan melepaskan peluang untuk mncari berita, atau mencipta berita untuk melariskan akhbar mereka. Akhirnya, keluar berita yang kononnya ada beberapa pemain bola dikaitkan dengan Neelofa. Yang lebih mengejutkan, Nazmi adalah salah seorang daripada pemain bola yang dikaitkan.

Nazmi baru berumur 17 tahun. Masih mentah. Belum matang lagi. Jangan berikan tekanan seperti apa yang diterima oleh Apex. Ada kemungkinan Nazmi akan burn-out dengan gosip-gosip liar dan akan tenggelam entah ke mana.

Diharap pihak media, akhbar & blog hiburan, berhenti melaporkan kes peribadi pemain di akhbar. Pemain Malaysia baru mula hendak bertatih. Bukan macam JohnTerry. Kisah skandal seks keluar surat khabar pun steady lagi main bola.

Pemain Malaysia masih mentah, belum biasa menerima tekanan dari media. Jadi diharap tak payah pressure mereka dengan kisah yang bukan-bukan. Samada mereka nak bercinta dengan artis, bertunang, putus tunang, bersosial atau pergi memancing, itu hal peribadi mereka.

Mereka bukan artis. Tak perlu berikan mereka tekanan dengan gossip liar. Biarkan mereka beraksi di padang. Jangan letak muka mereka dibahagian hiburan. Jangan 'Mangga' dan 'URTV' kan pemain bola sepak Malaysia. Jangan berikan pemain bola sepak Malaysia tekanan yang tidak sepatutnya.

Dan sama juga kepada para peminat. Mohon tak payahlah mahu korek hal peribadi mereka sangat. Biarlah mereka hidup dengan aman dan damai. Dan buat adik-adik yang masih bersekolah, mohan tak payah menggedik konon nak jadi girlfriend Nazmi. Geli aku baca tweet korang dekat Twitter tu.

Biarkan mereka buat kerja mereka, iatu bermain bola mewakili Malaysia. Biarkan hidup peribadi mereka. Tak payah nak kecoh sangat korek rahsia kehidupan mereka. Lantaklah apa mereka nak buat di luar padang, janji mereka berikan yang terbaik ketika menyarung jersi Malaysia.

Sekian. Majulah sukan untuk negara.

Senin, 05 Desember 2011

Aku, Din dan McDonald

Aku ada seorang kawan. Cukuplah aku refer dia sebagai Din dalam entri ini. Dia muda setahun dari aku. Aku kenal dia masa aku bersekolah agama di Sekolah Agama Penggaram.

Din tinggal tak jauh dari rumah aku. Aku selalu juga datang lepas rumah dia. Mak ayah Din kerja, jadi lepas balik dari sekolah dan menunggu sebelum pergi ke sekolah agama (sekolah agama mula pukul 3:30 petang) aku selalu lepak rumah Din.

Rumah Din ada komputer. Itu sebab aku suka lepak rumah dia. Pergi rumah dia, layan game dekat komputer dia. Masa zaman dulu, komputer boleh dikatakan barang yang agak rare. Orang yang betul-betul berduit saja yang ada komputer dekat rumah.

Sekarang, boleh dikatakan setiap rumah ada 2-3 biji komputer dan laptop. Belum campur yang ada iPad sekali.

OK. Cukup sampai di sini cerita pasal komputer Din sebab bukan komputer dia yang aku ingin fokuskan.

Din suka makan McDonald. Ah! Siapa tak suka makan makanan yang tak menyihatkan tu kan? Setiap kali kalau aku makan McDonald dengan Din, dia akan order saiz besar.

Satu hari, dia tanya aku, "Kenapa kau order saiz medium (regular) je. Order la large, baru dapat burger besar."

Aku tergelak. Aku pun terangkan pada dia, "Kalau saiz large, burgernya sama je. Yang besar cuma saiz air dengan french fries je."

Din tak puas hati dengan penerangan aku. Mati-mati dia kata burger dia lagi besar. Bila dapat burger masing-masing, aku bezakan burger aku dengan dia. Sama besar. Dia masih mempertahankan teori dia. Dia kata daging burger dia lagi mampatlah, lagi teballah... Macam-macam lagi alasan.

Aku malas nak bertekak dengan dia. Jadi aku biarkan sahaja dia menang dalam perdebatan tersebut.

Tak lama kemudian, Din pindah ke Kluang. Semenjak itu, aku pun dah lama tak berjumpa dengan Din.

Selepas beberapa belas tahun kemudian, aku terjumpa Din balik..... Dalam Facebook.

Din sekarang tinggal di area Lembah Klang. Senang nak jumpa. Satu hari, Din datang ke tempat aku bekerja. Oleh kerana dia datang masa dekat lunch hour, kami pun terus cari tempat makan.

Din bagi cadangan nak makan dekat McDonald. Aku layankan saja.

Bila sampai giliran kami, aku order set Spicy Chicken McDeluxe, regular size. Aku tak ingat Din punya order, tapi dia order large size.

Selepas kami duduk di meja, Din menanyakan satu soalan yang aku tak sangka dia akan soal pada aku:

"Kenapa tak order large? Kan dapat burger besar sikit nanti."

Astaga! Apa bangang Din ni? Aku ingat umur dah cecah 26 tahun, dia dah tahu beza medium dengan large size ni. Rupanya belum lagi.

Semoga kau mengetahui jawapan yang sebenar satu hari nanti. Amin!

Rabu, 30 November 2011

Aku dan Amoi: Kadangkala Hidup Kita Juga Boleh Jadi Seperti Filem

Pada sesiapa yang sudah membaca blog ini semenjak awal-awal dulu, pasti ada yang pernah tebaca entri berangkai sebanyak 3 episod yang bertajuk "Aku dan Amoi" yang aku tulis sekitar akhir tahun 2009 dan awal 2010.

Pada asalnya, aku ingat meletakkan tajuk "Aku dan Mei: Suatu Ketika Dahulu". Tapi akhirnya kau meringkasnya kepada "Aku dan Amoi" sahaja kerana tajuk asal tersebut sudah macam tajuk drama sejarah yang disiarkan di RTM pula.

Pada sesiapa yang baru membaca blog aku, kamu boleh baca entri-entri tersebut dibawah ini. kalau sesiapa yang sudah baca tapi mahu refresh kembali, juga boleh baca. Klik pada link di bawah untuk baca:




Sudah baca? Bagus. Mari kita teruskan.

Kejadian yang aku tulis ini berlaku 11 tahun yang lepas. Ya! Sebelas tahun! Sduah berlalu lama kisah ini. Aku tuliskan kisah ini hanya kerana aku rasa ingin meluahkan ia di dalam blog.

Dan aku memang kecewa dengan sikap beberapa blogger kaki plagiat. Mereka plagiat cerita aku ini. Mereka copy paste entri aku dan kononnya mereka menyamar yang kisah ini kisah mereka. Babi! Dasar blogger kaki plagiat. 

Bila aku tegur, mereka kata "Eh? Kebetulan kot kisah kita sama." Babi! Kalau sama pun, tak kan 100% sama. Nampak sangat menipunya. Setelah lama aku pressure, akhirnya mereka delete entri tersebut dan hantar private mesagge di Facebook dengan ayat, "Sorry, bro!"

Abah kau "Sorry"!!!!

Ini adalah salah satu sebab kenapa aku benci kaki plagiat. Kau nak plagiat entri aku yang aku tulis pasal bola sepak, wrestling, muzik, filem atau lain-lain... Aku tak kisah sangat (tapi sila minta kebenaran dulu!). Tapi bila kau plagiat entri yang berdasarkan kisah hidup aku, itu sudah cross the line.

OK. Dah jauh melencong.

Dan selepas lebih kurang 2 tahun aku menulis entri tersebut, tiba-tiba ada pula Encik Anonymous memberikan komen seperti di bawah:


Ya! Aku yakin kamu semua tak nampak. Jadi, sila klik pada gambar untuk tumbesaran

Bila aku baca balik komen anonymous ni, aku rasa cemburu dengan dia. Tak sangka dia dapat berjumpa kembali dengan amoi kesayangan dia.

"apa yang pnting,usaha,jgn putus asa. (MUNGKIN MEI SEDANG MENUNGGU KAU,DAN MENANTI KAU,APA PUN KESUDAHANNYA,KAU PERLU MENGETAHUINYA..fighting!!!"

Ayat terakhir dalam komen itu memberikan sedikit semangat kepada aku. Tetapi bila aku fikirkan, ia sudah sebelas tahun berlalu. Sebelas tahun berbeza dengan 4 tahun iaitu tempoh si anonymous itu mencari amoinya kembali.

Sebelas tahun terlalu lama. Mei pun sudah menempuh zaman persekolahan, zaman universiti dan zaman pekerjaan dalam tempoh sebelas tahun itu. Ingat lagikah dia kepada aku? Mungkin aku sahaja yang mengejar bayang-bayangnya sedangkan dia sudah melupakan aku.

Dan pada usia sekarang, iaitu 27 tahun, aku dapat rasakan yang Mei pasti sudah berkahwin. Jadi kalau aku jumpa dia pun, mungkin sudah tidak berguna lagi.

Tak mengapalah. Mungkin sudah ketentuan tuhan bahawa tiada jodoh antara aku dan Mei.

Cuma, bila aku baca komen anonymous ini, penamat kisah cinta beliau ada lebih kurang seperti sebuah filem. dan ini bukan kali pertama aku mendengar kisah cinta happy ending dalam dunia realiti.

Ya! Mungkin kisah hidup kita juga boleh menjadi seperti sebuah filem, yang penamatnya happy ending apabila hero dan heroinnya akhirnya bersatu.

Cuma penamat seperti sebuah filem itu bukan dalam hidup aku.....

P/S: Selamat berbahagia buat Encik Anonymous dan amoi beliau (Suelian Lee/Siti Suhaily)

Rabu, 23 November 2011

Pertahan Pingat Emas Di Sukan SEA 2011, Bola Sepak Malaysia Bakal Kembali Ke Era Kegemilangannya?


Semua rakyat Malaysia tahu yang yang pasukan bola sepak Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan SEA 2011 yang berlangsung di Jakarta dan Palembang pada malam Isnin yang lepas.

Perlawanan yang berlanjutan sehingga ke sepakan penalti memang mendebarkan. Jantung aku berdenyut laju sepanjang perlawanan.

Perlawanan kali ini menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia. Hatta orang yang tidak minat dengan sukan bola sepak seperti kaka ipar aku sendiri pun boleh terpaku melihat perlawanan ini.

Timnas sepak bola Indonesia memberikan tentangan hebat kepada pasukan Harimau Muda kita. Sepakan penalti yang diambil oleh Baddrol Bakhtiar yang berjaya ditepis oleh penjaga gol Indonesia tetapi tetap bergolek masuk ke dalam gol memang satu penutup perlawanan yang epik.

Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi yang sebelum ini dimenangi 2 tahun lepas di Laos. Kali terakhir Malaysia memenangi 2 pingat emas berturut-turut ialah pada Sukan SEA edisi 1977 dan 1979.

Sebelum memenangi pingat emas pada 2009, kali terakhir Malaysia menang pingat emas tersebut ialah 20 tahun yang lepas, pada tahun 1989. Satu tempoh yang begitu lama ditunggu oleh Malaysia untuk memenanginya semula.

Dan jangan lupa yang Malaysia juga merupakan johan Piala AFF pada tahun lepas, juga menundukkan pasukan Indonesia di perlawanan final.

Pencapaian ini merupakan pencapaian terbaik Malaysia dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini. Aku akui, semenjak menjadi peminat bola sepak, inilah detik-detik paling indah menjadi penyokong pasukan bola sepak Malaysia.

Sesiapa yang dilahirkan dalam era 80'an dan 90'an di Malaysia boleh dikatakan antara generasi yang malang kerana tidak dapat melihat kehebatan pasukan bola sepak Malaysia seperti dahulu.

Biasanya, kita hanya mendengar cerita dari ayah-ayah kita yang bercerita bagaimana kehebatan pasukan bola sepak Malaysia yang ada masa itu dibarisi pemain hebat seperti Soh Chin Aun, Santokh Singh, Mokhtar Dahari, Hassan Sani, James Wong, R. Arumugam dan ramai lagi. 

Atau pun cerita dari atok kita tentang kehebatan Raja Bola, Ghani Minhat (aku tak pernah tengok video yang menunjukkan permainan Ghani Minhat kerana RTM jarang menayangkan video perlawanan yang melibatkan Raja Bola ini. Atau memang RTM langsung tak simpan video-video ini di dalam arkib mereka?)

Kita hanya mampu mendengar cerita dari ayah kita bagaimana Malaysia berjaya melayakkan diri dalam pertandingan Olimpik 1972 dan 1980. Aku selalu ingat bagaimana ayah aku bercerita tentang perjalanan pasukan Malaysia semasa Olimpik 1972. 

Ayah aku masih ingat setiap detik kesemua 3 perlawanan Malaysia di Olimpik 1972. Setiap keputusan perlawanan, siapa yang bermain, dan peristiwa yang terjadi dalam setiap perlawanan tersebut telah dihafal oleh ayah aku dan diceritakan dengan penuh perasaan oleh ayah aku.

Untung ayah aku. Ada juga sejarah bola sepak yang boleh dijadikan sebagai kenangan dalam hidupnya. Tapi generasi seperti aku agak malang apabila Malaysia melangkah ke ambang kehancuran selepas Liga Malaysia dilanda peristiwa rasuah secara besar-besaran pada tahun 1994.

Semenjak itu, pasukan bola sepak bagaikan menjadi bahan lawak jenaka. Lebih memalukan bila kita menjadi pasukan wajib yanag akan tersingkir awal dalam kesemua edisi Sukan SEA.

Sehinggalah munculnya skuad Harimau Muda. Sebuah pasukan yang rata-ratanya berusia 23 tahun kebawah. Pasukan ini dibentuk dengan harapan bakal menjadi pemain masa depan buat skuad Malaysia. Pasukan ini juga bertindak sebagai pasukan yang akan bermian dalam kelayakan Olimpik 2012.

Rancangan menubuhkan skuad Harimau Muda membuahkan hasil apabila berjaya memenangi pingat emas di Sukan SEA 2009 di Laos.

Bebeapa pemain dari skuad Harimau Muda kemudiannya menyertai pasukan senior dan berjuang dalam Piala AFF Suzuki yang kemudiannya dimenangi oleh pasukan Malaysia yang menundukkan Indonesia dengan aggregat 4-2.

Kemudian, tertubuhnya pula skuad Harimau Muda B, yang pemainnya rata-rata berusia 19 tahun ke bawah. Sebahagian pemain dari skuad Harimau Muda B ini diserap ke dalam pasukan yang bermain di dalam Sukan SEA 2011 yang akhirnya dimenangi oleh Malaysia juga.


Boleh dikatakan yang pasukan Malaysia kini sudah kembali merajai Asia Tenggara. Kemenagan dalam 3 kejohanan dalam 3 tahun ini memberikan harapan untuk kita melihat pasukan Malaysia kembali merajai bola sepak.

Program penubuhan skuad Harimau Muda A dan Harimau Muda B sudah menampakkan hasil. Kita dapat lihat pemain dari kedua-dua pasukan ini mempunya skill yang lebih baik dari pemain Malaysia dalam tempoh 20 tahun ini.

Selain itu, pemain-pemain ini mempunyai tahap mental yang lebih kuat. Biasanya, apabila menentang Indonesia di Stadium gelora Bung Karno dan tertinggal 1-0, memang kita sudah tahu pasukan Malaysia pasti akan kalah dan dibelasah teruk oleh Indonesia. Tetapi tidak bagi pasukan Harimau Muda ini.

Mereka mempunyai mental yang kuat. Mereka tenang menyusun serangan dan lebih banyak menghasilkan serangan merbahaya ke arah gol lawan sehinggakan pasukan lawan menjadi kelam-kabut dan resah walaupun bermain dihadapan penyokong sendiri. Harimau Muda berjaya menyamakan kedudukan seterusnya memenangi perlawanan tersebut.

Program mewujudkan pasukan Harimau Muda membuahkan hasil dan mampu menjadi katalis bagi peningkatan mutu permainan Malaysia. Tidak mustahil kita boleh merajai bola sepak dan melahirkan pemain-pemain hebat seperti di zaman 70'an dan 80'an.

==========

Untuk perlawanan malam ini, menentang Syria dalam kelayakan Olimpik 2012, aku tak meletakkan harapan besar untuk Malaysia menang kerana kebanyakan pemain Malaysia masih keletihan dan ramai yang tercedera. Lagipun, Syria merupan pasukan yang jauh lebih hebat dari Indonesia.

Tetapi bola itu bulat. Semasa perlawanan akhir Sukan SEA 2011, ramai menyangkakan Indonesia akan menang memandangkan ramai pemain Malaysia yang tercedera dan faktor Indonesia sebagai tuan rumah, tetapi pasukan harimau Muda berjaya juga memenangi perlawanan tersebut.

Jadi tidak mustahil buat Malaysia untuk menang malam ini. Menang atau kalah, itu belakang cerita, yang penting pasukan Harimau Muda terus kuat berjuang.

==========

Update:
Malaysia tewas 2-0 di tangan Syria. Tapi main tak lah teruk sangat. Kalau skuad dulu-dulu, mesti dah kena bantai teruk dah.


Tapi nampak pemain Malaysia masih keletihan. tak pe lah. Teruskan berjuang, Harimau Muda!

Minggu, 20 November 2011

Masyarakat Kita & Benda Tahyul

Man:
Mak aku ni ntah apa-apa ntah.

Kassim:
Eh? Kenapa?

Man:
Mak aku ni percaya benda-benda tahyul.

Kassim:
Benda-benda tahyul? Ish, kau ni biar betul?

Man:
Iya! Ada ke aku makan pindah-pindah tempat, dia kata aku nanti kahwin ramai.

Kassim:
Hahaha! Itu macam petua orang Melayu la. memang diorang dari kecik dah dengar benda-benda macam tu. Tu yang terbawak-bawak tu

Man:
Memang la. Tapi benda tu kan tahyul. Tak logik. Bertentangan dengan fahaman agama kita bila kita percaya yang benda-benda macam tu boleh mempengaruhi hidup kita.

Kassim:
Ala... Kau tu makan bersepah. Tu yang mak kau sound kau tu

Man:
Cakap ajelah "man, jangan makan sepah-sepah". Kan senang. Ini nak cakap benda-benda macam tu pulak.

Kassim:
Ala.. Relax la.. Tak payah nak over reacted sangat la kan?

Man:
Tak de la.. Mak aku ni terpengaruh dengan nenek aku. Nenek aku pun sama. Aku lalu bawah ampaian, dia marah. Katanya nanti pening kepala. 

Lepas tu, aku baring meniarap, aku angkat kaki ke atas, nenek aku sound aku. Kononya kalau aku buat macam tu, nanti mak aku mati. Apa kaitan dengan aku naikkan kai dengan mak aku mati?

Kassim:
Ala.. Orang tua. Layankan aje la.

Man:
Mana boleh. Itu bertentangan dengan agama. Ustaz aku pernah kata benda-benda macam tu boleh dikatakan bertentangan dengan akidah. Takut lain jadinya. 

Kassim:
Hhmm.. Betul jugak kata kau ni...

Man:
Untung kita lahir dalam generasi baru. Tak la terkongkong dengan fahaman-fahaman kolot ni.

Kassim:
Eleh. Kau pun sama. Nak kata emak denga nenek kau pulak.

Man:
Eh? Tolong sikit! Bila masa pulak aku percaya benda-benda karut ni?

Kassim:
Yang kau asyik baca horoskop tiap-tiap minggu tu apa? Siap follow Twitter yang buat ramalan Horoskop tu. Tak percaya benda karut konon. Cakap tak serupa bikin.

Man:
Hehehehe..

==========

Setiap generasi, ada kepercayaan karut masing-masing. Dan dalam pemikiran kita, pasti ada benda karut yang kita percaya tanpa kita sedar.

Jumat, 18 November 2011

Kenangan Aku Ambil Result UPSR

Semalam, semua pelajar Darjah 6 mengalami peristiwa yang buat mereka berdebar sepanjang hari, mengambil result UPSR.

Bagi yang berjaya, tahniah aku ucapkan. bagi yang gagal, silalah kahwin. Eh? Fail SPM baru boleh kahwin ya? OK. bagi yang gagal, cuba lagi untuk exam PMR.

Oleh kerana itu, hari ini aku dengan berbesar hatinya ingin berkongsi pengalaman aku ketika ambil result UPSR dulu.

Aku ambil UPSR masa aku darjah 6 pada tahun 1996. Synchronize kan? Darjah 6 dan tahun 1996. Nombor 6 dihujung keuda-dua ayat. Cool kan?

Aku ambil UPSR pada bulan Julai tahun tersebut. Dan result pula hanya keluar pada bulan November. Aku tak tahu siapa punya kerja bangang susun jadual suruh budak-budak batch aku ambil UPSR awal sangat. Masa zaman aku, aku cuma ambil 4 subjek sahaja. Jadi paling tinggi pun, bole hdapat 4A. Bukan 5A macam sekarang.

Kemudian, kami menjalani honeymoon selama 3 bulan. 3 bulan seterusnya, kami datang sekolah macam pergi melepak dengan kawan-kawan di shopping mall.

Sepanjang 3 bulan, cikgu dah tak hiraukan aku dan budak-budak Darjah 6 lagi. jadi kami buat aktiviti sendiri. Antara aktiviti yang kami buat ialah lawan daun pakau (first time aku belajar main beda alah ni), buat pertandingan pemadam (aku johan), buat pertandingan Tamiya (aku johan juga menggunakan kereta Dash 1: Emperor) dan lain-lain lagi.

Sebelum UPSR lagi, cikgu-cikgu yang mengajar kelas aku sudah meletakkan target pelajar mana yang akan mendapat 4A. Cikgu aku meletakkan 20 orang sebagai sasaran 4A. Aku tiada dalam target tersebut sebab setiap kali exam, aku akan dapat kedudukan antara nombor 28 hingga 23. Tiada dalam top 20. Budak kelas aku ada dalam 40 orang lebih.

Aku pun tak target boleh dapat 4A. Aku target 3A 1B saja. English memang kelemahan aku, lagi-lagi bahagian isi tempat kosong. Paper english masa aku ambil tu ialah paper format baru. Lagilah menambahkan kesuakaran untuk aku skor A. 

Jadi hari masa aku mengambil result, aku datang sekolah dengan tenang, sebab aku memang tak target dapat 4A. Jadi kalau tak dapat, tak lah kecewa sangat. Sebab itu aku tenang.

Masa aku sampai sekolah, aku tengok cikgu-cikgu yang mengajar aku semua tengah duduk dekat meja cikgu. Semua tengah tunduk. Muka sedih. Ada yang tengah menangis. Berdebor juga hati tengok babak-babak tak sepatutnya terjadi dekat sekolah ini terjadi depan mata aku.

Aku terus keluar kelas. Lepak dengan budak-budak kelas lain yang ada dekat luar. Dari mulut Khir, budak sekelas aku, aku dapat tahu yang result UPSR tidak seperti apa yang cikgu-cikgu aku target. Sudah. Aku sudah mula cuak dengan situasi ini.

Kemudian, aku dan kawan-kawan aku terserempak dengan seorang cikgu yang aku sudah lupa siapa. Tapi cikgu ini tak ajar kelas aku. Dia yang bocorkan keputusan UPSR pada ak udan kawan-kawan aku. Menurut cikgu yang bermulut becok tersebut, cuma 8 orang sahaja yang dapat 4A. 12 orang yang tersasar dari target. Ramai tu. Dan menurut cikgu tersebut, aku dapat 3A 1B.

Bila dapat tahu yang aku dapat 3A 1B, aku menjadi tenang. Terus hilang segala kegusaran dalam hati. Tak lama lepas itu, cikgu kelas aku panggil suruh masuk kelas, dia nak umumkan result UPSR. Kami semua masuk dalam kelas.

Dan seperti apa yang cikgu becok itu katakan, aku dapat 3A 1B. Aku happy kerana apa yang aku sasarkan menjadi kenyataan.

Sementara itu, 12 orang yang sepatutnya disasarkan mendapat 4A tapi tak dapat mendapat result yang jauh dari sasaran. Ada yang dapat 3A 1C. Ada yang dapat 2A 2C. memang jauh meleset.

Ada kawan aku yang diletakkan sebagai target 4A, mendapat keputusan meleset. Sudahlah dia anak cikgu dekat sekolah tu. Dia terus lari keluar kelas sebab tak dapat menerima kenyataan.

Tergempar sekejaplah kami bila dapat tahu kehilangan dia. Sebahagian kawan-kawan aku pergi sampai ke bus station. Siap terjumpa emak dan abah aku yang tengah meniaga masa itu.

Aku? Aku malas nak cari. Lagipun, masa budak-budak tu keluar cari kawan aku yang hilang, aku dalam toilet. Keluar dari toilet, aku dapat tahu budak-budak ni dah keluar mencari dia.

Setelah menyedari yang aku sudah ditinggalkan oleh kawan-kawan aku, aku pun pergi berjalan-jalan dengan seorang budak perempuan kelas aku. Kami berjalan ke belakang dewan.

Dekat belakang dewan, aku terjumpalah dengan kawan aku yang konon-kononnya lari tu. Dia sedang dipujuk oleh budak-budak perempuan yang lain. Facepalm. hahahahaa!

Jadi itu sahajalah pengalaman aku ambil result UPSR. Apa? Tak menarik? kau ingat ini cerita Hollywood ke yan gdipenuhi dengan dengan babak meletup-letup bangunan? Kisah aku ambik result UPSR kot. What do you expect?

Nanti result PMR & SPM keluar, aku cerita kan pula kisah aku ambik result kedua-dua exam tersebut. Yang ini lebih epik sikit. Hahahaha!

Rabu, 16 November 2011

It's Now Safe To turn Off Your Computer


Pada satu masa dahulu, ayat di atas ini pasti akan terpapar di skin komputer kamu jika kamu ingin menuntup komputer kamu.

Komputer zaman sekarang, bila kamu klik turn off, ia akan tutup secara automatik. Tak payah nak tunggu ayat ini keluar pada skrin komputer kamu.

Tapi komputer dulu, kamu perlu tunggu ayat di atas terpapar di skrin, baru kamu boleh tutup komputer kamu dengan selamat. Kalau kamu main tutup sebelum ayat di atas ini keluar, nescaya bila kamu akan berdepan dengan masalah seperti lambat start, komputer jadi lembab atau selalu hang (sangkut) bila kamu on semula komputer kamu.

Kalau kamu tak pernah melihat ayat seperti di atas ini keluar di skrin komputer kamu, itu maknanya kamu lahir dalam lingkungan tahun 1990'an. Dan sekarang kamu dapat lihat di entri ini.

Sesiapa yang pernah melihat ayat di atas ini keluar di komputer kamu, ini bermakna kamu lahir sekurang-kurangnya dalam lingkungan 1980'an atau lebih tua dari itu.

Dan ini bermakna kamu sudah tua!

Dan bermakna kamu sudah patut kahwin!

Eh? Cilakak! Terasa pulak aku bila baca ayat dekat atas ni.

P/S: Tercapai juga cita-cita aku nak tukar header blog ni. Kenapa kucing? Tribute to the victim of Petknode

Jumat, 11 November 2011

11.11.11

Hari ini, 11 November 2011. Tidaklah nampak unik sangat tarikh ini kalau ditaip dengan menggunakan abjad. Tapi kalau taip menggunakan nombor, 11.11.11, barulah nampak unik.

Ramai juga yang ambil peluang ini untuk melangsungkan pernikahan. Ada juga yang merancang untuk propose girlfriend. Ada juga yang merancang untuk kahwin lari.

Ada juga malaun yang kononnya kata esok Pilihanraya Umum ke-13 akan berlangsung esok. Kononnya betul, sampai khabar angin ini tersebar luas sampaikan sepupu aku yang sepatutnya merancang untuk bernikah esok menangguhkan tarikh nikah kepada minggu depan kerana khuatir bertembung dengan pilihanraya.

Tapi tarikh unik ini tidak bermakna kita mendapat cuti umum pula. Tarikh memang cantik tapi kamu kena bangun pagi dan tetap menghambakan diri kepada kapitalis juga.

Tapi satu benda yang pelik, tiada pula gerakan atau fahaman yang cuba nak timbulkan khabar angin yang kononnya 11.11.11 ini tarikh bumi akan kiamat.

Setiap kali datang tarikh unik ini, mesti ada gerakan atau kultus yang muncul dan dengan keyakinan tahap tinggi membuat kenyataan yang kononnya bumi akan kiamat.

Aku ingat lagi pada tarikh 9 September 2009, akan berlakunya Hari Kiamat. Aku dah tak berapa ingat apa nama kultus yang menyebarkan fahaman Hari Kiamat ini, tapi yang pasti kultus tersebut berasal dari Amerika.

9 September 2009 kiamat? Really? Really? Habis itu, macam mana aku boleh menaip entri bosan ini selepas lebih 2 tahun berlalu?

Ada pula yang berkata 09.09.09 adalah nombor syaitan. Bukankah 666 nombor syaitan? 9 tu kalau dia terbalikkan, jadilah 6.

Memandangkan 11.11.11 banyak menjadi pilihan umat manusia untuk berkahwin, aku yang sudah berumur wajib kahwin ini tidak dapat mengelak soalan kahwin yang timbul.

"Anak mak cik kahwin Jumaat ni. Tarikh sedap katanya. Encik Amirul tak kahwin ke?" Tanya mak cik yang bekerja dia bahagian butchery kepada aku.

Amboi mak cik ni. Tanya soalan jenis tak reti jaga hati orang betul. Soalan macam mintak penampar, tahu tak?

"Belum ready lah mak cik" Jawab aku simple.

"Anak mak cik tu umur baru 22 tahun. Tapi dah kahwin. Tak kan Encik Amirul yang lagi tua dari anak mak cik ni tak ready lagi?"

"Anak mak cik tu dah gatal konek! Tengah belajar lagi pun nak kahwin!"

Tapi jawapan itu hanya keluar dalam hati aku sahajalah.

Tapi bila memikirkan tentang tarikh-tarikh unik ini, aku mula mendapat idea kalau mereka tanya hal kahwin pada aku.

Tak de lah aku nak  bagi jawapan tipikal macam "Belum ready", "Belum cukup duit", "Belum sampai seru", "Belum ada jodoh", "Hannah Tan belum jawab lamaran saya".

Lepas ini kalau ada sesiapa tanya aku dengan soalan "Bila nak kahwin?", aku dengan yakinnya akan menjawab "Saya kahwin 12.12.12."

Jadi, mak cik-mak cik ni mesti fikir aku saja tunggu tarikh unik untuk kahwin. Walhal 12.12.12 tu terang-terang hari Rabu. 

Tapi mak cik-mak cik ni mesti percaya punyalah kalau aku kata aku kahwin 12.12.12. Ya lah, tarikh unik. mesti semua orang percaya punya.

Speaking of 12.12.12, kalau tak salah aku 21.12.12 adalah tarikh kiamat seperti yang diramal oleh satu lagi kumpulan, kepercayaan atau kultus mana entah, juga dari luar negara.


Bagi aku, 21.12.12 ini bukan hari kiamat, tapi hari mencari keuntungan. Tak percaya, cuba tengok website persatuan yang buat video Youtube di atas ini di sini. Siap buat cenderahati bagai sempena 21.12.12. Nampak sangat nak kaut keuntungan.

OK. Kepada yang bertunang atau berkahwin pada hari ini, semoga kamu berbahagia. Sesiapa yang masih single, mari kita tengok siapa yang bakal kahwin 12.12.12 nanti.

Rabu, 09 November 2011

Hari Raya Haji dan Politik

Hari Raya Haji datang lagi.....

OK. Sebenarnya Raya Haji dah lepas. Aku tahu, kamu pun tahu. Tapi aku nak bercerita juga tentang Raya Haji.

OK. Aku mulakan sekali lagi.

Hari Raya haji datang lagi. Dan seperti tahun lepas, aku ada mendengar berita yang membuatkan aku facepalm.

Dulu negeri ini dikuasai oleh kerajaan BN. Pada pilihanraya umum yang lepas, negeri ini jatuh ke tangan pembangkang.

Bila sesebuah negeri jatuh ke pihak lain, maka secara automatik segala organisasi di negeri tersebut akan berubah. Ketua kampung, penghulu, dan sewaktu dengannya akan berubah tangan kepada pihak yang baru menang. Begitu juga AJK surau dan masjid.

Begitulah yang terjadi kepada negeri yang kini dikuasai oleh pembangkang ini. AJK dalam masjid kawasan negeri ini sudah berubah dan kini kebanyakan yang duduk di dalam AJK masjid tersebut adalah pro pembangkang.

Maka, Raya Haji pun tiba. Seperti biasa, bila Raya Haji tiba, aktiviti mengorbankan lembu akan dijalankan.

Yang membuatkan aku facepalm, orang-orang BN tak mahu terlibat dengan aktiviti korban tersebut. Kenapa? Sebab itu aktiviti yang disusun oleh AJK yang pro pembangkang. Jadi orang yang pro kerajaan tak mahu terbabit dalam aktiviti korban yang dilakukan di masjid kelolaan AJK pro pembangkang.

Yang lebih membuatkan aku membuat double facepalm, mereka siap buat acara korban sendiri pula. Acara korban khas untuk penyokong-penyokong kerajaan sahaja. Dengan kata lain, dalam satu kawasan ada dua acara korban.

Mereka tak nak turut serta hanya kerana mereka berlainan ideologi politik. Ini satu situasi yang menyedihkan. I haz a sad.

Yang pro pembangkang, jangan senyum-senyum bila baca apa yang aku taip di atas dan terus berkata "Penyokong BN memang macam tu!" Kamu pun sama juga. Ada juga aku dengar penyokong pro pembangkang tidak mahu turut serta dalam aktiviti yang direncanakan oleh pro kerajaan, dan aktiviti itu adalah untuk rakyat. Jadi kamu pun sama sahaja.

Inilah yang terjadi apabila masing-masing terlalu taksub dengan politik.

Politik sepatutnya tidak menjadi point utama untuk membezakan manusia. Ia hanyalah ideologi. Tak patut kita 'tidak sebulu' hanya kerana kita menyokong parti politik yang berlainan.

Apabila datang aktiviti-aktiviti yang aku nyatakan di atas pun menjadi mangsa politik, ini memang betul-betul menyedihkan. Apakah lagi apabila aktiviti korban juga menjadi mangsa keadaan politik.

Come on lah! Acara korban itu acara dalam agama. Dan kalau politik telah mengatasi agama sehingga buat korban pun nak diasingkan mengikut parti politik, aku juga tak tahu apa lagi nak dikata.

Aku rasa, tak mustahil nanti wujud masjid yang berbeza mengikut parti, sekolah berbeza mengikut parti, universiti berbeza mengikut parti, kedai makan berbeza mengikut parti dan sebagainya.

Kadang-kadang aku rasa, ketaksuban berpolitik orang Malaysia mengatasi negara-negara orang putih di luar sana. Oh, Malaysia ku. Apa nak jadi dengan kamu?

Kononya mahu buat 1Malaysia, mahu bersatu padu antara melayu, Cina dan India. Melayu dengan Melayu pun tak boleh nak nak bersatu, inikan pula nak bersatu dengan bangsa lain. Dream on!

Bukankah bagus kalau kita tolak ideologi politik semasa aktiviti korban dan aktiviti-aktiviti lain dan boleh bekerjasama dengan baik. 

Gambar di bawah sebagai contoh. Ideologi politik diketepikan dan sama-sama turut serta dalam acara korban.

Maksud sebenar bersatu

Semoga cerita korban asing-asing ikut parti politik ini tidak timbul lagi pada tahun hadapan. Juga tidak timbul dalam acara-acara lain juga.

Senin, 07 November 2011

Gangguan SMS

Pagi tadi, tidur aku dikejutkan dengan bunyi SMS (walaupun sebenarnya sudah ada 4 miss call dan 2 SMS masuk sebelum itu. Tapi oleh kerana call dan sms tersebut adalah hal berkaitan pekerjaan dan aku sekarang sedang bercuti, aku abaikan sahaja).

Aku pun membaca SMS yang baru masuk tadi. SMS tersebut tertulis ayat di bawah ini:

"Jawatankuasa Khas Parlimen dibentuk bagi memastikan proses pilihanraya berjalan lancar dan berkesan."

Penghantar SMS tersebut adalah nombor yang aku sendiri tak pasti nombor apa. Cuma ada 5 digit nombor sahaja.

Aku tak pasti apa jenis SMS ini. SMS pemberitahu fakta? SMS Sejarah? SMS kewarganegaraan?

Aku tak pasti. Tapi bila aku dikejutkan dari tidur kerana SMS yang memberikan aku fakta yang tak banyak membantu mengubah hidup aku ini, aku rasakan ia betul-betul menganggu hari cuti aku.

Tiba-tiba masuk satu lagi SMS:

"Mahu video hot gadis-gadis seksi sedang menari atau beraksi dengan gaya menghairahkan? Hantar ON kepada XXXXX"

OK. SMS ini lagi  bedebah. Yang ini barulah pembunuh mood yang sebenar.

Rabu, 02 November 2011

Elton John dan Malaysia


"Macam mana Elton John ni boleh lepas datang Malaysia?" Tanya kawan aku.

"Kenapa?" Tanya aku walaupun aku tahu sebenarnya kawan aku akan kata "Dia ni kan gay!" menjadi sebab utama.

"Dia kan gay! Lagipun Malaysia ni negara Islam. Mana boleh masuk orang macam ni. Dia akan bagi contoh tak baik pada budak-budak nanti."

Hhhaa... Kan betul kata aku.

"Lagipun, nanti negara luar akan pandang Malaysia sebagai negara yang tak elok sebab benarkan gay masuk Malaysia. Lagipun, mana pernah artis gay datang Malaysia."

"Satu lagi, pakaian dia ni bukan main pelik lagi. Tak senonoh betul."

Aku malas nak jawab. Benda-benda simple macam ini, aku malas nak bertekak.

Aku cuma pelik sikit sebenarnya lepas dengar statement kawan aku ni. Yang pertama, dia kata tak pernah ada artis gay datang Malaysia.

Aku tak pasti samada kawan aku hilang ingatan atau apa, tapi bukan ke tahun lepas Adam Lambert datang Malaysia? Adam Lambert tu bukan gay ke?

Dan satu lagi, statement pasal pakaian pelik Elton John. Memang masa Elton John muda, dia suka pakai pakaian yang pelik. Sekarang pun ada juga, cuma dah kurang. Mungkin dia rasa dia sudah tua. Kamu boleh Google dan cari pakaian pelik Elton John yang pelik-pelik.

Cuma aku agak pelik juga. Kawan aku ni peminat Lady Gaga. Lady Gaga punya pakaian tu tak pelik ke? Kenapa Elton John salah pakai pakaian pelik, Lady gaga tak salah pula?

Mungkin perasaan sayang pada Lady Gaga mengaburi mata kawan aku agaknya.

Jadi persoalannya, adakah aku setuju dengan kedatangan Elton John?

Selagi dia tak menyusahkan aku, aku tak ambil pusing tentang benda ini.

"Tapi Mirul, dia boleh pengaruh anak muda kita dengan budaya gay. Kalau budak-budak tahu dia gay, takut ada yang ikut cara hidup dia jadi gay pula nanti?"

Bagi aku, budak-budak dekat Malaysia sudah lama terdedah tentang perkara gay ini. Tak payah nak tunggu kedatangan Elton John, surat khabar (terutamanya Metro), majalah (Mastika) dan berita di TV sudah banyak kali menyebut perkataan "Liwat", "Dubur", "Kemaluan", "Jolok dari belakang", "Air mani" dan sebagainya kepada umum.

Dan perkataan itu bukan hanya wujud ketika melaporkan berita tentang kes ketua pembangkang di Malaysia ini, tapi juga berita-berita kehidupan di masyarakat biasa di Malaysia. Rasanya kamu boleh baca semua itu di Metro.

Lagipun, ini dunia moden. Dunia teknologi. Kalau zaman aku sekolah rendah dulu, memang ramai yang tak faham apa makna gay. Zaman sekarang? Aku yakin kebanyakan murid sekolah rendah sudah faham apa maksud perkataan 'gay' itu. Terima kasih kepada internet dan pak cik Google yang menterjemahkan maksud perkataan itu.

Jadi nak kata Elton John akan mengajar anak Malaysia kepada budaya tak elok? Tak payah tunggu Elton John, orang Malaysia sendiri sudah lama terdedah dengan budaya ini. Terima kasih kepada Metro dan Mastika yang suka mensensasikan berita kecil menjadi berita utama.

Jadi kepada peminat Elton John, selamat berhibur. Kepada anti gay, selamat berdemo.

Aku? Mahu duduk di rumah diam-diam sahaja. Biarlah kamu semua meneruskan drama duniawi dan aku hanya mahu jadi penonton drama tersebut sambil makan pop corn realiti.

Apa itu pop corn realiti? Aku pun tak tahu. Saja aku tulis mahu sedapkan ayat di atas.

Jumat, 28 Oktober 2011

Dulu & Sekarang: Harga Makanan

"Masa zaman abah sekolah dulu, kalau bawak 20 sen pergi sekolah, tu memang dah cukup kaya dah." Ayat abah aku yang aku paling ingat kalau nak dikaitkan dengan kisah harga makanan zaman dulu-dulu.

"Zaman abah dulu, kalau rehat abah selalu beli mee kat kantin tu. Ala, jenis mee goreng ceduk (mee lambak) tu. Harga sepinggan 5 sen je. Tapi 5 sen zaman dulu lain. Banyak betul. Makan mee 5 sen tu boleh kenyang sampai petang." Sambung ayah aku.

Memang boleh dikira banyak tu kalau boleh kenyang sampai petang. 5 sen pulak harganya.

Masa zaman aku sekolah dulu, mee goreng ceduk atau mee goreng lambak paling murah aku pernah beli dekat kantin sekolah berharga 20 sen. Yes! 20 sen sahaja. Masa tu aku beli dekat kantin sekolah agama aku, Sekolah Agama Penggaram.

Mesti kamu fikir, "Kalau setakat mee 20 sen, mesti sikit kan?" Kamu salah! Walaupun cuma harga 20 sen, tapi mak cik kantin tu letak banyak juga. Sambal mak cik kantin buat boleh tahan juga. 

Bagi aku, mee goreng ceduk yang aku beli dekat kantin sekolah agama tersebut adalah makanan paling murah tapi mengenyangkan yang pernah aku beli seumur hidup aku.

Masuk sekolah menengah, boleh dikatakan kantin sekolah menjadi tempat untuk aku mengenyangkan perut dan melayan nafsu makan aku.

Mee goreng ceduk atau mee goreng lambak dekat sekolah menengah mahal sikit. Ala, mahal 30 sen saja. Sepinggan dapat RM 50 sen. Walaupun harganya mahal dari harga mee sekolah agama yang aku beli, tapi jumlah kuantiti mee sama banyak.

Oleh kerana usia aku meningkat naik, ini juga bermakna selera aku juga sama naik dengan umur aku. Biasanya aku akan makan 2 pinggan mee goreng tersebut. Campur pulak dengan telur goreng. Telur goreng masa tu cuma 30 sen saja. Jadi, jumlah makan rehat aku RM 1.30 sehari dan ianya sangat mengenyangkan.

Tapi kalau aku bezakan dengan perbelanjaan abah aku, memang jauh berbeza. Abah aku cuma perlu keluarkan 5 sen untuk menikmati kekenyangan tahap maksimum sewaktu waktu rehat. Aku pula kena keluar sampai RM 1 untuk merasa nikmat kenyang yang sama.

Macam mana pula dengan budak sekolah zaman sekarang?

Dari survey yang aku lakukan terhadap 4-5 orang budak sekolah dari sekolah yang berlainan dan juga dari negeri yang berlainan, aku dapat jawapan yang sama sahaja dari mereka.

Kata mereka, harga mee goreng ceduk sekarang biasanya RM 1 sepinggan. 

"Banyak tak isinya?" Tanya aku. Jawapan yang aku terima, "Boleh la..", "Tak cukup. Sikit betul pak cik kantin tu letak", "Bagi saya perempuan, memang cukuplah. Tapi kawan lelaki saya biasanya tak cukup makan mee goreng tu."

Kawan lelaki konon. Kata saja lah boyfriend kau. Macamlah aku tak tahu budak zaman sekarang lagi advance bercinta monyet dari zaman aku.

Eh? Jauh pula terpesong.

Kesimpulannya, memang tak banyaklah. Masa zaman aku, aku boleh dapat 2 pinggan mee dengan harga RM1. Zaman sekarang, budak-budak merungut kata tak cukup.

Dan menurut survey aku, kalau tambah telur, harga akan jadi RM 1.50. 

Memang mahal. Memang tak peliklah budak zaman sekarang bawa duit belanja sampai RM 5-6 ringgit sehari. Itu duit belanja untuk sekolah kebangsaan saja, tak campur duit belanja sekolah agama pula.

Itu kira mee goreng ceduk atau mee goreng lambak, macam mana pula mee goreng yang betul-betul di goreng dekat kedai tu?

Yang aku ingat, harga mee goreng dekat kedai zaman aku sekolah rendah dulu biasanya RM 2 sepinggan. Yes! RM 2 sudah boleh dapat mee goreng yang digoreng di kedai.

Zaman sekarang? Harga mee goreng paling murah aku pernah dapat biasanya RM 4.50. Paling mahal? RM 6 sepinggan. Dan harga ini bukanlah harga mee goreng di kopitiam atau di restoran yang standard, tapi kedai makan biasa saja.

Dan harga yang aku nyatakan di atas biasanya tidak disediakan dengan telur goreng. Cuma mee goreng biasa sahaja.

Itu belum kira makanan lain pula. Kamu pernah makan Kit-Kat Chunky? Ala, Kit-Kat bar besar tu.

Masa pertama kali Kit-Kat Chunky ini diperkenalkan pada tahun 2000 (Kenapa aku boleh ingat bila Kit-Kat Chunky dikeluarkan? Semuanya kerana peristiwa Aku & Amoi satu ketika dulu), saiz Kit-Kat Chunky ini memang besar betul. Sekali makan, memang kenyang gila. Harganya pun cuma RM 2 satu bar.

Sekarang? Sedih aku tengok saiz Kit-Kat Chunky sekarang ini. Kecik betul. Harganya pula? RM 3.90. Harga makin mahal, saiz pula makin kecik.

Rasanya kalau nak bercerita tentang perubahan harga makanan dulu dan sekarang, sebulan cerita pun tak habis lagi. Itu belum aku sentuh harga makanan di KFC dan McDonald. 

Tapi kesimpulannya, harga makanan memang akan sentiasa meningkat dari masa ke semasa tapi saiz hidangan makanan tidak pasti akan kekal atau makin mengecil.

Aku tak terkejut kalau satu hari nanti aku terpaksa membayar harga mee goreng yang aku order di kedai makan dengan not RM10 sekeping tanpa duit baki.

Aku juga tak terkejut kalau satu hari nanti mak dan ayah masing-masing terpaksa bagi RM 15 untuk duit belanja anak-anak mereka ke sekolah.

Tapi sebelum saat itu tiba, aku harap tangga gaji pekerja di Malaysia juga meningkat. Kalau gaji aku masih macam sekarang tapi terpaksa membayar harga nasi lemak sebungkus RM 10, maka aku bakal makan pasirlah tiap-tiap bulan.

Dan ini juga bermakna memang susahlah aku merasa Prosperity Burger tiap-tiap tahun kalau harga makanan akan naik macam ini. Oh, ini memang mimpi ngeri!! Mimpi ngeri!!!!!

Rabu, 19 Oktober 2011

Yo! Yo! Yo!

Sebenarnya, ada sesuatu yang aku ingin tuliskan di sini. Tapi oleh kerana aku dalam keadaan tak sihat, demam panas, maka aku akan tuliskan lain kali.

Jadi aku kongsikan sahaja video di bawah ini.


Aku tak pasti samada kamu pernah lihat video ini, ataupun kamu peminat atau haters Taylor Swift, tapi video ini memang kelakar.

Liriknya memang kelakar. Seorang yang cuba berlagak gangster, tapi tidak pergi clubbing, tinggal dengan parents dan hanya membakar cookies di rumah.

Bila difikirkan balik, lirik ini macam mengejek sesetengah rappers yang selalu berlagak gangster tapi sebenarnya tak gangster mana pun. Poseur saja lebih. Adakah lirik ini merupakan satu sindiran kepada mereka?

Dan endingnya memang tak boleh blah. Sebagai pembawa imej goodie good girl, mencarut di public atau lagu memang perkara yang Taylor Swift. Marah betul dia apabila dia kena bleep tanpa tahu apa sebabnya.

Taylor: I didn't even swear

T-Pain: She didn't even swear 

Taylor: Hello? Urgh!

Sebenarnya Swift banyak buat Spoof, parody & video lawak di dalam Youtube. Kalau kamu rajin, kamu boleh cari sendiri. Aku lebih sukakan Taylor Swift yang kelakar di Youtube berbanding Taylor Swift di alam realiti.

Ok. Aku nak berehat. Jumpa lain kali.

Senin, 17 Oktober 2011

Bakat & Rupa

The talented, Adibah Noor

Semalam TV3 melancarkan satu lagi program realiti TV yang berorientasikan pertandingan nyanyian, Vokal Bukan Sekadar Rupa.

Kenapa aku kata ini realiti TV? Kerana rancangan ini ada juga macam ala-ala Diari Akademi Fantasia, menayangkan aktiviti luar para peserta. Maknyanya, para peserta akan dinilai oleh peminat bukan sahaja dari bakatnya, tapi juga kelakuan peserta di luar pertandingan tersebut.

OK. Bukan itu yang aku nak ceritakan hari ini. Aku nak bercerita tentang hubung kait rupadan bakat.

Vokal Bukan Sekadar Rupa mengetengahkan peserta yang tidak punya rupa (tak lawa, tak handsome, gemuk) tapi mempunyai tahap vokal yang hebat. Mungkin TV3 cuba memberi ruang buat orang yang sebegini untuk mendapat peluang yang mereka tidak dapat di pertandingan realiti yang lain.

Bagus objektif rancangan ini. Suci murni niatnya. Tapi persoalannya, bolehkah bakat berdiri dengan sendirinya tanpa bantuan paras rupa?

Mungkin ada akan yang mencela aku, "Apalah kau ni. Nak tengok artis yang cantik saja. Yang ada abakat tapi tak cantik, kau tak nak layan."

Tapi inilah realiti yang berlegar dalam Malaysia sekarang. Kalau kau ada bakat tapi tiada rupa, jangan mimpilah nak jadi artis yang terkenal.

Sebagai contoh, Adibah Noor. Bakat nyanyian Adibah Noor memang tak boleh nak disangkal. Suaranya memang lunak. Kau bagilah lagu yang tinggi nada & key-nya, selamba saja Adibah Noor boleh nyanyi. Bakat nyanyian Adibah Noor memang sangat hebat.

Tapi, adakah dia popular seperti penyanyi lain? Adakah Adibah Noor mempunyai peminat seramai peserta AF yang bakat nyanyian yang suam-suam kuku itu?

Mujur Adibah Noor pandai berlakon. Lakonan Adibah Noor juga hebat. Selamba, bersahaja dan menjiwai watak. Tapi pernahkah dia diberikan watak utama?

Kenapa? Kerana dia tidak mempunyai paras rupa yang cantik dan menawan.

Untuk berjaya dalam bidang seni, gabungan bakat dan rupa perlulah ada. Kalau berharap pada bakat sahaja, memang tidak jalan. 

Dan kalau kau jadi artis yang bergantung pada rupa sahaja dan bakat kau suam-suam kuku, ini memang jenis artis sampah namanya. Artis majalah nama lainnya.

Memang lumrah manusia mahu melihat sesuatu yang cantik. Mahukan rumah yang cantik. Mahukan kereta yang cantik. Mahukan suami atau isteri yang cantik (cantik dari pandnagan mata masing-masinglah).

Jadi memang lumrah manusia mahukan artis yang cantik, yang ada rupa. Kerana manusia memerlukan artis yang cantik untuk dijadikan idola mereka. 

Tak ramai artis yang tidak mempunyai rupa dan bergantung kepada bakat boleh berjaya. Rasanya artis yang muka pecah tapi boleh terkenal biasanya tergolong dalam golongan penyanyi rock yang bergerak secara berkumpulan. Itupun sekarang ini, kebanyakan band rock lebih berimej kemas dan segak berbanding mat rock zaman dulu,

Pada pendapat akulah, kalau betul manusia mengutamakan bakat dari rupa, aku rasa Adibah Noor kini sudah menjadi artis yang popular sebaris dengan Dato Siti Nurhaliza.

Jadi aku tak pasti samada peserta Vokal Bukan Sekadar Rupa boleh berjaya menjadi artis terkenal sebaris dengan artis lepasan rancangan realiti lain, ataupun berkubur begitu sahaja.

Dan aku juga tidak pasti apa sebab TV3 membuat rancangan Vokal Bukan Sekadar Rupa ini. Mahu melahirkan Adibah Noor Nombor 2 mungkin?

Kepada peserta Vokal Bukan Sekadar Rupa, good luck.

Kamis, 13 Oktober 2011

Masa Merubah Manusia

Nota:
Bagi sesiapa yang baru baca blog ini atau sudah lama menjadi pembaca tapi tak pernah buka laman ini, pasti kamu akan salah anggap dengan perkataan 'Cendol'.

Cendol yang aku maksudkan ialah nama nickname kawan aku, bukannya minuman yang hidangan yang dibuat dari air batu yang diparut dan diletakkan dengan santan dan Gula Melaka itu.

Jadi jangan salah sangka aku berkawan dengan semangkuk Cendol pula.

============

Lebih kurang 4 tahun lepas, semasa aku masih belajar di UiTM Segamat dan menetap di 32 Jementah, aku, Cendol dan Baox (cara sebutan, Baok) sedang berbual-bual tentang muzik.

Kebanyakan penduduk 32 Jementah mempunyai citarasa muzik yang sama. Kebanyakan ya? Bukan semua. Kami meminati muzik metal, rock atau apa-apa muzik yang keras dan tidak radio friendly. Kami dibesarkan dengan muzik dari era scene Underground yang sangat cool.

Baox adalah raja metal di 32 Jementah. Dia dengar segala band metal yang ada di serata dunia ini. Kadang-kadang, ada band metal yang aku tak pernah dengar pun, tapi dia dengar. Dengan kata lain, Baox memang Metal tegar.

Aku dan Cendol pun tak lah tegar Metal sangat. Kami ada juga mendengar band-band yang berbunyi pop dan lembut seperti Flop Poppy dan lain-lain lagi. Tapi Baox memang tegar habis. Baox memang agak sukar menerima band yang sedikit lembut muziknya berbanding aku dan Cendol.

Bukan setakat raja metal. Baox juga raja komputer dan raja download-mendownload di 32 Jementah. Semua ilmu mendownload yang ak udan ahli 32 Jementah ada sekaran gadalah hasil tunjuk ajar beliau.

OK. Kembali ke situasi tadi. Aku, Cendol dan Baox sedang berbual-bual tentang muzik.

"Satu hari nanti, aku kana berhenti jugak dengar lagu-lagu metal ni." Kata Baox. A very strong statement.

"Ya lah. Tak kan nak Metal sampa itua kot." Sambung Baox lagi.

"Aku pulak, akan terus kekal dengar muzik metal & rock. Tak semestinya bila kita dah makin tua, tak boleh nak dengar lagu Metal kot." Sambung Cendol pula.

Tak lama selepas sessi perbualan hati ke hati mengenai muzik ini, Baox mula menunjukkan perubahan dari segi citarasa muzik.

Dia mula layan lagu Diddy, Last Night. Aku pun layan juga lagu itu tapi taklah sampai hafal lirik lagu tersebut macam Baox.

Perubahan Baox semakin ketara. Tak lama kemudian, Baox mula mendengar lagu-lagu lama Kanye West. Sedaya upaya juga Baox cuba memujuk aku mendengar lagu Kanye West, Touch The Sky. Tapi aku tak layan sebab aku memang tak berapa gemar dengan Kanye West.

Dan makin lama, semakin hip-hop Baox jadinya. Lagu-lagu dalam pendrive yang diletakkan dalam radio di keretanya semakin dipenuhi dengan lagu-lagu bergenre hip-hop.

Masa merubah manusia. Citarasa Baox kepada muzik juga berubah dalam tempoh 2 tahun di 32 Jementah. Aku sudah lama tak berjumpa dengan Baox. Aku juga tidak pasti sekarang lagu apa pula yang dia layan. Selena Gomez mungkin?

Bagaimana pula dengan Cendol?

Sampai habis tempoh kami tinggal di 32 Jementah, Cendol masih mengekalkan citarasa muzik beliau. Masih kekal dengan muzik metalnya. Masih kekal dengan janggut panjang ala-ala vokalis band metal nya.

Tapi aku mula sedar perubahan Cendol bila aku naik keretanya. Di dalam stereo keretanya, ada CD yang di burn oleh Cendol yang dipenuhi dengan lagu Lady Gaga.

Kemudian bila aku telefon hand phone Cendol, lagu Katy Perry, Teenage Dream, menjadi caller ringtone Cendol.

Dan tak lama kemudian, Cendol membuat statement yang dia rasa lagu LMFAO, Party Rock Anthem, agak catchy.

Dan baru-baru ini, dia sudah angau dengan lagu Move Like Jagger.

Masa merubah manusia. Dan manusia merubah Cendol.

Aku tak terkejut kalau satu hari nanti Cendol menjadi peminat Jason Derullo ataupun Justin Bieber. Ataupun tiba-tiba menjadi peminat tegar K-Pop.

Ya! Aku tak terkejut, Cendol. Aku tak terkejut.

Masa memang mampu merubah manusia dengan drastik.

Rabu, 12 Oktober 2011

Manusia dan Pilihan

"Kau dah ada awek tak?" Tanya kawan aku.

"Belum. Aku belum jumpa dengan 'The One' lagi." Jawab aku ringkas.

"Kau ni memilih sangat. Sebab tu kau tak de awek lagi. Cuba jangan memilih. Mesti kau dah ada awek dah sekarang ni."

Memilih. Memilih merupakan suatu perbuatan yang perlu dilakukan oleh seorang manusia bila dia mempunyai lebih dari satu pilihan.

Sebenarnya, ayat "Kau ni memilih sangat" adalah satu ayat yang aku selalu dengar bila aku kata "Aku belum ada awek lagi".

Jadi aku ingin bertanya, salahkah aku memilih?

Sebagai manusia, kehidupan kita sering dikelilingi oleh pilihan. Setiap pergerakan hidup kita, kita perlu melakukan pilihan.

Bila kita ingin keluar untuk pergi bekerja, kita akan membuat pilihan baju apa yang kita nak pakai ke tempat kerja.

Setiap kali kita ingin melangkah meninggalkan rumah, kita akan membuat pilihan untuk menggunakan kaki kanan atau kaki kiri untuk memulakan langkah.

Bila kita melangkah masuk ke tandasa awam, kita akan membuat pilihan untuk memilih tandas mana yang kita mahu gunakan.

Kalau kita ingin membeli baju, kita akan pilih baju yang sesuai dengan kita. Kita akan pilih jenamanya. Kita akan pilih coraknya. Kita akan pilih warnya. Kita akan pilih saiz nya. Dalam modus operandi untuk membeli baju pun, dah banyak pilihan yang perlu kita lakukan.

Jadi tak salah rasanya kalau kita ingin memilih untuk memilih bakal jodoh kita. Lagipun kita nak pilih bakal teman hidup kita, kenalah memilih.

Kita nak memilih teman hidup yang kita bakal jalani kehidupan bersama sampai ke akhir hayat. Jadi tak salah kalau kita sedikit memilih. Ini bukan macam beli baju bundle, nampak lawa sikit, nampak ok, terus sambar.

Kita kena tahu yang orang yang kita pilih itu bakal menjadi emak kepada anak-anak kita (bagi lelaki) & bakal menjadi pembimbingan keluarga dan anak-anak mereka (bagi perempuan).

Jadi, memilih dalam hal jodoh ini bukanlah hal besar sangat. Ini perkara biasa kerana teman yang kita pilih ini bakal menjadi peneman hidup kita sepanjang hayat. Tempat kita bergantung harap. Kenalah pilih yang betul-betul serasi dan boleh diharap.

Tapi janganlah memilih sangat sampai benda yang tak relevan pun menjadi penilaian. Contohnya:

"Aku tak nak la pompuan tu. Dia penyokong Chelesea. Aku fan MU. Mana boleh!"

"Aku terpaksa reject balak aku tu. Dia penyokong PR. Aku penyokong BN."


"Tak nak la aku pompuan tu. Aku ni peminat Rock. Dia boleh pulak minat Justin Bieber & K-Pop. Tak boleh! Tak serasi."


"Awek aku tu pendek sangat la. Aku ni keturunan orang yang badan tinggi. Aku nak mintak clash la."

Ini bukan memilih. Ini bodoh tahap lembu namanya.

Jadi bagi aku, memilih itu tak salah. Cuba janganlah sampai hal yang terlampau kecil macam di atas ini pun nak diambil kira.

Dalam kes aku memilih. Aku sebenarnya sudah ada seorang perempuan yang aku target. Tapi masalahnya, bila aku cuba berkenalan dengan dia, hati kecil aku berbisik, "Relax lah dulu. Apa barang nak couple sekarang. Enjoy single life kau dulu."

Jadi, pilihan yang bermain dalam hati aku sekarang ialah samada mahu bercouple sekarang, atau teruskan single life aku untuk beberapa tahun lagi. Mencari 'The One" kadangkala menjadi alasan untuk aku melepaskan diri dari soalan "Bila kau nak kahwin?" sebenarnya.

OK. Ini memang bukan satu option yang baik untuk dijadikan pilihan. Macam mana ini?