Tampilkan postingan dengan label Hal-Hal Orang Melayu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Hal-Hal Orang Melayu. Tampilkan semua postingan

Minggu, 20 November 2011

Masyarakat Kita & Benda Tahyul

Man:
Mak aku ni ntah apa-apa ntah.

Kassim:
Eh? Kenapa?

Man:
Mak aku ni percaya benda-benda tahyul.

Kassim:
Benda-benda tahyul? Ish, kau ni biar betul?

Man:
Iya! Ada ke aku makan pindah-pindah tempat, dia kata aku nanti kahwin ramai.

Kassim:
Hahaha! Itu macam petua orang Melayu la. memang diorang dari kecik dah dengar benda-benda macam tu. Tu yang terbawak-bawak tu

Man:
Memang la. Tapi benda tu kan tahyul. Tak logik. Bertentangan dengan fahaman agama kita bila kita percaya yang benda-benda macam tu boleh mempengaruhi hidup kita.

Kassim:
Ala... Kau tu makan bersepah. Tu yang mak kau sound kau tu

Man:
Cakap ajelah "man, jangan makan sepah-sepah". Kan senang. Ini nak cakap benda-benda macam tu pulak.

Kassim:
Ala.. Relax la.. Tak payah nak over reacted sangat la kan?

Man:
Tak de la.. Mak aku ni terpengaruh dengan nenek aku. Nenek aku pun sama. Aku lalu bawah ampaian, dia marah. Katanya nanti pening kepala. 

Lepas tu, aku baring meniarap, aku angkat kaki ke atas, nenek aku sound aku. Kononya kalau aku buat macam tu, nanti mak aku mati. Apa kaitan dengan aku naikkan kai dengan mak aku mati?

Kassim:
Ala.. Orang tua. Layankan aje la.

Man:
Mana boleh. Itu bertentangan dengan agama. Ustaz aku pernah kata benda-benda macam tu boleh dikatakan bertentangan dengan akidah. Takut lain jadinya. 

Kassim:
Hhmm.. Betul jugak kata kau ni...

Man:
Untung kita lahir dalam generasi baru. Tak la terkongkong dengan fahaman-fahaman kolot ni.

Kassim:
Eleh. Kau pun sama. Nak kata emak denga nenek kau pulak.

Man:
Eh? Tolong sikit! Bila masa pulak aku percaya benda-benda karut ni?

Kassim:
Yang kau asyik baca horoskop tiap-tiap minggu tu apa? Siap follow Twitter yang buat ramalan Horoskop tu. Tak percaya benda karut konon. Cakap tak serupa bikin.

Man:
Hehehehe..

==========

Setiap generasi, ada kepercayaan karut masing-masing. Dan dalam pemikiran kita, pasti ada benda karut yang kita percaya tanpa kita sedar.

Senin, 09 Mei 2011

Semalam, Hari Ibu.....

Semalam, Hari Ibu yang disambut secara meluas diseluruh dunia. Selamat Hari Ibu. Selamat Hari Ibu buat semua  kaum hawa yang sudah bergelar ibu.

Hari Ibu disambut untuk mengenang pengorbanan dan jasa seorang ibu yang tak pernah penat menjaga dan mendidik kita menjadi insan manusia yang berjaya (kalau tak berjaya, itu lain cerita).

Baru-baru ini, ada tersebar satu artikel di Facebook yang mengatakan Hari Ibu haram disambut oleh umat Islam. Berikut ialah sedikit petikan dari artikel tersebut:

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”
Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Ok. Dari petikan artikel di atas, ia menyatakan yang Hari Ibu pada zaman dahulu disambut untuk meraikan ibu kepada dewa tersebut.

Dengan kata lain,sambutan Hari Ibu disamakan dengan Hari Valentine yang disambut untuk memperingati St. Valentine.

Tetapi, seperti yang aku pernah tulis dalam entri dahulu tentang Hari Valentine, ada perbezaan antara Hari Valentine yang asli (memperingati St Valentine) dan Hari Valentine Moden (hari dimana Esther Howland menipu duit semua manusia).

Hari Ibu moden lebih kepada meraikan pengorbanan ibu kita yang membesarkan kita selama ini dan bukannya hari nak meraikan ibu dewa. Hari Ibu yang kita sambut sekarang tiada kena mengena dengan dewa-dewi tersebut.

Apa salahnya kita luangkan sedikit masa meraikan ibu kita yang sudah penat menjaga kita selama ini kan?

"Tapi Mirul, kalau kita nak meraikan mak kita, hari-hari lain pun boleh. Tak payah nak tunggu hari ibu pun boleh kan?"

Memang betul. Tapi adakah kita bagi hadiah hari-hari dekat ibu kita seperti kita bagi hadiah pada Hari Ibu? Adakah kita mengucapkan ucapan penghargaan kepada emak kita setiap hari? Yang sudah tinggal berjauhan dengan ibu kamu pula, ada ke kamu menelefon ibu kamu setiap hari, bertanya khabar dan mengucapkan rasa sayang kepada ibu kamu?

Tidak, bukan? Jadi tak salah rasanya kita meluangkan masa sehari untuk menghargai jasa ibu kamu. Sambutlah hari tersebut (dan juga pada hari lahir mereka) dengan niat menghargai pengorbanan ibu kamu.

Berbeza dengan Hari Valentine, hari tersebut menggalakkan maksiat, tapi Hari Ibu kan untuk meraikan ibu. Apa salahnya kan? Lagipun, Nabi Muhammad S.A.W. ada bersabda menyuruh kita menyayangi ibu kita lebih dari kita menyayangi orang lain. Rasanya, tak salah kita meraikan ibu kita kan.

Tapi entahlah, kadang-kadang bila fikir-fikir kan pening juga. Memandangkan Malaysia ini sekarang memang tengah trend haram-mengharamkan, aku pun boleh jadi pening juga. Sudahlah. Baik fikir benda yang lebih besar dari memikirkan benda yang remeh temeh ini. banyak lagi benda besar yang boleh merosakkan akidah yang kita patut fikirkan dari benda ini.

Apa pun, selamat Hari Ibu kepada ibu saya, Azizah Bte Ali. Terima kasih kerana membesarkan saya dan bersabar dengan saya selama 27 tahun. Begitu juga kepada ibu-ibu lain di seluruh dunia.

Senin, 21 Maret 2011

Double Standard Di Hati Kita

Tahukah kamu apa itu Double Standard?

Definasi mudah untuk Double Standard ialah penaksiran berbeza bagi satu situasi yang sama. Sebagai contoh, situasi yang sama terjadi kepada dua orang manusia. Tetapi seorang dipandang positif, dan seorang lagi di pandang negatif.

Faham? Tak faham? Bagus. Sebenarnya aku sendiri tak berapa faham dengan definasi yang aku tulis di atas. Tak mengapa. Baca dengan lebih lanjut entri di bawah untuk mendapatkan definasi yang tepat.

Ada dua orang lelaki baru putus cinta. Seorang lelaki mempunyai wajah yang kacak, jambu dan badan yang sasa. Memang selalu menjadi idaman gadis-gadis di sekolah/kolej.tempat kerja.

Seorang lagi lelaki bermuka tidaklah sekacak lelaki yang pertama dan tiada keistimewaan langsung berbanding lelaki yang pertama. 

Tapi apabila putus cinta, serta-merta para-para gadis lain akan memberikan definasi yang berbeza. Pada lelaki yang kacak, mereka akan berkata: "Mesti dia putus sebab awek dia tak tahan balak dia jadi hot stuff kat kolej kita ni."

Tapi buat lelaki yang kurang kacak itu pula: "Memang patut awek tu mintak putus dari dia. Dia tu bukannya handsome pun. Tak layak dia couple dengan perempuan tu."

Begitulah lebih kurangnya contoh double standard.

Double standard boleh terjadi di mana-mana sahaja dan boleh terjadi double standard antara jantina, antara bangsa ataupun antara negara.

Antara jantina yang paling selalu terjadi di UiTM Segamat semasa aku belajar dulu. Pak guard agak double standard. Jika pelajar lelaki yang buat salah, dengan pantas mereka akan dikenakan saman atau terus masuk court. Kalau pelajar perempuan, mudah sahaja mereka mendapat pengampunan.

Aku tak pasti bagaimana keadaan pak guard di UiTM Segamat sekarang samada sudah menjadi telus dalam pekerjaan mereka sekarang ini atau masih sama berperangai bangsat seperti dahulu.

Satu lagi double standard yang paling ketara ialah double standard sesama Melayu. Sebagai seorang Melayu (tapi aku sebenarnya mempunyai darah Mamak), aku selalu ternampak situasi di mana Melayu suka men-double standard-kan bangsa sendiri.

Jika ada seorang yang bukan berbangsa Melayu mendapat kenaikan pangkat atau gaji, mereka yang berbangsa Melayu akan mendiamkan diri. Tetapi jika ada yang berbangsa Melayu berjaya mendapat kenaikan pangkat atau gaji, mulalah ada yang tak senang hati.

Mulalah kerja menyebarkan fitnah dan khabar angin dibuat. Ada yang menuduh, "Dia ni kaki kipas, memang la senang naik." 

Atau pun yang lebih teruk, "Sebenarnya dia ni ada hubungan Gay dengan boss. Tu sebab dia dapat naik pangkat senang. Tak percaya, jom kita buat demonstrasi jalanan, kita paksa dia serahkan DNA pada kita."

Dan yang lebih kuno dan primitif dan syirik, mereka terus berjumpa bomoh. Terus disantaunya si Melayu yang berjaya mendapat kenaikan pangkat tersebut.

Bukanlah aku menyeru kamu menyantau orang yang berbangsa bukan Melayu pula. Santau dan bomoh adalah benda haram, tidak kira samada sasaran kamu itu orang yang beragama Islam atau tidak. Tapi adalah lebih baik kalau kita berusaha sendiri untuk mendapat kenaikan pangkat dari menggunakan cara yang salah.

Satu lagi jenis double standard yang aku jumpa ialah double standard antara drama Melayu dan sinetron. Ada sesetengah golongan yang bukan main lagi mengutuk drama Melayu seperti Gerak Khas, Roda-Roda KL dan lain-lain lagi.

Kononnya mereka mengutuk yang drama Melayu tiada standard. Bosan menonton drama Melayu, jalan cerita klise, lakonan tak mantap dan lain-lain Tapi yang peliknya, mereka sangat taksub dengan dengan sinetron.

Adakah sinetron lebih baik dari drama Melayu? No way, Jose! Aku pernah menonton sinetron untuk membuat penilaian samada benarkah sinetron lebih baik dari drama Melayu.

Apa yang aku lihat, sinetron lebih jauh merepeknya dari drama Melayu. Jalan cerita memang tak masuk akal, ditambah pula dengan babak-babak tak masuk akal seperti kemunculan pari-pari dan lain-lain. Jalan cerita sinetron jauh lebih klise ditambah dengan jalan cerita berulang-ulang sehinggakan episod seinetron boleh mencecah 200 episod atau lebih, tapi ceritanya dari episod 1 sehingga 200 sama sahaja.

Satu-satunya daya penarik sinetron ialah pelakon perempuan yang cantik rupa parasnya, walaupun lakonan mereka tidak seberapa. Aku berani kata yang drama Gerak Khas jauh lebih baik dari cerita sinetron karut barut tersebut.

Ingat lagi kumpulan nasyid Mirwana? Kumpulan nasyid yang pernah dianggotai oleh Faizal Tahir suatu masa dahulu sebelum dia "murtad" dan menyertai One In The Million?


Aku ingat lagi, semasa awal kemunculan Mirwana dengan imej yang lain daripada imej kumpulan nasyid kebiasaan. Mereka tidak mengenakan jubah dan "songkok Raihan" seperti kebiasaan. Mereka mengenakan baju kasual yang biasa kita pakai dan memakai Beret.

Selepas Faizal Tahir meletup selepas menyertai One In The Million, kawan-kawan Mirwana yang lain pun muncul dengan imej baru. Kali ini lebih kepada gaya pakaian santai, tanpa beret.


Aku masih ingat lagi, ramai yang mengkritik dari ciri pemakaian Mirwana dari semasa awal kemunculan mereka, sehingga mereka membuat kemunculan kembali. 

Ada yang mengecop mereka sebagai kumpulan yang tidak Islamik kerana pemakaian mereka yang tidak mengenakan jubah dan songkok Raihan. Ada pula yang mengecop mereka sebagai kumpulan nasyid sekular.

I facepalm on this.

Sekarang mari kita lihat penyanyi nasyid yang terkenal dari Sweden yang sedang meletup-letup, Maher Zain.


Adakah Maher Zain pakai songkok? Tidak! Adakah Maher Zain pakai jubah? Tidak! Apa yang Maher Zain pakai? Beret, sama seperti Mirwana. Jadi, kenapa tiada yang mengkritik beliau tidak cukup Islamik kerana tidak memakai jubah dan songkok Raihan?

"Tapi Mirul, Maher Zain ni orang putih. Pakai jubah ni bukan budaya dia la."

Semenjak bila pula berjubah jadi budaya orang Melayu? Jubah adalah pakaian budaya orang Arab. Jadi kenapa kita pula yang memakai jubah dan menganggap memakai jubah boleh menjadi bertambah Islamik? Semenjak bila pakaian boleh melambangkan tahap keimanan atau keislaman kita? 

Dan, kenapa tiada yang menghentam Maher Zain? Mudah. Kerana kita bersifat double standard. Bagi aku, tak salah pun kalau Mirwana nak pakai beret sama seperti Maher Zain. Ianya hanya pakaian.

Sebenarnya, orang Melayu memang suka men-double standard-kan bangsa sendiri. Jika bangsa lain buat, semuanya okay sahaja. Jika Melayu yang buat, semuanya salah belaka. 

Contoh yang aku berikan di atas hanyalah contoh-contoh yang ringan. Aku pasti kamu dapat mencari situasi double standard yang lebih tinggi bukan?

Kita suka men-double standard-kan bangsa kita sendiri sehinggakan bangsa Melayu sukar untuk maju kehadapan kerana banyak pantang larang dan taboo yang sepatutnya tidak menjadi pantang larang dan halangan kepada kita.

Kita selalu menilai bangsa Melayu dengan double standard sehinggakan kita terasa rendah diri kerana selalu dikiritikan sedangkan apabila ada orang luar buat, mereka mendapat pujian.

Jadi, tak payahlah kau nak sibuk-sibuk nak menyertai kumpulan Perjuang Melayu atau sibuk membuat demo mempertahankan Ketuanan Melayu untuk memajukan orang Melayu kerana kau sendiri membantutkan kemajuan orang Melayu dan membunuh orang Melayu dengan semangat double standard kau itu.

Tak payah tunggu Illuminati atau Freemason datang untuk memusnahkan orang Melayu kerana orang Melayu sendiri sudah pun membunuh bangsa mereka sendiri.

Note:
Bagi yang bukan berbangsa Melayu yang terbaca entri ini, ini bukanlah entri racist (lagi-lagi bahagian naik pangkat di atas). Itu hanyalah contoh. Ini hanyalah entri yang menunjukkan entri double standard antara sesama Melayu. Tidak lebih dari itu. Jangan salah anggap pula.

P/S: kamu ada pengalaman double standard yang terjadi pada diri kamu? Do share on the comment section.

Kamis, 22 Juli 2010

Kerenah dan ragam Orang Melayu


Inilah dia karenah dan ragam Orang Melayu yang ada di sekeliling kita.

Filem Seram

Orang Melayu suka tengok cerita seram. Pantang keluar cerita seram dekat wayang, dialah orang pertama yang akan beratur beli tiket. Lepas tu, bila cerita yang diharapkan tak seram ataupun tahap sampah, mulalah menyumpah.

Macam tak biasa pulak yang 96% filem seram buatan Malaysia semuanya tak seram dan kalau buatan Prof Madya Abd Razak, tak payahlah bersusah payah pergi ke wayang untuk menonton sampah ciptaan beliau.


Menonton Drama TV

Kalau tengok cerita Melayu yang bergenre superhero atau cerita dongeng, dialah orang yang akan mengutuk dan menghentam drama tersebut.

"Bodoh betul cerita Kapten Kit ni. Custom dah la bodoh, effect nampak sangat budget murah"

"Kau tengok cerita Papaya tu? Dah lah Zul Yahaya tu berlakon macam orang bodoh, effect pun macam sampah."

"Tolonglah, aku tak layan cerita Duyung Aridinata tu. Dah la effect macam nampak sangat computerize, jalan cerita pun hampeh."

Tapi kalau cerita Sinetron Indonesia yang penuh dengan jalan cerita karut-barut siap ada pari-pari dan effect yang maha sampah dan asyik nak zoom muka pelakon bila ada babak yang konon-konon macam saspen, dialah orang pertama yang tercogok depan TV dan memuji-muji sinetron tersebut.

Sinetron suka, pendatang tanpa izin benci pulak ya?


Dengki-mendengki

Orang Melayu suka dengki bangsa sendiri. Contoh: kalau Mamat naik pangkat, mesti ada pendengki yang akan kacau kedudukan Mamat sampai Mamat kena turun pangkat atau kena pecat. Patutlah Drama Melayu sekarang semuanya genre merebut kuasa dalam pejabat.

Tak payah syarikat besar juta-juta, meniaga warung pun boleh juga. Kalau ada satu warung baru buka dekat satu warung lama, mesti pemilik si warung lama akan mendengki. Hantar santau lah, jumpa bomoh lah... Sampailah si pemilik warung baru muntah darah keluar kaca dan warung baru tersebut bungkus.


Sejarah

Paling tak suka subjek Sejarah masa sekolah dan paling tak berminat dengan apa sahaja yang berkaitan dengan Sejarah. Termasuk filem yang bergenre sejarah.

Bila dah besar, masing-masing buta sejarah. Konon-kononnya, "Kita bangsa maju. Kena pandang ke depan. Tak payah nak tengok benda yang lepas."

Sejarah mengajar kita tentang kehidupan yang lepas, kemajuan dari masa silam dan kesilapan yang pernah manusia lakukan dan ambil pengajaran dari kisah sejarah tersebut.

Bila buta sejarah, senang kena tipu. Bila kena tipu, asyik nak salahkan orang lain tanpa memandang kekhilafan diri sendiri.


Kahwin Campur

Kalau pergi ke kenduri perkahwinan campur, Melayu kahwin dengan bangsa bukan Melayu, mesti ada para jemputan yang bermulut jahat yang bercakap begini:

"Dah tak de Melayu lagi agaknya dia nak jadikan bini."

"Mentang-mentang dah kaya, terus tak nak pandang Melayu kita."

"Bodoh betul si Kassim tu. Pergi kahwin dengan Cina, nanti semua harta dia jatuh kat cina tu."

"Ni jenis-jenis penderhaka. Dah tak ingat Melayu lagi. Dah tak layak jadi Melayu."

"Bodoh betul Kiah tu bagi anak dia kahwin dengan orang kapir. Nanti habis semua cucu dia ikut perangai kapir. Pegi minum arak, pergi disko."

Kalau kau tak pernah dengar dialog macam di atas ni, tahniah aku ucapkan kerana mungkin orang kampung kamu sudah berfikiran terbuka.

Salah ke kahwin dengan bukan orang Melayu? Bukan ke dalam Isalm pun ada menggalakkan perkahwinan dengan lain bangsa supaya dapat melahirkan baka yang lebih baik (hybrid).

Aku berharap agar mak cik-mak cik yang bermulut jahat yang pernah mengucapkan dialog-dialog di atas tu, anak dia kahwin dengan orang bukan Melayu. Teringin nak tengok muka mak cik tu.

Alah, mak cik. Sekarang ni, ramai jugak anak hasil dari kahwin Melayu dengan Melayu minum arak. Tak payah artis, orang biasa pun ramai.


Ketuanan Melayu

Kalau pasal perjuangan Melayu, dialah orang nombor satu yang sanggup berjuang untuk mempertahankan Ketuanan Melayu. Ramai yang akan turun berdemonstrasi, bakar bendera, koyak poster, pijak poster, buat banner tulis ayat-ayat mengutuk bangsa lain sebagai "pendatang" dan macam-macam lagi.

Tapi bila ditanya, apa itu Ketuanan Melayu? Haram dia tak tahu.


Cepat Terpengaruh

Orang Melayu biasanya akan cepat terpengaruh bila dapat tahu tentang fakta yang menarik dan sensasi tanpa perlu membuat kajian. Lagi-lagi kalau ada kaitan tentang Islam dan ayat Al-Quran.

Bila baca dalam buku pasal budak Underground semuanya dah terpengaruh dengan Black Metal, minum darah kambing, gigit kelawar... Terus percaya bulat-bulat dan label budak-budak Underground semuanya macam tu.

Kalau Bola Sepak Malaysia hancur akibat rasuah sekitar tahun 1994, arena Underground Malaysia musnah kerana khabar angin Black Metal.

Patutlah orang Melayu suka baca Metro dan Mastika. Metro suka mensensasikan berita kecil. Mastika pula selalu memberikan fakta serba salah kepada pembaca dan pembaca biasanya terima bulat-bulat.

Dan sekarang Orang Melayu percaya tentang Hitler menyanjung Islam pula. Mula-mula baca, aku pun macam terpengaruh (hey, aku pun Melayu juga). Bila fikir balik, memang ada satu konspirasi tentang artikel tersebut.

Macam aku katakan, mungkin sebab artikel itu ada mengaitkan tentang Hitler, Islam, ayat Al-Quran dan bunuh Yahudi, semuanya jadi taksub dan serta merta mengangkat Hitler sebagai tokoh yang boleh dijadikan contoh.

Banyak fakta yang boleh menyangkal artikel tersebut. Peringatan untuk semua, jangan percaya fakta yang kita tak tahu dari mana asal-usulnya. Jangan tutup minda dan terima bulat-bulat sesuatu benda.


Belajar

Ayat lazim student Melayu.

"Rileks la, bro. Buat ape belajar rajin-rajin. SPM dapat 2A pun dah boleh masuk U."



Itulah dia Orang Melayu. Bangsa aku dan bangsa kau (jika kau orang Melayulah). Apa yang aku tulis adalah perangai Orang Melayu yang wujud sejak dari dulu lagi. Tipulah kalau tiada Orang Melayu yang bersifat sedemikian.

Oh, aku tertingal satu lagi.

Membaca

Kalau suruh baca buku, memang liat betul. Kalau baca blog, laju saja. 

Dah!!! Pergi baca buku!!!!

P/S: Bagi yang bukan Melayu, kalau kamu ada membaca blog ini. Ini bukan entri untuk memainkan sentimen perkauman. Ini hanya entri peringatan kepada bangsa aku supaya jangan jadi "syok sendiri" di atas bumi. Maaf jika kamu terasa.

Kamis, 20 Mei 2010

Kenapa Akademi Fantasia semakin annoying dan harus diberhentikan

Entri ini ialah cross blogging daripada entri blog Faerrin.

Menulis tentang Akademi Fantasia ketika ia bakal melabuhkan tirai esok. Ironi bukan?

Sabtu ini, rancangan realiti terbaik Malaysia (ye ke?) Akademi Fantasia musim ke-8 bakal melabuhkan tirainya dan bakal menobatkan juara baru dan bakal menghiasi muka-muka majalah gosip murahan termasuk bakal berpossing di dalam kolam renang dengan tidak berbaju (jika lelaki).

Adakah aku excited menunggu sabtu ini? Ya, kerana pada pukul 2:30 pagi (dah masuk hari Ahad) perlawanan akhir UEFA Champions League antara Bayern Munich menentang Inter Milan. Itu yang aku nantikan, bukannya Konsert Akhir Akademi Fantasia (AF).

Bagi aku AF semakin lama semakin hilang auranya. Semakin lama semakin membosankan. Semakin lama peserta yang masuk juga semakin kurang berkualiti.

"Ah.. kau ni, tak tengok AF. Lepas tu kau nak kutuk-kutuk pulak. Dasar pembenci AF. Asyik tau nak kutuk je."

Silap di situ. Aku juga ada menonton AF . Aku ada juga menonton AF untuk 3 musim pertama tetapi tidaklah menontonnya tiap-tiap minggu. Sudah semestinya keutamaan harus diberikan kepada EPL (makan bola, minum bola). Semasa EPL tiada siaran langsung pada pukul 8:30, memang TV rumah aku bakal membuka konsert AF. So, aku layan saja.

"Kenapa kau layan konsert AF tu?"

Kata orang, kita tidak boleh mengkritik atau mengutuk sesuka hati jika kita tidak menonton. Tidak adil jika kita mengadili sesuatu benda tanpa melihatnya. Ya. Memang tidak cool apabila seseorang yang meminati muzik metal dan mengikuti peredaran muzik Underground menonton Akademi Fantasia. Tetapi tidak adil dan gentleman pula jika aku menghakimi rancangan tersebut tanpa menontonnya.

Lagipun, sebelum aku menonton AF, aku sudah pun menonton 3 musim pertama rancangan realiti yang berfenomena dari Amerika, American Idol (AI). Johan untuk 3 musim pertama, Kelly Clarkson, Ruben Studdard dan Fantasia Barrino, mempunyai tahap kualiti yang mantap untuk dinobatkan sebagai juara.

Aku follow sampai AF3, lepas tu aku rasa rancangan ini dah mula jahanam. Musim-musim yang seterusnya, aku tengok sekali sekala sahaja. Macam aku terangkan kat atas tadi.


Kualiti Pertandingan dan Kualiti Peserta

Format AI tidak jauh berbeza dengan AF, setiap pelajar perlu menyanyi di atas pentas untuk memungut undian dari para penonton melalui SMS. Pelajar AF akan mendapat lagu hasil pilihan pihak pengajar manakala peserta AI akan menyanyi lagu pilihan sendiri mengikut kategori yang ditetapkan pihak penganjur (minggu rock, minggu Michael Jackson dan lain-lain).

Bezanya, pelajar AF akan menyanyi mengikut lagu, rentak dan muzik yang diberikan. Tempo dan muzik lagu hanya diubah sikit-sikit (kalau suara peserta tak sampai key yang tinggi, ia turut diubah supaya peserta boleh menyanyi lagu tersebut). Sekali tengok, AF tidak ubah seperti nyanyian karaoke.

Peserta AI pula berbeza. Peserta yang masuk dalam AI kebanyakannya tahu bermain alat muzik dan tahu membaca not muzik. Mereka akan menukar tempo dan muzik mengikut genre yang mereka minati. Kalau peserta tersebut memang berminat dengan muzik Jazz, maka diubahnya lagu tersebut dalam rentak Jazz tapi masih sedap didengar (bukannya macam ada satu peserta AF8 yang menyanyi lagu Hanya Di Radio dalam rentak dangdut. Memang gampang bunyinya. Suara dah la tak sedap).

Peserta AI perlu menyusun muzik baru bersama pemuzik iringan. Dengan kata lain, tugasan mereka bukan sekadar menyanyi, tetapi juga menyusun muzik sendiri dan menaikkan kemahiran mereka dalam menulis lagu sendiri dan mewujudkan identiti tersendiri buat peserta tersebut.

Apabila tamat pertandingan, peserta AI yang berpeluang menjadi artis rakaman akan merakamkan album mereka sendiri dan menulis lagu sendiri (walaupun bukan semua). Mereka menjadi artis yang lebih independent dan berkualiti. Lihat Carrie Underwood (my favorite) dan Kelly Clarkson. Mereka menjadi peserta AI yang paling sukses dengan memenangi banyak anugerah muzik di Amerika dan eropah terutamanya Grammy Awards.

Bagaimana pula dengan pelajar AF?

Mereka akan merakamkan album dengan lagu yang diberikan oleh pihak Astro. Hanya segelintir sahaja lagu tersebut yang berkualiti dan yang lain-lain hanyalah lagu tangkap muat dengan kualiti yang hancur sama seperti lagu Cari Jodoh yang gampang nyanyian Wali Band.

Pelajar AF diberikan lagu dengan genre yang jauh lari dari genre kegemaran mereka hingga menyebabkan mereka hilang peminat mereka. Lagu mereka hanya popular dicorong radio dalam tempoh 5-6 bulan sebelum dilupakan oleh pendengar.

Bagaimana pula dengan anugerah? Pelajar AF hanya mampu memenangi Anugerah Artis Baru Terbaik sahaja. Untuk anugerah-anugerah lain dimana mereka terpaksa bertanding dengan peserta senior, mereka pasti akan tertewas ditangan Dato Siti Nurhaliza dan artis-artis Indie. Mungkin kalau ada Anugerah Artis Popular Melalui SMS, mereka mungkin boleh menang.

Beauty with talent: Carrie Underwood

Populariti Peserta

Ok. Cukup-cukup aku bandingkan Pelajar AF dengan Peserta AI. Nanti kamu kata aku ni berkiblatkan barat, Ejen Rahsia Amerika, tali barut George W. Bush, tak support Orang Melayu ataupun ahli Freemason pula.

Kita dapat lihat populariti pelajar AF biasanya tidak kekal lama walaupun dinobatkan sebagai juara program tersebut.

Mawi, johan AF yang paling dahsyat sekali aura popularitinya, sekarang pun sudah lenyap auranya. Johan yang paling berfenomena ini kini di 'booo' peminat dan dia sendiri sudah mengakui yang popularitinya mula merudum.

Mana hilangnya Vince dan Zahid? Faizal pula lebih hebat. Selepas menjadi juara AF, dia hilang begitu sahaja sebelum muncul kembali dengan berita bahawa dia kini sudah berkahwin tanpa pengetahuan keluarganya. Boleh dikatakan kategori simpan dalam peti sejuk.

Mila pula kini membintangi satu drama muzikal dengan skrip yang maha sampah, Kau dan Aku, dengan adanya babak tak masuk akal seperti mewujudkan pertandingan Futsal Muzikal.

Hafiz, johan AF tahun lepas hilang entah kemana. Balik-balik muka budak yang dapat tempat kedua dan ketiga sahaja yang selalu keluar dikaca televisyen.

Setakat ini, hanya Stacy sahaja yang berjaya bertahan. Mungkin kerana kelebihannya yang menari bagaikan manusia tidak berjantung membuatkan popularitinya bertahan lebih lama (seriously, macam mana Stacy boleh menyanyi sambil menari tanpa henti?)

Namun, kesalahan ini juga patut diletakkan dibahu Astro sendiri. Setiap peserta perlu menandatangani perjanjian dan akan terikat bersama Astro selama 3 tahun dimana Astro akan menentukan apa lagu dan genre yang akan dinyanyikan oleh pelajar (walaupun tidak bersesuaian dengan pelajar tersebut) sehingga menjahanamkan pelajar tersebut.

Seriously, dapatkah Astro mengawal lebih sedozen pelajar dan akan bertambah setiap tahun? Mampukah Astro menyusun jadual persembahan pelajar-pelajar tersebut? Akibatnya, ada pelajar yang terabai.

AF disiarkan setiap tahun. Setiap tahun, belasan peserta baru dipertengahkan untuk menjadi artis secara segera. Walaupun disingkirkan pada konsert minggu pertama, mereka tetap digelar artis. Senang bukan mahu bergelar artis sekarang ini?

Oleh kerana AF bersiaran setiap tahun, ia telah menjadi satu acara bermusim. Begitu juga nasib pelajar-pelajar AF. Populariti mereka juga bermusim.

Tahun ini, mereka akan dipuja oleh para peminat mereka. Kemana sahaja mereka pergi, mereka pasti akan dikejar oleh para peminat yang menginginkan tandatangan mereka. Kemana sahaja, mereka akan menjadi sasaran lensa kamera dan wartawan gosip terkenal, jubor. Eh, silap. Zubir.

Tapi ianya kekal setahun sahaja. Tahun hadapan, peminat mula memuja pelajar AF musim baru pula. Tiada lagi sorakan dari para peminat. tiada lagi spotlight untuk mereka. Tiada lagi kamera yang mengejar mereka. Zubir juga sudah pergi menjuborkan diri kepada pelajar AF musim baru.

Maka, sunyi sepilah pelajar AF ini. Hanya gosip putus tunang, kahwin sorok-sorok, skandal cinta atau ditangkap kerana menghisap dadah sahaja yang akan menaikkan populariti mereka. Itupun hanya sementara.

Setiap tahun, lebih setengah dozen pelajar diserapkan AF. Adalah mustahil jika mereka semua boleh mengecap ombak populariti dengan sama rata. Ada juga aku baca tentang pelajar yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang terpaksa pulang ke Pulau Borneo kerana gagal cari makan di sini.

Pada kamu di luar sana, jika kamu ingin menyertai Kem AF tahun hadapan kerana ingin hidup senang dan mengecap populariti dengan segera, fikir-fikirkanlah. Apabila kita dengan segeranya menjadi artis, maka dengan segeranya juga kita boleh jatuh.


Motif Diari AF?

Diari AF adalah rancangan dimana ia menyiarkan aktiviti harian pelajar dari semasa mereka mempelajari teknik vokal, kelas tarian, kelas drama dan lain-lain kelas lagi.

Kadang-kadang, ia juga akan menyiarkan aksi-aksi pelajar menghabiskan masa seperti aktiviti makan-makan, berbual sesama sendiri, berbual dengan tenaga pengajar, berbual dengan kamera (musim ini, ada yang berbual dengan motor pula), bergomol-gomolan, pelajar yang tergedik-gedik, suka menggatal, cuba tunjuk bagus dan lain-lain.

Kalau kamu bernasib baik, kamu dapat menonton aksi pelajar kutuk-mengutuk antara sesama pelajar. Biasanya, pelajar yang tidak mendapat undian yang tinggi akan mengutuk pelajar yang menjadi fan favorite. Di sini, sikap buruk orang Melayu seperti mengata belakang, mengumpat, memburuk-burukan orang lain dan menikam belakang member akan terdedah untuk tontonan umum.

Sikap -sikap buruk pelajar ini akan menjadi modal untuk peminat pelajar lain mengutuk mereka di Saluran 109, iaitu saluran untuk ber-chatting secara SMS. Penuhlah saluran tersebut dengan ayat maki hamun budak-budak yang berchatting.

"Meluat tengok si Joyah tu. Suara dah la tak sedap, tambah lak perangai buruk."

"Muka dah la buruk, suara tak sedap. Macam mana Samsiah tu boleh masuk AF."

"Kasi keluar budak Melah tu. Benci betul tengok dia tergedik-gedik dengan Osman tu. Aku ni dah la minat si Osman. AFUNDI Osman!!!!"

Penonton yang hanya dapat menilai mereka melalui kaca televisyen selama 30 minit terus mengutuk pelajar-pelajar tersebut tanpa tapisan. Apalah perasaan mak bapak peserta yang membaca ayat-ayat tersebut.

Nak buat macam mana mak cik oi, dah anak mak cik yang pilih nak masuk AF. Terima aje lah ye.

Kemudian datang pula penjaga pelajar-pelajar tersebut yang cuba melaga-lagakan para pelajar. Mereka akan cuba melagakan pelajar lelaki dengan perempuan.

"Osman, saya tengok Si Joyah tu macam ada felling dengan awak je?"

"Fatimah, saya tengok awak ni macam ada apa-apa je dengan Sazali. Cerita kat saya sikit."

Pelajar-pelajar tersebut pun akan membuat penjelasan. Kalau pelajar tu jenis rileks-rileks, dia akan menafikan. Tapi kalau dapat pelajar yang gedik nak mampus, memang segera akan mengiakan kenyataan tersebut.

Maka, para tenaga pengajar akan menggunakan fakta berikut untuk menyakat para pelajar. Begitu juga dengan pengacara Diari Fantasia. Mereka akan dilagakan yang kononnya mereka bercinta di dalam akademi. Menimbulkan gosip hangat di kalangan peminat. Mungkin akan menaikkan lagi jumlah undian para peserta.

Kepada peminat yang tidak puas hati apabila pelajar kesayangan mereka dipadankan dengan peserta yang dibenci, maka maki-hamun dan caci-mencaci akan menjadi subjek utama dalam Saluran 109 seperti di atas.

Belum keluar dari AF, pelajar-pelajar ini telah diajar untuk hidup dalam gossip murahan. Patutlah kebanyakan pelajar AF akhirnya banyak menjdai artis majalah.

Tapi bagus juga pada mereka, mungkin mereka dapat belajar bagaimana mereka perlu hadapi apabila berdepan wartawan hiburan seperti jubor.. Eerr.. Zubir dan apabila diterjah oleh Nenas Ahmad.

Mungkin selepas ini, Diari AF boleh menetapkan pula kelas untuk cara pose di tepi kolam renang. Banyak bagi manfaat bila mahu berpossing di Majalah Mangga nanti.


Astro Yang Tamak Haloba!

Memang tidak dinafikan, Astro cuba sedaya-upaya untuk rip-off duit dari poket-poket peminat AF yang fanatik.

Setiap minggu, peminat akan ber-SMS berhabis-habisan untuk menyelamatkan pelajar kegemaran mereka daripada tersingkir. Berapa banyak keuntungan yang Astro dapat dari situ.

Sebuah akhbar tempatan (bukan Harakah yang pasti) pernah mengeluarkan statistik bahawa AF merupakan rancangan realiti yang berjaya mendapat keuntungan paling tinggi melalui SMS peminat berbanding rancangan realiti yang lain.

Untuk mengosongkan lagi poket peminat AF, Astro memperkenalkan AFMASUK, dimana peminat boleh mengundi kembali pelajar yang telah tersingkir untuk bertanding kembali di peringkat akhir.

Cilaka! Kalau dah suara tu sumbang, no talent, menari macam kayu, memanglah terkeluar awal. Jadi, apa relevannya memasukkan mereka yang tidak berbakat ini pada peringkat final? Nampak sangat yang pihak Astro ingin mengambil kesempatan daripada para peminat yang kecewa kerana pelajar kegemaran mereka yang bersuara sumbang tidak dapat melangkah jauh.

Tidak cukup dengan itu, Astro juga mengeksplotasikan pelajar AF dengan membuat album gambar yang boleh didownload dengan harga yang mahal melalui telefon bimbit dan mendapatkan gosip terbaru melalui telefon bimbit.

Cukup-cukuplah kau menjahanamkan poket orang di luar sana, Astro. Sudahlah servis Astro macam celaka. Hujan sikit, habis hilang siaran. Hampeh! Baik kau gunakan duit tersebut untuk improvekan servis kau tu.


Obsessi pelajar/peminat AF

AF sedikit sebanyak mempengaruhi anak muda (baca: anak Melayu) di Malaysia. Samada yang ingin menyertainya sehinggalah yang menjadi peminatnya.

Kita dapat lihat berduyun-duyun anak muda Melayu yang belajar setakat SPM sahaja ataupun yang belajar sehingga ke IPTA/S beratur dan menyertai program ini.

Tujuan utama mereka ialah ingin menjadi artis dan bergelumang dalam dunia glamour. Mungkin bagi mereka, mereka berfikiran mereka akan cepat kaya jika menyertai bidang penuh glamour.

Well, your wrong kid. This is not Hollywood. This is not America. Even in Hollywood, celebrity get crash and burn and died as a poor man.

Jangan fikirkan ia jalan pintas untuk kaya dan berjaya. Di Malaysia, populariti tidak kekal lama semenjak kewujudan AF. Ingat tak Mas AF2 yang seolah-olah sakit jiwa dan cuba menyerang orang ramai kerana tiada duit? Jadikan dia sebagai tauladan.

Kalau kau ingin menyanyi kerana singing is your passion, tubuhkan band ataupun nyanyi secara solo dan mulakan dari bawah. Seperti Yuna contohnya. Masuk AF hanya akan memberikan kamu populariti sekitar 3-4 tahun (jika kamu juara) dan hanya setahun jika kamu terkeluar sebelum konsert final.

Tapi aku lebih kasihankan para peminat pelajar AF. Mereka berhabisan duit mengundi pelajar kegemaran mereka dan akhirnya, apa yang mereka dapat?

American Idol hanya membuka talian undian dalam masa 2 jam sahaja sesudah tamat persembahan peserta mereka. AF pula membuka talian tersebut 24 jam kerana mereka cuba mengaut keuntungan semaksimum yang mungkin dan para pengundi yang tertipu menghabiskan duit untuk memastikan pelajar kegemaran mereka menang pertandingan tersebut.

Apa yang lebih menyedihkan apabila aku melihat para peminat pelajar-pelajar AF ini bergaduh di saluran 109 iaitu saluran untuk ber-chatting secara SMS. Si Milah mengutuk pelajar A, Si Johan membela pelajar A dan mengutuk Pelajar B pula. Datang Si Joyah mempertahankan Pelajar B. Manakala moderator saluran tersebut mengapi-apikan para chatters untuk terus membuang duit dan memburukkan peserta lain.

Adik-adik ku, simpanlah duit tersebut. Mak bapak kamu bagi duit tu untuk belanja sekolah, bukannya menghabiskan untuk mengutuk pelajar. Kasihanilah mak dan ayah kamu itu. Malaysia bukan macam Amerika. Tahap GDP Malaysia jauh lebih rendah berbanding Amerika. Sudahlah harga barang sering naik selepas pilihan raya. Simpan sikit duit adik-adik tu.

Aku harap selepas ini, Astro menamatkan siaran AF ini. Cukup-cukuplah 8 musim yang ada. Mungkin Astro boleh mempertengahkan rancangan realiti yang baru untuk diketengahkan.

Contohnya, mungkin Astro boleh membuat satu rancangan realiti seperti The Scholar, di mana pelajar-pelajar cemerlang dikumpulkan dan bersaingan untuk mendapatkan biasiswa melanjutkan pelajaran ke IPT.

Tapi kalau Astro buat Beauty and The Geek, aku mahu masuk!!!!! Hahahhaa!!!!

Tapi macam mana pun, Mentor jauh lebih sampah dari AF. Lagi-lagi semenjak kehadiran Mas Idayu. Annoying.

P/S: Aku bersyukur kawan aku yang cuba menyertai Mentor tidak layak dan kini bermula dari bawah dengan menubuhkan band beliau sendiri. Tahniah Bro! Mula dari bawah. tak payah kejar fame tu.

Selasa, 27 April 2010

Membaca Bukan Hobi Pilihan Anak Muda Zaman Ini

"Ali, apa hobi kamu?"

"Hobi saya ialah membaca, cikgu."

Itulah dialog yang kita selalu dengar di dalam kelas bila seorang cikgu bertanyakan pada muridnya tentang hobi masing-masing.

Tapi, itu masa zaman dulu-dulu. Paling baru pun, zaman 90-an. Sekarang?

"Sekarang ni hobi budak-budak pelik-pelik la. Yang baru ni... Apa bende namanya.... Sha... Ha! Shuffle!"

Itulah antara dialog seorang cikgu kepada kawanya semasa makan di gerai bapak aku. Aku curi-curi dengar.

Aku rasa berapa sangat Rakyat Malaysia (terutamanya Melayu) yang ada hobi membaca. Membaca kini bagaikan satu hobi yang kuno. "Dah tak cool" kata budak-budak baru nak Up.

Memang amat jarang sekali kita melihat budak-budak zaman sekarang suka membaca. Jangankan bahan bacaan berilmiah, komik pun mereka jarang-jarang baca.

"Buat apa nak beli komik Naruto. Kan anime dia keluar tv. Tak pun, beli je DVD cetak rompak je...."

Memang tahap malas habis.

Budak-budak zaman sekarang lebih cenderung dengan hobi zaman baru. Main PS2 atau X-Box 360 adalah satu kemestian. Asyik masyuk bermain game lagi-lagi bila main game yang susah nak ditamatkan missionnya. Mahu 3-4 jam mengadap TV sampai mak-bapak menjerit-jerit, baru tahu nak tutup TV.

Sekarang timbul satu lagi hobi yang dipanggil Shuffle. Tarian yang berasal dari Melbourne, Australia ini first time aku dengar dari sepupu aku, Afiq. Aku sendiri tak faham sangat dan tak tahu macam mana nak menilai tarian yang aku tengok macam orang tengah memijak lipas di lantai. Sekarang ni dah ada Tectonik pulak. Macam-macam.

Dan yang paling baru sekali dan yang paling nyata sekali ialah komputer dan internet. Lagi setelah kemunculan Facebook. Facebook bagaikan satu virus yang merebak dengan laju. Orang yang tak pernah mempunyai akaun Friendster dan Myspace pun boleh terjebak dengan Facebook.

Bukan setakat Facebook, pelbagai lagi benda-benda yang menarik berada di alam maya sehingga menyebabkan budak-budak zaman sekarang jarang membaca. Youtube, online game dan pelbagai lagi website yang boleh

Sebenarnya kita boleh membaca juga di dalam internet. Pergi sahaja ke laman web wikipedia, dan kemudian taip apa sahaja yang kamu ingin tahu dibahagian search, dan kamu boleh baca semuanya. Malahan, bahagian sejarah Malaysia dalam wikipedia ialah lebih baik dan banyak isinya jika dibandingkan dengan buku teks yang kamu belajar di sekolah tu.

Tapi mungkin salah satu sebab kenapa budak-budak zaman sekarang tidak berapa gemar membaca ialah kerana harga buku yang agak mahal.

Kalau kita lihat, harga buku sekarang memang agak mahal. Menurut pengeluar buku, harga kertas agak mahal sekarang. Aku masih ingat lagi harga komik yang berasal dari Hong Kong dahulu hanya berharga RM 1.80 tetapi kini telah melambung menjadi RM 3.50.

Selain itu, harga buku import juga agak mahal. Jika dilihat buku kecil (saiz seperti novel) buatan Malaysia setebal 200-300 muka surat berharga sekitar RM 20.00 sehingga RM 30.00.

Tetapi, buku import yang mempunyai saiz dan ketebalan yang sama dengan buku keluaran tempatan boleh mencapai harga RM 50.00 sehingga RM 70.00.

Kalau buku tersebut berbentuk autobiografi pula, harga boleh mencecah RM 100.00 sehingga RM 120.00. Kalau buku hard cover? Boleh mencecah RM 200.00.

Ada juga beberapa kali aku cuba membeli beberapa buku hasil karangan tokoh-tokoh pemimpin luar negara. Tapi bila aku mencapai buku mengenai Barack Obama dan melihat harganya RM250.00, dengan sepantas kilat aku memberhentikan niat aku.

Kalau dilihat harga asal buku tersebut, tidaklah mahal sangat. US Dolar 15.00 sahaja. Bila sampai di Malaysia dan dikenakan cukai barangan impot, terus harga buku tersebut boleh melambung mencecah RM 80.00.

Dengan tahap pendapatan rakyat Malaysia yang sedikit, adalah mustahil rakyat Malaysia mampu membelanjakan RM 80.00 hanya semata-mata untuk membeli buku. Mungkin inilah antara sebab kenapa rakyat Malaysia kurang berminat untuk membaca.

Cukai kereta buggy untuk kelab golf boleh dikecualikan, cukai perabot import boleh dikurangkan, cukai kereta mewah boleh dikurangkan... Tak kan cukai buku import tak boleh kurangkan ya? Harap pihak berkuasa boleh membantu dalam hal ni. Kalau tak, iklan membaca dalam LRT hanya akan menjadi satu mimpi yang tak kan berlaku.

"Sekarang ni budak-budak ingat membaca ni untuk budak-budak nerd je."

Salah satu pendapat kawan aku. Membaca hanyalah dari golongan nerd/geek atau ulat buku. Golongan yang dianggap tidak cool, anti sosial dan pakai cermin mata berbingkai hitam yang tebal.

Tidak dinafikan budak-budak zaman sekarang lebih mengejar populariti dan coolness dalam gaya hidup mereka. Mereka perlu nampak cool di sekolah atau kolej. Seolah-olah budaya sekolah mengah gaya Amerika telah meresap di Malaysia. Golongan Perempuan Hot, Perempuan Gedik, Golongan Lelaki Jock, lelaki tampan bermuka jambu, lelaki metroseksual dan lain-lain.

Membaca akan menjatuhkan maruah mereka ke tahap golongan nerd/geek. Kalau dalam cerita Glee, golongan ini biasanya akan disimbah dengan slushy. Tapi mereka lupa yang golongan geek/nerd yang berpeluang menyertai rancangan Beauty and The Geek. Damn! Kenapa rancangan ini tidak wujud di Malaysia, kalau tidak memang aku dah beratur untuk ujibakat.

Jadi tanamkan sedikit minat untuk membaca. Tidak kira buku yang tebal atau nipis. Tapi sekurang-kurangnya tanamkan semangat untuk membaca. Sekurang-kurangnya 2-3 buku dalam setahun. Majalah gosip sampah seperti Mangga tidak boleh dianggap sebagai membaca.

Membaca bagi aku penting. Kerana kekurangan membaca menyebabkan rakyat Malaysia kurang produktif berbanding rakyat negara lain. Banyak yang kita tak sedar dan tahu kerana kurang membaca.

Cuba kamu tonton rancangan kuiz Are You Smarter Than a 5th Grader? di saluran Star World. Tengok berapa banyak soalan yang kamu dapat jawab.

Damn! Banyak pulak aku letak link dalam entri kali ni.

Update terbaru Teard Don't Fall dan update terbaru Lepas Laku oleh penulis jemputan.

Kamis, 11 Maret 2010

MASIH ADA YANG SEMPIT PEMIKIRANNYA

Sebaik sahaja Pentas Akhir Raja Lawak berakhir, aku menerima beberapa SMS dari sahabat handai. Lebih kurang macam ni bunyi SMS tersebut:

Kawan: Aku bengang betul la Idlan boleh kalah.

Aku: Kenapa pulak? Bukan ke kau tak suka Idlan tu? Kau cakap tak kelakar la... Lawak macam sampah la...

Kawan: Memang aku tak minat Idlan. Tapi lebih baik Idlan menang dari Kumpulan Kecik tu. Kecik tu kan dari Sabah.

Aku: So, kenapa pulak kalau diorang dari Sabah?

Kawan: Biar la orang semenanjung menang. Buat apa bagi hadiah kat orang Borneo tu.

Aku menggeleng kepala. Macam tak percaya ada kawan aku yang mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi berfikiran sempit.

Bukan seorang saja, tapi ramai juga kawan aku yang tidak puas hati Kumpulan Kecik menang atas alasan mereka asal dari Kepulauan Borneo.

Ya, memang tidak dinafikan yang memang ada orang semenanjung yang tak suka orang Kepulauan Borneo. Kenapa? Aku sendiri tak pasti. Ada juga aku jumpa group anti orang Sarawak dan Anti orang Borneo. Dan ada juga orang dari Kepulauan Borneo yang anti kepada orang semenanjung.

Nampaknya, Malaysia ni bukan sahaja ada permasalahan antara kaum, tapi juga permasalahan antara orang Semenanjung dan Borneo.

Kenapalah sempitnya pemikiran? Kenapa nak anti-anti tak tentu pasal? Mana semangat Satu Malaysia yang dilaung-laungkan? Pandai sebut satu Malaysia, kutuk aku sebut tak join group 1Malaysia dalam Facebook tapi dia sendiri anti orang Borneo.

Aku tahu, budak yang aku ceritakan dalam entri ini selalu baca blog aku. So kalau kau terasa, aku minta maaf banyak-banyak dan bukakanlah minda untuk menjadi insan yang lebih berdaya intelek.

Ish.. Macam mana Malaysia nak maju kalau masih ada yang berfikiran perkauman, anti agama ini-agama itu dan anti Borneo dan Semenanjung.

Macam mana Malaysia nak maju kalau pemikiran rakyatnya masih seperti orang zaman batu?

Lu pikirlah sendiri.

Rabu, 03 Februari 2010

PERUBAHAN PERSEPSI ORANG MELAYU DULU & SEKARANG

Lama aku tak update blog ni. Writers block!!! Sudah agak lama aku tak menulis sesuatu yang agak serius dan panjang lebar. Here we go!

Perubahan. Kita tidak dapat lari dari perubahan dalam kehidupan kita. Perubahan boleh berlaku di dalam pelbagai bentuk dalam hidup kita. Perubahan dari segi fizikal, penampilan, gaya berfikir, ideologi, kepercayaan dan lain-lain lagi.

Kadang-kadang kita tahu perubahan yang berlaku pada diri kita. Kadang-kadang kita tidak sedar dengan perubahan tersebut.

Orang di sekitar kita biasanya akan peka dengan perubahan diri kita walaupun kita tidak menyedarinya. Perubahan dari segi fizikal, memang senang untuk dikesan. Perubahan dari segi mental, pemikiran, fahaman, ideologi, persepsi... memang sukar dikesan.

Menyebut tentang persepsi, memang banyak sudah perubahan yang berlaku dari pemikiran yang berlaku dari zaman dulu sehinggalah sekarang.

Oleh kerana aku kini memegang status penganggur yang tercedera, aku hanya duduk di rumah macam budak-budak baik. Jadi aku banyak meluangkan bersama ibubapa aku. Aku selalu berbual-bual dengan mereka dan pelbagai kisah yang kedua orang tua aku ceritakan.

Akhirnya sampailah bahagian persepsi orang Melayu pada masa dahulu dan sekarang.

"Dulu kalau jadi artis, kira memang hina betul la. Tak boleh sembarangan nak cakap kita minat kat artis tu, nanti orang pandang serong."

Aku setuju dengan kata-kata mak aku itu. Contoh paling mudah, Filem Ibu Mertuaku lakonan P. Ramlee. Bagaimana meluatnya Mak Dara pada Kassim Selamat.

"Kalau kau aku dah tak suka, keturunan kau pun aku tak suka."

"Ahli muzik? Pantang keturunan aku kahwin dengan ahli muzik!"

Itulah antara dialog popular yang sering diajuk oleh kita semua, tetapi mempunyai maksud yang mendalam.

Pada zaman dahulu, memang ada jurang antara artis dan orang biasa. Zaman sekarang, memang tiada masalah kalau peminat-peminat yang nak bermesra dengan artis. Malahan, kalau ada niat dihati nak menjadi artis pun tak menjadi masalah. Berlambak rancangan realiti ada sekarang. Pilih saja mana yang berkenan di hati.

Satu lagi ialah sesuatu nasib malang yang menimpa kaum wanita, tetapi akhirnya kaum wanita yang disalahkan dan menjadi mangsa hinaan. Yang ini agak sensitif sedikit, tetapi inilah kenyataan persepsi orang melayu pada zaman dahulu.

Mangsa rogol. Zaman sekarang, jika ada wanita yang dirogol oleh seorang lelaki yang dah tak boleh mengawal nafsunya, pasti ramai yang akan merasa simpati pada perempuan yang menjadi mangsa rogol tersebut dan lelaki yang menjadi perogol akan menjadi mangsa buruan orang ramai.

Tetapi pada zaman dulu, perempuan yangdirogol tersebut yang akan disalahkan dan dihina.

"Kalau perempuan dah kena rogol, memang cepat-cepat la kena pindah sebelum orang kampung tahu. Kalau tahu, memang orang kampung hina cukup-cukup lepas tu halau dari kampung."

Mula-mula aku ingatkan mak aku cuba melawak. Rupa-rupanya mak aku tidak menipu.

Situasi yang sama juga dialami oleh perempuan yang diintai ketika mandi atau menyalin pakaian. Zaman dulu kalau kawasan kampung, bilik air berada diluar rumah. Biasanya dinding bilik air diperbuat dari zink yang biasa orang gunakan untuk atap rumah.

Bila dah bertahun-tahun, zink akan berlubang-lubang dan dari lubang itulah para lelaki pervert akan mengintai perempuan mandi.

"Kan perempuan tu mangsa intai. Kenapa dia pulak yang kena halau dari kampung?"

"Tanya la orang zaman dulu-dulu," jawab mak aku dengan mudah.

"Satu lagi kalau perempuan dah ada title janda. Memang kena hina aje la. Orang kampung mesti kutuk tak pandai jaga laki la, perempuan curang la, macam-macam lagi."

"Kalau dah ada title janda, cepat-cepatlah pindah ke tempat lain. Lepas tu kena sorok title janda tu bila dah pindah kat tempat baru. Nanti orang hina pulak," tambah mak aku lagi.

Pelik aku. Kenapa persepsi orang Melayu dulu sangat pelik. Perempuan yang jadi mangsa pula yang dihina. Tapi zaman sekarang memang berbeza sebab zaman sekarang, janda memang laku. Mahal harga janda sekarang. Berebut-rebut lelaki hendakkan janda. Contoh paling mudah, Rozita Che Wan. Janda hot Malaysia tu.

Dan secara tiba-tiba mak aku menyentuh tentang perkahwinan campur (mix marriage). Dengan kata lain, perkahwinan antara orang bangsa Melayu dengan bukan Melayu.

Menurut mak aku, perkahwinan campur adalah sesuatu yang amat hina di mata orang Melayu ketika itu. Istilah "macam dah tak de Melayu lagi ke nak buat kahwin", akan kedengaran jika ada dikalangan orang Melayu yang berkahwin campur.

Pelik. Bukankah dalam Islam ada menyatakan yang kita sepatutnya kenal-mengenal antara bangsa-bangsa lain. Malah menggalakkan perkahwinan antara bangsa yang berlainan. Malah, kajian sains juga menyatakan anak yang dilahirkan melalui perkahwinan campur melahirkan anak yang lebih pintar dan generasi yang lebih baik.

Macam pokok durian. Kamu mungkin pernah dengarkan istilah "kahwin durian". Menyantukan dua jenis pokok benih durian dari dua jenis yang berlainan untuk menghasilkan buah durian yang lebih baik. Jadi, teori ini sama sahaja kepada manusia.

Ok. Balik ke tajuk asal. Mungkin pandangan serong tentang perkahwinan campur kerana sifat racism yang amat tebal ketika itu. Ok. Zaman sekarang pun masih ramai yang rasicm. Itu masih satu kenyataan. Rasicm bagaikan racun di dalam semua Rakyat Malaysia. tapi Alhamdulillah, sekarang sikap ini sudah berkurangan.

Menyentuh perkahwinan campur, ahli keluarga aku ada yang mengamalkan perkahwinan campur. Arwah nenek saudara aku sendiri berkahwin campur. Aku memanggil nenek saudara aku dengan panggilan Nek Lang. Nek Lang sudah kembali ke rahmatullah pada bulan Disember tahun lepas. 2 Minggu selepas aku menjalani pembedahan pembetulan Hernia aku.

Nek Lang berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa India. Lelaki India tersebut merupakan seorang pemain bola sepak yang mewakili pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia (pada ketika itu dipanggil Malaya). Kalau aku sebut namanya, mungkin ayah atau datuk kamu mengenali Tok Lang aku ni.

Menurut mak aku, arwah Nek Lang bertemu dengan Tok Lang di hospital. Tok Lang aku dikejarkan ke hospital kerana kecederaan. Kebetulan Nek Lang aku merupakan seorang jururawat, maka di sana mereka bertemu jodoh.

Perkahwinan mereka dikurniakan dengan 2 orang anak lelaki. Sepanjang perkahwinan mereka, mereka selalu dihina oleh orang kampung. Selalu kena maki, jadi bahan umpat, kena baling dan macam-macam lagi.

Oleh sebab tak tahan dengan keadaan sekeliling, Tok Lang aku pun bercerai dengan Nek Lang aku dan lari dari kampung tersebut. Tok Lang aku melarikan diri dengan anak kedua mereka. Keluarga Nek Lang aku runtuh hanya kerana tohmahan orang sekeliling.

Selepas beberapa puluh tahun, anak sulung (Daddy Long) dan anak kedua (Pak Ipin) bertemu semula setelah Pak Ipin melanggar kereta Daddy Long. Kuasa tuhan telah menemukan mereka sekeluarga semula. Tok Lang sudah pun menjadi imam di sebuah surau/masjid di kawasan Kuala Lumpur.

Persepsi orang Melayu pada masa dahulu telah memusnahkan keluarga Nek Lang dan Tok Lang aku.

Itu dulu. Sekarang, sepupu mak aku, Pak Eddy, berkahwin dengan seorang perempuan berbangsa Cina. Alhamdulillah, mereka diterima oleh orang sekeliling dan hidup dengan aman. Mereka sudah pun dikurniakan dengan sepasang anak kembar tak seiras. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

Tapi, budaya pandang serong pada kahwin campur ni masih ada dalam orang Melayu. Bukan setakat generasi tua sahaja, tapi yang sebaya dengan aku pun ada yang berpandangan sebegini. Ingatkan generasi baru lebih bijak berfikir, tapi tidak rupanya.

"Apahal la kawin dengan cina? Nanti jadi kapir la tu. Mau dengan anak-anak sekali jadi kapir."

Geleng kepala aku dengar kata-kata kawan aku. Tak pernah pulak aku jumpa ayat dalam Al-Quran tulis Islam diturunkan untuk orang Melayu. Bukankah Islam diturunkan untuk semua umat manusia tidak kira apa bangsanya? Islam boleh dianuti oleh sesiapa sahaja tidak kira apa bangsanya.

Lagipun, jiran aku ni imam, kahwin dengan melayu. Tapi anak-anak punya perangai tidaklah Islam sangat pun.

Tapi sebenarnya, sifat anti kahwin campur ini masih dipegang oleh ramai orang Melayu. Kenapa? Kerana sifat anti kahwin campur ini lebih kepada sifat racism. Itu saja sebab utamanya. Rasanya kamu juga faham kan?

Aku malas nak mengupas tentang racism kerana racism adalah satu tajuk yang lebih panjang. Lain kali kalau aku rajin, aku buatlah. Kalau Rajin, ya?

Kesimpulannya, sedikit sebanyak orang Melayu kini mula membuka persepsi mereka kepada jalan yang lebih positif. Walaupun masih ada yang berfikiran negatif seperti di atas (Ya! Aku pernah jumpa golongan macam ni di zaman sekarang), tetapi tidaklah sebanyak zaman dahulu.

Semoga kita lebih luaskan minda untuk menerima sesuatu yang lebih baik. Jangan terus berada ditakuk yang lama. Terima benda yang baik dan buang benda yang buruk.

Sekian.

Aku dah update blog Tears Don't Fall dan Lepas Laku.

Jumat, 24 April 2009

PERSOALAN DEMI PERSOALAN TENTANG DEFINISI MELAYU

Setelah lama mendiamkan diri, aku kini kembali.

Dalam kesibukan aku menyiapkan thesis dan bersiap sedia untuk viva, aku tetap meluangkan masa untuk melawat blog kawan-kawan (walaupun kadang-kadang tak sempat meninggalkan komen) dan melayari beberapa web lain (yang tidak berkaitan dengan Maria Ozawa pasti).

Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku pernah terbaca satu artikel di akhbar atau majalah, perbincangan tentang asal-usul orang Melayu dan definasi sebenar Melayu. Artikel tersebut sebenarnya ialah dari sebuah rancangan forum TV yang aku tak pernah dengar (mungkin dari rancangan RTM) dan di jadikan dalam bentuk penulisan artikel untuk mereka yang tak sempat menonton rancangan tersebut, masih berpeluang membaca dan mengetahui isi kandungan perbincangan tersebut.

Pada permulaan artikel, ada tertera nama 3 panel dan nama pengacara forum tersebut. Tapi aku dah lupa. Tak mengapa. Yang penting ialah isi artikel tersebut.

Menurut artikel tu, salah seorang panel rancangan tersebut berkata orang Melayu semakin lupa nilai sebenar Melayu kerana tidak mengikut definasi sebenar Melayu yang tertulis dari segi undang-undang. Panel itu juga berkata ramai orang Melayu yang dah murtad dari menjadi Melayu sebenar.

What the f*ck? Murtad dari Melayu? Aku tak pernah dengar definasi pelik macam itu?

Jadi, apa sebenarnya definasi Melayu? Jadi aku pergi ke google dan search dan aku akhirnya telah sampai ke laman wikipedia berbahasa melayu. Dan di situ aku menemui artikel yang tertulis benda di bawah ini. Melayu boleh ditakrif dari dua versi:

"Penakrifan undang-undang

Di negara Malaysia , orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

  1. Seorang yang beragama Islam
  2. Bertutur Bahasa Melayu
  3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
  4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailandterdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.

Penakrifan antropologi

Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid"

Aku tertarik pada segi penakrifan dari segi undang-undang. Mari kita analisis bersama (walaupun sebenarnya aku seorang sahaja yang buat analisis ni):

1. Seorang yang beragama Islam

Aku rasa yang ni agak pelik jugalah. Adakah bila kita beragama Islam dan tinggal di Malaysia, kita secara automatik menjadi bangsa Melayu? 

Bagaimana dengan mualaf berbangsa Cina, India atau kaum lain? Adakah secara automatik mereka akan bertukar ke bangsa Melayu secara automatik kerana menganut agama islam?

Bagaimana pula dengan Melayu yang keluar islam? Masih ingat kes Azlina Jailani atau lebih popular dengan gelaran Lina Joy? Melayu yang berumur 42 tahun yang murtad dari Islam ke Kristian Katolik pada usia 26 tahun dan berjaya menggugurkan perkataan "Islam" pada mykad beliau? Adakah dia masih seorang melayu?

Bagaimana pula dengan Nyonya binti Tahir a.k.a. Wong Ah Kiu? Seorang Melayu Islam yang murtad ke agama Buddha?

Bagaimana pula dengan kes Maniam Moorthy a.k.a. Mohhamad Abdullah? Seorang askar dan juga antara ahli kumpulan yang berjaya menawan Gunung Everest dan mencatat rekod warga Malaysia pertama yang berjaya menawan puncak tertinggi itu? Adakah dia juga boleh di gelar bangsa Melayu?

Bagaimana pula kes Siti Fatimah Tan Abdullah a.k.a. Tan Ean Hung? Seorang cina Buddha yang memasuki Islam dan keluar dan kembali ke ajaran Buddha semula? Adakah dia Melayu semasa Islam dan menjadi bukan Melayu semula setelah keluar Islam?

2. Seorang yang bertutur Bahasa Melayu.

Adakah seseorang yang boleh bertutur dalam bahasa melayu secara automatik akan menjadi bangsa melayu? Bagaimana dengan bangla yang sekarang sudah fasih berbicara dalam bahasa melayu akan menjadi Melayu?

Bagaimana dengan orang di Madagascar? Ramai rakyat Madagascar fasih dalam bahasa Melayu dan ada dikalangan mereka beragama Islam juga. Melayukah mereka?

3. Mengamalkan adat istiadat Melayu

yang ini agak menarik. Jika kamu percaya dan mengamalkan adat Melayu, kamu memang Melayu. Tetapi, bukankah kebanyakan (mungkin hampir 90%) adat istiadat orang Melayu di cedok dan ditiru dari adat orang India beragama Hindu?

Berinai, bersanding, cukur jambul, tepung tawar dan adat-adat lain memang diketahui di cedok dari orang India.

Malah, ada adat Melayu yang sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam (cukur jambul, berendoi, lenggang perut etc.), tetapi kita masih mengamalkan adat tersebut hanya kerana tidak mahu digelar orang Melayu yang tak sedar diri, orang Melayu moden yang tak kenal adat atau takut kehilangan status Melayu?

Patutkah kita mendahulukan adat dan membelakangkan agama hanya untuk memenuhi definasi sebagai seorang Melayu?

Ok. Kalau nak cerita lagi memamng boleh tapi aku penat mahu menaip. Yang paling menarik, aku baca artikel tu, ada seorang panel yang menganggap mendifinasikan Bangsa Melayu adalah perkara yang tidak perlu. Terpulang kepada kita sendiri untuk mengingati asal usul dan akar umbi kita sebagai Melayu dan cukup dengan memastikan bangsa Melayu maju dan tak ketinggalan dari bangsa lain.

 Tetapi ada panel yang membangkang dan berkata panel tersebut dah hilang kemelayuaan nya sebab berkata demikian. WTF?

Tapi aku agak bersetuju dengan penakrifan antropologi yang menerangkan Melayu ialah berkulit sawo matang dan berbadan serdehana tegap.

Aku rasa definasi begini adalah lebih tepat. Menerangkan dari segi fizikal. Memang kebanyakan orang Melayu berkulit sawo matang dan definasi ini lebih dekat kepada Melayu (Melayu kacukan dengan Mat Saleh yang berkulit putih tidak boleh di kira).

Memang satu perkara yang paling sukar untuk dicari definasi sebenarnya. Mungkin hampir tiada jawapan tepat jika soalan ini di utarakan. Kalau soalan ini keluar dalam SPM, aku pasti ramai yang lingkup dan tak mampu nak jawab soalan ini dengan sempurna.

Terpulang kepada pemikiran itu sendiri untuk mendifinasikan Melayu itu sendiri. Bagi aku, apa yang penting ialah kita memajukan diri sendiri tanpa menghiraukan perkara-perkara remeh ini. Tak perlulah nak di bahas atau di forumkan perkara seperti ini.

Aku dah update episod baru Tears Don't Fall.

Kamis, 18 September 2008

PENDEK SAHAJA

Aku tidak boleh tidur. Selepas menemankan housemate aku bersahur, aku terus tidak dapat tidur hingga kini. Tapi aku tak kisah sangat sebab aku memang mahu pulang ke Batu Pahat pada pukul 8 pagi ini.

Ok. Sebenarnya aku tidak punya idea untuk entri terbaru pagi-pagi ini. Tetapi aku teringat beberapa perkara yang di bualkan sepanjang minggu lepas bersama kawan-kawan ku.

Antara tajuk yang aku bincangkan ialah mengenai Orang Melayu di Singapura.

Kami berbincang mengenai mereka yang di katakan tertindas di sana. Orang Melayu di Singapura boleh di katakan tidak bernasib baik berbanding kita di sini.

Tetapi, aku jumpa satu statement, di blog ini, yang ada kaitan dengan perbincangan aku dan kawan-kawan aku ini:

"Pada masa yang sama juga mungkin ada orang berkata orang Melayu di sana (Singapura) jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain.

Cuba kita lihat dari sudut begini pula.

Di Singapura, kaum bukan Melayu pimpinan Lee Kuan Yew dahulu yang kononnya mengamalkan nepotisme, dan hanya menjaga kepentingkan kaum sendiri. Akibatnya kaum Melayu ketinggalan. Di sini pula, kita dipimpin bangsa sendiri, yang telah dari dahulu menjaga kepentingan sendiri, tetapi kita masih juga banyak ketinggalan. Sekurang-kurangnya mereka di sana ketinggalan mungkin sebab tidak diberi kepentingan. Kita di sini sudah diberi kepentingan pun masih ramai yang ketinggalan."

Pedas juga bunyinya tu. Seperti ada yang betul pada statement tersebut. Mungkin ada di kalangan kamu yang tak setuju dengan statement itu.

Jadi apa kata kita bincangkan statement tersebut. Aku amat berharap pada sesiapa yang selalu berkunjung ke Singapura atau ada saudara di sana dapat memberikan pendapat bersama sebab aku sendiri pun tidak pernah ke sana dan tahu keadaan orang melayu di sana.

-------------------------------------------------

Tak sempat nak sambung episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall. Nanti bila senang aku sambung.

Kamis, 28 Agustus 2008

DI KALA BULAN BERWARNA BIRU

AMARAN: TAJUK ENTRI TIADA KENA MENGENA DENGAN ISI ENTRI. HARAP MAKLUM.

Apa yang aku nak tulis untuk entri ini mungkin satu tajuk lapuk. Tapi aku nak tulis juga.

Minggu lepas merupakan cuti semester 1 minggu pada pelajar-pelajar UiTM dan universiti dan IPTA yang sewaktu dengannya. Ramai yang bertanya pada aku, adakah aku terlibat dengan demonstrasi jalanan yang di buat oleh pelajar UiTM untuk membantah kemasukan 10% pelajar bukan bumiputera ke UiTM?

Aku tengok berita dan akhbar tempatan, pelajar-pelajar UiTM berbaju hitam dan membuat demonstrasi jalanan. Aku tidak tahu keadaan demonstrasi yang di buat di UiTM aku ni, UiTM Segamat sebab demonstrasi ini di buat pada hari Jumaat.

Aku tiada kelas pada hari Jumaat. Jadi, agak bermimpi lah aku mahu ke UiTM jika aku tiada kelas. Bukan aku sahaja, tapi semua housemate aku tidak ada kelas pada hari Jumaat. Jadi, kami satu rumah tidak terlibat dengan demonstrasi tersebut.

Menurut pelajar yang hadir pada demonstrasi di UiTM Segamat itu, ramai pelajar perempuan yang terlibat dalam demonstrasi tersebut. Aku sendiri tak tahu. Jika ada pembaca blog aku yang hadir pada demonstrasi itu, sila beri maklumat kepada aku pada bahagian komen ya?

Berbalik kepada soalan yang di lontarkan kepada aku, adakah aku terlibat dengan demonstrasi jalanan yang di buat oleh pelajar UiTM untuk membantah kemasukan 10% pelajar bukan bumiputera ke UiTM?

Jawapan aku: Tak!!!

Kenapa aku tidak terlibat? Sebab aku ada beberapa kesangsian sedikit untuk terlibat dalam demonstrasi ini.

Pertama, demonstrasi ini dibuat untuk menghalang dan membantah kemasukan 10% pelajar bukan bumiputera ke UiTM. Bagi aku, kemasukkan mereka akan menambahkan sifat persaingan sihat pada bangsa melayu.

Aku mempunyai banyak pengalaman dalam belajar bercampur dengan pelajar bukan bumiputera, dan tidak bercampur dengan mereka.

Sewaktu aku belajar di sekolah menengah di Sekolah Tinggi Batu Pahat, aku telah di masukkan ke dalam kelas yang di beri nama Rancangan Khas (RK). Kelas RK adalah kelas di mana hanya pelajar melayu sahaja yang mempunyai keputusan cemerlang dalam UPSR yang di benarkan memasuki RK (aku sekelas dengan Azman/Athena ketika ini).Sepanjang 3 tahun (tingkatan 1,2 dan 3), kami belajar di dalam kelas yang tidak bercampur dengan bangsa cina dan india.

Apabila masuk tingkatan 4, kami mula bercampur kelas dengan bangsa cina. Apa yang terjadi kepada kami dari kelas RK? Kami gagal bersaing bersama mereka. Pelajar melayu yang memang belajar sekelas dengan bangsa Cina dan India dari tingkatan 1 hingga 3 tidak mempunyai masalah untuk bersaing. Melalui keputusan PMR pun, kebanyakan pelajar RK gagal mendapatkan keputusan cemerlang manakala pelajar bukan RK berjaya dengan cemerlang dan ramai yang menyambung pelajaran ke asrama penuh dan MRSM.

Kelas aku, 4 Sains 1 dan kemudian 5 Sains 1, mempunyai 42 pelajar. 12 Melayu, 28 Cina dan 2 India. Dalam 12 Melayu, 8 antaranya adalah pelajar RK (yang mana masuk ke kelas ini atas dasar kuota) dan 4 lagi pelajar Melayu bukan RK.

Sepanjang tingkatan 4 dan 5, pelajar-pelajar RK (termasuk aku) gagal bersaing dan sering menduduki 8 tangga paling bawah dalam senarai pelajar. Manakala 4 Pelajar Melayu bukan RK dapat bersaing dengan baik dan mampu tersenarai dalam golongan 10 pelajar terbaik.

Di sini sahaja, aku sendiri dapat menilai bagaimana sifat daya saing pelajar Melayu yang tidak bercampur dengan bangsa asing.

Kemudian, aku menyambung pelajaran aku di Politeknik Merlimau. Politeknik menjalankan dasar bercampur dengan bangsa Cina dan India.

Di dalam kelas aku, cuma ada seorang sahaja amoi dari 24 orang pelajar kelas aku (kelas aku ni 21 perempuan, 3 lelaki. Henat kan?). Tapi amoi ni pandai. Jadi kami sentiasa belajar and push ourself supaya amoi ini tidak menjadi best student dalam kelas kami. Biarlah pelajar Melayu dari kelas kami yang naik ke pentas sebagai pelajar terbaik. Secara terus terang, aku juga amat rajin di Politeknik. Kalau tiada kuiz dan test, aku tetap akan study.

Dan ia menjadi kenyataan, biasanya amoi ini mendapat tempat ke-3 dalam kelas. Kawan aku, seorang lelaki, berjaya mendapat anugerah pelajar cemerlang setiap semester. (Siew Lih, kalau kau terbaca blog aku ni, jangan marah ya? Ini persaingan sihat kan? Tak salah kan?)

Apabila aku masuk ke UiTM, 100% bumiputera rockers.... Eerr... 100% pelajar bumiputera. Semuanya melayu. Bila ramai sangat Melayu berkumpul, rasa malas timbul. Aku juga menjadi seorang pemalas di sini.

Menurut kawan aku, apabila dia baru mahu mula belajar, kawan-kawan akan datang dan berkata, "Apa barang belajar, bukan ada test pun esok". Lalu kawan-kawannya menarik kawan kawan aku dan mengajak kawan aku ni main game lah, tengok tv, main kad dan sebagainya. Bukan kawan aku sorang sahaja. Aku yakin kamu juga pernah mengalami situasi yang sama.

Jadi, disini aku dapat ulas yang pelajar Melayu di UiTM kurang daya saing. Lagipun, bukankah UiTM ada membuka peluang pelajar dari Brunei dan negara lain untuk masuk ke UiTM? Jadi, kenapa tidak 10% kepada bukan bumiputera.

Sebab kedua aku tidak menyertai demonstrasi ialah apabila aku teringat tentang apa yang ustazah aku ajar di sekolah agama dulu. Menurut ustazah aku, "kita kena berlaku adil pada semua orang tidak mengira apa jua agama mereka."

Jadi aku mula terfikir, adilkah demonstrasi ini. Menghalang bangsa Cina dan India dari menuntut ilmu. Aku cuba cari Piagam Madinah.

Kamu patut tahu apa itu Piagam Madinah kan? Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia Islam. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal. 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam, manakala 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam.

Piagam Madinah juga menjadi guideline buat negara-negara Islam dalam membentuk perlembagaan negara mereka. Baca Lebih lanjut tentang Piagam Madinah di sini. Terima kasih kepada Encik penanya yang publish Piagam Madinah di blognya dan menjadi bahan rujukan aku.

Ini prinsip Piagam Madinah:
  • Al- Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.
  • Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
  • Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
  • Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
  • Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
  • Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.
  • Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan
  • Kebebasan beragama
  • Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
  • Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.
Yang aku warnakan dengan warna merah itu, ada kena mengena dengan negara Islam yang berbilang agama (bukan bangsa, agama ya? Islam tidak membezakan bangsa, hanya agama).

Dengan kata lain, kita seperti menyekat hak bangsa agama lain sedangkan Piagam Madinah yang di gubal oleh Nabi Muhammad S.A.W. menyuruh kita saling membantu sesama warganegara dan bertanggungjawab dan bersifat adil kepada semua rakyat tanpa mengira agama.

Mungkin bangsa Melayu yang memerintah Malaysia tapi ekonomi negara kita di pegang oleh bangsa bukan bumiputera. Jadi, bukankah baik jika kita bertolak ansur sedikit. Kita saling memerlukan sesama bangsa kan?

Sebab ketiga aku tidak menyertai demonstrasi ialah demonstrasi ini secara tidak langsung menghalang mereka dari menuntut ilmu.

Setahu aku, ilmu di turunkan oleh Allah S.W.T. kepada semua hambanya dan kita mestilah berkongsi ilmu tanpa mengira agama. Bukankah Islam tidak menggalakkan sifat kedekut ilmu, bukan? Ilmu adalah milik Allah dan bukan milik orang melayu. Kita tiada hak untuk menghalang mereka menuntut ilmu.

Sebab keempat, demonstrasi ini hanya akan menimbulkan perasaan perkauman yang kuat dalam Malaysia. Dalam Islam sendiri tidak menggalakkan perkauman. Ingat, Islam tidak pernah membezakan manusia melalui bangsanya.

Oleh di sebabkan kita tinggal di negara berbilang bangsa, eloklah jangan menimbulkan sentimen perkauman.

Takut juga aku pada Malaysia ni. Nama negara Islam, tapi tidak pernah ikut perundangan Islam. Mahkamah Syariah sangat lemah. Pegangan negara lari sedikit demi sedikit dari Piagam Madinah dan sifat perkauman berleluasa sedangkan Islam tidak menggalakkan perkauman.....

--------------------------------------

Itulah sedikit sebnyak pandangan 5 sen aku. Mungkin ada yang tidak bersetuju dan berkata fakta aku salah sama sekali. Tidak mengapa. Kita semua memang mempunyai pandangan berbeza.

Jika apa yang aku taip kali ini mungkin salah di mata kamu, maafkan lah aku. Aku manusia yang tidak lari dari kesempurnaan.

Kalau ada pandangan, sila komen.

--------------------------------------------

Berjaya juga aku publish entri ini (setelah 3-4 hari terperuk sebagai draft) sebelum aku pulang ke Batu Pahat untuk cuti panjang aku. Aku cuti sampai hari Rabu. Huhu...

Aku tak update lagi kisah cerpen aku. Tak sempat. Naik cuti aku update lah ye?