Tampilkan postingan dengan label Entri Berangkai. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Entri Berangkai. Tampilkan semua postingan

Rabu, 30 November 2011

Aku dan Amoi: Kadangkala Hidup Kita Juga Boleh Jadi Seperti Filem

Pada sesiapa yang sudah membaca blog ini semenjak awal-awal dulu, pasti ada yang pernah tebaca entri berangkai sebanyak 3 episod yang bertajuk "Aku dan Amoi" yang aku tulis sekitar akhir tahun 2009 dan awal 2010.

Pada asalnya, aku ingat meletakkan tajuk "Aku dan Mei: Suatu Ketika Dahulu". Tapi akhirnya kau meringkasnya kepada "Aku dan Amoi" sahaja kerana tajuk asal tersebut sudah macam tajuk drama sejarah yang disiarkan di RTM pula.

Pada sesiapa yang baru membaca blog aku, kamu boleh baca entri-entri tersebut dibawah ini. kalau sesiapa yang sudah baca tapi mahu refresh kembali, juga boleh baca. Klik pada link di bawah untuk baca:




Sudah baca? Bagus. Mari kita teruskan.

Kejadian yang aku tulis ini berlaku 11 tahun yang lepas. Ya! Sebelas tahun! Sduah berlalu lama kisah ini. Aku tuliskan kisah ini hanya kerana aku rasa ingin meluahkan ia di dalam blog.

Dan aku memang kecewa dengan sikap beberapa blogger kaki plagiat. Mereka plagiat cerita aku ini. Mereka copy paste entri aku dan kononnya mereka menyamar yang kisah ini kisah mereka. Babi! Dasar blogger kaki plagiat. 

Bila aku tegur, mereka kata "Eh? Kebetulan kot kisah kita sama." Babi! Kalau sama pun, tak kan 100% sama. Nampak sangat menipunya. Setelah lama aku pressure, akhirnya mereka delete entri tersebut dan hantar private mesagge di Facebook dengan ayat, "Sorry, bro!"

Abah kau "Sorry"!!!!

Ini adalah salah satu sebab kenapa aku benci kaki plagiat. Kau nak plagiat entri aku yang aku tulis pasal bola sepak, wrestling, muzik, filem atau lain-lain... Aku tak kisah sangat (tapi sila minta kebenaran dulu!). Tapi bila kau plagiat entri yang berdasarkan kisah hidup aku, itu sudah cross the line.

OK. Dah jauh melencong.

Dan selepas lebih kurang 2 tahun aku menulis entri tersebut, tiba-tiba ada pula Encik Anonymous memberikan komen seperti di bawah:


Ya! Aku yakin kamu semua tak nampak. Jadi, sila klik pada gambar untuk tumbesaran

Bila aku baca balik komen anonymous ni, aku rasa cemburu dengan dia. Tak sangka dia dapat berjumpa kembali dengan amoi kesayangan dia.

"apa yang pnting,usaha,jgn putus asa. (MUNGKIN MEI SEDANG MENUNGGU KAU,DAN MENANTI KAU,APA PUN KESUDAHANNYA,KAU PERLU MENGETAHUINYA..fighting!!!"

Ayat terakhir dalam komen itu memberikan sedikit semangat kepada aku. Tetapi bila aku fikirkan, ia sudah sebelas tahun berlalu. Sebelas tahun berbeza dengan 4 tahun iaitu tempoh si anonymous itu mencari amoinya kembali.

Sebelas tahun terlalu lama. Mei pun sudah menempuh zaman persekolahan, zaman universiti dan zaman pekerjaan dalam tempoh sebelas tahun itu. Ingat lagikah dia kepada aku? Mungkin aku sahaja yang mengejar bayang-bayangnya sedangkan dia sudah melupakan aku.

Dan pada usia sekarang, iaitu 27 tahun, aku dapat rasakan yang Mei pasti sudah berkahwin. Jadi kalau aku jumpa dia pun, mungkin sudah tidak berguna lagi.

Tak mengapalah. Mungkin sudah ketentuan tuhan bahawa tiada jodoh antara aku dan Mei.

Cuma, bila aku baca komen anonymous ini, penamat kisah cinta beliau ada lebih kurang seperti sebuah filem. dan ini bukan kali pertama aku mendengar kisah cinta happy ending dalam dunia realiti.

Ya! Mungkin kisah hidup kita juga boleh menjadi seperti sebuah filem, yang penamatnya happy ending apabila hero dan heroinnya akhirnya bersatu.

Cuma penamat seperti sebuah filem itu bukan dalam hidup aku.....

P/S: Selamat berbahagia buat Encik Anonymous dan amoi beliau (Suelian Lee/Siti Suhaily)

Kamis, 16 Desember 2010

Lagu tema filem (runut bunyi, OST) terbaik Part 3

Sambungan dari entri part 1 dan entri part 2.

Switchfoot - Meant To Life (Spider-Man 2, 2004)


Meant To Life adalah lagu nyanyian band dari Amerika, Switchfoot (tukar kaki). Lagu ini ditulis untuk OST Spider-Man 2 dan juga dimuatkan dalam album The Beautiful Letdown. Filem Spider-Man 2 menampilkan  lakonan Tobey Maguire, Kirsten Dunst, James Franco dan Alfred Molina.

Menurut vokalis Switchfoot, Jon Foreman, dan pemain bass, Tim Foreman, yang bertindak sebagai penulis lirik dan lagu untuk lagu ini, lagu ini terhasil daripada sajak The Hollow Men nukilan T. S. Eliot, lagu U2 - I Still Haven't Found What I'm Looking For dan novel Of Mice and Men hasil penulisan John Steinbeck.

Banyak bertul sumber inspirasi lagu ini. Patutlah lagunya pun sedap didengari.


R. Kelly - I Believe I Can Fly (Space Jam, 1996)


I Believe I Can Fly adalah lagu nyanyian penyanyi R&B, R. Kelly. Lagu ini ditulis untuk OST Space Jam dan juga dimuatkan dalam album R. Filem Space Jam menampilkan  lakonan Michael Jordan, Bill Muray dan Billy West sebagai suara Bugs Bunny.


Berlin - Take My Breath Away (Top Gun, 1986)



Take My Breath Away ialah lagu nyanyian band Berlin. Lagu ini ditulis untuk OST Top Gun dan juga dimuatkan dalam album Count Three and Play. Top Gun dibintangi oleh Tom Cruise, Kelly McGillis dan Val Kilmer. Lagu ini menjadi single Berlin paling hit namun lagu ini juga menjadi single terakhir buat mereka semua.

Band ini ditubuhkan oleh 5 anak muda tapi mereka sering bertukar ahli band, kecuali penyanyi Terri Nunn dan John Crawford (bassist dan penulis lirik) yang kekal dan menjadi tunjang utama band ini.

Terri Nunn ingin menghantar lagu Take My Breath Away ke producer album OST Top Gun, tapi John Crawford tidak menyukai lagu ini kerana John beranggap lagu ini terlalu "perlahan" buat Berlin. Terri memujuk John dengan berkata "Kita hantar je lagu ni, belum tentu dapat dimuatkan dalam OST Top Gun tu lagi." (Dialog dicipta oleh aku sendiri)

Tapi rezeki menyebelahi Berlin. Take My Breath Away mdipilih untuk dimuatkan ke dalam OST Top Gun dan dipilih menjadi single utama OST tersebut. Lagu tersebut menjadi popular dan menjadi lagu pilihan peminat dimana lagu itu menjadi lagu wajib dinyanyikan oleh Berlin setiap kali konsert.

Oleh kerana masih tidak dapat menerima lagu Take My Breath Away dan percanggahan idea muzik, John keluar dari Berlin. Mereka terpaksa naik turun mahkamah untuk mendapatkan hak nama Berlin. Akhirnya Terri berjaya mendapatkan hak nama band tersebut.

Walaupun lagu Take My Breath Away telah memberikan rezeki kepada Berlin, tapi ia menjadi lagu hit terakhir mereka dan menyebabkan Terri dan John berselisih faham. John tidak hadir dalam rancangan MTV Band Reunited semasa MTV cuba menggabungkan kembali ahli Berlin untuk rancangan TV tersebut.

Maaf aku tak dapat jumpa video original Take My Breath Away. Yang aku mampu jumpa cuma live version di atas. Video di bawah ialah lagu dalam studio version.




P.O.D. - Sleeping Awake (The Matrix Reloaded, 2003)



Sleeping Awake ialah lagu nyanyian band dari Amerika, P.O.D. Lagu ini ditulis untuk OST The Matrix Reloaded: The Album. Filem ini menampilkan  lakonan Keanu Reeves, Laurence Fishburne, Carrie-Anne Moss dan Hugo Weaving. Lagu ini kemudiannya dimuatkan dalam album Payable on Death sebagai bonus track.

Video Sleeping Awake menjadi debut buat pemain gitar, Jason Truby, yang menggantikan Marcos Curiel, yang keluar dari band ini hingga hampir menyebabkan P.O.D. hampir berpecah. Tapi sekarang, Marcos Curiel sudah pun kembali menjadi ahli kumpulan P.O.D. semula.


Irene Cara - Flashdance.... What A Feeling (Flashdance, 1983)



Flashdance... What A Feeling adalah lagu nyanyian Irene Cara, yang ditulis untuk OST Flashdance. Filem Flashdance lakonan Jennifer Beals dan Michael Nouri, adalah berdasarkan kisah benar dari seorang penari Maureen Marder.

Nampak video ini agak familiar? Sebenarnya, Jennifer Lopez ada membuat video klip yang mengikut jalan cerita video klip ini. Video klip I'm Glad adalah berdasarkan daripada video klip lagu Flashdance.. What A Feeling. Sila klik di sini untuk melihat video I'm Glad kerana video ini tidak boleh di embedding-kan.

Malah, Jennifer Lopez juga meniru poster filem Flashdance untuk cover single I'm Glad.

Maureen Marder berang kepada Jennifer Lopez melanggar hak cipta kerana meniru video klip Irene Cara yang berdasarkan cerita Flashdance yang ditulis berdasarkan hidupnya dan ingin menyaman Jennifer Lopez. Kes tersebut berjaya diselesaikan diluar mahkamah.

Video musik Geri Halliwell, It's Raining Men, juga menggunakan scene filem Flashdance pada permulaan dan filem Fame pada scene seterusnya.




Celine Dion - My Heart Will Go On (Titanic, 1997)



My Heart Will Go On adalah lagu nyanyian penyanyi yang berasal dari Kanada, Celine Dion. Lagu ini ditulis untuk OST Titanic dan juga dimuatkan dalam Let's Talk Abaout Love. Filem ini dibintangi oleh Leonardo DiCaprio, Kate Winslet dan Billy Zane. Lagu ini telah menjadi salah satu lagu yang best selling single dalam sejarah dan memenangi beberapa anugerah.

Dlu, aku ada seorang kawan - seorang pendengar muzik metal tegar - yang minat betul dengan lagu ini dan menjadi antara orang terawal yang menghafal lagu ini. Tapi sekarang, haram dia nak mengaku.


Linkin Park - New Divide (Transformers: Revenge of the Fallen, 2009)



New Divide ialah lagu nyanyian band dari Amerika, Linkin Park. Lagu ini ditulis untuk OST Transformers: Revenge of the Fallen -The Album. Filem ini menampilkan lakonan Shia LaBeouf, Megan Fox, John Turturro, Ramon Rodriguez, Josh Duhamel, Tyrese Gibson, Peter Cullen dan ramai lagi.

Sebelum ini, lagu Linkin Park - What I've Done - telah dipilih untuk dimuatkan dalam album Transformers Album, OST untuk filem Transformers yang pertama. What I've Done digunakan dalam trailer dan beberapa iklan promosi Transformers dan juga digunakan semasa babak terakhir dalam filem Transformers.

Tapi What I've Done tidak terpilih sebagai single utama. Before It's Too Late (Sam and Mikaela's Theme) nyanyian Goo Goo Dolls dipilih sebagai single utama. Mike Shinoda akhirnya terus mencipta New Divide apabila dia dapat mengetahui tentang penerbitan OST Transformers: Revenge of the Fallen - The Album. Akhirnya, New Divide terpilih sebagai single utama.


Muse - Neutron Star Collision (Love Is Forever) (The Twilight Saga: Eclipse, 2010)



Neutron Star Collision (love Is Forever) ialah lagu nyanyian band dari Britain, Muse. Lagu ini ditulis untuk OST The Twilight Saga: Eclipse: Original Motion Picture Soundtrack. Filem ini menampilkan  lakonan Kristen Stewart, Robert Pattinson dan Taylor Lautner.

Menurut vokalis Muse, Matthew (Matt) Bellamy, lagu ini ditulis pada tahun 2009 selepas Matt putus dengan teman wanitanya selepas menjalani hubungan cinta yang panjang. Lagu ini ditulis berdasarkan perasaan Matt pada teman wanitanya pada awal perhubungan mereka.

Walaupun aku tidak suka sama sekali dengan Twilight Saga, tapi lagu ini memang mantap. Muse memang antara band yang mampu membuat lagu yang berseni dan genius.

Aku rasa sampai di sini sahaja segmen Lagu tema filem (runut bunyi, OST) terbaik untuk kali ini. Sebenarnya banyak lagi lagu OST yang hebat seperti lagu-lagu dari Bryan Adams ((Everything I Do) I Do It for You - Robin Hood: Prince of Thieves & Have You Ever Really Loved a Woman? - Don Juan DeMarco), Kenny Loggins (Footloose - OST Footloose) dan banyak lagi. Tapi oleh kerana Youtube tidak berkerja sama dengan aku (Embedding disabled by request, this video not available on you region), jadi aku terpaksa menamatkan siri ini.

Dalam ketiga-tiga entri, lagu OST mana yang menjadi pilah anda? (Anda boleh pilih lebih dari satu).






Rabu, 08 Desember 2010

Lagu tema filem (runut bunyi, OST) terbaik Part 2

Milestone: Ini adalah entri ke-100 untuk tahun ini!

Ini adalah sambungan dari entri Part 1. Enjoy!!!

Goo Goo Dolls - Iris (City of Angles, 1998)


Iris adalah lagu nyanyian band dari Amerika, Goo Goo Dolls. Not to be confused with Iris nyanyian Awie. Lagu ini ditulis untuk OST City of Angles dan juga dimuatkan dalam album Dizzy Up The Girl. Lagu ini menjadi lagu paling popular buat band ini. Aku yakin you'll (style AC Mizal pulak) mesti pernah dengar lagu ini.

Filem City of Angels - lakonan Meg Ryan dan Nicholas Cage - mengisahkan kisah malaikat bercinta dengan manusia. Dahsyat tu! Filem ini adalah remake dari filem dari Jerman yang dibuat sekitar 1987, Wings of Desire (Der Himmel über Berlin).

Video di atas adalah video musik versi filem. Versi lebih kurang sama, minus scene from the film.


Seal - Kiss From A Rose (Batman Forever, 1995)


Kiss From A Rose adalah lagu nyanyian penyanyi solo dari England, Seal. Lagu ini ditulis untuk OST Batman Forever, juga dimuatkan dalam album Seal ll.

Rasanya semua tahu kan sinopsis cerita Batman Forever. Sudah tentu kisah superhero menentang penjahat. Filem ini lakonan Val Kilmer (Batman), Chris O'Donnell (Robin), Nicole Kidman (Chase Meridian - Hot!!!), Jim Carey (The Riddler) dan Tommy Lee Jones (Two-Face).

Sekali pandang muka penyanyi lagu ni, mesti hati berkata, "Hodohnya muka dia. Penuh dengan parut ke ape tu?". Tapi jangan tak tahu yang negro ini berkahwin dengan supermodel Heidi Klum. Kalau tak tahu siapa Heidi Klum, sila Google. Buat kaum lelaki, anda pasti menyumpah bila melihat perbezaan antara Heidi Klum dan Seal.


Eminem - Lose Yourself (8 Mile, 2002)


Lose Yourself adalah lagu nyanyian hip-hoppers kulit putih yang tersohor, Eminem. Lagu ini ditulis khas untuk OST 8 Mile.

8 Mile ialah filem lakonan Eminem, Kim Bassinger dan mendiang Brittany Murphy. Juga menampilkan cameo dari beberapa hip-hoppers dan rappers yang terkenal dan yang buat-buat poyo macam terkenal seperti mediang Proof, Xzibit, Obie Trice dan lain-lain.

Filem ini mengisahkan kisah hidup Eminem (diubahsuai sikit) sebelum popular. Lagu Lose Yourself menjadi antara lagu terbaik Eminem dan mendapat kedudukan No.1 dalam carta seluruh dunia dan memenangi Academy Award dan Grammy Award.


Limp Bizkit – Take A Look Around (Mission: Impossible II, 2000)


Take A Look Around adalah lagu nyanyian band Limp Bizkit.  Lagu ini ditulis untuk OST Mission: Impossible II dan juga dimuatkan dalam album ketiga Limp Bizkit - Chocolate Starfish and the Hot Dog Flavored Water - yang juga memuatkan lagu Rollin' dan My Generation.

Filem Mission: Impossible II ialah filem aksi yang penuh dengan scene tumbuk-menumbuk, tembak-menembak, letup-meleteup lakonan Tom Cruise. Filem ini juga lebih dikenali sebagai M:I-2.

Lagu ini asalnya diperkenalkan oleh Limp Bizkit sebagai prank untuk pengenalan album Chocolate Starfish and the Hot Dog Flavored Water.


Survivor - Eye of the Tiger (Rocky III, 1982)


Eye of the Tiger adalah lagu nyanyian band Survivor. Lagu ini ditulis untuk OST Rocky III dan juga dimuatkan dalam album Eye of The Tiger, album ketiga Survivor. Lagu ini berjaya mempopularkan band ini.

Filem Rocky III dibintangi oleh Sylvester Stallone, yang juga menjadi pengarah untuk filem ini. Dalam filem kali ini, Sylvester Stallone berlawan dengan satu lagi jaguh tinju lakonan Mr. T, yang popular dengan watak Bosco "B.A." Baracus dalam TV Series, The A Team.

Lagu Eye of the Tiger menjadi lagu workout kegemaran buat semua orang yang suka bersenam.


Whitney Houston - I Will Always Love You (The Bodyguard, 1992)


I Will Always Love You adalah lagu nyanyian penyanyi solo yang bersuara lantang, Whitney Houston. Lagu ini dirakam untuk OST The Bodyguard. Filem ini dibintangi oleh Whitney Houston dan Kevin Costner.

Ramai yang tak tahu sebenarnya lagu ini bukanlah lagu original Whitney Houston. Lagu ini asalnya dinyanyikan oleh penyanyi country, Dolly Parton, yang juga menulis lagu ini sendiri. 

Lagu versi Dolly Parton lebih kepada genre country. Whitney Houston menyanyikan kembali lagu ini dengan nafas baru dengan merakamkan dalam genre soul/R&B. Lagu versi Whitney lebih diterima umum dan memenangi 16 awards. Tapi, kredit tetap diberikan kepada Dolly Parton yang mencipta lagu ini.


Dashboard Confessional - Vindicated (Spider-Man 2, 2004)


Vindicated adalah lagu nyanyian band dari Amerika, Dashboard Confessional. Lagu ini ditulis untuk OST Spider-Man 2 dan juga dimuatkan dalam album Dusk and Summer, sebagai bonus track. Filem Spider-Man 2 adalah lakonan Tobey Maguire, Kirsten Dunst, James Franco dan Alfred Molina.

Pada asalnya, Chris Carrabba - penyanyi Dashboard Confessional - ingin memuatkan lagu I Need a Sure Thing ke dalam album OST Spider-Man 2. Tapi selepas mendapat keistemewaan untuk menonton filem itu sebelum ditayangkan, beliau mendapat idea dan terus menulis lirik dan melodi Vindicated dalam masa 15 minit. Vindicated pun menggantikan lagu I Need a Sure Thing dalam OST tersebut.

Vindicated dalam bahasa ibunda bermaksud dibenarkan, membersihkan nama, menyangkal, membuktikan dan banyak lagi maksud. Aku pun tak tahu mana satu maksud yang betul.

Sampai sini dulu buat masa sekarang. Nanti kalau aku rajin, aku sambung part 3 pulak. Kalau aku rajin lah! Mana satu yang jadi favorite kamu dalam semua lagu di atas?

Jumat, 05 November 2010

Lagu tema filem (runut bunyi, OST) terbaik Part 1

Kadang-kadang, kejayaan sesebuah filem kadangkala bergantung kepada lagu soundtrack (OST) bagi filem tersebut. Jika lagu tersebut mampu menarik minat pendengar, tidak mustahil ia akan menarik minat pendengar tersebut untuk menonton filem tersebut. Kira macam subliminal advertising lah.

Berikut adalah beberapa lagu OST yang popular.

The Cardigans - Lovefool (Romeo + Juliet, 1996)


Lovefool ialah lagu nyanyian kumpulan The Cardigan, sebuah band yang berasal dari Sweden. Vokalis band ini, Nina Persson yang boleh tahan comel jugak.

Lagu ini menjadi OST untuk filem William Shakespeare's Romeo + Juliet, atau lebih mudah kalau disebut sebagai Romeo + Juliet, lakonan Leonardo DiCaprio dan Claire Danes. Aku pernah tengok filem ini sekali tapi dah lupa jalan cerita filem ini. 

Ada dua versi music video untuk lagu ini. Video di atas adalah versi filem. Video bawah adalah video versi asal untuk lagu ini.



Roxette - It Must Have Been Love (Pretty Woman, 1990)


It Must Have Been Love ialah lagu OST untuk filem Pretty Women, yang dinyanyikan oleh duo yang berasal dari Sweden, Roxette.

Pretty Women adalah filem yang menaikkan nama Julia Roberts di Hollywood dan menjadi salah satu filem ikonh dan legend yang perlu ditonton. Tapi akusendiri pun tak pernah tengok filem ini. Best ke filem ini?


311 - Love Song (50 First Dates, 2004)


Love Song ialah lagu nyanyian kumpulan dari Amerika, 311. Lagu ini asalnya dinyanyikan oleh The Cure dan dinyanyikan semula oleh 311. Lagu ini merupakan OST untuk filem 50 First Dates.

Bagi aku, 50 First Dates adalah satu filem romantic comedy yang sangat freaking awesome. Lagipun, aku memang peminat Adam Sandler. Tapi filem ini memang kelakar, romantik dan sedih.

Video di bawah adalah lagu versi asal nyanyian The Cure.



Coolio - Gangsta's Paradise (Dangerous Minds, 1995)




Gangsta's Paradise ialah lagu OST untuk filem Dangerous Mind, yang dinyanyikan oleh Coolio featuring L.V. Musik dalam lagu ini ialah sample dari lagu Pastime Paradise, lagu nyanyian Stevie Wonder.

Dangerous Mind ni aku pernah tengok tapi dah lupa. Cerita tahun 1995, dah lama sangat. Masa ni Michelle Pfeiffer tengah hot lagi. Nampak gaya, banyak juga filem aku nak kena download balik.


Ronan Keating – When You Say Nothing At All (Nothing Hill, 1999)


When You Say Nothing At All ialah lagu OST untuk filem Nothing Hill, yang dinyanyikan oleh Ronan Keating. Lagu ini dimuatkan dalam album OST Nothing Hill dan album solo pertama Ronan Keating, Ronan.

Aku tak pernah tengok filem Nothing Hill. Tapi lagu ni menjadi salah satu lagu ballad yang evergreen sampai sekarang. Datin Rosmah Mansor dah menyanyikan lagu Ronan Keating, If Tomorrow Never Comes, bila pulak nak menyanyikan lagu ni?


All Saints - Pure Shores (The Beach, 2000)


Pure Shores ialah lagu nyanyian girls band dari UK, All Saints. Lagu ini merupakan OST untuk filem The Beach, lakonan Leonardo DiCaprio.

Aku tak lah minat sangat dengan All Saints tapi aku rasa lagu ni memang sesuai dengan filem The Beach. Dan, lagu ini mengingatkan aku pada satu peristiwa. Ya, peristiwa itu. Hehehehe...


Chad Kroeger Feat. Josey Scott - Hero (Spider-Man, 2002)


Hero ialah lagu nyanyian gabungan dari dua band rock, Nickelback dan Saliva, Chad Kroeger dan Josey Scott. Lagu ini merupakan OST untuk filem Spider-Man.

Lagu ini dibuat dalam dua versi, satu seperti video di atas dan satu lagi versi orkestra. Tapi lagu dalam album OST untuk Spider-Man 2 rasanya lebih kick-ass.


Sixpence None The Richer - Kiss Me (She's All That, 1999)


Kiss Me ialah lagu nyanyian Sixpence None The Richer. Lagu ini merupakan OST untuk teen movie yang aku rasa semua budak sebaya aku mesti pernah tengok, She's All That. Masa tahun cerita ini ditayangkan, filem-filem bergenre teen movie memang tengah popular.

Lagu ini sebenarnya sudah di-release pada tahun 1998. Setahun kemudian, lagu ini diambil untuk dijadikan lagu OST She's All That. Lagu ini juga dimuatkan dalam album OST untuk TV Series terkenal dari Amerika yang mempopularkan Katie Holmes, Dawson's Creek.

Lagu ini menjadi antara sing-along-song pada tahun tersebut. Video di atas adalah musik video khas untuk filem She's All That. Aku tak jumpa video versi asal dalam Youtube.


Aerosmith - I Don't Want To Miss A Thing (Armageddon, 1998)


Tipulah kalau kamu kata kamu tak pernah dengar lagu ini.

I Don't Want To Miss A Thing ialah lagu nyanyian kumpulan glam rock Amerika yang sudah lebih 40 tahun bertahan dalam industri, Aerosmith. Lagu ini merupakan OST untuk filem Armageddon.

Lagu ini menjadi popular dan filem Armageddon juga mendapat kutipan yang memberangsangkan. Lagu ini menjadi satu-satunya lagu Aerosmith yang berjaya mendapat No.1 dalam Carta Billboard selama 4 minggu. Lagu ini juga berjaya memperkenalkan diri Aerosmith kepada anak muda dan newfags yang tak pernah mendengar muzik Aerosmith sebelum ini.

Lagu ini ditulis oleh Diana Warren. Menurut Warren, lagu ini sebenarnya ditulis untuk Celine Dion. Thank god, lagu ini akhirnya dinyanyikan oleh Aerosmith. Kalau tak, mesti jadi macam lagu My Heart Will Go On.

==========

Ok, cukup 9 lagu buat masa ini. Aku sambung dengan lagu-lagu lain dalam entri akan datang. Dalam 9 lagu di atas, mana satu kegemaran kamu? Apa lagu OST kegemaran kamu yang belum aku senaraikan?

Senin, 06 September 2010

Sejarah Malaysia yang kita jarang dengar Part 3

Siri entri sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September setiap tahun.

Aku ingin memetik beberapa kisah bersejarah di Malaysia yang kita jarang dengar, kita tak ambil tahu sebab menganggap peristiwa ini "kecik dan kurang penting" atau tak tertulis dalam buku teks KBSM di sekolah-sekolah Malaysia.

Suatu masa dulu, idea sosialisme bukanlah asing sangat pada rakyat macam zaman sekarang. Para-para pemikir sosialis pernah membuat satu front gabungan dua parti sosialis terbesar di Malaya ketika itu, Parti Rakyat Malaya dengan Parti Buruh Malaya.

Samada kamu menyokong atau membangkang idea sosialis, kamu pro kerajaan atau pro pembangkang, anggap saja entri ini sebagai satu pengajaran sejarah kepada kamu. Apa yang aku ceritakan adalah untuk melihat kembali sejarah salah satu parti politik yang besar dalam sejarah politik di Malaysia.

Barisan Sosialis/ Socialist Front 1957-1966


Barisan Sosialis atau Socialist Front (SF) atau nama penuhnya Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People's Socialist Front) dibentuk pada 26 Ogos 1958, terdiri daripada Parti Rakyat Malaya (PRM) dan Parti Buruh Malaya (LPM) pada mulanya dan disertai kemudiannya Parti Perhimpunan Kebangsaan atau National Convention Party (PPK) bagi membentuk satu pakatan politik yang telah bergiat cergas dan mendominasi beberapa pihak berkuasa kerajaan tempatan di Semenanjung Malaysia pada era 1950-an sehingga 1960-an.

Parti Rakyat Malaysia (PRM)
Ditubuhkan: 11 November 1955
Bapak aku panggil Parti Kepala Lembu
Parti Buruh Malaya
Ditubuhkan: Jun 1956
Dibubarkan: 1969
Dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 yang pertama, SF telah memenangi 8 kerusi di peringkat kebangsaan menjadikannya parti yang ketiga terbesar di Parlimen Malaysia selepas Perikatan (nama lama Barisan Nasional - BN) dan Parti Islam Se-Malaya (PAS).

Lambang Parti Perikatan
Lawa jugak lambang BN yang lama ni
Semasa rancangan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman, untuk mengembangkan Tanah Melayu menjadi satu persekutuan yang lebih besar iatu Malaysia pada 1961, beliau cuba menjalankan kerjasama di antara pelbagai parti pembangkang di Parlimen. Maka SF telah berkerjasama dengan Parti Negara, Parti Progresif Penduduk (PPP), Parti Demokratik Bersatu atau United Democratic Party (UDP) dan Parti Islam Pan-Malaysia (PMIP), untuk membantah rancangan yang dilihat sebagai agenda tersendiri Perikatan.

Sementara itu, SF juga memperkuatkan penguasaannya di peringkat kerajaan tempatan seperti di Pulau Pinang, di mana SF telah menguasai 14 dari 15 kerusi bagi kerajaan tempatan George Town selepas pilihan raya Majlis Bandaran pada 1961. Pada 1965, SF telah menguasai majlis bandaran di Pulau Pinang dan Melaka serta juga majlis tempatan di Seremban dan Serdang. Faktor-faktor kemiskinan, gaji upah yang kecil dan kesihatan serta perkhidmatan bekalan elektrik dan air menjadi tapak sosialisme berkembang ketika itu.

Aktivis kesatuan sekerja, N. Patkunam, seorang ahli pengasas dan ahli jawatankuasa pusat Parti Buruh Malaya telah memenangi kerusi majlis tempatan Sungai Pinang pada pilihan raya 1958 dan 1961 dan seterusnya dilantik Timbalan Datuk Bandar pada 1960. Sebagai seorang guru yang muda, beliau telah menjual tanah pusaka ibu bapanya di Green Lane dan menyerahkan hasil jualannya kepada partinya demi untuk perjuangan mewujudkan satu masyarakat sosialis yang dapat menbenteras kemiskinan dan mendokong pembahagian kekayaan negara secara adil dan saksama.

SF telah bertambah kukuh apabila bekas Menteri Pertanian (1955-63), Abdul Aziz Ishak, membawa parti barunya Parti Perhimpunan Kebangsaan atau National Convention Party (PPK) untuk menyertai gabungan Barisan Sosialis (SF) apabila beliau disingkirkan daripada UMNO.

Oleh kerana pengaruh SF yang berkembang, kerajaan persekutuan Perikatan telah berusaha menjatuhkannya melalui propaganda mengaitkan sosialisma dengan komunisma dan mendakwanya anti-agama. Pengaruh puak berhaluan kiri SF yang bertambah semakin kuat telah menyebabkan tindakan keras dari kerajaan Perikatan pimpinan UMNO.

Pada 1963, sejurus selepas peristiwa Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963, kerajaan telah mengambil tindakan ke atas beberapa ahli politik dan aktivis pembangkang. SF dilihat sebagai pro-Indonesia dan semua pemimpin Barisan Sosialis telah diberkas. 

Antara mereka yang ditahan dan ditangkap ialah Ahmad Boestamam (presiden PRM), Ishak Haji Muhammad (presiden PBM), Abdul Aziz Ishak (presiden PPK) serta Datuk Kampo Radjo (kemudian menjadi presiden PRM), Tan Kai Hee, Tan Hock Hin, Dr. Rajakumar, Hasnul Hadi, Tajuddin Kahar dan ratusan yang lain.

Rapat umum dan demonstrasi besar-besaran telah diadakan pada 13 Februari 1965 di Kuala Lumpur sempena ulang tahun kedua penahanan Ahmad Boestamam dan lain-lain untuk menentang penangkapan beramai-ramai aktivis dan pemimpin SF di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tuduhan penglibatan kegiatan "subversif". 

Akibatnya pada Pilihan raya umum Malaysia 1964, SF hanya dapat memenangi 2 kerusi. Pembatalan pilihan raya kerajaan tempatan 1965 selepas pengisytiharan Darurat pada 1964 akibat Konfrontasi terus memberi kesan dan melemahkan pengaruh SF.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1969, Barisan Sosialis (SF) yang sebelum ini bertanding dan berjaya dalam Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 1964 telah roboh berikutan pertikaian antara Parti Rakyat Malaya (PRM) dan Parti Buruh Malaya (LPM) mengenai isu-isu bahasa dan lain-lain meninggalkan PRM bertanding 6 kerusi di atas dirinya sendiri. PRM gagal memenangi satu pun kerusi yang dipertandingkan.

Barisan Sosialis akhirnya terus semakin lemah dan terkubur kerana mendapat tekanan kuat dari pihak kerajaan pemerintah akibat berlakunya tragedi rusuhan kaum Peristiwa Mei 13 pada 1969.

Selepas berakhirnya Socialist Front

Parti Buruh Malaysia akhirnya dibubarkan pada tahun 1969 setelah pembubaran SF.

Pada tahun 1970, kepimpinan Parti Rakyat telah diambil alih oleh Kassim Ahmad, seorang lepasan professional universiti, Parti Rakyat telah diterapkan lagi dengan ideologi sosialis lebih radikal. Pindaan Perlembagaan telah dibuat dan Parti Rakyat bertukar nama kepada Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM).

Pada 1989, PSRM bertukar nama balik semula kepada nama asalnya, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dengan menggugurkan perkataan sosialis dari nama parti dan perlembagaan. 

Ini mengakibat bantahan sesetengah ahli yang berpendapat parti itu telah mengendahkan perjuangan asal ideologi sosialisme mereka dan menyebabkan kumpulan serpihan yang diterajui Dr. Mohd Nasir Hashim dan kemudiannya menubuhkan parti baru, Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada 30 April 1998 yang berjaya didaftarkan akhirnya pada 10 September 2008.

Parti Sosialis Malaysia
Semasa berlaku gerakan Reformasi yang melahirkan sebuah parti baru iaitu Parti Keadilan Nasional yang dipimpin oleh Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim (Presiden ialah isterinya, Wan Azizah Wan Ismail) memulakan penerokaan untuk bergabung antara dua parti. Kerjasama kedua-dua parti ini bermula daripada pembentukan Barisan Alternatif. Ketika itu Presiden PRM ialah Syed Husin Ali. Walaubagaimanapun, hasrat penggabungan tersebut telah ditangguhkan disebabkan keengganan pihak berkuasa. 

Dua parti ini secara rasmi bergabung pada 3 Ogos 2003. Hasil daripada penggabungan parti, parti ini kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Syed Husin Ali yang merupakan Presiden PRM sebelum penggabungan ini menjadi Timbalan Presiden PKR manakala Wan Azizah menjadi Presiden PKR.

Walaupun demikian, beberapa pemimpin Parti Rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan penggabungan PRM  kepada sebuah entiti lain yang baru. Pada 17 April 2005, ahli Parti Rakyat Malaysia yang menentang penggabungan ini mengadakan Kongres Nasional di Johor Bahru dan dipilih menerusi kepimpinan baru bagi mengatasi pergelutan parti. 

Ini menyebabkan bekas pemimpin PRM yang telah bergabung dengan PKR, antaranya timbalan presiden PKR Dr. Syed Husin Ali (bekas presiden PRM), naib presiden PKR dan ahli pahlimen Subang R. Sivarasa (bekas naib presiden PRM) dan ahli jawatankuasa pusat Dr. Sanusi Othman (bekas setiausaha agung PRM) dan Tian Chua memohon kepada mahkahmah untuk PRM dibubarkan namun Mahkahmah Tinggi mengisytiharkan pembubaran PRM tidak sah kerana ianya hanya boleh dilakukan sekiranya 60% ahlinya mengundi untuk berbuat demikian di dalam kongres khas parti serta pemohon petisyen agar PRM dibubarkan sudah tidak mempunyai locus standi kerana telah meninggalkan parti. 

Pendaftaran PRM masih kekal sah sebagai parti politik mengikut Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan malahan PRM telah terus bertanding di dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008.

Sabtu, 04 September 2010

Sejarah Malaysia yang kita jarang dengar Part 2

Siri entri sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September setiap tahun.

Aku ingin memetik beberapa kisah bersejarah di Malaysia yang kita jarang dengar, kita tak ambil tahu sebab menganggap peristiwa ini "kecik dan kurang penting" atau tak tertulis dalam buku teks KBSM di sekolah-sekolah Malaysia.

Aku memang tak tahu dengan kewujudan tempat yang bernama Jementah ni, sampailah aku duduk menyewa di situ semasa aku belajar di UiTM Segamat.

Pensyarah aku pernah kata yang Jementah antara tempat bersejarah dekat Johor. Menurut pensyarah aku, Jementah adalah tempat pertama di Johor yang berlakunya perang saudara.

Mula-mula, aku macam tak ambil "port" dengang pensyarah aku sebab dia pernah buat lawak April Fool dalam kelas. Aku pernah buat carian dalam alam maya tapi tak dapat banyak maklumat.

Tapi hari ini, aku dapat banyak maklumat tentang Jementah.

Perang Saudara Jementah/ Perang Jementah/ Jementah Civil War

Perang ini tercetus pada tahun 1879 di Jementah, Johor akibat rasa tidak puas hati Tengku Alam, putera gahara kepada Sultan Ali atas penyerahan daerah Muar ke bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Tragedi berdarah tersebut menjadi yang begitu penting kerana:
  • Perang adalah perang saudara pertama berlaku di negeri Johor.
  • Perang ini telah melibatkan puluhan pahlawan dan pendekar yang handal.
  • Tamatnya perang ini merupakan satu daripada faktor pembukaan Muar.
  • Perang ini membawa beberapa kesan penting dalam sejarah Johor khususnya mulai tahun 1880 iaitu setahun selepas tamatnya perang, 'Kesang' menjadi jajahan Johor hingga ke hari ini.
  • Melalui perang ini, Mohammed Salleh bin Perang yang memegang jawatan Dato' Bentara Luar, salah seorang daripada elit Johor moden telah memperlihatkan kecekapannya dalam mengepalai angkatan perang.

Perang Jementah meletus pada 25 Oktober 1879 disebabkan oleh 'Sekeping Kertas' yang merupakan wasiat Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Ali, Yang Dipertuan Negeri Kesang. Beberapa jam sebelum mangkat, Sultan Ali telah mewasiatkan penggantinya iaitu Yang Maha Mulia Tengku Mahmood yang berumur 11 tahun, putera Almarhum Sultan dan isteri ketiganya iaitu orang kebanyakan.

Perlantikan melalui wasiat telah ditentang oleh Tengku Alam, putera sulong baginda dari isteri tuanya. Tengu Alam yang tidak berpengaruh itu telah membantah tindakan Kolonel Archibald A Anson, Pemangku Gabenor yang meletakkan jajahan Kesang di bawah pentadbiran Duli Yang Maha Mulia Maharaja Abu Bakar buat sementara waktu.

Tindakan awal yang dilakukan oleh Tengku Alam ialah menyuruh dua orang saudara sepupunya Tengku Nong dan Tengku Mat menghasut penduduk-penduduk sekitar kawasan Kesang supaya menyebelahi pihaknya. Tengku Mat dan Tengku Nong termakan dengan janji-janji manis Tengku Alam telah berjaya mempengaruhi segelintir orang-orang tempatan dan beberapa orang Panglima Melayu yang handal.

Panglima yang terlibat

Diantara Panglima-panglima yang handal itu ialah Panglima Besar Layot, Panglima Besar Salim, Panglima Besar Kadir, Panglima Besar Tok Siban, Panglima Besar Sancu, Raja Berambut Panjang, Wan Daud dan Wan Abas.

Atas persetujuan Tengku Alam Panglima Besar Sancu dilantik menjadi 'Kepala Perang'. Kononnya kesemua pahlawan Melayu tersebut mempunyai ilmu Kebal.

Bermulanya perang

Perang Jementah bermula apabila angkatan Tengku Nong menyerang Kesang, Pertempuran awal dipercayai berlaku di Relau dan Air Kertau. Di kedua-dua tempat itu angkatan Tengku Nong tidak mendapat tentangan hebat justeru itu timbullah rasa bongkak dan angkuh di kalangan pengikut-pengikut Tengku Nong.

Pada 25 Oktober 1879 angkatan Tengku Nong disertai oleh Panglima Besar Sancu telah menyerang Jementah dalam jajahan Muar Kiri. Pada masa itu Jementah merupakan sebuah kampung yang penuh dengan dusun buah-buahan dan sawah padi (sekarang Jementah masih ada dusun buah. Sawah padi macam dah tak wujud).

Dalam pertempuran di Jementah inilah Panglima Besar Sancu telah bertindak liar. Selain merampas harta benda penduduk-penduduk di situ, mereka juga membakar beberapa buah rumah. Mujurlah Penghulu Jementah sempat melarikan diri dan terus membuat aduan kepada pihak pemerintah di Johor.

Kemenangan dalam pertempuran di Jementah itu telah mendorong Tengku Nong mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Muda sementara Wan Daud diisytiharkan sebagai Temenggong Paduka Tuan. Kesannya, pemerintah Johor lantas mengirimkan sebuah angkatan perang diketuai oleh Ungku Ahmad iaitu saudara sepupu kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Maharaja Johor ke Jementah.

Kepintaran Ungku Ahmad dalam tipu muslihat perang telah menyebabkan beberapa buah kubu musuh dalam kawasan Lubuk Bandan (tak jauh dari rumah sewa aku) ditawan. Tengku Nong dan Panglima Sancu beserta pengikut-pengikut mereka berundur ke hulu sungai Jementah berhampiran dengan kaki Gunung Ledang. 

Di satu tempat bernama Kampung Lela mereka telah mendirikan sebuah kubu berbentengkan tanah. Sementara itu, pada 2 Disember 1879 Dato' Bentara Luar iaitu Dato' Mohammed Salleh bin Perang telah dihantar oleh kerajaan Johor untuk membantu Ungku Ahmad dan Encik Esa yang sedang bertahan di sebuah kubu dalam jajahan Jementah.

Dato' Mohammed Salleh bin Perang telah membawa sebanyak 400 laras senapang jenis Snider-Enfield dan meriam bersama. Memandangkan pertahanan musuh masih kuat, Tengku Ahmad dan Dato' Bentara Luar telah membuat satu strategi untuk menyerang kubu-kubu musuh. Empat buah pasukan telah dibentuk dan setiap pasukan mengandungi 100 orang.

  • Panglima Besar Esa memimpin pasukan pertama.
  • Panglima Kiri Awang memimpin pasukan kedua.
  • Panglima Besar Yusuf memimpin pasukan ketiga.
  • Panglima Dalam Lamit memimpin pasukan keempat.


Kira-kira dua belas hari selepas pembentukan pasukan perang itu, angkatan perang Dato' Bentara Luar pun sampai di satu tempat bernama Dusun Dedap. Di Dusun Dedap dan di kawasan sekitarnya beberapa kubu dan benteng telah dibina. Yang anehnya kubu-kubu dari kedua-dua pihak yang terlibat dalam peperangan itu terletak berhampiran antara satu sama lain.

Menurut Haji Hassan bin Putih, sekurang-kurangnya lima buah kubu telah dibina oleh pengikut-pengikut Dato' Bentara Luar dan pihak Tengku Nong di kawasan sekitar Dusun Dedap. Tiap-tiap kubu itu mempunyai namanya sendiri. Di antara kubu-kubu yang penting ialah Kubu Dedap, Kubu Lubuk Bandan, Kubu Sungai Siput, Kubu Macang Padang dan Kubu Raja Lela. Kononnya di salah sebuah kubu kepunyaan Tengku Nong sebuah meriam bernama 'Gegak Gempita' telah diletakkan di atas sebatang dahan pokok dedap.

Haji Hassan bercerita lagi, bahawa satu peristiwa ganjil telah berlaku sebelum Kubu Dedap yang termasyhur itu dibina. Manaf Khatib, orang yang ditugaskan membersihkan kawasan sekeliling Dusun Dedap itu telah jatuh pengsan sebaik saja beliau memulakan kerja menebang anak-anak pokok hutan. Pada waktu itu hujan panas turun berderai. Hanya setelah campur tangan seorang Pawang barulah kerja membersihkan kawasan disitu dapat diteruskan.

Haji Yahya bin Kubu pula mengaku bahawa datuknya Pawang Abib turut terlibat dalam pembinaan Kubu Dedap itu. Kononnya semasa Kubu itu dibina beberapa peristiwa ganjil telah berlaku antaranya dengan semena-mena hujan panas turun berderai diikuti dengan tiupan angin kencang. Pada sebelah malamnya pula bunyi burung-burung hutan dan binatang-binatang liar bertalu-talu hingga ke waktu subuh. Kubu Dedap tempat pertahanan orang-orang Dato' Bentara luasnya 40 kaki dan bentengnya dibuat daripada tanah setinggi dua belas kaki.

Semasa membina Kubu Dedap itulah, orang-orang Tengku Nong dan Panglima Sancu telah membuat serangan secara mengejut ke atas pengikut-pengikut Dato' Bentara Luar. Taktik pukul curi itu telah menyebabkan tiga orang pengikut Dato' Bentara Luar terkorban sementara enam orang mendapat cedera.

Pada pertengahan bulan Disember 1879 pengikut-pengikut Dato' Bentara Luar berjaya menawan sebuah kubu musuh di Padang Juling. Mengikut catatan Encik Daud bin Sulaiman, seorang ahli sejarah di Batu Pahat bahawa semasa bertahan di kubu Padang Juling Dato' Bentara Luar telah menyusun satu rancangan yang rapi dan lengkap bertujuan untuk menamatkan Perang Jementah dengan segera. Beliau telah memerintahkan seratus orang menebang pokok buluh dan setiap orang dikehendaki mengikat buluh-buluh itu menjadi seberkas.

Pada keesokan harinya, tiga ratus orang Dato' Bentara Luar 'berpura-pura' menyerang kubu Tengku Nong dan Panglima Sancu. Dan semasa serangan olok-olok itu dibuat, Dato' Bentara Luar menyuruh enam puluh orang pengikutnya membuat satu jalan pintas menuju ke arah kubu musuh (inilah agaknya sebab utama Jementah banyak jalan pintas/ jalan dalam. Kawan-kawan aku biasa guna jalan dalam untuk mengelak road block).

Empat buah meriam dipasang dengan arah muncungnya dihalakan ke arah kubu musuh. Panglima Besar Yusuf dan Panglima Kiri Awang merangkak perlahan-perlahan mengambil tempat berhampiran pagar kubu musuh. Panglima Lamit bersama orang-orangnya mengangkut berkas-berkas buluh itu sementara Dato' Bentara Luar dan Panglima Esa disertai oleh lima orang pengikutnya membuat benteng.

Kebetulan pada malam itu, hujan turun dengan lebatnya. Ini memudahkan lagi kerja Dato' Bentara Luar. Menjelang pagi Dato' Bentara Luar mengarahkan semua meriam dan senapang ditembak secara serentak. Serangan mengejut waktu subuh itu menyebabkan orang-orang Tengku Nong dan Panglima Besar Sancu dalam kubu menjadi kelam kabut. Kebanyakan mereka sedang tidur nyenyak ketika itu.

Pihak musuh yang mulai\ panik lantas memukul gendang dengan tujuan menaikan semangat mereka. Mereka sempat juga membalas tembakan dengan secara membuta-tuli. Ekoran daripada serangan pada waktu subuh itulah akhirnya membawa kepada tamatnya Perang Jementah pada 30 Disember l879.

Perang saudara itu berlaku dengan kemenangan di pihak Dato' Bentara Luar. Tengku Nong dapat ditawan dekat Gunung Ledang kira-kira sehari perjalanan dari Cohong. Wan Daud pula diberkas setengah jam selepas Tengku Nong ditangkap. Turut diberkas pada hari itu ialah ketua-ketua pemberontakan iaitu Tengku Mat, Panglima Besar Sancu, Panglima Besar Layot dan Raja Berambut Panjang.

Panglima Sarip, seorang lagi panglima yang handal ditugaskan untuk mengawal keselamatan Tengku Mat semasa diberkas cuba melawan tetapi telah ditembak oleh Panglima Perang Awang. Manakala saki baki musuh terus diburu.

Pak Yusuf bin Kamit atau dikenali dengan panggilan Pak Osop berasal dari Muar dan sudah menetap lebih 40 tahun di Segamat mendakwa bahawa pembukaan beberapa penempatan dan kampung di Segamat ada kaitan dengan tamatnya Perang Jementah.

Menurut Pak Osop menjelang tamatnya Perang Jementah, ramai pengikut Tengku Nong dan Panglima Sancu telah melarikan diri. Mereka seolah-olah sudah terasa kemenangan akan berada di pihak Dato' bentara Luar dan Ungku Ahmad. Malah ramai daripada pengikut Tengku Nong dan Panglima Sancu mulai insaf. Mereka sedar perjuangan mereka adalah sia-sia belaka. Menentang Dato' Bentara Luar dan Ungku Ahmad samalah seperti menentang Duli Yang Maha Mulia Maharaja Abu Bakar.

Justeru itu ramai daripada mereka tanpa mematuhi arahan ketua-ketua mereka lantas melarikan diri ke Segamat menaiki perahu menghilir Sungai Legeh dan Sungai Muar dan terus ke Segamat. Dipercayai mereka merupakan pendatang-pendatang awal yang membuka beberapa buah kampung di daerah Segamat.

Di Segamat, tempat yang didatangi oleh orang-orang Tengku Nong dan Panglima Besar Sancu itu dipercayai kebanyakannya berhampiran dengan sungai. Mengikut kajian sekurang-kurangnya sepuluh buah kampung atau kawasan telah dibuka oleh orang-orang Tengku Nong dan Panglima Besar Sancu. 

Kampung-kampung tersebut ialah Kampung Pogoh, Kampung Alai, Kampung Lubuk Batu, Kampung Paya Dalam, Kampung Ulu Gemereh, Kampung Batu Badak, Kawasan berhampiran Danau Lanjut, Kawasan berhampiran Danau Kongkong, Kawasan berhampiran Tebing Tinggi dan Kampung Tenang.

Mengikut Pak Osop lagi, di Kampung Paya Dalam, empat kilometer dari Bandar Segamat, dua buah kubur yang masih dapat dilihat hingga sekarang dipercayai adalah kubur-kubur pengikut-pengikut Panglima Besar Sancu yang melarikan diri itu dan kemungkinan mati di Kampung Paya Dalam. Di Kampung Paya Dalam juga terdapat kesan peninggalan Perang Jementah seperti kubu-kubu dan benteng-benteng

Seriously, aku tak pernah nampak peninggalan perang sepanjang setahun setengah tinggal di Jementah. Cendol, jom pergi Segamat lagi!

Rabu, 01 September 2010

Sejarah Malaysia yang kita jarang dengar

Siri entri sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September setiap tahun.

Aku ingin memetik beberapa kisah bersejarah di Malaysia yang kita jarang dengar, kita tak ambil tahu sebab menganggap peristiwa ini "kecik dan kurang penting" atau tak tertulis dalam buku teks KBSM di sekolah-sekolah Malaysia.

Kawad Maut Sandakan/Kawad Kematian Sandakan/Sandakan Death Marches

Kawad Maut Sandakan adalah antara kejadian terburuk dalam siri kejadian Kes Jenayah Perang Jepun yang mengakibatkan kematian sehingga 3,600 orang hamba kerahan Indonesia dan 2,400 tahanan perang Pihak Berikat (Allies), yang ditahan oleh Askar Jepun semasa Perang Pasifik semasa Perang Dunia Ke-2, di kem penjara di Borneo Utara. Dari keseluruhan tahanan yang ditawan di kem tersebut semasa perbarisan, hanya 6 yang diketahui terselamat selepas peperangan.

24 Oktober 1945. Kem tahanan perang Sandakan. Beberapa bulan selepas ia ditinggalkan dan dimusnahkan oleh tentera Jepun, tidak banyak yang tinggal di kem yang dibakar ini. Dalam kawasan Compound No. 1 (gambar) kubur mengandungi mayat 300 tahanan Australia dan British dijumpai. Mereka dipercayai tahanan yang tinggal di kem selepas siri kawad kedua ke Ranau. Setiap kubur mengandungi beberapa mayat, dalam sesetengah kes sehingga 10 mayat
(Foto: Frank Burke)
Pada tahun 1942, orang awam Indonesia yang dibawa dari pulau Jawa, bersama tahanan perang Australia dan British yang telah ditahan semasa kejatuhan Singapura, dihantar melalui kapal ke Borneo Utara dengan tujuan untuk membina padang terbang di Sandakan. 

Seperti pembinaan landasan kereta api Burma (dikenali sebagai landasan kereta api maut), tahanan dipaksa bekerja keras dengan diacukan senapang kepada mereka, sering dipukul dan tidak menerima makanan serta ubatan yang cukup. Mereka terus ditahan walaupun kerja pembinaan telah siap. Kebanyakan tahanan akhirnya mati. Pada awal 1945, apabila Pihak Berikat semakin hampir, komandan kem Kapten Hoshijima Susumi memutuskan untuk memindahkan baki tahanan ke pedalaman di Ranau, kira-kira 250 kilometer. Menurut beliau, ia merupakan arahan dari Leftenan Gen Masao Baba, Komander Pemerintah ke-37 dalam Tentera Jepun.

Tahanan Australia dan Indonesia ini telah dikerah oleh tentera Jepun untuk berjalan dari Sandakan di pantai timur ke Kota Kinabalu di pantai barat. Dalam perjalanan tersebut, lebih 1000 orang telah maut akibat keletihan, kebuluran dan penyakit.

Kem Tahanan Sandakan yang ditangkap menggunakan Google Earth.
Eh? Zaman dulu mana ada Googel Earth
Kawad Pertama

Kawad pertama merentasi kawasan paya, hutan tebal dan kemudian melalui kawasan cerun bahagian timur Gunung Kinabalu yang berlaku diantara Januari hingga Mac 1947.

Pihak Jepun telah memilih 470 banduan yang difikirkan cukup cergas untuk mengangkut bagasi dan bekalan makanan untuk mengiringi batalion-batalion Jepun ke penempatan baru di bahagian pantai barat. Dalam kumpulan tersebut, kebanyakan tahanan yang menderita daripada jangkitan penyakit atau kekurangan zat makanan. Mereka memulakan perjalanan dengan niat asal untuk pergi ke Jesselton (nama lama Kota Kinabalu).

Walaupun perjalanan tersebut mengambil masa 9 hari tetapi mereka diberi bekalan hanya untuk 4 hari. Seperti apa yang terjadi dalam Kawad Maut Bataan (The Death March of Bataan) di Filipina, tahanan yang tidak dapat bertahan akhirnya mati. Mana-mana tahanan yang keletihan ditinggalkan supaya mati dalam perjalanan. Apabila sampai di Ranau, mereka yang masih bertahan telah diarahkan untuk membina kem sementara.

Tahanan yang terselamat akhirnya telah ditahan dalam bilik tahanan yang kotor dan terpaksa bersempit-sempit. Kebanyakan mereka akhirnya jatuh sakit dan mati akibat dysentery (cirit-birit). Menjelang 26 Jun 1945, hanya 5 askar Australia dan seorang askar British yang masih hidup.

Kawad Kedua

Kawad kedua bermula pada 29 Mei 1945 dengan disertai oleh 536 tahanan. Kawad tersebut berlangsung selama 26 hari, dengan kesemua tahanan kedua ini lebih lemah dari para tahanan kawad pertama. Tahanan kali ini juga diberikan catuan makanan dan dipaksa untuk mencari makanan sendiri dalam perjalanan.

Compound No.1 di Sandakan telah dimusnahkan untuk memusnahkan bukti kewujudan mereka. Hanya 183 tahanan yang terselamat. Kawad kedua tiba pada 24 Jun 1945, dan mereka terkejut apabila mendapati hanya 6 orang tahanan sahaja yang masih hidup dari Kawad Pertama.

Kawad Terakhir

Kira-kira 250 orang tahanan yang tinggal selepas kawad kedua berlepas. Kebanyakan tahana mula jatuh sakit dan Askar Jepun membiarkan mereka mati tanpa memberikan makanan (starve to death). Namun, pada  9 Jun 1945, Jepun akhirnya menghantar 75 orang lagi untuk kawad terakhir.

Tahanan dalam kawad terakhir sangat lemah berbanding dua kawad terdahulu, tiada seorang pun yang mampu bertahan lebih dari 50 km. Setiap tahanan akhirnya rebah kerana keletihan melampau dan ditembak bunuh oleh askar Jepun.

Tahanan yang masih tinggal di Sandakan dan tidak mampu untuk berjalan telah dibunuh ataupun mati kerana kelaparan dan sakit teruk sebelum Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945.

Mangsa-mangsa tahanan yang lain

Kerana kekurangan dan layanan kejam dari Askar Jepun, hanya 38 tahanan yang masih hidup di Ranau. Semua tahanan kurang sihat dan tidak mampu untuk bergerak. Mereka akhirnya telah mati dibunuh atas perintah tertinggi Jepun. Kesemua mereka dibunuh dalam bulan Ogos.

Enam orang Askar Australia berjaya melepaskan diri. Semasa kawad kedua, Owen Campbell dan Richard Braithwaite berjaya melepaskan diri dan lari ke hutan. Mereka telah dibantu oleh orang tempatan dan akhirnya di selamatkan oleh Pihak Berikat.

Semasa bulan Julai, Prebet Nelson Short, Pegawai Warant Satu William Sticpewich, Prebet Keith Botterill dan William Moxham berjaya melarikan diri dari Ranau. Mereka semua juga menerima bantuan dari penduduk tempatan yang memberikan mereka makanan dan menyembunyikan mereka sehingga perang berakhir.

Daripada 6 orang yang terselamat, hanya 3 orang terselamat daripada kesan penyeksaan yang mereka terima di kem tahanan dan mereka menjadi orang penting dalam perbicaraan Kes Kekejaman Perang Jepun yang diadakan di Tokyo dan Rabaul. Mereka menjadi saksi utama dan menceritakan segala kekejaman Askar Jepun untuk tatapan seluruh dunia.

Kapten Hoshijima didapati bersalah dan dikenakan hukuman gantung pada 6 April 1946. Kaptan Takakuwa dan Kapten Watanabe telah didapati bersalah atas kesalahan membunuh dan menyeksa tahanan hingga mati. Mereka masing-masing telah dijatuhkan hukuman gantung dan tembak pada 6 April 1946 dan 16 Mac 1946.

Peta perjalanan Kawad Kematian Sandakan
Tugu peringatan perang telah didirikan di Kundasang, Sabah pada tahun 1962 bagi memperingati mangsa yang terkorban di Ranau dan Sandakan. Tugu peringatan perang juga dibina di negara asal askar yang terkorban bagi memperingati mereka.

Tugu peringatan di Sabah
Tugu peringatan di New South Wales, Australia

Senin, 30 Agustus 2010

Negaraku, Mamula Moon, Terang Bulan, Allah Lanjutkan Usia Sultan dan La Rosalie

Siri entri sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September setiap tahun.

Pernah dengar Negaraku? Kalau tak pernah, aku rasa kau mesti bukan Orang Malaysia, duduk dalam gua atau pun orang pekak.


Negaraku ialah lagu kebangsaan untuk negara kita. Negara kebangsaan biasanya melambangkan keperibadian sesuatu negara. Lagu kebangsaan biasanya menjadi kebanggaan buat rakyatnya. Lagu kebangsaan biasanya akan dimainkan dalam acara sukan sebelum sesuatu perlawanan bermula untuk memberi semangat kepada atlet tersebut.

Negaraku menjadi lagu kebangsaan Malaysia semenjak 31 Ogos 1957, dimana liriknya ditulis oleh beberapa orang penulis pada 25 Ogos 1957.

Seperti yang kita semua pernah dengar atau baca, lagu Negaraku diambil melodinya daripada Lagu Negeri Perak, Allah Lanjutkan Usia Sultan, yang juga diambil dari sebuah lagu yang berasal dari Perancis, La Rosalie, hasil ciptaan Pierre-Jean de Béranger yang kemudiannya popular di Seychelles.


Lagu Negeri Perak ini tercipta semasa Sultan Idris membuat lawatan ke England pada tahun 1888. Tiada lagu tema/iringan untuk menyambut ketibaan Sultan Perak ketika itu. 

Aide-de-camp Sultan Perak ketika itu (kira macam pembantu peribadilah. Munkin bendehara lebih sesuai kot) kepada Sultan Perak, Raja Mansur ibni Sultan Abdullah, tidak berani menyatakan tentang ketiadaan lagu iringan (takut daulatlah ni) terus meng-hummed/humming sebuah lagu yang pernah didengarinya yang datang dari Seychelles, iaitu La Rosalie.

Setelah memberitahu asal usul lagu tersebut, sultan bersetuju untuk mengambil lagu tersebut sebagai lagu rasmi negeri Perak. Lirik lagu tersebut telah ditulis oleh Raja Ngah Manur bin Raja Abdullah.

Kamu mesti pernah dengar satu masa dahulu, Rakyat Indonesia pernah menuduh Malaysia meniru lagu yang berasal dari Indonesia, Terang Bulan, untuk dijadikan lagu kebangsaan Malaysia.

Terang Bulan versi Rudy van Dalm & The Royal Rhythmics


Terang Bulan versi Anneke Gronloh

Sebenarnya Terang Bulan juga merupakan lagu saduran daripada La Rosalie juga. Lagu ini menjadi terkenal apabila sebuah persembahan bangsawan Indonesia di persembahkan di Singapura dengan mendendangkan lagu ini sekitar 1920'an. Rakyat Melayu di sekitar Nusantara telah menamakan lagu ini sebagai Terang Bulan.

Terang Bulan menjadi lagu evergreen bagi bangsa Melayu dan sering dimainkan dimajlis harijadi, party, di cabaret dan menjadi nyanyian dan siulan oleh semua orang pada sekitar 1920'an dan 1930'an. Semenjak Malaysia mengambil melodi lagu La Rosalie untuk dijadikan lagu kebangsaan, Kerajaan Malaysia telah mengharamkan lagu Terang Bulan dari disiarkan di radio dan televisyen.

Dari melodi lagu Terang Bulan ini, Felix Mendelssohn & His Hawaiian Serenaders telah menggubah sebuah lagu yang bertajuk Mamula Moon, yang telah dimuatkan dalam album Paradise Isle pada tahun 1947.


Jadi Rakyat Indonesia sekalian, janganlah anda menuduh kami mencuri lagu Terang Bulan untuk dijadikan lagu Negaraku, tetapi kami mengambil melodi La Rosalie. Sila pelajari sejarah sebelum cuba menuduh secara melulu. Get your fact right.

Begitulah hebatnya lagu La Rosalie ciptaan Pierre-Jean de Béranger. Menjadi lagu kegilaan anak muda sekitar 1920-1930'an. Menjadi lagu kegilaan di Seychelles, Hawaii dan Nusantara. Menjadi lagu rasmi buat satu negeri dan satu negara di kawasan Asia Tenggara.

Tapi cuba kita fikirkan sejenak. Lagu kebangsaan kita merupakan lagu saduran. Lagu kebangsaan yang menjadi kebanggaan kita dan lagu yang menaikkan semangat atlet sebelum satu perlawanan adalah lagu saduran. Kenapa kita tidak mencipta lagu kebangsaan sendiri?

Aku ingat, Ramli MS, salah seorang komposer terkenal, ada menggesa pihak kerajaan untuk mencipta lagu kebangsaan sendiri. Ramli MS ketika itu menulis dalam kolum kelolaannya di Harian Metro memberikan cadangan supaya kerajaan Malaysia mencipta lagu kebangsaan baru memandangkan negara jiran kita sering mempersendakan lagu kebangsaan kita.

Bagi aku, itu satu cadangan yang baik. Sudah sampai masanya Malaysia mencipta lagu yang mempunyai bunyi dan "perasa" yang lebih berjiwa Malaysia. Malaysia mempunyai ramai komposer yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam bidang muzik seperti Ramli MS, M. Nasir, Habsah Hassan, Audi Mok... So, aku rasa ada baiknya juga kalau kerajaan Malaysia mengambil serius pandangan Ramli MS. 

Cipta satu lagu yang lebih menonjolkan imej Malaysia dan ciptaan anak tempatan, bukannya lagu yang berasal dari komposer Perancis.