Tampilkan postingan dengan label Football Malaysia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Football Malaysia. Tampilkan semua postingan

Jumat, 09 Desember 2011

Jangan Kacau Pemain Bola Sepak Malaysia

Semenjak Malaysia memenangi Piala AFF tahun lepas, ramai yang mula memberikan perhatian kepada skuad bola sepak Malaysia.

Dulu, berapa kerat sangat yang ambil port dengan liga bola sepak negara kita. Sampai aku pernah tulis entri ini pada tahun 2010, semasa ini Malaysia belum lagi memenangi Piala AFF 2010 dan rakyat Malaysia belum lagi ambil port pasal liga Malaysia dan mengaku diri mereka ultras lagi.

Tapi sekarang berbeza. Semua rakyat Malaysia sudah kenal semua pemain Malaysia. Seakan menjadi satu dosa apabila ada rakyat Malaysia yang tidak mengenali pemain bola sepak Malaysia.

Kemenangan Piala AFF pada tahun 2010 ditambah pula kejayaan mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011 di Jakarta menambahkan lagi minat rakyat terhadap skuad Harimau Malaya ini, sehingga mereka muncul di di rancangan talk show Stadium Angkasa di TV1 dan  Majalah 3 di TV3.

Dalam sekelip mata, pemain Harimau Malaya menjadi tumpuan peminat, dan tidak terelak dari lensa wartawan. Bukan setakat wartawan sukan, tapi juga wartawan hiburan.

Pemain Malaysia sudah menjadi selebrit, sudah jadi artis. Dahulu mereka muncul hanya dalam bahagian belakang akhbar, iaitu bahagian sukan. Kini mereka sudah muncul dalam bahagian B-Pop dan Pancaindera. Mereka juga sudah muncul dalam majalah hiburan seperti Mangga dan URTV. Mungkin menunggu masa untuk muncul di Melodi pula.

Khairul Fahmi Che Mat, atau terkenal dengan nama gelaran Apex, yang menjadi tumpuan selepas kejayaan Malaysia di Piala AFF.


Khairul Fahmi Che Mat

Kemenangan beliau membuatkan hubungan cinta Apex dan kekasihnya ketika itu, Elia, menjadi tumpuan ramai. Blog Elia, Jejari Runcing, mendapat trafik yang tinggi. Elia banyak menceritakan kisah cinta mereka di dalam blog beliau.




Mereka akhirnya bertunang. Tetapi disangkakan panas sehingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Pertunangan mereka putus selepas media masa menyiarkan gambar Apex jalan berpegangan tangan dengan Dahlia Tek.




Kes putus tunang + kecurangan Apex menjadi berita hangat di akhbar. Terutamanya Metro yang meletakkan berita ini di muka depan akhbar untuk beberapa hari berturut-turut.

Pendedahan berita ini di akhbar sedikit sebanyak menjadikan satu tekanan buat Apex. Blog hiburan juga sudah memuatkan entri tentang berita ini.

Keadaan semakin bertambah buruk buat Apex apabila gambar beliau dan Shida Harmi pula tersebar di blog hiburan, dan seterusnya keluar di akhbar pula apabila wartawan akhbar mencilok gambar dan berita tersebut kemudian claim mereka dapat berita tersebut dari 'sumber yang boleh dipercayai.'


Amboi.. Cleavage dia...
Ini bukan soal siapa salah dan siapa yang betul. Ini bukan kisah nak tahu Apex yang betul atau Apex yang curang. Persoalannya, kenapa kisah peribadi mereka menjadi bahan perbualan di akhbar? Yang paling pelik, kenapa dimasukkan berita tersebut dalam bahagian hiburan?

Apex adalah pemain bola sepak. Bukannya artis. Kalau artis sekalipun, aku tak rasa menjual kisah peribadi orang di akhbar adalah perbuatan yang betul. Cuba kalau kisah peribadi kita keluar di akhbar. pasti kita juga tidak sukakan?

Tekanan dari media menyebabkan Apex kita sedang berkira-kira untuk mengambil keputusan untuk bersara dari pasukan kebangsaan. Dan kalau dia bersara, aku yakin akhbar akan menyalahkan dia pula kerana bersara awal.

Dan kini, ada satu nama baru sudah menjadi bualan ramai dan media, Nazmi Faiz Mansor.


Kegilaan gadis bawah umur yang
terbaru. Bakal membuat saham K-Pop
jatuh

Semenjak persembahan cemerlang beliau ketika beraksi di Sukan SEA 2011 dan gol cantik menentang Bahrain, nama Nazmi menjadi bualan ramai.

Ramailah gadis-gadis bawah umur mula meletakkan gambar Nazmi di profile picture mereka di Facebook. Ramai yang buat entri pasal Nazmi. ramai adik-adik yang masih bersekolah mula memasang angan-angan mahu menjadi girlfriend Nazmi, kerana Nazmi pun baru 17 tahun.

Hasil kegilaan ini, peminat mula mencari segala hal peribadi Nazmi di internet. Hasilnya, terdedahlah identiti girlfriend Nazmi, Nadia Ismael.

Nadia Ismael, bakal menjadi musuh kepada budak-budak lain
yang berangan nak jadi awek Nazmi Faiz

Bila sudah popular, pastilah akhbar dan blog hiburan tak kan melepaskan peluang untuk mncari berita, atau mencipta berita untuk melariskan akhbar mereka. Akhirnya, keluar berita yang kononnya ada beberapa pemain bola dikaitkan dengan Neelofa. Yang lebih mengejutkan, Nazmi adalah salah seorang daripada pemain bola yang dikaitkan.

Nazmi baru berumur 17 tahun. Masih mentah. Belum matang lagi. Jangan berikan tekanan seperti apa yang diterima oleh Apex. Ada kemungkinan Nazmi akan burn-out dengan gosip-gosip liar dan akan tenggelam entah ke mana.

Diharap pihak media, akhbar & blog hiburan, berhenti melaporkan kes peribadi pemain di akhbar. Pemain Malaysia baru mula hendak bertatih. Bukan macam JohnTerry. Kisah skandal seks keluar surat khabar pun steady lagi main bola.

Pemain Malaysia masih mentah, belum biasa menerima tekanan dari media. Jadi diharap tak payah pressure mereka dengan kisah yang bukan-bukan. Samada mereka nak bercinta dengan artis, bertunang, putus tunang, bersosial atau pergi memancing, itu hal peribadi mereka.

Mereka bukan artis. Tak perlu berikan mereka tekanan dengan gossip liar. Biarkan mereka beraksi di padang. Jangan letak muka mereka dibahagian hiburan. Jangan 'Mangga' dan 'URTV' kan pemain bola sepak Malaysia. Jangan berikan pemain bola sepak Malaysia tekanan yang tidak sepatutnya.

Dan sama juga kepada para peminat. Mohon tak payahlah mahu korek hal peribadi mereka sangat. Biarlah mereka hidup dengan aman dan damai. Dan buat adik-adik yang masih bersekolah, mohan tak payah menggedik konon nak jadi girlfriend Nazmi. Geli aku baca tweet korang dekat Twitter tu.

Biarkan mereka buat kerja mereka, iatu bermain bola mewakili Malaysia. Biarkan hidup peribadi mereka. Tak payah nak kecoh sangat korek rahsia kehidupan mereka. Lantaklah apa mereka nak buat di luar padang, janji mereka berikan yang terbaik ketika menyarung jersi Malaysia.

Sekian. Majulah sukan untuk negara.

Rabu, 23 November 2011

Pertahan Pingat Emas Di Sukan SEA 2011, Bola Sepak Malaysia Bakal Kembali Ke Era Kegemilangannya?


Semua rakyat Malaysia tahu yang yang pasukan bola sepak Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan SEA 2011 yang berlangsung di Jakarta dan Palembang pada malam Isnin yang lepas.

Perlawanan yang berlanjutan sehingga ke sepakan penalti memang mendebarkan. Jantung aku berdenyut laju sepanjang perlawanan.

Perlawanan kali ini menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia. Hatta orang yang tidak minat dengan sukan bola sepak seperti kaka ipar aku sendiri pun boleh terpaku melihat perlawanan ini.

Timnas sepak bola Indonesia memberikan tentangan hebat kepada pasukan Harimau Muda kita. Sepakan penalti yang diambil oleh Baddrol Bakhtiar yang berjaya ditepis oleh penjaga gol Indonesia tetapi tetap bergolek masuk ke dalam gol memang satu penutup perlawanan yang epik.

Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi yang sebelum ini dimenangi 2 tahun lepas di Laos. Kali terakhir Malaysia memenangi 2 pingat emas berturut-turut ialah pada Sukan SEA edisi 1977 dan 1979.

Sebelum memenangi pingat emas pada 2009, kali terakhir Malaysia menang pingat emas tersebut ialah 20 tahun yang lepas, pada tahun 1989. Satu tempoh yang begitu lama ditunggu oleh Malaysia untuk memenanginya semula.

Dan jangan lupa yang Malaysia juga merupakan johan Piala AFF pada tahun lepas, juga menundukkan pasukan Indonesia di perlawanan final.

Pencapaian ini merupakan pencapaian terbaik Malaysia dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini. Aku akui, semenjak menjadi peminat bola sepak, inilah detik-detik paling indah menjadi penyokong pasukan bola sepak Malaysia.

Sesiapa yang dilahirkan dalam era 80'an dan 90'an di Malaysia boleh dikatakan antara generasi yang malang kerana tidak dapat melihat kehebatan pasukan bola sepak Malaysia seperti dahulu.

Biasanya, kita hanya mendengar cerita dari ayah-ayah kita yang bercerita bagaimana kehebatan pasukan bola sepak Malaysia yang ada masa itu dibarisi pemain hebat seperti Soh Chin Aun, Santokh Singh, Mokhtar Dahari, Hassan Sani, James Wong, R. Arumugam dan ramai lagi. 

Atau pun cerita dari atok kita tentang kehebatan Raja Bola, Ghani Minhat (aku tak pernah tengok video yang menunjukkan permainan Ghani Minhat kerana RTM jarang menayangkan video perlawanan yang melibatkan Raja Bola ini. Atau memang RTM langsung tak simpan video-video ini di dalam arkib mereka?)

Kita hanya mampu mendengar cerita dari ayah kita bagaimana Malaysia berjaya melayakkan diri dalam pertandingan Olimpik 1972 dan 1980. Aku selalu ingat bagaimana ayah aku bercerita tentang perjalanan pasukan Malaysia semasa Olimpik 1972. 

Ayah aku masih ingat setiap detik kesemua 3 perlawanan Malaysia di Olimpik 1972. Setiap keputusan perlawanan, siapa yang bermain, dan peristiwa yang terjadi dalam setiap perlawanan tersebut telah dihafal oleh ayah aku dan diceritakan dengan penuh perasaan oleh ayah aku.

Untung ayah aku. Ada juga sejarah bola sepak yang boleh dijadikan sebagai kenangan dalam hidupnya. Tapi generasi seperti aku agak malang apabila Malaysia melangkah ke ambang kehancuran selepas Liga Malaysia dilanda peristiwa rasuah secara besar-besaran pada tahun 1994.

Semenjak itu, pasukan bola sepak bagaikan menjadi bahan lawak jenaka. Lebih memalukan bila kita menjadi pasukan wajib yanag akan tersingkir awal dalam kesemua edisi Sukan SEA.

Sehinggalah munculnya skuad Harimau Muda. Sebuah pasukan yang rata-ratanya berusia 23 tahun kebawah. Pasukan ini dibentuk dengan harapan bakal menjadi pemain masa depan buat skuad Malaysia. Pasukan ini juga bertindak sebagai pasukan yang akan bermian dalam kelayakan Olimpik 2012.

Rancangan menubuhkan skuad Harimau Muda membuahkan hasil apabila berjaya memenangi pingat emas di Sukan SEA 2009 di Laos.

Bebeapa pemain dari skuad Harimau Muda kemudiannya menyertai pasukan senior dan berjuang dalam Piala AFF Suzuki yang kemudiannya dimenangi oleh pasukan Malaysia yang menundukkan Indonesia dengan aggregat 4-2.

Kemudian, tertubuhnya pula skuad Harimau Muda B, yang pemainnya rata-rata berusia 19 tahun ke bawah. Sebahagian pemain dari skuad Harimau Muda B ini diserap ke dalam pasukan yang bermain di dalam Sukan SEA 2011 yang akhirnya dimenangi oleh Malaysia juga.


Boleh dikatakan yang pasukan Malaysia kini sudah kembali merajai Asia Tenggara. Kemenagan dalam 3 kejohanan dalam 3 tahun ini memberikan harapan untuk kita melihat pasukan Malaysia kembali merajai bola sepak.

Program penubuhan skuad Harimau Muda A dan Harimau Muda B sudah menampakkan hasil. Kita dapat lihat pemain dari kedua-dua pasukan ini mempunya skill yang lebih baik dari pemain Malaysia dalam tempoh 20 tahun ini.

Selain itu, pemain-pemain ini mempunyai tahap mental yang lebih kuat. Biasanya, apabila menentang Indonesia di Stadium gelora Bung Karno dan tertinggal 1-0, memang kita sudah tahu pasukan Malaysia pasti akan kalah dan dibelasah teruk oleh Indonesia. Tetapi tidak bagi pasukan Harimau Muda ini.

Mereka mempunyai mental yang kuat. Mereka tenang menyusun serangan dan lebih banyak menghasilkan serangan merbahaya ke arah gol lawan sehinggakan pasukan lawan menjadi kelam-kabut dan resah walaupun bermain dihadapan penyokong sendiri. Harimau Muda berjaya menyamakan kedudukan seterusnya memenangi perlawanan tersebut.

Program mewujudkan pasukan Harimau Muda membuahkan hasil dan mampu menjadi katalis bagi peningkatan mutu permainan Malaysia. Tidak mustahil kita boleh merajai bola sepak dan melahirkan pemain-pemain hebat seperti di zaman 70'an dan 80'an.

==========

Untuk perlawanan malam ini, menentang Syria dalam kelayakan Olimpik 2012, aku tak meletakkan harapan besar untuk Malaysia menang kerana kebanyakan pemain Malaysia masih keletihan dan ramai yang tercedera. Lagipun, Syria merupan pasukan yang jauh lebih hebat dari Indonesia.

Tetapi bola itu bulat. Semasa perlawanan akhir Sukan SEA 2011, ramai menyangkakan Indonesia akan menang memandangkan ramai pemain Malaysia yang tercedera dan faktor Indonesia sebagai tuan rumah, tetapi pasukan harimau Muda berjaya juga memenangi perlawanan tersebut.

Jadi tidak mustahil buat Malaysia untuk menang malam ini. Menang atau kalah, itu belakang cerita, yang penting pasukan Harimau Muda terus kuat berjuang.

==========

Update:
Malaysia tewas 2-0 di tangan Syria. Tapi main tak lah teruk sangat. Kalau skuad dulu-dulu, mesti dah kena bantai teruk dah.


Tapi nampak pemain Malaysia masih keletihan. tak pe lah. Teruskan berjuang, Harimau Muda!

Jumat, 29 Juli 2011

Persoalan Yang Timbul Selepas Malaysia Tewas Dalam Kelayakan Piala Dunia

Wisel penamat ditiupkan. Malaysia yang hanya mampu mengutip keputusan seri 1-1 di Stadium Bukit Jalil tersingkir dari pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 dengan agregat 4-6.

Selepas perlawanan tamat, timbul pelbagai komen dan perbalahan diantara peminat melaui Facebook, Twitter atau pun secara mulut.

Kali ini, aku nak bercerita sikit tentang beberapa persoalan yang timbul di hati aku dan beberapa kawan blogger dan Twitter selepas perlawanan semalam.


Persoalan 1: Adakah malaysia memerlukan pemain import?

Melihat barisan pemain Singapura, kita dapat melihat Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengambil beberapa orang pemain import, bukan penduduk kelahiran Singapura, dan diberikan kerakyatan untuk bermain untuk Singapura.

Adakah mungkin untuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meniru langkah FAS?

Sudah pasti cadangan ini akan menerima tentangan dari semua rakyat Malaysia kerana rakyat Malaysia mahukan pemain kelahiran Malaysia menjunjung misi negara ini.

Tapi mengambil rakyat import untuk mewakili Malaysia bukanlah perkara baru di Malaysia.

Yuan Yufang adalah salah satu contoh termudah. Atlet lumba jalan kaki ini merupakan rakyat kelahiran Beijing, China. Beliau telah mewakili Malaysia lebih kurang 10 tahun dalam sukan ini dan berjaya memenangi beberapa pingat emas di Sukan SEA, pingat gangsa semasa Sukan Komanwel 2002 dan 2 pingat gangsa lagi dalam Kejohanan Olahraga Asia pada tahun 2000 dan 2003.

Irina Maharani, kelahiran Russia, mewakili Malaysia dalam acara menembak dan berjaya membawa pulang pingat buat Malaysia di Sukan SEA.

Jadi, aktiviti import-mengimport bukanlah sesuatu yang baru buat Malaysia.

Malahan, perkara import-mengimport pemain bukan sahaja dilakukan oleh Singapura sahaja, negara yang terkenal dengan kehebatan pasukan bola sepak mereka juga melakukan perkara yang sama.

Pasukan Jerman misalnya. Miroslav Klose dan Lukas Podolski merupakan kelahiran Poland, Cacau kelahiran Brazil, Gerald Asamoah berasal dari Ghana dan Kevin Kurányi berasal dari Brazil.

Bukan setakat Jerman sahaja. Itali mengambil Thiago Motta, pemain kelahiran Brazil. Sepanyol mengambil Marcos Senna, juga satu lagi pemain kelahiran Brazil dan Portugal juga mengambil anak jati Brazil, Deco. Jangan lupakan pasukan kesayangan seantero dunia, England, yang mengambil Owen Hagreaves, kelahiran Kanada.

Jadi, mungkinkah satu hari nanti Malaysia membuka pintu untuk pemain import?


Persoalan 2: Bilakah penyokong Malaysia akan faham yang tembakan laser itu salah?

Sekali lagi, isu laser timbul sekali lagi. Kita dapat lihat penjaga gol Singapura ditembak oleh pancaran laser dari penyokong Malaysia beberapa kali dalam perlawanan semalam.

Adakah penyokong Malaysia tidak sedar perbuatan tersebut merugikan pasukan Malaysia? Adakah mereka tidak sedar yang pengadil boleh menghentikan perlawanan (jika kesalahan berulang kali dilakukan) dan pengadil boleh terus menganugerahkan kemenangan 3-0 kepada Singapura?

Yes! Stop playing with that stupid laser. Please!


Persoalan 3: Adakah kekalahan ini bakal mengganggu Skuad Harimau Muda dalam kelayakan Olimpik 2012 dan Sukan SEA 2011?

Satu benda yang kita nampak dengan skuad bola sepak Malaysia ialah semangat!

Semenjak kemenangan pingat emas di Sukan SEA 2009, semangat pemain Malaysia tiba-tiba bangkit. Dengan semangat yang ada ini telah menyebabkan permainan skuad Malaysia menjadi lebih baik dan seterusnya membawa kepada kemenangan Piala AFF pada tahun lepas.

Dengan semangat ini jugalah, pemain Malaysia dari skuad senior dan skuad Harimau Muda meneruskan pejuangan untuk kelayakan Piala Dunia 2014 dan kelayakan Olimpik 2012.

Dan kekalahan malam semalam sudah pasti menjejaskan semangat pemain Malaysia. Bukan hanya kerana persembahan buruk menentang Singapura, sama juga ketika menetang Taiwan.

Malahan, ada beberapa pemain yang mewakili kedua-dua skuad senior dan skuad Harimau Muda, seperti Khairul Fahmi Che Mat, Muslim Ahmad dan lain-lain lagi.

Jadi, adakah kekalahan skuad senior bakal menjejaskan moral mereka ketika mewakili skuad Harimau Muda untuk kelayakan Olimpik 2012 dan Sukan SEA 2011 nanti?


Persoalan 4: Adakah pihak media memberikan tekanan kepada Skuad Malaysia?

Sebelum bermulanya lagi perlawanan pertama menetang Singapura di tempat lawan, media seolah-olah memberikan satu tekanan kepada skuad Malaysia.

Boleh dikatakan setiap hari keluar headline tentang Malaysia akan menang besar, pasti akan menang mudah, Singapura bukan lawan Malaysia dan pelbagai lagi headline yang berbau "cakap besar" dan mereka bagaikan mewakili suara skuad Malaysia dan ini memberikan tekanan kepada pemain Malaysia.

Pasukan Indonesia juga mengalami masalah ini ketika final Piala AFF tahun lepas ketika menentang Malaysia. 

Dan apabila skuad Malaysia tewas, media akan membantai pasukan Malaysia tanpa belas kasihan. Mungkin sudah sampai masa pihak media lebih berhati-hati ketika menerbitkan sesuatu artikel.


Persoalan 5: Adakah Rajagopal sepatutnya dipecat atas kekalahan ini?

Saham Rajagopal meningkat naik selepas beliau berjaya membimbing dan membawa pulang pingat emas Sukan SEA 2009 untuk skuad bola sepak Malaysia.

Harganya semakin meletup selepas Malaysia berjaya memenangi Piala AFF pada tahun lepas sehingga dikurniakan dengan gelaran Datuk K. Rajagopal.

Selpas itu, segala-galanya bagaikan kelam buat skuad Malaysis dibawah pimpinan Rajagopal. Seri dengan Etoil FC dan Hong Kong dan kemudian hanya mampu melayakan diri ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 dengan menewaskan Taiwan dengan jaringan tempat lawan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Dan kemudian, 2 perlawanan timbal balik menentang Singapura untuk Kelayakan Piala Dunia 2014 menanbahkan lagi justifikasi kemerosotan skuad negara di bawah pimpinan Rajagopal.

Pelbagai persoalan timbul ketika ini. Antaranya ialah tentang Rajagopal yang mengamalkan favoritism semasa pemilihan skuad, iaitu menyenaraikan pemain kegemarannya dalam skuad dan membelakangkan pemain yang bagus, kesilapan pecaturan senarai kesebelasan utama dan juga tidak menurunkan Khairul Fahmi Che Mat, sebaliknya menurunkan Sharbinee Allawee ketika perlawanan pertama menentang Singapura untuk kelayakan Piala Dunia 2014.

Selain itu, percaturan pemain dalam skuad kesebelasan utama juga sering menjadi perbualan hangat. Pemilihan Ismail Faruqi dan Fakri Shaarani menjadi perdebatan hangat peminat bola sepak. 

Kenapa 2 pemain ini dipilih walaupun gagal menyerlah untuk skuad Malaysia dan juga pasukan negeri masing-masing, sedangkan Mohd Ashaari Shamsuddin dan Baddrol Bakhtiar yang menunjukkan persembahan yang cemerlang buat pasukan negeri dan pasukan Malaysia tidak berada di dalam senarai?

Mungkin sudah cukup buat Rajagopal sampai di sini. 2 kejuaraan yang dibawa oleh beliau akan dikenang oleh rakyat Malaysia. Adalah baik jika dia berundur sekarang ketika namanya masih naik sebelum dipecat dalam keadaan namanya mula dikeji di media dan penyolong Malaysia.

Namun, satu lagi persoalan timbul. Siapa yang layak menduduki kerusi panas ini jika K. Rajagopal dipecat?


Persoalan 6: Adakah Lisa Surihani comel memakai jersi Malaysia?


Ok. Ini persoalan yang tidak ada kena mengena. Tapi dia comel bukan? Kan? Kan? Kan?

==========

Apa pandangan kamu tentang persoalan yang aku timbulkan? Sila kongsi pendapat anda di ruang komen tentang persoalan dan komen tentang perlawanan semalam.

Kamis, 31 Maret 2011

FAM, Jadual Perlawanan Padat dan Mengaut Keuntungan


Rasanya semua peminat bola sepak English Premier League (EPL) rata-rata sudah mengetahui yang Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia bakal berentap dengan 3 pasukan handalan dari EPL dalam siri perlawanan persahabatan Julai nanti.

Tiga pasukan yang dimaksudkan ialah Liverpool FC, Chelsea FC dan Arsenal FC.

Sebagai peminat Liverpool FC, kedatangan Liverpool untuk kali pertama ke Malaysia memang ditunggu-tunggu oleh aku semenjak sekalian lamanya.

Kenapa Liverpool tidak dibenarkan ke Malaysia sebelum ini? Kerana penaja utama Liverpool sebelum ini ialah sebuah jenama arak dari Denmark, Carlsberg. Macamlah dekat Malaysia selama ini tak menjual arak jenama Carlsberg. Kilang punyalah besar dekat Shah Alam, dari rumah abang aku boleh nampak dengan terang dan jelas.

Ok. Kembali ke cerita tentang bola sepak.

Semalam, jadual perlawanan persahabatan antara pasukan Malaysia dan 3 pasukan EPL telah dikeluarkan di fan page Info Sukan Malaysia. Tarikh perlawanan persahabatan ini boleh dikatakan sudah tetap kecuali diubah atas kehendak pasukan EPL tersebut:

10 Julai 2011
Malaysia vs Chelsea

12 Julai 2011
Malaysia vs Liverpool

14 Julai 2011
Malaysia vs Arsenal

Kalau dilihat dari jadual di atas, kita dapat lihat yang Pasukan Malaysia bakal berentap dengan 3 gergasi EPL dalam tempoh 5 hari. Malaysia hanya mempunya waktu rehat selang sehari sahaja.

Persoalannya, adakah relevan memngadakan 3 perlawanan persahabatan dalam tempoh 5 hari? Ada kemungkinan pemain akan kepenatan dan ini akan mendorong kepada kecederaan pemain.

"Kau ni menggelabah la, Mirul. Malaysia kan ramai pemain bola. Agaknya, Malaysia panggil 30 player untuk siri friendly game ni kot. Tak pun panggil 50 orang ke."

Tujuan perlawanan persahabatan dibuat oleh sesebuah persatuan bola sepak ialah untuk memastikan pemain mempunyai kesefahaman antara satu sama lain dan juga menambahkan pengalaman.

Jadi, apakah pemain mampu menimba pengalam jika 50 orang player itu di rotate untuk 3 perlawanan persahabatan tersebut?

Dan ini pasukan yang mewakili negara. Bukan semua pemain mempunyai kebolehan dan kredibiliti untuk menjadi pemain yang mampu mewakili negara. Apa guna panggil ramai-ramai kalau semuanya tak boleh main.

"Kau ni menggelabah lebih la. Setakat 3 game dalam 5 hari. Hari-hari lain kan diorang boleh rehat."

Ok. Mungkin jadual di atas tidak menggambarkan apa yang cuba aku maksudkan. Mari kita lihat jadual penuh pasukan Malaysia sepanjang bulan Jun dan Julai.

Pasukan Olimpik Malaysia telah diundi menentang Pasukan Olimpik Lubnan dalam pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012. Mereka akan bertemu Lubanan pada 19 dan 23 Jun.

Sementara itu, pasukan kebangsaan Malaysia pula telah diundi untuk menentang pasukan Taiwan pada 29 Jun dan 3 Julai untuk Pusingan 1 Kelayakan Piala Dunia 2014.

Jika Pasukan Malaysia menang, Malaysia bakal menentang dengan pasukan jiran, Singapura, untuk Pusingan Ke-2 Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 dan 28 Julai.

Jadi, jadual perlawanan Malaysia akan menjadi begini:

19 Jun 2011
Lubnan vs Malaysia

23 Jun 2011
Malaysia vs Lubnan

29 Jun 2011
Malaysia VS Taiwan

3 Julai 2011
Taiwan VS Malaysia

10 Julai 2011
Malaysia vs Chelsea

12 Julai 2011
Malaysia vs Liverpool

14 Julai 2011
Malaysia vs Arsenal

(Jika menang ke atas Taiwan)
23 Julai 2011
Singapura vs Malaysia 

28 Julai 2011
Malaysia vs Singapura

Bagaimana? Padat bukan jadual Pasukan Malaysia. Bak kata Nami TTGB, "Bangla punya overtime pun tak teruk macam ni la."

Tidak sampai seminggu Pasukan Olimpik Malaysia berentap dengan Lubnan (23 Jun), mereka perlu berentap dengan Taiwan pula 29 Jun dan 3 Julai. Seminggu kemudian, mereka perlu mengharungi 3 perlawanan persahabatan menentang 3 gergasi EPL pada 10, 12 dan 14 Julai.

Dan jika Malaysia mempunyai rezeki, Malaysia akan menentang Singapura pula pada 23 dan 28 Julai. Kenapa begitu padat jadual untuk Pasukan Malaysia?

"Mengalabah kau ni, Mirul. Pasukan Olimpik tu pasukan bawah 23 tahun. Pasukan kebangsaan Malaysia pulak, pemain senior. Yang kau masukkan jadul pasukan olimpik sekali, nak buat apa?"

Perlu diingat yang ada pemain dalam Pasukan Olimpik Malaysia juga bermain dalam Pasukan Senior Malaysia.

Pemain yang bermain untuk kedua-dua pasukan Olimpik dan senior ialah Mahali Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Faizal Muhammad, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Faizal Abu Bakar, K. Gurusamy, Ahmad Fakri Saarani dan pemain yang menjadi tonggak utama kemenangan Malaysia dalam Piala Suzuki, penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Perlu diingat juga, mereka perlu menempuh baki perlawanan dalam Liga Super Malaysia dan kemudian akan disambung pula dengan Piala Malaysia.

Mampukan pemain tersebut mengharungi semua perlawanan di atas? Mampukan mereka bertahan ataupun akhirnya mereka akan tercedera kerana kepenatan?

Jadi aku terfikir, apa relevannya Malaysia memanggil 3 pasukan EPL untuk mengadakan perlawanan persahabatan di sini? Kenapa tidak panggil satu pasukan sahaja seperti tahun-tahun sebelum ini?

Misalnya, panggil Liverpool sahaja memandangkan Arsenal sudah datang ke Malaysia beberapa kali dan Chelsea pula baru datang ke Malaysia pada tahun 2008. Kenapa perlu panggil 3 pasukan dan padatkan jadual Pasukan Malaysia yang boleh mereka keletihan?

Adakah FAM cuba mengaut keuntungan dari peminat bola sepak Malaysia? Rasanya, FAM pasti sedar yang semenjak memenangi Piala Suzuki, peminat Malaysia sudah semakin bertambah dan stadium mulai dipenuhi dengan penonton setiap kali perlawanan yang melibatkan Pasukan Kebangsaan Malaysia. Dicampur pula dengan peminat 3 pasukan EPL nanti.

Tapi mampukah stadium penuh untuk ketiga-tiga perlawanan pesahabatan nanti? Perlu diingat, semasa perlawanan persahabatan menentang Man Utd tahun lepas, bukan semua peminat Man Utd yang datang menonton. Ada juga peminat Liverpool, Chelsea dan Arsenal yang datang memenuhi stadium.

Mampukah stadium penuh untuk ketiga-tiga perlawanan nanti? Harga tiket bukannya murah-murah anak. Kita tunggu dan lihat sahajalah.

Apa-apa pun, aku agak sedih dan kasihan kepada pemain negara kita yang bakal disumbat dengan jadual padat menjelang Jun dan Julai nanti. Diharap mereka berjaya mengharungi semua perlawanan dengan selamat, iaitu tidak tercedera.

Dan diharap pemain tidak terlalu penat dan mampu beraksi dengan sepenuh semangat. Dah harap Malaysia mampu pergi jauh dalam Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 nanti.

Memang sukar untuk Malaysia layak ke Piala Dunia 2014 dengan pemain yang ada. Tapi sekurang-kurangnya, biarlah Malaysia tumpas kepada pasukan Jepun atau Korea dalam pusingan kelayakan nanti dan bukan kalah kepada Singapura. Malulah juara Asean boleh kalah dengan Singapura nanti kan? Biarlah pasukan Malaysia pergi jauh sikit kali ini.

Kepada FAM, aku agak sedih bila memikirkan yang FAM lebih mengutamakan keuntungan dalam menjalankan organisasi tersebut. Sudah sampai masa semua ahli jawatankuasa FAM terutamanya Tuan Presiden FAM meletakkan jawatan dan berikan jawatan tersebut kepada orang yang lebih arif untuk mengendalikan FAM. Jangan seksa pemain semata-mata untuk mendapatkan keuntungan.

Bagaimanapun,InsyaAllah aku akan ke perlawanan persahabatan Malaysia menentang Liverpool nanti. Bukan senang mahu tunggu Liverpool turun ke Malaysia.

Tapi jauh disudut hati aku, aku akan merasa sedih melihat pemain Malaysia dipergunakan untuk mengaut keuntungan oelh FAM.

Apa-apa pun, diharap Pasukan Kebangsaan Malaysia terus maju jaya dan mara sejauh mungkin dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 nanti.

Malaysia boleh!

Rabu, 19 Januari 2011

Skuad Bola Sepak 1Asean memang boleh bikin aku ketawa dan facepalm

Semalam, aku terbaca di Metro yang Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, mencadangkan semua negara Asean membida untuk menjadi tuan rumah secara bersama Piala Dunia 2026 dan 2030. 

Shabery Cheek juga ada mencadangkan untuk membuat perancangan untuk mewujudkan satu pasukan yang menghimpunkan pemain terbaik dari rantau Asia Tenggara untuk menjadi pasukan yang mewakili negara Asean dalam pertandingan piala dunia itu nanti. Shabery Cheek akan membawa cadangan itu ke FIFA bagi merealisasikan hasrat negara Malaysia serantau yang dah tak sabar-sabar mahu jadi tuan rumah Piala Dunia.

Selepas baca berita tersebut, aku terus ketawa dan facepalm secara bergilir-gilir selama 5 minit. Seriously, Skuad 1Asean?

Persoalannya. Kalaulah Skuad 1Asean ni lawan dekat Bukit Jalil, ada ke orang Malaysia nak tengok macam Malaysia lawan Indonesia masa AFF Suzuki Cup tu? 

Penonton pergi ke Bukit Jalil sebab mahu melihat Skuad Malaysia main. Mahu melihat Safee Sali, Khairul Fahmi, Norshahrul Idlan Talaha dan pemain Malaysia yang main. Mereka pergi ke stadium kerana pride sebagai rakyat Malaysia. Kerana nak tengok pemain Malaysia angkat Piala Suzuki tu. Kalau Skuad 1Asean, adakah semangat penonton sama macam melihat aksi pemain Malaysia?

Peminat mahu menyanyikan lagu Negaraku bersama pemain Malaysia. Kalau skuad 1Asean, nak nyanyi lagu apa pulak?

Speaking of national anthem, aku terfikir jugak. Kalau betullah Skuad 1Asean ni diwujudkan, bendera apa yang akan digunakan nanti? Macam mana pula dengan national anthem? Nanti pemain kena nyanyi lagu khas yang dibuat untuk Skuad 1Asean ke? Kena bawak bendera khas yang dicipta untuk Skuad 1Asean ke? Peminat yang datang akan rasa semangat berkobar-kobar bila menyanyikan lagu Negaraku. Mahukan peminat menyanyikan lagu 1Asean?

Pemilihan pemain menjadi satu lagi faktor. Setiap skuad boleh menyenaraikan 23 pemain untuk pertandingan Piala Dunia. Kalau Skuad 1Asean diwujudkan, maka pemilihan akan pemain akan dibuat berdasarkan pemain terhebat dari semua 10 negara Asean.

Tak semua negara Asean mempunyai pemain bola sepak yang hebat. Kita bagi contoh kononnya tiada seorang pun pemain Filipina yang terpilih dalam Skuad 1Asean. Adakah orang Filipana akan menyokong Skuad 1Asean? Adakah peminat Filipina akan datang ke stadium (jika salah satu stadium di Filipina dipilih untuk menjadi tuan rumah) untuk menyokong Skuad 1Asean?

Dan adakah peminat Malaysia akan berpusu-pusu ke Bukit Jalil jika Skuad 1Asean hanya mempunyai dua orang pemain Malaysia, Safee Sali dan Khairul Fahmi? Apa pula perasaan peminat Malaysia bila mendapati pemain Malaysia hanya memanaskan bangku simpanan dan tidak berpeluang untuk turun bermain?

Dan yang paling penting sekali, lokasi perlawanan. Kebiasaannya perlawanan pertama, akhir dan perlawanan tumpuan yang membabitkan pasukan hebat (Sepanyol, Belanda, Brazil) dan pasukan hanya popular pada nama (England) pasti menjadi pilihan setiap negara Asean untuk dianjurkan di negara masing-masing. Mesti ada negara yang hanya mendapat perlawanan yang kurang bermutu (contoh: Honduras lawan Algeria) dan sudah pasti stadium tidak sepenuh negara lain yang dapat mengajurkan perlawanan pasukan hebat dan popular.

Adakah Malaysia mempunyai stadium yang cukup bermutu tinggi untuk menganjurkan Piala Dunia? Kita ada 2 stadium yang mempunyai kapasiti yang besar dan mencapai standard Piala Dunia. Tapi itu cuma kapasiti penonton. Bagaimana pula dengan keadaan padang dan rumput? Tempat duduk? Bilik persalinan dan persekitaran stadium?

Russia membelanjakan RM 12 billion dan Qatar pula RM 188 billion untuk menganjurkan Piala Dunia? Adakah berbaloi membelanjakan duit untuk menganjurkan Piala Dunia yang diwakili oleh skuad yang tidak mempunyai wajah rakyat Malaysia?

Dan yang paling penting sekali, nama pasukan tersebut. Skuad 1Asean? Sounds familiar. Bunyi macam 1Malaysia. 

Tak kan nak politik kan bola sepak pulak? Sukan adalah hiburan rakyat marhaen. Sila jangan politikkan sukan kegemaran kami!

Kesimpulannya, cadangan Skuad 1Asean adalah antara cadangan paling kelakar pernah keluar dari mulut seorang manusia yang berjawatan menteri. Dan aku rasa, pasti ramai rakyat Malaysia yang tidak akan berpuas hati dan setuju dengan cadangan ini.

Adalah lebih baik jika duit untuk menganjurkan Piala Dunia dibuat untuk pembangunan akar umbi skuad bola sepak Malaysia. Malaysia memang sudah menang Suzuki Cup. Tapi tak bererti kita sudah layak untuk ke Piala Dunia. Kita perlu melangkah sikit demi sedikit. Jangan terus nak ke Piala Dunia. Fokuskan dulu kepada Piala Asia dan Sukan Olimpik. Kalau dah layak, barulah fikir pasal Piala Dunia pula.

Dan hari ini, keluar berita yang FAM tidak berminat untuk menganjurkan Piala Dunia. 

Timbalan Presiden, Tan Sri Annuar Musa berkata, “Kami (FAM) tidak tahu apa-apa mengenai cadangan membida Piala Dunia dan perkara ini tidak pernah dibincangkan sebelum ini. Saya berpendapat lebih bagus kerajaan jadikan bola sepak sebagai agenda nasional dan mendapatkan kesepakatan negara Asean lain dalam merangka program jangka panjang pembangunan bola sepak dan bukannya memikirkan soal menjadi tuan rumah Piala Dunia."

Yes! Tepat sekali. Jika ingin mewujudkan hubungandengan negara Asean melalui bola sepak, memang boleh. Tapi jadi tuan rumah Piala Dunia... Malaysia masih jauh dari segi prestasi pemain dan ekonomi. Ekonomi Malaysia masih belum cukup kukuh untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia. Lihat sahaja Afrika Selatan. Apa yang terjadi selepas penganjuran Piala Dunia tamat?

Jadi, baik tumpukan pembangunan bola sepak dari berangan nak jadi tuan rumah Piala Dunia. Buat apa jika pasukan yang mewakili Malaysia tidak mempunyai wajah, jiwa dan semangat rakyat Malaysia? 

Lagipun, adalah lebih baik Malaysia layak ke Piala Dunia buat pertama kali melalui pusingan kelayakan dari menjadi tuan rumah. Baru rasa bangga sebab Malaysia berjaya ke Piala Dunia kerana Malaysia memang layak bermain dengan pasukan-pasukan hebat di dunia, bukannya hanya layak sebab kita mampu membazirkan duit rakyat membina stadium yang hebat tapi kemudian tersingkir dipusingan pertama macam di Piala Asia 2007.

Sabtu, 17 Juli 2010

Malaysia jadi tuan rumah Piala Dunia?

Entri "Aku dan permainan yang pernah aku miliki" akan disambung selepas entri ini.

Sepatutnya aku post entri ini 2 hari lepas, tapi aku agak sibuk sedikit. Hari ini baru ada kelapangan untuk menaip.

Sebaik sahaja pemberita TV3 menyebut "Malaysia ingin menganjurkan Piala Dunia bersama Indonesia", aku dan bapak aku ketawa serentak.Bagi aku, ini satu lawak yang maha kelakar dari FAM.

"Weh, Mirul. Malaysia pernah jadi tuan rumah Sukan Komanwel, temasya sukan nombor 2 terbesar dunia tau? Bukan Piala Dunia yang nombor dua tapi Sukan Komanwel la."

Itulah kata kawan aku bila aku gelak tentang Malaysia berangan nak menganjurkan Piala Dunia. for your information, Sukan Komanwel bukanlah acara sukan nombor 2 dunia, tapi Piala Dunia. 

Kadang-kadang aku fikir Piala Dunia boleh dinobatkan sebagai acara sukan nombor 1 kerana lebih ramai orang yang menonton Piala Dunia dari Sukan Olimpik. Malah, Sukan Asia lebih hebat dari Sukan Komanwel. Itu sebabnya Malaysia gagal menjadi tuan rumah Sukan Asia 2006 dan tewas kepada Doha, Qatar walaupun Malaysia mempunyai pengalaman menganjurkan Sukan Komanwel.

Mungkin FAM berfikir, "Afrika Selatan tu negara dari Benua Afrika pun boleh buat World Cup, inikan kita pulak kan?"

Menganjurkan Piala Dunia memerlukan kos yang besar. Piala Dunia ialah acara sukan nombor 2 terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik. Sudah pasti Malaysia bukan sahaja perlu mengeluarkan kos untuk menyediakan fasiliti dan stadium yang baik, tetapi juga perlu mengeluarkan kos yang besar untuk mempromosikan acara tersebut di seluruh dunia.

Dengan dasar ekonomi kita yang terumbang-ambing, Malaysia "tak kena masa" untuk menganjurkan Piala Dunia. Sama macam kenaikan harga barang 5-dalam-1 yang dilabel sebagai "tak kena masa".

Tahukah kamu, Kerajaan Malaysia dikatakan menanggung hutang yang besar selepas penganjuran Sukan Komanwel pada tahun 1998 tersebut. Kabinet gagal membentangkan bajet sebenar Sukan Komanwel sehingga kini. 

Aku ada menonton satu talk show tentang ekonomi tahun lepas di Astro Awani. Salah seorang professor ekonomi dalam rancangan itu ada menyebut (maaf, aku lupa nama professor tersebut) lebih kurang begini, "Penganjuran Sukan Komanwel yang memakan bajet yang diluar dari jangkaan asal telah memberikan kesan kepada ekonomi Malaysia. Malahan, boleh dikatakan yang penganjuran tersebut telah menyebabkan ketidak stabilan ekonomi Malaysia sehingga sekarang."

Mungkin ada yang kurang percaya pengajuran sebuah temasya sukan boleh membuatkan ekonomi sesebuah negara terganggu. Greece adalah satu mangsa yang menerima nasib kurang bernasib baik selepas menganjurkan temasya sukan. Dikatakan, punca Greece bangkrap adalah kerana menganjurkan Sukan Olimpik 2004. Begitu juga dengan Portugal yang menganjurkan EURO2004. 

Rasanya kamu boleh baca di Wikipedia. Pergi ke Wikipedia dan search "PIGS". PIGS bukan merujuk kepada babi yang menjadi perkara sensitif tahap taboo di Malaysia, tapi merujuk kepada krisis ekonomi di Portugal, Itali, Greece dan Sepanyol dimana huruf permulaan bagi setiap negara akan membentuk akronim PIGS. Pak cik Google juga boleh membantu dalam pencarian PIGS.

Pasti ada pula yang berkata Malaysia pernah menganjurkan Piala Dunia Remaja pada tahun 1997 dahulu. Kejohanan FIFA yang biasanya mendapat sambutan luar biasa biasanya hanyalah Kejohanan Piala Dunia dan mungkin Kejohan Piala Konfederasi. Kejohanan budak-budak bawah umur seperti yang dianjurkan di Malaysia tersebut bukanlah acara besar gilang gemilang Jika ia acara yang besar dan gilang gemilang, tak kan FIFA boleh memberi kebenaran kepada Malaysia, negara yang tidak mempunyai resume yang baik dalam pertandingan bola sepak. Malahan, itulah kali pertama (dan kemudian terakhir) pasukan Malaysia dapat bertanding di kejohanan tersebut.

Tak kan kamu kata Malaysia sudah layak menjadi tuan ruman Piala Dunia kerana kita berjaya menang pingat emas Sukan SEA Vientiane, Laos.

Selain itu, adakah prestasi pasukan kebangsaan Malaysia sudah cukup hebat untuk bertandingan dengan pasukan lain dipentas antarabangsa?

Pasukan Malaysia belum cukup mantap untuk bersaing dengan pasukan yang mempunyai pemain berstatus bintang. Pasukan Afrika Selatan yang mempunyai pemain yang hebat yang beraksi di liga bola sepak terkemuka di Eropah juga gagal melepasi pusingan kumpulan dan mendapat label pasukan tuan rumah pertama yang gagal melepasi pusingan kumpulan. Tak kan Malaysia mahu mencatat rekod pasukan tuan rumah pertama yang dibantai teruk pulak?

Jadikan Piala Asia 2007 sebagai pengajaran. Piala Asia 2007, Malaysia bersama-sama Indonesia, Thailand dan Vietnam menjadi tuan rumah. Apa yang terjadi kepada skuad kebangsaan kita? Malaysia telah dibantai dengan teruk oleh China (5-1), Uzbekistan (5-0) dan Iran (2-0). Malaysia menamatkan cabaran di tangga terakhir Kumpulan C, dengan menjaringkan 1 gol dan bolos 12 gol dalam 3 perlawanan. Satu rekod yang buruk.

Bagaimana pula nasib tuan rumah yang lain? Indonesia dan Thailand juga tersingkir di peringkat kumpulan tetapi sekurang-kurangnya Indonesia ada juga memenangi 1 perlawanan dan kalah 2 perlawanan. Manakala, Thailand pula menang 1, seri 1 dan kalah 1 perlawanan. Hanya Vietnam yang berjaya melepasi peringkat kumpulan dengan rekod yang sama dengan Thailand.

Itu baru bertembung dengan negara Asia yang tak berapa hebat. Apa pulak yang bakal terjadi kalau Malaysia bertembung dengan Brazil, Sepanyol, Jerman, Belanda atau Argentina? Kena 10-0, malu pulak nanti.

"Relax la, Mirul. Diorang nak buat World Cup 2026. 16 tahun lagi. Lama tu. Boleh kot buat team yang hebat dalam 16 tahun ni."

Bagi aku 16 tahun belum cukup untuk membentuk pasukan yang mantap memandangkan Malaysia tidak mempunyai kemudahan latihan sehebat pasukan lain di luar negara. Malaysia perlu memulakan program pencarian bakat dari akar umbi, mewujudkan skuad bawah 17 tahun, bawah, 15 tahun dan bawah 13 tahun dan mewujudkan akademi bola sepak untuk peringkat kanak-kanak lagi.

Dan yang paling penting sekali, selagi FAM diterajui oleh Sultan Bola dan orang yang menyertai FAM atas kepentingan perniagaan atau politik, bola sepak Malaysia tidak akan melepasi tahap seperti sekarang. FAM sendiri perlu dirombak untuk memastikan masa depan bola sepak yang lebih cerah.

Bagi aku, tak payahlah FAM dan kerajaan Malaysia sibuk mahu menganjurkan Piala Dunia. Gunakan duit untuk penganjuran Piala Dunia untuk membina skuad yang lebih mantap. Tak guna jika Malaysia layak ke Piala Dunia untuk kali pertama kerana menjadi tuan rumah, dan bukan kerana Malaysia berjaya melepasi pusingan kelayakan.

Ok, lepas ini aku sambung balik siri entri Aku dan permainan yang pernah aku miliki.

Rabu, 09 Juni 2010

Malaysia, bola sepak dan iklan

"Mama, dua mat salleh!!"


Aku rasa kamu semua yang melanggan perkhidmatan Astro pasti pernah menonton iklan di atas. Walaupun kamu bukannya peminat bola sepak dan tidak pernah menonton mana-mana saluran dari Pakej Sukan, tetapi kamu pasti pernah menonton iklan ini di saluran lain termasuk ketika kamu sedang menonton rancangan Imam Muda di Astro Oasis ataupun racangan Miami Ink di Discovery Travel and Living.



Umum tahu iklan ini menunjukkan yang "dua mat salleh" tersebut ialah Frank Lampard dan Lionel Messi, bintang bola sepak antarabangsa yang mewarnai kancah bola sepak Eropah. Malah, golongan bukan penggemar bola sepak juga mengenali mereka dan pemain-pemain bola sepak Eorah yang lain.

Cuba bayangkan kalau mereka berdua digantikan dengan pemain bola sepak Malaysia. Adakah penonton iklan mengenali mereka? Mungkin tidak memandangkan kebanyakan penggemar bola sepak di Malaysia sememangnya meminati bola sepak Eropah, tetapi tidak kepada bola sepak Malaysia.

Berapa ramai sangat Rakyat Malaysia yang mengenali pemain Malaysia? Berapa ramai Rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan Liga Super Malaysia?

Aku akui, aku sendiri baru sahaja menjadi peminat Liga Super Malaysia semenjak tahun lepas, atas pengaruh ayah aku. Sebelum ini, aku selesa menonton English Premier League, Spanish Primera Liga, Italian Sirie A dan German Bundesliga.


Aku pernah melayan bola sepak malaysia semasa zaman kegemilangan Semi-Pro. Masa itu, Liga Malaysia memang sangat hot dan menjadi tumpuan ramai. Aku sendiri menonton dan menghafal semua pemain bola sepak yang bermain dala negeri masing-masing.


Tetapi bermulanya kes rasuah yang menghancurkan bola sepak Malaysia pada tahun 1994, Liga Malaysia menjadi hambar. Ramai peminat mula meninggalkan Liga Malaysia dan hanya menonton liga bola sepak Eropah, termasuklah aku.


Semenjak aku menganggur setahun lepas, aku mula menonton kembali Liga Malaysia. Dan sikit demi sedikit, aku sudah mula menonton dan meminatinya kembali.

Berbalik pada topik asal, berapa ramai sangat pemain Malaysia yang rakyat Malaysia kenal? Mungkin nama-nama seperti Mohd Aidil Zafuan, Mohd Zaquan Adha, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Safee Sali dan Mohd Amri Yahyah sahaja yang menjadi pemain yang di kenali oleh Rakyat Malaysia kerana itu sahaja yang menonjol, samada menonjol kerana kehebatan mereka atau gossip dengan artis.

Tetapi, Rakyat Malaysia boleh dikatakan menghafal kesemua nama pemain dalam pasukan kegemaran mereka dari pemain utama hinggalah pemain simpanan. Bukan setakat menghafal pemain dari pasukan kegemaran mereka, tetapi juga pemain dari pasukan musuh mereka. Malahan, pemain dari pasukan belasahan yang menghuni tangga bawah liga juga mereka kenali, sekurang-kurangnya 2-3 pemain.

Ok. Apa kata kalau iklam di atas tadi digantikan dengan 2 pemain Malaysia. Kita tukarkan dengan dua pemain Malaysia selain daripada yang aku nyatakan di atas tadi. Aku pilih Mohd Amirul Hadi Zainal (winger kanan Selangor) dan Norshahrul Idlan Talaha (striker Kelantan).

Situasi:
Loceng rumah berbunyi. Emak dan anak perempuan sedang mengemas di dapur. Si anak perempuan pergi mendapatkan pintu. Kelihatan Amirul Hadi (Amirul) dan Idlan Talaha (Idlan) berada di muka pintu.

Amirul & Idlan:
Assalammualaikum...

Anak perempuan:
Waalaikummussalam. Mak!! Ada dua orang datang ni!

Si emak terus mendapatkan anak perempuannya dan memandang ke arah mereka berdua.

Emak:
Ya? Boleh mak cik bantu?

Amirul:
Mak cik, boleh tak kami nak tumpang tengok bola sepak malam ni.

Anak perempuan:
Eh? Hari ni Jumaat, mana ada live bola kat Astro?

Idlan:
Ada! Liga Super Malaysia di Astro Arena. Arena Malam Jumaat untuk Liga Super Malaysia.

Amirul:
Ya. Dalam HD (High Definition)

Idlan:
Weh.. Astro Arena mana ada HD!

Amirul:
Oh, ye ke? Silap pulak.

Si bapak menjenguk untuk melihat tetamu yang datang.

Bapak:
Siapa korang ni?

Amirul:
Kami pemain bola sepak. Saya Mohd Amirul Hadi Zainal. Main winger kanan kat Selangor. Saya yang dye rambut tu. Saya dah jaringkan 8 gol untuk musim ni (Setakat entri ini ditulis). Saya pakai jersi nombor 20.

Idlan:
Saya Norshahrul Idlan Talaha. Saya striker Kelantan. Main midfield pun boleh. Saya pulak dah score 8 gol musim ni (Setakat entri ini ditulis). Jersi saya nombor 9, sama macam Torres dengan Rooney.

Bapak:
Aku tak kenal korang. Aku tak tengok Liga Malaysia.

Amirul & Idlan:
Ala, pak cik... Please.....

Bapak:
Dah, dah!! Blah sebelum aku panggil polis.

Emak:
Betul tu! Nanti saya baling awak berdua dengan kasut.

===Iklan Tamat===

Sedih bukan. Pemain Malaysia sangat tersisih di bumi sendiri. Liga Super Malaysia langsung tidak dihiraukan. Diharap pihak FAM dapat memperbaiki sistem Liga Super Malaysia dan mengembalikan rentak dan maruah skuad Malaysia seperti suatu masa dahulu.

Dan kamu di luar sana, silalah beri sokongan kepada bola sepak negara. At least, berikan sedikit tumpuan kepada liga bola sepak negara. Sikit pun, jadilah.

Sedih juga bila aku pernah lihat satu temuramah mengenai pemain bola sepak Malaysia. Seorang perempuan berkata "Saya kenal Aidil Zafuan sebab dia kawin lari dengan Rita Rudaini. Kembar dia tu, Zaquan Adha, saya kenal sebab dia bercinta dengan Ayu Raudah".

Kenapa nak ada kaitan dengan artis baru orang Malaysia nak ambil tahu? Sad.... But true.

Rabu, 17 Desember 2008

JANGAN KAMU NAK SALAHKAN JURULATIH DAN PENJAGA GOL SAHAJA... PENYERANG JUGA BERSALAH... DAN PERTAHANAN

Umum sudah tahu yang pasukan Malaysia pulang awal (lagi) dalam kejohanan bolasepak Piala Suzuki pada minggu lepas.

Sesudah penjaga gol Malaysia, Helmi Eliza Elias, menghiburkan penonton dengan aksi kelakar badut di tengah padang sehingga menyebabkan Malaysia tersingkir dari kejohanan, timbul pula isu adakah jurulatih Satiananthan, akan disingkirkan dari posisinya menjadi perbualan. Akhirnya pihak FAM perlu mengekalkannya.

Rasanya, tidak manislah kalau kita cuma salahkan jurulatih dan penjaga gol. FAM sendiri perlu buka mata dan mengaku kesalahan mereka. Setelah sekian lama, Malaysia sering gagal di pentas ASEAN, FAM hanya tahu menuding jari pada jurulatih dan pemain sahaja. FAM sendiri kena mengaku kesalahan mereka yang sering memporak perandakan liga bola sepak kita.

Ok. Malas nak cerita pasal tu semua. Tapi semua orang asyik menyalahkan penjaga gol dan jurulatih Malaysia. Tahukan kamu bahawa penyerang juga menjadi punca kekalahan skuad kita di Phuket? Kenapa?

Ini kerana Aidil Zafuan telah pun kahwin secara senyap-senyap dengan Rita Rudaini. Difahamkan mereka telah berkahwin di Songkhla, Thailand. Mungkin kerana risau jika-jika tok kadi yang menikahkan mereka itu juga berada di stadium dan memecahkan rahsia ini, itu sebabnya Zafuan gagal bermain dengan baik.... Atau mungkin dia memang teruk kot.

Entahlah macam-macamlah dunia ni. Tetapi berita ini memang mengecewakan keluarga Zafuan. Ya lah, mak mana yang tak sedih kalau anaknya membelakangkan keluarga. Malu pun ia juga tu. Macam gambar kat bawah ni tulis, perasan malu lebih sukar nak di buang dari peluh.

Apa-apa pun, tahniah pada Rita Rudaini dan selamat berbahagia bersama suami muda anda.

==================================

Belum buat cerita baru di Tears Don't Fall. Masih keliru nak buat cerita jenis apa pula lepas ini.

Rabu, 29 Agustus 2007

PIALA PESTA BOLA MERDEKA HADIAH HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-50

Selepas sekian lama dibelenggu kemarau kejayaan,akhirnya skuad bola sepak negara muncul juaraPestabola Merdeka selepas menewaskan Myanmar 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam,malam tadi.

Kali terakhir Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka ialah pada tahun 1993 ketika mengalahkan Korea Selatan ‘B’ dengan angka yang sama 3-1

Jaringan penyerang Zaquan Adha Radzak dan Safee Sali serta gol sendiri Khin Maung Lwin memastikan skuad negara bimbingan B Sathianathan memahat nama buat kali ke-11 menjuarai kejohanan yang pernah dilabel paling berprestij di Asia suatu masa dahulu.

Tanpa ketua pasukan, Shukor Adan yang diketepikan gara-gara kecederaan pangkal paha, lilitan di lengan dengan tanggungjawab berat dipikul pengganti Shukor, Azi Shahril Azmi. Jelas peranan digalas itu tidak dikecewakannya

Semangat yang dipamerkan pemain diterjemahkan kepada gol pertama yang hadir pada minit ke-12 hasil gerakan bijak antara penyerang serangkai, Safee Sali dan Zaquan Adha Radzak.

Zaquan yang menyambut lorongan pertahanan kanan Daudsu Jamaluddin di sebelah kanan mengumpan kepada Safee yang dikawal Khin Maung Lwin. Ketika Safee terlepas bola, Zaquan merebut kesempatan itu dan melarikan bola beberapa meter sebelum melepaskan rembatan leret ke penjuru kiri pintu gol lawan, yang dikawal penjaga golnya Aung Aung Oo.

Apapun, pelawat yang memburu kejuaraan kali kelima, bangkit dengan asakan hebat pada awal babak kedua dengan Yan Paing menguji Syed Adney menerusi rembatan padu minit ke-48 tetapi Malaysia tambah ceria dengan gol kedua lapan minit kemudian - terima kasih kepada pertahanan Myanmar, Maung Lwin, yang menjaringkan gol sendiri.

Ketika dicabar pemain Malaysia, hantaran lintang Khyril Muhymeen dari sebelah kiri ditampan masuk ke dalam gol sendiri.

Stadium dipenuhi kira-kira 45,000 penonton kembali gegak gempita apabila Safee meletakkan Malaysia dalam keadaan selesa dengan gol ketiga minit ke-60.

Mendapat lorongan cantik Norshahrul Idlan Talaha dari tengah padang, Safee tenang melarikan bola ke arah kawasan penalti lawan sebelum merembat kencang melepasi Aung Oo.

Secara jujur nya aku boleh katakan yang permainan skuad bawah-23 negara ni bermain lebih matang dan bijak berbanding skuad senior yang menjadi lauk-pauk di Piala Asia bulan lepas.

Cuma kekurangan pengalaman yang masih ketara. Pemain midfield tengah gagal mengawal bola dengan kemas. tetapi mereka boleh di asuh. Diharap semangat ini akan kekal sehingga Sukan Sea di Korat nanti.

Nasib baik Malaysia menang, kalau tak aku nak cadangkan FAM pakai lambang ni untuk masa akan datang.
Oleh di sebabkan menang, boleh la pakai lambang lama.

MALAYSIA: Syed Adney Syed Hussein; Daudsu Jamaluddin, Aidil Zafuan Radzak, Norhafiz Zamani Misbah, Sumardi Hajalan; Nor Farhan Muhammad (Amirulhadi Zainal 46), Norshahrul Idlan Talaha (Syamsol Sabtu 78), Azi Shahril Azmi, Khyril Muhymeen Zambri; Safee Sali, Zaquan Adha Radzak (Samransak Kram 90).

Minggu, 05 Agustus 2007

KISAH RAMBUT PANJANG, BOLA SEPAK DAN SKUAD REMAJA


Aku masuk ke website Berita Harian EPG, untuk mencari cerita tentang kemusnahan dan kutukan untuk skuad Malaysia kita. Kamu tahu tak EPG tu ape? EPG tu singkatan kepada Emas-Perak-Gangsa, akhbar sisipan untuk akhbar Berita Harian, setiap hari khamis.

Tiba-tiba aku terbaca dekat seksyen e-mel anda, komen seorang pembaca EPG bernama Radin Zayady dari Shah Alam. Dia bagi cadangan tentang apa yang perlu FAM lakukan untuk tingkatkan mutu permainan bola sepak Malaysia:

1. Wujudkan skuad pelapis bawah 16, 18 dan 21 tahun yang berbakat mengganti skuad yang ada.

2. Jangan benarkan pemain berambut panjang mewakili negara.

3. Ketatkan disiplin pemain.

4. Tambah lagi perlawanan persahabatan dengan pasukan negara luar termasuk Jepun, Korea Selatan, China mahu pun Eropah.

5. Persatuan Bola Sepak Malaysia dan gabungan mereka harus mencungkil bakat baru untuk diketengahkan sebagai pelapis setiap tahun.

6. Pandangan orang ramai harus diambil kira.

7. Jurulatih setiap negeri harus menyiapkan laporan kemajuan setiap pemainnya jika dia dipanggil mewakili Malaysia.


Aku setuju dengan cadangan no. 1. Skuad-skuad eropah sentiasa tak kehabisan bakat-bakat muda sebab mereka ada skuad-skuad pelapis mereka.

Cadangan no.4 pun ada rasionalnya. Pemain kita kekurangan pengalaman dalam perlawanan antarabangsa. Mungkin orang anggap perlawanan bola sepak antarabangsa ni biasa sahaja, tapi perlawanan antarabangsa berbeza dengan perlawanan liga yang biasa. Suasana berbeza, berjuang untuk maruah negara, memang situasi yang berbeza.

Cadangan no. 6 pun aku setuju gila. FAM tak boleh anggap mereka sentiasa betul. FAM kena terima pandangan orang lain sebab pandangan diorang memang dah tak boleh pakai lagi. Mereka kena brainstorm untuk dapatkan idea baru dari semua pihak, terutama peminat. Jangan nak anggap diri sentiasa betul.

Cadangan no. 2 tu, aku tak setuju. What the fu.... Apa pulak kena mengena rambut dengan main bola? Bukan rambut pun yang nak menyepak bola. Adakah pemain rambut panjang tak bagus? Aku tak setuju dengan cadangan ni...

Ok, cuba korang tengok Gabriel Batistuta. Rambut panjang (masa dia main bola dulu la, sekarang ni dah pendek sebab dah tua). Tapi skill permainan dia memang hebat. Dia menjadi ikon Argentina masa World Cup 98 dulu. So, cadangan no.2 tak diterima. Lagipun ramai apa mat rock rambut panjang... Eh. Dah terkeluar tajuk ni. Hehe...

Berbalik kepada cadanga no. 1. Skuad pelapis memang amat diperlukan. Mulakan dari skuad bawah 12, kemudian diserap ke skuad bawah 16 tahun, seterusnya ke skuad bawah 18 dan ke skuad bawah 21 sebelum ke skuad senior.

Ini akan menambahkan pengalaman dan kematangan pemain muda dalam mengharungi perlawanan antarabangsa. Perlu kita ingat bahawa pemain-pemain handalan dunia sekarang bermula dengan skuad bawahan sebelum menjejak kaki ke skuad senior.

Masih ingat lagi Youth World Cup 1997 yang berlangsung di Malaysia dulu? Pertandingan ini untuk skuad renaja bawah 20 tahun. Masih ingat nama-nama besar yang menyertai pertandingan tersebut? Nwankwo Kanu (Nigeria), David Trézéguet, Thierry Henry (Perancis), Juan Román Riquelme, Pablo Aimar, Esteban Cambiasso (Argentina), Michael Owen(England), Damien Duff(Ireland), dan Shunsuke Nakamura (Jepun). Mereka sekarang dah pun menjadi nama besar dalam dunia bola sepak dan skill mereka di atas padang memang tidak boleh di pertikaikan lagi.

Jadi harap-harap FAM mengambil ikhtibar dari kekalahan yang memalukan dalam Piala Asia untuk memperbaiki semula maruah yang tercalar. Semoga kehebatan Malaysia kembali seperti era allahyarham Mokhtar Dahari.