Tampilkan postingan dengan label 32 Jementah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 32 Jementah. Tampilkan semua postingan

Kamis, 13 Oktober 2011

Masa Merubah Manusia

Nota:
Bagi sesiapa yang baru baca blog ini atau sudah lama menjadi pembaca tapi tak pernah buka laman ini, pasti kamu akan salah anggap dengan perkataan 'Cendol'.

Cendol yang aku maksudkan ialah nama nickname kawan aku, bukannya minuman yang hidangan yang dibuat dari air batu yang diparut dan diletakkan dengan santan dan Gula Melaka itu.

Jadi jangan salah sangka aku berkawan dengan semangkuk Cendol pula.

============

Lebih kurang 4 tahun lepas, semasa aku masih belajar di UiTM Segamat dan menetap di 32 Jementah, aku, Cendol dan Baox (cara sebutan, Baok) sedang berbual-bual tentang muzik.

Kebanyakan penduduk 32 Jementah mempunyai citarasa muzik yang sama. Kebanyakan ya? Bukan semua. Kami meminati muzik metal, rock atau apa-apa muzik yang keras dan tidak radio friendly. Kami dibesarkan dengan muzik dari era scene Underground yang sangat cool.

Baox adalah raja metal di 32 Jementah. Dia dengar segala band metal yang ada di serata dunia ini. Kadang-kadang, ada band metal yang aku tak pernah dengar pun, tapi dia dengar. Dengan kata lain, Baox memang Metal tegar.

Aku dan Cendol pun tak lah tegar Metal sangat. Kami ada juga mendengar band-band yang berbunyi pop dan lembut seperti Flop Poppy dan lain-lain lagi. Tapi Baox memang tegar habis. Baox memang agak sukar menerima band yang sedikit lembut muziknya berbanding aku dan Cendol.

Bukan setakat raja metal. Baox juga raja komputer dan raja download-mendownload di 32 Jementah. Semua ilmu mendownload yang ak udan ahli 32 Jementah ada sekaran gadalah hasil tunjuk ajar beliau.

OK. Kembali ke situasi tadi. Aku, Cendol dan Baox sedang berbual-bual tentang muzik.

"Satu hari nanti, aku kana berhenti jugak dengar lagu-lagu metal ni." Kata Baox. A very strong statement.

"Ya lah. Tak kan nak Metal sampa itua kot." Sambung Baox lagi.

"Aku pulak, akan terus kekal dengar muzik metal & rock. Tak semestinya bila kita dah makin tua, tak boleh nak dengar lagu Metal kot." Sambung Cendol pula.

Tak lama selepas sessi perbualan hati ke hati mengenai muzik ini, Baox mula menunjukkan perubahan dari segi citarasa muzik.

Dia mula layan lagu Diddy, Last Night. Aku pun layan juga lagu itu tapi taklah sampai hafal lirik lagu tersebut macam Baox.

Perubahan Baox semakin ketara. Tak lama kemudian, Baox mula mendengar lagu-lagu lama Kanye West. Sedaya upaya juga Baox cuba memujuk aku mendengar lagu Kanye West, Touch The Sky. Tapi aku tak layan sebab aku memang tak berapa gemar dengan Kanye West.

Dan makin lama, semakin hip-hop Baox jadinya. Lagu-lagu dalam pendrive yang diletakkan dalam radio di keretanya semakin dipenuhi dengan lagu-lagu bergenre hip-hop.

Masa merubah manusia. Citarasa Baox kepada muzik juga berubah dalam tempoh 2 tahun di 32 Jementah. Aku sudah lama tak berjumpa dengan Baox. Aku juga tidak pasti sekarang lagu apa pula yang dia layan. Selena Gomez mungkin?

Bagaimana pula dengan Cendol?

Sampai habis tempoh kami tinggal di 32 Jementah, Cendol masih mengekalkan citarasa muzik beliau. Masih kekal dengan muzik metalnya. Masih kekal dengan janggut panjang ala-ala vokalis band metal nya.

Tapi aku mula sedar perubahan Cendol bila aku naik keretanya. Di dalam stereo keretanya, ada CD yang di burn oleh Cendol yang dipenuhi dengan lagu Lady Gaga.

Kemudian bila aku telefon hand phone Cendol, lagu Katy Perry, Teenage Dream, menjadi caller ringtone Cendol.

Dan tak lama kemudian, Cendol membuat statement yang dia rasa lagu LMFAO, Party Rock Anthem, agak catchy.

Dan baru-baru ini, dia sudah angau dengan lagu Move Like Jagger.

Masa merubah manusia. Dan manusia merubah Cendol.

Aku tak terkejut kalau satu hari nanti Cendol menjadi peminat Jason Derullo ataupun Justin Bieber. Ataupun tiba-tiba menjadi peminat tegar K-Pop.

Ya! Aku tak terkejut, Cendol. Aku tak terkejut.

Masa memang mampu merubah manusia dengan drastik.

Senin, 01 Agustus 2011

Perihal Aku dan Ramadhan

Ramadhan datang lagi!!!

Pejam, celik, pejam, celik... Bulan Ramadhan datang lagi. Bulan Ogos 2011 menandakan semua umat Islam di seantero dunia bakal menyambut bulan Ramadhan.

Berikut adalah serba sedikit pengalam aku semasa bulan Ramadhan sepanjang hidup aku. Kira timeline hidup akulah ni.


Ramadhan 1993
Untuk pertama kali aku berjaya puasa penuh dalam usia 9 tahun. Agak lambat juga aku dapat puasa penuh berbanding kawan-kawan lain yang berjaya puasa penuh ketika darjah satu. Aku malas nak puasa masa aku kecik agaknya. Tapi selepas itu, Alhamdulillah aku tak pernah ponteng puasa suka-suka lagi.


Ramadhan 1998 - 1999
Aku menyambut puasa serentak dengan serangan Demam Campak atau dalam bahasa penjajah, Chicken Pox. Terpaksa jugalah aku tuang puasa 3-4 hari. Aku pergi ke sekolah dalam keadaan belum sembih 100%, badan aku masih banyak bekas dari chicken pox. Nasib baik tanda tersebut dah nak hilang, jadi rakan sekelas tak berapa perasan sangat.


Ramadhan 2001

Aku menyambut puasa sambil menjawab soalan SPM. Agak terganggu juga fikiran akibat dari perut kosong. Pertama kali aku menjawab soalan dalam keadaan puasa sebelum aku merasai semula semasa aku di Politeknik Merlimau dan UiTM Segamat, menjawab soalan final exam dalam keadaan lapar.

Semasa SPM dijalankan, Yang di-Pertuan Agaong ketika itu, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hisamuddin Alam Shah Al-Haj telah mangkat pada 21 November 2001. Nasib baik peperiksaan SPM tidak ditunda.


Ramadhan 2003
Aku menyambut Ramadhan di dalam asrama Politeknik. Macam-macam perangai budak-budak tak puasa. Beli nasi sorok dalam beg, makan Maggi sambil kunci bilik. Kalau ada yang datang ketuk bilik, memang tak kan bukak punya.

Kadang-kadang, aku dan kawan-kawan saja mengacau orang yang tak puasa. Bila tahu ada member yang tengah sedap menyuap dalam bilik yang terkunci, kami buat-buat ketuk pintu bilik mereka. Buat-buat ubah suara dan bagi salam. Kecut perut dan kecut telur masing-masing.

Pengalaman kurang menarik ketika aku berpuasa di dalam Politeknik, hampir setiap hari aku sahur makan Maggi. Ada jugalah beberapa kali aku dapat makan Nasi Goreng dari seseorang yang bagi aku setiap kali aku nak bersahur.


Ramadhan 2004
Aku menyambut Ramadhan di Batu Pahat kerana aku sedang menjalani praktikal di Telekom Malaysia. Tiada apa yang menarik sangat kecuali ternampak penolong manager dekat tempat aku praktikal tersebut tak puasa. Dengan tenang dia kata, "Saya gastrik teruk".


Ramadhan 2005
Aku menyambut puasa di rumah sewa di Merlimau semasa aku belajar di Politeknik Merlimau. Aku berpuasa bersama Yusra, Jimmy, Pejal, Hebat dan Alhafiz. 

Bazaar Ramadhan dekat Pekan Merlimau pun boleh tahan melantun, pukul 12 tengahari dah buka. Sampaikan Pejal dengan selamba beli Nasi Ayam pukul 2 petang, sambil melindung muka dengan helmet full face.

Kawan-kawan aku mula pelik dengan perangai aku yang tak makan nasi semasa berbuka. Hari-hari melantak murtabak.

Ada beberapa kali Yusra masak tomyam untuk berbuka. Biasanya sementara menunggu waktu berbuka, kami layan Teen Titans dan X-men di Cartoon Networks. Yes! berbuka sambil tengok kartun adalah kemenangan terbesar.


Ramadhan 2006 dan 2007
Aku menyambut Ramadhan di 32 Jementah bersama Cendol, Baox, Lula, Apeng, Pujam, Herman, dan Murang (tak semua watak muncul dalam kedua-dua sessi Ramadhan).

Dua tahun berpuasa di 32 Jementah, bazaar selalu yang kami singgah ialah Bazaar UiTM dan Bazaar Sedih. Bazaar sedih dibuka seawal 12 tengahari, mempunyai 5-6 kedai sahaja tapi ada satu kedai kuih yang sedap.

Pujam juga mengenalkan aku dengan Murtabak Roti Jala. Murtabak tersebut bukan dibaluti dengan tepung, tapi Roti Jala. Tiap-tiap hari aku makan 2 keping. Biasanya, Yang Izhani yang ajak aku beli Murtabak Roti Jala sebab murtabak tersebut hanya di jual di Bazaar Bandar Segamat.

Sepanjang berada di 32 Jementah, aku dihidangkan dengan pelbagai cara untuk ponteng puasa oleh Bell. Bell ni kalau bab ponteng puasa memang dah tahap Legend... Wait for it.... Dary...


Ramadhan 2008
Aku menyambut Ramadhan di rumah sewa baru di Taman Sri Pelangi di Segamat bersama-sama Yan, Hafiz, C-Sen dan Raman. Sepanjang aku tinggal di rumah itu, hanya sekali sahaja aku berbuka di rumah tersebut.

Selebihnya, aku dan Hafiz akan berbuka di rumah sewa ABC. Berbuka sambil menonton Sports Center. Selepas buka, layan PS2. Menu utama aku dan Hafiz sepanjang Ramadhan ialah murtabak. Dan Ramadhan tahun ini juga, buat pertama kalinya ABC mengaku yang aku lagi handsome dari dia.


Ramadhan 2009
Aku masih ingat lagi pada hari pertama berpuasa, ayah aku terjatuh dari motor. Seminggu sebelum puasa, motor ayah aku di langgar dari belakang dan ayah aku jatuh dari motor juga.

Nasib baik ada Yan ada. Malam tu selepas berbuka, Yan bawak aku dah ayah aku ke hospital untuk scan kalau ada kecederaan dalaman. Lama juga ayah aku dalam bilik x-ray. Aku dan Yan lepak di kafe sambil menonton perlawanan pembukaan EPL musim itu, Chelsea lawan Wigan.

Tahun ini juga, ritual harian aku setiap petang ialah menunggu ketibaan Yan untuk ke Bazaar Ramadhan Pesta.  Bukan nak beli banyak sangat, cuma rasa seronok bila berjalan di bazaar. Beli 2-3 jenis kuih saja. Macam mana mahu memilih kedai jual kuih yang sedap? Kalau awek cun yang jual kuih tersebut, kedai itulah yang menjadi pilihan.


Ramadhan 2010
Aku dan keluarga aku menyambut bulan Ramadhan dalam keadaan sedikit sedih, pilu, bimbang dan sewaktu dengannya. Emak aku telah di diagnos menghidap penyakit yang agak serius. 

Emak aku tidak digalakkan membuat kerja berat. Jadi, aku pun mengambil alih tugasan emak aku. Setiap hari, aku tak tidur sampailah pukul 4 pagi. Kemudian aku terus masakkan sahur untuk keluarga. Biasanya, aku cuma masak nasi goreng berlaukkan samada ikan goreng, ayam goreng atau ayam black pepper. 

Selepas selesai masak, aku akan kejutkan emak & ayah aku sambil hati berdebar menunggu komen dari mereka berdua tentang masakan aku. Nasib baik semua komen bersifat positif. Ala, nasi goreng je pun.

Begitu juga dengan lauk berbuka. Tapi semasa memasak lauk berbuka, emak aku ada sekali di dapur kerana emak aku tak percaya aku boleh masak dengan sendiri. Takut lari pulak rasanya nanti. Jangankan emak aku, aku sendiri pun tak percaya aku boleh masak seorang diri.


Ramadhan 2011
Tahun ini, aku bakal menyambut bulan Ramadhan bersama Abang aku dan keluarganya di Shah Alam. Dan ini juga pertama kali aku menyambut Ramadhan sebagai seorang yang sudah bekerja. Adakah seronok berpuasa dalam alam pekerjaan? Kita tunggu dan lihat.


Begitulah serba sedikit kisah aku di  bulan Ramadhan. Buat pembaca blog WOTS, selamat menyambut Bulan Ramadhan dan selamat berbuka. Semoga amalan Puasa kita diterima oleh Allah SWT. Semoga Ramadhan ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Selasa, 10 Agustus 2010

Aku dan Ramadhan

Ramadhan datang lagi!!!

Macam aku tulis di entri yang lepas, rasanya macam baru 3 bulan lepas aku menempuh bulan Ramadhan tahun lepas. Pejam, celik, pejam, celik... Bulan Ramadhan datang lagi.

Tahun ini, aku bakal menyambut bulan Ramadhan bersama keluarga aku di Batu Pahat seperti tahun lepas. Aku bakal menjadi tukang masak rasmi untuk Ramadhan kali ini.

Ramadhan 2009, aku masih ingat lagi pada hari pertama berpuasa, ayah aku terjatuh dari motor. Seminggu sebelum puasa, motor ayah aku di langgar dari belakang dan ayah aku jatuh dari motor juga.

Nasib baik ada Yan ada. Malam tu selepas berbuka, Yan bawak aku dah ayah aku ke hospital untuk scan kalau ada kecederaan dalaman. Lama juga ayah aku dalam bilik x-ray. Aku dan Yan lepak di kafe sambil menonton perlawanan pembukaan EPL musim itu, Chelsea lawan Wigan.

Tahun ini juga, ritual harian aku setiap petang ialah menunggu ketibaan Yan untuk ke Bazaar Ramadhan Pesta.  Bukan nak beli banyak sangat, cuma rasa seronok bila berjalan di bazaar. Beli 2-3 jenis kuih saja. Macam mana mahu memilih kedai jual kuih yang sedap? Kalau awek cun yang jual kuih tersebut, kedai itulah yang menjadi pilihan.

Ramadhan 2008, aku menyambut Ramadhan di rumah sewa baru di Taman Sri Pelangi di Segamat bersama-sama Yan, Hafiz, C-Sen dan Raman. Sepanjang aku tinggal di rumah itu, hanya sekali sahaja aku berbuka di rumah tersebut.

Selebihnya, aku dan Hafiz akan berbuka di rumah sewa ABC. Berbuka sambil menonton Sports Center. Selepas buka, layan PS2. Menu utama aku dan Hafiz sepanjang Ramadhan ialah murtabak. Dan Ramadhan tahun ini juga, buat pertama kalinya ABC mengaku yang aku lagi handsome dari dia. Hahahaha!!!!

Ramadhan 2006 dan 2007, aku menyambut Ramadhan di 32 Jementah bersama Cendol, Baox, Lula, Apeng, Pujam, Herman, dan Murang (tak semua watak muncul dalam kedua-dua sessi Ramadhan).

Dua kali berpuasa di 32 Jementah, bazaar selalu yang kami singgah ialah Bazaar UiTM dan Bazaar Sedih. Bazaar sedih dibuka seawal 12 tegahari, mempunyai 5-6 kedai sahaja tapi ada satu kedai kuih yang sedap.

Pujam juga mengenalkan aku dengan Murtabak Roti Jala. Murtabak tersebut bukan dibaluti dengan tepung, tapi roti jala. Tiap-tiap hari aku makan 2 keping. Biasanya, Yang Izhani yang ajak aku beli Murtabak Roti Jala sebab murtabak tersebut hanya di jual di Bazaar Bandar Segamat.

Sepanjang berada di 32 Jementah, aku dihidangkan dengan pelbagai cara untuk ponteng puasa oleh Bell. Bell ni kalau bab ponteng puasa memang dah tahap Legend... Wait for it.... Dary...

Ramadhan 2005, aku menyambut puasa di rumah sewa di Merlimau semasa aku belajar di Politeknik Merlimau. Aku berpuasa berpuasa bersama Yusra, Jimmy, Pejal dan Al-Hafiz. Bazaar Pekan Merlimau pun boleh tahan melantun, pukul 12 tengahari dah buka.

Kawan-kawan aku mula pelik dengan perangai aku yang tak makan nasi semasa berbuka. Hari-hari melantak murtabak (kawan-kawan di 32 Jementah pun turut sama pelik dengan aku).

Ada beberapa kali Yusra masak tomyam untuk berbuka. Biasanya sementara menunggu waktu berbuka, kami layan Teen Titans dan X-men di Cartoon Networks. Ada sekali abang aku datang semasa kami baru selepas berbuka, abang aku pun berbuka sekali bersama kami.

Ramadhan 2004, aku menyambut Ramadhan di Batu Pahat kerana aku sedang menjalani praktikal di Telekom Malaysia. Tiada apa yang menarik sangat kecuali ternampak eksekutif aku tak puasa.

Ramadhan 2003, aku menyambut Ramadhan di dalam asrama Politeknik. Macam-macam perangai budak-budak tak puasa. Beli nasi sorok dalam beg, makan Maggi sambil kunci bilik. Kalau ada yang datang ketuk bilik, memang tak kan bukak punya.

Pengalaman kurang menarik ketika aku berpuasa di dalam Politeknik, hampir setiap hari aku sahur makan Maggi.

Ramadhan 2001, aku menyambut puasa sambil menjawab soalan SPM. Agak terganggu juga fikiran akibat dari perut kosong. Pertama kali aku menjawab soalan dalam keadaan puasa sebelum aku merasai semula semasa aku di politeknik Merlimau dan UiTM Segamat.

Semasa SPM dijalankan, Yang di-Pertuan Agaong ketika itu, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hisamuddin Alam Shah Al-Haj telah mangkat pada 21 November 2001. 

Ramadhan 1993, untuk pertama kali aku berjaya puasa penuh dalam usia 9 tahun. Agak lambat juga aku dapat puasa penuh berbanding kawan-kawan lain yang berjaya puasa penuh ketika darjah satu.

Begitulah serba sedikit kisah aku di  bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...

Kamis, 11 Februari 2010

32 JEMENTAH DALAM KENANGAN

Bila aku sudah bosan dan tak tahu nak buat apa, aku baca balik semua entri blog aku dari yang pertama sampailah sekarang. Boleh buat aku ketawa bila aku baca hasil penulisan aku yang lama. Ayat macam haram. Langsung tak de ciri-ciri kematangan (macamlah sekarang matang sangat).

Kemudian, aku pergi ke blog rakan sebilik aku sewa aku menetap di rumah sewa di Segamat semasa menuntut di UiTM Segamat, Cendol. Kami semua sepakat memberikan nama timangan kepada rumah sewa kami. Nama rumah sewa kami 32 Jementah. Kepada pembaca baru blog aku, kamu boleh baca entri ini (Lagenda 32 Jementah) untuk mengenali dengan lebih mendalam ahli 32 Jementah berserta perangai mereka sedikit sebanyak.

Aku baca blog Cendol dari awal, sampai sekarang. Aku telah terjumpa beberapa gambar yang menarik dari blog beliau.

Oleh kerana aku pun kebuntuan untuk mengemas kini blog ini, biar aku hidangkan kamu dengan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua.


Ini ialah gambar gitar kesayangan Cendol. Dengan gitar ni aku cuba berguru dengan Cendol. Tapi tak ke mana. Mungkin sudah tertulis yang aku kekurangan bakat dalam bidang muzik.

Memang amat jarang nak tengok gitar tersebut penuh dengan tali. Kalau putus, kena tunggu 2-3 bulan untuk melihat Cendol beli tali gitar yang baru. Maklumlah, rumah kami ada banyak gitar. Boleh pinjam gitar member yang lain. Gita Baox ada... Gitar Apeng ada... Gitar Lula ada...

Tapi jangan cuba-cuba nak pinjam gitar Lula bila Lula dah start main Yesterday dari The Beatles. Itu maksudnya emosi Lula sedang terganggu. Laju yang paling hebat pernah Lula nyanyi menggunakan gitarnya ialah Gadis Bertudung Putih.


Yang ni gitar Apeng. Rasanya gitar ni jarang-jarang tak cukup sifat. Biasanya gitar Apeng menjadi gitar simpanan kepada Cendol. Stiker pada gitar menjadi trademark.

Sayangnya aku tidak jumpa gambar gitar Baox kerana ada cerita menarik tentang gitar Baox. tapi tak salah kalau nak bercerita tentang Baox dan gitarnya.

Dalam satu hari, Baox mesti pegang gitar sekurang-kurangnya sekali. Baox merupakan seorang peminat tegar metal dan underground. Baox juga mempunyai band sendiri yang bernama Mentharas.

Dalam komputernya, penuh dengan video klip kumpulan-kumpulan Metal yang mustahil kita dapat dilihat ditayangkan di MTV ataupun Channel V. Sambil mendengar lagu-lagu Metal atau menonton video klip, Baox akan mencapai gitar tersebut dan sing-a-long dengan lagu tersebut.

Tapi itu dulu, sekarang Baox dah berubah. Sekarang Baox dah pandai layan lagu K-Ci & Jojo, All My Life. Dengar cerita sekarang dah jadi peminat tegar P. Diddy dan Kanye West. Cilaka!!!!! Tak tahulah apa nasib gitar Baox tersebut. Mungkin nasib gitar Baox lebih malang dari gitar Cendol sekarang.


Ini bilik Bell dan Apeng. Nampak kemas. Bantal teratur, katil kemas, buku tak bersepah. Memang satu pujian boleh diberikan pada mereka berdua.


Yang ini pula bilik aku dengan Cendol. Ok, jangan salah anggap. Bilik ni bukan bersepah tapi kami saja sepahkan barang pada sekeliling bilik ini kerana kami berdua menerapkan tema "Rockers" pada bilik kami, sebab tu nampak bersepah.

Tapi kata peribahasa inggeris, don't judge a book by it's cover. Begitu juga pada kamu. Don't judge a person by their room. Walaupun bilik aku dan Cendol bersepah, tapi budi perkerti kami berdua jauh lebih baik dari Apeng dan Bell.

Apeng akhlaknya boleh dikatakan mulia lagi. Tapi Bell..... Kalau kamu rajin, kamu carilah dalam blog aku cerita tentang Bell. Klik pada bahagian tag 32 Jementah, dan kamu boleh baca perihal Bell. Ok, bagi kamu preview sikit. Baca entri ini.


Ini pula almari aku. Kalau kamu semua tengok, ada pelbagai variasi dan warna. Ada t-shirt, t-shirt berkolar, jersi bola, sleeveless shirt, baju kemeja dan lain-lain. Dengan pelbagai warna hitam, merah, putih, biru... Tapi mungkin kamu boleh nampak yang aku minat warna merah sebab ada 3 helai baju yang berwarna merah.


Ini almari Cendol. Cuma ada satu baju kemeja. Lain-lainnya t-shirt dan nyata sekali semuanya bewarna hitam. Sekali tengok, macam rumah mayat. Perangai Cendol pun ada iras-iras mayat. Memang betul-betul match made in Heaven.

Itu sahaja buat kali ini.Tapi kenangan 2 tahun di 32 Jementah memang tidak dapat kami semua lupakan dan tidak mungkin kami akan laluinya sekali lagi.

Aku dah update Tears Don't Fall dan Lepas Laku.

Selasa, 13 Oktober 2009

CENDOL, AWEK CENDOL, BIRTHDAY, BELL, WISH, ANJING?

Kamu masih ingat Bell kan? Tak ingat? Jangan Risau. Anda boleh mengenali Bell di sini.

Atau refresh apa yang Bell pernah lakukan di sini pula.

Sessi bermain SMS bersama kawan sekolah menengah/kawan seuniversiti/kawan se-32 Jementah. Kali ini, sessi SMS berlaku bersama Cendol.

Cendol:
Woi. Esok birthday Bell.

Aku:
Eh? Ye ke? Mana kau tau?

Cendol:
Dulu dia pernah bagitau aku kat Segamat. Masa tu, esoknya birthday awek aku. So, aku bagitau Bell. Dia pun cakap la yang birthday dia hari tu. So aku ingat la yang birthday dia tu sehari sebelum birthday awek aku.

Aku:
Owh.... Kau dah wish Bell ke?

Cendol:
Dari aku wish Bell, baik aku wish kat anjing.

Moral of The Story:
Jangan wish birthday member anda pada anjing.

Rabu, 09 September 2009

AMARAN: FACEBOOK BOLEH MENGKHAYALKAN


Itu adalah pandangan aku sahaja. Bukan pandangan orang lain.

"Aku tengok, kau ni jarang online Facebook. Rumah kau ada internet kan?"

"Setakat buat Facebook, lepas tu dah tak log in lagi, baik tak payah!"

"Apa benda la kau main Myspace lagi. Orang sekarang dah main Facebook la. Myspace tu dah ol' skool."

Itulah ayat-ayat yang aku dapat dari kawan-kawan aku. Menunggu aku online Facebook tetapi tidak pernah nak online.

Sebenarnya aku memang amat sangat online Facebook aku. Sudah agak lama aku membuat akaun Facebook. Kalau tak salah, macam tahun 2007. 

Aku masuk Facebook, aku buat akaun. 3 bulan lepas tu, masuk Facebook lagi dan update status dan profile. 3 bulan lepas itu, masuk Facebook, upload gambar pula.

Aku memang jarang amat masuk Facebook. Sampaikan friend request dari Diya pun, aku lambat mahu approve. Sampai Diya sendiri meninggalkan komen di Facebook aku, "Hai.. Naik jenuh nak tunggu amie approve Friend Request".

Tapi itu dulu. Ya, itu dulu Cik Diya. Selepas aku dihamburkan dengan tiga jenis ayat di atas, aku kini menjadi Facebook Addict. Ya, aku kini menjadi seorang penagih.

Aku mulakan aktiviti di Facebook dengan menjawab kuiz yang pelik-pelik yang bersepah di dalam Facebook. Dari kuiz Bahasa Inggeris hingga kuiz Bahasa Melayu, semua aku jawab.

Kadang-kadang kuiz itu memang tak masuk akal. Contohnya, "Siapakah Bakal Mak Mertua Anda?". Setelah menjawab beberapa soalah dan menekan butang enter, jawapan yang aku perolehi ialah, "Mak mertua anda adalah seorang pembunuh upahan."

Kuiz di Facebook memang tak masuk akal. Tetapi seronok. Aahh... Hiburan memang mengkhayalkan. Tapi aku memang suka jika diri aku dikhayalkan. Tapi tidak bermaksud aku layan ganja, dadah, gam atau pil.

Selain itu, aktiviti 'tag gambar' adalah aktiviti yang amat digemari oleh aku dan kawan-kawan aku yang lain yang tinggal bersama di Taman Sri Pelangi di Segamat dahulu. Malahan, kawan-kawan di 32 Jementah turut menjadi mangsa.

Gambar yang digunakan untuk membuat aktiviti tag biasanya memang dari jenis gambar-gambar lawak atau tidak senonoh. Untuk keterangan lebih lanjut, sila ke Facebook aku. Malas nak terangkan.

Oleh sebab sibuk melayan Facebook, aku telah terlupa untuk mengupdate blog aku. Bukan 1 blog, tetapi kesemua 4 blog aku tidak update lagi.

Dan untuk menambahkan aku semakin ketagih Facebook, aku sudah 2 kali ponteng Solat Terawikh kerana Facebook. Dan 4 kali lagi sebab aku malas akibat terlampau banyak makan ketika berbuka. Hahahaha...

Jadi, nasihat aku kepada sesiapa yang baru mahu menjinakkan diri dalam dunia Facebook, berhati-hati sebelum nanti menjadi seperti aku.

Tetapi ada juga perkara yang aku perlu berterima kasih kepada Facebook. Melalui Facebook, aku dapat tahu yang Si Bangsat Bell telah bertunang. Ya. Bell si bangsat yang tidak berpuasa yang aku ceritakan pada entri yang lepas tu dah bertunang. Dan dia tidak memberitahu seorang pun ahli 32 Jementah tentang peristiwa ini.

Bell tidak mengupload gambar pertunangan beliau. Tetapi tunangnya yang mengupload gambar tersebut dan telah tag Bell dalam photo tersebut.

Cilakak punya Bell. Kau tunggulah nanti. Masa majlis perkahwinan kau nanti, kami semua ahli 32 Jementah akan membuat onar di majlis tersebut. Ya, kami semua.... 

Update terbaru Tears Don't Fall.

Kamis, 27 Agustus 2009

CROSS BLOGGING: BULAN PUASA, AKU ASYIK TERINGAT KAT JEMENTAH

Entri ini ditulis hasil inspirasi dari entri ini.

Setiap kali Ramadhan tiba, otak aku akan menggali kenangan lama aku ketika menjalankan ibadah puasa ini bersama kawan-kawan aku di Merlimau (ketika belajar di Poleteknik), Jementah (UiTM Segamat) dan Taman Sri Pelangi (juga UiTM Segamat).

Kali ini aku ingin fokuskan kepada kawan-kawanku yang berada di Jementah, iaitu Legenda Jementah 32.

"Bazar sedih, antara sumber utama untuk juadah berbuka puasa di Jementah yang merangkumi lima buah gerai saja, tapi berdaya saing tinggi; mula berniaga pukul 12.30 tengahari di bulan puasa; hinggalah gelagat kawan-kawan rumah yang ponteng puasa, Bell bungkus untuk berbuka dah siap curah kuah kat atas nasi, beli air ikat tepi, juga mamak-mamak yang peramah melayan Bell membeli makanan tengahari (dari jauh dah jerit, "Mana Pitam? Sorang saja ka?"). Juga makanan asasi Nai waktu berbuka; murtabak (tak tahulah kalau tahun ni pun masih murtabak all the way), dan Lula yang bangun-bangun tidur pukul dua petang terus bakar rokok."

Itulah sedikit petikan dari entri Cendol (ataupun keseluruhan entri sebenarnya). Dalam entri kali ini, aku mahu fokuskan cerita mengenai Mohd Asrul atau nama manjanya, Bell.

Bell, seorang manusia yang paling ceria dalam semua Lagenda 32 Jementah. Selalu membuat lawak yang boleh memecahkan perut kami semua, tidak kira lawak tahap biasa ataupun lawak tahap pengotor atau sepruh lucah.... Ataupun memang lucah. Setiap ahli 32 Jementah pernah melihat "burung"nya kerana dia begitu gemar menayangkannya... Walaupun tidak besar dan tidak panjang mana pun.

Pernah sekali, Bell diam satu hari suntuk. Sehingga mengundang rasa takut dan risau seluruh warga 32 Jementah. Sekarang mari kita kembali ke topik asal sebelum aku tulis seluruh entri ini mengenai Bell semata-mata.

Lokasi: Kedai Mamak 24 Jam di Bandar Segamat (aku lupa nama kedai ni walaupun selalu gila lepak kat sini masa duduk Taman Sri Pelangi).

Masa: Pukul 12 Tengahari (hari puasa ni)

Watak Utama: Aku, Bell, mamak kedai makan

Watak yang di sebut namanya tapi tidak membuat penampilan: Bakti (bukan nama sebenar)

Props: Kereta Bell, Nasi Bungkus

Hari Isnin, aku dan Bell ada kelas pada pukul 8 pagi hingga 12 tengahari. Seperti biasa, aku akan menumpang dia memandangkan waktu kelasa kami yang sama.

Sejurus naik ke dalam kereta, Bell terus bertanya pada aku.

"Nai, kau ada kelas petang ni?"

"Tak. Kenapa?"

"Jom. Aku nak ajak kau teman aku pergi satu tempat."

Aku pun angguk tak banyak cerita. Bell memandu kereta ke arah Bandar Segamat. Pada mulanya, aku ingat Bell mahu aku menemankan dia pergi membeli barang. Rupanya.....

Kami sampai di sebuah kedai mamak 24 jam. Aku dapat membaca niat Bell sekarang. Nak beli maknanlah ni. Sah Bell tak puasa hari ni.

"Kat kedai ni la aku dengan Bakti selalu beli makanan kalau tak puasa."

Oh. Bakti pun sama jugak rupanya.

Kereta di parking jauh sedikit dari kedai mamak tersebut. Bell sempat mengutuk seorang budak yang keluar dari kedai tersebut dengan hanya membeli air kotak sahaja.

"Baik tak payah kalau setakat ponteng puasa minum air kotak aje. Kau tengok aku ni."

Bell keluar dari kereta lalu masuk ke dalam kedai mamak tersebut. Tak lama kemudian, Bell keluar dari kedai tersebut dengan seorang pelayan kedai mamak tersebut. Pelayan tu siap tanya nama kawan Bell tu.

"Bakti mana? Bakti mana?"

Bell dengan selamba keluar dari kedai tu sambil memegang nasi bungkus yang ditapaunya itu. Sambil berbual, Bell menunjukkan jari ke arah aku.

"Tu. Ada sorang lagi saya bawak. Kau ajak dia keluar beli nasi."

Oh. Hasut mamak tu suruh aku beli nasi bungkus ya?

Aku pun terus keluarkan handphone aku dan merekodkan perbuatan Bell dengan handphone aku.

Mula-mula, Bell nampak selamba sahaja. Bila dia nampak aku tengah rakam dia dengan handphone dia terus malu-malu kucing.

Aku terus merekod dia sampai dia jalan dan meletakkan nasi di seat belakang.

"Sial la, nai. Dah la tak payah rekod."

Itulah kata-kata rayuan Bell supaya aku tidak merekodkan perbuatan durjananya itu.

Sampai rumah, video tersebut pun menjadi bahan tontonan kawan-kawan. Tak kan nak tengok sorang je kan?

Moral of the story:

1. Puasa jangan tak puasa.

2. Patikan anda tidak membawa kawan anda yang berpuasa semasa membeli makanan. Lagi-lagi kalau kawan tu ada handphone berkamera.

3. Jangan sampai mamak tu kenal nama kamu. (Bakti mana? Bakti mana?)

Aku dah update Tears Don't Fall

Kamis, 10 Juli 2008

LAGENDA 32 JEMENTAH

Kini semester baru bermula dan aku memulakan semester ini dengan suasana yang baru dan di kelilingi orang yang baru.

Kenapa?

Ini kerana aku telah berpindah dari rumah sewa yang lama di Jementah. Aku kini tinggal di Taman Sri Pelangi, berdekatan dengan bandar.

Kenapa aku pindah?

Ini kerana kebanyakan penduduk tetap 32 Jementah telah pun menamatkan pengajian di UiTM Segamat atau sedang menjalankan latihan praktikal atau berpindah ke bandar untuk menjimatkan kos petrol.

32 Jementah ialah nama timangan bagi rumah sewa yang aku dan kawan-kawan aku duduki selama 2 tahun untuk meneruskan pengajian di UiTM.

Kenapa ia dipanggil 32 Jementah?

Ini kerana alamat rumah tersebut, 32 Taman Rakyat, Jementah, Segamat, jadi ia di pendek kan untu memudahkan sebutan.

Aku terpanggil untuk menulis entri ini setelan membaca entri ini yang di tulis oleh roomate aku yang lalu.

Di sini, aku ingin menceritakan serba sedikit semua manusia yang pernah tinggal di 32 Jementah dan layak di gelar lagenda. Memperkenalkan, lagenda 32 Jementah:

BAOX

Berasal dari Jasin, Melaka. Mengambil jurusan Bachelor of Finance. Seorang yang paling extreme terhadap muzik lebih-lebih lagi muzik metal. Raja mendownload di 32 Jementah.

Seorang yang gila kereta dan mungkin akan berlakon dalam drama bersiri Impak Maksima jika mendapat tawaran. Juga seorang pakar dalam bidang siber dan sentiasa mencari lubang baru dalam perniagaan berasaskan MLM.

Tidak di syaki lagi kalau dia di gelar sebagai pelajar paling perform di 32 Jementah jika di lihat dari pointer setiap semester.

Menetap di 32 Jementah selama 2 tahun (4 semester).

LULA

Berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan. Mengambil jurusan Bachelor of Finance. Seorang yang amat pakar dalam permainan pool dan selalu menang dalam permainan 'Lucky Ball' dan berjaya membuatkan orang yang bertarung dengannya berhutang melebihi RM 1,000 dalam satu malam. Juga memegang rekod bermain bola tonjol ni selama 12 jam dari 4 petang hingga 4 pagi.

Juga di gelar dewa tidur di rumah kerana mampu tidur dari pukul 2 pagi sehingga 6 petang. Kadang-kadang housemate akan menyangka yang dia telah mati kerana terlalu lama tidur. Girlfriend Lula sering menghadapi masalah untuk mengejut Lula bangun kerana kalau bom pun meletup di sebelah beliau, beliau tidak akan bangun.

Meminati lagu-lagu rock kapak dan dangdut. Taste muzik Lula memang paling lari jika di bandingkan dengan housemate yang lain.

Lagu Yesterday dendangan The Beatles pernah menjadi lagu latar hidupnya dan pernah mendapat gelaran dewa kekayaan dari ABC.

Menetap di 32 Jementah selama 2 tahun (4 semester).

KAM

Berasal dari Batu Pahat, Johor. Tinggal di Parit Raja bersama-sama Cendol. Mengambil jurusan Bachelor of Marketing. Mempunyai umur yang sebaya dengan aku tetapi sering di salah anggap sebagai "orang tua". Pernah di panggil sebagai lecturer oleh student lain yang memang tidak kenal dia. 24 tahun menjadi 36 tahun.

Suka memakai seluar jeans ketat seperti Amuk dan meminati muzik metal lagi-lagi kumpulan Sil Khanaz. Pernah mencatat sebagai penduduk 32 Jementah pertama yang kena saman di UiTM.

Menetap di 32 Jementah selama 6 bulan (1 semester) kerana mendapat tawaran berkerja.

CENDOL

Berasal dari Batu Pahat, Johor. Tinggal di Parit Raja bersama-sama Kam. Mengambil jurusan Bachelor of Islamic Banking. Rakan sekelas aku semasa sekolah menengah.

Peminat vespa paling tabah pernah aku jumpa. Walaupun vespa nya sering mengecewakan beliau apabila di saat genting, tetapi dia masih sayang akan vespanya itu.

Di gelar sebagai orang paling perlahan dalam rumah dan tidak boleh berenggang dengan dengan telefon bimbitnya. Bell sanggup bercakap dengan tiang lampu di kedai depan dari bercakap dengan Cendol.

Sering perasan yang kawan sekelasnya menyimpan perasaan terhadapnya namun tetap setia dengan awek kesayangannya.

Menetap di 32 Jementah selama 2 tahun (4 semester).

MURANG

Berasal dari Johor Bahru, Johor. Mengambil jurusan Bachelor of Accountancy. Peminat Manga dan Anime Jepun. Boleh memahami apa yang orang cina cakap kerana pernah bersekolah di sekolah cina dahulu. Menjadi kamus bagi penduduk 32 Jementah yang lain dalam subjek bahasa mandrin.

Pernah mencatat rekod membawa motor dari Johor Bahru hingga Segamat dengan lampu belakang yang rosak dan motor yang tidak mempunyai road tax.

Menetap di 32 Jementah selama 6 bulan (1 semester) sebelum berpindah ke rumah lain kerana lebih mudah untuk study jika duduk bersama pelajar akaun yang lain.

APENG

Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Mengambil jurusan Bachelor of Finance. Peminat volkswagen sejati. Sangat kecewa apabila volkswagen nya di sabotaj oleh apek bengkel yang membetulkan volkswagen nya.

Salah seorang yang pernah menganut agama skinhead tetapi kini tanpa dosa makan McD.

Antara kehebatan beliau yang aku kagumi ialah cara beliau menge'pow' rokok Cendol hingga kadang ia menjadi satu komedi dan membuatkan kami semua ketawa walaupun Cendol sedikit berasa bengang sebab kena pow.

Menetap di 32 Jementah selama 1 tahun 6 bulan (3 semester).

BELL

Berasal dari Tampin, Negeri Sembilan. Mengambil jurusan Bachelor of Accountancy. Berperangai paling aneh sekali. Suka mengutuk dan men'drop' kawan-kawan dengan jayanya.

Sering membuat gangguan seksual keatas kawan-kawan serumah. Herman merupakan mangsa kegemaran beliau.

Terkenal dengan teknik pemanduan kereta stail orang tua, iaitu tidak pernah membawa keretanya lebih dari 60 km/j semasa hendak ke kelas. Kereta beliau juga sering tewas di medan perang (minyak habis) sehingga pensyarah yang mengajar beliau sudah cam kereta beliau ini.

Menetap di 32 Jementah selama 6 bulan (1 semester) tetapi semester sebelum ini, beliau sering datang menumpang tidur dan membuat onar sepanjang semester. Mungkin boleh diiktiraf selama setahun.

PUJAM

Berasal dari Johor Bahru, Johor. Mengambil jurusan Bachelor of Marketing. Merupakan penduduk 32 Jementah yang mempunyai banyak bulu di badan. Kadang-kadang boleh terkompius antara bulu dadanya atau semak di tepi rumahnya.

Mampu bergayut dari pukul 12 pagi hingga mahu sahur. Penganut fahaman Straight Edge tapi makan McD. Pada mulanya, beliau tidak makan McDonald tapi kalau orang belanja, memang dia sodok je. Tapi sekarang boleh makan McDonald yang di beli dengan duit sendiri.

Mempunyai skooter yang kalau speed habis pun hanya mampu mencecah 60 km/j. Meminati sukan skate board dan pernah memecahkan skate board Cendol.

Menetap di 32 Jementah selama 6 bulan (1 semester). Tapi kemudian pada semester depannya, menumpang lagi selepas habis praktikal.

HERMAN

Berasal dari Johor Bahru, Johor. Mengambil jurusan Bachelor of Marketing. Merupakan insan yang sering mengeluarkan bunyi-bunyi pelik dari mulutnya terutamanya selepas meletupkan mercun mancis di dalam botol.

Mudah berubah sifat di hadapan perempuan. Peminat setia Hard Gay hingga kadang-kadang di salah ertikan sebagai seorang gay (mungkin betul? hehehe...). Sering menjadi mangsa gangguan seksual Bell.

Menjadi bahan ketawa ketika cuba sedaya upaya untuk menyebut nama Chris Jericho.

Menetap di 32 Jementah selama 6 bulan (1 semester). Tapi kemudian pada semester depannya, menumpang lagi selepas habis praktikal.

ABC

Berasal dari Johor Bahru, Johor. Merupakan satu-satunya penduduk 32 Jementah yang datang dari golongan bukan pelajar. Berkerja di Agro Bank Segamat.

Sewaktu sekolah menengah, ABC dan Cendol mempunyai muka yang hampir iras, sebab nickname pun ada bau-bau bacang.

Seorang yang.... Eerrmm... Paling terbarai (tapi pada satu masa dahulu) tapi sekarang dah tak lagi la (kot la..). Pernah seorang kawan kami memberikan pendatan beliau terhadap ABC yang berbunyi bergigi:

"Argh... ABC tu kalau tinggal sorang-sorang kat bulan pun boleh terbarai"

Menetap di 32 Jementah selama 6 bulan. Sekarang menetap di Taman Mida.

NAI (AKU)

Berasal dari Batu Pahat, Johor tapi lahir di Selayang, Selangor. Mengambil jurusan Bachelor of Marketing. Pernah sekelas dengan Cendol dan ABC di sekolah menengah satu masa dahulu.

Eerrmm... Susah nak bercerita tentang diri sendiri. Baik aku cuba.

Seorang yang kelam kabut dan cuai. Selalu kelam kabut mencari cermin mata selepas mandi kerana tidak ingat dekat mana letaknya cermin mata beliau.

Selalu berbuka puasa dengan murtabak dan sering di pertikai kawan-kawannya. Selalu bergantung dengan vespa Cendol untuk ke kelas dan selalu juga pergi ke McDonald di bandar bersama-sama Cendol.

Menetap di 32 Jementah selama 2 tahun (4 semester). Kini menetap di Taman Seri Pelangi.

-----------------------------------

Kini semua yang berada di 32 Jementah telah menjadi kenangan. Tiada lagi hilai tawa bagai nak gila apabila kami serumah dapat tahu yang Cendol di calonkan sebagai Kampus Ikon untuk calon pelajar contoh.

Tiada lagi permainan "Blessing" menggunakan "blessing tool". Tiada lagi permainan "jangan sebut mana, nanti kena tapuk bahu" dan lain-lain lagi.

Diharap semua penduduk 32 Jementah akan terus berjaya dalam kehidupan masing-masing.

----------------------------------

Kini aku tinggal bersama-sama junior aku di Taman Seri Pelangi. Housemate aku terdiri dari Sufian (yan), Syahrul (C-sern), Hafiz (apis) dan Rahman (Raman @ Manis). ABC masih muncul di rumah ini.

Jadi... Mari mulakan kehidupan baru..... CHAYOK!!!!!

Aku baru update cerpen aku dalam blog Tears Don't Fall. Enjoy...

Kamis, 15 Mei 2008

SEGAMAT - KUALA PILAH - MARIE DIGBY - CYBERJAYA - SEREMBAN - KUALA PILAH - SEGAMAT

Tajuk entri yang agak panjang dan hanya mempunyai satu nama makhluk hidup iaitu Marie Digby dan yang lain ialah nama tempat di Malaysia.

Kamu masih ingat yang aku ada menaip entri tentang kedatangan Marie Digby di Malysia? Ya, aku dan dua housemate aku pergi ke One Utama untuk melihat show Marie Digby. Mari lihat pengambaraan kami ini. Ok, let's go!!!

SEGAMAT

Perjalanan di mulakan di rumah sewa kami di Segamat pada pukul 3 peteng. Aku, Cendol (roomate aku) dan Apeng bersedia untuk ke sana. Apeng menjadi orang paling teruja di Segamat untuk melihat Marie Digby pada hari tersebut.

KUALA PILAH

Pergi berjumpa dengan Mak Apeng di Kuala Pilah. Tukar kereta. Aku pun tak tau sebab apa Apeng mahu menukar kereta. Mungkin Proton Iswara lebih jimat penggunaan petrol dari kereta Mazda yang dia pakai.

Selepas mengambil adik Apeng dari sekolah agama (adik perempuan, baru darjah satu), kita pun terus bertolak.

MARIE DIGBY

Selepas mengambil adik Apeng (yang lelaki pulak), kami terus ke One Utama untuk melihat Marie Digby. Oleh kerana ia bersifat free show, maka ramailah orang yang datang. Aku rasa inilah free show yang di buat di Mall yang paling ramai kehadiran penontonnya. Kalahlah Astro Gempak Selebriti rasanya.

Ok. Tiada gambar show Marie Digby. Ini kerana ada dua sebab yang amat kukuh.

1. Terlalu ramai orang yang datang sehingga aku terpaksa naik ke tingkat atas untuk melihat Marie Digby di atas pentas.

2. Tumpuan aku di ganggu oleh awek di sebelah aku menayangkan cleavage nya yang menggangu tumpuan aku. Bukan aku nak tengok tapi kalau sudah di tayangkan terang-terangan, macam mana nak elak kan? Boyfriend awek ni agak bengang juga apabila banyak mata lelaki yang memandang cleavage awek nya itu. Siapa suruh tayang kan?

Persembahan Marie Digby memang best. Kalau kamu semua mahu tengok juga gambar untuk show ini, klik di sini.

CYBERJAYA

Selepas makan bersama adik Apeng, kami terus ke Cyberjaya untuk mencari rumah pak cik Apeng. Aku tidak pernah ke Cyberjaya.

Di Cyberjaya, kami disambut dengan pemandangan dengan awek-awek MMU yang seksi gila di sana. Hehe...

Oleh kerana semasa kami sampai ke rumah pak cik Apeng sudah pun pukul 12 pagi, kami pun bermalam di rumah pak cik Apeng. Dari tidak pernah ke Cyberjaya, sekarang ini aku tidur di Cyberjaya pula.

Esoknya, aku dan Apeng bersarapan sambil pak cik Apeng bercerita tentang beliau ternampak perempuan arab mabuk dan kisah perempuan arab yang menyidai baju tetapi tidak memakai baju. Macam-macam ni....

SEREMBAN

Kami ke Seremban untuk mengambil Mak Apeng yang pergi ke klinik untuk rawatan gusinya yang berdarah.

Selepas membelikan emaknya bubur McDonald, kami pergi ke kedai Nasi Ayam Kak Lina, yang terkenal dengan Nasi Ayam Hainan nya. Kalau kamu nak tahu, kedai ini pernah mendapat liputan dari krew Majalah Tiga. Kedai ini menggunakan tag line "Lotak-lotak... Abih!!"

Kami pun mencuba nasi ayam tersebut. Bagi aku, biasa je rasanya. Sedap lagi kalau mak aku yang buat nasi ayam berempah.

KUALA PILAH

Kembali ke Kuala Pilah. Lepak-lepak sebentar di rumah Apeng. Mengikut perancangan awal, kami akan pulang ke Segamat pada waktu petang. Tetapi perancangan di ubah apabila kami mendapat arahan supaya pergi ke Surau Kampung Tengah, tanjung Ipoh untuk bacaan Yasin dan Tahlil Arwah.

Maka, aku, Cendol, Apeng dan nenek Apeng pun pergi ke surau tersebut. Dengan baju melayu pinjam, aku pun turut serta dalam program tersebut.

Tidak ramai jemaah di surau tesebut. Kiranya kehadiran kami berjaya memeriahkan majlis... hahaha....

Lepas solat Isyak dan makan, kami pulang ke rumah.

SEGAMAT

Apa lagi, tengok Marie Digby pun sudah, balik la... Apa lagi... Esok pagi-pagi, aku mahu pulang ke Batu Pahat pula. Dah lama tak jumpa orang tua ku..

Itulah serba sedikit perjalanan kami yang membosankan. Di harap anda tidak pula mati kebosanan membacanya.

Aku dah update Tears Don't Fall

Jumat, 09 November 2007

CENDOL, KAMI TERUS MENYOKONG KAMU

Kata-kata semangat kawan-kawan serumah kepada roomate ku, Cendol. Kalau tak nampak, sila klik pada gambar, baru nampak lebih besar

Minggu, 23 September 2007

KEPULANGAN YANG DI NANTI....OLEH LULA

Akhirnya secara rasminya, kereta Lula sudah pun selamat pulang ke tangan Lula kembali pada hari jumaat yang lepas.

Bagai belut pulang ke lumpur, Lula meraikan kepulangan kereta nya dengan merayap bersama Naz.

Tetapi sehingga hari ini, kereta lula ni masih sukar nak di hidupkan. Aku baru je lepas tolak kereta dia kejap ni.

Ni gambar-gambar kereta Lula yang dah sihat kembali:

Tuan kereta bersama kereta nya
Tayang enjin sikit
Enjin yang telah di baik pulih seperti biasa
Box yang baru telah digantikan

Jadi dengan ini, dengan secara rasmi nya aku menutup laporan kereta Lula. Tiada lagi laporan kereta beliau kecuali jika kereta ini masuk bengkel lagi.... Hehe

VIRUS YANG KIAN MEREBAK DALAM DIAM

Virus ialah zarah kecil yang boleh berjangkit selain organisma biologi. Virus ialah parasit intrasel obligat, yang bermaksud mereka boleh membiak dengan cara menawan sel sel lain kerana mereka tidak berupaya untuk membiak sendiri.

Istilah virus biasanya merujuk kepada zarah zarah yang menjangkiti eukariot (organisma multisel dan organisma unisel) manakala istilah faj digunakan untuk zarah zarah yang menyerang prokariot (bakteria dan organisma seperti bakteria). Selalunya zarah zarah ini membawa asid nukliek (DNA atau RNA) yang dilindungi dengan lapisan pelindung daripada protein atau protein-lipid.

Dalam sains komputer, istilah virus juga digunakan bagi mewakili aturcara yang menjangkiti aturcara lain.

Itulah definasi virus jika soalan tersebut keluar semasa anda mengambil peperiksaan. Tak ira lah SPM, PMR, Marketing Communication, Strategic Management dan juga Research Metadology (Ya, Baox. Everything is research. Virus pun research juga).

Dan aku tak sangka ada sejenis telah merebak di rumah sewa aku di 32 Taman Rakyat Jementah ini. Virus ini merebak dalam diam. Dia merebak secara perlahan-lahan pada mulanya dan akhirnya merebak dengan pantas dalam 2-3 hari ini.

Virus ini tidak merbahayakan kesihatan tetapi boleh merbahayakan orang yang sedang berpuasa dan boleh membuatkan orang yang puasa boleh membatalkan puasa akibat penat ataupun mengidamkan air tebu semasa berbuka.

Ya. Virus yang aku maksudkan tersebut ialah virus kereta mati dan mengakibatkan sessi menolak kereta beramai-ramai bersama rakan penyewa rumah yang lain.

Panjang kan nama virus ini? Aku pendekkan kepada virus menolak kereta yang rosak.

Seperti biasa, virus ini bermula dengan kereta Bell. Berlaku pada awal-awal semester. Boleh dikatakan juga kereta Bell merupakan kereta yang paling kerap di jangkiti virus ini. Kereta Bell kerap di lihat tersadai di tepi jalan.

Aku bersama-sama apeng dan roomate aku, cendol terlibat dalam sessi serangan pertama virus ini. Puas kami menolak kereta Bell, untuk bagi enjin nya hidup. Akhirnya berjaya juga.

Seterusnya, kereta apeng pula yang kena. Juga di jangkiti virus ini beberapa kali. Juga perlu menolak beberapa kali untuk hidup.

Malam kelmarin, setelah puas merayap dengan keretanya yang baru keluar dari bengkel, Lula berasa hampeh setelah melihat keretanya juga terkena virus tersebut. Mungkin, keretanaya masih rindu akan bengkel yang di huni nya selama sebulan lebih. Maka, kami pun beramai-ramai menolak keretanya.

Kemudian kereta yang paling mendapat perhatian ramai di rumah, kereta yang paling master dekat rumah kami.... kereta Baox. Puncanya bermula apabila kereta Apeng gagal hidup enjinnya. Maka, jalan terakhir, menggunakan jumper untuk menghidupkan enjin nya.

Rumors mengatakan yang Apeng menggunakan kereta Baox sebagai batu loncatan untuk menghidupkan keretanya. Akhirnya, kereta Apeng berjaya hidup dan beliau selamat pulang ke rumah. Tetapi kereta Baox menerima nasib berbeza.

Niat murni Baox yang ingin pulang ke rumah terbantut kerana kereta beliau pula yang tak hidup. Ulasan dari Baox, "Cilakak Apeng. Dia dah sampai rumah, dia tinggalkan taik kat aku."

Beramai-ramai lah kami menolak kereta Baox. Herman dan Pujam, 2 ahli rumah yang belum menimba pengalaman menolak kereta turut serta kali ini. Setelah beberapa kali menolak, kereta Baox gagal hidup hingga menyebabkan Lula mengidam berbuka dengan air tebu.

Ada juga seorang jiran berstatus nenek menasihatkan kami supaya menghantar kereta ke bengkel. Ye lah nenek....

Kadang-kadang dah rasa yang kerja menolak kereta menjadi agenda rutin dalam kehidupan kami. Aku dan roomate aku yang tak de kereta pun sudah penuh dengan pengalaman menolak kereta di dada kami. Mungkin juga kami boleh menulis begini di resume kami nanti:

Pekerjaan: Pelajar dan part time tolak kereta

Ya. Tolak kereta. Bukan tarik kereta. Satu perkerjaan yang jarang di lalui oleh orang lain. Di harap kereta kawan-kawan ku selamat dan tidak akan di jangkiti virus lagi. Tetapi, ada khabar angin yang bertiup kencang menyatakan yang selepas ini giliran kereta herman. Kita tunggu dan lihat.....

Sebelum anda menutup blog ini dan tengok-tengok Myspaca atau Friendster anda, sila lihat gambar di bawah.

Ya. Rambut Bell. Tapi sekarang dia dah botak kan kepala. Hatinya cukup kering untuk membuat fesyen rambut seperti ini tetapi tak cukup kering untuk pergi Test dengan rambut begini.

Jumat, 21 September 2007

CORETAN TANPA HALA TUJU BAHAGIAN KE-2

Aku sebenarnya tiada idea nak menulis, tapi hati dan keinginan aku untuk post entri baru membuak-buak. Jadi, sekali lagi aku akan membuat coretan tanpa hala tuju ini.

1. Nurin Jazlin Jazimin

Mari kita semua sedekah kan al-fatihah kepada adik Nurin Jazlin.

Sungguh zalim manusia yang membuat demikian rupa kepada insan kecil yang masih mentah di dunia ini. Kenapa perlu di perlakukan demikian. Kenapa zalim sangat manusia dekat dunia ini?

Aku harap, penjenayah yang membunuh Nurin akan diberkas dan di kenakan hukuman yang setimpal. Binatang macam mereka tak sepatutnya di layan dengan baik.

Tetapi, adakah undang-undang Malaysia akan menghukum penjenayah dengan setimpal?

Kalau di lihat, kadang-kadang kes atuk, bapa tiri yang rogol cucu, anak sendiri akan di kenakan hukuman yang tak setimpal. Penjara setahun atau denda RM 5,000. Setimpal ke dengan jenayah merogol darah daging sendiri?

Bagi aku, ada sesetengah undang-undang jenayah Malaysia terlampau ringan untuk penjenayah. Aku harap ia akan di gubal dengan lebih adil

2. Penyokong Chelsea

Ramai penyokong Chelsea mula risau dan ingin berpaling tadah setelah pemergian Mourinho.

Ahad ini, Chelsea menentang Man Utd. Kita tengok bagaimana prestasi pengurus baru pilihan Roman Abramovich memimpin Chelsea.

3. Kereta Lula

Ya! Kereta Lula sudah kembali ke pangkuan tuannya!!!!

Seperti sirih pulang ke gagang, Lula terus menghilang di waktu malam setelah mendapat kembali kereta kesayangan nya.

4. Kami

Aku semakin suka menonton cerita Kami. Cerita yang berpaksikan muzik indie dan dunia underground.

Tak sangka ramai kawan-kawan aku juga yang meminati cerita ini. Semasa aku pulang ke Batu Pahat, aku dan kawan-kawan sibuk bercerita tentang cerita ini. Ada yang mengimbau zaman-zaman sekolah semasa kami semua obsess dengan dengan muzik underground, semasa kami semua aktif pergi menonton Gigs.

Mampukah cerita kami mengembalikan zaman kegemilangan underground yang sebenar?

Mampukah cerita ini mengangkat martabat muzik underground supaya tidak di pandang serong oleh orang yang tidak faham dan mengenali muzik underground?

Kita tunggu dan lihat.

Lawat web ini untuk informasi tentang cerita Kami, gig projek kami dan lain-lain. Projek Kami


Banner Cerita Kami

Juliana Evans memang cute. Pakai baju sekolah pun tetap cute

KAMI . The TV Series

KAMI . The TV Series

Senin, 17 September 2007

UPDATE: KEADAAN TERKINI KERETA LULA DI BENGKEL PART 4

Ya. Kita kembali ke segmen yang paling di sukai oleh Lula dalam blog aku ni, update kereta dia la, apa lagi.

Tapi kali agak berlainan, kerana kali ini aku turut serta dalam lawatan ke bengkel. Tak macam selalu, dimana aku dapat gambar lalu membuat ulasan berdasarkan maklumat dari Lula sendiri, kali ini, ulasan selepas aku sendiri tengok kereta dia tu. dan gambar aku sendiri yang ambik.

Lula pulang ke rumah sejurus selepas ponteng kelas 4 petang tadi, terus offer aku untuk ikut dia pergi tegok kereta dia. Aku pun on saje lah.

On the way ke bengkel, tauke bengkel sudah pun menelefon Lula dan kata yang kereta dia sudah siap dan dah ready untuk di ambil. Maka, dengan hati yang berbunga, Lula pun lincah ke bengkel.

Sebaik sampai ke bengkel, kami pun melihat keadaan kereta Lula itu. Rupa-rupanya tauke bengkel tu tak perasan yang box (tempat menyimpan barang tu) pecah dan sudah rosak. Malahan, ada beberapa skru yang hilang. Bengekl ni sebat skru tu kot.

Jawabnya, kereta tu terpaksa la terperuk kembali di bengkel. Bila kereta ni boleh siap? entah la. Maka kecewalah Lula.

Kereta Lula sudah siap sedia untuk beraksi di jalan raya
Box yang rosak dan tak boleh di tutup
Nampak tu. Bekas pecah tu. Macam mana la tauke bengkel tu boleh tak nampak
Grill Kelisa Lula sekarang sudah berwarna hitam. Tak payah la Lula nak sembur

Rabu, 05 September 2007

UPDATE: KEADAAN TERKINI KERETA LULA DI BENGKEL PART 3

Berjumpa lagi dalam segmen yang di nanti-nantikan oleh semua penghuni no 32, Taman rakyat, Jementah...

Lula sekali lagi membuat lawatan sambil belajar ke bengkel dimana kereta nya sedang di baikpulih. Lawatan kali ini di temani oleh apeng.

Dapat di lihat, melalui gambar-gambar di bawah, yang kereta Lula sudah semakin sihat dan semakin menyerupai rupa asal sebelum kereta ini mengalamai kemalangan. Dapat dilihat yang kali ini kereta Lula dah pun fully silver colour. Cuma bumper je yang tak siap lagi.

Dengan kata lain, tak lama lagi, kereta ini akan keluar dari bengkel. Kereta ini akan kembali merajai jalan raya. Lula dapat keluar dating dengan Naz dengan kereta ini. Lula dapat balik ke Port Dickson dengan kereta ini. Lula dapat bawa kami ke Melaka untuk menonton midnight show di Melaka Parade dengan kereta ini. Lula dapat bawa kami mandi air panas di Gadek dengan kereta ini. Lula dapat pergi ke kelas sperti biasa dengan ker... eh, eh. Biasa kalau ada kereta pun, Lula tetap lambat atau tak pergi kelas sebab kehadiran beliau ke kelas adalah bergantung kepada kondusi matanya.... Hehe...

Fully silver colour
"Bumper je belum pasang lagi," kata Lula
Stiker penting untuk memastikan kereta ini boleh parking dalam kawasan UiTM Segamat tanpa di saman
I will be back on the road... Very soon...
Pandangan belakang kereta

SENARAI KENDERAAN NO 32 TAMAN RAKYAT JEMENTAH YANG TERTEWAS SEMAKIN PANJANG

Lihat gambar di atas. Ya. Kereta Satria Hijau itu milik salah seorang housemate aku, Baox, yang berbaju coklat itu. Yang baju putih tu ialah ex-housemate kami, Kam. Dia dah meninggalkan rumah ini sebelum blog ini wujud.

Dengan ini, senarai kenderaan tertewas di rumah kami semakin panjang. Tapi tak pe, biar kenderaan yang tertewas, asalkan tuan punya kereta sihat dan tidak cedera. Oh ya... ada satu lagi kenderaan yang selalu tertewas, tapi aku tak pernah masuk kan dalam senarai.. tapi hari tu, kenderaan tu betul-betul tertewas teruk. Kenderaan tersebut ialah..

Ya!!! Vespa cendol. Selama ini, vespa ini mengalami kecederaan yang biasa di alami oleh vespa lama. Tapi hari tu, kenderaan tersebut mengalami kecederaan parah. Ekzos vespa ini tercabut. Nasib baik kejadian tersebut terjadi selepas Cendol hantar aku ke kelas, kalau sebelum, mesti aku tak sampai kelas dah. Tapi sekarang dah sihat balik.

Sabtu, 25 Agustus 2007

UPDATE: KEADAAN TERKINI KERETA LULA DI BENGKEL PART2

Yeah!!! Aku tau, ramai pembaca-pembaca blog aku (macam ramai je) dan para kenalan ingin mengetahui keadaan terkini kereta housemate aku, Lula, yang mengalami kemalangan pada 26 Julai 2007. Selaku blog rasmi yang memaparkan kes ini, aku akan terus membuat liputan terkini tentang keadaan kereta Lula dari masa ke semasa. Kalau korang dah lupa, sila baca post aku yang bertajuk "Kawan Aku Accident" dan "Update : Keadaan Terkini Kereta Lula Di Bengkel"

Pada petang sabtu, Lula sekali lagi membuat lawatan ke bengkel untuk melihat keadaan terkini kereta dia. Kereta Lula sedang melalui Proses Transplant. Menurut tauke bengkel tersebut, kereta Lula akan siap dalam tempoh 2 minggu lagi. Kelewatan ini terjadi kerana kereta ini pernah accident semasa di dalam jagaan owner lamanya (kereta ni kereta second hand), jadi bengkel ni terpaksa menyempurnakan kembali kereta ini seperti baru keluar dari kilang.

Owner lama ni telah menghantar kereta ini ke bengkel yang cikai, jadi bengkel ni tak betul kan body kereta ini dengan baik, menyebabkan tauke bengkel ini pening kepala untuk membetulkan body kereta ni sambil mencarut. Kata tauke bengkel tu:

"Itu bengkel lama manyak bodoh. Kasi bikin kerja tada bagus. Lancau ini orang. Itu pasat gua bikin lu punya kereta betul-betul. Wa tak mau lain kali ini kereta accident, bengkel lain cakap wa lancau pulak."

Begitulah perkembangan terkini kereta Lula. Aku akan memberikan liputan seterusnya jika ada perkembangan.

Bonet baru kereta Lula
Keaadaan kereta Lula yang semakin sihat
Keadaan sport rim yang masih kelihatan ayu
Kepada pembaca yang mempunyai kelisa, ini adalah nama produk yang di gunakan Lula untuk menambah kelajuan keretanya. Kalau mahu beli, sila contact Lula. Boleh jimat minyak tau. Segamat ke PD baru RM 10 je.
Pandangan dari depan tanpa bumper. Anda dapat melihat rangka kereta ini telah di betulkan
Inilah Bumble-Bee versi Lula. Lula perlu membayar 15 % dari kos repair iaitu lebih kurang RM 700 kerana usia kereta ini telah melebihi 5 tahun. Untuk pengetahuan para pembaca, umur kereta Lula ni sudah mencecah 5 tahun 5 bulan.
Lula agak terkesima melihat kereta nya menjadi dua warna, separuh hitam separuh silver sambil di perhatikan oleh Kerry yang sibuk bermesra dengan tauke bengkel ini