Tampilkan postingan dengan label Siri Bercakap Dengan Aku. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Siri Bercakap Dengan Aku. Tampilkan semua postingan

Jumat, 16 Desember 2011

Aku, Tauke Handphone & Amoi Cun

Dekat tempat kerja aku, ada satu kedai hand phone. Bukan kedai, tapi sebenarnya booth hand phone.

Tauke punya booth hand phone tu merupakan seorang lelaki berbangsa Cina berumur dalam lingkungan 30'an. Tapi dia ada seorang pekerja, seorang amoi yang cun.

Amoi ni memang cun. Amoi ni tak seksi pun. Amoi ni tak perlu seksi untuk mendapatkan perhatian orang. Muka dia sudah cukup buat lelaki rasa tak tentu arah.

Tak macam amoi yang ada dekat booth hand phone dekat sebelah. Seksi betul. Tapi muka pecah habis. Mungkin dia berpakaian seksi untuk cover muka dia. Mungkin.

Ok. Berbalik kepada amoi yang cun itu.

Maka, selalulah aku lalu lalang dekat booth tersebut. Tapi memang kerja aku memang selalu kena lalu lalang dekat situ. Jadi tak lah nampak obvious sangat aku usha amoi tersebut.

Selain itu, aku juga selalu beli top-up dekat booth hand phone amoi itu. Dapatlah aku berbual-bual ringan dengan amoi tersebut. Aku memang tak ambil port sangat pasal tauke dia.

Rabu lepas, aku terserempak dengan tauke booth hand phone tersebut. Dia tengah naik wheelchair, atau bahasa Awie dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah, Wilca.

"Apa hal tauke? Tiba-tiba sudah naik wheelchair?" Tanya aku.

"Haiya. Gua accident la."

"Bila lu accident, tauke?"

"Sudah lama mmaa.... Sudah 3 bulan gua accident. 2 bulan gua tak boleh bangun. Ini baru sebulan gua gerak guna wheelchair. Tak kan lu tak perasaan gua naik ini wheelchair? Sudah sebulan gua naik benda ini."

Tauke... Tauke...

Aku selalu lalu-lalang dekat booth ni sebab nak usha pekerja kau tu. Bukan nak ambik tahu hal kau.

Tauke.. Tauke... 

Senin, 05 Desember 2011

Aku, Din dan McDonald

Aku ada seorang kawan. Cukuplah aku refer dia sebagai Din dalam entri ini. Dia muda setahun dari aku. Aku kenal dia masa aku bersekolah agama di Sekolah Agama Penggaram.

Din tinggal tak jauh dari rumah aku. Aku selalu juga datang lepas rumah dia. Mak ayah Din kerja, jadi lepas balik dari sekolah dan menunggu sebelum pergi ke sekolah agama (sekolah agama mula pukul 3:30 petang) aku selalu lepak rumah Din.

Rumah Din ada komputer. Itu sebab aku suka lepak rumah dia. Pergi rumah dia, layan game dekat komputer dia. Masa zaman dulu, komputer boleh dikatakan barang yang agak rare. Orang yang betul-betul berduit saja yang ada komputer dekat rumah.

Sekarang, boleh dikatakan setiap rumah ada 2-3 biji komputer dan laptop. Belum campur yang ada iPad sekali.

OK. Cukup sampai di sini cerita pasal komputer Din sebab bukan komputer dia yang aku ingin fokuskan.

Din suka makan McDonald. Ah! Siapa tak suka makan makanan yang tak menyihatkan tu kan? Setiap kali kalau aku makan McDonald dengan Din, dia akan order saiz besar.

Satu hari, dia tanya aku, "Kenapa kau order saiz medium (regular) je. Order la large, baru dapat burger besar."

Aku tergelak. Aku pun terangkan pada dia, "Kalau saiz large, burgernya sama je. Yang besar cuma saiz air dengan french fries je."

Din tak puas hati dengan penerangan aku. Mati-mati dia kata burger dia lagi besar. Bila dapat burger masing-masing, aku bezakan burger aku dengan dia. Sama besar. Dia masih mempertahankan teori dia. Dia kata daging burger dia lagi mampatlah, lagi teballah... Macam-macam lagi alasan.

Aku malas nak bertekak dengan dia. Jadi aku biarkan sahaja dia menang dalam perdebatan tersebut.

Tak lama kemudian, Din pindah ke Kluang. Semenjak itu, aku pun dah lama tak berjumpa dengan Din.

Selepas beberapa belas tahun kemudian, aku terjumpa Din balik..... Dalam Facebook.

Din sekarang tinggal di area Lembah Klang. Senang nak jumpa. Satu hari, Din datang ke tempat aku bekerja. Oleh kerana dia datang masa dekat lunch hour, kami pun terus cari tempat makan.

Din bagi cadangan nak makan dekat McDonald. Aku layankan saja.

Bila sampai giliran kami, aku order set Spicy Chicken McDeluxe, regular size. Aku tak ingat Din punya order, tapi dia order large size.

Selepas kami duduk di meja, Din menanyakan satu soalan yang aku tak sangka dia akan soal pada aku:

"Kenapa tak order large? Kan dapat burger besar sikit nanti."

Astaga! Apa bangang Din ni? Aku ingat umur dah cecah 26 tahun, dia dah tahu beza medium dengan large size ni. Rupanya belum lagi.

Semoga kau mengetahui jawapan yang sebenar satu hari nanti. Amin!

Minggu, 28 Agustus 2011

Aku dan Hari Raya

Random stuff & thought about hari raya.

Aku & Raya 1

Tahun 1994, pak cik aku tiba-tiba bagitahu yang dia dapat tiket percuma untuk rakaman satu show dekat Angkasapuri. Aku tak ingat nama rancangan tersebut, tapi rancangan tersebut ialah rancangan khas untuk hari raya. 

Penonton yang datang kena pakai baju melayu dengan songkok, kononnya nak nampakkan suasana hari raya. Aku tak ingat sangat bila rakaman tersebut dibuat, samada sebelum bulan puasa atau semasa bulan puasa.

Aku tak ingat sangat siapa artis yang perform masa rakaman tersebut. Tapi yang aku ingat, KRU merupakan artis utama malam itu. KRU bukan setakat buat performance malam tu, tapi turut menjadi pengacara sekali.

Masa tu, KRU tengah jambu lagi. Masa tu, Norman masih jadi kegilaan anak dara, Edry masih belum pandai cipta lagu dan Yusry belum lagi menduda dan belum jumpa Lisa Surihani lagi.

Aku tak ingat berapa banyak lagu yang KRU nyanyikan malam itu. Tapi aku ingat yang KRU ada menyanyikan lagu Di Dalam Dilema. Video dekat bawah adalah sedutan dari persembahan pada tahun 1994 tersebut:


Macam yang aku katakan, persembahan ini dirakam pada 1994. Dalam sekelip mata, 17 tahun sudah berlalu. 2011 sudah muncul.

Dalam 17 tahun ini, KRU sudah menjadi artis yang berjaya. Tidak lagi tertumpu kepada nyanyian sahaja. Kini mereka sudah berjaya memasuki bidang perfileman. KRU sudah lebih kaya berbanding 17 tahun lepas.

Dan aku, masih seperti 17 tahun yang lepas. Tiada perubahan. Bila aku nak kaya pulak ni?


Aku & Raya 2

Lagu raya Anuar Zain & Ellina adala hsalah satu lagu raya kegemaran aku. Aku sendiri tak tahu apa sebabnya aku suka lagu ini. 

Sekurang-kurangnya lagu ini jauh lebioh sedap dari lagu raya DJ Suria FM yang buat aku nak muntah setiap kali aku dengar lagu tersebut.

Sesiapa yang tak pernah tengok Anuar Zain semasa belum akil baligh dan siapa itu Ellina, silakan.



Aku & Raya 3

Masa aku sekolah rendah dulu, ada satu iklan yang sangat popular ketika itu. Kalau bandingkan dengan zaman sekarang, kira macam sama popular dengan iklan Petronas pada zaman sekarang.

By the way, kenapa tiada iklan raya Petronas tahun ini?

Iklan popular yang aku maksudkan ialah iklan raya EON.

Iklan ini sebenarnya dibuat pada akhir 80'an. Tapi diulang siar sehinggalah awal 90'an.

Iklan ini menampilkan Jamal Abdillah dan Raja Ema. Jamal Abdillah masih belum terjebak dengan najis dadah ketika iklan ini dirakam (mungkinlah).

Raja Ema pula masih hot ketika iklan ini dirakam. Pada sesiapa yang tak tahu, Raja Ema adalah hot stuff ketika zaman mudanya. Kiranya, tahap populariti beliau lebih kurang sama seperti Siti Nurhaliza. 

OK, mungkin tak sepopular Siti tapi dia sangat popular ketika itu. Bukan setakat di Malaysia, tapi juga di Indonesia. Raja Ema banyak juga berlakon dalam filem Indonesia. Termasuk beberapa filem yang mempunyai babak yang agak kontroversi.

Kenapa iklan ini agak popular? Kerana lagu di dalam iklan ini agak catchy. Lagu ini sering menjadi mangsa aku dan rakan sedarjah. Kami selalu tukarkan lirik lagu ini jadi kelakar (kelakar bagi kamilah).

Sesiapa yang tak pernah melihat iklan ini, silakan. Tengok bertapa hotnya Raja Ema ketika itu.


==========

Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Aku ingiin meminta maaf jika ada penulisan aku yang membuatkan hati kamu terguris. Ah, ini blog aku. Suka akulah nak tulis apa kan? Hahahaha!

Kepada yang pulang ke kampung, pandulah dengan selamat. Ingat orang yang tersayang.

Rabu, 11 Mei 2011

Kisah di Hospital Sultan Ismail

Hospital 1

Sepanjang sebulan yang lepas, kehidupan aku, mama dan kawan aku, Fauzi, adalah berkisar di Hospital Sultan Ismail (HSI)

Mama menjalani rawatan susulan di HSI kerana Hospital Besar Batu Pahat tidak menyediakan Rawatan Radioterapi.

Setiap pagi, kami akan bangun di awal pagi untuk memulakan perjalanan dari Batu Pahat ke Johor Bahru. Boleh sahaja kalau kami meninggalkan mama di dalam wad, tapi kasihan pula dengan mama yang terpaksa tinggal bersendirian di sana. Hati kami pun rasa kurang senang juga meninggalkan mama seorang diri di Johor Bahru.

Maka kami mengambil keputusan untuk berulang. terima kasih kepada Fauzi kerana sudi membawa kami sekeluarga ke Johor Bahru. 

Abah aku hanya turut serta dalam sessi menghantar mama pada awal-awal sahaja kerana kemudian abah disahkan keletihan sehingga sakit. Dan pada hari Ahad yang lepas, abah aku dilangar kereta. Bahunya patah. Tolong doakan Encik Abu Bakar cepat sembuh ya, kawan-kawan sekalian.

Tiada apa yang menarik di HSI. Ya lah. Nama pun hospital. Penuh dengan bau ubat. Sepatutnya aku menjadi manusia yang sihat kerana terbau bau ubat setiap hari.

Semasa aku dirawat di Hospital Batu Pahat akibat Pembedahan Hernia, aku ternampak ramai jururawat pelatih yang comel-comel belaka. Tapi di HSI, tiada jururawat yang pelatih yang comel-comel pun.

Tapi ada yang lebih menarik iaitu doktor pelatih. Melihat doktor pelatih yang comel memegang stetoskop dan mengenakan jubah putih memang menarik.

Tapi kalau mahu tackle doktor pelatih, perlu ada modal besar. Dan melihat diri aku yang sekarang ini... Aku batalkan sahajalah niat tersebut.


Hospital 2

Semasa aku dan mama menunggu untuk menjalani rawatan radioterapi, kami akan menunggu di ruang menunggu sebelum dipanggil masuk ke dalam bilik rawatan. Hanya mama aku sahaja yang masuk ke dalam bilik rawatan. Aku tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik tersebut.

Semasa menunggu di bilik menunggu, aku berkenalan dengan pesakit-pesakit lain yang juga sedang menunggu giliran.

Salah seorangnya ialah seorang cikgu berbangsa India yang menghidap kanser tekak. Sebagai seorang cikgu, dia sangat fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Malahan, pakaiannya juga sangat kemas, mengenakan seluar slack dan baju kemeja ketika peri menjalani rawatan.

Dia sering membawa surat khabar yang disediakan di ruang menunggu tersebut. Satu hari, dia mencapai Harian Metro. Kemudian, dia pun bertanya kepada aku:

"Mana wartawan Harian Metro ini boleh dapat semua tajuk berita yang pelik-pelik ni? Suami kelar isteri... . Datuk saudara rogol cucu..... Tikam mertua kerana hilang sabar... Mana mereka dapat sumber berita yang pelik-pelik ini?"

Sambil tersenyum, aku menjawab, "Berita yang pelik, memang senang nak dapat. Tapi berita yang betul dan benar, bukan mudah nak dapat. Lagi-lagi dekat negara yang bernama Malaysia ni."

Cikgu India tersebut terus tergelak dan beberapa orang lain disekeliling kami tersenyum kecil.


Hospital 3

Sebenarnya, ada 2 ruang menunggu bagi sesiapa yang sedang menunggu giliran untuk menjalani rawatan radioterapi. Ruang yang pertama ialah yang paling hampir dengan bilik radioterapi. Bilik dimana aku dan cikgu India berbual dalam kisah di atas.

Ruang yang kedua berada di luar sedikit dari bilik rawatan. Kelebihan ruang kedua ialah ia mempunyai TV dan mempunyai rak buku yang dipenuhi dengan majalah Reader's Digest, Cleo dan Female.

Ya! Akhirnya, aku boleh membaca majalah Cleo tanpa dipandang serong oleh orang lain seperti di Popular atau MPH.

Aku ada terjumpa gambar Intan Ladyana pakai skirt pendek (sangat pendek) dalam Cleo. Hot gila!

Walaupun aku ada membawa buku untuk dibaca semasa menunggu mama menjalani rawatan, kadang-kadang aku baca juga Majalah Reader's Digest, Cleo dan Female itu. Bukan apa, majalah tersebut bukan aku beli tiap-tiap bulan. Jadi baik aku baca majalah tersebut.

Ada seorang amoi yang selalu ada di situ. Dia lebih muda dari aku. Muka boleh tahan cute. Amoi tersebut suka membaca novel fiksyen berbahasa Inggeris. Novel seakan-akan novel Twilight. Tapi amoi tersebut sama juga seperti aku, kadang-kadang dia juga membaca majalah yang berada di rak buku tersebut.

Satu hari, aku ternampak amoi tersebut membaca Reader's Digest yang memaparkan senarai 50 orang yang dipercayai di Malaysia. Datuk Nicol David mendapat kedudukan pertama dalam senarai tersebut.

Tiba-tiba amoi itu bertanya kepada aku, "Excuse me. Can I ask you something?"

"Yes. What is it?"

"I love you. Can you be my boyfriend?"

Ok. Aku menipu. Ini soalan yang amoi tersebut mahu tanya: "Who is Azwan Ali?"

Aku terkejut dengan soalan amoi tersebut. "Why you wanna know about him?"

"I just curious. I didn't know who is he. But he's in this list.."

Amoi tersebut menunjukkan senarai 50 orang yang dipercayai di Malaysia. Untuk pengetahuan kamu, Azwan Ali berada di tangga ke-50.

Memang aku terkejut juga. Bagaimana rakyat Malaysia tergamak mengundi beliau sebagai "orang yang boleh dipercayai".

Azwan Ali? Percaya? Ppfffttt.... Ramai lagi orang lain yang sepatutnya boleh berada dalam senarai tersebut. Bagaimana Azwan Ali boleh berada dalam senarai tersebut?

Apa yang aku jawab pada amoi tersebut? Aku cuma jawab Azwan Ali seoramg pengacara terkenal di RTM. Itu sahaja.

Tak kan lah aku mahu jawab, "Dia ni seorang pengacara yang selalu mencarut dekat blog dan twitter. Perkataan 'hanjeng', 'propa', 'setan' adalah mainan beliau dalam blog dan twitter."

Ok Malaysian, I am very ashamed on you. Tergamak kamu undi Azwan Ali sebagai orang yang dipercayai. Targamak kamu semua....

Sabtu, 02 April 2011

Langkah Bendul

Langkah Bendul 1

Satu masa dahulu, kalau tak salah aku tahun lepas, aku pergi melepak dengan seorang yang boleh dikategorikan dalam golongan brader-brader (lelaki 30'an). 

Nama brader tersebut Adam. Aku tak pasti kalau itu nama sebenar beliau kerana aku pernah ada terdengar orang memanggil beliau dengan nama Bani, Jambu, John, Joe dan banyak lagi. Tapi aku kenal dia dengan nama Adam. So i stick with that.

Aku tak tahu apa kerja brader Adam ini tapi dia selalu mengenakan pakaian berjenama dan memandu kereta yang berjenama bukan dari Malaysia dan harga kereta tersebut melebihi RM100,000. Aku agak dia hidup dalam keadaan senang. Agaknya lah.

Umur Adam sudah mencecah 30 tahun tapi belum berkahwin lagi walaupun punya seorang awek yang muda setahun darinya yang dia kenal semenjak 8 tahun lepas. Cinta universiti katanya.

"Bro, kenapa tak kahwin lagi?" Tanya aku.

"Aku tak nak Langkah Bendul."

Aku diam sekejap. Seingat aku, Brader Adam ni anak bongsu.

"Kau bukan anak bongsu ke?"

"Mak aku kan dah meninggal 4 tahun lepas. Bapak aku kata kalau aku nak kahwin, kena tunggu bapak aku tu kahwin dulu."

Aku terdiam sebentar mendengar penerangan Brader Adam. Dan kemudian aku menyambung:

"Itu bukan Langkah Bendul. Tu langkah gunung-ganang namanya."

Brader Adam hanya ketawa.


Langkah Bendul 2

Ketika aku melepak disebuah warung dengan seorang kawan, tiba-tiba kawan aku bertanya tentang langkah bendul.

"Kenapa kalau si adik tu kahwin dulu dari akak dia, dia dipanggil Langkah Bendul. Maksud aku, kenapa digunakan istilah langkah bendul?"

"Entah." Jawab aku mudah sambil menjungkitkan bahu.

"Aku rasa macam tak sesuailah istilah tu. Bagilah nama lain. Potong barisan ke misalnya...."

"Skema sangat istilah tu." Aku mencelah.

"Lagipun, istilah tu memang padan sangat dengan perempuan," Sambung aku semula.

"Ya ke? Kenapa pulak?" Tanya kawan aku semula.

"Ya lah. Perempuan kan ada bendul. Dua bendul tu." Balas aku bersahaja.


Langkah Bendul 3

"Kau agak, relevan tak Langkah Bendul pada zaman sekarang ni?" Tanya seorang kawan aku. Oh ya. Kali ini kawan perempuan.

"Tak. Langkah Bendul ni membebankan si pengantin lelaki sebab terpaksa bagi satu persalinan kepada kakak si pengantin perempuan pulak. lagipun, Islam pun menegah Langkah Bendul sebab membebankan pengantin lelaki," terang aku.

"Betul. Aku menyampah betul Langkah Bendul ni..." Dan kemudian kawan perempuan aku ini membebel tentang ketidakpuasan hatinya dengan sistem Langkah Bendul. Bebelan dia mencecah 15 minit.

"Kau ni kenapa marah sangat pasal Langkah Bendul ni?" Tanya aku.

"Sebenarnya... Aku nak kahwin. Tapi akak aku belum kahwin. Kesian la tunang aku kena beli baju untuk akak aku sekali..."

Rupanya diskusi tentang Langkah Bendul kali ini ada niat udang disebalik batu rupanya.

Kamis, 17 Februari 2011

Aku, Cendol dan Vegetarian

Vegetarian atau vegan ialah orang yang mengamalkan diet dengan menolak makanan yang berunsurkan daging, telur dan produk tenusu dan semua makanan yang dihasilkan dari daging atau bahagian haiwan. Senang cerita, orang yang menolak konsep haiwan sebagai makanan.

Kawan aku, Azman, atau lebih mesra dengan panggilan Cendol, balik ke Batu Pahat dengan tujuan menghantar borang kahwin di pejabat kadi dan menjadi aku saksi borang kahwinnya.

Kebiasaannya, setiap kali kepulangan Cendol ke Batu Pahat, aku dan dia akan membuat upacara wajib iaitu makan berjemaah di McDonald. Tapi kali ini lain cerita. Kali ini, Cendol balik ke Batu Pahat sebagai seorang vegetarian.

Kenapa dia jadi Vegetarian? Aku pun tak pasti. Katanya dia memang ada niat nak buat perubahan bila masuk bulan Februari. Azam bulan Februari mungkin.

Walaupun Cendol kini seorang vegetarian, itu tak menghalang untuk kami makan berjemaah di McDonald. Aku order 2 set Prosperity Burger. Aku ambil air dan 2 biji Prosperity Burger. Cendol ambil air 2 French Fries dan 1 lagi French Fries percuma yang Cendol dapat bila dia me-redeem-kan kupon percuma.

Aku pun berbual dengan Cendol tentang cabaran menjadi vegetarian. Cendol kata, agak mencabar juga jadi vegetarian. Ya lah, dari kecik dah mencekik daging, tiba-tiba kita berhenti makan daging. Mestilah susah juga nak sesuaikan diri.

Tapi Cendol juga ada berkata yang dia tetap makan daging sekali sekala kerana dia tidak pernah menolak konsep haiwan sebagai makanan.

"Hek eleh Cendol ni. Dah vegetarian, tapi nak makan daging. Vegetarian poser betul la!"

Relax. Jangan marah Cendol. Sebenarnya Cendol seorang semi-vegetarian. Terdapat 3 jenis semi vegetarian iaitu Flexitarians, Pollotarians dan Pescetarians. Cendol boleh dikategorikan dalam Flexitarians iaitu vegetarian yang sekali-sekala makan daging.

Perbualan aku dan Cendol menjurus tentang menu vegetarian. Memang agak sukar nak mencari menu vegetarian di sekitar Malaysia. Sebagai contoh di McDonald sendiri. Tiada menu buat vegetarian.

Tapi aku ingat lagi satu masa dahulu - tahun 2000 kalau tak salah - McDonald ada mengeluarkan burger khas untuk vegetarian yang bernama Maharani Burger.

Maharani Burger adalah burger special edition yang dikeluarkan oleh McDonald selepas Prosperity Burger dan Samurai Burger.

Rasanya tak perlulah aku ceritakan tentang Prosperity Burger sebab rasanya semua pun tahu tentang burger ini. Aku pun ada tulis tentang burger ini pada entri yang lepas.

Samurai Burger pula ialah burger daging yang dilimpahi dengan sos tepanyaki dan mayonnaise. Tapi tidak seperti Prosperity Burger, Samurai Burger tidak mendapat sambutan yang menarik dari pelanggan di Malaysia. Menu Samurai Burger telah diperkenalkan kembali di McDonald di Singapura atas permintaan pelanggan.

Ok. Maharani Burger diperkenalkan sekitar Jun 2000. Aku tak berapa ingat apa rasanya. Aku cuma pernah makan sekali saja. Aku kurang pasti kenapa Maharani Burger gagal mendapat sambutan dari para pelanggan vegetarian. Mungkin mereka masih memikirkan tentang burger daging lain yang juga dijual di sana.

Aku juga ada Google restoran vegetarian di Malaysia. Tapi kebanyakannya restoran vegetarian yang tidak mempunyai sijil halal. Jadi agak mencabar juga jadi vegetarian di Malaysia ini (bagi orang beragama Islam lah).

"ABC dulu pun pernah jadi vegetarian jugak," Kata Cendol.

ABC adalah satu lagi nama kawan kau. Bukan Air Batu Campur.

"La... Ye ke? Dia tu macam mana pulak boleh jadi vegetarian?" Balas aku.

"Entah terikutkan Mondok agaknya. Tapi ABC tu sampah. Jadi vegetarian 2 hari je."

Aku gelak. Bagi aku, ini barulah maksud vegetarian poser yang sebenar. Orang jadi vegetarian, dia pun nak jadi vegetarian juga. Tapi cuma tahan 2 hari saja. Tapi kau tak berapa terkejut dengan ABC sebab dia memang seorang manusia yang sukar diramal.

Bagi yang menjadi vegetarian, selamat menjadi vegetarian yang sebenar!

Sila lawati dan like fan page blog ini di Facebook: Blog Warmness On The Soul & Associates.

Rabu, 16 Februari 2011

Aku, amoi, Leman dan Prosperity Burger

Aku tak pasti samada Prosperity Burger masih dijual lagi di McDonald. Kali terakhir aku makan Prosperity Burger pada Chinese New Year.

Oleh disebabkan kempen Prosperity Burger bakal berakhir tak lama lagi, aku nak berkongsi beberapa kisah aku, kawan dan Prosperity Burger.


Prosperity Burger 1

Ini kisah tahun lepas. 2-3 minggu selepas Chinese New Year. Kali pertama aku keluar bersendiriran selepas menjalani pembedahan pembetulan Hernia.

Hari itu, aku keluar dengan seorang amoi. Pergi makan dekat McDonald, baru nampak kapitalis sikit.

Sementara promosi Prosperity Burger masih giat dijalankan oleh McDonald, aku memang tak kan order burger lain. Bukan selalu burger ini ada dijual. Burger ini hanya wujud masa akhir tahun hingga Chinese New Year saja.

"Actually, Melayu yang suka makan Prosperity Burger ni. Chinese tak lah suka sangat," kata amoi tersebut sejurus kami duduk.

"Eh? Ya ke? Why ah?" Tanya aku balik.

"I pun tak tau. You see, I cuma makan Prosperity Burger sekali or dua kali je sepanjang kempen burger ni. Tengok, ni pun I makan Spicy Chicken McDuluxe je."

Aku tengok ke arah tray amoi itu. Memang betul. Bila aku tengok tray aku, ada 2 biji Beef Prosperity Burger. Ok, aku memang kuat makan. Don't judge me on this.

"Cuba you tengok keliling kita ni. Ada berapa orang je Chinese yang order Prosperity Burger."

Aku pun tengok sekitar McDonald tersebut. Memang betul. Cuma ada satu Chinese couple saja yang makan Prosperity Burger.

"So, Prosperity Burger is made for Chinese New Year. But in the end, Malays who enjoying it," kata aku.

"Yeah. Sepatutnya McDonald kena buat jugak resipe khas untuk hari raya. So, Chinese pulak boleh enjoy the menu," cadang amoi tersebut.

"Special menu for Hari Raya... But what?"

"Well, I sebenarnya suka tau makan ketupat and rendang. So, McDonald buatlah burger rendang ayam ke, burger served with ketupat ke... "

Ok. Serius aku nak ketawa berdekah dengan idea amoi ni. Tapi oleh disebabkan ini first date perjumpaan kali pertama. Aku diamkan saja.

Tapi manalah tahukan, tiba-tiba ada orang McDonald yang baca blog ini dan terus buat resipi tersebut.

Kalau buat, jangan lupa bagi royalti pada aku dan amoi tersebut!


Prosperity Burger 2

Peristiwa kali ini terjadi pada akhir tahun lepas, dalam bulan Disember. Aku pergi ke McDonald bersama Leman (bukan nama sebenar sebab peristiwa ini agak memalukan. Jadi, aku sorok nama beliau).

"Alamak... Dia ni pulak yang jaga kaunter hari ni," Leman memulakan bicara bila ternampak gadis di kaunter McDonald tersebut.

"Kenapa?" Tanya aku ringkas.

"Cute dowh dia tu. Sebenarnya aku minat dia," Leman berterus terang.

Aku pun tengok gadis kaunter McDonald idaman Leman. Ok, memang boleh tahan lawa budaknya.

"Ayat la dia nanti," aku memberi cadangan.

"Gila kau! Aku ni jenis gugup. Aku kalau jumpa pompuan yang aku suka, mesti aku jadi tak keruan."

Aku senyum saja. Malas nak ambil pusing kata-kata Leman, aku hanya tersenyum.

Kami berdua berbaris dalam barisan yang agak panjang. Makin lama, aku dan Leman semakin menghampiri kaunter pesanan.

"Mirul, nanti kau orderkan la eh?" Kata Leman tiba-tiba.

"Eh? Apahal pulak?"


"Kan aku kata, aku gugup kalau jumpa pompuan yang aku suka," terang Leman semula.

"Ala... kau ni. Baik kau order je. Kalau kau takut, sampai bila kau nak dapat cakap dengan dia."

Leman terdiam. Mungkin setuju dengan kata-kata aku atau mungkin sedang mengumpulkan kekuatan dan keazaman untuk bercakap dengan gadis kaunter tersebut.

"Ya bang, makan sini or take away," gadis kaunter McDonald pujaan Leman memeulakan bicara.

"Makan sini," jawab Leman tenang namun ada nada sedikit lain macam.

"Order apa ya?" Tanay gadis tersebut.

"Saya nak Po..po...po..po...propes Burger 1 set."

Dan sekelip mata, aku terus tergelak besar. Gadis kaunter McDonald pujaan Leman turun tersenyum besar lalu menutup mulutnya.

Serius aku ingatkan Leman main-main bila dia kata dia gugup kalau berdepan dengan gadis idamannya. Rupanya memang betul, sampai tergagap.

Leman terdiam. Aku segera take over dan membuat pesanan.

Ketika makan, Leman menyuarakan rasa kesalnya, "Kenapa la susah sangat aku nak bercakap dengan perempuan yang aku suka ni. Kalau macam ni, macam mana aku nak kahwin?"

Apa yang aku mampu katakan hanyalah, "Sabar je la, bro. Ada hikmahnya tu.."

Dan semenjak peristiwa itu, aku sudah tidak nampak gadis kaunter McDonald pujaan Leman di McDonald tersebut. Mungkin sudah dapat pekerjaan lain.

Sabarlah Leman. Bunga bukan sekuntum....

Oh ya.. Aku dan buat fan page dekat Facebook untuk blog aku ini. Bolehlah kamu tengok aku mengarut dekat fan page tersebut nanti. Anda boleh joint fan page di sini: Blog Warmness On The Soul & Associates. Aku ada letak like box dekat sidebar sebelah kanan kamu tu. Boleh klik like dari situ sahaja.

Sekian.

Kamis, 03 Februari 2011

Aku, masjid dan perokok tegar

Setiap hari Jumaat, semua kaum Adam beragama Islam wajib menunaikan ibadah Sembahyang Jumaat di masjid. Hari Jumaat wajib ke masjid menunaikan Sembahyang Jumaat, malam Jumaat pulak.. Ehem!

Ok. Aku sudah terkeluar dari tajuk asal.

Semua kaum lelaki akan pergi ke masjid untuk Sembahyang Jumaat. Manakala lelaki yang biasanya ponteng Sembahyang Jumaat akan menyorok dalam rumah, menyorok dalam stor dekat office atau menyorok di mana-mana tempat yang boleh mengelakkan mereka dikesan oleh orang ramai.

Aktiviti lazim bagi orang yang ponteng Sembahyang Jumaat ialah tidur, makan, berborak hal duniawi dengan kawan yang juga ponteng Sembahyang Jumaat, main game dalam Facebook tapi tutup Facebook  Chat untuk mengelakkan dikesan oleh awek sendiri dan lain-lain. 

Tak pernah aku dengar ada orang yang ponteng Sembahyang Jumaat tapi dia layan TV rancangan "Siaran Langsung Solat Jumaat Dari Masjid Negara".

Ok. Celaka apa ni? Aku nak bercerita tentang perokok tegar di masjid, bukannya kisah orang ponteng Sembahyang Jumaat.

Satu yang aku perasan dengan perokok tegar ialah aktiviti mereka semasa Sembahyang Jumaat. Ada yang merokok di luar masjid ataupun dibahagian masjid yang jauh dari tempat ambil wuduk atau tempat sembahyang. Golongan yang ini aku tak kisah sangat.

Golongan yang aku menyampah ialah golongan yang tak sabar-sabar menghisap rokok sebaik tamat Sembahyang Jumaat.

Sebaik sahaja selesai Sembahyang Jumaat, semua akan berpusu keluar. Tapi dia dengan tenang menyalakan rokok. Masa orang sedang sibuk nak mengambil kasut atau selipar dekat tempat letak selipar/kasut, dia dah menyalakan rokok. 

Tapi yang tu aku tidaklah marah sangat sebab dia sudah menyalakan rokok di luar kawasan masjid. Ada yang lebih musibat daripada itu. Ada yang belum keluar dari masjid lagi, tapi dia dah menyalakan rokok. 

Cuba kamu bayangkan, baru sahaja keluar dari dewan sembahyang, dia dah menyalakan rokok. At least kalau kau dah kebulur sangat nak merokok, tunggulah keluar masjid dulu. Lepas tu, kalau kau dah menyalakan rokok tu, cepat-cepatlah keluar. Ini dia boleh relax saja hisap rokok dekat situ. Dah habis rokok, baru dia keluar dari masjid.

Yang sedih, yang suka merokok dalam masjid ini (dekat masjid tempat akulah) bukannya orang muda. Tapi semuanya orang tua. Jenis umur 2-3 tahun lagi dah nak tergelincir ke dalam kubur.

Kalau orang muda, aku fahamlah juga. Ya lah, masih muda. Masih cetek pemikiran, masih cetek ilmu, belum cukup matang. Ilmu agama belum cukup tebal, anytime boleh ikut ajaran Ayah Pin kalau tak reti jaga diri.

Tapi kebanyakan perokok tegar tahap bebal ini semuanya dah tua. Bukan setakat sebaya umur dengan ayah aku, tapi dah layak untuk aku panggil atok. Kalau nak tegur pun jadi serba salah. Ya lah, orang tua mana terima kalau kena tegur dengan orang muda kan?

Aku bukanlah ada ilmu mendalam dalam agama. Tahu segala Surah, Dalil, Hadis atau hafal ayat Al-Quran. Aku tak tahu ayat Al-Quran yang mengharamkan hisap rokok dalam masjid tapi jelas lagi terang perbuatan atok-atok sekalian memang salah. Tak payah kira dari segi agamalah, ia tetap salah juga dari segi moral dan etika.

Nampaknya pihak masjid patut tambah satu lagi signboard. Selain signboard 'Dilarang menggunakan telefon bimbit di dalam masjid', signboard 'Dilarang merokok' juga dah boleh dipacak.

Senin, 10 Januari 2011

Aku, Adrian & Feng Shui

Flashback 10 tahun lepas....

Tahun 2001. Masa ini aku dalam tingkatan 5. Minggu depan ada trial SPM. Semua sibuk susun meja kerusi dalam kelas untuk trial. Masa ini lah student akan susun meja dan berebut tempat strategik untuk exam. Strategi sama ada tempat itu selesa untuk ita, atau strategi nak meniru.

Selepas sessi menyusun meja dan kerusi selesai, aku didatangi oleh seorang classmate. Namanya Adrian Mahalingam. Walaupun namanya macam nama orang India, tapi mukanya macam orang Cina. Adrian lahir dari perkahwinan campur. Ayahnya, Cikgu Mahalingam, ialah cikgu Biologi di sekolah aku.

Adrian datang pada aku dan berkata, "Amirul, boleh kita tukar tempat tak? You duduk tempat I, I duduk tempat you."

Aku mula rasa tak senang. Mana tak nya, aku dah baik port meja aku sebelah tingkap. Bila duduk sebelah tingkap, pemandangan aku akan lebih luas. Aku kalau nak berfikir masa menjawab soalan (atau berangan bila dah tak dapat jawab), aku suka tenung keluar tingkap. Kadang-kadang, aku boleh dapat jawapan pada soalan tersebut bila aku jauh termenung keluar (walaupun jawapannya tak semestinya betul).

Meja Adrian pula ada betul-betul di tengah-tengah kelas. Kalau aku setuju untuk duduk di situ, aku akan terperangkap di tengah-tengah kelas, rimas, bingung, tak dapat nak berfikir dan akhirnya aku akan gagal dengan cemerlang. Ok, sebenarnya duduk tepi tingkap pun belum tentu menjanjikan aku lulus with flying colours pun.

Aku mula serba salah. Aku tak kisah kalau meja Adrian ada di tempat yang strategik dan selesa untuk aku. Tapi meja Adrian ada di kawasan yang aku gelar "segi tiga bermuda " dalam kelas aku.

"Kenapa kau nak duduk dekat meja aku?" Aku tanya balik pada Adrian.

"Kalau ikut ramalan Feng Shui aku, next week aku akan dapat luck aku kalau duduk dekat kawasan yang dekat dengan sumber angin," lebih kurang begitulah penjelasan Adrian. Sebenarnya lagi panjang tapi itu saja yang aku ingat. dah 10 tahun, bukan semua benda aku boleh ingat. Otak aku bukannya hard disc 1 Terabyte dengan Ram 6 GB.

"Tapi meja kau tu bukan ke kat bawah kipas. Kan ke kipas tu sumber angin?" Tanya aku lagi.

"Itu bukan sumber angin semulajadi. Aku kena duduk kat sumber angin yang semulajadi."

Aku dah serba salah. Macam aku katakan, kalau meja Adrian ada dekat kawasan yang selesa dan stategik, aku akan setuju. Tapi kedudukan meja Adrian menyebabkan aku mematahkan harapan Adrian.

Adrian pujuk aku 2-3 kali. Dia tetap nak tukar meja dengan aku. Aku tetap berkeras.

"Adrian, kau jangan percaya sangat dengan Feng Shui. Percayakan dengan kebolehan diri kau sendiri. Aku yakin kau boleh dapat result cemerlang walaupun tak ikut Feng Shui kau ni," aku cuba memujuk Adrian.

Tapi Adrian tetap nak tempat duduk aku. Selepas perbincangan memakan masa hampir 15 minit, akhirnya Adrian putus asa dan menerima ketentuan takdir dan kehendak universe yang dia terpaksa duduk di meja asalnya dan aku duduk di meja tepi tingkap.

Trial exam berjalan seperti biasa. Seminggu kemudian, result trial pun keluar. Berapa aku dapat? Aku cuma dapat 3A sahaja. Berapa Adrian dapat? Dia dapat keputusan yang cemerlang. Straight A agaknya.

Dari pengalaman aku ini, dapat aku simpulkan yang apa yang penting ialah kita yakin dengan kebolehan diri kita sendiri. Persetankan kata tilikan tok bomoh, fortune teller, tukang ramal, Feng Shui semua tu... Apa yang penting, pastikan kita yakin dengan kebolehan kita sebab nasib kita adalah ditangan kita. Bukannya ditangan ahli ramal yang aku sebut tadi mahupun ditangan Barisan Nasional ataupun PKR.

Aku juga berjaya buktikan yang aku lagi hebat dari Feng Shui Adrian. Aku tak tahu Adrian rujuk dari siapa atau dari mana tentang Feng Shui dia. Tapi aku berjaya buktikan yang aku lagi hebat dari Feng Shui tersebut. Kalau Adrian duduk dekat meja aku, belum tentu dia boleh dapat result yang cemerlang macam apa yang dia dapat bila dia duduk di meja dia sendiri.

Tapi persoalannya, kenapa aku tak dapat baca Feng Shui aku sendiri sampai aku cuma boleh dapat 3A saja?

Ok, aku tak tahu baca Feng Shui. Kes Adrian ini kebetulan saja. Nasib dan takdir ini kerja tuhan. Aku bukan Ayah Pin atau Rasul Melayu dekat Banting yang tahu pasal masa depan. Jangan ada yang datang mintak aku bacakan Feng Shui mereka pulak selepas ini.

Tapi kalau yang datang tu amoi hot dan sexy yang memakai hot pants, aku tak menolak untuk bacakan Feng Shui kamu.

Jumat, 03 Desember 2010

Aku dan menari

Aku dan menari 1

Aku sedang lepak-lepak bersama Sood dan Karim (sudah semestinya bukan nama sebenar).

"Kalau kau kahwin dengan artis, macam mana agaknya kehidupan kau?" Soal Sood pada Karim.

"Peh. Berat tu. Mesti aku jealous gila tengok bini aku pegang-pegang tangan, peluk-peluk dengan pelakon lelaki lain. Tu tak campur lagi dengan kisah-kisah gosip yang keluar kat surat khabar. Wartawan hiburan ni semua dah la sukar buat gosip suka-suka je. Aku tak dapat nak bayangkan macam mana dengan life aku kalau aku kahwin dengan artis." Jawab Karim panjang lebar.

Sood mengangguk-angguk kepala mendengar jawapan Karim.

Sood berpaling pada aku, dan tanyakan soalan yang sama.

"Kalau kau kahwin dengan artis, macam mana agaknya kehidupan kau?"

Sambil menyedut Teh O Ais, aku jawab dengan tenang.

"Mesti bini aku ajak aku masuk Sehati Berdansa."

Tapi itu semua dulu. Sekarang, Sehati Berdansa sudah diberhentikan programnya kerana dianggap badi kepada pasangan artis yang masuk. Kebanyakan pasangan artis yang masuk berakhir dengan penceraian.

Sekarang, ia telah berganti dengan Mari Menari. Kali ini, tak melibatkan artis lagi. Tapi orang awam biasa macam aku. Dengan kata lain, peratusan untuk isteri aku ajak masuk Mari Menari memang ada walaupun aku tak berkahwin dengan artis.

Aku memang tak pandai menari. Langsung tiada bakat menari. Walaupun mak aku dulu seorang penari, dan kebanyakan mak cik dan pak cik aku adalah penari, aku memang tiada bakat menari walaupun setitik DNA sekali pun.

Sepupu aku pun aku rasa banyak yang tiada bakat menari. Kecuali Afiq (mungkin) kerana dia pernah terikut trend dan turut serta dengan budak-budak Shuffle. Terkejut juga aku kerana setahu aku dia seorang budak Indie. Tapi sekarang dia dah tak joint budak-budak Shuffle lagi.

"Tapi, kalau isteri kau ajak masuk ajak masuk Mari Menari jugak, macam mana Mirul?"

Aku akan menari seperti ini:


Tarian buruk macam ni, mesti dah tersingkir masa minggu pertama kan?

==========

Aku dan menari 2

Aku memang tak pandai menari tapi aku suka juga tengok orang menari. Tapi kalau perempuan yang menarilah (sudah tentu bukan?).

Kalau lelaki yang menari - lagi-lagi kalau video klip Justin Bieber sedang ditayangkan di MTV - aku cepat-cepat tukar. Sama juga dengan perempuan, suka tengok lelaki menari. Lagi-lagi kalau Usher dan Rain yang menari, sebab kalau menari biasanya mereka akan mendedahkan perut six-pack mereka.

"Kau memang gatal la. Kalau lelaki menari, kau tak nak tengok. Tapi kalau perempuan yang menari, gatal kau nak tengok."

Bagi aku, antara lelaki dan perempuan, perempuan merupakan penari yang lebih baik dan lebih indah dipandang dan dilihat.

"Ala... Indah di pandang konon. Kata aje la kau gatal, Mirul."

Tak percaya? Cuba lihat video dibawah:


(Amaran: Jangan tendang skrin laptop atau komputer selepas melihat video di atas)

Aku tak faham kenapa mereka tak memakai baju. Tarian tak lah sehebat mana, lepas itu nak tunjuk body yang tidaklah hebat mana. Mungkin cuba menunjukkan keseksian mereka, menggoda penonton wanita. Sex sells, you know?

Balik ke point aku tadi yang aku katakan perempuan lebih indah dipandang dan dilihat ketika menari. Okay, cuba bayangkan yang menari dalam video itu semuanya perempuan. Dan mereka semua menari macam lelaki tersebut, tak pakai baju. Kan indah untuk dipandang.

Betul tak?

P/S: Bahagian awal blog ini pernah disiarkan di dalam satu lagi blog aku yang pendek umur, Lepas Laku

Kamis, 18 November 2010

Aku, abah dan samping di Pagi Hari Raya Haji

Macam aku katakan dalam entri yang lepas, aku memang slow poke. Dah masuk Hari Raya Haji ke-3 (ada ke Hari Raya Haji ke-3?), baru aku nak buat entri tentang Hari Raya Haji.

Pagi Hari Raya Aidiladha, aku bangun awal. Pergi bilik air, Mandi Sunat Aidiladha. Sejuk. Normal lah air sejuk pagi-pagi buta. Kalau air panas macam Api Neraka, memang pelik lah.

Selesai mandi, aku mengenekan Baju Melayu. Baju Melayu yang sama masa Hari Raya Aidilfitri. Baju warna kuning.

Sampai masa aku kena pakai samping. Aku perlukan pertolongan untuk pakai samping. Aku cari abang aku. Tiada. Mungkin tengah lepak dekat ruang depan rumah dengan Pak Andak.

Aku pergi ke bilik mama dan abah aku. Mama tengah terbaring di atas katil. Minggu lepas, mama baru menjalani rawatan kimoterapi. Kesan keletihan masih ada pada mama.

Abah aku baru lepas pakai Baju Melayu. Belum pakai samping jugak macam aku.

"Abah, tolong Am pakai samping ni?" Ayat pertama aku lontarkan pada Abah aku pada pagi Raya Haji ialah ayat meminta tolong.

Abah tersenyum sinis sambil membalas, "Tu la. Kalau dah kawin kan senang. Ada orang nak tolong pakaikan samping."

Selepas aku selesai pakai samping, giliran Abah meminta tolong pada aku pula.

"Am, tolong abah pakaikan samping pulak."

Aku tersenyum sambil membalas, "Aik? Dah kawin pun, mintak orang lain pakaikan samping jugak?"

Mama aku ketawa. Abah aku tersenyum.

"Terkena jugak pagi-pagi Raya ni ye?", kata Abah.

Rabu, 10 November 2010

Aku dan perkara-perkara lain

Aku, MP3 dan iPod

Dulu, aku pakai mp3 jenama Sony. Aku dah lupa model apa tapi bentuk MP3 aku tu macam ini.

Memory storage untuk MP3 Sony ini tak besar mana. 512 MB saja tak salah aku. Jadi aku tak boleh letak semua lagu aku. Dalam laptop aku, jumlah saiz lagu aku lebih kurang 21 GB. Aku kena pilih lagu yang terbaik dan selalu terpaksa tukar playlist tiap kali aku download lagu baru.

Aku bukan jenis peminat lagu radio friendly. Setakat Usher, Justin Bieber, Lady Gaga, Fallout Bay atau mana-mana artis yang selalu music video-nya keluar di MTV.

Kebanyakan lagu yang aku minat ialah lagu-lagu band rock, metal, underground atau pun lagu-lagu lama yang sudah pasti susah nak dengar dalam radio.

Tapi aku ada simpan juga lagu-lagu yang aku tak suka. Kadang-kadang, ada kawan atau sepupu aku yang mintak tolong aku download kan lagu-lagu yang aku tak suka ni. 

Biasanya, selepas download lagu-lagu permintaan mereka, aku tak delete lagu-lagu tu tapi aku simpan. Aku simpan buat koleksi. Bak kata Baox, salah seorang ahli 32 Jementah, "Simpan je lagu-lagu tu, mana la tau nanti lagu tu jadi sesuatu yang berharga."

Tapi mungkin betul juga. Sekarang, bukan senang nak cari lagu-lagu tahun 60'an dan 70'an. Sebabtu dalam laptop aku ada lagu Siti Nurhaliza dan Ramlah Ram walaupun aku tak minat lagu mereka. Tapi macam mana pun, aku tak kan simpan lagu Justin Bieber.

Bebralik kepada cerita MP3. Kalau ada kawan aku capai MP3 aku (terutamanya kawan perempuan) dan cuba-cuba nak dengar MP3 aku, mesti mereka akan bagi soalan ini bila mereka lihat playslit aku, "Apasal lagu-lagu kau ni banyak aku tak pernah dengar?" "Tak de lagu Siti Nurhaliza ke?"

Ataupun soalan yang lebih dashyat, "Tak de lagu N'Sync ke?"

Sedangkan banyak lagu favorite aku pun aku tak dapat nak letak dalam MP3 aku, inikan pulak aku nak letak lagu yang aku tak suka kan?

Pada tahun 2007, aku akhirnya berjaya memenuhi hajat untuk membeli iPod. Aku beli iPod classic 80GB. Oleh disebabkan saiz memory storage iPod aku yang besar, aku sumbatkan semua lagu tanpa perlu aku memilih. Lagu-lagu aku yang aku tak suka pun aku sumbat sekali. 

Dengan kata lain, lagu Siti Nurhaliza pun ada dalam iPod aku. Aku malas nak delete lagu-lagu tu. Lagipun, masih banyak ruang kosong dalam iPod aku. Kalau dah penuh, baru aku delete mana-mana lagu yang aku tak dengar.

Dan bila aku dah pakai iPod, ada kawan aku mencuba iPod aku. Selepas membelek senarai lagu dalam iPod aku, kawan aku pun bertanya kepada aku, "Lagu Siti Nurhaliza pun kau simpan dalam iPod kau? Apalah kau ni."

Yes! Rasa macam nak terajang kepala kawan aku. Masa aku tak letak lagu Siti Nurhaliza, kau tanya. Bila dah ada dalam iPod aku, kau condemn aku pula, Kau memang nak mati.


Aku, blog dan Hannah Tan

Ramai yang selalu bertanya pada ku, "Kenapa kau guna gambar Hannah Tan kat header blog kau tu?"

Aku tak tahu kenapa ramai orang tanya soalan ini padahal ramai juga blogger perempuan yang guna gambar artis korea yang jambu jadi header blog mereka. Kenapa tak tanya mereka?

Tapi ramai juga para lelaki yang terperangkap dengan header blog aku. Ada yang ingat aku ini perempuan. Ada juga para lelaki yang tak kenal Hannah Tan ingatkan aku seorang perempuan dan aku gunakan gambar aku sendiri untuk dijadikan header blog.

Yes! Ramai juga lelaki di Malaysia yang tak kenal Hannah Tan. Walaupun Hannah Tan kini mempunyai 30,233 orang peminat di fan page beliau di Facebook (ketika entri ini ditulis), tapi masih ramai lelaki yang masih tak kenal Hannah Tan.

Tapi memang aku tak hairan sangat. Hannah Tan seorang yang berbangsa Cina, mungkin dia hanya terkenal dikalangan peminatnya yang berbangsa Cina di Malaysia. Sama macam Nabil Raja Lawak lah. Orang Melayu mungkin kenal dia, tapi orang yang berbangsa Cina mungkin tidak mengenali dia.

Ramai lelaki yang masuk blog aku sebab ingat aku ialah seorang amoi. Ada beberapa kali aku mendapat komen, "La... Mati-mati aku ingatkan kau ni amoi. Hehehe..," masa mula-mula aku letak gambar Hannah Tan sebagai header blog. 

Dengan kata lain, gambar Hannah Tan menjadi cara promosi secara subliminal buat para lelaki singgah ke blog aku. Ramai lelaki dan para wanita lesbian datang ke sini kerana header tersebut.

Jadi, jangan pelik kalau header blog aku akan terus menggunakan gambar Hannah Tan dan amoi-amoi cute yang lain selepas ini.


Aku dan AFC

Dalam rakaian Astro, ada satu saluran yang menyiarkan rancangan masakan. Nama saluran tersebut ialah Asian Food Channel atau AFC, saluran 703.

Mak kau antara peminat setia AFC. Kalau tiada cerita menarik, mak kau mesti menonton AFC. Tapi mak aku memang hebat dalam hal ehwal masakan.

Kemudian, kawan sepupu aku, Wawan, datang ke rumah aku. Dia juga ssuka menonton AFC. Oh, Wawan ialah seorang perempuan. Tak hairan kalau dia minat AFC.

Tak lama selepas itu, aku dapat tahu seorang kawan aku -seorang lelaki- juga kini menjadi peminat setia AFC.

"Apasal kau suka tengok AFC sekarang ni?"  Tanya aku.

"Kau try la tengok sekali. Mesti kau dapat tau apa sebabnya."

Semalam, aku pun menonton AFC. Ada beberapa rancangan yang mana chef-nya adalah seorang perempuan yang cantik. Ada juga rancangan yang menggunakan pengacara perempuan yang hot.

Bijak betul cara AFC tarik penonton lelaki dengan mengabungkan dua benda yang paling diminati oleh kaum lelaki - makanan sedap dengan perempuan hot.

Senin, 08 November 2010

Aku, kedai gunting rambut dan The Summit

(Aku sambung entri Lagu tema filem (runut bunyi, OST) terbaik Part 1 minggu depan. Sekarang aku sedang sibuk menelaah. Sempat buat update yang simple saja)

Kedai Gunting Rambut 1

Hari ini aku bercita-cita nak potong rambut. Mula-mula aku bercadang nak pakai jersey Liverpool, atas kemenangan Liverpool 2-0 ke atas Chelsea. Tapi memandangkan aku cuma nak pergi gunting rambut dan kemudian cuma ke The Summit, baik aku pakai t-shirt biasa saja.

Aku pergi ke kedai gunting kegemaran aku, kedai gunting Ezath. Aku jarang gunting rambut dekat kedai lain. Lagipun kedai gunting tersebut agak cool. Yang jadi tukang gunting adalah golongan anak muda, jadi tajuk perbualan mesti berkaitan dengan anak muda.

Lagipun, kedai gunting tersebut ada air-cond yang sangat sejuk dan ada Astro.

Sebaik aku sampai, TV dalam kedai gunting tengah menyiarkan siaran ulangan antara Liverpool dan Chelsea. Salah seorang dari pelanggan dalam kedai tersebut terus mengungkit, "Sial la. Kalah pulak Chelsea. Aku ingatkan boleh makan Liverpool semalam."

Seorang lagi pun bersuara, "Tu la. Kalah teruk aku betting semalam."

Sayang juga aku tak pakai jersey Liverpool. Kalau tidak boleh aku letakkan garam pada luka yang sedia ada di hati budak dua orang tu.

Atau ada kemungkinan juga aku kena belasah ramai-ramai dalam kedai tu.


Kedai Gunting Rambut 2

"Aku kalau Astro ni, aku tengok dua channel je. 712 (MTV) sama 705 (Hitz.TV)," kata pelanggan yang rambutnya sedang dipotong oleh tukang gunting.

"Aku jarang tengok channel lain kat Astro. Channel lain macam tak de cerita," kata dia lagi.

"Kalau macam tu, baik kau potong je Astro. Layan Youtube," kata aku..... Tapi dalam hati saja lah.

Kemudian, tajuk perbualan mula masuk hal-hal Facebook dan gadis-gadis.

"Kita tak boleh ikut je kata awek kita. Kita kena tegas sikit. Tunjuk kan sifat lelaki. Aku tak pernah bagi muka kat awek aku. Baru nampak sifat kelakian," kata mamat tu lagi. Si tukang gunting cuma mengangguk.

Tiba-tiba, video klip Justin Bieber ditayangkan di Hitz.TV.

"Dik, besarkan sikit. Lagu best tu," mamat tersebut memberi arahan kepada adiknya yang terus mencapai remote control Astro, menguatkan volume TV.

Sia-sia bercerita pasal hal kelakian kalau minat Justin Bieber. Tak gitu?


The Summit 1

Selepas aku selesai gunting rambut, aku terus bergerak pergi ke The Summit (dulu dikenali dengan nama Summit Parade), dengan harapan PS2 aku yang rosak sudah diperbaiki. Tapi rupanya belum siap lagi.

Aku terus berjalan-jalan tanpa hala tuju selepas aku membeli CD Football Manager 2011. Sampai ke satu kedai, aku nampak 2 orang gadis - seorang gadis melayu, seorang lagi amoi - sedang sibuk melihat satu barang dari luar kedai dan berbincang.

"You agak, mana satu yang lawa? Mana satu yang I patut beli?"

"I pun tak tau. Semua nampak macam nice je."

Aku jalan secara perlahan-lahan dan cuba melihat apa barang yang gadis-gadis tersebut sibuk bincangkan. Aku ternampak pakaian tersebut dengan sign board disebelah pakaian tersebut "Sexy Bikini."

"Apa kata kalau awak berdua cuba dulu, kasi saya tengok mana satu yang sesuai untuk awak berdua," kata aku.. Dan sekali lagi ianya cuma terluah dalam hati aku.


The Summit 2

Aku rasa, semua orang Batu Pahat tahu yang The Summit sekarang dah hilang kredibiliti sebagai shopping complex paling happening di Batu Pahat. Semenjak kemunculan BP Mall dan Square One, The Summit kini bagaikan Selayang Mall dan Metro Kajang.

Sekarang, The Summit penuh dengan salon. Jadi hari ini, untuk membuang masa, aku nak kira berapa banyak jumlah salon yang ada dalam The Summit.

Hasil survey aku, The Summit mempunyai 17 salon, 2 beauty centre dan 2 manicure centre. Dan semuanya ada dalam satu tingkat yang sama.

Patutlah dah The Summit dah hilang pengunjung. Tambah pulak wayang dah lenyap. Itu sebab aku pun jarang nak jejak kaki ke The Summit. Lagi-lagi bila kebanyakan amoi skirt pendek pun dah banyak yang melepak ke  BP Mall.


The Summit 3

"Dah 2 kali kau keluar masuk dalam Popular tu?" Tegur seorang pak guard The Summit, yang dulunya merupakan pelanggan tetap di warong bapak aku bila nampak aku dua kali keluar masuk dari kedai buku Popular.

"Itu je hiburan yang tinggal kat Summit ni, bang", jawab aku dengan tenang.

Jumat, 22 Oktober 2010

Kad Kahwin, kahwin, nikah dan malam pertama

Prakata:
Sesiapa yang ada mengadu pada aku pasal tak boleh komen blog aku ni, sekarang ni cuba komen. Rasanya macam dah boleh komen dah. Kalau tak boleh komen juga, sila complaint di bahagian Soal Jawab (Form Spring) di bahagian sidebar blog.

Kad Kahwin

Tahun ini umur aku dah mencecah 26 tahun, umur standard untuk mendirikan rumah tangga.

Pppfffttt.... Kerja tetap pun belum dapat ada hati pulak nak kahwin. Dan yang paling penting, aku dah ada calon isteri ke? Belum!

Dan yang penting sekali, aku belum cukup bersedia dari segi mental untuk bergelar seorang suami dan seorang ayah. Juga belum bersedia dari segi zahir dan batin.

Silap. Dari segi batin, rasanya aku dah bersedia nak kahwin. Hahahahahahaha!

Biasanya, kad kahwin menjadi medium kegemaran umat 1Malaysia untuk menjemput setiap kawan, kenalan dan sahabat handai untuk datang ke majlis kahwin.

Walaupun ada cara mudah seperti scan kad kahwin, letak dalam Facebook lepas tu tag semua kawan-kawan anda ataupun buat event dalam Facebook, invite kawan-kawan semua untuk buat RSVP.

Tapi bagi aku, kad kahwin perlu ada dan harap tak hilang ditelan zaman dan arus teknologi. Kad kahwin rasanya lebih formal dari jemputan dalam Facebook.

Lagipun, aku suka tengok design kad kahwin sekarang. Ada yang simple, ada yang kreatif sampaikan nak buang kad tu pun rasa macam tak sampai hati dan ada yang terlebih kreatif sampaikan nak keluarkan kad kahwin tu dari sampul pun susah.

Bila aku buka kad kahwin, aku akan nampak ayat dalam kad kahwin tersebut:

Dengan ini, kami dengan sukacita menjemput Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik Amirul dan keluarga ke majlis raja sehari anakanda kami....

Tapi semenjak kebelakangan ni, aku selalu dapat kad kahwin dari kawan-kawan aku dengan ayat seperti di bawah:

Dengan ini, kami dengan sukacita menjemput Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik Amirul dan pasangan ke majlis raja sehari anakanda kami....

...atau pun yang lebih sadis...

Dengan ini, kami dengan sukacita menjemput Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik Amirul dan isteri tercinta ke majlis raja sehari anakanda kami....

Aku tak pasti kenapa kawan-kawan aku tulis macam tu. Samada mereka tak tahu yang aku masih bujanag atau dah kahwin (kawan yang lama tak jumpa) ataupun memang saja nak menganjing aku (Aku dah kahwin, kau bila lagi?).

Tapi aku rasa, ini hanya satu gurauan dari kawan-kawan. Tapi manalah tahu, mungkin boleh jadi doa.

Tapi seriously, aku belum sedia untuk berkahwin. Tapi ayat "Amirul dan pasangan" macam best pulak. Damn betul la Lan Jawa ni.

Kahwin dan Nikah

Bila cerita pasal kahwin, mesti keluar cerita tentang persiapan dan sewaktu dengannya.

"Setahun sebelum aku kahwin, aku dah start beli barang-barang," kata kawan aku. "Baju je aku tempah 2 bulan sebelum bersanding. Takut nanti gemuk pulak, dah baju tak muat."

Ada yang cerita pasal kena buat overtime selalu sebab duit belum cukup.

"Punyalah rajin aku OT, sampai boss aku bagi aku award Employee of The Month kat aku."

Ada yang bercerita pasal duit hantaran. Duit hantaran biasanya dibincangkan masa hari pertunangan.

"Masa tunang, keluarga mertua aku mintak RM8,000 je. Bila dah dekat nak majlis, naik jadi RM 10,000. Mana aku nak cekau duit?" Keluh seorang kawan.

Ada yang cerita pasal darah gemuruh masa hendak bernikah.

"Cilakak! Sepanjang hidup aku, aku tak pernah cuak. Presentation depan 100 orang pun aku boleh buat dengan selamba, masa nak nikah pulak aku gabra," terang kawan aku.

"Punyalah gabra, sampai akad nikah kena buat sampai 4 kali. Hahahaha!" sampuk seorang lagi kawan yang menjadi pengapit si pengantin.

Bab akad nikah tu, seram jugak bila aku fikirkan. Kadang-kadang ada sesetengah orang dah training awal-awal pun, tapi masih terkucil di hari pernikahan. Harap-harap dielakkanlah pada aku nanti.

Malam Pertama

Bila dah kahwin, mesti timbul cerita tentang malam pertama.

Bila pergi ke majlis kahwin kawan, mesti kita akan terjumpa sekali kawan-kawan yang dah berzaman kita tak jumpa. Masa jumpa tu lah baru tahu yang kawan-kawan ada yang dah kahwin, ada yang dah ada anak pun.

Bila dah berkumpul, mestilah berbual. Memandangkan asa tu tengah melepak di majlis perkahwinan, mestilah terkeluar cerita malam pertama. Tapi bukanlah cerita satu malam yang betul-betul detail, secara berkias atau dasar-dasar cerita saja.

Tapi cerita malam pertama tak semestinya diceritakan di majlis kahwin, kadang-kadang masa tengah lepak perkena teh tarik dekat warong pun boleh terkeluar jugak. Biasalah, newlyweds. Lagipun, dah ada orang tanya, mestilah dia menjawab kan?

"Berdebar siot aku masa tu," kata salah seorang kawan. "Masa tu macam-macam benda aku pikir. Boleh ke aku puaskan isteri aku ni? Kalau dia tak puas macam mana? Kalau aku tak puas pulak?"

"Kau jangan pikir kau je? Yang penting puaskan bini dulu," sampuk seorang kawan. Tapi dia belum kahwin.

Ada kawan aku yang tak berapa kisah dengan malam pertama. Sebab dia dah biasa 'main' dengan isterinya sebelum bernikah.

"Kau jangan berharap sangat la kau dapat merasa masa malam pertama kau tu," komen seorang lagi kawan. "Sehari sebelum kau nikah, kau mesti berdebar-debar punya. Sampai tak boleh tidur."

"Lepas aku nikah pagi tu, terus kena bersiap nak bersanding. Majlis bersanding start lepas Zohor sampai lepas Asar. Nak kena tunggu semua jemputan datang, nak tangkap gambar lagi. Lepas tu aku kena dera cuci periuk pulak. Malam lepas Isyak, ada sessi bukak hadiah. Habis je majlis bukak hadiah, aku dah flat. Trus aku tidur. Esok malam baru dapat 'main' dengan bini."

"Kau stamina tak mantap, tu yang flat tu," komen seorang lagi kawan yang dah berkahwin juga. "Lain kali, 6 bulan sebelum kahwin, kau start berjogging. Pergi gym, work-out. Baru stamina mantap. Baru kau boleh bertahan sampai end of the day."

Ada yang lebih advance. Bukan setakat bersenam secar biasa, tapi dengan gerak langkah yang boleh menguatkan kekuatan batin lelaki. Yang ni aku belajar dari ABC (nickname kawan aku), tapi dia belum kahwin jugak.

"Kau kena buat persedian sebelum kahwin. Kena start bersenam dari sekarang. Buat la senaman yang boleh kuatkan tenaga batin."

Dari ABC, aku belajar Senaman Harimau, Senaman Kucing, Menjejak Puteri Kebayan, Nafas Kamasutera, Nyut-Nyut Tuyut Di Air, Geliat Kucing dan bermacam lagi nama senaman yang pelik. Saya yang tak pernah dengar mungkin akan ketawa bila dengar nama senaman tersebut tapi senaman ni bukan senang-senang orang boleh buat.

Dulu aku sendiri ada amalkan senaman ni, sebab senaman ini bukan semata-mata untuk menguatkan tenagan batin. Senaman ini sebenarnya untuk menguatkan kaki dan meluruskan urat kaki sebenarnya. "Bila kaki kau kuat, urat dah lurus, baru sedap nak 'main'," kata ABC.

Tapi memang betul, masa aku buat senaman ni, memang kaki aku rasa ringan betul. Memang sedap rasanya. Tapi aku pun dah lama tak amalkan. Mentor aku, ABC, dah jauh daripada aku. Siapa nak guide aku?

Ada yang bercerita pasal kepentingan memilih tarikh nikah yang sesuai.

"Masa hari aku nikah, bini aku boleh period pulak. Hancurlah impian aku malam tu."

Pengajaran paling penting buat yang hendak berkahwin tak lama lagi (aku tuju kat kau ni Cendol), sila pilih tarikh yang sesuai untuk mengelakkan anda kecewa mendengar berita buruk dari isteri anda.

Ada yang bercerita pasal alatan yang boleh membantu menguatkan tenaga batin. Yang tu aku malas nak cerita, sebab rasanya dah tahap censored yang agak tinggi.

Tapi aku pernah dengar cerita yang perempuan selalu berkumpul dan cerita tentang malam pertama masa sebelum kahwin. Cerita dengan siapa dia nak buat masa malam pertama, macam mana nak mulakan langkah untuk malam pertama, gerak langkah yang nak digunakan dan bermacam lagi.

Ini bukan aku kata ikut suka saja. Tapi dua orang ex-gf aku dan seorang kawan perempuan aku yang cerita pasal benda ni. Wahai para wanita di luar sana, betul ke apa yang mereka ni katakan? Boleh tolong confirm kan?

Jumat, 15 Oktober 2010

I'm too old for this shit

Sedang aku berjalan-jalan disebuah shopping complex, aku ternampak sekumpulan anak muda sedang memijak lipas. Bukan! Mereka bukan pijak lipas, tapi sedang menari shuffle. Macam tengah pijak lipas gayanya.

Dah lama juga aku tak nampak budak-budak shuffle ni. Mungkin semuanya sibuk dengan PMR. Sekarang PMR dah habis, baru boleh bershuffle semula.

Oleh disebabkan aku jalan berseorangan, aku pun lepak sekejap sambil tengok budak-budak shuffle menunjukkan bakat mereka walaupun bakat mereka semua tahap biasa-biasa saja.

Tiba-tiba, salah seorang dari budak shuffle menegur aku, "Dude, tengok je ke? Jom join sekali."

Aku tersenyum mendengar pelawaan budak shuffle dan dalam masa yang sama, otak aku ligat memikirkan jawapan yang sesuai. Tiba-tiba aku teringat catchphrase yang Danny Glover selalu sebut dalam Lethal Weapon.

"I'm too old for this shit," Jawab aku sambil tersenyum.

==========

Selepas bosan melihat budak-budak bershuffle, aku pun meneruskan langkah ke The Store, nak membeli beberapa barangan rumah yang dah habis.

Aku mula terfikir, kenapa budak-budak tu boleh ajak aku bershuffle. Kalau dari pakaian memang jelas yang aku memang tak berpakaian seperti budak shuffle.

Aku pakai Spain away jersey, seluar jeans hitam (bukan skinny) dan berkasut Converse. Memang tiada ciri-ciri pemakaian mat shuffle. 

Tiba-tiba otak aku dapat memikirkan satu jawapan bagi persoalan aku tersebut:

"Mesti muka aku nampak muda. Macam budak-budak belasan tahun sebab budak belasan tahun yang ramai bershuffle. Kiranya aku nampak mudalah!"

Aku tersenyum. Keyakinan bertambah 200%.

Rasanya tak salah kalau aku pergi tackle anak-anak gadis yang muda sebab aku pun nampak muda, kan?

==========

Tiba-tiba aku terfikir, di mana bermulanya kita mula 'rasa tua' untuk melakukan sesuatu.

"Aku dah terlalu tua untuk pergi ke gig"
"Aku dah terlalu tua untuk bersolek lama-lama"
"Aku dah terlalu tua untuk main futsal"
"Aku terlalu tua untuk pakai baju tu"
"Aku dah terlalu tua untuk pergi berdemonstrasi"

Ada yang mula fikir yang mereka mula rasa tua bila mereka rasa diri mereka sudah matang. "Orang matang tak boleh buat benda yang budak-budak buat," kata mereka.

Ada yang mula fikir mereka mula tua bila umur mereka dah mencecah 25 tahun. Ada yang mula fikir mereka mula tua bila umur mereka dah berkahwin.

Bercerita tentang kahwin, ada seorang kawan yang berkata sepupunya dah tak main futsal bersama-sama sebab dia dah berkahwin dan fikir yang futsal hanya untuk budak-budak universiti sahaja.

Macam tak masuk akal jugak bila kita fikirkan statement sepupu kawan aku tapi itu cara dia berfikir. Kita tak boleh salahkan dia. Seperti apa yang aku tulis, ada pelbagai cara yang menyebabkan kita rasa dah tua.

Bagi aku, kita sebenarnya bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan kita letak batasnya supaya tak nampak seperti orang tua tak sedar diri. Sebagai contoh, kalau kau pergi gig, kau tak payahlah nak bermoshing. Tengok gig rilek-rilek saja. Kekalkan aktiviti masa muda dengan membuat sedikit adjustment.

kalau kau rasa nak pakai baju orang muda, pakai. Tapi pastikan buat adjusment dengan umur kita. Tak salah pun. Aznil Haji Nawawi umur dah 47 tahun, tapi masih pakai baju orang muda dan nampak muda. Yang penting, kita pandai adjust benda-benda orang muda ni mengikut umur kita.

Tapi macam mana pun, aku tak kan sesekali bershuffle. Bukan sebab aku rasa dah tua nak bershuffle, tapi shuffle memang bukan taste aku. Shuffle bukan milikku, tapi milik Aril AF.

==========

Selepas balik, aku pun mengemas sikit bilik aku. Tengah aku mengemas, tiba-tiba aku terjumpa satu kotak. Dalam kotak tu, PS2 dan semua CD game yang dah lama aku tak sentuh.

Aku pun mengeluarkan PS2 dan lap segala habuk yang melekat. Lama jugak aku tak main PS2. Rasanya semenjak awal tahun, aku dah mula tak sentuh PS2 dan simpan dalam kotak.

Tiba-tiba aku rindu pulak nak main PS2 tersebut, lagi-lagi selepas aku berbual dengan Fauzi pasal PS2 & PS3 2-3 hari yang lepas.

Aku terus pasang PS2 pada TV. Buka TV dan terus hanyut di alam PS2.

"I never too old for this shit!"

P/S: Sebenarnya, kita akan jadi 'tua' bila kita fikir kita 'sudah tua', bukannya mengikut jumlah nombor umur kita. Tapi macam mana pun, kena jaga jugak perlakuan. Nanti kena cop orang tua tak sedar diri pulak. Apa yang penting, pastikan jangan lupa buat adjustment.

Kamis, 07 Oktober 2010

Aku dan Sukan Komanwel

Komanwel 1

Tengah aku mengadap Pasukan Hoki Malaysia diratah rakus dengan Pakistan 4-1, aku menerima satu SMS.

"Apasal performance Malaysia teruk sangat kali ni?"

"Teruk? Aku rasa macam ok je." Balas aku balik.

"Dah masuk hari ke-3 dah ni, Malaysia baru dapat 3 pingat emas, kau kata ok? Biasanya, masuk hari ke-3 dah dapat belas-belas pingat. Ni baru 3 je. Satu lagi, mana Thailand? Langsung tak menang apa-apa ke?"

Sambil tersenyum riang aku balas balik SMS kawan aku tu.

"Bodoh. Tu Sukan SEA la. Sukan SEA memang la Malaysia senang dapat pingat."

Lepas aku membalas SMS tadi, baru aku teringat aku tertinggal sesuatu.

"Satu lagi, Thailand masuk pulak Sukan Komanwel."

==========

Komanwel 2

Tengah aku mencari-cari acara sukan yang seronok untuk aku mengadap, aku dapat satu lagi SMS.

"Bro, kalau ada acara renang berirama sama gimnastik, bagitau aku."

Aku balas balik.

"Bro, lu ni sangap sangat ni."

Rabu, 06 Oktober 2010

Aku dan Ringtone

Kring! Kring!

Ringtone 1

Biasanya aku akan pilih lagu yang jarang orang guna untuk ringtone. Memandangkan aku peminat muzik rock, metal dan segala jenis muzik yang heavy, memang lagu-lagu jenis itu yang aku gunakan untuk dijadikan ringtone. Dan memang sah-sah orang jarang-jarang gunakan lagu metal untuk ringtone.

Tapi kadang-kadang, aku gunakan lagu-lagu 80'an yang mempunyai muzik yang agak unik pada permulaan lagu dan jarang-jarang orang gunakan. Contohnya macam sekarang ni, aku gunakan lagu Everybody Wants To Rule The World nyanyian kumpulan Tears For Fears.

Satu hari, tengah aku melepak dengan seorang kawan, tiba-tiba ada orang call aku. Maka bergemalah lagu Tears For Fears tersebut. 

Selepas habis berbual, kawan aku terus bertanya,

"Lagu apa tadi tu beb?"

"Everybody Wants To Rule The World. Tears For Fears." Jawab aku ringkas.

"Apsal tak pakai lagu Rock ke? Metal ke? Bukan ke kau biasa pakai lagu macam tu buat ringtone?" 

"Saje je. Tukar selera."

"Hekeleh! Apa kau ni? Tak Rock la. Hilang la semangat Rock. Apa kau ni? Dulu kata nak pakai lagu-lagu Metal je jadi ringtone." Kawan aku mula tak puas hati.

"Sekali sekala tukar. Asalkan bukan lagu Justin Bieber sama Justin Timberlake sudah."

"Ala... Tak kental la kau ni. Tengok macam aku. Sampai sekarang pakai ringtone lagu Metal."

Tiba-tiba hand phone kawan aku berbunyi. Aku tak perasan lagu apa yang dia pakai buat ringtone. Tapi aku tahu dia pakai lagu kumpulan In Flames.

"Kau tengok. Ini baru Metal sejati."

Kawan aku pun menjawab panggilan tersebut.

"Hai, sayang. I tengah lepak dengan Aam ni. You tengah buat apa? Dah makan. Ihik, ihik... You ni ada-ada je la. I tak tengok perempuan lain pun..."

Maka kawan aku pun terus berbual dengan awek-nya dengan nada manja dan merenyam.

Ringtone Metal, tapi dalam hati ada taman.

==========

Ringtone 2

Aku ada seorang kawan perempuan. Kita panggil dia Ila (dia ta bagi aku guna nama betul dia dalam blog ni). Ila suka meletakkan ringtone yang berlainan pada setiap ahli keluarga dan kawan-kawannya yang rapat. 

Bila terdengar ringtone lagu, dah tahu siapa yang call tanpa perlu melihat nama di skrin hand phone. Lagu dipilih berdasarkan personaliti atau ciri-ciri tertentu.

"Lagu ni, aku set kan untuk bapak aku." Ila medengarkan aku lagu Keindahan Pantai nyanyian arwah M. Shariff.

"Lagu ni pulak aku set kan untuk mak aku." Ila membuka lagu Fracissca Peter. Aku lupa lagu apa.

"Ni pulak lagu untuk adik aku." Ila membuka lagu We Made You, lagu Eminem.

"Ni pulak lagu untuk abang aku." Lagu American Idiot, Green Day.

Kemudian dia terbuka lagu Fuck You, nyanyian Lily Allen.

"Lagu tu kau set untuk siapa?" Tanya aku.

Sambil tersenyum, Ila menjawab, "Ex-boyfriend aku."

Walaupun maksud lagu tersebut lebih kepada bersifat politik, tapi rasanya sesuai juga kalau dihamburkan pada ex-boyfriend dia.

==========

Ringtone 3

Tengah aku menunggu teksi di perhentian teksi, datang 2 orang lelaki. Seorang tu lelaki yang boleh dikatakan average guy, seorang lagi berimejkan Mat Rock, berambut panjang, memakai T-Shirt Metallica dan seluar jeans koyak pada bahagian lutut.

Tengah rancak mereka berbual, tiba-tiba hand phone salah seorang dari mereka berbunyi. Lagu Korea. Rupanya hand phone si Mat Rock yang berbunyi.

Selepas selesai berbual, si average guy terus menegur si Mat Rock.

"Apahal kau pakai lagu Korea?"


"Awek aku susurh la."


"Pegh! Baju Metallica, ringtaone lagu Korea!"

Dan si average guy pun tanpa segan silu meneruskan usaha mengutuk si Mat Rock. Aku tumpang gelak dalam hati.

P/S: Kepada awek di luar sana, jangan paksa boyfriend anda gunakan ringtone yang mungkin bakal menjatuhkan maruahnya dikhalayak ramai.

==========

Ringtone 4

Kawan: Lagu apa kau buat ringtone tu?

Aku: Everybody Wants To Rule The World.

Kawan: Lagu apa tu? Tak pernah dengar pun.

Aku: 80's song.

Kawan: La... Pakai la lagu yang moden sikit. Lagu yang tengah top sekarang. Ikut peredaran zaman sikit.

Aku: Ok. Cuba kau suggest satu lagu.

Kawan: Pakai la lagu Justin Bieber. Kan dia tengah top.

Sebagai seorang anti pop murahan, aku menjawab dengan tegas:

Aku: Justin Bieber? Muka kau tu dah berapa lama tak kena ludah?