Kalau kamu semua peminat siri How I Met Your Mother, kamu mesti ada menonton episod Subway Wars, iaitu episod ke-4 dalam musim ke-6 siri tersebut.
Dalam episod tersebut, Robin Scherbatsky, seorang yang berwarganegara Kanada, mengaku yang dia kini sudah menjadi orang New York. Kawan-kawan Robin mengetawakan Robin dan berkata Robin perlu melakukan/mengalami 3 perkara untuk mendapat gelaran menjadi seorang New Yorker.
Perkara-perkara tersebut ialah (1) mencuri teksi dari seseorang yang amat memerlukan teksi ketika itu, (2) menangis di dalam kereta api bawah tanah dan tidak menghiraukan pandangan orang lain ketika itu dan (3) membunuh lipas dengan menggunakan tangan.
Itu adalah 3 perkara yang diperlukan untuk mendapat gelaran "Orang New York" (dalam cerita tersebutlah. Dalam realiti, aku tak pasti. Aku belum pernah ke New York).
Jadi, apa pula perkara yang perlu kita lakukan/alami untuk bergelar "Orang KL"? Berikut adalah senarai perkara yang ada perlu lakukan/alami untuk bergelar "Orang KL".
Tersangkut dalam kesesakan jalan raya
Atau dalam bahasa lebih mudah, traffic jam. KL sangat sinonim dengan traffic jam. Pergi kerja kena harung traffic jam. Balik kerja pun kena lagi. Hidup di Kota Raya KL memang begini.
Perlu bangun pagi dan bertolak dari rumah seawal pukul 6 pagi untuk mengelakkan traffic jam adalah perkara biasa di KL. Ya, walaupun waktu kerja bermula pukul 8:30 pagi, pukul 6 pagi sudah perlu keluar rumah. Gila bukan?
Kalau di Batu Pahat, masuk kerja pukul 8 pagi, pukul 7:45 pagi baru keluar rumah pun, tak de hal punya lah.
Bersesak dalam LRT dan Komuter
Selain dari pergi kerja menaiki kenderaan sendiri, kenderaan awam menjadi alternatif lain buat "Orang KL". Tapi jangan sangka menaiki LRT dan Komuter dalam mengelakkan kesesakan.
Peratusan untuk kamu bersesak dan berhimpit dalam LRT dan komuter ialah... 100%.
Bersesak dalam LRT tidaklah teruk sangat. Ini kerana LRT bergerak dengan laju dan air cond dalam LRT adalah sejuk.
Komuter? Bergerak dengan perlahan, selalu berhenti dan air cond yang sangat perlahan. rasanya angin kentut lebih kuat anginnya dari air cond dalam komuter.
Berbuka puasa di pejabat dan kereta
Ini adalah perkata biasa di Kuala Lumpur. Tempat kerja dan rumah sangat jauh. Kalau balik rumah juga, dengan terpaksa tersangkut dalam traffic jam dan perjalanan yang jauh, nescaya kamu perlu berbuka dalam kereta.
Kalau kamu sempat beli juadah berbuka, bolehlah juga berbuka dengan makanan yang sedap. Kalau tidak, nescaya kamu terpaksa berbuka dengan menelan air liur sendiri atau berbuka dengan korek hidung.
Tapi sebenarnya, korek hidung tak membatalkan puasa.
Atau sesiapa yang tidak selesa untuk makan di dalam kereta, samada yang sangat sensitif dalam menjaga kereta atau tidak pandai mahu bawak kereta dengan sebelah tangan pegang stereng dan sebelah tangan lagi pegang Popiah Basah SS Ali, maka berbuka di pejabat adalah alternatif terbaik.
Tapi kalau berbuka di pejabat, pukul berapa pula baru sampai rumah?
Aku belum pernah mengalami perkara ini. Tapi menurut abang aku, hari ini aku bakal berbuka di dalam kereta. Baik, aku akan tunggu dengan hati yang berdebar.
Mencari parking lebih dari setengah jam
Mencari parking adalah antara perkara paling mencabar yang perlu diharungi oleh "Orang KL". mencari parking adalah perkara yang sangat susah, sama susah seperti ingin mencari calon suami atau isteri yang baik pada zaman sekarang.
Biasanya, perkara ini bakal terjadi pada hujung minggu, terutamanya pada hujung minggu di pusat membeli belah yang sentiasa menjadi tumpuan orang.
Cuba cari parking di Sunway Pyramid pada hujung minggu, lagi-lagi selepas waktu tengahari. Confirm makan masa lebih dari setengah jam untuk mencari "lampu hijau" di ruang parking di sana.
Bercakap dalam bahasa campur-campur, Bahasa Malaysia - Bahasa Inggeris
Di Kuala Lumpur, bercakap dalam Bahasa Inggeris adalah satu kebiasaan. Jika kamu dudk di bandar kecik seperti di Batu Pahat, Muar atau mersing, dan kamu ajak kawan kamu berbual dalam Bahasa Inggeris, kamu akan di chop tak siuman, cuba berlagak sebab dalam A1 dalam English semasa SPM ataupun di chop sebagai pengkhianat bangsa oleh Ibrahim Ali.
Di Kuala Lumpur, ini adalah perkara biasa. "Orang KL" biasanya mesti tahu bertutur dalam Bahasa Inggeris. Lagi-lagi jika kamu bekerja di syarikat swasta.
Tapi ada alternatif lain. Kamu boleh bercakap ssecara bercampur-campur. Mencampur-adukan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Ini adalah untuk mengelakkan anda terpaksa berhenti lama untuk memikirkan ayat dalam Bahasa Inggeris jika kamu terlupa (atau tak tahu) beberapa perkataan ketika cuba bertutur dalah Bahasa Inggeris. Boss kamu pun tak berapa kisah kalau kamu mencampurkan bahasa asalkan dia boleh tahan.
Tapi kalau dapat boss yang berasal dari bangsa Caucasian (orang putih) yang sepatah haram tak tahu Bahasa Malaysia, nak buat macam mana?
==========
Ok. Cukup sampai di sini sahaja, sebab aku sudah malas nak taip panjang-panjang. Nanti kalau ada idea lagi, aku sambung dalam entri bahagian ke-2.
Jadi, akmu tinggal di Kuala Lumpur? Pernah kamu alami semua ini? Atau kamu ada lagi yang kamu rasa perlu ditambah? Sila kongsikan di ruangan komen.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar