Ramadhan datang lagi!!!
Macam aku tulis di entri yang lepas, rasanya macam baru 3 bulan lepas aku menempuh bulan Ramadhan tahun lepas. Pejam, celik, pejam, celik... Bulan Ramadhan datang lagi.
Tahun ini, aku bakal menyambut bulan Ramadhan bersama keluarga aku di Batu Pahat seperti tahun lepas. Aku bakal menjadi tukang masak rasmi untuk Ramadhan kali ini.
Ramadhan 2009, aku masih ingat lagi pada hari pertama berpuasa, ayah aku terjatuh dari motor. Seminggu sebelum puasa, motor ayah aku di langgar dari belakang dan ayah aku jatuh dari motor juga.
Nasib baik ada Yan ada. Malam tu selepas berbuka, Yan bawak aku dah ayah aku ke hospital untuk scan kalau ada kecederaan dalaman. Lama juga ayah aku dalam bilik x-ray. Aku dan Yan lepak di kafe sambil menonton perlawanan pembukaan EPL musim itu, Chelsea lawan Wigan.
Tahun ini juga, ritual harian aku setiap petang ialah menunggu ketibaan Yan untuk ke Bazaar Ramadhan Pesta. Bukan nak beli banyak sangat, cuma rasa seronok bila berjalan di bazaar. Beli 2-3 jenis kuih saja. Macam mana mahu memilih kedai jual kuih yang sedap? Kalau awek cun yang jual kuih tersebut, kedai itulah yang menjadi pilihan.
Ramadhan 2008, aku menyambut Ramadhan di rumah sewa baru di Taman Sri Pelangi di Segamat bersama-sama Yan, Hafiz, C-Sen dan Raman. Sepanjang aku tinggal di rumah itu, hanya sekali sahaja aku berbuka di rumah tersebut.
Selebihnya, aku dan Hafiz akan berbuka di rumah sewa ABC. Berbuka sambil menonton Sports Center. Selepas buka, layan PS2. Menu utama aku dan Hafiz sepanjang Ramadhan ialah murtabak. Dan Ramadhan tahun ini juga, buat pertama kalinya ABC mengaku yang aku lagi handsome dari dia. Hahahaha!!!!
Ramadhan 2006 dan 2007, aku menyambut Ramadhan di 32 Jementah bersama Cendol, Baox, Lula, Apeng, Pujam, Herman, dan Murang (tak semua watak muncul dalam kedua-dua sessi Ramadhan).
Dua kali berpuasa di 32 Jementah, bazaar selalu yang kami singgah ialah Bazaar UiTM dan Bazaar Sedih. Bazaar sedih dibuka seawal 12 tegahari, mempunyai 5-6 kedai sahaja tapi ada satu kedai kuih yang sedap.
Pujam juga mengenalkan aku dengan Murtabak Roti Jala. Murtabak tersebut bukan dibaluti dengan tepung, tapi roti jala. Tiap-tiap hari aku makan 2 keping. Biasanya, Yang Izhani yang ajak aku beli Murtabak Roti Jala sebab murtabak tersebut hanya di jual di Bazaar Bandar Segamat.
Sepanjang berada di 32 Jementah, aku dihidangkan dengan pelbagai cara untuk ponteng puasa oleh Bell. Bell ni kalau bab ponteng puasa memang dah tahap Legend... Wait for it.... Dary...
Ramadhan 2005, aku menyambut puasa di rumah sewa di Merlimau semasa aku belajar di Politeknik Merlimau. Aku berpuasa berpuasa bersama Yusra, Jimmy, Pejal dan Al-Hafiz. Bazaar Pekan Merlimau pun boleh tahan melantun, pukul 12 tengahari dah buka.
Kawan-kawan aku mula pelik dengan perangai aku yang tak makan nasi semasa berbuka. Hari-hari melantak murtabak (kawan-kawan di 32 Jementah pun turut sama pelik dengan aku).
Ada beberapa kali Yusra masak tomyam untuk berbuka. Biasanya sementara menunggu waktu berbuka, kami layan Teen Titans dan X-men di Cartoon Networks. Ada sekali abang aku datang semasa kami baru selepas berbuka, abang aku pun berbuka sekali bersama kami.
Ramadhan 2004, aku menyambut Ramadhan di Batu Pahat kerana aku sedang menjalani praktikal di Telekom Malaysia. Tiada apa yang menarik sangat kecuali ternampak eksekutif aku tak puasa.
Ramadhan 2003, aku menyambut Ramadhan di dalam asrama Politeknik. Macam-macam perangai budak-budak tak puasa. Beli nasi sorok dalam beg, makan Maggi sambil kunci bilik. Kalau ada yang datang ketuk bilik, memang tak kan bukak punya.
Pengalaman kurang menarik ketika aku berpuasa di dalam Politeknik, hampir setiap hari aku sahur makan Maggi.
Ramadhan 2001, aku menyambut puasa sambil menjawab soalan SPM. Agak terganggu juga fikiran akibat dari perut kosong. Pertama kali aku menjawab soalan dalam keadaan puasa sebelum aku merasai semula semasa aku di politeknik Merlimau dan UiTM Segamat.
Semasa SPM dijalankan, Yang di-Pertuan Agaong ketika itu, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hisamuddin Alam Shah Al-Haj telah mangkat pada 21 November 2001.
Ramadhan 1993, untuk pertama kali aku berjaya puasa penuh dalam usia 9 tahun. Agak lambat juga aku dapat puasa penuh berbanding kawan-kawan lain yang berjaya puasa penuh ketika darjah satu.
Begitulah serba sedikit kisah aku di bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar