Minggu, 30 Mei 2010

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Anda Sedang Menonton Filem Yang Teruk Di Panggung Wayang Part 2

Tanpa perlu menaip dengan lebih panjang, mempersembahkan bahagian kedua senarai tangkap muat yang aku buat kali ini.

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Anda Sedang Menonton Filem Yang Teruk Di Panggung Wayang Part 2

10. Tajuk Filem yang anda tonton bukannya "Phantom of The Opera", tetapi "Phantom of The Oprah."

9. Rupa heroin dalam cerita tersebut lebih menakutkan dari rupa hantu dalam filem tersebut.

8. Penjahat dalam filem tersebut bukan mati dibunuh oleh hero, tetapi mati kerana H1N1.

7. Sebelum filem ini ditayangkan, pengarah membuat satu statement sebegini: "Dah 3 tahun saya simpan skrip ni. Saya yakin filem ini akan meletup." (Cuba teka siapa yang membuat kenyataan ini dan filem apa yang dimaksudkan oleh pengarah tersebut)

6. Apabila ada babak ada tangan keluar dari kubur, tangan tersebut bukannya ingin menarik mangsa ke dalam kubur. Tetapi hanya ingin membuat "High Five".

5. Filem aksi yang anda tonton mempunyai lebih dari 12 babak yang menyebut perkataan seperti: "I love you", "saya cintakan awak", "kenapa awak tinggalkan saya?", "awak sayang kat saya tak?" dan sewaktu dengannya.

4. Filem tersebut menggunakan CGI effect yang menelan belanja sebanyak US$200 juta..... Tetapi filem tersebut ialah filem komedi.

3. Lanun cetak rompak pun tak mahu membuat CD cetak rompak untuk filem tersebut.

2. Pembunuh bersiri dalam filem yang anda tonton tidak lagi memakai topeng ini apabila membunuh:

Tetapi pembunuh itu kini memakai topeng seperti di bawah:

1. Filem yang anda tonton merupakan arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar