Minggu, 30 Mei 2010

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Anda Sedang Menonton Filem Yang Teruk Di Panggung Wayang Part 2

Tanpa perlu menaip dengan lebih panjang, mempersembahkan bahagian kedua senarai tangkap muat yang aku buat kali ini.

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Anda Sedang Menonton Filem Yang Teruk Di Panggung Wayang Part 2

10. Tajuk Filem yang anda tonton bukannya "Phantom of The Opera", tetapi "Phantom of The Oprah."

9. Rupa heroin dalam cerita tersebut lebih menakutkan dari rupa hantu dalam filem tersebut.

8. Penjahat dalam filem tersebut bukan mati dibunuh oleh hero, tetapi mati kerana H1N1.

7. Sebelum filem ini ditayangkan, pengarah membuat satu statement sebegini: "Dah 3 tahun saya simpan skrip ni. Saya yakin filem ini akan meletup." (Cuba teka siapa yang membuat kenyataan ini dan filem apa yang dimaksudkan oleh pengarah tersebut)

6. Apabila ada babak ada tangan keluar dari kubur, tangan tersebut bukannya ingin menarik mangsa ke dalam kubur. Tetapi hanya ingin membuat "High Five".

5. Filem aksi yang anda tonton mempunyai lebih dari 12 babak yang menyebut perkataan seperti: "I love you", "saya cintakan awak", "kenapa awak tinggalkan saya?", "awak sayang kat saya tak?" dan sewaktu dengannya.

4. Filem tersebut menggunakan CGI effect yang menelan belanja sebanyak US$200 juta..... Tetapi filem tersebut ialah filem komedi.

3. Lanun cetak rompak pun tak mahu membuat CD cetak rompak untuk filem tersebut.

2. Pembunuh bersiri dalam filem yang anda tonton tidak lagi memakai topeng ini apabila membunuh:

Tetapi pembunuh itu kini memakai topeng seperti di bawah:

1. Filem yang anda tonton merupakan arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen.

Kamis, 27 Mei 2010

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Anda Sedang Menonton Filem Yang Teruk Di Panggung Wayang Part 1

Kembali lagi ke segmen yang aku rip-off dari rancangan Late Show With David Letterman.

Susah juga mahu membina senarai ini. Walaupun sudah beberapakali aku membuat senarai ini, namun senarai yang aku buat belum dapat menandingan senarai yang David Letterman buat.

Aku tak tahu macam mana David Letterman mampu membuat senarai yang kelakar setiap kali, dan senarai aku memang tidak kelakar sama sekali. Nampaknya aku kena banyak berusaha lagi.

Baiklah, tajuk kali ini berkisarkan kepada Filem. Berikut merupakan tanda bahawa anda sedang menonton filem yang teruk.

Kadang-kadang, kita sudah boleh nampak tanda yang filem itu teruk sebelum kita menontonnya, tetapi kadang kala, tanda tersebut hanya muncul selepas kita tamat menonton filem tersebut.

Sila baca senarai di bawah. Jika anda pernah mengalami peristiwa seperti itu, berkemungkinan anda baru sahaja menonton filem yang teruk.

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Anda Sedang Menonton Filem Yang Teruk Di Panggung Wayang

10. Tajuk Filem yang anda tonton bukannya "Saving Private Ryan", tetapi "Saving Private Ryan Seacrest."

9. Anda sedang menonton filem seram tetapi anda dan penonton lain lebih banyak ketawa dari berasa takut.

8. Filem seram yang anda tonton banyak sangat babak Rita Rudaini menjerit tak tentu hala (Baca: Mistik).

7. Raksasa garang dalam filem yang anda tonton berjaya menangkap mangsanya tidak membunuh mangsanya tersebut, tetapi hanya menjilatnya dan kemudian melepaskan mangsanya.

6. Filem aksi yang anda tonton selama 2 jam setengah hanya ada satu babak pergaduhan dan ianya hanya muncul pada babak terakhir cerita dan hanya selama 2 minit sahaja.

5. Anda menonton filem romantik, dimana pelakon lelakinya lebih "cantik" dari pelakon perempuan.

4. Pembunuh bersiri dalam filem tersebut tidak menyebut "I know what you did last summer!" Tetapi menyebut "I know what you did last raya!"

3. Anda menonton sebuah filem yang bermotifkan Islamik tetapi pelakon utamanya ialah Awal Ashaari.

2. Pengganas dalam filem tersebut hanya meminta wang tebusan sejumlah RM 500 berserta The Store Membership Card.

1. Hero atau/dan heroin filem tersebut merupakan bekas peserta rancangan realiti nyanyian.

Sekian. Berjumpa lagi di bahagian kedua.

Selasa, 25 Mei 2010

Aku, mereka dan tabligh

Tengah aku lepak-lepak kat luar rumah sambil memerhatikan kucing, tiba-tiba aku ternampak sekumpulan manusia sedang berjalan-jalan. Mereka semuanya lelaki yang berpakaian jubah dan serban serta mempunyai janggut yang panjang. Mereka dipanggil tabligh.

Aku pun cepat-cepat lari masuk rumah. Tak senonoh betul perangai aku. Lari bila nampak tabligh. Perangai ini aku belajar semasa aku melanjutkan pelajaran di Politeknik Merlimau. Aku tak tahu macam mana kumpulan tabligh boleh dibenarkan masuk ke dalam Politeknik. Mungkin pak guard pun sudah diceramah "baik punya" oleh para tabligh tersebut.

Pada masa itu, ada 2 cara untuk mengelakkan diri dari diceramah oleh para tabligh tersebut. Yang pertama, kunci pintu bilik, tutup lampu dan kipas. Kemudian, bila para tabligh tersebut mengetuk pintu dan memberikan salam, buat diam saja. Jawab salam dalam hati. Tak jawab dosa pula. Selepas mengetuk pintu dan beri salam sebanyak 3 kali dan tidak berjawab, mereka akan pergi. Itu memang kelakuan rasmi untuk para tabligh.

Yang kedua, teknik ini biasanya digunakan oleh pelajar yang duduk di tingkat atas asrama. Apabila nampak kumpulan tabligh naik ke tingkat atas menggunakan tangga sebelah barat, maka mereka semua dengan pantas turun ke tingkat bawah menggunakan tangga di sebelah timur. Dan perkara ini berterusan selama 3 semester sebelum akhirnya kami semua duduk di rumah sewa.

Aku mula mengenali golongan tabligh semasa aku bersekolah menengah lagi. Masa tu, aku dan beberapa orang kawan telah diserbu oleh sekumpulan tabligh semasa aku dan rakan-rakan sedang lepak disebuah gerai di Tasik Y. Maka, termaktublah hari tersebut dalam sejarah hidup aku, aku diceramah oleh ahli tabligh untuk kali pertama dalam hidup aku.

Dan aku terus menerima beberapa sessi ceramah lagi apabila aku sekali lagi terserempak dengan ahli tabligh semasa aku sedang dating bersama Mei di Summit Parade (tapi sekejap sahaja) dan kemudian mereka datang ke rumah aku pula (yang ni lama). Bila sudah besar sikit, baru pandai main lari-lari dengan tabligh. Tapi pernah juga sekali-dua terkantoi.

Tak senonoh betul perangai. Orang nak bagi ceramah agama, aku boleh main lari-lari pula.

Tapi bila difikir-fikirkan, ada beberapa sebab kenapa aku dan kawan-kawan sekalian melarikan diri daripada para tabligh.


Cara Pemakaian Mereka

Kita tahu yang tabligh biasanya sinonim dengan jubah putih, sokong haji dan berserban. Tidak ketinggalan juga janggut sebagai mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Sekali imbas memang ternampak mereka memang dari golongan yang bijak pandai dalam hal agama.

Tetapi ada sesetangah dari mereka (bukan semua ya!) berpakaian kurang kemas. Jubah putih mereka tidak kelihatan putih. Tetapi nampak kelabu kerana tidak berbasuh ataupun tidak dibasuh dengan betul. Jubah yang berwarna putih tersebut kelihatan seperti berkerak.

Janggut mereka juga menjadi satu subjek utama. Bagi yang sudah senior dalam tabligh, biasanya janggut mereka sangatlah panjang. Seperti yang aku nyatakan tadi, janggut ialah salah satu Sunnah Nabi tetapi janggut itu mestilah kemas.

Ada sesetangah ahli tabligh yang mempunyai janggut yang tidak kemas. Nampak janggut mereka berselirat, panjang dan tidak terurus. Kadang-kadang, mereka tidak mengemaskan janggut mereka bila sesudah makan. Lebih teruk apabila ada nasi yang terlekat pada janggut mereka dan mereka tidak menyedari tentang nasi tersebut.

Aku pernah diceramah oleh seorang ahli tabligh yang mana aku ternampak beberapa biji nasi terlekat pada janggutnya Seriously, aku betul-betul terganggu apabila melihat nasi-nasi tersebut.

Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Kebersihan dari segi rohani dan jasmani. Ahli tabligh perlulah menjaga kebersihan diri mereka supaya orang yang kamu ingin ceramah mahu mendengarnya. Barulah orang lain respect dan mahu mendengar syarahan kamu itu.

Lagipun, apa pula pandangan orang bukan Islam apabila memandang ahli tabligh dalam keadaan tersebut. Pasti terdetik di hati mereka, "Oh, orang Islam yang kuat agama memang macam ni agaknya." Jadi, ahli tabligh kenalah menjaga imej sebagai seorang Islam di mata orang yang beragama lain.


Cara Pendekatan

Kadang-kadang cara pendekatan ahli tabligh kurang disenangi. Biasanya, jika target mereka ialah pelajar IPT, pada akhir ceramah mereka akan mengajak pelajar yang diceramah tersebut untuk menyertai program yang mereka anjurkan setiap hujung minggu.

Biasanya aktiviti tersebut akan melibatkan para jemputan tidur di masjid sepanjang hujung minggu. Aku tak pernah menyertai program tersebut. Tapi aku boleh agak mesti ada aktiviti mendengar ceramah, membuat kerja kebajikan, qiamullail dan lain-lain.

Ada sekali semasa hujung minggu, semasa aku sedang berada di Politeknik, aku didatangi oleh sekumpulah ahli tabligh. Roomate aku tiada, pergi dating agaknya. Aku terperuk di dalam bilik sebab pada hari Isnin, aku ada test dan assignment untuk di submit.

Kemudian, aku telah didatangi oleh sekumpulan ahli tabligh. Aku menjemput mereka masuk. Kebetulan otak pun dah tepu belajar, mungkin boleh unwind bila dengar ceramah mereka. Kata orang, masa tengah belajar elok dengar benda-benda yang baik.

Selepas hampir sejam aku mendengar syarahan mereka, mereka pun mengajak aku untuk menyertai program mereka untuk bermalam di sebuah masjid di Melaka.

Seperti yang aku nyatakan di atas, aku terpaksa menolak.

Tabligh: Jadi apa kata kalau adik ikut dan menyertai kami dalam program bla, bla, bla.. Tidur kat masjid, besok kami hantar adik balik.

Aku: Tak boleh la, bang. Isnin ni saya ada test dengan nak hantar assigment sekali.

Tabligh: Tak pe. Kalau kamu sertai program ni, banyak kebaikan yang kamu boleh dapat.

Aku: Tapi Isnin ni saya ada test dengan....

Tabligh: Itu semua dunia, dik. Akhirat tu keutamaan kita.

Aku terus terkedu dengan ayat brother tabligh ni.

"Itu semua dunia, dik. Akhirat tu keutamaan kita?"

Bukankah dalam Islam kita digalakkan menyeimbangkan antara dunia dan akhirat? Bukankah menuntut ilmu itu juga sesuatu yang dituntut dalam Islam. Bukankan menuntut ilmu itu juga salah satu dalam kategori Fisabilillah? Bagi aku, kenyataan tabligh tersebut memang aku tak boleh terima. Aku terkejut ayat tersebut boleh terkeluar dari seorang ahli tabligh yang mempunyai ilmu yang mendalam tentang Islam.

Dalam Islam ada menyatakan "beribadatlah kamu seperti kamu akan mati keesokkan hari dan bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup 1,000 tahun." Tabligh tersebut terus memujuk dan kemudian bertukar menjadi satu paksaan untuk aku mengikuti program tersebut. Aku terus menolak tawaran mereka dan meminta mereka keluar. Tak pasal-pasal mood aku pun terus tak menentu sepanjang hari.

Bagi aku, cara pendekatan tabligh ini kurang tepat. Jika seseorang itu tidak mahu menyertai program tersebut, janglah paksa. Dalam Islam, tiada paksaan. Kalau orang tersebut tidak mahu menyertai program tersebut, cuba datang pada msa lain pula. Mungkin setelah 3-4 kali diceramah, baru orang tersebut baru membuka hatinya untuk turut serta dalam program tersebut.

Para tabligh perlu sedar yang target mereka ialah para pelajar IPT. Pelajar IPT penuh dengan aktiviti, test, kuiz dan assignment. Mereka tidak boleh memaksa dengan paksaan sedemikian. Nasib baik tabligh tersebut approach aku yang ambik course marketing. Kalau dia terjah budak-budak architect yang 24 jam sibuk dengan lukisan plan dan buat model bangunan, nak dengar ceramah pun belum pasti lagi.


Isi Kandungan Ceramah

Kadangkala, isi kandungan ceramah ahli tabligh ini kurang menarik perhatian untuk didengar. Itulah sebabnya para pelajar IPT suka main kejar-kejar dengan ahli tabligh dari mendengar ceramah tersebut.

Tajuk-tajuk ceramah yang biasanya aku dengar ialah "Apa itu Rukun Islam?", "Apa hukum meninggalkan sembahyang", "Apa hukum meninggalkan puasa", "Benda-benda haram dimakan" dan lain-lain lagi.

Memang tidak dapat dibafikan yang tajuk ceramah diatas memang berguna sebab tidak semua umat Islam faham tentang perkara-perkara di atas. Tetapi mereka perlu ingat, target mereka ialah pelajar IPT, bukannya pak cik-pak cik yang datang ke surau. Jadi mereka patut memilih tajuk yang lebih terbuka, menarik dan isu semasa dapat perhatian pelajar-pelajar tersebut.

Contohnya, tajuk mengenai Perbankan Islam. Dulu, pernah terdengar kisah pusat bank di negara Arab tidak mengiktiraf sistem Perbankan Islam Malaysia. Jadi ia boleh menjadi satu topik buat para tabligh bercerita kepada para pelajar tersebut. Sudah pasti pelajar dari course banking, finance dan Islamic Banking berminat untuk mendengarnya. Mungkin topik tersebut boleh dijadikan tajuk assignment mereka nanti.

Tajuk mengenai Hukum Jenayat Islam juga adalah sesuatu yang menarik. Memandangkan di Malaysia tidak menggunakan Hukum Jenayat, mungkin para pelajar ingin mengetahui apa itu Hudud, Qisas, Diyat dan Takzir.

Piagam Madinah juga boleh dijadikan satu tajuk yang menarik. Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia dan ia menjadi asas bagi pembentukan sesebuah negara yang berbilang kaum. Memandangkan kempen 1Malaysia sedang luas dipromosikan (walaupun kempen tersebut memang jauh panggang dari api dengan Piagam Madinah), aku yakin Piagam Madinah amat berkait rapat dengan kempen tersebut.

Tak semua ahli tabligh berperangai seperti yang aku nyatakan di atas. Tapi bagi yang berperangai seperti apa yang aku tulis di atas, aku harap mereka mengubah perangai tersebut. Maaflah jika ada tabligh yang terbaca dan terasa hati. Just my 2 cents.

Kamis, 20 Mei 2010

Kenapa Akademi Fantasia semakin annoying dan harus diberhentikan

Entri ini ialah cross blogging daripada entri blog Faerrin.

Menulis tentang Akademi Fantasia ketika ia bakal melabuhkan tirai esok. Ironi bukan?

Sabtu ini, rancangan realiti terbaik Malaysia (ye ke?) Akademi Fantasia musim ke-8 bakal melabuhkan tirainya dan bakal menobatkan juara baru dan bakal menghiasi muka-muka majalah gosip murahan termasuk bakal berpossing di dalam kolam renang dengan tidak berbaju (jika lelaki).

Adakah aku excited menunggu sabtu ini? Ya, kerana pada pukul 2:30 pagi (dah masuk hari Ahad) perlawanan akhir UEFA Champions League antara Bayern Munich menentang Inter Milan. Itu yang aku nantikan, bukannya Konsert Akhir Akademi Fantasia (AF).

Bagi aku AF semakin lama semakin hilang auranya. Semakin lama semakin membosankan. Semakin lama peserta yang masuk juga semakin kurang berkualiti.

"Ah.. kau ni, tak tengok AF. Lepas tu kau nak kutuk-kutuk pulak. Dasar pembenci AF. Asyik tau nak kutuk je."

Silap di situ. Aku juga ada menonton AF . Aku ada juga menonton AF untuk 3 musim pertama tetapi tidaklah menontonnya tiap-tiap minggu. Sudah semestinya keutamaan harus diberikan kepada EPL (makan bola, minum bola). Semasa EPL tiada siaran langsung pada pukul 8:30, memang TV rumah aku bakal membuka konsert AF. So, aku layan saja.

"Kenapa kau layan konsert AF tu?"

Kata orang, kita tidak boleh mengkritik atau mengutuk sesuka hati jika kita tidak menonton. Tidak adil jika kita mengadili sesuatu benda tanpa melihatnya. Ya. Memang tidak cool apabila seseorang yang meminati muzik metal dan mengikuti peredaran muzik Underground menonton Akademi Fantasia. Tetapi tidak adil dan gentleman pula jika aku menghakimi rancangan tersebut tanpa menontonnya.

Lagipun, sebelum aku menonton AF, aku sudah pun menonton 3 musim pertama rancangan realiti yang berfenomena dari Amerika, American Idol (AI). Johan untuk 3 musim pertama, Kelly Clarkson, Ruben Studdard dan Fantasia Barrino, mempunyai tahap kualiti yang mantap untuk dinobatkan sebagai juara.

Aku follow sampai AF3, lepas tu aku rasa rancangan ini dah mula jahanam. Musim-musim yang seterusnya, aku tengok sekali sekala sahaja. Macam aku terangkan kat atas tadi.


Kualiti Pertandingan dan Kualiti Peserta

Format AI tidak jauh berbeza dengan AF, setiap pelajar perlu menyanyi di atas pentas untuk memungut undian dari para penonton melalui SMS. Pelajar AF akan mendapat lagu hasil pilihan pihak pengajar manakala peserta AI akan menyanyi lagu pilihan sendiri mengikut kategori yang ditetapkan pihak penganjur (minggu rock, minggu Michael Jackson dan lain-lain).

Bezanya, pelajar AF akan menyanyi mengikut lagu, rentak dan muzik yang diberikan. Tempo dan muzik lagu hanya diubah sikit-sikit (kalau suara peserta tak sampai key yang tinggi, ia turut diubah supaya peserta boleh menyanyi lagu tersebut). Sekali tengok, AF tidak ubah seperti nyanyian karaoke.

Peserta AI pula berbeza. Peserta yang masuk dalam AI kebanyakannya tahu bermain alat muzik dan tahu membaca not muzik. Mereka akan menukar tempo dan muzik mengikut genre yang mereka minati. Kalau peserta tersebut memang berminat dengan muzik Jazz, maka diubahnya lagu tersebut dalam rentak Jazz tapi masih sedap didengar (bukannya macam ada satu peserta AF8 yang menyanyi lagu Hanya Di Radio dalam rentak dangdut. Memang gampang bunyinya. Suara dah la tak sedap).

Peserta AI perlu menyusun muzik baru bersama pemuzik iringan. Dengan kata lain, tugasan mereka bukan sekadar menyanyi, tetapi juga menyusun muzik sendiri dan menaikkan kemahiran mereka dalam menulis lagu sendiri dan mewujudkan identiti tersendiri buat peserta tersebut.

Apabila tamat pertandingan, peserta AI yang berpeluang menjadi artis rakaman akan merakamkan album mereka sendiri dan menulis lagu sendiri (walaupun bukan semua). Mereka menjadi artis yang lebih independent dan berkualiti. Lihat Carrie Underwood (my favorite) dan Kelly Clarkson. Mereka menjadi peserta AI yang paling sukses dengan memenangi banyak anugerah muzik di Amerika dan eropah terutamanya Grammy Awards.

Bagaimana pula dengan pelajar AF?

Mereka akan merakamkan album dengan lagu yang diberikan oleh pihak Astro. Hanya segelintir sahaja lagu tersebut yang berkualiti dan yang lain-lain hanyalah lagu tangkap muat dengan kualiti yang hancur sama seperti lagu Cari Jodoh yang gampang nyanyian Wali Band.

Pelajar AF diberikan lagu dengan genre yang jauh lari dari genre kegemaran mereka hingga menyebabkan mereka hilang peminat mereka. Lagu mereka hanya popular dicorong radio dalam tempoh 5-6 bulan sebelum dilupakan oleh pendengar.

Bagaimana pula dengan anugerah? Pelajar AF hanya mampu memenangi Anugerah Artis Baru Terbaik sahaja. Untuk anugerah-anugerah lain dimana mereka terpaksa bertanding dengan peserta senior, mereka pasti akan tertewas ditangan Dato Siti Nurhaliza dan artis-artis Indie. Mungkin kalau ada Anugerah Artis Popular Melalui SMS, mereka mungkin boleh menang.

Beauty with talent: Carrie Underwood

Populariti Peserta

Ok. Cukup-cukup aku bandingkan Pelajar AF dengan Peserta AI. Nanti kamu kata aku ni berkiblatkan barat, Ejen Rahsia Amerika, tali barut George W. Bush, tak support Orang Melayu ataupun ahli Freemason pula.

Kita dapat lihat populariti pelajar AF biasanya tidak kekal lama walaupun dinobatkan sebagai juara program tersebut.

Mawi, johan AF yang paling dahsyat sekali aura popularitinya, sekarang pun sudah lenyap auranya. Johan yang paling berfenomena ini kini di 'booo' peminat dan dia sendiri sudah mengakui yang popularitinya mula merudum.

Mana hilangnya Vince dan Zahid? Faizal pula lebih hebat. Selepas menjadi juara AF, dia hilang begitu sahaja sebelum muncul kembali dengan berita bahawa dia kini sudah berkahwin tanpa pengetahuan keluarganya. Boleh dikatakan kategori simpan dalam peti sejuk.

Mila pula kini membintangi satu drama muzikal dengan skrip yang maha sampah, Kau dan Aku, dengan adanya babak tak masuk akal seperti mewujudkan pertandingan Futsal Muzikal.

Hafiz, johan AF tahun lepas hilang entah kemana. Balik-balik muka budak yang dapat tempat kedua dan ketiga sahaja yang selalu keluar dikaca televisyen.

Setakat ini, hanya Stacy sahaja yang berjaya bertahan. Mungkin kerana kelebihannya yang menari bagaikan manusia tidak berjantung membuatkan popularitinya bertahan lebih lama (seriously, macam mana Stacy boleh menyanyi sambil menari tanpa henti?)

Namun, kesalahan ini juga patut diletakkan dibahu Astro sendiri. Setiap peserta perlu menandatangani perjanjian dan akan terikat bersama Astro selama 3 tahun dimana Astro akan menentukan apa lagu dan genre yang akan dinyanyikan oleh pelajar (walaupun tidak bersesuaian dengan pelajar tersebut) sehingga menjahanamkan pelajar tersebut.

Seriously, dapatkah Astro mengawal lebih sedozen pelajar dan akan bertambah setiap tahun? Mampukah Astro menyusun jadual persembahan pelajar-pelajar tersebut? Akibatnya, ada pelajar yang terabai.

AF disiarkan setiap tahun. Setiap tahun, belasan peserta baru dipertengahkan untuk menjadi artis secara segera. Walaupun disingkirkan pada konsert minggu pertama, mereka tetap digelar artis. Senang bukan mahu bergelar artis sekarang ini?

Oleh kerana AF bersiaran setiap tahun, ia telah menjadi satu acara bermusim. Begitu juga nasib pelajar-pelajar AF. Populariti mereka juga bermusim.

Tahun ini, mereka akan dipuja oleh para peminat mereka. Kemana sahaja mereka pergi, mereka pasti akan dikejar oleh para peminat yang menginginkan tandatangan mereka. Kemana sahaja, mereka akan menjadi sasaran lensa kamera dan wartawan gosip terkenal, jubor. Eh, silap. Zubir.

Tapi ianya kekal setahun sahaja. Tahun hadapan, peminat mula memuja pelajar AF musim baru pula. Tiada lagi sorakan dari para peminat. tiada lagi spotlight untuk mereka. Tiada lagi kamera yang mengejar mereka. Zubir juga sudah pergi menjuborkan diri kepada pelajar AF musim baru.

Maka, sunyi sepilah pelajar AF ini. Hanya gosip putus tunang, kahwin sorok-sorok, skandal cinta atau ditangkap kerana menghisap dadah sahaja yang akan menaikkan populariti mereka. Itupun hanya sementara.

Setiap tahun, lebih setengah dozen pelajar diserapkan AF. Adalah mustahil jika mereka semua boleh mengecap ombak populariti dengan sama rata. Ada juga aku baca tentang pelajar yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang terpaksa pulang ke Pulau Borneo kerana gagal cari makan di sini.

Pada kamu di luar sana, jika kamu ingin menyertai Kem AF tahun hadapan kerana ingin hidup senang dan mengecap populariti dengan segera, fikir-fikirkanlah. Apabila kita dengan segeranya menjadi artis, maka dengan segeranya juga kita boleh jatuh.


Motif Diari AF?

Diari AF adalah rancangan dimana ia menyiarkan aktiviti harian pelajar dari semasa mereka mempelajari teknik vokal, kelas tarian, kelas drama dan lain-lain kelas lagi.

Kadang-kadang, ia juga akan menyiarkan aksi-aksi pelajar menghabiskan masa seperti aktiviti makan-makan, berbual sesama sendiri, berbual dengan tenaga pengajar, berbual dengan kamera (musim ini, ada yang berbual dengan motor pula), bergomol-gomolan, pelajar yang tergedik-gedik, suka menggatal, cuba tunjuk bagus dan lain-lain.

Kalau kamu bernasib baik, kamu dapat menonton aksi pelajar kutuk-mengutuk antara sesama pelajar. Biasanya, pelajar yang tidak mendapat undian yang tinggi akan mengutuk pelajar yang menjadi fan favorite. Di sini, sikap buruk orang Melayu seperti mengata belakang, mengumpat, memburuk-burukan orang lain dan menikam belakang member akan terdedah untuk tontonan umum.

Sikap -sikap buruk pelajar ini akan menjadi modal untuk peminat pelajar lain mengutuk mereka di Saluran 109, iaitu saluran untuk ber-chatting secara SMS. Penuhlah saluran tersebut dengan ayat maki hamun budak-budak yang berchatting.

"Meluat tengok si Joyah tu. Suara dah la tak sedap, tambah lak perangai buruk."

"Muka dah la buruk, suara tak sedap. Macam mana Samsiah tu boleh masuk AF."

"Kasi keluar budak Melah tu. Benci betul tengok dia tergedik-gedik dengan Osman tu. Aku ni dah la minat si Osman. AFUNDI Osman!!!!"

Penonton yang hanya dapat menilai mereka melalui kaca televisyen selama 30 minit terus mengutuk pelajar-pelajar tersebut tanpa tapisan. Apalah perasaan mak bapak peserta yang membaca ayat-ayat tersebut.

Nak buat macam mana mak cik oi, dah anak mak cik yang pilih nak masuk AF. Terima aje lah ye.

Kemudian datang pula penjaga pelajar-pelajar tersebut yang cuba melaga-lagakan para pelajar. Mereka akan cuba melagakan pelajar lelaki dengan perempuan.

"Osman, saya tengok Si Joyah tu macam ada felling dengan awak je?"

"Fatimah, saya tengok awak ni macam ada apa-apa je dengan Sazali. Cerita kat saya sikit."

Pelajar-pelajar tersebut pun akan membuat penjelasan. Kalau pelajar tu jenis rileks-rileks, dia akan menafikan. Tapi kalau dapat pelajar yang gedik nak mampus, memang segera akan mengiakan kenyataan tersebut.

Maka, para tenaga pengajar akan menggunakan fakta berikut untuk menyakat para pelajar. Begitu juga dengan pengacara Diari Fantasia. Mereka akan dilagakan yang kononnya mereka bercinta di dalam akademi. Menimbulkan gosip hangat di kalangan peminat. Mungkin akan menaikkan lagi jumlah undian para peserta.

Kepada peminat yang tidak puas hati apabila pelajar kesayangan mereka dipadankan dengan peserta yang dibenci, maka maki-hamun dan caci-mencaci akan menjadi subjek utama dalam Saluran 109 seperti di atas.

Belum keluar dari AF, pelajar-pelajar ini telah diajar untuk hidup dalam gossip murahan. Patutlah kebanyakan pelajar AF akhirnya banyak menjdai artis majalah.

Tapi bagus juga pada mereka, mungkin mereka dapat belajar bagaimana mereka perlu hadapi apabila berdepan wartawan hiburan seperti jubor.. Eerr.. Zubir dan apabila diterjah oleh Nenas Ahmad.

Mungkin selepas ini, Diari AF boleh menetapkan pula kelas untuk cara pose di tepi kolam renang. Banyak bagi manfaat bila mahu berpossing di Majalah Mangga nanti.


Astro Yang Tamak Haloba!

Memang tidak dinafikan, Astro cuba sedaya-upaya untuk rip-off duit dari poket-poket peminat AF yang fanatik.

Setiap minggu, peminat akan ber-SMS berhabis-habisan untuk menyelamatkan pelajar kegemaran mereka daripada tersingkir. Berapa banyak keuntungan yang Astro dapat dari situ.

Sebuah akhbar tempatan (bukan Harakah yang pasti) pernah mengeluarkan statistik bahawa AF merupakan rancangan realiti yang berjaya mendapat keuntungan paling tinggi melalui SMS peminat berbanding rancangan realiti yang lain.

Untuk mengosongkan lagi poket peminat AF, Astro memperkenalkan AFMASUK, dimana peminat boleh mengundi kembali pelajar yang telah tersingkir untuk bertanding kembali di peringkat akhir.

Cilaka! Kalau dah suara tu sumbang, no talent, menari macam kayu, memanglah terkeluar awal. Jadi, apa relevannya memasukkan mereka yang tidak berbakat ini pada peringkat final? Nampak sangat yang pihak Astro ingin mengambil kesempatan daripada para peminat yang kecewa kerana pelajar kegemaran mereka yang bersuara sumbang tidak dapat melangkah jauh.

Tidak cukup dengan itu, Astro juga mengeksplotasikan pelajar AF dengan membuat album gambar yang boleh didownload dengan harga yang mahal melalui telefon bimbit dan mendapatkan gosip terbaru melalui telefon bimbit.

Cukup-cukuplah kau menjahanamkan poket orang di luar sana, Astro. Sudahlah servis Astro macam celaka. Hujan sikit, habis hilang siaran. Hampeh! Baik kau gunakan duit tersebut untuk improvekan servis kau tu.


Obsessi pelajar/peminat AF

AF sedikit sebanyak mempengaruhi anak muda (baca: anak Melayu) di Malaysia. Samada yang ingin menyertainya sehinggalah yang menjadi peminatnya.

Kita dapat lihat berduyun-duyun anak muda Melayu yang belajar setakat SPM sahaja ataupun yang belajar sehingga ke IPTA/S beratur dan menyertai program ini.

Tujuan utama mereka ialah ingin menjadi artis dan bergelumang dalam dunia glamour. Mungkin bagi mereka, mereka berfikiran mereka akan cepat kaya jika menyertai bidang penuh glamour.

Well, your wrong kid. This is not Hollywood. This is not America. Even in Hollywood, celebrity get crash and burn and died as a poor man.

Jangan fikirkan ia jalan pintas untuk kaya dan berjaya. Di Malaysia, populariti tidak kekal lama semenjak kewujudan AF. Ingat tak Mas AF2 yang seolah-olah sakit jiwa dan cuba menyerang orang ramai kerana tiada duit? Jadikan dia sebagai tauladan.

Kalau kau ingin menyanyi kerana singing is your passion, tubuhkan band ataupun nyanyi secara solo dan mulakan dari bawah. Seperti Yuna contohnya. Masuk AF hanya akan memberikan kamu populariti sekitar 3-4 tahun (jika kamu juara) dan hanya setahun jika kamu terkeluar sebelum konsert final.

Tapi aku lebih kasihankan para peminat pelajar AF. Mereka berhabisan duit mengundi pelajar kegemaran mereka dan akhirnya, apa yang mereka dapat?

American Idol hanya membuka talian undian dalam masa 2 jam sahaja sesudah tamat persembahan peserta mereka. AF pula membuka talian tersebut 24 jam kerana mereka cuba mengaut keuntungan semaksimum yang mungkin dan para pengundi yang tertipu menghabiskan duit untuk memastikan pelajar kegemaran mereka menang pertandingan tersebut.

Apa yang lebih menyedihkan apabila aku melihat para peminat pelajar-pelajar AF ini bergaduh di saluran 109 iaitu saluran untuk ber-chatting secara SMS. Si Milah mengutuk pelajar A, Si Johan membela pelajar A dan mengutuk Pelajar B pula. Datang Si Joyah mempertahankan Pelajar B. Manakala moderator saluran tersebut mengapi-apikan para chatters untuk terus membuang duit dan memburukkan peserta lain.

Adik-adik ku, simpanlah duit tersebut. Mak bapak kamu bagi duit tu untuk belanja sekolah, bukannya menghabiskan untuk mengutuk pelajar. Kasihanilah mak dan ayah kamu itu. Malaysia bukan macam Amerika. Tahap GDP Malaysia jauh lebih rendah berbanding Amerika. Sudahlah harga barang sering naik selepas pilihan raya. Simpan sikit duit adik-adik tu.

Aku harap selepas ini, Astro menamatkan siaran AF ini. Cukup-cukuplah 8 musim yang ada. Mungkin Astro boleh mempertengahkan rancangan realiti yang baru untuk diketengahkan.

Contohnya, mungkin Astro boleh membuat satu rancangan realiti seperti The Scholar, di mana pelajar-pelajar cemerlang dikumpulkan dan bersaingan untuk mendapatkan biasiswa melanjutkan pelajaran ke IPT.

Tapi kalau Astro buat Beauty and The Geek, aku mahu masuk!!!!! Hahahhaa!!!!

Tapi macam mana pun, Mentor jauh lebih sampah dari AF. Lagi-lagi semenjak kehadiran Mas Idayu. Annoying.

P/S: Aku bersyukur kawan aku yang cuba menyertai Mentor tidak layak dan kini bermula dari bawah dengan menubuhkan band beliau sendiri. Tahniah Bro! Mula dari bawah. tak payah kejar fame tu.

Selasa, 18 Mei 2010

Dulu kita kata Indonesia sudah teruk. Sekarang, bagaimana pula dengan Malaysia?

Tahun lepas, Dr, Siti Musdah dari Indonesia dipilih sebagai pemenang Anugerah Women Of The Year 2009 pada Il Premio Internazionale La Donna Dell `Anno (International Prize for the Woman of the Year) 2009 di Saint-Vincent, Italia.

Beliau telah menghalalkan hubungan homoseksual. Menghalalkan Gay dan Lesbian di dalam kalangan Islam di Indonesia.

Dr. Siti Musdah merupakan seorang kaunselor dan penulis keagamaan yang terkenal di Indonesia. Beliau juga merupakan Ketua Lembaga Agama dan Gender serta pernah menjadi Ahli Peneliti Utama Syarahan Keagamaan, Badan Penelitian dan Pengembangan Agama, Indonesia.

Bagi Dr. Siti Musdah, beliau menghalalkan hubungan homoseksual kerana menganggap kehidupan seks seseorang manusia adalah bersifat peribadi dan manusia layak memilih cara hidup samada mahu menjadi straight ataupun homo.

Selepas membaca berita ini, ramai orang Malaysia semakin mengutuk Indonesia. Mengutuk yang Islam di Indonesia kini hanya tinggal nama. Bukan lagi Islam sebenar yang pernah diajar dan disebarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Di Indonesia, Komuniti Islam telah terdiri dari 2 orientasi iaitu "Pendokong Permodenan" di mana mereka mengikut ajaran Islam melalui kitab-kitab agama dan merangkumkan ia dengan pengetahuan dan konsep-konsep moden dan "Tradisionalis" dimana mereka merupakan pengikut cendekiawan agama yang menguruskan diri di sekolah-sekolah berasrama Islam.

Ada yang mengatakan, golongan Pendokong Permodenan telah membawa fahaman baru yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Dr. Siti Musdah juga dikatakan sebagai salah seorang Pendokong permodenan.

Sebelum timbul kes menghalalkan Gay dan lesbian, dahulu kita pernah menempelak Indonesia kerana menghalalkan perkahwinan antara seorang penganut Islam dengan bukan Islam dimana pengantin yang bukan Islam tidak perlu menukar agama walaupun berkahwin dengan penganut Islam.

Selain itu, konsep mengharamkan poligami, meletakkan tempoh iddah kepada suami dan juga memberikan kuasa talak kepada isteri juga telah diketengahkan.

Kita selalu bandingkan Islam di Malaysia dan Indonesia dan kita menganggap Islam di Malaysia ialah Islam yang lebih kuat dan sejati berbanding Indonesia.

Benarkah?

Datuk Seri Shahrizat Bte Abdul Jalil pada suatu masa dahulu juga pernah menjalankan kempen untuk memansuhkan poligami dan memperkenalkan konsep monogami. Sama seperti apa yang dibuat oleh golongan Pendokong Permodenan di Indonesia.

Perkara ini menjadi bahan perdebatan buat seketika tetapi selepas beberapa ketika, ianya senyap begitu sahaja.

Aku tahu golongan wanita mana yang mahu berkongsi kasih sayang suaminya bersama perempuan lain tetapi ianya hukum Allah dan pasti ada sebab tersirat tentang hukum tersebut.

Sebenarnya, wanita dalam Malaysia tidak ambil tahu tentang syarat-syarat poligami secara mendalam. Kalau mereka tahu, pasti mereka tidak kisah untuk berpoligami dan lelaki pasti takut untuk berpoligami. Rajin-rajinlah tanya ustaz dan ustazah kamu ya?

Dan sekarang, timbul satu lagi isu yang hangat diperkatakan. Judi akan dihalalkan semasa Piala Dunia 2010. Lesen pertaruhan sempena Piala Dunia bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Nah, hebat bukan? Mula-mula haramkan poligami, sekarang halalkan pula judi.

"Jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini." Kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussien yang memberi penerangan sebab utama mereka menghalalkan judi (baca sini).

Baguslah juga cadangan tersebut. Keuntungan tersebut bukan sahaja dinikmati oleh pihak atasan, tetapi rezeki 'duit judi yang halal' tersebut juga perlu dikongsi bersama oleh rakyat beragama Islam yang lain.

Para-para ahli agama membuat kenyataan membangkang keputusan tersebut namun pun begitu, amat sukar untuk melihat kenyataan mereka dipaparkan di dada-dada akhbar. Semuanya telah ditapis dan hanya boleh dibaca di website sahaja.

Aku ada terbaca dalam Berita Harian yang pertaruhan kali ini adalah untuk kebaikan orang Melayu. Katanya, Melayu akan mundur tanpa judi. Jika judi dibenarkan kepada Melayu, Melayu akan semakin maju.

Kini Islam di Malaysia juga bagaikan telah terbahagi kepada 2 orientasi. 'Pendukung Permodenan' yang di tunjangi oleh orang-orang atasan dan para ahli agama menjadi 'Tradisionalis'.

Lama kelamaan, mungkin Malaysia juga akan menerima nasib yang sama seperti Indonesia. Kalau dahulu, pihak atasan sering kali menyatakan yang Malaysia adalah Negara Islam, tetapi sekarang Malaysia kini lebih mendekati ciri-ciri Negara Sekular.

Jadi, jangan terkejut jika satu hari nanti Malaysia bakal menghalalkan rumah pelacuran, seks luar nikah dan lain-lain benda lagi. Setiap suatu benda apa permulaannya dan permulaanya kini sudah nyata.

Jadi, apa bezanya Malaysia dengan Indonesia sekarang? Adakah Islam kita lebih sejati daripada mereka? Adakah kita mengikut Piagam Madinah dalam membina satu negara Islam?

Jangan lupa melawat untuk versi yang lebih pendek Lepas Laku.

Senin, 10 Mei 2010

Astro, macam-macam tak de!!!


Setelah melanggan Astro semenjak tahun 2002, aku rasa perkhidmatan Astro semakin lama semakin menghampakan.

Kekecewaan yang paling ketara ialah pada saluran Astro Ria (104) kerana kebanyakan rancangan yang disiarkan ialah rancangan ulangan semata-mata.

Rancangan yang ditayangankan pada waktu prima (prime time) biasanya ialah rancangan ulangan atau rancangan yang tidak menarik.

Jika kita lihat senarai rancangan di saluran televisyen di Amerika, mereka sering menayangkan rancangan drama yang bermutu dan menarik untuk tatapan penonton pada slot prime time.

Drana seperti Heroes, House, C.S.I. franchise, Glee, Lost, Desperate Housewives, Grey's Anatomy, Lost, Chuck, Supernatural, dan lain-lain lagi menjadi hidangan saluran televisyen di Amerika.

Rancangan tersebut akan silih berganti. Habis Heroes, diganti dengan Trauma. Habis Trauma, digantikan dengan Chuck. Stesen televisyen mereka sentiasa menayangkan rancangan drama baru (kecuali Musim Panas kerana rakyat Amerika agak jarang menonton televisyen ketika ini). Malahan, rancangan mereka agak menarik sehingga kita yang tinggal di Malaysia juga meminati drama mereka.

Slot prime time pada setiap negara adalah berlainan. Waktu prime time di Amerika bermula 8:00 malam sehingga 11:00 malam. Manakala slot prime time Malaysia bermula 8:00 malam sehingga 12:00 tengah malam. Tetapi mengikut kajian, rating di penonton di Malaysia mula bertambah bermula pukul 6:00 petang.

Mari lihat apa yang Astro tayangkan pada slot prime time:

Isnin (10 Mei 2010)

6:00 pm: Cerita Artis Malaysia (Norman Hakim)
7:00 pm: Impian Anggun
7:30 pm: Diari Akademi Fantasia
8:00 pm: Kamelia Katerina Episod 2.(Ulangan. Cerita ini sudah tamat sebulan yang lepas)
9:00 pm: Diari Akademi Fantasia (ulangan. Sama seperti versi pukul 7:30 pm)
9:30 pm: Tiger Futbol Starz
10:00 pm: K.I.T.A
11:00 pm: Cerita Artis Malaysia (Norman Hakim)
12:00 am: Diari Akademi Fantasia (ulangan. Sama seperti versi pukul 7:30 pm)

Sepanjang slot prime time di Astro Ria, mereka menyiarkan 2 buah drama, Kamelia Katerina (KK) dan K.I.T.A., dimana KK merupakan cerita ulangan yang sudah pun taman bulan lepas.

Diari Akademi Fantasi yang annoying pula diulang sebanyak 3 kali. Slot cerita Artis Malaysia pada pukul 11 ialah ulangan dari siaran pukul 6 petang dan diulang pada hari esoknya (selasa) pada slot pukul 10:00 malam untuk kesekelian kalinya.

Satu lagi yang aku perasan, apabila musim Akademi Fantasia bermula, maka Astro Ria akan semakin galak mengulang konsert mingguan AF hampir setiap hari. Tidak. Memang setiap hari pun.

Konsert yang dianjurkan pada hari Sabtu itu akan diulang setiap pagi dan petang, malahan kadang-kadang malam (pada slot prime time) pun merek siarkan Konsert AF ini.

Seriously, cukup-cukup la ulang konsert budak-budak AF ni. Kalau suara betul-betul mantap boleh juga diterima, ada pula suara peserta yang mendak semacam. Dan kadang-kadang buat aku terfikir, "macam mana budak ni boleh masuk AF?"

Astro juga kini mewujudkan slot 30 minit (kadang-kadang satu jam) yang dipanggil Tayangan Video Musik Terkini. Mereka akan meletakkan kompilasi video klip budak-budak AF yang lepas dan akan diulang tayang setiap hari sampai aku boleh hafal turutan video yang akan ditayangkan.

Dulu, slot ini diletakkan pada pukul 9:00 malam tetapi kini diletakkan pada slot 4:30 petang, mungkin memberi laluan untuk menyiarkan Diari AF (ulangan dari siaran 7:30 malam) pada slot tersebut.

Seriously, apa kejadah letak kompilasi video klip pada slot Prime Time? Kalau nak tengok video klip, baik aku tengok Hitz.Tv, MTV ataupun Channel V.

Bila aku tengok channel Astro Oasis, perkara yang sama juga dibuat seperti Astro Ria. Penuh dengan ulangan. Cuma channel Astro Prima sahaja yang menanyangkan drama pada slot Prime Time.

Bagi aku, kalau kamu melanggan Astro untuk mendapatkan aksi drama melayu yang lebih banyak dari TV3 atau RTM, kamu memang kecewa. Nasib baik aku lebih menumpukan minat pada saluran sukan dan saluran dalam pakej Variety dan AXN.

Satu lagi yang aku buat menyampah nak mampus dengan Astro, bila hujan, siaran Astro akan hilang serta merta.

Skrin akan menjadi hitam dan kemudia keluar tanda empat segi atau bulat yang berwarna kuning. Kadang-kadang belum hujan lagi, baru start angin-angin tanda nak hujan, pun siaran Astro hilang jugak.


Lepas tu, keluar promosi Astro B.yond yang kononya mempunyai cakera pemancar yang lebih baik dan tak kan hilang pada waktu hujan dan memancarkan siaran Astro dalam bentuk definisi tinggi (High Definition).

Wah! Hebat! Betul ke? Bullshit!!!

Melalui pengalaman sepupu dan kawan-kawan yang melanggan Astro B.yond, siaran tetap terganggu apabila hujan.

Lagipun, bukan semua saluran di "high definition" kan. Hanya rangkaian tertentu sahaja. Lagipun bukan semua rancangan disiarkan dalam bentuk HD. Di saluarn ESPN, hanya perlawanan bola tertentu sahaja yang disiarkan dalam bentuk HD. Yang lain-lain, sila tonton pada channel ESPN yang biasa sahaja.

Aku berharap agar pihak Astro lebih peka dengan kehendak pengguna pengguna sebelum pengguna mula memboikot perkhidmatan anda.

Mungkin ini cara yang terbaik untuk mendapatkan reception terbaik Astro?


Ada borang Formspring.Me kat sebelah sidebar sebelah kiri kamu tu. Kalau kamu ada persoalan yang kamu ingin tanya pada aku, tanya saja. Jangan malu-malu.

Jumat, 07 Mei 2010

Filem Malaysia Yang Mungkin Kita Tak Pernah Tengok ataupun Tidak Tahu Akan Kewujudannya Filem Ini Di Dalam Industri Perfileman Malaysia Part 2

Kita teruskan entri tanpa hala tuju ini ke bahagian kedua.


Bukak Api
merupakan adalah salah satu filem yang diharamkan tayangannya di Malaysia. Filem ini merupakan filem arahan Osman Ali, pengarah sama yang pernah mengarahkan filem Anak Halal yang mempopularkan Remy Ishak, yang mana Remy pernah berlakon dalam satu filem pendek bertajuk 'Comolot' yang menigsahkan tentang percintaan dua orang gay.

Sedikit sinopsis Bukak Api:

"Bukak Api membuka sisi gelap Kuala Lumpur dan subcultural kelompok masyarakat yang terlepas daripada pandangan mata. Lorong gelap, hanyir dan kusam di Chow Kit (red light di Kuala Lumpur) dengan hilai ketawa memberi karakter kepada filem ini..."

Ya. Cerita ini adalah berlatar belakangkan tentang kehidupan mak nyah. Malah, ada babak seorang mak nyah sedang mem-blow job salah seorang pelanggannya.

Filem ini juga serba sedikit mengetengahkan tentang kesedaran terhadap HIV/AIDS kepada pekerja-pekerja lorong gelap ini. Filem ini juga mengajar penonton tentang pendidikan terhadap HIV/AIDS supaya masyarakat lebih peka kepada penyakit ini dan mengajar kita untuk terus memberikan sokongan kepada pesakit AIDS, bukannya menjauhkan diri daripada mereka.

Kenapa filem ini diharamkan? Kalau pendidikan seks pun tak lepas dekat sekolah, inikan pula filem yang mempunyai unsur-unsur seks kan? Aku dapat menonton filem ini kerana Baox berjaya men-download filem ini.


Aku malas nak ulas filem Cinta Rosevilla panjang-panjang. Tengok poster saja dah boleh membuatkan selera aku putus serta-merta. Pelakon utama ialah Zami Ismail. Lagi mematahkan selera. Mesej utama filem ini ialah poligami. Lagi buat aku tak minat.

"Bila Rahsia berpoligami terbongkar, ledakkannya sehebat bom nuklear."

Kalau macam tu, tak payahlah askar Amerika jatuhkan Bom Nuklear dekat Hiroshima dan Nagasaki. Campak saja bini-bini Zami Ismail ni, mesti satu Jepun tenggelam.


Aku tak pernah menonton atau mendengar tajuk filem Melati Putih, tapi aku tertarik dengan pelakon utama filem ini.

Datuk Yussuf Haslam menjadi hero dalam filem ini. Bila tengok muka Yussuf Haslam pada poster, ada rupa hero cerita Sivaji The Boss, Rajinikath, tengah pakai cermin mata.

Tengok nama pengarahnya, M. Raj. Seorang India. Entah-entah, yang dalam poster tu, M. Raj. Bukannya Yussuf Haslam.


Aku tak pernah menonton filem Black Widow Wajah Ayu arahan U-Wei Haji Saari. Tetapi kawan aku yang pernah menonton cerita ini berkata cerita ini memang dalm kategori filem 'tak tengok pun tak pe.'

Dengan meletakkan Dato' Misbun Sidek merupakan salah seorang pelakon filem ini jadi aku rasa kita boleh faham kenapa cerita ini dikritik hebat.

Satu lagi tips buat kamu ketika mahu menonton filem Melayu di wayang, jangan sesekali menonton filem yang melibatkan Raja Azmi kerana hasil karya Raja Azmi tak jauh lari dari Z. Lokman.


Satu lagi hasil karya Raja Azmi. Cinta 200 Ela merupakan sambungan dari novel tulisan Raja Azmi yang bertajuk Cinta 100 Ela. Tetapi jangan bermimpilah jika kamu ingin membaca novel ini kerana ia telah diharamkan kerana mempunyai unsur-unsur lucah.

Filem ini (tak salah aku) merupakan filem pertama buat Wardina Safiya setelah beliau membuat keputusan untuk bertudung sepanjang masa.

Dari apa yang pernah aku baca, Wardina bersetuju untuk berlakon filem ini jika tidak melibatkan babak pegang-pegang dan peluk-peluk. kalau tak salah aku, Menurut kawan aku yang menonton filem ini, babak tersebut tetap diteruskan dan Wardina terpaksa membuatnya tanpa rela.

Sudah beberapa kali filem ini ditayangkan di televisyen. Tapi belum terdetik di hati aku untuk menontonnya.


Selain dari Prof Madya A. Razak Mohaideen, Raja Azmi dan Z. Lokman, filem terbitan Julie Dahlan juga boleh tahan tahap mengarutnya. Harry Boy adalah nama timangan anak Julie Dahlan. Lakonan Badrul Muhayat dan Sofia Jane.

Tetapi ada satu perkara yang perlu aku puji kepada Julie Dahlan (JD). Dia berani menggunakan pelakon baru di dalam filemnya. JD telah memperkenalkan Hairie Othman, Nasha Aziz, Maria Farida, Badrul Muhayat dan aku rasa Sofia Jane juga naik kerana JD.

Satu yang penting dan menarik tentang filem terbitan JD, JD akan menerapkan element shooting di lokasi luar negara, scene di swimming pool, dan pelakon wanita berpakaian seksi dengan memakai bikini atau swimming suit. Serba sedikit menjadi daya penarik kepada penonton lelaki untuk menonton filem.

Cuba tengok poster Harry Boy tu. Aku tak pasti apa pakaian Sofia Jane. Mungkin swimming suit dan ditutup dengan Life Jacket.

Tak salah aku aku pernah melihat babak Maria Farida atau Sofia Jane (atau kedua-duanya sekali) memakai swimming suit dalam salah satu filem JD. Mantap! Tapi jangan mimpi kamu mahu melihat babak ini kerana sekarang babak-babak ini telah dicantas oleh stesen penyiar.


Satu lagi filem klasik, Jefri Zain - Gerak Kilat. Adaptasi daripada filem James Bond dan diterbitkan pada tahun 1966.

Tagline: Singapore's Own Bond, kerana filem ini dihasilkan di Jalan Ampas Singapura. Filem ini dihasilkan susulan filem Nora Zain - Agen Wanita 001 yang diterbitkan pada tahun 1965.

Kedua-dua filem ini merupakan hasil terbitan Shaw Brothers yang berpangkalan di Hong Kong. Filem ini juga melibatkan pelakon-pelakon Hong Kong.

Di dalam kedua-dua filem ini (atau mungkin salah satu) terdapat babak wanita berbikini dan adegan comolot yang dilakonkan oleh pelakon Hong Kong. Aku tak pasti kedua-dua filem ini akan disiarkan dengan mengekalkan babak-babak yang aku nyatakan tadi kerana rasanya sudah agak lama filem ini tidak disiarkan di TV.


Aku rasa aku belum pernah menonton filem Interlude ni. Tak pasti samada aku pernah tonton atau tidak. Aku cuba Google tetapi gagal mendapatkan maklumat yang aku mahukan.

Filem ini menggunakan Sofia Jane sebagai pelakon utama. Langkah yang bijak untuk menarik penonton lelaki. Dengan baju dan cara pose yang boleh dikatakan agak seksi, aku rasa poster ini pasti berjaya menarik perhatian para arjuna.

Pada zaman ini, Sofia Jane, Maria Farida dan Julia Rais merupakan pelakon wanita yang hot dan menjadi tarikan lelaki. Jadi penggunaan Sofia Jane memang satu taktik yang menarik. Aku yakin kebanyakan sang arjuna akan menonton filem ini kerana kehadiran Sofia Jane, sama seperti aku menonton MySpy kerana Hannah Tan dan Carmen Soo. Dan aku kini masih menunggu filem terbaru Lisa Surihani dan Raja Farah.

By the way, setelah sekian lama berlalu, cuba kamu bezakan Sofia Jane dan Maria Farida sekarang. Maria Farida masih lagi mantap seperti dulu kan? She's totally a hot MILF!


First Take, Final Cut merupakan satu lagi hasil kerja James Lee, pengarah Ah Beng Returns dan The Beautiful Washing Machine.

Seriously, kalau kamu tahu semua link untuk download cerita James Lee, sila kongsi di ruangan komen ok?


Filem Fantasia yang diterbitkan pada tahun 1994 juga salah satu filem yang diharamkan di Malaysia. Kenapa? Kerana ia dipenuhi dengan unsur tahyul, tetapi filem Hollywood penuh dengan unsur karut-barut lepas untuk tayangan tanpa sebarang potongan.

Filem ini mengisahkan dendam yang tercetus pada zaman purba bila Dara menjadi mangsa Silbi, pengamal ilmu syaitan yang berusia ratusan tahun. Silbi menjadi pengancam zaman berzaman, dari zaman purba hingga ke zaman moden. Dia muncul setiap kali bulan purnama untuk memburu anak dara untuk dihisap darahnya, untuk mengekalkan kemudaan dan ketampanan wajah. Dara yang menjadi mangsa bersumpah untuk menuntut bela terhadap Silbi yang juga membunuh Teruna, suami Dara. Untuk melaksanakan tugasnya, roh Dara perlu meresapkan ke dalam tubuh anak dara yang lain dan memilih Nora, wartawan yang hidup di zaman moden.

Macam tu la sedikit sebanyak sinopsis cerita Fantasia, sebab sebenarnya aku pun tak pernah tengok cerita ni. Filem ini diharamkan tayangannya dan akhirnya hanya dikeluarkan dalam bentuk VHS (video).

Kawan aku kata filem ini pernah ditayangkan di TV tapi telah dicantas habis-habisan oleh Finas. Jalan cerita jadi pendek dan kurang faham bila menontonnya.

Aku memang admire pada kerja Aziz M. Osman (masa dulu-dulu). Contohnya macam cerita XX-Ray. Mana ada pengarah atau producer yang terfikir nak buat filem sains fiksyen dekat Malaysia ni. Tapi Aziz mempunyai idea yang mantap tapi sayangnya semuanya di cantas oleh Finas yang strict tak tentu pasal.

Aku harap Finas membenarkan cerita ini ditayangkan di TV tanpa sebarang pemotongan. Come on la! It's 2010. Penonton boleh bezakan mana yang betul dah tahyul. Lagipun, berlambak drama hantu tak seram dan tahyul TV3 siarkan.

So, give Fantasia a chance. Aku tahu mungkin filem ini akan mambosankan (filem tahun 1994 la pulak kan) tapi aku teringin nak tengok apa idea yang Aziz M. Osman cuba ketengahkan dalam filem ini.

Bersambung lagi....

Update terbaru Lepas Laku.