Aku pergi jelajah dari satu blog ke satu blog yang lain. Boleh dikatakan kesemua bloggers yang menghadiri Upacara Istiadat Konvokesyen UiTM ke-71 akan menulis tentang pengalaman mereka ketika menghadiri majlis tersebut.
Pengalaman sebelum, semasa dan selepas majlis konvo, perasaan mereka ketika mengambil skrol di atas pentas, kisah mereka menangis selepas majlis kerana kegembiraan...... Dan macam-macam lagi.
Aku juga gembira. Gembira kerana berjaya juga menamatkan pembelajaran aku di UiTM. Gembira kerana berjaya menunaikan hasrat ibu aku yang mahu melihat salah seorang anaknya mendapat Ijazah. Gembira kerana berjumpa dengan kawan-kawan yang sudah berkurun tidak jumpa. Gembira kerana Ibrahim Abu Shah yang bagi skrol pada aku dan bukan wakil dia....
Tetapi aku tidak tahu macam mana mahu mencoretkan diblog ini. Aku tidak tahu bagaimana mahu memulakannya. Aku taip, aku delete. Aku taip, aku delete. Lepas tu aku draft kan dan esoknya aku delete balik. Begitulah tabiat aku semenjak malam sabtu.
Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan gembira hingga tidak mampu untuk diucapkan dengan kata-kata. Sehingga aku yang biasanya gagah dalam bab menaip dan mengarut panjang-panjang pun gagal untuk menggambarkan kegembiraan aku di majlis konvokesyen tersebut.
Mungkin perasaan gembira ini untuk aku pendam di dalam jiwa dan simpan ia sebagai satu memori indah buat diri sendiri.
Kepada mama, abah dan abang yang sentiasa menyokong anak/adik mu ini untuk terus belajar sehingga tahap ini, terimakasih aku ucapkan. Jasa kamu semua memang tidak mampu aku balas walaupun dengan wang berjuta-juta ringgit.
Kepada kawan-kawan sekalian, aku harap kamu semua berjaya dalam bidang masing-masing. Harap jumpa nanti. Jangan sampai lost contact.
Kepada pembaca blog ini yang masih bersekolah, belajar rajin-rajin. Sejuk perut mak kamu mengandung kalau kamu berjaya dalam pelajaran.
P/S: Sedih tak dapat jumpa Hannah masa konvo hari tu.... :(
Tidak ada komentar:
Posting Komentar