Nama 1
Pada suatu masa dahulu, lebih kurang 10 tahun lepas mungkin, ketika itu aku masih muda. Berumur 15 tahun, tingkatan 3, masih bercouple dengan girlfriend yang pertama. Indahnya zaman persekolahan dan percintaan ketika itu.
Ok, entri ini sudah tersasar dari tajuk asal. Kalau kamu rasa mahu baca entri ini lagi, sila abaikan perenggan pertama di atas.
Hubungan aku dan sepupu-sepupu sebelah ibu aku memang rapat. Aku menganggap sepupu aku semua seperti adik beradik aku. Kami makan bersama, main bersama, tidur bersama, mandi bersa… Eh. Yang ini tidak.
Ok. Makin jauh dari tajuk asal.
10 tahun lepas, aku pun telah menipu sepupu aku, Farhan, yang ketika itu berumur 10 tahun dan Afiq, 6 tahun.
“Sebenarnya, dalam diri kita ni, kita ada nama Melayu dan nama Omputih,” ayat manis untuk mengencing sepupu aku dimulakan.
“Ya ke, Abang Am?” tanya Farhan.
Omputih bermaksud orang putih. Kira nama Mat Salleh kononnya.
“Ya,” jawab aku pendek. “Macam orang Cina. Diorang ka nada nama Cina dengan nama omputih.”
“Apa nama omputih kita orang, Abang Am?” tanya Farhan lagi.
Aku buat-buat fikir. Kena berlakon real, baru mereka convince yang aku ni jujur.
“Nama Farhan dalam bahasa omputih…. Ferhad.”
Farhan gembira.
“Nama Afiq?” tanya Afiq pula.
“Afiq pulak… John.”
Aku dah tidak berapa ingat apa nama inggeris yang aku bagi pada Afiq. Kita ambil John sahaja sebagai contoh.
Maka merekalah mereka bagaikan rakyat yang mendapat tanah kurnia setelah aku memberikan mereka nama inggeris kepada mereka. Petang tersebut, kami pergi ke padang permainan. Mereka sibuk membahasakan diri mereka dan memanggil sesame sendiri sebagai John dan Ferhad sampai sepupu-sepupu lain dan pakcik mak cik yang lain merasa hairan.
Bila aku ceritakan balik cerita tersebut, mereka masih ingat lagi. Terus gelak kuat-kuat. Menjadi satu kenangan buat kami semua.
Nama 2
Kawan: Apa maksud nama kau?
Aku: Pemimpin, ketua.
Kawan: Itu maksud Amir. Amir memang maksud ketua. Tapi Amirul lain kot.
Aku: Ya ke?
Kawan: Ya. Contoh eh, Ronaldo. Bila ada sorang lagi pemain nama Ronaldo masuk dalam team Brazil, dia ubah jadi Ronaldinho. Yang membawa maksud Ronaldo yang lebih muda. Lepas tu, ada satu lagi Ronaldo masuk. Dia tukar jadi Ronaldao. Maksud Ronaldo yang lagi tua.
Aku: Ooh…. Itu nama orang Brazil la.
Kawan: Mestilah nama Islam pun lebih kurang. Cuba kau cari apa maksud nama kau.
(Aku buat-buat search di internet)
Aku: Betul la cakap kau. Amir dengan Amirul maksud dia lain la.
Kawan: Hhaa… Aku dah kata dah. Apa maksud nama kau?
Aku: Amir bermaksud pemimpin. Amirul bermaksud… Pemimpin yang handsome ya amat sampai semua lelaki dalam dunia ini jealous nak mampus dengan si pemilik nama.
Kawan: Cis! Sial!
Aku: Hahahahahaha…..
Nama 3
Aku: Setiap nama orang putih ni, diambil dan dicedok dari nama Islam jugak sebenarnya.
Kawan: Ya ke?
Aku: Ok. Contohnya, Adam ditukar jadi Adams.
Kawan: Ok. Contoh lain?
Aku: Musa ditukar jadi Moses. Isa jadi Jesus.
Kawan: Lagi.
Aku: Johan jadi John. Amirul jadi Tom Cruise.
Kawan: Ha… Yang last tu macam sial. Sempat aje nak selit nama dia.
Aku: Hahahahaha….
Nama 4
Perbualan bertempat di Sekolah Agama Penggaram. Ketika ini, aku berumur 15 tahun. Sama umur semasa aku menipu sepupu aku dalam cerita yang pertama.
Kawan: Nama kau dengan awek kau (Ketika itu) macam secocok je.
Aku: Secocok?
Kawan: Nama kau Amirul. Awek kau Amira. Matching siot nama korang. Susah beb nak cari nama couple dekat-dekat sama.
Aku: Oh… Ala… Kau pun boleh jugak.
Kawan: Mana boleh. Nama aku Zakaria. Apa nama nak matching dengan aku?
Aku: Zakaria dengan…. Zakar la. Nurul Zakar. Hahahaha….
Kawan: Babi kau ni…
Nama 5
Tapi secara seriusnya, aku memang tak pasti dengan maksud nama aku yang sebenar.
Amir bermaksud pemimpin. Tetapi apa maksud Amirul? Betulkah maksud Amirul yang aku bagi di atas tu (hahahaha…)
Dan Idham. Aku juga tidak pasti apa maksud Idham. Mak aku kata, maksud Idham ialah putera raja yang hitam manis.
Kawan aku pula kata maksud Idham ialah putera raja yang zalim dan suka menyakiti rakyat (ini memang definasi dia buat sendiri ni).
Seorang lagi kawan aku lagi sial. Dia kata maksud Idham ialah Sultan Idham mangkat dijulang. (Nak mampus agaknya budak ni).
Kalau kamu tahu apa maksud nama aku, sila beritahu ya?
Aku dah update Tears Don't Fall.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar