Kau selalu terfikir kenapa nama kau langsung tak rhyme dengan Fame? Kau selalu tertanya kenapa bukan kau yang di pentas AF; atau kenapa akhbar/majalah mainstream tak mahu siarkan sajak kau dan pos sekeping cek ke rumah?
Lupakan media mainstream, pilih ke satu saluran paling cepat dan percuma; selebriti alam maya; the new wonder of the world, internet.
Dulu kita ada blog, tapi tiada yang menariknya dalam hidup-seharian-kau-pergi kerja-balik kerja yang ditulis secara repetitive. Dan menongkah arus dalam isu semasa juga semua orang dah lakukan.
Plagiarsm mungkin satu opsyen, fikir kau, tapi kalau kau tak seindah Natasha Hudson, lupakan saja niat itu.
Lupakan blog, laman web atau youtube; pilihlah opsyen baru anda, untuk menjadi internet celebrity yang fame dan popular; Fesbuk.
Daftar satu akaun baru atau sudah daftar akaun Fesbuk, tukarkan akaun anda menjadi mesin menjana populariti. Kerana, peribadi rakyat negara ini yang tidak suka membaca lebih dari dua perenggan (macam blog; kecuali blog gosip) dan mahukan sensasi (seperti blog gosip juga), anda perlukan sesuatu yang ringkas dan terus tepat ke sasaran.
Nah, Fesbuk paling tepat untuk anda. Jangan bazirkan ruang Fesbuk anda dengan “Rindu sayang cinta tunang saya yang paling cantik dalam dunia”, “Jom makan nasi ayam kat kedai hujung,”, “Teringat coklat kat peti sejuk”, atau menghabiskan masa meninggalkan komen “Siapa kata gadis Melayu tak menarik” atau “Inilah perempuan Melayu terakhir” pada gambar perempuan yang akan remove kau dari Friend list selepas baca komen kau.
Be transparent. Berikan semua yang orang mahu, walaupun mereka tak mahu tahu. Masa inilah untuk boost semua self esteem anda.
Lupakan semua status-status di atas. Status-status tersebut tak mampu untuk membawa cahaya kemasyhuran menyuluh tepat ke muka kau. Sebaliknya, kamu perlu taip status yang lebih mantap, bunyi seperti serius tetapi mempunyai unsur membanggakan diri (secara tidak sedar kepada pembaca status kau) dan unsur mendapatkan simpati dari para pembaca status kau.
Dan yang paling penting, status kamu itu boleh menarik perhatian dan rasa simpati dari para-para wanita yang berada dalam senarai friend list kau tu.
Status seperti “Aku dah berkerja kat pelbagai jenis syarikat sales swasta seperti (5 nama syarikat) dan aku dah kerja kat syarikat bertaraf international seperti (nama syarikat), tapi interviewer tu cakap aku belum cukup bagus untuk syarikat tu? Kau dah lepaskan eset paling bernilai dan kalau 2 tahun lagi syarikat kau bangkrap, kau akan menyesal.”
Bagi pandangan para wanita, pasti mereka akan bersimpati kepada kau. Mereka akan memberikan komen pada status kau. Kau pasti berasa bangga lagi-lagi kalau ada perempuan yang cantik, hot dan sexy yang komen status kau. Lebih baik lagi kalau perempuan yang komen tu adalah perempuan paling top dan hot semasa kamu belajar di IPT dahulu. Pasti kau rasa kau dah boleh bermegah dengan rakan se-batch kamu dulu.
Kalau lelaki yang komen, persetankan sahaja. Apa guna kau nak layan komen dari para lelaki. Dapatkan cahaya kemasyhuran dari para wanita, bukan dari para lelaki. Lagipun kamu memang jarang mendapat perhatian dari para gadis-gadis semasa menjalani pengajian di IPT kamu dahulu.
Kemudian, kau tulis pula status yang kononnya ada para gadis yang memuji kamu seorang yang kacak dan sweet in person berbanding dalam gambar profil kamu.
Aku bukan nak menghina kau ni buruk rupa sebab aku pun bukanlah kacak sangat. Tapi aku yakin kalau para pembaca blog ini melihat muka kau dan cuba kaitkan atau synch muka kau dengan perkataan kacak, mereka pasti akan gelak pecah perut.
Bukan aku nak menghina kau kerana kau juga ciptaan tuhan seperti aku, tetapi tolonglah jangan kau tulis status seperti itu. Cara kau menulis status bukannya gurauan atau bahan lawak, tapi nampak sangat cuba mengangkat diri kau.
Lebih hebat lagi kau bila kau mula menulis status tentang kawan-kawan kau dan memburukkan kawan-kawan kau. Tak pasti samada kau serius mengutuk mereka ataupun cuba bergurau, tetapi status kau di baca oleh kenalan lain dan mereka mula salah anggap dengan kawan yang kau kaitkan dalam status tersebut.
Kawan-kawan lelaki kau yang selalu komen status kau mula menghilangkan diri, samada mula menyampah kerana kau tidak membalas komen mereka ataupun mula menyampah dengan status kau yang semakin mengangkat diri kau.
Para gadis yang menjadi tukang komen paling setia dan juga menjadi tempat engkau meraih simpati juga semakin berkurangan. Mungkin mereka mula jelak dengan status kau atau mula berasa mereka mula merasa mereka kini salah sama sekali kerana memberikan rasa simpati kepada orang yang tidak sepatutnya macam kau.
Yang masih setia memberikan komen kepada status kau yang bertopengkan populariti palsu tersebut hanyalah 2-3 orang kawan baik kau (juga dalam golongan gadis) yang masih belum sedar dengan komplot kau ataupun sudah sedar tapi masih “layankan” kau kerana mereka sedar kau seorang lelaki kesepian.
Bila ada orang yang secara tiba-tiba memberikan komen pedas ke atas status kau itu, kau mula rasa susah hati. Pulak bila diperiksa, orang yang komen itu merupakan seorang yang membuat satu akaun dengan profile palsu hanya kerana mahu kau memberhentikan perbuatan terdesak kau yang mahu populariti mendadak itu.
Kau mula menganggap orang diluar semuanya jahat dan dunia di luar sana tidak adil pada diri kau. Kau anggap orang yang komen itu jahat kerana cuba menghentikan perbuatan kau tetapi sebenarnya niat mereka itu hanyalah mahu kau berpijak di bumi yang nyata dan terima hakikat bahawa itu semua bukan kehidupan kau yang benar.
Terimalah kenyataan yang hidup kau tidak sehebat atau famous seperti Lisa Surihani di mana dia asyik mendapat tawaran lakonan dan mukanya menjadi penghias majalah gossip hampir setiap bulan.
Terimalah kenyataan yang hidup kau tidak sehebat atau famous seperti Norman Hakim dan Memey yang mana kisah mereka masih hangat diperkatakan sehingga kini walaupun diterjah bersama-sama dalam bilik dengan hanya memakai boxer pada tahun 2008.
Terimalah kenyataan yang hidup kau tidak sehebat atau famous seperti Hannah Tan yang kini tinggal di Jepun untuk merakamkan album berkonsepkan J-Pop dan menjadi artis Malaysia pertama yang mampu melakukannya.
Ya! Terima kenyataan itu. Kau tidak mempunyai hidup yang menarik untuk kau kongsi dan tak perlulah kau menulis status palsu yang hanya semata-mata ingin memuji diri kau sendiri dan meraih simpati dari kalangan wanita untuk mendapatkan secebis harga diri.
Terimalah kenyataan yang hidup kau adalah biasa dan tidak menarik. Sama seperti blog ini.
Jika kau mahukan kemasyhuran, ambil gitar, rakam diri kau sedang bermain gitar dan masukkan dalam Youtube. Kamu pasti akan mandapat kemasyhuran yang kau mahukan seperti Marie Digby, Lilly Allen, Zie Avi dan lain-lain lagi.
Tapi kalau kau tiada bakat itu, lupakan sahaja. Terimalah hakikat bahawa Allah sudah menetapkan kehidupan kau hanya setakat itu sahaja. Tak perlulah kau mengangkat diri kau untuk menjadi popular kerana kelak kejengkelan yang bakal menerjah kau. Berubahlah sebelum gadis-gadis yang menjadi tukang komen kau pun menghilangkan diri dank au akhirnya kesepian dalam dunia fesbuk kau.
Kredit dari sini.
P/S: Lepas Laku kini mempunyai penulis jemputan baru. Check it out here!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar