Kamis, 29 April 2010

Filem Malaysia Yang Mungkin Kita Tak Pernah Tengok ataupun Tidak Tahu Akan Kewujudannya Filem Ini Di Dalam Industri Perfileman Malaysia Part 1

Boleh tahan cilaka. Panjang nak mampus tajuk entri aku kali ni. Dah macam tajuk ceramah motivasi peringkat sekolah rendah pulak.


Teringat aku dulu aku pernah terbaca dekat blog Obefiend tentang poster-poster Filem Melayu (tapi aku dah tak ingat entri yang mana. Banyak sangat entri mamat ni). Memang teruk juga dia kutuk. Hehehee.. Well, itu memang bakat semulajadi mamat tu. Dia pernah kata kalau dekat Olimpik ada acara bashing other people, confirm dia dapat pingat emas kalau wakil Malaysia.

Terinspirasi dari entri di blog beliau, aku pun mencari senarai filem-filem Malaysia dan akhirnya aku terjumpa. Memang agak mengejutkan kerana ada sesetengah filem buatan Malaysia yang aku langsung tak tahu akan kewujudan filem tersebut. Ada yang aku pernah dengar nama filem tersebut tapi tak pernah tengok filem tersebut dan ada yang pernah aku tengok masa kecik dan dah tak ingat jalan ceritanya sekarang.

So, mari kita imbas bersama-sama.


Aku pernah dengar nama 'Abu Nawas' tapi aku tak tahu pulak kewujudan filem yang mempunyai tajuk sedemikian.

Mungkin filem ini diterbitkan pada zaman kegemilangan filem P. Ramlee. Tetapi terang lagi nyata yang filem ini bukan arahan P. Ramlee sebab nama P. Ramlee tidak tertulis pada poster tersebut.

Filem ini merupakan arahan A. R. Tompel. Dia juga merupakan hero untuk cerita ini mungkin kerana muka A. R. Tompel sebesar-besar mungkin dalam poster ini dan memang jadi menjadi trend pada masa tersebut, pengarah filem merupakan hero dalam filem tersebut.

Aku tak pernah menonton filem ini dan rasanya aku tak berminat nak menonton filem ini. Kenapa? Kerana selain dari filem arahan P. Ramlee, semua cerita-cerita klasik ini tidaklah seronok ditonton pada zaman ini..... Kecuali cerita Gila Kuda dan Locheng Maut. Sempoi dowh!!!


Ah Beng Returns. Satu filem yang aku tidak tahu akan kewujudannya. Diterbitkan pada tahun 2001.

Bila aku google, aku dapat info yang filem ini merupakan arahan James Lee, pengarah kelahiran Ipoh yang juga merupakan pengarah bagi filem The Beautiful Washing Machine. Kamu pernah dengar tajuk filem ini? Tak pernah? Mungkin kamu pernah menontonnya di Astro Kirana dahulu.

Aku agak tertarik apabila membaca sinopsis filem ini:

"Heavily influenced by Jean-Luc Godard, this experimental piece of anti-cinema is about a group of Chinese Communist gangsters dealing with betrayal, disillusionment and the absence of love."

Agak menarik bunyinya. Ada sesiapa yang ada simpan filem ini, sila kongsi bersama aku.


Ah Lok Cafe. Satu lagi filem yang membuatkan aku tertanya-tanya, "ada kaitan dengan Hard Rock Cafe ke?" memandangkan mereka meniru logo Hard Rock Cafe pada poster filem ini.

Aku berminat untuk menonton filem ini. Posternya agak unik dan membuatkan timbul rasa keinginan untuk menonton filem ini. Siapa yang ada, sila share dengan aku.


Bila aku tengok poster filem Amelia ini, timbul satu tanda tanya, "Ruhil Amani Hussin boleh berlakon rupanya... Ye ke?" Aku tak pernah dengar langsung tentang filem ini.

Adakah aku ingin menonton filem ini? Tidak!! Kenapa? Kerana pelakon utamanya adalah Joe Wings. Kenapa dengan Joe Wings? Kerana lakonan beliau amatlah teruk dalam filem Putera. Pernah dengar tentang filem Putera? Filem tersebut adalah filem saduran dari filem Coming To America. Kamu tak pernah tonton filem Coming To America? Ok, I rest my case.

Joe Wings, you are one hell of a guitar heroes. But you are surely not an actor. Please stay on the guitar.


Aku pernah tengok cerita Anak Sarawak ni masa kecik-kecik dulu. tapi sekarang dah lupa. Mak aku kata cerita ni best. Memandangkan pelakon utamanya adalah Dato Ahmad Tarmimi Siregar, aku agak-agak mesti cerita ni best.

Astro, bila nak keluarkan cerita ni pulak? Asyik keluarkan cerita Anak Mami je kat Astro Prima tu.


Promosi besar untuk filem ini. Kononnya merupakan sequal kepada Filem Anakku Sazali.

Aku pernah menonton filem ini. Adakah filem ini sangat bagus? Hell, no!!! Tengok dari poster dah tahu yang filem ini ialah satu lagi total failure. Another film that try to use the legendary name of P. Ramlee to promote the film.


Aku tak pernah tengok filem Azam ni. Barisan pelakon filem ini juga tidak menggalakan. Cuma nama Wan Nor Azlin, yang popular selepas video skandal seks beliau terlepas di pasaran gelap, yang menarik perhatian aku.

Tapi bila aku ternampak nama Z. Lokman terpampang di poster filem ini, terus aku terbayang filem Mendam Berahi. Kesimpulannya, tak payah membazirkan masa dan tenaga menonton filem Z. Lokman.


Aku agak tertarik dengan filem Azizah The Legend ini. Kenapa? Kerana nama ibu aku ialah Azizah.

Aku pernah menonton filem ini tapi tak ingat. Maklumlah, kecik lagi. Aku cuba cari review tentang filem ini dan review yang aku jumpa memang menggalakan. Satu review yang positif. Berikut ialah sinopsis filem berikut:

"Cinta Azizah dan Ramli mendapat bantahan dan halangan daripada bapa Azizah. Aziz mengapi-apikan mereka kepada ayah Azizah. Ramli menganggap ini sebagai cabaran dan berazam memperisterikan Azizah. Dia bekerja di Singapura bagi mengumpulkan wang melamar Azizah. Lamaran Ramli masih ditolak oleh ayah Azizah."

Cerita tahun 1930'an di Tanah Melayu. Memang belum ada filem macam ni. Harap-harap Astro, Tv3 atau RTM tergerak hati untuk mengulang tayang semula filem ini.

Asyik tengok filem arahan Prof. A. Razak Mohaiden saja yang diulang tayang di Astro. Cuba keluarkan filem-filem rare macam kat atas ni. Nak juga aku menonton filem Anak Sarawak, Matinya Seorang Patriot, Tsu Feh Sofiah, Azizah The Legend dan lain-lain lagi.

Dah penat. Sambung lain kali.

1 komentar: