Kamis, 29 April 2010

Filem Malaysia Yang Mungkin Kita Tak Pernah Tengok ataupun Tidak Tahu Akan Kewujudannya Filem Ini Di Dalam Industri Perfileman Malaysia Part 1

Boleh tahan cilaka. Panjang nak mampus tajuk entri aku kali ni. Dah macam tajuk ceramah motivasi peringkat sekolah rendah pulak.


Teringat aku dulu aku pernah terbaca dekat blog Obefiend tentang poster-poster Filem Melayu (tapi aku dah tak ingat entri yang mana. Banyak sangat entri mamat ni). Memang teruk juga dia kutuk. Hehehee.. Well, itu memang bakat semulajadi mamat tu. Dia pernah kata kalau dekat Olimpik ada acara bashing other people, confirm dia dapat pingat emas kalau wakil Malaysia.

Terinspirasi dari entri di blog beliau, aku pun mencari senarai filem-filem Malaysia dan akhirnya aku terjumpa. Memang agak mengejutkan kerana ada sesetengah filem buatan Malaysia yang aku langsung tak tahu akan kewujudan filem tersebut. Ada yang aku pernah dengar nama filem tersebut tapi tak pernah tengok filem tersebut dan ada yang pernah aku tengok masa kecik dan dah tak ingat jalan ceritanya sekarang.

So, mari kita imbas bersama-sama.


Aku pernah dengar nama 'Abu Nawas' tapi aku tak tahu pulak kewujudan filem yang mempunyai tajuk sedemikian.

Mungkin filem ini diterbitkan pada zaman kegemilangan filem P. Ramlee. Tetapi terang lagi nyata yang filem ini bukan arahan P. Ramlee sebab nama P. Ramlee tidak tertulis pada poster tersebut.

Filem ini merupakan arahan A. R. Tompel. Dia juga merupakan hero untuk cerita ini mungkin kerana muka A. R. Tompel sebesar-besar mungkin dalam poster ini dan memang jadi menjadi trend pada masa tersebut, pengarah filem merupakan hero dalam filem tersebut.

Aku tak pernah menonton filem ini dan rasanya aku tak berminat nak menonton filem ini. Kenapa? Kerana selain dari filem arahan P. Ramlee, semua cerita-cerita klasik ini tidaklah seronok ditonton pada zaman ini..... Kecuali cerita Gila Kuda dan Locheng Maut. Sempoi dowh!!!


Ah Beng Returns. Satu filem yang aku tidak tahu akan kewujudannya. Diterbitkan pada tahun 2001.

Bila aku google, aku dapat info yang filem ini merupakan arahan James Lee, pengarah kelahiran Ipoh yang juga merupakan pengarah bagi filem The Beautiful Washing Machine. Kamu pernah dengar tajuk filem ini? Tak pernah? Mungkin kamu pernah menontonnya di Astro Kirana dahulu.

Aku agak tertarik apabila membaca sinopsis filem ini:

"Heavily influenced by Jean-Luc Godard, this experimental piece of anti-cinema is about a group of Chinese Communist gangsters dealing with betrayal, disillusionment and the absence of love."

Agak menarik bunyinya. Ada sesiapa yang ada simpan filem ini, sila kongsi bersama aku.


Ah Lok Cafe. Satu lagi filem yang membuatkan aku tertanya-tanya, "ada kaitan dengan Hard Rock Cafe ke?" memandangkan mereka meniru logo Hard Rock Cafe pada poster filem ini.

Aku berminat untuk menonton filem ini. Posternya agak unik dan membuatkan timbul rasa keinginan untuk menonton filem ini. Siapa yang ada, sila share dengan aku.


Bila aku tengok poster filem Amelia ini, timbul satu tanda tanya, "Ruhil Amani Hussin boleh berlakon rupanya... Ye ke?" Aku tak pernah dengar langsung tentang filem ini.

Adakah aku ingin menonton filem ini? Tidak!! Kenapa? Kerana pelakon utamanya adalah Joe Wings. Kenapa dengan Joe Wings? Kerana lakonan beliau amatlah teruk dalam filem Putera. Pernah dengar tentang filem Putera? Filem tersebut adalah filem saduran dari filem Coming To America. Kamu tak pernah tonton filem Coming To America? Ok, I rest my case.

Joe Wings, you are one hell of a guitar heroes. But you are surely not an actor. Please stay on the guitar.


Aku pernah tengok cerita Anak Sarawak ni masa kecik-kecik dulu. tapi sekarang dah lupa. Mak aku kata cerita ni best. Memandangkan pelakon utamanya adalah Dato Ahmad Tarmimi Siregar, aku agak-agak mesti cerita ni best.

Astro, bila nak keluarkan cerita ni pulak? Asyik keluarkan cerita Anak Mami je kat Astro Prima tu.


Promosi besar untuk filem ini. Kononnya merupakan sequal kepada Filem Anakku Sazali.

Aku pernah menonton filem ini. Adakah filem ini sangat bagus? Hell, no!!! Tengok dari poster dah tahu yang filem ini ialah satu lagi total failure. Another film that try to use the legendary name of P. Ramlee to promote the film.


Aku tak pernah tengok filem Azam ni. Barisan pelakon filem ini juga tidak menggalakan. Cuma nama Wan Nor Azlin, yang popular selepas video skandal seks beliau terlepas di pasaran gelap, yang menarik perhatian aku.

Tapi bila aku ternampak nama Z. Lokman terpampang di poster filem ini, terus aku terbayang filem Mendam Berahi. Kesimpulannya, tak payah membazirkan masa dan tenaga menonton filem Z. Lokman.


Aku agak tertarik dengan filem Azizah The Legend ini. Kenapa? Kerana nama ibu aku ialah Azizah.

Aku pernah menonton filem ini tapi tak ingat. Maklumlah, kecik lagi. Aku cuba cari review tentang filem ini dan review yang aku jumpa memang menggalakan. Satu review yang positif. Berikut ialah sinopsis filem berikut:

"Cinta Azizah dan Ramli mendapat bantahan dan halangan daripada bapa Azizah. Aziz mengapi-apikan mereka kepada ayah Azizah. Ramli menganggap ini sebagai cabaran dan berazam memperisterikan Azizah. Dia bekerja di Singapura bagi mengumpulkan wang melamar Azizah. Lamaran Ramli masih ditolak oleh ayah Azizah."

Cerita tahun 1930'an di Tanah Melayu. Memang belum ada filem macam ni. Harap-harap Astro, Tv3 atau RTM tergerak hati untuk mengulang tayang semula filem ini.

Asyik tengok filem arahan Prof. A. Razak Mohaiden saja yang diulang tayang di Astro. Cuba keluarkan filem-filem rare macam kat atas ni. Nak juga aku menonton filem Anak Sarawak, Matinya Seorang Patriot, Tsu Feh Sofiah, Azizah The Legend dan lain-lain lagi.

Dah penat. Sambung lain kali.

Selasa, 27 April 2010

Membaca Bukan Hobi Pilihan Anak Muda Zaman Ini

"Ali, apa hobi kamu?"

"Hobi saya ialah membaca, cikgu."

Itulah dialog yang kita selalu dengar di dalam kelas bila seorang cikgu bertanyakan pada muridnya tentang hobi masing-masing.

Tapi, itu masa zaman dulu-dulu. Paling baru pun, zaman 90-an. Sekarang?

"Sekarang ni hobi budak-budak pelik-pelik la. Yang baru ni... Apa bende namanya.... Sha... Ha! Shuffle!"

Itulah antara dialog seorang cikgu kepada kawanya semasa makan di gerai bapak aku. Aku curi-curi dengar.

Aku rasa berapa sangat Rakyat Malaysia (terutamanya Melayu) yang ada hobi membaca. Membaca kini bagaikan satu hobi yang kuno. "Dah tak cool" kata budak-budak baru nak Up.

Memang amat jarang sekali kita melihat budak-budak zaman sekarang suka membaca. Jangankan bahan bacaan berilmiah, komik pun mereka jarang-jarang baca.

"Buat apa nak beli komik Naruto. Kan anime dia keluar tv. Tak pun, beli je DVD cetak rompak je...."

Memang tahap malas habis.

Budak-budak zaman sekarang lebih cenderung dengan hobi zaman baru. Main PS2 atau X-Box 360 adalah satu kemestian. Asyik masyuk bermain game lagi-lagi bila main game yang susah nak ditamatkan missionnya. Mahu 3-4 jam mengadap TV sampai mak-bapak menjerit-jerit, baru tahu nak tutup TV.

Sekarang timbul satu lagi hobi yang dipanggil Shuffle. Tarian yang berasal dari Melbourne, Australia ini first time aku dengar dari sepupu aku, Afiq. Aku sendiri tak faham sangat dan tak tahu macam mana nak menilai tarian yang aku tengok macam orang tengah memijak lipas di lantai. Sekarang ni dah ada Tectonik pulak. Macam-macam.

Dan yang paling baru sekali dan yang paling nyata sekali ialah komputer dan internet. Lagi setelah kemunculan Facebook. Facebook bagaikan satu virus yang merebak dengan laju. Orang yang tak pernah mempunyai akaun Friendster dan Myspace pun boleh terjebak dengan Facebook.

Bukan setakat Facebook, pelbagai lagi benda-benda yang menarik berada di alam maya sehingga menyebabkan budak-budak zaman sekarang jarang membaca. Youtube, online game dan pelbagai lagi website yang boleh

Sebenarnya kita boleh membaca juga di dalam internet. Pergi sahaja ke laman web wikipedia, dan kemudian taip apa sahaja yang kamu ingin tahu dibahagian search, dan kamu boleh baca semuanya. Malahan, bahagian sejarah Malaysia dalam wikipedia ialah lebih baik dan banyak isinya jika dibandingkan dengan buku teks yang kamu belajar di sekolah tu.

Tapi mungkin salah satu sebab kenapa budak-budak zaman sekarang tidak berapa gemar membaca ialah kerana harga buku yang agak mahal.

Kalau kita lihat, harga buku sekarang memang agak mahal. Menurut pengeluar buku, harga kertas agak mahal sekarang. Aku masih ingat lagi harga komik yang berasal dari Hong Kong dahulu hanya berharga RM 1.80 tetapi kini telah melambung menjadi RM 3.50.

Selain itu, harga buku import juga agak mahal. Jika dilihat buku kecil (saiz seperti novel) buatan Malaysia setebal 200-300 muka surat berharga sekitar RM 20.00 sehingga RM 30.00.

Tetapi, buku import yang mempunyai saiz dan ketebalan yang sama dengan buku keluaran tempatan boleh mencapai harga RM 50.00 sehingga RM 70.00.

Kalau buku tersebut berbentuk autobiografi pula, harga boleh mencecah RM 100.00 sehingga RM 120.00. Kalau buku hard cover? Boleh mencecah RM 200.00.

Ada juga beberapa kali aku cuba membeli beberapa buku hasil karangan tokoh-tokoh pemimpin luar negara. Tapi bila aku mencapai buku mengenai Barack Obama dan melihat harganya RM250.00, dengan sepantas kilat aku memberhentikan niat aku.

Kalau dilihat harga asal buku tersebut, tidaklah mahal sangat. US Dolar 15.00 sahaja. Bila sampai di Malaysia dan dikenakan cukai barangan impot, terus harga buku tersebut boleh melambung mencecah RM 80.00.

Dengan tahap pendapatan rakyat Malaysia yang sedikit, adalah mustahil rakyat Malaysia mampu membelanjakan RM 80.00 hanya semata-mata untuk membeli buku. Mungkin inilah antara sebab kenapa rakyat Malaysia kurang berminat untuk membaca.

Cukai kereta buggy untuk kelab golf boleh dikecualikan, cukai perabot import boleh dikurangkan, cukai kereta mewah boleh dikurangkan... Tak kan cukai buku import tak boleh kurangkan ya? Harap pihak berkuasa boleh membantu dalam hal ni. Kalau tak, iklan membaca dalam LRT hanya akan menjadi satu mimpi yang tak kan berlaku.

"Sekarang ni budak-budak ingat membaca ni untuk budak-budak nerd je."

Salah satu pendapat kawan aku. Membaca hanyalah dari golongan nerd/geek atau ulat buku. Golongan yang dianggap tidak cool, anti sosial dan pakai cermin mata berbingkai hitam yang tebal.

Tidak dinafikan budak-budak zaman sekarang lebih mengejar populariti dan coolness dalam gaya hidup mereka. Mereka perlu nampak cool di sekolah atau kolej. Seolah-olah budaya sekolah mengah gaya Amerika telah meresap di Malaysia. Golongan Perempuan Hot, Perempuan Gedik, Golongan Lelaki Jock, lelaki tampan bermuka jambu, lelaki metroseksual dan lain-lain.

Membaca akan menjatuhkan maruah mereka ke tahap golongan nerd/geek. Kalau dalam cerita Glee, golongan ini biasanya akan disimbah dengan slushy. Tapi mereka lupa yang golongan geek/nerd yang berpeluang menyertai rancangan Beauty and The Geek. Damn! Kenapa rancangan ini tidak wujud di Malaysia, kalau tidak memang aku dah beratur untuk ujibakat.

Jadi tanamkan sedikit minat untuk membaca. Tidak kira buku yang tebal atau nipis. Tapi sekurang-kurangnya tanamkan semangat untuk membaca. Sekurang-kurangnya 2-3 buku dalam setahun. Majalah gosip sampah seperti Mangga tidak boleh dianggap sebagai membaca.

Membaca bagi aku penting. Kerana kekurangan membaca menyebabkan rakyat Malaysia kurang produktif berbanding rakyat negara lain. Banyak yang kita tak sedar dan tahu kerana kurang membaca.

Cuba kamu tonton rancangan kuiz Are You Smarter Than a 5th Grader? di saluran Star World. Tengok berapa banyak soalan yang kamu dapat jawab.

Damn! Banyak pulak aku letak link dalam entri kali ni.

Update terbaru Teard Don't Fall dan update terbaru Lepas Laku oleh penulis jemputan.

Minggu, 18 April 2010

Siri CrossBlogging: Bercakap dengan "Fame".

Kau selalu terfikir kenapa nama kau langsung tak rhyme dengan Fame? Kau selalu tertanya kenapa bukan kau yang di pentas AF; atau kenapa akhbar/majalah mainstream tak mahu siarkan sajak kau dan pos sekeping cek ke rumah?

Lupakan media mainstream, pilih ke satu saluran paling cepat dan percuma; selebriti alam maya; the new wonder of the world, internet.

Dulu kita ada blog, tapi tiada yang menariknya dalam hidup-seharian-kau-pergi kerja-balik kerja yang ditulis secara repetitive. Dan menongkah arus dalam isu semasa juga semua orang dah lakukan.

Plagiarsm mungkin satu opsyen, fikir kau, tapi kalau kau tak seindah Natasha Hudson, lupakan saja niat itu.

Lupakan blog, laman web atau youtube; pilihlah opsyen baru anda, untuk menjadi internet celebrity yang fame dan popular; Fesbuk.

Daftar satu akaun baru atau sudah daftar akaun Fesbuk, tukarkan akaun anda menjadi mesin menjana populariti. Kerana, peribadi rakyat negara ini yang tidak suka membaca lebih dari dua perenggan (macam blog; kecuali blog gosip) dan mahukan sensasi (seperti blog gosip juga), anda perlukan sesuatu yang ringkas dan terus tepat ke sasaran.

Nah, Fesbuk paling tepat untuk anda. Jangan bazirkan ruang Fesbuk anda dengan “Rindu sayang cinta tunang saya yang paling cantik dalam dunia”, “Jom makan nasi ayam kat kedai hujung,”, “Teringat coklat kat peti sejuk”, atau menghabiskan masa meninggalkan komen “Siapa kata gadis Melayu tak menarik” atau “Inilah perempuan Melayu terakhir” pada gambar perempuan yang akan remove kau dari Friend list selepas baca komen kau.

Be transparent. Berikan semua yang orang mahu, walaupun mereka tak mahu tahu. Masa inilah untuk boost semua self esteem anda.

Lupakan semua status-status di atas. Status-status tersebut tak mampu untuk membawa cahaya kemasyhuran menyuluh tepat ke muka kau. Sebaliknya, kamu perlu taip status yang lebih mantap, bunyi seperti serius tetapi mempunyai unsur membanggakan diri (secara tidak sedar kepada pembaca status kau) dan unsur mendapatkan simpati dari para pembaca status kau.

Dan yang paling penting, status kamu itu boleh menarik perhatian dan rasa simpati dari para-para wanita yang berada dalam senarai friend list kau tu.

Status seperti “Aku dah berkerja kat pelbagai jenis syarikat sales swasta seperti (5 nama syarikat) dan aku dah kerja kat syarikat bertaraf international seperti (nama syarikat), tapi interviewer tu cakap aku belum cukup bagus untuk syarikat tu? Kau dah lepaskan eset paling bernilai dan kalau 2 tahun lagi syarikat kau bangkrap, kau akan menyesal.”

Bagi pandangan para wanita, pasti mereka akan bersimpati kepada kau. Mereka akan memberikan komen pada status kau. Kau pasti berasa bangga lagi-lagi kalau ada perempuan yang cantik, hot dan sexy yang komen status kau. Lebih baik lagi kalau perempuan yang komen tu adalah perempuan paling top dan hot semasa kamu belajar di IPT dahulu. Pasti kau rasa kau dah boleh bermegah dengan rakan se-batch kamu dulu.

Kalau lelaki yang komen, persetankan sahaja. Apa guna kau nak layan komen dari para lelaki. Dapatkan cahaya kemasyhuran dari para wanita, bukan dari para lelaki. Lagipun kamu memang jarang mendapat perhatian dari para gadis-gadis semasa menjalani pengajian di IPT kamu dahulu.

Kemudian, kau tulis pula status yang kononnya ada para gadis yang memuji kamu seorang yang kacak dan sweet in person berbanding dalam gambar profil kamu.

Aku bukan nak menghina kau ni buruk rupa sebab aku pun bukanlah kacak sangat. Tapi aku yakin kalau para pembaca blog ini melihat muka kau dan cuba kaitkan atau synch muka kau dengan perkataan kacak, mereka pasti akan gelak pecah perut.

Bukan aku nak menghina kau kerana kau juga ciptaan tuhan seperti aku, tetapi tolonglah jangan kau tulis status seperti itu. Cara kau menulis status bukannya gurauan atau bahan lawak, tapi nampak sangat cuba mengangkat diri kau.

Lebih hebat lagi kau bila kau mula menulis status tentang kawan-kawan kau dan memburukkan kawan-kawan kau. Tak pasti samada kau serius mengutuk mereka ataupun cuba bergurau, tetapi status kau di baca oleh kenalan lain dan mereka mula salah anggap dengan kawan yang kau kaitkan dalam status tersebut.

Kawan-kawan lelaki kau yang selalu komen status kau mula menghilangkan diri, samada mula menyampah kerana kau tidak membalas komen mereka ataupun mula menyampah dengan status kau yang semakin mengangkat diri kau.

Para gadis yang menjadi tukang komen paling setia dan juga menjadi tempat engkau meraih simpati juga semakin berkurangan. Mungkin mereka mula jelak dengan status kau atau mula berasa mereka mula merasa mereka kini salah sama sekali kerana memberikan rasa simpati kepada orang yang tidak sepatutnya macam kau.

Yang masih setia memberikan komen kepada status kau yang bertopengkan populariti palsu tersebut hanyalah 2-3 orang kawan baik kau (juga dalam golongan gadis) yang masih belum sedar dengan komplot kau ataupun sudah sedar tapi masih “layankan” kau kerana mereka sedar kau seorang lelaki kesepian.

Bila ada orang yang secara tiba-tiba memberikan komen pedas ke atas status kau itu, kau mula rasa susah hati. Pulak bila diperiksa, orang yang komen itu merupakan seorang yang membuat satu akaun dengan profile palsu hanya kerana mahu kau memberhentikan perbuatan terdesak kau yang mahu populariti mendadak itu.

Kau mula menganggap orang diluar semuanya jahat dan dunia di luar sana tidak adil pada diri kau. Kau anggap orang yang komen itu jahat kerana cuba menghentikan perbuatan kau tetapi sebenarnya niat mereka itu hanyalah mahu kau berpijak di bumi yang nyata dan terima hakikat bahawa itu semua bukan kehidupan kau yang benar.

Terimalah kenyataan yang hidup kau tidak sehebat atau famous seperti Lisa Surihani di mana dia asyik mendapat tawaran lakonan dan mukanya menjadi penghias majalah gossip hampir setiap bulan.

Terimalah kenyataan yang hidup kau tidak sehebat atau famous seperti Norman Hakim dan Memey yang mana kisah mereka masih hangat diperkatakan sehingga kini walaupun diterjah bersama-sama dalam bilik dengan hanya memakai boxer pada tahun 2008.

Terimalah kenyataan yang hidup kau tidak sehebat atau famous seperti Hannah Tan yang kini tinggal di Jepun untuk merakamkan album berkonsepkan J-Pop dan menjadi artis Malaysia pertama yang mampu melakukannya.

Ya! Terima kenyataan itu. Kau tidak mempunyai hidup yang menarik untuk kau kongsi dan tak perlulah kau menulis status palsu yang hanya semata-mata ingin memuji diri kau sendiri dan meraih simpati dari kalangan wanita untuk mendapatkan secebis harga diri.

Terimalah kenyataan yang hidup kau adalah biasa dan tidak menarik. Sama seperti blog ini.

Jika kau mahukan kemasyhuran, ambil gitar, rakam diri kau sedang bermain gitar dan masukkan dalam Youtube. Kamu pasti akan mandapat kemasyhuran yang kau mahukan seperti Marie Digby, Lilly Allen, Zie Avi dan lain-lain lagi.

Tapi kalau kau tiada bakat itu, lupakan sahaja. Terimalah hakikat bahawa Allah sudah menetapkan kehidupan kau hanya setakat itu sahaja. Tak perlulah kau mengangkat diri kau untuk menjadi popular kerana kelak kejengkelan yang bakal menerjah kau. Berubahlah sebelum gadis-gadis yang menjadi tukang komen kau pun menghilangkan diri dank au akhirnya kesepian dalam dunia fesbuk kau.

Kredit dari sini.

P/S: Lepas Laku kini mempunyai penulis jemputan baru. Check it out here!

Jumat, 09 April 2010

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Anda Terlampau Taksub Dengan Twitter

Twitter merupakan satu lagi fenomena yang menjadi kegilaan manusia.

Menjadi laman web ketiga selepas Facebook dan Myspace, Twitter menjadi suatu aplikasi untuk seseorang berhubung dan memberitahu rakan-rakan tentang apa perasaan atau perkara yang terkini terjadi kepada mereka.

Boleh dikatakan hampir semua artis dan celebrity di America mempunyai Twitter. Artis Malaysia pun apa kurangnya.

Tapi kadang-kadang, ada sesetengah dari mereka yang terlampau taksub dengan Twitter, sehingga melakukan sesuatu yang di luar tabii normal.

Jadi mari kita menyingkap, WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Anda Terlampau Taksub Dengan Twitter.

10. Anda terlepas majlis konvokesyen anak anda kerana kerana ingin menunggu Lady Gaga post apa yang dia makan untuk lunch dalam Twitter

9. Anda follow semua Twitter artis-artis Malaysia dan menghabiskan masa dengan membaca update mereka seharian suntuk.

8. Anda berdoa agar suatu hari nanti Apple akan improve-kan iPhone supaya kalis air agar anda boleh ber-Twitter sambil mandi.

7. Anda masih sanggup bermain Twitter semasa buang air besar seperti ini:


6. Anda sedar anda perlu berhenti bermain Twitter untuk menyelesaikan kerja-kerja anda. Tetapi anda sedar sejam yang lepas dan masih menghadap Twitter.

5. Anda ber-Twitter sambil tidur.

4. Anda tidak memberikan perhatian kepada anak-anak anda kecuali mereka berkata bergini: "@Mak, tolong belikan Ferrero Rocher kalau mak pergi The Store nanti dan boleh tak saya pergi ke rumah @Rahman."

3. Anda berhenti membaca Top Ten List ini selepas melebihi 140 karekter (huruf).

2. Anda memerlukan 3 kali percubaan untuk membaca entri ini sehingga habis kerana anda ber-Twitter sambil membaca entri ini.

1. Anda tidak lagi bermain ayat-ayat cinta di SMS, sebaliknya menggunakan Twitter untuk bertukar-tukar ayat berkasih sayang macam mamat kat bawah ni:

Main SMS, sudah!!. Bila orang usha-usha Twitter lu, lu cakap semua orang stalker. Apa da!!!

Minggu, 04 April 2010

Gay

Semua warga perempuan di Amerika terkejut dan kecewa apabila akhirnya Ricky Martin membuat kenyataan terbuka bahawa dia seorang gay di dalam website rasminya setelah bertahun-tahun menafikan gosip tersebut.

"I am fortunate homosexual man," kata Ricky Martin dalam website rasminya pada hari Isnin lepas pada 26 Mac 2010.

"I could have been married with kids for years or have 27 girlfriends, and if people still want to go around saying that I'm gay, they will."

Itulah kata-kata Ricky satu masa dulu untuk mempertahankan bahawa dia seorang yang straight, tapi akhirnya dia sendiri yang membuka pekong di dada.

"Aku dah agak dia tu Gay," kata kawan aku lepas terbaca statement tersebut.

"Macam mana kau boleh tau?"

"Aku tau la. Aku memang dah nampak yang dia ni memang ada tanda-tanda seorang gay," jawab kawan aku confident.

Aku pun tak berapa pasti apa maksud kawan aku. Maybe dia pernah ada seorang kawan yang gay atau mungkin ada seorang ahli keluarganya yang gay ataupun dia sendiri yang gay, itulah sebab dia boleh nampak tanda Ricky Martin adalah seorang gay.

"Red alert! Gay is everywhere!"

Itulah kata-kata David Letterman yang aku ingat lagi semasa mengumumkan Adam Lambert juga seorang gay.

Dulu masa sekolah rendah, aku tahu gay membawa maksud gembira atau ceria. Bila aku berada di sekolah menengah, aku dapat tahu yang gay juga membawa maksud keinginan seks songsang antara lelaki dengan lelaki.

"Perempuan-perempuan seksi yang pernah bergesel, bergomol dengan Ricky Martin dalam video klip dia mesti macam tak percaya dia ni gay," sambung kawan aku.

Aku cuma terdiam dan berfikir.

Aku rasa Ricky Martin bukanlah hodoh sangat sampai dia tak mampu untuk tackle perempuan tetapi dia mengambil jalan untuk menjadi seorang gay.

"Sumpah aku dah tak nak minat Ricky Martin.... Tapi aku suka la lagu-lagu dia..." getus kawan aku yang seorang lagi, seorang perempuan.

"Ala.. Tak salah kau suka lagu dia," jawab aku sambil usha awek hot turun dari kereta bersama kawan-kawannya yang juga tak kurang hot.

Tapi sebenarnya aku pun pernah rasa yang sama, bila aku dapat tahu yang Freddie Mercury adalah seorang gay.

Masa aku kecik, aku suka dengan lagu-lagu Queen. Lagu-lagu Queen semuanya sedap didengar dan sangat catchy. Lagu-lagu seperti We Will Rock You, We Are The Champion, Another One Bite The Dust, I Want To Break Free, Somebody To Love dan lain-lain lagi.

Semasa dalam tingkatan 4, baru aku tahu yang dia gay (tapi aku rasa dia biseksual) walaupun sebenarnya aku patut dah boleh agak dari melihat cara pemakaian beliau dan akibat kematiannya, AIDS.

Pada mulanya, aku rasa benci dengan Queen kerana orientasi seks Freddie. Serta merta aku benci dengan lagu-lagunya. Tapi rasa benci itu tak lama.

Lama kelamaan, aku boleh terima kembali lagu-lagu Queen. Tak kisah kalau penyanyinya gay, janji lagunya sedap di dengar. Tapi tak bererti aku menyokong pergerakan gay.

Lagipun, ramai sebenarnya ahli muzik atau pelakon di Hollywood yang sebenarnya gay atau biseksual. Aku tak sangka Dave Koz pun seorang gay rupanya.

"Agaknya, masa dia tiup saxophone tu, mesti dia tengah bayangkan dia tengah blow job life partner dia ***** punya la tu... Hahaha...."

Aku gelak sendiri dengan lawak yang aku buat dalam kepala aku.

Apa sebabnya mereka terfikir untuk menjadi seorang homoseksual? Apa sebab mereka menjadi gay?

Kenapa dan macam mana mereka boleh hilang selera pada perempuan? Apa nikmatnya membuat hubungan seks sesama jenis?

Ada 2 orang kawan aku yang kini tergolong dalam golongan tersebut. Yang pertama ialah kawan sekolah rendah aku. Aku tak pernah jumpa dia sekarang tetapi menurut kawan-kawan aku yang lain, mereka memberitahu aku yang dia kini seorang gay. Dan aku juga pernah terserempak dia berjalan-jalan dengan seorang lelaki sambil berpegangan tangan.

Yang seorang lagi, aku tahu dia seorang gay selepas 2 tahun kenal. Selepas tahu status seksualiti dia, aku ada sedikit rasa seram-seram sejuk bila nak keluar berdua dengan dia. Tapi dia tak pernah apa-apakan aku. Mungkin aku bukan taste dia. Lega.

Awek-awek hot yang turun dari kereta tadi duduk di sebelah meja aku dan kawan-kawan aku. Mereka kelihatan ceria dan ketawa sahaja. Agak cantik juga awek-awek tersebut. Lagi-lagi awek yang rambutnya di dye berwarna perang dan memakai jersi FC Barcelona.

Kawan perempuan aku tersenyum melihat aku sedang enak mengusha awek-awek hot di meja sebelah.

"Apasal kau senyum-senyum ni?" Tanya aku.

"Aku gembira kau usha awek-awek tu. Ini tandanya kau bukan gay."

Gila! Kalau aku gay, siapa nak jaga Hannah Tan, Carmen Soo, Feixia Yeap, Marion Counter, Yvonne Sim, Raja Farah, Lisa Surihani, Diana Danielle, Fazura, Tiz Zakyah dan lain-lain perempuan yang hot tu?

Aku dah update Tears Don't Fall dan Lepas Laku.