Minggu, 15 November 2009

AKU DAN AMOI

Aku tidak tahu kenapa, semenjak kebelakangan ini aku sering termenung mengingatkan memori aku yang lepas semasa aku masih dibangku sekolah sebelum waktu tidur. 

Kata orang, bila kita selalu termenung mengingatkan peristiwa dulu, mungkin kita akan ingat kembali beberapa individu yang pernah bersama kita tetapi kini kita sendiri sudah tidak tahu ke mana hilangnya mereka itu. Ataupun kerana kesibukan kita menjalani hidup seharian, kita sudah atau secara tidak sengaja telah melupakan mereka.

Dan memang benar. Tiba-tiba aku teringat akan "dia". Cerita yang bakal aku ceritakan di bawah ini memang aku jarang-jarang sekali aku cerita pada orang lain. So, ini kira macam pengakuan eksklusif la ni. Hehehe........

Sepanjang aku belajar dari sekolah tadika sehinggalah ke UiTM Segamat, aku perasan ada sesuatu yang kurang dalam hidup aku. Aku kekurangan kawan. Kurang berkawan dengan amoi.

Amoi adalah panggilan turun-temurun kaum Melayu kepada perempuan bangsa Cina yang masih muda di Malaysia. Kalau sudah berumur sedikit, kita biasa panggil Nyonya walaupun mereka bukan langsung berasal dari keturunan Baba dan Nyonya di Melaka.

Aku bersekolah tadika di Tadika Islam Masjid Jamek. So, memang confirm lah tiada pelajar bangsa cina di sekolah tersebut. Kemudian aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar di mana semua pelajar di situ adalah berbangsa Melayu.

Kemudian, aku menyambung pelajaran aku di Sekolah Tinggi Batu Pahat. Sekolah majmuk. Melayu, Cina dan India semua bercampur gaul. Sekolah 1Malaysia. Tapi malangnya, sekolah aku tergolong dalam senarai sekolah all-boy. Tiada perempuan kecuali Tingkatan Enam. 

Tetapi agak susah mahu berkawan dengan kakak Tingkatan Enam kerana ada sesetengah "abang-abang" Tingkatan Enam melarang kami daripada berkawan dengan konon-kononnya "perempuan mereka". Tapi dapat juga aku berkawan dengan seorang dua kakak Tingkatan Enam.

Bila aku masuk ke Politeknik Merliamau, ada seorang sahaja amoi dalam kelas aku. Christy namanya dan menjadikan antara amoi paling rapat dengan aku. Dah dia seorang sahaja amoi yang ada. Kemudian aku masuk UiTM. UiTM memang sah-sah tiada Cina. Dalam Papadom sahaja yang UiTM ada cina. Tapi Papadom memang kelakar gila. Hahahahaha...

Jadi, itulah sebab utama aku kekurangan kawan perempuan yang berbangsa Cina tersebut. Cuma ada satu tempat sahaja di mana aku dapat berkawan dengan amoi dengan bilangan yang ramai. Di mana? Di pusat tuition. Dan aku hanya mula ke pusat tuition ketika tingkatan 4.

Semasa aku berada dalam tingkatan 4 & 5, aku mengambil kelas tuition di Pusat Tuition Gemilang... Ke Pusat Tuition Dinamik? Entah, aku pun tidak ingat kerana jarak mereka sangat dekat. Aku mengambil 2 subjek semasa tuition iaitu Matematik Moden dan Matematik Tambahan, selalu orang panggil add math. Aku panggil add mad (tambah gila) kerana aku gila benci subjek mengira pelik-pelik ni.

Semasa tingkatan 4, di tempat aku bertuition memang tidak ramai, sebenar tiada langsung, kawan-kawan sekelas aku yang masuk ke kelas yang sama dengan aku. Jadi aku masuk ke dalam kelas dengan orang yang amat asing dengan aku. 

Semasa kali pertama aku masuk ke kelas add math, aku melihat seimbas rakan-rakan sekelas aku. Ada dalam 20-30 orang. Dan aku cuma nampak 3 orang lelaki Melayu yang sibuk memekak dan ketawa kuat-kuat dan sekumpulan 5-6 orang perempuan melayu. Yang lain semuanya amoi. Kelas aku tiada lelaki cina.

Aku duduk di satu meja di hujung kelas kerana itu sahaja meja kosong yang tinggal. Lagipun aku datang lambat, memang meja itu sahaja yang kosong. Aku duduk diam keseorangan. Mungkin kerana akulah satu-satunya pelajar yang masuk tanpa ditemani rakan setingkatan. yang lain-lain semua berbual sesama sendiri kerana mungkin mereka semuanya rakan setingkatan di sekolah masing-masing.

Kemudian, cikgu tuition aku masuk ke kelas. Aku tidak ingat apa namanya. Dia pun segera mengagihkan buku yang akan digunakan sepanjang pengajian di pusat tuiton itu.

Tiba-tiba, masuk seorang amoi ke dalam kelas secara tergopoh-gapah. Biasalah, lewat sampai kelas. Aku tidak menghiraukan ketibaan amoi tersebut. Aku sibuk melihat ke arah luar tingkap yang sudah mula hujan. 

"Can I sit here?"

Aku berpaling. Rupanya, amoi yang datang lewat itu sudah berada di sebelah aku. Itulah ayat pertama yang si amoi itu ucapkan pada aku dan aku ingat sehingga kini. memandangkan aku tidak menjawab soalannya, sekali lagi amoi itu bertanya pada aku lagi. lagipun, memang sudah tiada tempat kosong kecuali berdekatan 3 orang lelaki yang memekak selang 2 meja dari tempat aku duduk ini.

"Can I sit here? Or you reserve this for your friend?"

"Ah.. No,no. Duduk la."

Amoi itu tersenyum manis lalu duduk disebelah aku. Ini pertama kali aku berbicara dengan seorang amoi dalam hidup aku. Bayangkan, hampir 16 tahun aku tidak pernah bercakap dengan amoi, so pasti ada berasa sedikit gementar.

Aku kerling amoi ini dengan hujung mata. Mukanya boleh dikatakan agak cute juga. Mungkin kerana pada masa itu, aku tidak pernah bergaul dengan amoi, jadi aku agak tidak pasti untuk memberikan tahap rating kecantikan amoi tersebut.

Kulitnya putih melepak. Rambutnya panjang sehingga separuh badannya. Dan... Baru aku perasan, dia pakai hot pant rupanya. Seluar pendek yang dipakai oleh amoi tersebut hanya panjang sehingga separuh pehanya sahaja.

Terkedu sekejap aku dibuatnya. Pertama kali dapat tengok peha amoi yang putih dengan jarak yang paling dekat. Tiba-tiba, amoi tersbut berpaling pada aku. Damn! Kantoi pulak aku usha peha dia!

"Mei," amoi tersebut menghulurkan tangan tanda perkenalan.

"Eeemm... Amirul."

Kami bersalaman.

"Amirul...," amoi ni macam struggle sikit mahu menyebut nama aku. Aku tidak hairan kerana memang ada sesetengah amoi sampai sekarang agak sukar mahu menyebut nama aku.

"Panggil Am je kalau susah nak sebut."

Dia senyum. "I try biasakan sebut nama you, ok?"

Maka, bermulalah perkenalan aku dengan Mei, amoi pertama yang aku kenal dalam hidup aku.

Bersambung........ 

Aku dah update Tears Don't Fall.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar