Selasa, 02 Maret 2010

"ABANG!!!! SAYA BUKAN ORANG CACAT!!!!"

Selepas menjalani pembedahan pembetulan hernia pada 20 November tahun lepas, aku belum boleh sembahyang berdiri macam manusia normal sampailah ke hari ini. Aku hanya mampu bersembahnyang sambil duduk, dengan kaki berlunjur.

Pada satu Jumaat dalam 2 minggu yang lepas, aku tiba-tiba mengajak bapak aku bersembahyang Jumaat di Masjid Bentara Luar atau lebih dikenali sebagai Masjid Lama. Kebiasaannya, aku dan bapak aku akan bersembahyang di Masjid Sultan Ismail atau dikenali sebagai Masjid Baru.

Masjid Lama mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding Masjid Baru. Biasanya di Masjid Baru, aku akan tunggu semua orang masuk ke dalam saf, baru aku masuk di saf belakang.

Oleh disebabkan saiz Masjid Baru yang besar, banyak ruang di bahagian belakang. Aku memang sengaja memilih untuk duduk di saf paling belakang kerana aku tidak mahu menyusahkan orang lain kerana aku yang terpaksa sembahyang secara duduk.

Tetapi di Masjid Lama, dengan saiz masjid yang lebih kecil, aku terpaksa berebut masuk untuk duduk di saf tengah-tengah. Kalau aku lambat, ada kemungkinan aku terpaksa sembahyang di tangga, macam di Masjid India.

Jadi aku pun sembahyang duduk di tengah-tengah masjid. Banyak mata yang memandang. Kalau seorang yang sudah tua dan berumur terpaksa bersembahyang duduk, itu mungkin satu fenomena biasa. Tetapi untuk orang muda seperti aku sembahyang duduk, memang banyak hati yang akan berkata.

Bagi yang tidak prejudis, mereka pasti akan berfikir aku terpaksa sembahyang duduk kerana aku tidak sihat. Bagi yang prejudis, mesti dah mengata yang bukan-bukan. Kenapa aku berkata demikian? Kerana aku pernah dengar dengan telinga aku sendiri. Biasalah.... Mulut Melayu...

Selepas aku selesai bersembahyang, ada beberapa orang memandang-mandang pada aku. Aku buat tak kisah.

Tiba-tiba ada seorang lelaki berumur pertengahan 30-an datang dan bersalam dengan aku. Dalam genggaman salam, lelaki tersebut meletakkan wang sebanyak RM 20 (kira macam salam kaut masa pergi kenduri la). Sambil memberikan wang tersebut, lelaki tersebut berkata, "duit ni buat makan ye?"

Selepas memberikan wang tersebut pada aku, lelaki tersebut terus pergi meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga. Damn! Mesti lelaki tersebut ingat aku ni cacat dan duit RM 20 yang diberikan tu sebagai derma.

"Abang!!!! Saya bukan orang cacat!!!"

Tapi jeritan aku tu tak dapat didengari oleh lelaki tersebut. Aku nampak lelaki tersebut pergi ke arah tabung derma untuk anak-anak yatim. Ada 2 tabung di situ. Lelaki tersebut memasukkan not RM 50 pada tiap-tiap tabung tersebut.

Boleh tahan kaya lelaki tersebut. Selamba je derma RM 100. Itu baru 2 tabung. Tak masuk tabung-tabung lain yang ada dalam masjid tu.

Aku sempat usha lelaki tersebut. Selepas keluar dari masjid, lelaki tersebut pun pergi ke arah keretanya yang di parking agak jauh dari kawasan masjid. Lelaki tersebut memandu kereta jenama Mercedez. Aku tak pasti model apa, tapi Mercedez sport dua pintu tu.

Selepas kejadian tersebut, aku dapat rumuskan beberapa perkara.

Aku berasa timbul rasa kesedaran dan bersyukur kerana dilahirkan dengan sifat yang sempurna. Memang sukar menjadi orang yang serba kekurangan, walaupun aku cuma tidak boleh sembahyang secara berdiri dan tidak boleh lagi terlibat dalam aktiviti lasak. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat merasai nasib mereka yang tergolong dalam golongan O.K.U. dan sukarnya menjalani hidup dalam keadaan yang tidak sempurna dan sering tersisih dari masyarakat.

Aku bersyukur masih ada orang dalam kategori kaya yang masih prihatin kepada orang susah ayau kurang upaya dan sanggup menghulurkan bantuan. Keep up the good work, bro. Aku doakan agar lelaki yang bagi derma ni akan semakin kaya dan terus membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

Nampak gayanya, aku tak kan ke Masjid Lama lagi sampailah aku boleh berdiri balik. Aku tak nak disalah anggap sebagai orang golongan O.K.U. dan dapat derma lagi. Malu beb!

Sabtu, 13 Februari 2010

TAHUN BARU CINA, ELLY TRAN HA & HANNAH TAN


Gadis berkulit putih, kalau pakai baju berwarna merah memang nampak extra sexy

Aku dan awek aku, Elly Tran Ha, ingin mengucapkan selamant menyambut Tahun Baru Cina kepada semua mereka yang berbangsa Tionghua di Seluruh Malaysia.

Elly, sayang... abang jumpa sayang hari Selasa nanti ya? Sekarang sedang meluangkan masa dengan family sampai hari Isnin ni.

Hari Rabu hingga Jumaat perlu ke Jepun pula. Tak kan Abang nak tinggalkan Hannah Tan menyambut Tahun Baru keseorangan di Jepun kan?

Hannah, dear... Why Sari? You should wear your cheongsam, dear... Deepavali was last November.

There you go. Maybe it's not a red cheongsam. But it is more sexy than Elly's cheongsam. So, it's ok for me. Your always no. 1.

Kamis, 11 Februari 2010

32 JEMENTAH DALAM KENANGAN

Bila aku sudah bosan dan tak tahu nak buat apa, aku baca balik semua entri blog aku dari yang pertama sampailah sekarang. Boleh buat aku ketawa bila aku baca hasil penulisan aku yang lama. Ayat macam haram. Langsung tak de ciri-ciri kematangan (macamlah sekarang matang sangat).

Kemudian, aku pergi ke blog rakan sebilik aku sewa aku menetap di rumah sewa di Segamat semasa menuntut di UiTM Segamat, Cendol. Kami semua sepakat memberikan nama timangan kepada rumah sewa kami. Nama rumah sewa kami 32 Jementah. Kepada pembaca baru blog aku, kamu boleh baca entri ini (Lagenda 32 Jementah) untuk mengenali dengan lebih mendalam ahli 32 Jementah berserta perangai mereka sedikit sebanyak.

Aku baca blog Cendol dari awal, sampai sekarang. Aku telah terjumpa beberapa gambar yang menarik dari blog beliau.

Oleh kerana aku pun kebuntuan untuk mengemas kini blog ini, biar aku hidangkan kamu dengan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua.


Ini ialah gambar gitar kesayangan Cendol. Dengan gitar ni aku cuba berguru dengan Cendol. Tapi tak ke mana. Mungkin sudah tertulis yang aku kekurangan bakat dalam bidang muzik.

Memang amat jarang nak tengok gitar tersebut penuh dengan tali. Kalau putus, kena tunggu 2-3 bulan untuk melihat Cendol beli tali gitar yang baru. Maklumlah, rumah kami ada banyak gitar. Boleh pinjam gitar member yang lain. Gita Baox ada... Gitar Apeng ada... Gitar Lula ada...

Tapi jangan cuba-cuba nak pinjam gitar Lula bila Lula dah start main Yesterday dari The Beatles. Itu maksudnya emosi Lula sedang terganggu. Laju yang paling hebat pernah Lula nyanyi menggunakan gitarnya ialah Gadis Bertudung Putih.


Yang ni gitar Apeng. Rasanya gitar ni jarang-jarang tak cukup sifat. Biasanya gitar Apeng menjadi gitar simpanan kepada Cendol. Stiker pada gitar menjadi trademark.

Sayangnya aku tidak jumpa gambar gitar Baox kerana ada cerita menarik tentang gitar Baox. tapi tak salah kalau nak bercerita tentang Baox dan gitarnya.

Dalam satu hari, Baox mesti pegang gitar sekurang-kurangnya sekali. Baox merupakan seorang peminat tegar metal dan underground. Baox juga mempunyai band sendiri yang bernama Mentharas.

Dalam komputernya, penuh dengan video klip kumpulan-kumpulan Metal yang mustahil kita dapat dilihat ditayangkan di MTV ataupun Channel V. Sambil mendengar lagu-lagu Metal atau menonton video klip, Baox akan mencapai gitar tersebut dan sing-a-long dengan lagu tersebut.

Tapi itu dulu, sekarang Baox dah berubah. Sekarang Baox dah pandai layan lagu K-Ci & Jojo, All My Life. Dengar cerita sekarang dah jadi peminat tegar P. Diddy dan Kanye West. Cilaka!!!!! Tak tahulah apa nasib gitar Baox tersebut. Mungkin nasib gitar Baox lebih malang dari gitar Cendol sekarang.


Ini bilik Bell dan Apeng. Nampak kemas. Bantal teratur, katil kemas, buku tak bersepah. Memang satu pujian boleh diberikan pada mereka berdua.


Yang ini pula bilik aku dengan Cendol. Ok, jangan salah anggap. Bilik ni bukan bersepah tapi kami saja sepahkan barang pada sekeliling bilik ini kerana kami berdua menerapkan tema "Rockers" pada bilik kami, sebab tu nampak bersepah.

Tapi kata peribahasa inggeris, don't judge a book by it's cover. Begitu juga pada kamu. Don't judge a person by their room. Walaupun bilik aku dan Cendol bersepah, tapi budi perkerti kami berdua jauh lebih baik dari Apeng dan Bell.

Apeng akhlaknya boleh dikatakan mulia lagi. Tapi Bell..... Kalau kamu rajin, kamu carilah dalam blog aku cerita tentang Bell. Klik pada bahagian tag 32 Jementah, dan kamu boleh baca perihal Bell. Ok, bagi kamu preview sikit. Baca entri ini.


Ini pula almari aku. Kalau kamu semua tengok, ada pelbagai variasi dan warna. Ada t-shirt, t-shirt berkolar, jersi bola, sleeveless shirt, baju kemeja dan lain-lain. Dengan pelbagai warna hitam, merah, putih, biru... Tapi mungkin kamu boleh nampak yang aku minat warna merah sebab ada 3 helai baju yang berwarna merah.


Ini almari Cendol. Cuma ada satu baju kemeja. Lain-lainnya t-shirt dan nyata sekali semuanya bewarna hitam. Sekali tengok, macam rumah mayat. Perangai Cendol pun ada iras-iras mayat. Memang betul-betul match made in Heaven.

Itu sahaja buat kali ini.Tapi kenangan 2 tahun di 32 Jementah memang tidak dapat kami semua lupakan dan tidak mungkin kami akan laluinya sekali lagi.

Aku dah update Tears Don't Fall dan Lepas Laku.

Rabu, 03 Februari 2010

PERUBAHAN PERSEPSI ORANG MELAYU DULU & SEKARANG

Lama aku tak update blog ni. Writers block!!! Sudah agak lama aku tak menulis sesuatu yang agak serius dan panjang lebar. Here we go!

Perubahan. Kita tidak dapat lari dari perubahan dalam kehidupan kita. Perubahan boleh berlaku di dalam pelbagai bentuk dalam hidup kita. Perubahan dari segi fizikal, penampilan, gaya berfikir, ideologi, kepercayaan dan lain-lain lagi.

Kadang-kadang kita tahu perubahan yang berlaku pada diri kita. Kadang-kadang kita tidak sedar dengan perubahan tersebut.

Orang di sekitar kita biasanya akan peka dengan perubahan diri kita walaupun kita tidak menyedarinya. Perubahan dari segi fizikal, memang senang untuk dikesan. Perubahan dari segi mental, pemikiran, fahaman, ideologi, persepsi... memang sukar dikesan.

Menyebut tentang persepsi, memang banyak sudah perubahan yang berlaku dari pemikiran yang berlaku dari zaman dulu sehinggalah sekarang.

Oleh kerana aku kini memegang status penganggur yang tercedera, aku hanya duduk di rumah macam budak-budak baik. Jadi aku banyak meluangkan bersama ibubapa aku. Aku selalu berbual-bual dengan mereka dan pelbagai kisah yang kedua orang tua aku ceritakan.

Akhirnya sampailah bahagian persepsi orang Melayu pada masa dahulu dan sekarang.

"Dulu kalau jadi artis, kira memang hina betul la. Tak boleh sembarangan nak cakap kita minat kat artis tu, nanti orang pandang serong."

Aku setuju dengan kata-kata mak aku itu. Contoh paling mudah, Filem Ibu Mertuaku lakonan P. Ramlee. Bagaimana meluatnya Mak Dara pada Kassim Selamat.

"Kalau kau aku dah tak suka, keturunan kau pun aku tak suka."

"Ahli muzik? Pantang keturunan aku kahwin dengan ahli muzik!"

Itulah antara dialog popular yang sering diajuk oleh kita semua, tetapi mempunyai maksud yang mendalam.

Pada zaman dahulu, memang ada jurang antara artis dan orang biasa. Zaman sekarang, memang tiada masalah kalau peminat-peminat yang nak bermesra dengan artis. Malahan, kalau ada niat dihati nak menjadi artis pun tak menjadi masalah. Berlambak rancangan realiti ada sekarang. Pilih saja mana yang berkenan di hati.

Satu lagi ialah sesuatu nasib malang yang menimpa kaum wanita, tetapi akhirnya kaum wanita yang disalahkan dan menjadi mangsa hinaan. Yang ini agak sensitif sedikit, tetapi inilah kenyataan persepsi orang melayu pada zaman dahulu.

Mangsa rogol. Zaman sekarang, jika ada wanita yang dirogol oleh seorang lelaki yang dah tak boleh mengawal nafsunya, pasti ramai yang akan merasa simpati pada perempuan yang menjadi mangsa rogol tersebut dan lelaki yang menjadi perogol akan menjadi mangsa buruan orang ramai.

Tetapi pada zaman dulu, perempuan yangdirogol tersebut yang akan disalahkan dan dihina.

"Kalau perempuan dah kena rogol, memang cepat-cepat la kena pindah sebelum orang kampung tahu. Kalau tahu, memang orang kampung hina cukup-cukup lepas tu halau dari kampung."

Mula-mula aku ingatkan mak aku cuba melawak. Rupa-rupanya mak aku tidak menipu.

Situasi yang sama juga dialami oleh perempuan yang diintai ketika mandi atau menyalin pakaian. Zaman dulu kalau kawasan kampung, bilik air berada diluar rumah. Biasanya dinding bilik air diperbuat dari zink yang biasa orang gunakan untuk atap rumah.

Bila dah bertahun-tahun, zink akan berlubang-lubang dan dari lubang itulah para lelaki pervert akan mengintai perempuan mandi.

"Kan perempuan tu mangsa intai. Kenapa dia pulak yang kena halau dari kampung?"

"Tanya la orang zaman dulu-dulu," jawab mak aku dengan mudah.

"Satu lagi kalau perempuan dah ada title janda. Memang kena hina aje la. Orang kampung mesti kutuk tak pandai jaga laki la, perempuan curang la, macam-macam lagi."

"Kalau dah ada title janda, cepat-cepatlah pindah ke tempat lain. Lepas tu kena sorok title janda tu bila dah pindah kat tempat baru. Nanti orang hina pulak," tambah mak aku lagi.

Pelik aku. Kenapa persepsi orang Melayu dulu sangat pelik. Perempuan yang jadi mangsa pula yang dihina. Tapi zaman sekarang memang berbeza sebab zaman sekarang, janda memang laku. Mahal harga janda sekarang. Berebut-rebut lelaki hendakkan janda. Contoh paling mudah, Rozita Che Wan. Janda hot Malaysia tu.

Dan secara tiba-tiba mak aku menyentuh tentang perkahwinan campur (mix marriage). Dengan kata lain, perkahwinan antara orang bangsa Melayu dengan bukan Melayu.

Menurut mak aku, perkahwinan campur adalah sesuatu yang amat hina di mata orang Melayu ketika itu. Istilah "macam dah tak de Melayu lagi ke nak buat kahwin", akan kedengaran jika ada dikalangan orang Melayu yang berkahwin campur.

Pelik. Bukankah dalam Islam ada menyatakan yang kita sepatutnya kenal-mengenal antara bangsa-bangsa lain. Malah menggalakkan perkahwinan antara bangsa yang berlainan. Malah, kajian sains juga menyatakan anak yang dilahirkan melalui perkahwinan campur melahirkan anak yang lebih pintar dan generasi yang lebih baik.

Macam pokok durian. Kamu mungkin pernah dengarkan istilah "kahwin durian". Menyantukan dua jenis pokok benih durian dari dua jenis yang berlainan untuk menghasilkan buah durian yang lebih baik. Jadi, teori ini sama sahaja kepada manusia.

Ok. Balik ke tajuk asal. Mungkin pandangan serong tentang perkahwinan campur kerana sifat racism yang amat tebal ketika itu. Ok. Zaman sekarang pun masih ramai yang rasicm. Itu masih satu kenyataan. Rasicm bagaikan racun di dalam semua Rakyat Malaysia. tapi Alhamdulillah, sekarang sikap ini sudah berkurangan.

Menyentuh perkahwinan campur, ahli keluarga aku ada yang mengamalkan perkahwinan campur. Arwah nenek saudara aku sendiri berkahwin campur. Aku memanggil nenek saudara aku dengan panggilan Nek Lang. Nek Lang sudah kembali ke rahmatullah pada bulan Disember tahun lepas. 2 Minggu selepas aku menjalani pembedahan pembetulan Hernia aku.

Nek Lang berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa India. Lelaki India tersebut merupakan seorang pemain bola sepak yang mewakili pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia (pada ketika itu dipanggil Malaya). Kalau aku sebut namanya, mungkin ayah atau datuk kamu mengenali Tok Lang aku ni.

Menurut mak aku, arwah Nek Lang bertemu dengan Tok Lang di hospital. Tok Lang aku dikejarkan ke hospital kerana kecederaan. Kebetulan Nek Lang aku merupakan seorang jururawat, maka di sana mereka bertemu jodoh.

Perkahwinan mereka dikurniakan dengan 2 orang anak lelaki. Sepanjang perkahwinan mereka, mereka selalu dihina oleh orang kampung. Selalu kena maki, jadi bahan umpat, kena baling dan macam-macam lagi.

Oleh sebab tak tahan dengan keadaan sekeliling, Tok Lang aku pun bercerai dengan Nek Lang aku dan lari dari kampung tersebut. Tok Lang aku melarikan diri dengan anak kedua mereka. Keluarga Nek Lang aku runtuh hanya kerana tohmahan orang sekeliling.

Selepas beberapa puluh tahun, anak sulung (Daddy Long) dan anak kedua (Pak Ipin) bertemu semula setelah Pak Ipin melanggar kereta Daddy Long. Kuasa tuhan telah menemukan mereka sekeluarga semula. Tok Lang sudah pun menjadi imam di sebuah surau/masjid di kawasan Kuala Lumpur.

Persepsi orang Melayu pada masa dahulu telah memusnahkan keluarga Nek Lang dan Tok Lang aku.

Itu dulu. Sekarang, sepupu mak aku, Pak Eddy, berkahwin dengan seorang perempuan berbangsa Cina. Alhamdulillah, mereka diterima oleh orang sekeliling dan hidup dengan aman. Mereka sudah pun dikurniakan dengan sepasang anak kembar tak seiras. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

Tapi, budaya pandang serong pada kahwin campur ni masih ada dalam orang Melayu. Bukan setakat generasi tua sahaja, tapi yang sebaya dengan aku pun ada yang berpandangan sebegini. Ingatkan generasi baru lebih bijak berfikir, tapi tidak rupanya.

"Apahal la kawin dengan cina? Nanti jadi kapir la tu. Mau dengan anak-anak sekali jadi kapir."

Geleng kepala aku dengar kata-kata kawan aku. Tak pernah pulak aku jumpa ayat dalam Al-Quran tulis Islam diturunkan untuk orang Melayu. Bukankah Islam diturunkan untuk semua umat manusia tidak kira apa bangsanya? Islam boleh dianuti oleh sesiapa sahaja tidak kira apa bangsanya.

Lagipun, jiran aku ni imam, kahwin dengan melayu. Tapi anak-anak punya perangai tidaklah Islam sangat pun.

Tapi sebenarnya, sifat anti kahwin campur ini masih dipegang oleh ramai orang Melayu. Kenapa? Kerana sifat anti kahwin campur ini lebih kepada sifat racism. Itu saja sebab utamanya. Rasanya kamu juga faham kan?

Aku malas nak mengupas tentang racism kerana racism adalah satu tajuk yang lebih panjang. Lain kali kalau aku rajin, aku buatlah. Kalau Rajin, ya?

Kesimpulannya, sedikit sebanyak orang Melayu kini mula membuka persepsi mereka kepada jalan yang lebih positif. Walaupun masih ada yang berfikiran negatif seperti di atas (Ya! Aku pernah jumpa golongan macam ni di zaman sekarang), tetapi tidaklah sebanyak zaman dahulu.

Semoga kita lebih luaskan minda untuk menerima sesuatu yang lebih baik. Jangan terus berada ditakuk yang lama. Terima benda yang baik dan buang benda yang buruk.

Sekian.

Aku dah update blog Tears Don't Fall dan Lepas Laku.

Selasa, 12 Januari 2010

PEMERHATIAN: JENIS-JENIS STUDENT YANG ADA DI IPT MALAYSIA (KATEGORI STUDENT LELAKI)

Aku yakin kebanyakan pembaca blog aku in merupakan pelajar atau bekas IPT di Malaysia. Biasanya kalau sudah study di IPT, kamu mesti pernah tinggal di asrama, kolej, kamsis atau rumah sewa di IPT kamu itu.

Bila tinggal sebumbung dengan pelbagai jenis orang dari pelbagai ceruk negeri dan susur keluarga yang berlainan membuatkan kamu berjumpa dengan pelbagai perangai manusia yang tak pernah kamu tengok sebelum ini. Jom kita tengok samada kamu semua pernah jumpa jenis-jenis yang demikian.

Pemerhatian aku ni lebih fokus kepada student lelaki di asrama sebab aku tak pernah tinggal di asrama perempuan.

1. Kategori Mat Study

Rasanya aku tak perlu terangkan secara terperinci sebab kamu sudah semestinya faham apa maksud mat study. Memang kuat study. Ada yang panggil mereka sebagai nerd atau geek.

Buku merupakan kekasih hati mereka. kalau check poket seluar mereka, mesti ada nota lipat yang mereka buat sendiri. Nota tersebut akan dibaca ketika mahu menunggu bas/teksi, beratur membeli makanan di cafe atau ketika menunggu burger siap dimasak.

Pointer bagi student dalam kategori ini biasanya dalam lingkungan 3.5 keatas.

Kuat study dan study setiap malam walaupun esok tiada kuiz atau test. Jadi golongan ini memang tidak pernah meniru dalam ujian mereka. Biasanya student dalam jurusan Akauntasi, investment analysis, law, medic, dan architect dalam golongan ini (tapi tak semua juga sebab aku ada juga kawan-kawan dari jurusan tersebut tapi kaki enjoy juga).

Sentiasa menjadi wakil untuk IPT mereka dalam acara pidato dan juga debat. Tidak tinggal pertandingan-pertandingan yang menggunakan akal dan minda yang lain.

Tapi walaupun mereka kuat study, tak semua student yang berada dalam golongan ini berpenampilan macam tipikal nerd (cermin mata bingkai hitam yang tebal, pakai baju masuk dalam seluar, rambut sikat tepi), ada di kalangan mereka kini juga agak up to date.


2. Kategori Mat Masjid

Biasanya student dalam golongan ini memang kuat berpegang pada ajaran agama mereka. Solat 5 waktu memang tidak pernah tinggal. Selalu ke masjid untuk berjemaaah dan membaca yasin pada malam jumaat juga tidak pernah menonton cerita porno terutamanya video berformat 3gp.

Mereka ini biasanya menjadi AJK dalam pertubuhan masjid atau agama. Mereka juga selalu organize acara-acara berlandaskan Islam seperti konsert artis nasyid, Campus Idol (student UiTM Segamat pasti tahu program ini), kempen muslim dan muslimah dan lain-lain.

Ada juga yang agak extreme. Bagi golongan extreme, biasanya mereka agak memandang serong golongan yang happy go-lucky atau jenis kaki harok dan suka buat lawak. Lebih extreme, mereka tidak mahu berkawan dengan pelajar perempuan yang tidak bertudung. Nasib baik golongan extreme ini tidak wujud di IPT aku belajar dahulu.

Peringatan pada kamu semua, pelajar dalam jurusan Islamic Banking tidak semestinya tergolong dalam golongan mat masjid... Hahaha... Betul tak, Cendol?

Sangat memusuhi golongan bawah ini.


3. Kategori Mat Porno

Sudah pasti jenis yang suka kumpul cerita-cerita porno atau nama lebih glamour nya, cerita blue. Penuh hard disc komputer dengan cerita-cerita pornonya.

Tanya sajalah jenis apa yang ada dalam komputernya. Malaysia, Indonesia, Jepun, Orang putih, Negro, Budak Sekolah... Dan juga video pelbagai format dari 3gp, MPG, MPEG, AVI, FLV, MOV, MP4 dan lain-lain format lagi. Semuanya ada dalam simpanannya.

Semua benda hot dan terbaru boleh didapati pada mereka ini, terutamanya yang melibatkan nama artis samada betul artis tersebut terlibat dalam video tersebut atau pelakon video tersebut ada iras macam artis yang dikaitkan.

Memusuhi golongan di atas dan biasanya akan mencari orang yang paling dicari apabila tamat Peperiksaan akhir oleh student-student lain, dengan alasan menonton cerita porno boleh mengosongkan minda atau menenangkan minda.

Hahaha... Housemate aku dulu ada dalam golongan ini....


4. Kategori Mat Sukan

Jenis student yang suka bersukan dan sangat aktif. Apabila balik dari kelas sessi petang, mereka pasti dengan pantasnya menyalin baju dan terus ke padang. Tak kira jenis sukan apa, bola sepak, ragbi, badminton, bola keranjang... Paling tak pun, jogging.

Mat sukan biasanya adalah golongan yang menjadi perhatian dan diminati oleh pelajar wanita. Mereka ni boleh dikatakan golongan student yang senang untuk mendapat teman wanita, lagi-lagi kalau muka mereka ni jambu-jambu sedikit.

Biasanya selalu juga ponteng kelas untuk menghadiri latihan lagi-lagi jika sudah pun mewakili IPT mereka ke acara sukan IPT seMalaysia.

Pakaian kegemaran mereka ialah jersi bola sepak pasukan yang bermain di EPL, La Liga, Serie A atau mana-mana liga ataupun jersi pasukan ragbi yang bertanding dalam piala dunia. Kalau beli T-Shirt, mesti akan fokus pada baju berjenama yang sering dikaitkan dengan sukan seperti Nike, Adidas, Puma, Umbro dan lain-lain.

Mereka biasanya akan couple dengan perempuan yang kontra dengan mereka, iaitu tidak aktif bersukan. Kenapa? Tanyalah mereka sendiri.


5. Kategori Mat Cyber

Golongan yang sangat hebat dalam bidang-bidang atau apa-apa perkara yang berkait rapat dengan komputer.

Mereka boleh mengformat komputer, membaiki komputer, membuat website sendiri, tahu selok belok dunia cyber, tahu website yang terbaik untuk download lagu ataupun movie, tahu gadget-gadget komputer yang baru dan sentiasa mengupgrade komputer atau pun laptop mereka supaya menjadi semakin besar hard disc nya dan semakin laju komputer mereka.

Sangat peka dengan harga semasa laptop atau komputer. Menjadi orang pertama jika Kaspersky Anti-Virus sudah mengeluarkan version baru. Tempat lawatan yang paling digemari Low Yatt.

Mat Cyber tidak semestinya datang dari student yang mengambil jurusan yang berkaitan komputer kerana kadangkala mereka ini ada yang datang dari jurusan Finance, Hotel Katering, marketing dan lain-lain. Kadangkala mereka lebih hebat dari student jurusan perkomputeran.

Sepanjang aku duduk di 3 rumah sewa semasa aku belajar di IPT, ada 2 orang kawan aku dalam golongan ini.


6. Kategori Mat Romeo/Player

Pantang nampak perempuan dahi licin sikit, hot-hot sikit.... Mesti dia masuk jarum punya....

Golongan ini memang selalu mencari cinta. Ya.... SELALU. Dengan erti kata lain, selalu bertukar pasangan.

Mereka ini selalu bertukar-tukar pasangan. Antara perempuan yang menjadi sasaran mereka ialah wanita-wanita yang hot-hot dan up-to-date, bermuka lawa, popular, anak orang kaya, perasaan hot atau cun, perempuan yang jual mahal, perempuan kategori bitch, perempuan yang senang nak buat "main" dan juga pelajar wanita yang pernah menjadi model sebelum masuk ke dalam IPT.

Pelajar lelaki yang berada dalam kategori ini juga terbahagi kepada 2 jenis. Jenis yang penyakit hati atau jenis makhluk perosak.

Jenis penyakit hati ini biasanya selalu bertukar-tukar pasangan tanpa membuat sesuatu yang buruk pada perempuan tersebut. Maksudnya, bila dia mula rasa sudah boring dengan teman wanitanya yang sekarang, dia akan meminta putus dan segera mencari teman wanita yang baru.

Jenis makhluk perosak pula adalah jenis yang paling berbahaya. Mereka ini akan merosakan teman wanita mereka sebelum meninggalkanya. Mereka akan meniduri teman wanita mereka sepuas-puasnya sebelum meninggalkan mereka. Kalau nasib tak baik, mungkin teman wanita itu akan mengandungkan anak yang tak berbapa.


7. Kategori Mat Muzik

Mereka ini memang minat muzik. Dan bila aku kata minat muzik, sudah semestinya bukan muzik yang ke udara di corong radio iaitu aliran muzik perdana (mainstream music), tetapi yang underground... Oh, Underground dah tak wujud. Sekarang sudah bertukar menjadi Indie.

Mereka memang meminati muzik dan mempunyai pengetahuan muzik yang hebat. Mereka juga mendengar muzik dari band-band yang mungkin orang lain tak pernah dengar nama band tersebut ataupun lagu-lagu yang memang tidak keluar radio. Sangat membenci band-band yang memainkan muzik secara komersil dan muzik bermusim (emo sebagai contoh). Contoh band yang tidak disukai ialah My Chemical Romance.

Dalam komputer atau laptop mereka memang penuh dengan mp3 lagu-lagu band kegemaran mereka. Tak tinggal video klip band-band ini juga. Video klip perlu disimpan kerana mustahil MTV atau Channel V mahupun Hitz.TV akan menayangkan video klip ini.

Kebanyakan mat muzik tahu bermain alat muzik. Alat muzik paling popular sudah tentulah gitar tong atau lebih mulia dipanggil gitar kapuk. Biasanya mempunyai band sendiri sebelum masuk IPT dan akan menubuhkan band baru yang terdiri dari kawan-kawan di IPT pula.

Aktiviti bersama yang sering mereka lakukan ialah masuk Battle of The Band dan pergi Gigg bersama-sama. Bagi yang masih kuat fahaman underground-nya, sangat anti dengan Konsert Rock The World.

Sangat anti dengan budak-budak sekolah atau budak-budak baru nak up (biasanya sekitar 15-22 tahun) yang poyo macam tahu sangat pasal Indie dan Underground. (Aku pun tak suka golongan baru nak up ni). Biasanya golongan ini suka pakai T-Shirt yang ada tulis ayat-ayat seperti "Awak tak perasan saya sebab awak perasan awak cantik", "Saya sayang mak saya", "Mak saya sayang saya" dan lain-lain lagi.


8. Kategori Mat Business

Kategori ini merupakan yang paling kreatif, inovatif, kuat berdaya saing, sentiasa peka kepada peluang terhidang dan banyak duit. Mereka akan menjual apa saja jenis barangan atau makanan, janji boleh mendapatkan keuntungan.

Mereka juga akan mencuba sedaya upaya untuk menjual barangan mereka di dalam asrama walaupun sebenarnya barang yang mahu dijual itu merupakan barangan terlarang di dalam IPT.

Sebagai contoh, rokok. Rokok memang diharamkan di kampus. Mat business akan sedaya upaya menyeledup rokok ke dalam kampus sebab rokok merupakan jualan paling laku di kampus.

Bagaimana mereka mahu menyeludup rokok? Salah satu cara yang paling hebat yang pernah aku saksikan ialah dengan menggunakan casing CPU yang kosong. Mula-mula, mereka membawa keluar casing CPU itu keluar kampus. Bila pak guard ternampak CPU itu, pak guard pasti tak kan suspek apa-apa apabila melihat casing CPU itu dan menyangka mereka keluar untuk membetulkan CPU itu.


9. Kategori Mat Ganja/Dadah

Kategori yang juga amat popular. Ada juga yang panggil Mat Lalok atau Mat Pit.

Setiap hari mereka akan cuba meng'high'kan diri mereka. Jangan terkejut jika mereka tidak ingat kehidupan mereka sepanjang semester kerana mereka ingatan mereka selalu kabur akibat kesan high dadah/ganja mereka.

Mereka tahu mana port yang selamat untuk pekena 'barang' mereka. Malah mereka juga tahu mana nak dapatkan 'barang'. Kenal pusher terkenal dikawasan tersebut dan tahu pusher mana yang bagi barang yang 100% original atau yang mana bagi 'barang' yang campur.

Agak menyakitkan hati kalau ada orang jenis ini dalam kumpulan assignment kamu kerana mereka agak sukar memberikan pendapat mereka apabila acara brain storming dijalankan. Lagi-lagi kaki 'ice' sebab effect 'ice' biasanya makan 3-4 hari untuk hilang.

Tapi mereka boleh menjadi bahan jenaka jika mereka pergi ke kelas dalam keadaan 'high'. Bila pensyarah menyoal mereka semasa tengah 'high', jawapan yang mereka bagikan pasti agak kreatif (baca: melalut).


10. Kategori Mat Party/Clubbing

Hari Jumaat memang hari yang paling digemar kerana malam tersebut dah boleh pergi clubbing.

Mat-mat clubbing memang agak tertekan jika ditempatkan di IPT yang terletak ditempat bandar kecil atau mereka suka gelarkan sebagai tempat jin bertendang. Bandar-bandar kecil atau jauh dari bandar besar memang satu dugaan buat mereka kerana tiada tempat untuk berclubbing pada malam hari.

Macam mana nak mengenal pasti mereka? Mudah sahaja. Tengok lagu yang ada dalam handphone atau MP3 player meleka. Kalau banyak sangat lagu techno, dance, trance & sewaktu dengannya. Lebih confirm lagi kalau mereka gunakan lagu-lagu tersebut sebagai ringtone.


Itu lah serba sedikit pemerhatian yang aku buat. Mungkin ada yang tidak betul dengan pemerhatian aku. Maklumlah, aku tidak sehebat Dr Fadzilah Khamsah yang boleh buat kajian sehingga 10 tahun.

Kalau ada bloggers perempuan yang mahu balas balik enri ini dengan versi wanita pula, silakan. Jangan lupa bagitahu aku kalau dah buat.

Aku dah update Tears Don't Fall & Lepas Laku.

Rabu, 06 Januari 2010

AKU DAN AMOI PART 3

Aku dah tukar banner untuk blog ini. Model yang ada pada banner aku adalah Hannah Tan. Hannah Tan merupakan model/penyanyi/pelakon/pengacara kelahiran Pulau Pinang.

Selama ni, aku asyik gunakan model dari Jepun sebagai banner blog aku. Dah sampai masa aku gunakan produk Malaysia sebagai banner.

==========

Aku mula rasa serba-salah. Apa yang aku patut katakan pada Mei? Mei tersenyum sambil menanti jawapan daripada aku.

Kalau ikut kata hati, memang aku nak cakap ok tapi otak aku pantas memikirkan kesan negatif yang bakal aku lalui.

Akhirnya aku otak aku memberikan tindak-balas untuk menjawab persolan Mei.

"Mei, actually.... Saya dah ada girlfriend la...," jawab aku dengan sedikit rasa menyesal.

"So?" balas Mei pendek.

"Eemm... So...," respond dari Mei buat aku mati akal seketika.

"Come on la. We are friend, right? Kita pergi sebagai kawan..."

Betul juga cakap Mei tu. Aku dengan dia kawan, bukan lebih pun.

Tapi macam mana kalau awek aku jealous? Mintak putus?

Ah! Aku baru tingkatan 4. Panjang lagi perjalanan hidup. Entah kekal, entah tidak relationship aku dengan awek aku ni (memang tak pun). 

Aku dengan segera mengangguk dan senyum. tanda ya la tu.

Esoknya, aku pun keluar dengan Mei. Tapi serious aku keluar dengan perasaan berani-berani-takut. Kenapa aku berperasaan demikian rupa? 

Yang pertama, walaupun aku tahu awek aku memang tak keluar pada hari tersebut, tapi aku masih takut kalau kawan-kawan dia yang nampak dan menjadi tukang report pula.

Yang kedua, konon-kononnya inilah pengalaman aku yang pertama main curang-curang dengan awek aku. Tapi tak salahkan kalau setakat keluar dengan kawan-kawan kan?

Yang ketiga, ini pertama kali aku keluar dengan perempuan yang bukan sebangsa dengan aku. So, serba sedikit aku rasa sedikit janggal dan takut jika ada perbuatan aku yang mungkin akan menyentuh sensitiviti bangsa dia. Tapi Alhamdulillah, semuanya ok.

Aku menonton cerita The Beach seperti apa yang Mei hajati. Aku belanja duit tiket wayang, Mei belanja Pop Corn dan Coke. Mula-mula aku relax je, tapi perasaan relax tersebut hilang apabila secara mendadak Mei merebahkan kepala dia pada bahu aku.

Hati aku terbahagi dua. Satu bahagian hati aku memang gembira yang teramat sangat. Gila kau! Ini kalau kawan-kawan aku tengok mahu ada yang bunuh diri sebab jealous tak memasal.

Tapi satu lagi hati aku memang menggelabah juga. Tiba-tiba awek aku ada kat seat belakang. Dia tipu aku cakap tak keluar rumah sebab nak spy aku. Tak ke mampus?

Habis sahaja cerita tersebut kami, kami terus keluar. Mei kelihatan tenag seperti dia apa-apa terjadi dalam wayang tadi. Melihat reaksi Mei yang tenang, aku pun berlagak tenang jugak la. Kami pergi ke KFC untuk mengisi perut. Mei belanja aku lagi. Mei datang dari keluarga yang agak berada, jadi setakat belanja KFC memang langsung tak terjejas buat dirinya.

Dari hari ke sehari, hubungan aku dan Mei semakin akrab. Hari tuition adalah hari-hari yang ditunggu-tunggu oleh aku. Aku dan Mei sering turun ke kedai untuk membeli coklat. Kami sering bertukar-tukar coklat. Kami sering bergurau senda dan kami juga ada keluar untuk beberapa kali lagi untuk menonton wayang. 

Malah, aku juga dijemput menghadiri majlis harijadinya yang diraikan bersama-sama rakan-rakannya yang lain di Tasik Y. Aku satu-satunya jemputan Melayu yang dijemput. Agak kekok pada mulanya tapi nasib baik kawan-kawan Mei menerima kehadiran aku seadanya.

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Masa terus berlalu. Akhirnya sampailah ke akhir tahun. Akhirnya, sessi tuition berakhir. Tamatnya sessi tuition bererti tamat jualah pertemuan aku dan Mei. Pada kelas terakhir tuition, Mei meminta aku untuk keluar bersama-sama lagi selepas berakhirnya peperiksaan akhir tahun. Aku setuju.

Aku berjumpa dengan Mei di Summit. Macam biasa, aku mesti tengok wayang dengan dia. Menjelang petang, tiba waktu untuk pulang. Mei memandang aku dengan satu pandangan mata yang agak sedih.

"Kenapa, Mei?"

"Actually, thi is the last time we will met. My family nak pindah ke JB."

BABI! Kenapa jadi macam ni pulak? Aku baru nak rasa happy dengan Mei. Kenapa family dia nak pindah pula?

"Tapi kita still can contact. Nanti bila I dah dapat nombor phone baru, I call you ok?"

Sepanjang tahun 2001, aku dan Mei hanya berhubung melalui telefon sahaja. Oleh kerana ia memakan modal yang agak besar, aku belajar dengan kawan aku cara-cara untuk menggunkan e-mel dan berchatting di IRC dan Yahoo Messenger (aku buta IT pada masa ini).

Selepas SPM pada tahun 2002, aku putus dengan awek aku ketika itu, membuatkan aku single dan mempunyai peluang untuk menjalinkan hubungan lebih serius dengan Mei. Mei turun ke Batu Pahat untuk berjumpa aku. Punyalah rindu. Lebih menarik lagi apabila Mei datang dengan memakai hot pants. Hehehehehehehehehehehe......

Tetapi pertemuan tersebut merupakan pertemuan terakhir antara aku dengan Mei. Banyak halangan apabila aku dan Mei cuba untuk berjumpa sekali lagi. Bila Mei datang ke Batu Pahat, aku pula pulang ke kampung aku di Selayang. Apabila aku datang ke Johor Bahru, Mei pula pergi bercuti ke Hong Kong bersama family-nya.

Akhirnya Mei pun menyambung pengajiannya di salah satu universiti di Singapura. Tak lama kemudian, aku pula menyambung pengajian aku di Politeknik Merlimau. Aku semakin kurang berhubung dengan Mei. Akhirnya, e-mel aku expired kerana sudah terlampau lama tidak login. 

Menambahkan lagi rasa malang, buku telefon yang menyimpan nombor telefon Mei juga turut hilang. Aku ni memang jenis phobia dengan nombor, jadi memang tak hafal apa-apa nombor telefon pun.

Maka, terputus sudah hubungan aku dengan Mei. Kadang-kadang bila aku pergi ke JB, aku selalu juga usha-usha amoi yang ada di situ. Manalah tahu, kalau-kalau boleh terserempak dengan dia pula.

Aku seringkali menyertai semua laman web sosial di internet. Friendster, Myspace, Facebook, Hi! 5, Tagged dan bermacam lagi laman sosial aku sertai hanya kerana ingin mencari Mei. Nama pertama yang aku search apabila menyertai laman sosial mestilah nama Mei. tapi malang betul, tak pernah aku jumpa langsung.

Mungkin ini takdir Ilahi. Mungkin jodoh aku dengan Mei sampai disini sahaja. Mungkin Mei dah pun bertemu jodoh ketika melanjutkan pelajarannya di Singapura... Ya. Mungkin.

Hasil persahabatan aku dengan Mei, ia serba sedikit mempengaruhi aku untuk memilih awek aku yang lain. Aku akan menjadikan perempuan Melayu yang mempunyai rupa ala-ala Amoi sebagai pilihan. "Chinese look" kata orang.

Aku dapat seorang awek, budak KL, yang memang sebijik macam amoi sampai kawan aku tak percaya yang awek aku ni Melayu. Tapi jodoh aku dengan awek tersebut tidak tahan lama juga. Tapi sekarang aku tak berapa kisah, janji cun aku sebat je. Hehehehe....

Aku pernah bertanyakan pada emak aku, kalau satu hari nanti aku bawa pulang seorang perempuan berbangsa Cina sebagai bakal menantu, adakah emak aku akan menerimanya? Mak aku jawab simple je:

"Lagi senang. Confirm tiap kali raya balik kampung kita."

Kemudian mak aku sambung lagi.

"Mak tak kisah bangsa apa bakal menantu yang Aam bawak, janji dia menghormati keluarga kita dan agama yang kita anuti ni."

Babi! Macam mana aku boleh tercerita hal kahwin pulak ni!

Tapi dengan kenyataan mak aku tu, aku ada peluang la untuk tackle Hannah Tan, Marion Counter, Amber Chia, Soo winci, Felixia Yap, Chantelle Chuah, Belinda Chee, Karen Kong, Elly Tran Ha dan lain-lain lagi. Hahahaha....

Aku mendoakan agar Mei bahagia disamping orang yang tersayang. Walaupun aku tidak lagi ditakdirkan berjumpa dengan Mei lagi, tapi aku akan ingat Mei sampai bila-bila kerana dia merupakan amoi pertama yang aku kenali secara rapat.

Moral of the Story:
Lain kali pergi tuition, padang papan putih kat depan. Jangan pandang peha putih amoi yang berhot pants macam aku. Nanti susah nak lulus subjek Add Math ni. Add Math ni dah la susah macam haram pulak tu.

Aku dah update Tears Don't Fall

Ini blog baru aku. Sila-sila la klik kat link kat sebelah ni: Lepas Laku.

Cis! Blog yang sedia ada pun tak terupdate, berani aku buat blog baru!

Rabu, 30 Desember 2009

AKU DAN AMOI PART 2

Sebelum aku menulis dengan panjang lebar, aku ingin meminta maaf kerana sudah begitu lama aku tidak mengemaskini blog ini. Sibuk dalam proses untuk menyembuhkan diri aku dari pembedahan yang aku jalani pada 20 November yang lepas.

Pada mulanya, aku ingin menulis kisah pengalaman aku di hospital tapi tiba-tiba macam malas pula. Jadi, aku sambung kembali entri Aku dan Amoi.

=======

Oleh kerana tempoh kelas Tuition aku agak panjang, iaitu 4 jam, ada waktu rehat selamat 15 minit pada pertengahan kelas. Dan ini lah waktu yang aku tunggu kerana dapat jua aku merehatkan mata dan fikiran aku yang bercelaru kerana sudah terlampau lama memandang nombor dan simbol-simbol add math yang pelik.

Setiap kali tiba waktu rehat, aku akan turun ke bawah (kelas tuition aku tingkat 2) untuk pergi ke kedai runcit. Aku gelarkan kedai runcit itu Chocolate Factory kerana kedai tersebut menjual pelbagai jenis coklat sampaikan ada sesetengah jenis coklat yang rare pun ada dijual di kedai tersebut.

Kedai runcit ini dimiliki oleh satu keluarga cina. Aku dah lupa nama tokey kedai runcit tapi tokei kedai runcit ni masih muda lagi (dalam usia pertengahan 20-an tak salah aku). Semasa aku mula tuition di situ, dia baru sahaja take over kedai tersebut dari ayahnya.

Setiap kali nampak aku masuk sahaja ke dalam kedai runcit tersebut, tokey kedai mesti senyum panjang sampai ke telinga sebab aku akan membeli coklat dalam amount yang banyak di kedai tersebut. Tapi tidak bermakna aku nak habiskan semua coklat tersebut dalam kelas, kira aku beli untuk stock seminggu.

"Ha... KitKat Chunky baru sampai tu," tegur tokey kedai tu sambil menunjuk pada arah coklat KitKat Chunky.

Aku senyum lebar. Masa peristiwa ni terjadi, KitKat Chunky baru keluar di pasaran Malaysia. Memang agak susah juga nak mendapatkan KitKat Chunky pada masa ni dan kedai ni merupakan antara kedai yang terawal menjual coklat tersebut di daerah Batu Pahat. Masa ni, saiz KitKat Chunky besar gila. Sekarang ni dah sama besar dengan saiz 3 ibu jari aku je.

Aku terus menuju ke arah rak coklat KitKat. baru aku nak mencapai KitKat tersebut, tiba-tiba datang satu lagi lembaga manusia yang cuba mencapai KitKat tersebut. Aku memandang pada orang tersebut.

Mei rupanya. Amoi yang aku baru kenal sejam lebih di kelas tadi terus melemparkan senyum menusuk kalbu pada aku. Damn! Sweet and cute. Aku terkedu sekejap.

"You like this chocolate too?" tanya amoi ni sambil senyum manis lagi.

Aku angguk laju-laju.

Mei ambik satu KitKat Chunky. Aku ambik 3.

"Wow, so many..."

"Stock seminggu,"
jawab aku ringkas. Meiu senyum lagi.

"You tak selesa ke I speak in english?" tanya Mei lagi.

Sebenarnya, bukan aku tak selesa cuma aku agak terkejut kerana tidak pernah aku berkawan dengan amoi sebelum ini. Amoi cun dan memakai hot pant paras peha pulak tu.

"Tak. Sebenarnya saya tak pernah kawan dengan amoi. I tak kisah you nak cakap bahasa apa pun, cuma jangan cakap dalam bahasa isyarat pulak."

Mei senyum mendengar jawapan aku. Kemudian dia memperkenalkan aku dengan 2 orang lagi kawannya yang juga sekelas dengan kami dalam kelas tuition tersebut. Selepas berbual lebih kurang, Mei naik semula ke kelas bersama kawan-kawannya. Aku pula mencapai lagi coklat lain seperti Snickers, Twixx, Mars, M&M's dan lain-lain lagi sebelum naik semula ke atas. Nama pun stock seminggu.

Lepas tu, aku pun masuk ke kelas semula. Cikgu tak masuk lagi jadi aku dapat berborak lagi dengan Mei.

Minggu depannya, kelas ke-2 dalam tahun tersebut, Mei duduk di sebelah aku lagi. Dan sekali lagi dia hanya memakai hot pant., menampakkan lagi peha putihnya itu. Kadang-kadang aku jadi keliru sampaikan aku lebih banyak melihat 'peha putih' Mei dari papan putih di hadapan.

Selepas habis kelas, aku dengan berani matinya meminta nombor telefonnya.

"Mei, can i get number. Maybe kita boleh berbual on the phone ke.... Ye la, kita jumpa pun seminggu sekali je kan?"

Tanpa berlengah, Mei bagi nombor telefonnya. Tapi nombor telefon rumah la. Zaman aku dulu, budak-budak sekolah belum mampu nak pakai handphone. Bukan macam zaman sekarang. Budak darjah 2 dah pakai iPhone.

Maka, bermulalah sessi bergayut di public phone antara aku dan Mei. Dalam seminggu, aku akan call Mei 2 kali. Kalau duit lebih, boleh gayut 3 kali. Mei call aku guna telefon rumah je. Maklumlah, orang kaya lagipun kata Mei, papa & mama nya tak bagi keluar rumah malam-malam.

Sudah sebulan lebih aku berkawan dengan Mei. Aku dengan Mei sekarang lebih mesra. Kami sering bergurau-senda. dan Mei selalu main cubit-cubit dengan aku. Budak-budak lelaki Melayu yang ada dalam kelas tuition aku tu pandang lain macam pada aku dengan Mei. Tapi aku peduli apa. Janji aku tak kacau diorang.

Habis kelas tuition, aku dan Mei turun ke bawah. Aku menunggu abang aku ambik aku untuk balik ke rumah. Mei pula menunggu driver yang papa nya upah untuk mengambilnya.

"Amirul..."

"Yup."

"Esok (sabtu) kita hang-out kat Summit nak? I nak tengok movie la... Cerita The Beach. Leonardo Di Caprio act in that movie. I watch the making of for that movie last night & I think it's a good movie.."

Aku terdiam.

"Jom la..."

Kalau ikut hati, memang aku on je. Tapi minda aku suruh berfikir tentang awek aku. Macam mana ni? Kalau aku keluar dengan Mei, adakah aku akan mendapat gelaran curang kerana membelakangkan awek aku? Macam mana ni? Ah, sambung la dulu.

Bersambung....

Aku dah update Tears Don't Fall